Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2012, seperti biasa ayat yang akan keluar adalah azam bagi tahun 2012 ini ekonomi Malaysia akan lebih baik daripada yang sebelumnya. Harap begitulah…..Walaubagaimanapun, selagi Malaysia tidak bangkit menentang penyelewengan dan ancaman ekonomi dari dalam dan luar negara, tidak mustahil negara kita akan mengalami nasib seperti Argentina. Kenapa Argentina?
Anda tonton dokumentari video ini terlebih dahulu….
Berdasarkan video dokumentari di atas, secara ringkas ia berkisar kepada negara Argentina yang telah membuat pinjaman dengan Boston Bank, Barring Brothers Bank dan lain-kain lagi. Bank yang jadi pemiutang itu pula jual hutang Argentina itu kepada bank-bank lain seperti Citibank contohnya. Cukup tempoh, Citibank menuntut hutang daripada Argentina, Argentina pula tiada duit lagi untuk membayar balik. Jadi apa Citibank buat? Citibank telah “mendapatkan” semula hutang tersebut daripada penyimpan Argentina yang menyimpan di Citibank (Nak tahu lebih lanjut, anda boleh totnon dokumentari tersebut sehingga habis, anda akan dapat manfaatnya). Situasinya ibarat:
Individu A pinjam duit dengan Along, bila masa nak bayar semula tiada duit. Akhirnya, siapa yang jadi mangsa? Anak bini akan diperas ugut.
Isi pentingnya apa di sini? Bukan salah “ah long” tersebut tetapi salah sendiri disebabkan salah urus tadbir negara yang lemah & tiris :
- Projek-projek mega yang dibangunkan dengan kos yang melambung tinggi pada tempoh masa yang tidak sesuai. Bak kata orang, berpadalah ketika berbelanja ketika diri sendiri kewangan tidak kukuh
- Elok-elok barang yang dibeli murah terus melambung tinggidisebabkan…………………………
- Amalan kronisme yang berleluasa. Menampakkan dah tiada orang lagi di Malaysia yang lebih berkaliber untuk mendapatkan mendapat anugerah projek tersebut. Asyik-asyik dia, dia dan dia atau anak-beranaknya
Pembaziran-pembaziran seperti ini patut dihapuskan. Apabila dah diketahui ramai, bukan kata nak diberikan hukuman, siasatan pun seperti”melepaskan batuk ditangga”. Kebal sungguh mereka ini. Ingat, rakyat terus memerhati…..
Kemudian antara bangunan 10 tingkat ke bawah dengan bangunan yang berpuluh-puluh tinggi, mana satu yang jadi pilihan anda?
- bina bangunan empat tingkat yang cantik dan selesa serta mempunyai kawasan lapang dan yang paling pentingnya jalan kurang sesak atau
- bina KLCC sebagai mercu tanda negara tetapi akhirnya jalan sesak teruk. Nak pergi kerja pun susah
Kita Malaysia bukan tak cukup tanah, lainlah negara jiran kita Singapore. Buat bangunan tinggi melangit ini akan mengakibatkan kepadatan populasi menjadi tinggi dan menjadikan taburan ekonomi bagai “langit dan bumi”. Sebenarnya, ia hanyalah untuk tujuan komersial tanpa mempedulikan kehidupan sosial penduduk lain.
Siapa kata kalau nak jadi negara maju, mesti ada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Asia dan juga lapangan terbang yang tercantik & terbesar di Asia. Adakah itu sudah cukup menjadi penanda aras untuk menjadikan sesebuah negara sebagai negara maju? Cubalah lihat Britain atau New Zealand contohnya :
- Berapa banyak bangunan pencakar langit yang mereka ada?
- Lapangan terbang mereka ibarat seperti hypermarket sahaja.
- Adakah negara mereka yang suatu ketika dahulu mahu mencapai pendapatan tinggi terpaksa mengenakan cukai tinggi yang pelbagai kepada rakyat mereka seperti cukai GST? Cukai kenderaan sehingga 300%? Cukai jalan + insuran beratus hingga beribu ringgit ikut cc kereta? Adakah Tol di lebuhraya yang sentiasa dinaikkan oleh kerajaan mereka atas nama perjanjian walaupun dah lebih 20 tahun konsesi. Adakah cara begitu yang digunakan mereka?
- Tetapi yang menariknya adakah akhirnya rakyat New Zealand sentiasa diberitahu bahawa mereka adalah rakyat First World Country tapi mentaliti Third World Country?
Sekali lagi, kalau nak tunjukkan negara kita maju bukan dengan bangunan tetapi dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang setaraf dengan pesaing kita suatu ketika dahulu, Korea Selatan. Sekarang? Jadi…..ayuh bangkit semula Malaysia.
“Manusia takkan takkan boleh hidup dengan setakat hanya berbangga. Berbangga sana, berbangga sini.”
Mungkin kita boleh jadikan negara Vietnam ataupun Thailand, kenapa pelabur asing sekarang ini banyak beralih kepada kedua-dua negara? Adakah mereka mempunyai lapangan terbang antara tercanggih & tercantik? Adakah Thailand mempunyai bangunan pencakar langit antara tertinggi dunia?
Sekarang ini ekonomi Malaysia mesti bergerak cepat. Kalau tidak banyak lagi negara-negara lain yang akan meninggalkan Malaysia. Fokus kepada bagaimana cara nak membangunkan negara. Hentikanlah asyik bercerita kisah “seribu satu malam” yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat pun. Kalau nak cerita juga, negara lain dalam hal seperti ini pun sudah jauh ke hadapan. Lihat dan pandanglah :
Analoginya cukup mudah untuk difahami :
- Kalau anda mempunyai duit berjuta-juta, adakah anda boleh buat rumah besar?
- Kalau kalangan yang tidak mempunyai duit yang banyak, adakah mereka ini akan terfikir untuk membuat rumah yang besar?
Kalau nak buat juga, tiada salahnya. Tetapi mercu tanda seperti ini bukanlah penanda aras dan pertumbuhan melibatkan ekonomi Malaysia sepatutnya dipacu cepat seiring dengan koleksi mercu tanda yang kita ada.
Suka untuk kami kongsikan satu kisah, lama dah cerita ini. Perbualan dengan seorang Mat Saleh ini tentang topik “apa yang kita Malaysian miliki”. Jawapan kami mudah sahaja pada masa itu dengan nada yang meyakinkan :
- “We have the tallest twin tower in the world with the most recent and sophisticated design.”.
- “We have the most sophisticates airport, KLIA airport inside a giant park”
- “We have the most chalengging F1 racing circuit, one of the most challenging yet modern circuit in the world”.
Kemudian Mat Saleh itu tanya satu soalan yang terus buat, antara kami terdiam.
“Well, who built it?”
Apa yang cuba dia sampaikan adalah, ya…..benar Malaysia mempunyai bangunan tertinggi pada masa itu, lapangan terbang yang tercanggih & sebagainya kerana kita telah memperuntukkan banyak wang negara untuk memilikinya. Bak kata orang lama :
“Biar papa, asal bergaya”
Tetapi sebaliknya, daripada segi teknologi negara Barat yang memiliki kemajuan teknologi yang paling hebat. Malah, ketika projek-projek mega ini berjalan dalam pada masa yang sama ia telah menjadikan salah satu faktor utama yang menyebabkan aliran ringgit yang terlalu banyak keluar dari Malaysia. Ini disebabkan fakta bahawa kebanyakan (yang boleh kami katakan 90%) kepakaran dan pakar teknologi melibatkan projek-projek mega seperti ini datang dari negara luar terutama Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Ada beza sebenarnya antara mentaliti pioneer dengan mentaliti pembeli/pengguna jika kita bercakap mengenai teknologi & ekonomi Malaysia. Pioneer contohnya, pembuat kereta akan rasa sangat bangga apabila produk apabila produk rekaannya dimiliki oleh ramai pengguna/konsumer. Sebagai contoh :
- Mitsubishi menghasilkan enjin dengan talaan yang akan menghasilkan lebih tork dipanggil MIVEC.
- Rakyat Jepun berasa sangat bangga kerana mereka memiliki kemampuan dari segi teknologi untuk menghasilkan kereta yang kompetetif dengan kereta buatan Barat dan mampu menjana ekonomi bukan sahaja kepada negara Jepun tetapi di negara lain yang mana Mitsubishi menanam modal (FDI).
Kalau beginilah kejayaannya, inilah yang boleh dikatakan satu kebanggaan. Kebanggaan kepada negara, kebanggaan kepada rakyat mereka. Berlainan pula, sebuah negara yang tidak berapa jauh dari Jepun yang masih tidak mempunyai kemampuan untuk mereka cipta enjin yang kompetetif dengan enjin kereta buatan Barat sehingga dikondem di sebuah rancangan barat. Akhirnya, terpaksa membeli model dari kereta dan enjin dari Mitsubishi. (Sehingga sekarang masih belum mampu mengeluarkan enjin dengan kapasiti 2.0cc ke atas). Oleh kerana kereta buatan negara ini tidak kompetatif dengan kereta buatan Jepun, Jerman, Itali, Sweden dan lain-lain lagi. (walaupun telah disubsidikan selama 25 tahun). Erm……negara mana?
“Terus terang sahajalah, negara kita Malaysia”
Untuk memastikan jualan kereta buatan Malaysia ini laku walaupun tidak menggunapakai production plant kepada kapasiti yang maksimum (maksudnya production plant yang sama diguna pakai Toyota untuk menghasilkan 1 juta buah kereta setiap tahun), kerajaan Malaysia telah bertindak menaikkan cukai import kenderaan sehingga 300% dan memberikan subsidi perlindungan cukai kepada pengeluar kenderaan miliknya.
Dan kenderaan jenama ini juga telah dieksport ke UK,Australia dan Dubai dengan harga jualan yang jauh lebih rendah dan spesifikasi yang lebih baik berbanding yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sendiri. Maka, patutkah rakyat negara ini ditanam supaya berasa bangga kerana mampu membuat kenderaan sendiri dan dieksport sehingga ke luar negara (yang tak dinyatakan ialah harga Proton di UK dan Australia jauh lebih rendah walaupun ditukar kepada RM).
Inilah perbandingan perasaan bangga orang Jepun apabila mereka memiliki teknologi dan pengguna dari seluruh dunia berebut-rebut ingin mendapatkan produk mereka. Bangga apabila penguasaan mereka dalam teknologi mampu menjana ekonomi bukan sahaja di Jepun tetapi juga di luar Jepun.
Tetapi kita rakyat Malaysia ditanam dengan perasaan bangga oleh media arus perdana kerana kita mempunyai kereta Nasional walaupun hakikatnya kita hanya mampu membeli teknologi daripada orang lain. Nak bersaing ke peringkat antarabangsa masih belum mampu lag. Jadi apa yang dilakukan sekarang adalah :
- mengenakan cukai melampau terhadap kenderaan import
- Rakyat malaysia yang berkemampuan sederhana tiada pilihan lain selain terpaksa beli Proton.
Bermaksud di sini kerajaan menjana pendapatan dengan cara berniaga dengan rakyat sendiri. Bangga seperti ini adalah “inferiority complex”
We are proud of something we ain’t capable of producing/invent. We are proud of owning it by buying it from someone else”
Kami harap mentaliti bangga hanya kerana “menggunakan duit pembayar cukai untuk membina projek-projek mega dan projek lain yang membazir tetapi dalam pada masa yang sama tidak memberikan impak yang besar kepada ekonomi Malaysia dapat dikurangkan. Dan diharap ekonomi Malaysia akan kembali rancak bukan setakat di atas kertas tetapi benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Selagi kita semua ada iltizam untuk berubah. Insyaallah.
sumber: beritasemasa.com