Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 25 Januari 2012
Selasa, 24 Januari 2012
Harta vs ular
BayangDiAir
Saya dan tuan puan memerlukan harta untuk hidup. Tanpa harta kita jadi peminta. Dengan harta, kita dapat berumahtangga dan bekeluarga serta menguruskan keperluannya. Ada orang mencari harta dengan dua tiga pekerjaan. Pagi ke petang dengan kerja pertama dan sesi malam dengan kerja sambilan. Kita tidak akan pernah cukup dengan harta. Kalau diberikan kepada kita selembah emas, kita mahukan dua lembah.
Orang yang tiada harta dengan caranya. Ada yang terpaksa berhutang dan meminta. Keperluan keluarga tidak pernah sempurna. Bolehlah untuk hidup walaupun nasi dengan ikan masin, berteduh dengan atap rumbia. Yang kaya pula dengan caranya pula; berkereta dan berumah besar dengan pinjaman bank ratusan ribu ringgit. Tengok jiran atau kawan membesarkan rumah, mari keinginan untuk membesarkan pula rumah sendiri. Kepuasan tidak pernah ada titik nokhtahnya.
Memang Islam tidak melarang umatnya mencari dan memiliki harta. Hartawan yang pemurah lebih disayangi dan diperlukan oleh agama. Selagi harta diusahakan secara halal dan dibelanjakan secara halal, carilah harta wahai orang-orang mukmin. Selagi tidak lalai solat, zakat dan menadah kitab, carilah harta yang Allah sediakan untuk orang-orang beriman.Namun iIngatlah, harta adalah umpama ular. Ular adalah haiwan berbahaya bagi manusia. Ada segelintir sahaja manusia yang mampu menjinakkan ular sedangkan ramai tewas dengan belitan dan bisa ular.
Akhir tazkirah, teringat saya akan kata-kata tok guru. Katanya, “ harta kita mungkin berjuta. Namun bahagian kita hanyalah sekadar apa yang kita sempat pakai untuk sekujur tubuh yang panjangnya tak sampai enam kaki, apa yang kita makan untuk perut yang hanya sebesar labu air. Yang selebihnya, sama ada di dalam bank dan yang tak sempat kita nikmati adalah pasti bukan bahagian kita.” Rupanya ular yang kita cari hanya untuk bermain-main pada hujung ekornya.
Langgan:
Catatan (Atom)