Isnin, 6 Ogos 2012

kamera


PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar maa… tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita mestilah memandu dengan berhati-hati… Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:

PLUS Arah Utara
■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan
■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km. 

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/ Utara
■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/ Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/ Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/  Selatan
■Under the overhead restaurant at USJ/ Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h NKVE Arah Timur/Utara
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km,
80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction, 17.5km 

NKVE Arah Barat/Selatan
■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km
and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur
■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesa – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about
13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur
■East bound, downhill run after Raub junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan
■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.
P.S / Setelah berbillion duit ditabur skang tiba masa untuk kutip balik hahahaha

ujian


Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”

Saudara/i, pembaca… maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.

Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman… 

pilih


Gambar ini bercerita tentang yang "dipilih"

Gambar ini bercerita tentang yang "memilih"

Sabtu, 4 Ogos 2012

FB :)






























want


Ermm.... nie kesimpulan yang aku dapat selepas termenung beberapa saat selepas keletihan menyiapkan beberapa kerja pasal projek Master aku... Pasal kita semua.... yang mana kita mahu dan tak mahu... Sebelum diciterkan lebih banyak.... Elok la aku bagi satu hadis yang berbunyi walaupun kat dalam blog nie takde sumber bunyi-bunyian....

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan kaum itu," (Imam Abu Daud, Ahmad bin Hanbal)

So.... kita tengok apa yang kita SEBENARNYA mahu dan tak mahu...

Bila orang kapiaq sambut Valentine day..... Kita MAHU SAMBUT.. Suka sangat la bab-bab ni kan..

Bila orang kapiaq sambut April Fool... Kita pun MAHU SAMBUT.. Nama pun dah FOOL... nak jugak sambut...

Bila orang kapiaq sambut hari Mothers Day... Kita dengan nekadnya MAHU SAMBUT.. Logiknya tak salah..

Bila orang kapiaq sambut Halloween... Kita MAHU SAMBUT jugak... Nampak happening!

Bila orang kapiaq sambut MASQUERADE DAY.... Kita pun MAHU SAMBUT... Nampak hebat dan best bila dapat pakai topeng...

Bila orang kapiaq sambut bla bla bla... Kita pun terketaq-ketaq MAHU SAMBUT bla bla bla jugaaak.... Sebab ikut trend semasa katanya.....

HAIHHH....cuba banding dengan yang bawah nie.....

Bila ISLAM suruh solat lima waktu sehari semalam.... Kita TIDAK MAHU... Luaran hangguk...dalam hati melaung-laung tak mahu!

Bila ISLAM suruh baca Al-Quran... Kita TIDAK MAHU... Padahal segala ilmu ada dalam tuu..

Bila ISLAM suruh TUTUP AURAT... Kita TIDAK MAHU.... alasan panas... tak ikut perkembangan fesyen.... 

Bila ISLAM suruh laksanakan HUKUM ALLAH ( Hudud sebagai contoh)... Kita TIDAK MAHU... Sebab nanti ramai la yang takde tangan kene potong [Alasan si bangang]

Bila ISLAM suruh perbanyakkan zikir dan solat sunat... Kita TIDAK MAHU....sebab terlalu sibuk dengan kerja dunia... Siap kutuk lagi...

Bila ISLAM suruh JAUHI ZINA... Kita TIDAK MAHU jugaakk.... Sebab camne nak kapel nanti... Tak syok la kan takleh dating....


Ok.....cuba korang baca hadis kat atas tu.... dan bandingkan dengan yang mana korang mahu dan tak mahu.... Cuba renungkan dan tanya diri masing-masing.... Korang tu menyerupai golongan KAPIAQ kaa..... golongan MUSLIM.... AKu tak mau tuding jari kat sapa-sapa...Tapi korang sendiri yang tentukan.....

Yang mana ke arah KAPIAQ tu.... Jangan risau.... Ada masa lagi nak bertaubat.... Bila??? Masanya adalah selepas habis baca entri aku nie!! Terus TOBAT!! Tak payah nak tunggu-tunggu... Mana tau lepas nie dah mati.... Hanya Allah sahaja yang tau..... :)

P/S: Yang mana dah termasuk golongan MUSLIM...jangan takabbur.... Sila teruskan amalan... Semoga diberkati...Aminn....:)