Jumaat, 24 Ogos 2012

cakap x serupa bikin


Sudah empat hari Ramadhan berlalu dan semua umat Islam merayakan kejayaan sebulan berpuasa dengan sambutan hari raya. Semua pemimpin dan rakyat yang bercakap melalui corong-corong radio dan TV serta media cetak memperkatakan kejayaan melawan nafsu dan belajar dengan sungguhnya untuk tidak mengikuti kehendak nafsu kita. Setiap tahun menjelangnya Syawal semua bercakap perkara yang sama dan sesungguhnya itu semuanya adalah seruan yang benar.


Saya jarang-jarang bercakap tentang kejayaan melawan nafsu dan membuat seruan kepada ramai supaya kita tidak melakukan apa-apa nafsu dan kehendak amarah serta mulhimah itu, kerana saya adalah orang yang lemah dan saya rasa tidak layak untuk membuat seruan itu. Bagi saya usaha memperbaiki diri saya di sisi Tuhan itu adalah untuk diri saya sendiri dan tidak payah berkempen untuk mengerjakan perkara baik seperti yang diserukan di bulan Ramadhan dan ibadah-ibadah dan amalan kita yang lain.

Saya adalah insan yang lemah dan tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan saya tidak layak untuk membuat seruan kerana saya mesti membuat seruan itu kepada diri saya sendiri.

Persoalannya apakah kerja-kerja yang wajar kita tinggalkan di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya kepada bulan-bulan dan tahun yang seterusnya itu? Ramadhan mensyaratkan kita untuk melakukan ibadah yang telah disyariatkan agama, Tuhan dan Rasul kita. Ia merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima itu. Rukun itu merupakan pra syarat untuk kita menjadi seorang Muslim. Ini semua kita tahu.

Tetapi yang tidak terlerai sehingga hari ini ialah sama ada apa yang diserukan oleh pemimpin-pemimpin terutamanya benar-benar dilakukan dan dilaksanakan dengan sesungguhnya? Saya bertanya kerana saya dan semua orang mendengar seruan yang sama oleh pimpinan yang sama sejak puluhan tahun yang lalu tetapi pimpinan yang sama juga yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan seruan mereka sendiri.

Walaupun berulang-ulang kali perutusan hari raya disiarkan oleh saluran TV setiap siang dan malam sejak lima hari yang lepas, tidak ada sekali pun saya mengikutinya sampai habis kerana saya dan ramai lagi yang berpendapat itu hanya merupakan seruan retorik yang hanya dilakukan kerana semata-mata untuk melakukannya. Seruan itu tidak serius. Mungkin lebih dari itu ialah hanyalah sebagai usaha memancing sokongan politik rakyat semata-mata.

Nasib baiklah kita mempunyai saluran TV yang banyak. Apabila perutusan itu disiarkan saya menukar kepada saluran yang lain yang belum menyiarkan perutusan itu. Saya tidak tahan dengan hipokrasi yang terpancar di depan saya itu.

Saya tahu rasuah yang merupakan tindakan nafsu tamak haloba yang ditegah agama itu tetap juga akan berlaku selepas Ramadhan itu. Seruan PM kita untuk berbelanja secara wasatiyah itu tidak akan beliau lakukan. Pemborosan tetap berlaku dan kita boleh melihat bagaimana wang kita semua dibelanjakan di depan mata kita tanpa had untuk berbelanja hari raya.

Seruan untuk menyeru rakyat berbilang kaum untuk bersatu kerana itu adalah tuntutan agama kita juga tidak terlaksana kerana di belakang dada media kita melihat dan mendengar bagaimana UMNO memainkan isu perkauman dan agama dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO dan BN di mana-mana. Orang-orang UMNO di bawah-bawah memainkan isu Cina…cina…dan cina, tetapi di corong radio dan saluran TV seruan bersatu berkumandang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpi rasis ini.

Perpecahan terus-terusan dicipta dan dilakukan dengan tahap ‘gila-gila’ dan kita pun berfikir sampai bilakah kita hendak dipecahkan belahkan oleh isu rasis mainan Melayu UMNO yang amat merbahaya ini?

Kalau benarlah kerajaan inginkan perpaduan nasional seperti yang diretorikkan, kenapa masih ada isu-isu rasis yang diperbesarkan oleh penyokong-penyokong kerajaan sekarang ini. Kenapa begitu tamak seolah-olah Putrajaya itu hanya untuk BN dan UMNO sahaja untuk mendudukinya?

Kita mesti ingat mereka yang menduduki Putrajaya itu bukannya duduk di atas tanak hak milik kekal. Mereka semuanya itu ibarat duduk di tanah TOL (temporary occupancy license) sahaja.

Jika mereka yang mendiami tanah TOL di Putrajaya itu melanggar syarat dan moral yang telah ditetapkan, rakyat wajar menghalau mereka dari tanah TOL itu. Mereka (BN) tidak ada hak untuk menentukan siapa yang rakyat hendak pilih untuk mendudukinya.

Putrajaya itu rakyat yang punya. Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN mesti memasukkan hakikat sebenarnya ini ke dalam kepala dan pemikiran masing-masing.

Lagi sekali kita ingatkan, pejabat-pejabat di Putrajaya itu hanyalah premis yang bertaraf TOL (temperory occupancy license) sahaja dan ia bukannya hak milik kekal. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Selasa, 21 Ogos 2012

TRX


1. Sejak pengumuman tentang Tun Razak Exchange (TRX) dikitar semula pelancaran akhir bulan Julai lalu (yang dulu disebut sebagai KLFID (Kuala Lumpur Interantional Financial Centre), tidak habis-habis projek mega-mewah ini dipertikaikanoleh pelbagai pihak. Lebih malang ialah nama al-Marhum Tun Razak bapanya cuba dijual Najib untuk menyuntik ‘aura’ dalam projek yang telah mula menunjukkan pelbagai kelemahan.

Asalnya diwawarkan sebagai projek swasta, sama semacam MRT juga tetapi sekarang jelasnya adalah ditaggung seluruhnya oleh kerajaaan (1-MDB) dan hilang sebutan rakan swasta atau ‘partners’nya.

2. Projek yang kononnya akan menjana Nilai Pembangunan Gross atau GDV sebanyak RM26 bilion ini terpaksa Najib ‘hiaskan’ dengan pelbagai ‘insentif yang sangat lumayan dan mewah kepada bakal pelabur.

Antaranya ialah :
i. 100% pengecualian cukai selama 10 tahun kepada syarikat yang layak beroperasi
ii. 50% pengecualian cukai pendapatan pemaju hartanah selama 7 tahun
iii. Pengecualian duti stamp penjanjian pembelian dan perkhidmatan.

3. Berapa banyak pendapatan negara akan dikorbankan untuk menjayakan TRX ini yang tentunya ramai pengamat bidang kewangan korporat dan hartanah atau ‘analysts’ mudah menyimpulkan bahawa projek ini sukar penggamit minat yang genuine atau sebenar.

4. Era membina projek-projek mega-mewah ini adalah legasi Tun M dalam zamannya tetapi jelas dikitar semula oleh Najib. Umum masih ingat betapa projek yang sepatutnya merupakan inisiatif yang berteraskan ‘knowledge-pengethaun’ dan diisi dengan kemasukan dan keterlibatan ‘knowledge worker’ – pekerja berpengetahuan akhirnya akan menjadi “Projek Real Estate” atau “Projek pembangunan Hartanah”.

5. Najib Umno-BN memang terus mengulangi kesilapan lama. Persediaan ‘Human Capital’ tidak diberi tumpuan tetapi sibuk dengan pembangunan ‘batu dan besi’ atau ’brick and mortar’! Rakyat belum lupa projek mega-mewah MSC, BIO Valley dll.

6. Paling terkini dan juga paling tajam kritikan adalah dari pihak sektor pemaju pembangunan hartanah dan pembinaan sendiri.

7. TRX ditanggapi mereka sebagai satu yang paling mencabar kepada pihak pemaju haratanah di Kuala Lumpur justeru dalam suasana ‘glut; atau ‘lebihan atau Lambakan’ yang telah pun mula dirasai pihak syarikat-syarikat pemaju ini.

8. Metropolis milik NAZA-TTDI, KL Eco-City milik S P Setia Berhad dan tidak kurang juga Warisan Merdeka milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) semuanya bercita-cita menyiapkan bangunan mereka dalam lingkungan 2015 ke 2017. Yang baru siap termasuk Menara Felda di Platinum Park dan banyak yang lain. Yang sedia ada seperti Menara Binjai dan Menara Prestij sedang menyaksikan pengurangan penyewa secara berterusan.

9. Dengan TRX juga dijangkakan akan menyiapkan Fasa Pertamanya yang dikatakan menelan RM3.5 bilion oleh 1-MDB sebelum 2017, kehadirannya tentu mengancam pesaing-pesaing yang juga telah memeterai beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat kewangan.

10. nsentif yang diberikan Najib, tentunya menggugat kedudukan mereka kerana syarikat-syarikat kewangan ini boleh sahaja merungkaikan perjanjian untuk memenafaatkan ‘tax holiday’ dan pengecualian duti stamp yang tentunya berjuta ringgit.

11. Metroplis yang dijangkakan siap pada tahun 2015 akan memuatkan ‘penginapan’ atau residence, ofis tower dan sebuah ‘regional mall’. Metropolis sahaja menawarkan sejumlah 1 juta kakipersegi GFA atau Jumlah Lantai pejabat. Warisan Merdeka pula menambah 3 juta muka persegi, sementara KL-Eco City ( milik SP Setia BHd) menokok 5.55 juta kaki persegi lagi. Sangat sengit perlumbaan ini.

12. Mengikut kajian dan data dari sebuah pengkaji pasaran hartanah, Kuala Lumpur menyaksikan penambahan sebanyak 5 hingga 7 juta ruang pejabat atau GFA setiap tahun. Di samping itu juga bahawa ‘over-development’ ini telah menjadikan harga pasaran tidk mampu mereka naikkan dan berada pada juat RM7 hingga RM8 kaki persegi. 

13. Pasaran Hartanah sangat mempertikaikan hasrat Najib dalam pembinaan TRX kalau ianya bukan berteraskan kajian yang mendalam dari segi keperluan (Needs Anaysis) dan profiling bakal-bakal tenants. Untuk TRX mampan atau ‘viable’ ia mesti menggamit 100 syarikat-syarikat multi-nasional khasnya kewangan atau MNCs yang bersedia beribu-pejabat di TRX Kuala Lumpur. Apakah itu satu cita-cita yang menasabah dalam suasana ekonomi dunia yang seba muram (Bearish) dan lembap?

14. TRX tidak boleh disamakan dengan Twin-Towers yang dibina dalam era pertumbuhan adalah rata-rata 7% setiap tahun. Pengalaman membuktikan bahawa ketika siap pembinaan Twin-Towers,(1997) ‘occupancy rate’ atau ‘tahap sewaan’ menjunam dari 90% ke 72% dalam tahun 2001 sebelum stabil kembali kepda 83% selepas tahun 2007.

15. TRX bukan sahaja dipertikaikan keperluannya untuk dilonggokkan di satu Hub Kewangan, atas sebab sifat ia bukan satu pembangunan hartanah tetapi industry yang ‘knowledge-based’ dan lebih penting perkhidmatan dan produknya yang kompetitif dan menarik.Maka boleh sahaja berada dimana-mana pun dalam dunia yang telah tersedia ‘globally wired and connected’.

16. Jangan sampai akhirnya kerugiannaya akan mengakibatkan institusi kewangan menanggung hutang tak berbayar mereka ini seperti dalam pengalaman krisis kewangan 1997, antaranya sebab sektor pembangunan hartanah dan pembinaan yang ‘ghairah membina’ sehingga mencetus ‘Glut’ dan Lambakan sehingga berlaku ‘property bubble’ atau belon hartanah.

17. Najib wajar berwaspada dengan nafsu besarnya kerana takut tak mampu dibawak dek badanya. . Memanglah yang plaing mudah memacu pertumbuhan adalah dengan ‘BIna, BIna dan Bina’..bukan bina modal insannya jauh lagi bercakap tentang Quality Modal Insan itu segi Integriti, Keamanahan dan Moralnya yang bebas Rasuah, salah guna kuasa dan sarat dengan Putar-Belit! Malang!


Dr Dzulkefly Ahmad,
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS

Lari Biasa


Saya taknak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka

Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.
Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.

Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewa nya mereka? Banyak mana cerdik nya mereka.
Ada termaktub dimana mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? tidak ada. Ada disebut dalam mana mana kitab, bahawa semua fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan kita pun tidak kurang dari mereka.

Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belengu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan sesoarang bukan sebab dia berbinkan sifulan2- tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.

Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai2 kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan( achievement values and universalism) . Apa makna nya istilah2 ini?

Makna nya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seoarang anak bangsawan yang bodoh.

Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja2 yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: orang dari kasta bawah hanya boleh berkerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia.

UMNO suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit . bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu UMNO. Rakyat menolak nya.

Kalau kita terima asuhan UMNO, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majority rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang dibawah tidak akan dapat naik keatas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.

Cuba orangMelayu berfikir- apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persikitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?

Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi social dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang melayu mundur sebab institusi social mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.

Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged. Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jatidiri dan tidak takut untuk bersaing.

Tapi sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir- nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung makna nya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.

Selama 22 tahun dibawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun dibawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya- najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan cina dan India.

Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO.

http://sakmongkol.blogspot.com/

KayEl


Oleh: Hafiz Zainuddin

Sudah jam satu pagi, lailatulqadar takkan disedari telah sampai ketika ralit makan steamboat dan jagung bakar di Jalan Tunku Abdul Rahman. Berlalu begitu http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/45/Mosque_Jamek.jpg/265px-Mosque_Jamek.jpgsahaja malam seribu bulan disepanjang-panjang Chow Kit dengan tawaran dan tawar-menawar baju Melayu istimewa murah dan songkok tinggi yang berpatut-patut harganya.


Tiga malam terakhir di Kuala Lumpur, makin pudar roh Ramadan tenggelam dengan laungan “Murah-Murah-Murah” peniaga yang menyapa takdir rezeki dan menyambut Syawal yang bakal datang.


Sesak, meriah, asap, sedap dan bising. Inilah malam-malam terakhir Ramadan di Kuala Lumpur menyaksikan keghairahan warga kota membuat persiapan menjelang hari raya. Inilah juga peluang keluar malam buat mereka yang  tidak gemar keluar malam, bukan kaki joli, bukan kaki shopping, bukan kaki mengeteh. Inilah masanya kita rajin-rajinkan menapak dan melihat sebahagian Kuala Lumpur sudah menjadi seperti Jakarta.

Di Jalan Raja Laut seperti ada ‘demonstrasi’. Penuh, Meriah…. Asalkan ada wang bak kata orang. Saya sudah awal seminggu lagi membeli baju Melayu baru. Maklumlah, sudah beberapa tahun tidak ada yang baru dalam hidup saya.

Khabarnya seperti tahun-tahun yang lalu, siang sehingga pagi di Kuala Lumpur akan jadi lebih sesak dari hari-hari normal. Barangan akan turun lebih murah sebab peniaga menjual untuk balik modal sahaja. Mereka pun mau balik berhari raya.

Bayar zakat
Malam ini malam adalah malam terakhir Ramadan. Sekarang, saya sudah pun berada di utara, kampung halaman saya. Sementara saya berada di sekitar jalan Chow Kit semalam, sempatlah saya singgah ke Pejabat PAS membayar zakat fitrah naik ke tingkat satu.

Sebelum ini pun saya bayar kepada PAS cawangan kampung saya juga. Ini bukanlah bererti saya tak percaya kepada majlis agama Islam. Saya cuma tak mahu wang zakat fitrah saya ditabur buat biaya itu dan ini yang tak ada kena-mengena dengan tujuan zakat itu sendiri seperti kes biaya menteri yang jadi kecoh awal tahun ini. Ish. Tak mahulah saya.

Bagi saya, kalau beri zakat bersama PAS, nampak arah tuju dan infak wang kita. Ahli DAP yang muslim macam saya ni pun bayar zakat juga, begitu juga dengan yang lainnya. Bukanlah menunjuk-nunjuk tapi berasa hati bila ada mulut sedap-sedap tuduh saya kafir harbi. Saya anak Malaysia, saya orang Melayu, beraqidah Islam, mentauhidkan Tuhan dan menjadi ahli DAP. Mana salahnya? Kalau salah, buktikan dan adililah.

Imbau kembali 1 Ramadhan
Hari pertama Ramadhan, sudah tentu ghairah makannya tinggi. Tetapi saya mengambil keputusan mengajak seorang teman berbuka di Masjid Jamek Kuala Lumpur sahaja. Kami tiba disana sekitar jam 6.30 petang. Masa masih terlalu awal untuk berbuka tetapi jemaah sudah mula memenuhi hadapan tikar bersama bubur lambuk dan air mineral yang diedar lebih awal. Bila saja ‘kaunter’ air manis dibuka, maka beramai-ramailah beratur. Orang yang ‘berduit’ seperti kami eloklah berbuka sahaja di masjid. Lebih afdhal dari berbuka di KFC atau Chicken Rice Shop.

Berbuka di Masjid Jamek Kuala Lumpur merupakan pengalaman manusiawi yang sangat berharga dan terkesan dalam hati saya sebagai seorang rakyat Malaysia, dan juga sebagai seorang muslim. Jauh berbeza dengan berbuka di surau kampung saya atau masjid negeri Shah Alam.

Wilayah gelap Kuala Lumpur
Keindahan malam di KLCC dan keriuhan kelab-kelab malam sekitar Jalan Sultan Ismail, Telawi dan kerdipan lampu Dataran Merdeka tidak akan membawa anda menemukan seribu satu duka dan cerita pada wajah-wajah yang saya tatap di Masjid Jamek.

Kuala Lumpur dan dimana-mana pun wilayah gelapnya yang tersisih. Pasti menemukan wajah-wajah kemiskinan dan gelandangan dimana-mana sahaja. Lihat sahaja di Jalan Pasar, Jalan Pudu, dan sekitarnya. Ada sahaja mereka dicelah-celah kota ini. Kalau ada yang bertanya mengenai Kuala Lumpur, saya akan suruh mereka ke situ terlebih dahulu sebelum mereka naik ke Menara KL dan memuji keindahan kota ini berlebih-lebihan.

Ramadan kali ini bukan sahaja menyaksikan kesesakan kereta yang seolah-olah infiniti, masih ramai rakyat Malaysia yang ‘sesak’ berjuang demi sesuap nasi dan kehidupan seperti Dania, seperti Rita, pelacur murah sekitar Jalan Pudu.

Inilah buat pertama kalinya saya berbuka puasa dengan ramai kelompok masyarakat warga kita sendiri. Ada yang kelihatan biasa-biasa sahaja, yang gelandangan, yang melarat, yang menghisap dadah, yang gila, yang busuk dan yang comot, adapun, sebahagian yang lain terdiri dari warga asing yang kelihatan seperti pelajar dan pekerja sekitar Jalan masjid India. Kami diberi sebungkus nasi dan kurma, kami makan dan menunaikan Maghrib bersama. Indahnya 1 Ramadhan di Masjid jamek.

Semangat insaniah dan roh kemenangan
Saya terharu dengan AJK masjid yang tetap memberikan ruang bagi mereka yang non-muslim, yang bertatu untuk duduk dan makan, berbuka puasa bersama kami yang lain. Jika saya mampu berteriak kepada dunia “inilah Islam yang terbuka dan berlapang dada dengan setiap insan!”. Memang benarlah ungkapan ‘Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam’.

Barangkali beginilah agaknya sedikit gambaran pada zaman kosmopolitan Islam Andalusia atau Baghdad suatu waktu dulu yang menjadi kota dunia. Inilah indahnya semangat insan, semangat Islam, yang tidak tersingkap oleh segelintir yang konon pejuang Islam, pengawal agama, pembuat hukum dan pejuang Melayu dalam UMNO yang duduk bersenang-senang sambil menyalak itu dan ini.

Bagi yang berseluar pendek, mereka disuruh memakai kain pelikat yang disediakan, atau setidak-tidaknya, AJK masjid tetap mengagihkan sebahagian dari bungkusan nasi dan kurma bagi non-muslim yang berbaris, menunggu di luar ruang masjid. Syabas kepada seluruh AJK masjid Jamek yang prihatin. Anda telah menunjukan imej Islam yang sebenar tanpa menggunakan wang rakyat berjuta-juta dan bertempik dengan ‘Janji ditepati’.

Dari 1 Ramadan di Masjid Jamek Kuala Lumpur hinggalah malam-malam akhir di Jalan TAR. Kini kita telah sampai kita ke penghujung bulan mulia ini. Ramadan mengajar saya untuk lebih memahami, menjiwai dan melihat sendiri wajah-wajah kemiskinan, wajah mereka yang keliru, bingung dihimpit laungan angkuh pemimpin negara dan tersepit dicelah-celah bangunan yang makin mencanak naik.

Roh ramadan takkan pernah sia-sia. Sepertimana wajah-wajah itu yang berharap agar masa depan mereka, anak-anak mereka sekurang-kurangnya tidak tersisih dan terbela. Malaysia harus kita selamatkan segera.
Moga amal baik kita semua diterima tuhan. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilitri. Maaf zahir dan batin. 

kemalangan secara berseorangan


Dalam kes-kes membabitkan kemalangan secara berseorangan @ ‘single-case’, beberapa faktor mungkin menjadi penyebab:
1. Pemandu/ penunggang mengantuk
2. Berbual di telefon bimbit, SMS yang boleh menjadi pemandu leka
3. Mengelak sesuatu objek
4.Mengelak dari berlaku kemalangan dengan kenderaan lain , lalu terbabas
5.Pengambilan alkohol, dadah
6.Bergurau, bergaduh di dalam kenderaan/motosikal
7.Tidak fokus pada pemanduan , terutama jika memandu ketika mempunyai pelbagai masalah seperti masalah tempat kerja, peribadi.
8.Memandu/menunggang laju sehingga hilang kawalan
9.Kerosakan pada kenderaan, seperti enjin tiba-tiba gagal berfungsi, tayar pecah
10.Memang sengaja menempah maut dengan apa cara sekalipun