Ahad, 7 Julai 2013

taking car

masalah taking car...



Cara Pertama:

Parking kereta anda dalam longkang. Dengan ini tak akan ada sesiapa pun yang berani saman kereta anda kerana kereta anda berada di luar kotak parking.


Cara Kedua:

Parking kereta anda secara mengiring dan parkingkan di tempat letak motosikal. Jadi, pihak yang ingin menyaman kereta anda akan confius adakah itu kereta atau motosikal atau kedua - duanya sekali.


Cara Ketiga:

Lakukan double parking dengan meletakkan kereta anda diatas kereta orang lain yang mempunyai tiket parking. Jadi pihak berkuasa akan mengganggap bahawa kereta tadi adalah jenis double decker.


Cara Keempat:

Tanamkan kereta anda di dalam tanah. Walaupun kereta anda berada di petak parking tetapi pihak berkuasa tidak dapat menyaman anda kerana kereta anda berada di bawah petak parking atau di dalam tanah.


Cara Kelima:

Parkingkan kereta anda di rumah. Dan anda berjalan kaki saja atau mengambil pengangkutan awam.


Cara Keenam:


Beli tiket parking yang harganya taklah mahal sangat pun.

Trigger PBL

Trigger PBL kimi-A! - what happen if No O2 in 5s?...and also what happen is O2 double in atm?









Sabtu, 6 Julai 2013

Mesir

MESIR : Wajah Sebenar Amerika Terdedah

Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.

Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat Amerika di Timur Tengah.

Allah SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal Allah SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. Allah SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.

Israel mewakili Yahudi dan Amerika mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya Allah SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan secular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.

Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?

Itulah Yahudi dan Amerika. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan Amerika. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihanraya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.

Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.

Salam hormat.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 27 Syaaban 1434H bersamaan 6 Julai 2013M

Jumaat, 5 Julai 2013

cicakman

"...  saya nak belajar di matrikulasi selangor,tapi saya takut kimi-A! susah giler "
"saya nak kerja,tapi takda geng laaa"
"kami terima hudud sbg hukum Allah,tapi masanya tak sesuai sekarang."
"saya nak tukar course la,rasa x leh bawa"

Manusia suka beralasan.Wahai anak muda,jgn beralasan.
Sekiranya ibu kita juga beralasan,tentu kita tidak lahir di dunia krn ibu juga boleh beralasan
"malaslah nak mengandung,mampu kah aku jaga anak itu".Tetapi ibu tdk pernah beralasan.Begitu juga cicak,makanannya kbnyakannya haiwan yg bersayap tapi dia tidak.Sekiranya dia nak komplain atau beralasan,sdh lama dia buat,"Ya Allah,mcm mana aku nk mkn utk hdup ni?"
Tapi dia ttp truskan hdup dgn lidahnya yg pnjg utk mkn.

Kata-kata hikmah :
"Jangan memikirkan tentang kelemahan diri,fikirkanlah tentang kekuatan diri kita."

SO,HDUP JGN BERALASAN.BANGKITLAH ANAK MUDA.

3amal

Orang yang paling besar penyesalannya pada Hari Kiamat nanti ada tiga:

pertama, seorang tuan yang memiliki budak (pembantu), akan tetapi pada hari Kiamat amal budak (pembantu)-nya tersebut lebih baik daripada amalnya.

Kedua, orang yang memiki harta, akan tetapi dia tidak mensedekahkannya, lalu dia meninggal sehingga hartanya diwariskan kepada ahli warisnya dan mereka menyedekahkannya.

Ketiga, seorang alim (berilmu) yang tidak mengamalkan ilmunya, lalu dia mengajarkan ilmunya kepada orang lain, dan orang yang diajarinya itu mengamalkannya.(Ibnul Jauzi)