Sabtu, 13 Julai 2013

Asiana

Kapal terbang Asiana ini dipandu oleh seorang juruterbang pelatih yang kali pertama membawa Boeing 777. Kapal Terbang ini dari Korea Selatan menuju ke arah San Francisco. Terdapat 306 penumpang, dua orang pelajar sekolah perempuan maut dalam kemalangan ini. 



pink panther

Tahukah korang bahawa PINK ialah bukan sejenis warna? Tak percaya? Jom baca kat bawah ni.. 




7 asas warna pelangi yang semua sedia maklum dari kecil lagi. But where the heck is Pink? Tiada dalam 7 warna pelangi. Maksudnya warna pink ini ialah bukan termasuk dalam warna spektrum cahaya. Persoalannya, bagaimana otak kita boleh mentafsir warna pink itu wujud dalam dunia kita.

Satu cara untuk membuktikan pink ialah bukan sejenis warna adalah dengan melihat objek dibawah secara terus lebih kurang 30 saat dan selepas lihat backgroud putih blog ini. Apa yang dapat dilihat? Warna apa yang dilihat?



Kalau seorang manusia yang normal yang mempunyai daya penglihatan yang sempurna. Kita akan dapat melihat satu objek bulat yang berwarna hijau. Ya tidak? Warna yang terhasil iaitu hijau yang kita nampak tadi sebenarnya ialah warna yang dipanggil warna pelengkap kepada asal yang kita tengok. Warna pelengkap ialah warna yang ditafsir terbalik oleh mata. Merah dan warna pelengkapnya ialah biru muda, oren kepada biru dan kuning kepada violet.

Semua warna yang disebut diatas, warna pelengkapnya ada dalam spektrum warna kecuali hijau. Sebenarnya spektrum warna mempunyai range wavelengths masing-masing. Merah wavelength paling panjang, violet paling pendek dan lain-lain warna adalah di antara merah dan violet. Jadi, macam mana mata membezakan warna-warna kat atas dunia ni?

Bila mata melihat sesuatu objek yang berwarna. Ya, semua objek berwarna. Retina sebenarnya melihat dan membezakan panjang wavelength sesuatu objek itu. Senang cerita, warna dibezakan oleh panjang wavelength dan otak mentafsir wavelength yang kita nampak itu sebagai experience dan tersimpan kemas dalam memori otak. Contohnya, sebenarnya dari kecik lagi kita diajar wavelength panjang ini, warna ini. Tapi masih tak menjawab persoalan pink bukan sejenis warna.

Hurmm. Bagaimana pula bila mata melihat dua wavelength yang berlainan pada satu masa? Contoh violet dan merah dilihat pada satu masa. Ada dua pilihan yang diintepret oleh otak apabila berlaku situasi ini.

1. Otak akan mengambil jalan mudah dengan mengambil warna yang berada di tengah-tengan antara merah dan violet iaitu hijau (bukan hasil campuran dua warna itu)

2. Atau mencipta warna baru pertengahan antara merah dan violet.

Pink adalah bukti otak melakukan pilihan yang ke-2. Warna pink telah dicipta oleh otak untuk merapatkan hubungan antara merah dan violet kerana warna itu tidak wujud dalam spektrum cahaya. Pink tidak mempunyai wavelength yang boleh dikaitkan dengannya tidak seperti warna-warna spektrum lain. Spektrum cahaya mempuyai warna yang hilang kerana otak kita sendiri sudah boleh mentafsir warna yang hilang itu.


Lihat pusingan titik objek di atas. Apa yang ditafsir oleh otak. Warna pelengkap kepada pink iaitu warna hijau.

Tetapi bila saintis superimposed the red end of the spectrum to the blue end, warna pink terhasil. maksudnya cahaya putih melalu satu prisma laluh menghasilkan 7 warna dan sekali lagi warna merah dan biru melalui prisma lalu menghasilkan warna pink. Pink ialah satu-satunya warna yang tidak mempunya wavelength sebagai satu single wavelength kepada cahaya. Ramai pula bertanya bagaimana dengan warna coklat? Warna coklat mepunyai wavelengthnya sendiri kerana warna coklat sebenarnya terletak antara warna merah dan kuning dalam spektrum cahaya. Dalam erti kata lain coklat ialah warna merah yang mempunyai intesiti yang rendah.


Kesimpulannya, pink ialah bukan sejenis cahaya disebabka pink tidak mempunya wavelengthnya sendiri dan otak lah yang mencipta warna pink dan disimpan sebagai satu memori.

Khamis, 11 Julai 2013

Rezeki Allah

La Tahzan ~ Rezeki

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."

"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - -

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?

Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - -

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

~Hamba Allah~

Selasa, 9 Julai 2013

PIE-S

“Nak ambil tawaran yang mana satu?” saya bertanya kepada isteri.
Beliau termenung.

Mungkin kedua-dua tawaran ada pro dan kontranya.
Tawaran pertama ialah sebagai pegawai penyelidik. Gaji RM1400 sebulan. Pejabat berhampiran dengan stesyen LRT dan saya belum ada lesen kereta. Menyelidik memang keseronokan saya. Dibayar gaji untuk berfikir, apakah ada yang lebih baik daripada itu?

Tawaran kedua ialah sebagai co-trainer, membantu pengarah di sebuah syarikat motivasi, perlu out station mungkin mencecah beberapa belas hari dalam sebulan, dan gaji yang ditawarkan ialah RM800 sebulan. Insya Allah elaun out station akan ditambah serba sedikit bergantung kepada komitmen.

ANTARA TANGGUNGAN DAN TAWARAN
Ketika itu saya sudah mempunyai dua cahaya mata.
Sedang mengendalikan perang dalaman kerana berasa malu tatkala isteri yang seorang doktor, gajinya hampir tiga kali ganda berbanding gaji suami.
Rumusannya pada masa itu ialah menghitung pertimbangan antara perkembangan PIES.

  • P mewakili Physical
  • I mewakili Intellectual
  • E mewakili Emotional
  • S pula mewakili Spiritual

Kedua-dua pekerjaan itu tidak mempunyai konflik dengan S.
Kepercayaan saya melihat bahawa kedua-duanya adalah pekerjaan yang halal, murni dan selari dengan tujuan hidup saya.

Ada pun P, nyata sekali tawaran kerja yang pertama itu lebih kondusif. Gajinya hampir sekali ganda. Usaha hendak ke pejabat juga lebih mudah kerana berhampiran dengan stesyen LRT. Namun saya ada konflik dengan I dan E.

Dari aspek I, saya belum mempunyai metodologi yang kemas untuk menjadi seorang penyelidik, walaupun sesi temuduga sudah berjaya saya manfaatkan untuk meyakinkan panel tentang keupayaan saya menganalisa situasi dan mengemukakan dapatan kajian. Saya juga merasakan betapa pekerjaan itu akan banyak menuntut aspek I dan kurang menyumbang kepada pembangunan I sedia ada, sedangkan saya masih di peringkat menyesuaikan diri dengan keadaan tanah air selepas 11 tahun hidup di perantauan. Selagi tidak belajar dan menguasai Kaedah Penyelidikan, bekerja sebagai pegawai penyelidik adalah pseudo dan mempunyai bahaya yang bersifat subliminal.

Manakala E, saya ini ‘bernafsu besar’ terhadapnya.
Jika saya minatkan sesuatu, demam pun saya sanggup datang kerja. Emotional Quotient saya amat berdominasi. Malah cabang E iaitu aspek ‘Social’ turut saya pentingkan. Saya sangat berat hati kerana 11 tahun hidup di perantauan dan didahului dengan 5 tahun menjadi anak asrama semasa di sekolah menengah, saya tidak kenal ramai orang. Saya kurang pergaulan. Lama duduk di luar negara, saya tidak tahu orang Malaysia ini sebenarnya bagaimana. Dan aspek S yang melantik saya sebagai pendakwah, saya dahagakan input E.

Atas pertimbangan itu, akhirnya saya membuat keputusan yang berat.
Saya memilih tawaran kedua.

JUSTIFIKASINYA
Saya yakin pekerjaan di bidang motivasi akan membuka lembaran baru dalam kehidupan.

Mendapat didikan daripada majikan yang amat berpengalaman di dalam dakwah dan latihan, bakat menulisnya yang sudah diketahui umum, dan peluang bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat amat saya mahukan. Hari ini berkursus dengan Top Management sebuah syarikat gergasi nasional, kemudian dengan murid sekolah bermasalah, diikuti dengan ustaz-ustaz di dalam sebuah organisasi kewangan Islam, kemudian akak-akak penyiram bunga sebuah PBT yang kebanyakannya buta huruf, dan seterusnya pelajar cemerlang di sekolah terbilang, disusuli pula dengan 1001 jenis manusia yang ‘dihantar Tuhan’ ke program kami… saya lelah, tetapi terasa amat pantas belajar dan berkembang.

“Haha, kerja apa gaji ‘seciput’ macam ini?” tanya seorang pegawai bank semasa saya mahu menunaikan cek gaji.

Muka saya merah padam.
“Hari ini lauk telur!” kata isteri saya.
Pasrah.

Beratnya pekerjaan saya itu ialah, pekerjaannya tidak difahami oleh ‘orang luar’. Saya tidak mampu meyakinkan orang tentang prospek kerja saya itu sebab kerja saya tidak difahami oleh ahli keluarga. Apa yang jelas ialah ukurannya banyak berkisar pada insentif P iaitu wang.
Ia krisis besar buat diri saya.

“Makan duit bini ke?” kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga.
Apabila insan-insan di keliling kita memandang rendah kepada kerja yang kita lakukan, itu tandanya mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza. Kita ada dua pilihan. Sama ada menukar kerja dan mendapat satu manfaat jangka segera yang mahu dicapai itu. Atau pun menukar pandangan hidup mereka melalui kesungguhan kita dan keyakinan kita sendiri terhadap apa yang kita lakukan. Kuncinya hanya satu iaitu, APAKAH PANDANGAN ANDA SENDIRI TERHADAP PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN?

Jika kita menghormati dan menyanjungi pekerjaan tersebut, rasa hormat orang lain akan terbina sedikit demi sedikit. Dan dengan pandangan hidup yang semakin sama, manfaat yang terhasil bukan satu atau lima, tetapi infiniti!

Biar pun manfaat P amat terbatas dan saya bekerja keras siang malam untuk menampungnya, manfaat I, E dan akhirnya S amat terasa. Ia sangat bagus untuk masa depan saya, dan masa depan masyarakat yang menanti peranan optimum saya.

TAWARAN DATANG
Selepas beberapa tahun bekerja di syarikat berkenaan, saya didatangi pelbagai tawaran kerja yang menawarkan gaji hingga tiga ke lima kali ganda daripada gaji pada masa tersebut.

Bekerja sebagai content editor di sebuah syarikat penyiaran, bekerja sebagai Pengarah Wilayah bagi sebuah NGO bertaraf antarabangsa, bekerja sebagai Penyelidik Kualitatif di sebuah syarikat Oil and Gas di negara Teluk, serta tawaran mengembangkan kerjaya sebagai kaunselor di sebuah hospital ternama, semuanya memberikan kelegaan yang besar pada tekanan hidup di era gaji RM800 di Kuala Lumpur dengan anak dua dan bakal menjadi tiga.

Namun pekerjaan-pekerjaan itu mengorbankan banyak aspek kehidupan saya yang lain. Saya tidak mampu hidup puas dan gembira dengan tawaran gaji RM6000 sebulan ketika saya gagal diyakinkan tentang kemewahan aspek I, E dan S yang turut penting buat diri ini, tanpa sebarang kompromi.
Saya dengan berat hati namun yakinnya bulat dan keras seperti batu, saya menolak semua tawaran itu.

Saya yakin satu perkara:
Memilih pekerjaan yang besar P tetapi kecil E yakni gaji bagus tetapi kerja tanpa minat akan menyebabkan P berkemungkinan bertambah tetapi bersama E yang semakin mengecil. Akhirnya P turut terjejas.
Ada pun pekerjaan yang aspek P kecil tetapi E besar, akan sampai masanya E terus subur dan P bertambah.

Apa yang penting I (Intellectual) mesti terus berkembang dan S (Spiritual) mesti sentiasa memandu.

Keyakinan itu saya kongsikan bersama sahabat-sahabat junior  yang baru menamatkan pengajian dan sedang berada di persimpangan memilih kerjaya yang mungkin berbeza daripada kelulusan dan jauh daripada manfaat awal jangkaan.

Pertimbangan P sahaja kurang memadai kerana P akan berkembang pesat apabila I, E dan S berkolaborasi bersama. Lebih menyeronokkan, apabila anda bekerja bersama pemimpin yang tidak tidur malam kerana berfikir dan merancang bagaimana hendak menjadikan anda insan berjaya. Saya sudah merasainya, dan saya juga mahukan perkongsian yang sama untuk dirasai oleh sahabat semua.

Dan setelah beberapa tahun bekerja di bidang latihan dan motivasi, saya mengalami krisis I yang teruk. Terasa dungu. Usai Ramadan 1433H saya menutup syarikat dan mendaftar pengajian sebagai pelajar sarjana sepenuh masa, biar pun konflik P-I-E akan terus berlarutan ke satu masa yang saya sendiri tidak pasti.

- See more at: http://saifulislam.com/2013/07/memilih-kerjaya-antara-p-i-e-dan-s/#sthash.ZbmNnwrm.H7bdXfAI.dpuf

anak mursi


Tuesday, July 9, 2013
Anak Mursi turun gelanggang di Dataran Rab'ah -
Naik semangat membaca ucapannya

Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan jutaan penyokong di Dataran Rab’ah, menyatakan bantahan beliau terhadap rampasan kuasa: “Elakkan pertempuran atas nama Revolusi”.

Beliau turut menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata:

"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku , bertahanlah wahai ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air ini,cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah terhadap dasar Revolusi kami”

Beliau juga dalam ucapannya di atas pentas Dataran Rab’ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan syar’iyyah, “Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"

"Seluruh keluarga Mursi berada di dataran, dan aku datang hari ini ke Dataran Rab’ah, bukan untuk berucap atas nama individu atau parti, tapi aku aku berucap atas nama kebenaran, aku mengatakan kepadamu wahai ayah atas nama keluarga Presiden : Pergilah kamu wahai ayahku untuk berperang kerana Tuhanmu maka kami akan berperang bersamamu”.

Beliau menyambung lagi,"Aku berwasiat kepada ayahku dan berkata jika kamu melihat darahku mengalir, ketahuilah bahawa aku di atas jalan kebenaran, dan jika kamu melihatku serasi bersama mereka yang batil, maka ketahuilah bahawa aku bersama kebatilan".

Beliau juga memberi ucapan kepada rakyat Mesir, "Aku mengatakan kepada kamu Wahai rakyat Mesir yang mulia, revolusi ini atas nama Mesir, maka bangkitlah dan sempurnakanlah revolusi ini, maka dengan kehendak Allah dan takdirNya jua.."

" Kita berada di pihak yang benar bermula hari ini sehinggalah Allah berkehendak melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan". (nota: iaitu kemenangan kaum muslimin dan kehancuran kaum musyrikin)

Beliau kemudian meneruskan ucapannya kepada Dr. Muhammad Mursi presiden Mesir,"Aku titipkan kepadamu salam wahai ayah, dan aku berikan penghormatan yang mulia kepada seluruh rakyat Mesir, tetaplah atas jalan kamu, dan dengan nama Allah janganlah takut kepada celaan orang yang suka mencela, dan semoga Allah membantu kita memelihara revolusi ini dengan darah-darah kita".