Khamis, 8 Mei 2014

motong

Dalam musim hujan ni, orang motong terpaksa memerah kudrat dua kali ganda. Hilanglah setiap detik waktu rehat bersama keluarga. Selepas motong selesai jam 12- 1 tengahari mereka laki bini akan balik ke rumah memasak untuk keluarga, makan apa saja yang ada di dapur. Suami pula menjemput- mengantar anak ke sekolah.
Selesai solat zohor, mereka ke kebun lagi, menjinjing baldi meletakkan ubat 'garam' ke setiap pot, supaya susu segera beku menjadi sekerap. Jika hujan turun sekitar jam 3 seperti hari ini, mereka akan basah lokoih dalam kebun, kerja perlu diteruskan juga. Jika tidak, susu bercampur air hujan akan memutih di permukaan tanah. Punah ranahlah kerja keras sejak subuh tadi.


Kalau kebun jauh dari rumah, mereka tidak balik lagi sehingga petang. Minyak moto perlu dijimatkan. Berlabuhlah di perdu getah sambil mengibas nyamuk, hingga titisan susu di pancuran berhenti, sebelum ubat beku dititipkan.

Anak-anak sekolah dikirimkan saja kepada jiran atau kawan, makanlah sisa nasi dan ikan masin semalam di bawah saji. Uruslah diri sendiri menunggu ibu ayah pulang menjelang petang. Jika tiada sisa semalam, menyanyilah perut anak-anak menunggu nasi mendidih malam nanti untuk mengalas perut dengan ikan tamban masin, cabai dan ulam dipetik dari semak di kebun.
Motong di kebun seluas 6 relong milik orang, dengan harga yang kian parah -RM1.70 sekilo, dapatlah habuan mereka sekeluarga RM213.55 sebulan! Saya ulangi kedaifan mereka waktu ini...RM213.55 SEBULAN!!! Ada pemilik kebun yang pemurah, dicabut sedikit bahagiannya bersedekah kepada orang motong. Itupun jika dia punya sumber lain jika tidak, memiliki harta seluas itu tidak punya makna.
Kak Na yang berhujan lokoih beberapa kali di kebun, demam sudah beberapa hari. Abg Li seorang saja ke kebun, Kak Na tak dapat keluar rumah. Ke klinik berubat pun tidak mampu, hanya menelan panadol dan ubat 'cap tiga kaki' menunggu kebah! Demikian rutin orang motong menjalani hidup, menunggu fajar esok untuk ke kebun lagi.
Menteri mana, pegawai tinggi dari agensi apa yang memahami situasi kedaifan ini? Menteri mana yang pernah melalui semua ini untuk dapat menjiwai peritnya hidup orang motong ketika ini. Masih bersisakah titisan air mata untuk bergenang, sisa air liur bercampur menu lazat di hotel untuk tersangkut di kerongkong mereka, merenung ke lubuk hidup orang motong nun jauh terperosok di pinggir rimba!
Tolong jangan ungkit waktu harga sekerap RM7 sekilo, kerana kami tidak pernah kayapun dengan harga itu, kami tidak pernah sekalipun pergi melancong atau menjejak kaki ke Suria KLCC dengan duit sekerap waktu itu. Kami hanya pernah menikmati tomyam dengan ikan siakap di restoren orang pattani di Jeniang dua tahun lalu. Tidak lebih daripada itu!

itavia

pesawat Itavia 870 yang terhempas pada tahun 1980 ini teori konspirasi masih kedengaran sungguhpun bangkainya telah ditemui. Memory of Ustica ialah ruang pameran di Muzium Bologna yang mempamerkan bangkai pesawat serta barangan peribadi 81 mangsa yang terkorban akibat pesawat ini terhempas. Ada teori mengatakan pesawat ini ditembak dengan misil oleh tentera udara Itali secara tidak sengaja. Keluarga mangsa mengatakan kerajaan menutup kes dan menyalahkan "kuasa asing yang tidak dikenali" yang menembak misil sehingga pesawat DC 9 ini terhempas. Bukti menunjukkan terdapat bom yang disorokkan di dalam tandas. Tetapi pihak berkuasa berkeras mengatakan ada tangan tersembunyi asing yang menembak pesawat ini terjatuh.

Ruang memorial ini dibuka sejak 2007 dan diterangi 81 mentol lampu yang akan tertutup secara rawak. Ia melambangkan kehilangan nyawa 81 orang penumpang secara tiba-tiba dan tidak disangka. Poetic shit!

Laporan asal Wiki

bacalah

USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL | .
SEKURANG-kurangnya, ada dua jawapan yang boleh saya kongsikan, mengapa perintah Allah yang pertama kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam dan umat ini adalah “BACA!”

Pertama, peralihan manusia daripada Tauhid kepada Syirik, adalah akibat agama berpindah daripada satu generasi ke satu generasi, bukan lagi dengan ILMU. Kisah lima berhala kaum Nabi Nuh ‘alayhi al-salam, sudah pernah dikupas sebelum ini. Justeru, demi mengeluarkan manusia daripada kegelapan Jahiliah kepada cahaya Islam, daripada Syirik, kepada Tauhid, berilmu menjadi keutamaan, melalui perintah BACA.

“Bacalah!” tiga kali Jibril ‘alayhi al-salam memerintah baginda.

Baca tidak semestinya baca daripada apa yang ditulis. Baca juga, adalah daripada apa yang dibacakan kepada kita. Baca itu kenderaannya, ilmu itu penumpangnya. Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam yang ‘ummi’ itu diperintahkan oleh Allah untuk membaca.

Itu, perspektif pertama.

Perspektif yang ditekankan oleh Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Dhilal al-Quran, betapa kita mungkin agak sambil lewa dalam memerhatikan impak perintah BACA kepada tamadun manusia.

Keduanya, beragama dengan ilmu, bererti beragama dengan berfikir.

Kita memerlukan perkataan untuk berfikir.

Shakespeare menggunakan 80 ribu perkataan di dalam karya klasiknya. Demikian juga Goethe, beliau menggunakan 50 ribu perkataan di dalam novelnya. Dan karya mereka masih difahami oleh pelajar Inggeris serta Jerman hari ini. Ertinya perbendaharaan kata mereka berada di sekitar perbendaharaan kata Shakespeare dan Goethe.
Ini berbeza menurut Omar A Ergi di dalam karyanya, Can A Bridge Build Itself? (gambar kanan), pelajar universiti di negaranya Turki, hanya mempunyai sekitar 3000 ke 4000 kata dalam perbendaharaan mereka. Sedikitnya perkataan bererti sedikitnya pemikiran dan ia datang daripada lemahnya sumber perkataan iaitu BACA.

Justeru, BACA menjadi perintah pertama Allah kepada hamba-Nya bernama manusia.

Allah membezakan manusia dalam penciptaannya berbanding dengan makhluk yang lain, adalah pada akal dan upaya fikir manusia. Tanpa membaca, manusia hilang upaya fikir. Tanpa upaya fikir, apa lagi yang tersisa pada kemanusiaan manusia?

BUKAN SEBARANG BACA

Sepatutnya membaca itu adalah amalan yang sangat asas.

Membaca bukan tabiat orang kaya. Mencari ilmu bukan tabiat orang kelas atasan. Beragama dengan hujah bukan tabiat golongan elit. Semua itu tabiat MUSLIM.

Apabila membaca menjadi asing, pembaca jadi ‘makhluk asing’. Lain benar kelakuannya sebelum membaca dengan selepas membaca. Sebelum membaca, dia biasa-biasa. Selepas membaca, dia jadi luar biasa.

Sebab itu perintah BACA bukan sebarang BACA.

“Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang mencipta” [Al-'Alaq 96: 1]

Baca itu ibadah. Baca itu kehambaan. Maka bacalah dengan nama Dia.

Tuhan yang memerintahkan BACA itu juga tidak memperkenalkan nama-Nya. Belum lagi. Baca dulu, dengan nama Dia, Tuhan kamu yang Mencipta.

Jika kamu enggan menerima AL-HAQ secara dogmatik, secara paksa, tidak mengapa. Mungkin itu yang sebaiknya. Tetapi kamu mesti baca. Kamu perlu baca, namun dengan nama Dia. Allah namanya? Tidak mengapa, yang penting, Tuhan yang menyuruh kamu BACA itu adalah Tuhan Maha Pencipta.

Baca itu mesti dengan rasa sedar bahawa si pembaca adalah makhluk. Manakala yang memerintahkan baca adalah Khaliq.

Asas mengimani Tuhan, adalah pada kesedaran bahawa kita dan alam ini adalah ciptaan, dan yang menciptanya adalah Maha Pencipta. Andai ciptaan lain masih banyak berselubung keraguan, maka fokus pada ciptaan yang kamu tidak mampu ragu, iaitu diri kamu sendiri.

“Yang mencipta manusia daripada segumpal darah” [Al-'Alaq 96: 2]

Manusia memerlukan premis yang kukuh untuk yakin, menolak ragu.

Cogito ergo sum - “Think, therefore am”
Ungkapan terkenal ini dilafazkan oleh René Descartes (gambar kiri). Makna yang mudah untuk ungkapan Latin ini ialah berfikir tentang kewujudan seseorang membuktikan di dalam diri yang berfikir serta mengenai diri yang berfikir bahawa ‘saya’ wujud untuk melakukan FIKIR itu tadi.

“Tidak mungkin kita meragui kewujudan diri, semasa kita ragu, kerana kita memerlukan diri, untuk melakukan perbuatan ragu itu” rumus Descartes.

Justeru, bacalah dengan nama Tuhanmu yang Mencipta itu, yang Mencipta manusia daripada segumpal darah. Baca dan dapatkan ilmu, untuk memahami bagaimana daripada segumpal darah, ia kemudiannya menjadi seorang pemikir, yang boleh membaca tentang biografi gumpalan darah berkenaan.

Membaca membawa manusia kepada kebenaran.

Membaca menjadikan manusia bermodal untuk berfikir tentang kebenaran.

Membaca mengangkat manusia ke martabat sempurna, mencapai potensi yang Penciptanya letakkan terhadap prospek seorang manusia.

Justeru manusia yang membaca, ketahuilah bahawa semakin banyak kamu membaca, semakin banyak kamu berfikir, semakin tinggi kamu berilmu, akhirnya yang kekal Paling Mulia, bukan kamu yang membaca, tetapi Tuhan kamu yang memerintahkan BACA.

“Bacalah, dan sesungguhnya Tuhan kamu adalah yang paling Mulia”  [Al-'Alaq 96: 3]

Masakan tidak.

Masakan boleh seorang pembaca jadi angkuh.

Kalau dia sedar bahawa dia boleh membaca, hakikatnya adalah kerana kebergantungan dia kepada modal-modal baca dan fikir yang diberikan oleh Tuhannya.

“Dialah Tuhan yang mengajar dengan pena. Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”  [Al-'Alaq 96: 4-5]

Pena diungkap dengan waw al-qasam (sumpahan) di dalam surah Pena (al-Qalam), pada menggambarkan tingginya nilai pena sebagai wasilah ilmu dan baca. Pena yang menjadi titik munasabah dan interaksi antara Tuhan Pengurnia Ilmu dan manusia yang mempelajarinya.

Mempelajari sesuatu yang dia tidak tahu.

Dengan ilmu, manusia yang tidak tahu menjadi tahu.

Dan semakin dia tahu, dia sepatutnya semakin menjadi manusia.

Bukan tuhan yang lupa diri, kembali bodoh dengan keilmuan dan kesarjanaannya.

Justeru, membaca adalah ibadah.

Membaca ilmu Syariatullah, atau membaca ilmu Sunnatullah, kedua-duanya adalah ibadah. Matlamat tertinggi membaca adalah mencari kebenaran, dan setia dengan kebenaran itu.

Mengapa dalam kebangkitan budaya baca, lahir kecenderungan untuk mencarut, menyebut segala aurat di kelangkang, berbahasa dengan bahasa longkang, dengan alasan ia simbol kebebasan, kemerdekaan dan jauh daripada kepura-puraan?

Memerhatikan kebodohan ini, bukan kita tidak ingin mencarut.

Tetapi kita tidak mencarut, yang mengawal kita bukan JAKIM, bukan Kementerian Dalam Negeri, bukan Editor, bukan juga kehendak pasaran. Mencarut dan kurang ajar dalam baca, tulis dan fikir, walaupun dalam diri membuak-buak rasa untuk mengungkapkan kepada penulis sampah yang digilai remaja semasa, tidak terkeluar bukan kerana JAKIM, KDN atau Editor.

Tetapi kita tidak mencarut kerana alasan yang sama dengan pencarut.

Kita tidak mahu hipokrit.

Bukan hipokrit pada mengawal nafsu untuk mencarut.

Tetapi kita tidak mahu hipokrit, manusia bodoh yang tidak tahu apa-apa, menyamar sebagai tuhan atas nama sebuah KEBEBASAN!

Sujudlah kepada-Nya.

Dekatilah Dia.

http://saifulislam.com/

Jumaat, 2 Mei 2014

how

Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana"

Kau ini bagaimana?
kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya
kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kafir
aku harus bagaimana?

kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai
kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai
kau ini bagaimana?


kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku
kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aq plin plan
aku harus bagaimana?

aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimbung kakiku
kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku
kau ini bagaimana?

kau suruh aku takwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya
aku harus bagaimana?

aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
aku kau suruh berdisiplin, kau mencontohkan yang lain
kau ini bagaimana?

kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilnya dengan pengeras suara tiap saat
kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai
aku harus bagaimana?

aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya
kau ini bagaimana?

kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah
kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah
aku harus bagaimana?

aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
aku kau suruh bertanggungjawab, kau sendiri terus berucap wallahu a'lam bissawab
kau ini bagaimana?

kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku
aku harus bagaimana?

aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah kupilih kau bertindak sendiri semaumu
kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu
kau ini bagaimana?

kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis
kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis
aku harus bagaimana?

kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah
kau bilang carikan alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja
kau ini bagaimana?

aku bilang terserah kau, kau tidak mau
aku bilang terserah kita, kau tak suka
aku bilang terserah aku, kau memakiku

kau ini bagaimana?
atau aku harus bagaimana?

1987, Gus mus ( KH Mustafa Bisri)

--> Puisi ini sangat keras mengkritik cara kemunafikan politik sang pemerintah. Saya kira ini jugalah suara hati rakyat kerdil di Malaysia buat Sang Penguasa. 

jom solat

KORANG BELUM BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH!,

macamamn Allah nak buat keputusan kat korang untuk masuk syurga?

Kat kedai makan pun kalau korang pergi tanpa ada keputusan nak makan apa, bila waitress tanya nak makan apa? Errrrrrrr. Makan apa ye? Apa yang best? Errr…Tapi kalau kau dah buat kepusan nak makan nasi lemak, pasti kau cakap nasi lemak daun pisang satu!!!!

Satu lagi, Kalau mak korang panggil korang, Ali, oi Ali…, Ali mari jap tolong mak masukkan benang dalam lubang jarum ni, dan korang buar derk aje, mak korang panggil lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yg ke dua belas tentu mak korang akan terajang dan baling mesin jahit kat korang, pekak ke!!!

Begitulah jugak dengan Allah, panggil kita 5 kali sehari :
Marilah solat………….
Marilah berjaya…………..

Korang buat derk ajer dan sampai umur 40 tahun pun buat derk aje, munasabahlah Allah rendam korang dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yg korang tinggal dan satu huqub bersamaan 80 tahun….

Jadi aku doakan agar aku dan korang semua dipilih oleh Allah untuk istiqamah solah berjemaah ke masjid…..

Korang dan aku, buatlah KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH, barulah Allah akan membuka segala jalan kebaikkan….