Rabu, 18 Jun 2014

malumu :)
























































































pesakit

Perbualan Jururawat dan Pesakit  



Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"



Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa." 



Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"



Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."



Pesakit: "Wah, apa dia?"



Abang misi: →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.



→ Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.



→ Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.



→Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."


Pesakit: "Hm. Apa dia?"



Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.



→Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...



→dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...



→Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."



Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "



Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.



✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?



◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini. '

Kucin

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing🐈 untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing🐈 datang meminta makanan🍗, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita.

Padahal kucing🐈 tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. 

Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing🐈?

Kadang-kadang kucing🐈bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar.

Anggaplah itu rezeki untuk kucing🐈 tu.
Tak payahlah kejar kucing🐈
tu keliling kampung!

Dia bukan ambil semua, seekor saja.

Lainlah kalau kucing🐈 tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.

Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.
Jika nak jadi :
cepat kaya,
murah rezeki,
panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang.

Setiap makanan🍗 kita beri binatang makan, itu dikira sedekah.

Allahualam....

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
* HR. Al-Bukhari

ㅤ ㅤ ㅤ
ㅤ Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
ㅤ Allahuakbar
ㅤ ㅤ ㅤ

Share jika anda benar² Orang ISLAM ...
Sedih baca seloka nii...betapa lekanya kita dng urusan dunia..

Mancis

Menarik tulisan ni....

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,

tapi satu batang mancis juga membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran
positif.

Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak,

oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis
trus terbakar. 

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, 

jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan
kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat,

ketika burung mati,
ulat makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman.
Kitaran kehidupan terus berlaku.

Jangan merendahkan
siapapun dalam hidup,

bukan kerana siapa mereka, tetapi
kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi waktu lebih berkuasa daripada
kita. 

Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman
di sekeliling kita.

Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa
sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang
belum dikerjakan.

Dan, setelah di ambang ajal, kita baru
tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,

sudah saatnya kita bersama-sama
membuat hidup lebih berharga.

Saling menghargai, saling membantu dan memberi, 

juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan
syarat.

Believe in "cause and effect"

apa yang ditabur,
itulah yang akan kita tuai .

Sama2 di renung siapa kita d hari ini dan jgn
biarkan masa berlalu tanpa sebarang amal soleh

& kebaikan apatah lagi hari2 yg berlalu penuh
dengan dosa dan kejahatan serta kedengkian pada
orang lain..

Selamat beramal...

Mati itu pasti...

Syurga itu pasti ..

Neraka itu pasti...

Azab itu pasti...

Apa yang tak pasti ialah bila kita akan mati...

karkun


انّا للہ و انّا الیہ راجعون


بِســـــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

[ Pengorbanan Sampai AKHIR HAYAT]
(T-T)
Redha seorang Lelaki bergelar SUAMI

Sayu melihat ketabahan dan kuatnya seorang suami (Karkun/ Ahli Jemaah Tabligh) yang sangat TENANG....

Tenang dalam Redha
* Melihat arwah isterinya digilis Lori
* Mengutip cebisan daging arwah Isterinya
* Mencuci jalanraya yang berlumuran darah isterinya...
(HATI nya dalam ZIKIR)

Dan dikhabarkan...
Beliau juga yang mengimami solat jenazah isterinya dan turun untuk mngebumikan Isterinya...

Sayu melihat anak pasangan terbabit yang masih kecil...
Moga akan menjadi anak soleh sperti pasangan ini juga...

(=_=)" Moga berbahagia isterinya di Alam sana...aminn..insyaAllah
Ujian hebat untuk Orang yang Hebat
 (4 poto)