Ahad, 31 Ogos 2014

Kemiskinan

KUALA LUMPUR : Datuk Ariff Sabri hari ini melalu penulisan terbarunya di http://sakmongkol .blogspot.com menyatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak gagal sebagai pemimpin negara Malaysia ini dan kerana inilah Najib diburu oleh Mahathir.

“Ini terbukti dengan hutang luar negara yang sudah mencecah 40% KDNK. Hutang dalam negara atau hutang sektor awam sudah melampaui 55% GDP. Itu pun kerajaan Najib menyembunyikan perangkaan hutang yang sebenar seperti tidak mengira jaminan kontinjensi kepada GLC-GLC yang semua nya rugi,” kata nya.

“Inilah kerajaan yang mencuri harta dan wang rakyat. Aliran keluar modal jangka pendek Malaysia merupakan yang terbesar jika dibanding dengan ekonomi negara Asia yang lain. Lebihan akaun semasa kian berkurangan. Current account surplus Malaysia sekarang ialah 3.7% dari GDP berbanding dengan 16% dalam tahun 2008 (masa Najib ambil alih).”
Menurutnya, semasa Najib ambil alih tahun 2008, hutang isi rumah atau household debt ialah 60%. Sekarang ianya 80%. “Negara kita ialah darul hutang. Ramai yang bankrap. Ramai yang berhutang. Graduan yang berpendapatan RM 2,500 tidak mampu tinggal di Kuala Lumpur, sewa RM800, pengangkutan RM800, makan RM500, kemasdiri 500. Kalau tinggal RM100 pun nasib baik. Belum lagi dicampur bayaran hutang PTPTN yang ahli UMNO semua nya berdemonstrasi berkeras hendak bayar.”

Angka kemiskinan
Beliau juga membandingkan angka kemiskinan yang kerajaan umumkan sebagai RM860 sebulan untuk Semenanjung dan RM1,000 untuk Sabah dan Sarawak. Berdasarkan angka ini, Najib dapat mengisytiharkan dengan bangganya bahawa angka kemiskinan hanya 2%.

“PBB/United Nations sendiri menyatakan bahawa garisan pendapatan miskin harus pada tahap 50% pendapatan purata Malaysia. Jika dalam tahun 2012, pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5,000, maka garisan pendapatan miskin ialah 50% dari RM5,000 yakni RM2,500. Tahukah pembaca pada tahap ini, berapa ramai yang berada dalam kategori miskin? Jawapan nya 40%. 40% penduduk negara ini berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib temberang bila menyatakan bahawa ekonomi bertambah baik,” keluhnya.

Ariff juga mengeluh betapa tingginya tahap toleransi orang Melayu terhadap kepedihan hidup dengan beranggapan bahawa ini semua adalah takdir. Orang Melayu tidak akan pernah berfikir bahawa ini semua adalah disebabkan oleh akibat rasuah, akibat kelemahan pengurusan, akibat incompetence dan akibat salah laku. Selagi mereka diBR1Mkan, orang Melayu selesa dan puas walaupun keadaan mereka tidak berubah.

“Mereka lupa bahawa UMNO berkerja untuk kepentingan oligarchs Cina, Melayu dan India. Ekonomi negeri dikuasai oleh puak feudal yang didanai dan disokong oleh oligarchs Cina. Orang UMNO jerit sana sini memperjuangkan kepentingan Melayu tapi kepentingan yang mereka juarai ialah kepentingan oligrachs, yakni segelintir elit politik dan perniagaan.

“Kritikan Dr Mahathir kalau diterjemahkan dalam bahasa yang budak tingkatan 3 pun boleh faham ialah: Najib gagal. Bila Najib gagal, kerajaan gagal. Dasar Najib gagal. Kita hidup dalam negara yang gagal.”

112

Pagi ini saya cuba memanggil nombor "112" dan telah disambungkan kepada Pusat Kecemasan / Emergency Center (dengan hanya 3 deringan).
Seorg wanita (mungkin pegawai polis) yg menyambut panggilan serta-merta mengenalpasti saya (mungkin melalui nombor telefon mobile saya) dgn panggilan Mr Chan, apa saya boleh bantu. Dan saya menerangkan kepadanya bahawa saya sedang mencuba talian 112 ini.
Penting! Simpan nombor 112 dan tandakan ia sebagai nombor kecemasan (Police Emergency)

Kejadian berlaku kpd seorg pelajar kolej ppuan berumur 19thn. Insiden berlaku semasa bercuti, hari Sabtu jam 1ptg. Dia sedang memandu utk melawat kawannya, apabila tiba2 ada sebuah kereta polis TIDAK BERTANDA mengekori dari belakang sambil menyalakan lampu biru. Mengingatkan pesan ayahnya supaya berhati-hati dgn kereta yg tidak bertanda (jika perlu, teruskan memandu hingga ke tempat yg lebih selamat spt stesen minyak/balai polis etc), dia menelefon talian 112 dari telefonnya dan disambungkan ke pusat kecemasan. 


Dia memberitahu polis ada kereta polis tidak bertanda dan berlampu flash biru mengekorinya di belakang, dan memaklumkan tidak akan berhenti di tepi jalan.
Pegawai polis itu memeriksa dan mengesahkan bahawa tiada kereta polis di lokasi kereta remaja itu dan menasihatkannya supaya meneruskan pemanduan dgn tenang, pihak polis dlm perjalanan ke lokasinya sbg "back up".


10 min kemudian, 2buah kereta polis mengekorinya dan kereta 'polis' di belakang. Polis berjaya menahan pemandu kereta itu dan dikenalpasti pernah didakwa merogol dan sedang dicari atas beberapa jenayah lain.


Saya belum pernah mendengar nasihat sebegini sebelum ini. Tapi kepada para pemandu wanita, terutamanya yg memandu sendirian, JANGAN SESEKALI BERHENTI apabila ditahan oleh kereta polis yg tidak bertanda. Pihak polis perlu menghormati hak anda utk berada di tempat yg selamat. Berikan isyarat utk memaklumkan mereka cthnya hazard light, atau telefon talian 112. 


Alangkah sayangnya penyedia perkhidmatan telefon mudahalih tidak mewar2kan maklumat yg sangat berguna ini.
Sekarang giliran anda utk memaklumkan kawan2 yg lainnya tentang 112 (112 adalah nombor kecemasan yg akan terus menghubungkan anda kepada pihak polis kerana 999 tidak berfungsi jika berada di luar liputan). 112 juga menggunakan sistem yg dipanggil "triangulation" yg boleh memberikan polis lokasi tepat di mana anda berada ketika menelefon.
PENTING : BACA DAN KONGSIKAN.


Maklumat di atas disediakan oleh ayah remaja perempuan tersebut

ke neraka

Syeikh Sya'rawi telah berkata..

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yg mempunyai fikiran yg agak extrim ..aku bertanya kepada dia : adakah meletupkan kelab malam dalam sesebuah negara halal atau haram??
Pemuda : sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka.
Syeikh Syarawi : kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah..apakah yg akan terjadi kepada mereka atau kemana mereka akan pergi??
Pemuda : sudah tentu masuk neraka.


Syeikh : syaitan itu kemana dia hendak membawa mereka??
Pemuda : sudah tentu ke neraka.
Syeikh : klau begitu kamu Dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka.
Kemudian aku pun mengingatkan pemuda itu satu had is Rasulullah saw...ketika mana lalu jenazah yahudi dihadapan baginda..baginda bangun Dan menangis...sahbat bertanya...apa yg menyebbkan engkau menangis ya Rasulullah? Baginda berkata...satu jiwa telah terlepas dariku menuju ke neraka!
Syeikh : nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasul sallallahualaihiwasallam yg inginkan hidayah buat mereka dan menyelamatkan mereka dari neraka ...kamu dibahagian lain dan nabi Muhammad dilembah yg lain!!!

Semoga Allah merahmati Syeikh Sya'rawi

coretan anak jawa

Sajak khas buat kawanku yang Jawa... 

Hai jawa. .
Bangsa yg berwibawa..
Kerja lebihh..sikit ketawa..
Bio xbergaya..Tapi lawa..
Kebun byk..umh mcm singahsana..
Rancang sikit pasti terlaksana...
Kerja berat xde hal punyaa..
Sembang lebih kerja jln jugaa..
Pntang org gangu nk di parangnya..
Kwin byk cbb nk besokan ahli kuarga..
Jawa juga pndai ahli agama.
Xkurg juga yg jadik ketua..


Aku jawa ..ko pon jawa..
Jgn slalu putus asa..
Bio kita ckp jawa org xsuka..
Ckp jawa tu semua kan cuma bahasa. ..
Jnji kita berbudi bahasa. .
Jawa bandung halus budi pekerti..
Jawa barat Pntang dikasari..
Jawa timur rajin cari rejeki..
Jawa tengah suka merantau seantero negeri..


Jawa oh jawa..
Jawa kan cuma bangsa..
Ko jawa aku pon jawa. .
Yang penting kan memperjuangkan AGAMA. .
bangsa bangsa di dunia ..
agar kita saling kenal mngenal sesama..
Tu yg termaktub dlm KitabNya..
"Tidaklah ku ciptakan kamu dgn sia sia" firmannya..
Inilah coretan anak Jawa..

Sunnah janggut

Untung ada janggut...  RASULULLAH SUKA TENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI.. Pada Zaman Rasulullah..ada seorg lelaki yg berjanggut 2 helai dtg ke masjid dan masa mengambil wuduk..lelaki tersebut memandang Rasulullah..Rasulullah pun senyum kpd lelaki itu..lelaki itu hairan mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hnya 2 helai di dagu.. Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda… “Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? ” Lalu Baginda menjawab” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.."