Khamis, 14 Mei 2015

bosan

Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..

"Ustaz..! Kenapa ya..!  Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"

Ustaz pun menjawab :

"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..

Ustaz menjelaskan :

"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.

Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.

Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.

Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.

Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"

Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.

Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA ANDA
SENTIASA DALAM SENARAI

M A S A
A N D A  M A S I H  A D A

J A G A L A H
M A S A  L A P A N G  A N D A

ti ti

Zaman dahulu bila duduk aja kat restoran kita akan tanya,teh ais ada?
Zaman sekarang kita akan tanya "mamak, password wifi apa"...

Zaman dahulu, imam akan remind, "luruskan saf, rapatkan antara tumit"..
Zaman sekarang imam akan remind, "matikan henpon..."..

Zaman dahulu kita terima khabar mengejut dengan telegram,
Zaman sekarang kita sembang dengan Telegram...

Zaman dahulu banyak accident kereta sebab terlelap,
Zaman sekarang banyak accident sebab sibuk whatsapp.

Zaman dulu kita berjual beli pakai timbang kati,
Zaman sekarang kita jual beli pakai GST

Zaman dulu org bangun pagi dok mikir nak makan ape,zaman skrg org bangun pagi dok mikir nak ngap sapa......?

Rabu, 13 Mei 2015

hadis palsu

Penyebaran hadith palsu dan kesannya dalam kehidupan Muslim


Apabila disebut tentang hadith palsu, tentu banyak perkara yang bermain dalam fikiran kita.

Artikel ini adalah ringkasan Forum Darul Hadith: “Penyebaran hadith palsu dan kesannya dalam kehidupan muslimin” di Sekolah al-Irsyad, Batu 3, Kuantan pada  27 April 2014. Bersama al-Fadhil al-Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Mohd Khairil Anwar dan Ustaz Nasrullah hafizahumullah. Sebahagian daripada isi artikel ini adalah daripada saya sendiri. Maka, sekiranya ada fakta atau point yang salah, mohon dimaklumkan.


1. Antara punca munculnya golongan yang mencipta hadith palsu ialah sikap masyarakat yang meninggalkan al-Quran. Nuh bin Abu Maryam telah mencipta hadith berkaitan fadhilat membaca surah-surah al-Quran.

Abu Ismah Nuh bin Abi Maryam atau yang lebih dikenali sebagai Nuh al-Jami’. Beliau sendiri membuat pengakuan bahawa beliau mencipta hadith palsu bahawa kononnya riwayat itu dari Ibnu Abbas, menjelaskan tentang fadhilat surah-surah di dalam al-Quran, satu surah demi satu surah yang lain.

Dengan suatu tujuan yang zahirnya kelihatan baik, iaitu untuk menggalakan orang ramai melakukan kebaikan dan membenci kejahatan, orang-orang seperti Nuh al-Jami’ ini mereka-reka riwayat palsu dan menisbahkannya kepada Nabi SAW. Ketika Nuh al-Jami’ ditanya tentang sebab beliau mengada-adakan riwayat palsu berkenaan, beliau menjawab, “Aku lihat orang ramai telah meninggalkan al-Quran, dan sebaliknya mereka sibuk mempelajari Fiqh Abu Hanifah serta Maghazi Ibn Ishaq. Kerana itulah aku mencipta hadith tentang kelebihan surah-surah di dalam al-Quran untuk mengembalikan manusia kepada al-Quran!” [Al-Maudhu’aat oleh Ibn al-Jauzi, 1:240]

2. Contoh hadith palsu yang pernah hangat diperkatakan ialah: “Barang siapa berpuasa 2 hari di awal Rejab seakan ibadah 2 tahun. Barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini, seakan ibadah 80 tahun” dan juga beberapa hadith yang menyebut fadhilat yang melampau dan berlebihan bagi amalan dalam bulan Rejab.

Tiada hadith yang sahih mengatakan fadhilat amalan khusus dalam bulan Rejab. Tiada masalah untuk beramal dengan ibadah sunat biasa seperti puasa isnin dan khamis, qiamullail, bacaan Quran dan wirid yang tsabit daripada Nabi SAW.

3. Sebahagian golongan yang mempertahankan tindakan mencipta dan menyebarkan hadith palsu mengatakan mereka bukan berdusta ATAS nama Nabi tapi UNTUK nabi. Agama ini telah sempurna. Nabi tidak memerlukan sesiapa untuk memperkatakan sesuatu BAGI pihak baginda.

4. Berdusta atas nama nabi SAW hukumnya dosa besar.
Daripada al-Mughirah bin Syu’bah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ نِيحَ عَلَيْهِ يُعَذَّبُ بِمَا نِيحَ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya berdusta kepadaku tak sama dengan orang yang berdusta atas orang lain. Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia bersiap-siap (mendapat) tempat duduknya di neraka. Aku juga mendengar Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang meratapi mayat maka mayat itu akan diseksa disebabkan ratapan kepadanya” – Hadith riwayat al-Bukhari

Selasa, 12 Mei 2015

kuliah UAI

[23:10, 12/05/2015] ‪+60 12-333 1826‬: BUAT MEREKA YANG BERGELAR ISTERI
Mari kita muhasabah sebentar tlg baca & share pd ummah yg lain....
Saya terbaca sebuah kesah yg mana Si isteri menanggis mahu mandikan jenazah suaminya. Ayah mertua & polis forensik x benarkan. Sambil
menangis si isteri berkata, 'Ini janji kami suami isteri...jika abg pergi dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abg, andai kamu yg pergi dulu (isteri), abg akan mandikan jenazah kamu....'
Ustaz yg nampak kelibat tersebut lalu berkata tiada menjadi hal kalau si isteri mahu mandikan jenazah
suaminya...Ustaz tersebut bersama beberapa org lain menemankan isteri tersebut memandikan jenazah suaminya. Dgn tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami
yg ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abg...Moga Allah ampunkan dosa2 abg & satukan
kita diakhirat nanti.....". Membasuh tangan suami sambil berkata, "Tangan inilah yg mencari rezki yg
halal utk menyuap kami, moga Allah menberi pahala utk mu suami ku". Membasuh tubuh suami sambil
berkata, "Tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayg pd ku & anak2, moga Allah beri pahala berganda utkmu suami ku".Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata, "Dgn
kaki ini abg keluar mencari rezki utk kami, berjalan& berdiri sepanjang hari semata2 mencari sesuap nasi, terimakasih abg....moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat & pahala yg berlipat kali gandanya".
Selesai memandikan jenazah suaminya, isteri mengucup sayu suaminya & berkata, "Terimakasih
abg kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu& terlalu bahagia & terimakasih meninggalkan ku
bersama permata hatimu yg persis dirimu & aku sebagai seorg isteri redha akan pemergianmu
kerana kasih Allah pd mu".
Ps: Sedih & sayu membaca kesah ini....namun
tertanya pd diri berapa ramaikah diluar sana wahai
kamu isteri2 meletakkan suami ditempat paling
tinggi & mulia disisimu. Waimah apa atau siapa
atau bagaimana pun suamimu hormatilah ia.
Sementara suami ada didepan mata, kasihila dia,
mohonlah setiap hari keampunan drnya. Walaupun
kita si isteri ni bekerja, na
mun suami tetap syurga
buat kita. Inggatlah suami adalah pintu termudah
utk kamu ke syurga jika kamu inginkannya.
Wallahhualam.
** Jika tersentuh rasa hati, mohon SHARE
[23:57, 12/05/2015] ‪+60 12-984 3545‬: Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Ladang Kuala Terengganu. Selasa | 12.5.2015

Kitab Fatwa Mufti Johor

Mayat

1. Jika mati mayat itu dinegeri itu tak perlu pindah mayat itu tanam di negeri lain kecuali di 3 negeri iaitu Madinah,Makkah dan Baitulmaqdis krn 3 3 tempat ni afdhol.Hok lain same saje darjat samada tok pelam,kubur di india,indon ke same belaka.

2. Jika jatuh kedalam liang kubur itu jika ade sedikitpun samada cincin atau harta org yg dituntut wajib dibongkarkan kembali krn nk tuntut balik harta org lain pd mayat itu walaupun sudah berada didalam perut.Tp hukum beloh perut org ni haram asalnya samada mati atau hidup,krn haram krn ia menyakitkan,org mati pun sakit jugok walaupun kite xnmpk,mayat pun merasai sakit jugok.Nabi kata jgn patahkan tulang mayat krn sakit tp hukum bedah mayat belah perut jugok diharuskan bile bertujuan tertentu cth mayat tu telan harta org,harta yg ditelan itu tidak hancur dan tuan harta ini mintak balik.Tapi kalu dia telan harta org tu dan harta itu akan hancur didalam perut maka haram belah cth kuih muih dok bulih r beloh.

3. Kite ni lambat org mati g beloh,lambat eksiden sikit sibuk nok beloh,duk ikut sgt ke org putih konon nk bedah siasat dok perlu doh kalu dok mustahak.Jangan beloh,seksa mayat kalu wak gtu.

4. Apapun jika ia menelan harta dirinya sendiri dok bulih kite gali kubur dan ambik harta itu krn iamya harta dirinya sdiri.Kalu dia telan playar pun hok milik dia sdiri dok bulih la gali.Leni org gali kbur semula yer wak lebih kurg je mentang2 bukang mok pok dia,ni jenis dok beriman belaka lah ni krn Nabi kabo doh kan kalu org lain suka bile kite buat ke dia maka kite pun suka kalu org buat baik ke kita.Kalu org lain dok suka bile buat ke dia kite pun mesti jgm buat bende yg org lain dok suka.

5. Kite leni kupik sepatutnye nmpk org miskin belanja la makan,jgn kupik gtu,keluar lah pitih lebih skit buat amal ke org miskin,bile kite suka org wak gtu ke kita maka kite buat la bia org suka.

6. Org dok sembahyang ni jenayah besor krn tgklah dlm hukuman hudud org yg dok smyg ni hukumannya dipancung sampai mati,kalu curi kerat tangan je tp kalu dok smyg pancung sapa mati.Jangan main,berat hukuman org dok mayang ni.

7. Kemudian boleh membongkar kembali kubur bg wanita yg telah mati tetapi ade anak dalam kandungannya yg masih hidup dibongkar dan dibelah perutnya krn dikire menyelamatkan nyawa tp kalu sudah mati haram dibelah akan perut ibunya itu.

8. Ngaji kene ikut tertib biar turut molek joh 1 joh 2 joh 3 dgn tok guru,jgn gaduh nk derah panda,lambat dgr tokseh arab mari nok tinggal tok guru,budok joh 2 bile tgk profesor ngajor dia pun kenang pahtu tinggal ngajian joh 2 maka bodo ah gtu,dokleh ah gtu ngaji ah bia kemas dulu joh 2 sapa joh 6,barulah kemas baru bulih g kat tggi2,ni sibuk sgt ikut toksyeh habib maulana sapa tinggal pengajian asas dok kene ah gtu.Ngaji dulu bia kemas.Leni ramai org semangat nok ngaji tp gaduh.Jadi kucalana skali ngaji leni.

9. Jangan ditindih org yg hampir akan kematian pd perutnye krn nok suruh mati derah,ni haram wak gtu krn dikire membunuh.Hidup mati ni Allah tentu belaka melainkan situasi tertentu seperti dlm peperangan baru bulih bunuh org,tembok sapa mati krn bperang dgn musuh islam.Atau hukuman bg org yg mebunuh hendaklah dibalas balik dgn bunuh baru diharuskan membunuh.

Soal Jawab

1. Saya ibu selalu solat bjemaah dgn anak sy 7 tahun bolehkah sy niat imam?

- Jawabnye solat itu sah tp jemaah itu tidak sah krn anak 7 tahun sudah mumayyiz maka boleh dia jd imam dan mok td dia jd makmum tp kalu tujuan nk ajar anak mak boleh duduk depan tp xperlu niat imam.

2. Ade x ulamak yg mengkaji hidupan di planet lain?

- Ade,dulu2 pakar2 islam lama doh kaji ilmu2 dunia leni pun masih ade ulamak mutaakhirin kaji hidupan yg ade dibumi atau planet lain,dulu ibnu sina karang kitab diterjemahkan bahasa keseluruh bahasa lain org putih rujuk kajian tokoh ilmuan islam jugok asalnye tp kite silap duk bangga ke org putih,cume Allah sahaja yg lebih tepat pengetahuanNya xdok tandingan doh pasa Dia Pencipta seluruh alam ini.

3. Saya nok nasihat kawan2 sy sy ajok dia g sura supaya bleh jadi molek bulih dok?

- Molek lah tu ajok kawan2 kite,jangan kite kondem kawan2 kite mentang2 kite leni sek sejid doh,jngn putus asa ajok kawan bermasalah buat pkara baik,jgn kondem dia plok dok kene ah gtu.Ajok sokmo buat pkara molek.

4. Bulih dok kite maki org?

- Tengok keadaan lah adekala bulih,nok maroh org pun bulih cth org nk pecoh rumoh kawan kite nk curi rumoh jerang kite jd kite jerkoh kite maroh maka bulih ah krn nk selamatkan harta kawan kite,bahkan kalu kite maki perkara yg Allah suruh maka xdok mslh cth surah tabbattiada tu bermaksud Allah maki kpd Abu Lahab,ayat maki ah tu,jd kalu baca surah tu dlm solat boleh jd batal ke solat?Dok saloh la krn kite baca pada tempat yg betul tp kalu nk baloh dgn jiran2 nk maki kawan2 kite ngasor gtu dok boleh la tgk tujuan dan keadaan jugok sbb tu pkataan bodo xleh buang dalam kamus bahasa melayu krn kite boleh gune pkataan bodo tu bile kene pada tempatnya.

5. Kalu anjing jilat air dlm gelas tu air tu najis dok?

- Air tu akan jd najis dan gelas tu wajib basuh 7 kali,sekali basuhan mesti dr air tanah.

6. Tok imam naik 5 rakaat mayang zohor makmum tegur doh tp dia wak keras je makmum nk wak guane tunggu ke mufarokoh?

- Jawabnye boleh tunggu krn mybe imam ade melakukan kesalahan pd rakaat sebelumnye mnybabkan tak sah rakaat dan dia hendak ganti rakaat baru atau ade jugok pandangan kata afdhol mufaroqoh krn mungkin imam sudah bingung xdok mslh.

7. Apa hukum pakaian lelaki kpd perempuan?Cth baju tshirt lengan pendek?

- Bab pakaian ni ade 3 keadaan kalu kite tahu doh bile jual kpd dia ni dia akan tayang aurat depan org ramai cth kite tulung jahit tulung jual tulung potong pakaian org yg mmg dia tahu dia ni akan dedah aurat krn dia model maka dok bulih berurusan dgn dia samada jual atau tolong pkara yg dosa itu,kalu kite dok tahu dan rolibnye dia beli baju kecik tu dia akan pakai ke suami dia atau pakai bukan utk dedah kpd umum maka harus jual pakaian itu pd dia,atau kite dok tahu dia ni akan dedah aurat atau tidak sebaiknye ikut waqi"leni memandangkan ramai org lagho dan lalai bab pakaian maka bile dia nk beli baju ketat2 atau kecik2 atau seksi2 tu nasihat la kabola ke dia dok bulih paka depan org ramai.Baru comel niaga gtu.Leni ok doh skit rama doh org tutup aurat,80 an dulu dok rama tutup aurat leni baguslah rama doh reti bab aurat.

8. Isteri sy jururawat kalu sy xmbuh izin dia bkerja boleh x sbb ia kait kerja dgn pegang aurat pesakit?

- Xdok mslh dia nk kije pun krn suami izin,kalu nk rawat pesakit boleh xperlu pegang aurat pun rawat la dgn cermat dimaafkam bile rawat bile keadaan memerlukam saja xperlu susoh2 buat pkara2 yg xperlu buat nk rawat guna sarung tgn ke ape ke tp sebaiknye isteri duduk rumah la jaga anak jaga pakaian suami masok nasik tu yg terbaik krn kite mampu doh tanggung dia bia dia duduk rumah ah didik anak kita kalu mampu bia kite saje la susoh kije cari makan beri dia rehat drumoh xdok mslh kalu dok mampu nk suruh isteri kije xdok mslh jugok bulih belaka cume sebaik baiknye isteri ni duduk rumoh jaga rumohtangge.

Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share dari page Koleksi Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus deh

rezeki

👑 KONSEP REZEKI 👑

🍪 Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

🌂 Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

🎈 Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

📌 “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

🍫 Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

🌹 Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.