Sabtu, 16 Mei 2015

kate guru


Kata mereka guru bekerja separuh hari,
Lantas dicadang akan sekolah satu sesi.

Kata mereka guru terlalu banyak cuti,
Lantas dibuat ladap dan kursus itu ini.

Kata mereka guru kerja terlalu mudah,
Lantas diberi tugas lain tak sudah-sudah.

Kata mereka tugas guru sangat ringan,
Lantas dilonggok tugas tak menang tangan.

Kata mereka guru banyak duduk bersembang,
Lantas dihantar nazir memantau pagi dan petang.

Kata mereka guru banyak masa berehat,
Lantas ditambah waktu mengajar tak sempat rehat.

Kata mereka guru mengajar sangat garang,
Lantas dibuat dasar sekolah dan guru penyayang.

Kata mereka guru merungut itu dan ini,
Lantas disuruh buat kerja milik kerani.

Kata mereka guru tak berhak hukum pelajar,
Lantas dituding kalau murid dah kurang ajar.

Namun biarlah apa-apa sahaja kata mereka,
Sekali guru tetap guru selama-lamanya.

murabbi

MURABBI DAN RABBANI


Mendidik manusia seratus kali susah daripada hendak membaiki penyakit lahir;

Manusia ada fizikal, ada akal, ada nafsu dan jiwa atau hati yang berperanan di dalam diri dan di dalam kehidupan manusia;

Manusia ada anggota lahir dan anggota batin,Anggota batinnya akal, nafsu dan hati, perjalanannya sangat halus dan seni;

Mendidik manusia bukan sekadar perlu kepada muallim atau guru, sekadar memberi ilmu,
Muallim, guru atau ustaz hanya memberi ilmu;

Mendidik manusia tidak cukup hanya memberi ilmu,
Manusia perlukan murabbi atau rabbani kerana kejahatan manusia itu terlalu seni dan unik sekali;

Murabbi atau rabbani dia ada beberapa sifat yang perlu ada,
Berilmu, beramal, berakhlak mulia, menghayati, boleh mendidik manusia, boleh dicontohi;

Murabbi dengan murid terus berhubung sampai mati,
Hubungan murabbi dengan murid seperti anak dengan ibu bapa;

Zaman sekarang yang ramai adalah muallim atau guru/kiyai bukan murabbi atau rabbani;

Murabbi dan rabbani di zaman ini adalah bilangan jari susah dicari;

Kerana itulah payah hendak mendidik manusia menjadi baik dan jujur,
Lihatlah hasil guru hanya memberi ilmu semata-mata, tabiat manusia tidak berubah;

Murid-murid melawan guru, melawan emak bapa, hubungan guru dengan murid tidak ada, murid bergaduh sesama;

Setelah dewasa masing-masing ada tugas dan ada kerja,
Berlaku rasuah, malas bekerja, hasad dengki, tidak sehati,
Jatuh-menjatuhkan, zalim-menzalimi,mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi,zina, tipu-menipu, budaya liar yang jijik;

Hendak mendidik manusia bukan sebarang orang, bukan calang-calang orang pilihan Tuhan;

Pendidik murabbi atau rabbani dia adalah bayangan Rasul atau bayangan Nabi;

Kerana itulah umat Islam seluruh dunia tidak berkasih sayang, tidak boleh bersatu, tidak ada rasa bersama,
tidak boleh bekerjasama, tidak bela-membela, takut dengan musuh-musuhnya;

Umat Islam hari ini sudah kehilangan murabbi atau rabbani yang ada hanya guru memberi ilmu tidak boleh dicontohi.

"GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

Jumaat, 15 Mei 2015

berubat

Suami saya ada cerita satu kisah tapi saya tak tanya pulak sumber nya.
Ada satu doktor cuba bukak klinik/rumah rawatan di madinah/mekah.
Selama 6 bulan dia buka takde satu pesakit pun yg dtg nak berubat dengan nya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakit kah?
Akhirnya dia jumpa jawApan nya.

Bila mana saje kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari allah.insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang allah.
Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.Yaitu baca al fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.
Tapi kalau kami tidak sihat jugak.
Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Yaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.
Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat
Yaitu solat taubat dan istighfar.Sebab nabi bgtau sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.jadi kena banyak istighfar dan taubat.
Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima..
Yaitu madu dan habbatussauda.
Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih,zaitun,halia etc.

Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti  akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu tabib/doktor/ubat

27 Rejab

Bismillaahirrahmaanirrahiim,
🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠
Bermulanya Maghrib malam ini bermulalah kiraan 27 Rejab.
🌠Satu tarikh yg sangat2 wajar diimbau kembali....
tarikh kecintaan
🌠Tarikh kekasih bertemu Sang Pencipta
🌠Tarikh ajaib menukar sejarah dan halatuju cinta makhluk pd yg Esa,
🌠Tarikh kegembiraan yg memuncak menggantikan kesedihan kehilangan yg tersayang,
🌠Tarikh perjalanan yg memberi peringatan akan kesan perbuatan oleh umat dimasa akan datang,
🌠Tarikh kesedaran tanggungjawab seorang hamba pada Pencipta,
🌠Tarikh pembuktian mulianya manusia melebihi makhluk yang lain
🌠Tarikh diperkenalkan kepada penghuni lapisan langit
🌠Tarikh baginda diangkat memimpin dan mengimamkan para nabi
🌠Tarikh yg merekodkan usaha gigih seorang Rasul yg mengenepikan rasa malu demi umat tercinta...dari 50 menjadi 5,
🌠Tarikh penganugerahan hadiah terbesar dari Allah SWT sebagai tanda cinta buat para hamba....
🌠Tarikh diterima amalan SOLAT..

💙Mari kita bermuhasabah diri
💚Mari kita merenung kembali
💙Di tahap manakah kecintaan kita pada Allah Azza Wa Jalla
💚Di tahap manakah kasih dan penghargaan kita buat Nabi tercinta junjungan Mulia Rasulullah SAW.....

Marilah memperbanyakkan munajat dan sujud syukur..

Hikmah dan pengajaran disebalik ISRA' MIKRAJ
🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠

hari guru

Kpd rakan2 guru yg ada dlm.group ni..
Selamat Hari Guru
🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿

SAJAK SEMPENA HARI GURU

Tajuk: Sabarlah Cikgu  🌷

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar caca marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu...
Dedicated to: cikgu2 dlm group ni...😘😘😘