Sabtu, 11 Februari 2017

Jodoh

Pada bulan Oktober yang lepas, saya berkesempatan mengunjungi rumah sewa kawan-kawan yang diamnya di Cheras.

Cuti yang lama, saya gunakan untuk berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tak bertemu. Ejan, Waqi, Que, dan Faiz, mereka berkongsi rumah sewa tersebut.

Namun hanya Faiz saja yang bakal menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat. Bukanlah saya hendak menidakkan pakej yang ada pada Faiz, tapi antara mereka berempat Faizlah yang paling tidak kacak.

Lalu saya usulkan pertanyaan kepada Faiz, "Faiz, macam mana ya kau boleh bertunang?"

"Ahmad, walaupun aku sedar aku tidak punya rupa, berbadan gempal, rambut kembang seperti cendawan, tapi aku ada satu prinsip. Apabila aku inginkan sesuatu, aku akan berusaha untuk dapatkannya. Aku ingin berkahwin maka aku usahakan niat itu." ujarnya serius.

"Usaha yang bagaimana kau maksudkan?"

"Pertamanya, aku berusaha memperbaiki diri sendiri. Kedua, aku gunakan landasan yang betul."

Faiz terdiam sebentar.

Sambungnya lagi, "Aku dengan tunangku dulu cumalah kawan biasa. Dalam ramai-ramai kawan perempuan yang ada, hanya dia yang aku rasa paling sesuai untuk jadikan permaisuri hati. Lalu aku beranikan diri menyuarakan hasrat hati ini pada dia dan terus berjumpa dengan keluarganya."

Kagum apabila Faiz yang biasanya berperwatakan anak-anak menjadi matang apabila bercakap fasal jodoh. "Kau pernah tanya dia, kenapa dia terima kau?" tanya saya lagi.

"Pernah...."
.
.
.

"Faiz, di luar sana ramai lelaki yang handsome tapi mereka hanya pandai bermain kata-kata. Tapi awak lelaki yang berusaha dan mempunyai kesungguhan. Awak buktikan dengan berjumpa keluarga saya. Ini telah menarik hati saya. Oleh itu, saya ingin merealisasikan isi hati awak." jelas Intan.

"Awak tahu apa isi hati saya?" tanya Faiz sedikit berdebar.

"Saya tahu. Awak mahu saya bahagia dunia akhirat. Dengan menikahi saya itu jalannya." Intan kelihatan tersipu malu dan pipinya kemerahan.


Jumaat, 10 Februari 2017

Pendosa

PENDOSA

“Boleh panggil doktor sekarang, tak? Bodoh ke buat mesyuarat sekarang. Janji nak beri balik pagi ni. Nanti tak sempat aku nak pergi solat Jumaat.” kata seorang pakcik berkopiah kepada seorang jururawat di kaunter.

“Tunggu sekejap ya, pakcik. 15 minit lagi habislah.” balas jururawat itu.

Ketika itu, aku masih lagi seorang pelajar perubatan. Menjalani penempatan elektif di Hospital Kajang. Aku tak sertai CME tu sebab datang lewat hari berkenaan. Segan pula nak masuk setengah jalan. Takut disergah dengan soalan.

“Doktor, tolong periksa pesakit ni sekejap.” Terpinga-pinga aku dibuatnya. Tengah syok curi dengar drama pakcik yang nak balik tu, tiba-tiba ada orang sapa.

Apabila aku menoleh kelihatan seorang pegawai beruniform serba coklat memandangku sambil menuding jadi kepada seorang pesakit di katil yang tangan digari kepada rangka katil.

Di Hospital Kajang, pesakit bergari ditemani pegawai penjara adalah perkara biasa. Mana tak nya, Penjara Kajang berada tidak jauh daripada hospital itu. Jika tahanan penjara itu sakit, pasti di hantar ke Hospital Kajang untuk dapatkan rawatan.

Pesakit yang ditunjuk oleh pegawai itu nafasnya kencang. Dia duduk bersila sambil tangannya menopang di atas lutut. Persis seperti dukun yang sedang menurun. Sekali-sekala terbatuk.

Aku lakukan auskultasi pada paru-paru pesakit tersebut dan dapati bunyi pernafasannya teredam. Alamak, itu tanda tak tak baik! Maka, aku segera beritahu perkara itu kepada jururawat yang sedang melayan pakcik tadi.

Setelah menerima makluman daripada aku, jururawat itu segera meminta diri dan meninggalkan pakcik yang berang itu lantas mengambil bacaan tanda vital pesakit yang sesak nafas tadi.

BP 100/65 mmHg. PR 101 bpm. SPO₂ 80% under room air.  RR 42 bpm.

Ringkasnya, bacaan tanda vitalnya sangat membimbangkan. Jadi, tanpa melengahkan masa,  jururawat itu memanggil doktor di bilik seminar di mana sesi CME sedang berlangsung. Dua orang doktor  bergegas keluar dari CME untuk memeriksa pesakit yang dimaksudkan.

“Doktor! Doktor!” teriak pakcik apabila terlihat doktor-doktor tersebut, namun teriakannya itu tidak diendahkan.

Pesakit sesak nafas itu diperiksa dan secara klinikal didapati berkemungkinan mengalami kebocoran plasma sehingga menyebabkan paru-parunya ditenggelami cecair plasma. Ini adalah salah satu komplikasi denggi yang amat digeruni oleh para doktor. Jika ia berlaku, bila-bila masa pesakit boleh meninggal.

Setelah pesakit distabilkan dan sedang diuruskan untuk dihantar ke ICU untuk pemantauan rapi, pakcik yang tak sabar mahu pulang tu menyindir dengan suara yang keras.

“Boleh pula panggil doktor untuk tengok si banduan tu. Tadi aku suruh panggil doktor, kata tak boleh. Banduan yang tak bayar cukai tu lagi penting dari aku ke?” ujarnya.

Para doktor serta jururawat mendiamkan diri sahaja.

“Apa faedahnya selamatkan sampah masyarakat. Patutnya, biar mati je pun tak apa. Ini tidak, dia orang pula lagi diutamakan. Bodoh betul.” sambungnya lagi. Mungkin tak puashati kerana sindiran yang pertama tidak dilayan.

Mendengar sindiran itu, pegawai penjara tadi melangkah mendekati pakcik separuh abad itu, kemudian membongkok agar matanya bertentangan separas dengan pakcik yang sedang duduk bersandar di atas katil.

“Pakcik tahu tak? Syurga tu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik.” ujar pegawai tersebut, lantas beredar.

Epik. Rasa macam nak tepuk tangan atas respons yang diberi oleh pegawai penjara tu, namun aku bendung keinginan tersebut kerana tindakan itu sangat tak beretika. Aku perasan ada beberapa orang pesakit senyum sinis. Seorang menekup mulut, mungkin menahan gelak.

Lumrah bagi kita untuk membenci seorang pendosa. Namun layakkah kita melayani mereka dengan buruk? Adakah kita pasti kita lebih baik daripada mereka?

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pendosa yang sedang cuba menjadi lebih baik

Khamis, 9 Februari 2017

Time zone

_Think about this..._

_Nothing is too young..._
_Too old..._
_Too early..._
_Too late..._
_Too slow... or_
_Too fast._
_Enjoy every moment that you have_☝

_New York is 3 hours ahead of California but it does not mean  that California is slow, or that New York is fast. Both are  working based on their own *Time Zone.*_

_Someone is still single. Someone got married and 'waited' 10 years before having a child. There is another who had a baby within a year of marriage._

_Someone graduated at the age of 22, yet waited 5 years before securing a good job; and there is another who graduated at 27 and secured employment immediately !_

_Someone became CEO at 25 and died at 50 while another became a CEO at 50 and lived to 90 years. Everyone works based on their *Time Zone.*_

_People can have things worked out only according to their pace. Work in your *time zone.*_

_Your colleagues, friends, younger ones might "seem" to go ahead of you. Maybe some might "seem" behind you._

_Everyone is in this world running their own race on their own lane in their own time. GOD has a different plan for everybody.Time is the difference._

_Obama retires at 55, Trump resumes at 70_ 😄

_Don't envy them or mock them, it's their *Time Zone.*_
_You are in yours!_

_Hold on, be strong, and stay true to yourself. All things shall work together for your good._

_You’re not late. You are not early, but you’re very much *on time!*_😊👍

_Stay blessed._
_*You Are in Your Time Zone*_ 🌐

_*Syukran Allah*_

Rabu, 8 Februari 2017

Sabar ilmu guru

Kalam Ulama':
Nak mengaji ni (nak jadi murid), kena lah banyak sabar.

Sabar pengajian mengambil masa lama.
Sabar duduk tidak bersandar.
Sabar kalau terpaksa berhimpit dalam pengajian.
Sabar nak khatam sesuatu ilmu tu bertahun.
Sabar sebab duit banyak habis (kitab, tambang, sara hidup)
Sabar dengan segala kesederhanaan/kedhaifan semasa mengaji.
Sabar menahan mata mengantuk.
Sabar menahan perut yang lapar.
Sabar dengan cuaca.

Sabar dalam menunaikan adab kepada guru.
Sabar dalam mentaati perintah guru.
Sabar menghadapi tindakan guru.
Sabar dalam berkhidmat untuk guru.
Sabar dalam menunggu aturan dan tunjuk ajar guru.
Sabar dalam memenuhi hak guru.
Sabar dalam melaksana segala syarat yang diberikan guru.
Sabar jika dimarahi guru.
Sabar jika ditegur oleh guru.
Sabar jika tidak dilayan dan tidak diendah oleh guru (diuji).
Sabar dengan segala permintaan guru.
Sabar daripada asyik bertanya.
Sabar daripada banyak meminta.
Sabar daripada mengeluarkan idea.
Sabar daripada tindakan mendesak guru.
Sabar daripada sampai membuatkan guru rasa bersalah.
Sabar daripada sampai membuatkan guru bersedih.
Sabar daripada sampai membuatkan guru terpaksa.
Sabar melaksanakan amanah guru walau merasa ketinggalan dafipada ikhwan yang lain.
Sabar apabila pilihan hati kita tak tercapai.
Sabar jika pertanyaan kita tidak dijawab.
Sabar jika kekeliruan kita tidak dileraikan.
Sabar jika keuzuran kita tidak difahami.
Sabar jika keletihan kita tidak ditimbang rasa.
Sabar jika idea kita tidak diraikan.
Sabar jika khidmat kita tidak dihargai.
Sabar jika tidak berpeluang membela diri.
Sabar jika kesabaran kita tidak diingati.
Sabar jika kemahuan cita-cita kita terpaksa dikorbankan.

Sabar dengan rakan yang sering menyakiti.
Sabar dengan rakan yang tidak beradab.
Sabar dengan rakan yang malas.
Sabar dengan rakan yang tidak bertimbang rasa.
Sabar dengan karenah rakan di dalam mahupun di luar pengajian.
Sabar dalam membantu rakan, berkhidmat dan meringankan beban mereka.
Sabar dalam menjaga persaudaraan.
Sabar dalam menjaga kerjasama perpaduan.
Sabar dalam berlapang dada ketika berselisihan.
Sabar dalam berkhidmat sesama ikhwan.
Sabar untuk sentiasa tawadhu' sesama rakan.
Sabar dalam setiap hal dan keadaan.
Sabar jika kesemua itu masih belum mencukupi.

Teruslah sabar dengan setia. Kerana semua itu ujian untuk menjadi murid yang benar dan ikhlas. Tidak diberikan ujian melainkan untuk merasai kesabaran, dan tidaklah dibukakan pintu sabar melainkan untuk mengangkat darjat. Tiadalah darjat yang diberikan oleh Allah itu melainkan keuntungan.

~ Syarahan di Kuliah, ke atas Matan "Fathul Khallaq Fi-l-Akhlaq" yang dikarang oleh TG Syaikh Ibrahim bin Masran Al-Banjari - hafizhahullah - ;

Hikmah 39 : " Barangsiapa yang sabar, maka pasti dia beruntung ".

Selasa, 7 Februari 2017

Wasiat

JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK :

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

Nanti abah dah takde
- korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yg lebih bermakna utk kita di alam sana.

Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yg tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect.
Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, utk kebaikan our own future :

- Nanti jangan lupa bersedekah utk abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang.
- jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur....
- Doakan kebaikan utk mak-abah setiap hari.....

Ini yg lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari.

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya.  Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita
di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat.

Ingatlah,

Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan utk diri sendiri, seorang bapa yg ada anak2 dan, seorang anak yg bapanya telah kembali
ke Rahmatullah .

Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :

'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).

Semoga tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi...

Everyday.

Ust Asraff Ayobb

Tuan-puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat.

Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Quran akan datang sebagai pembantu utk backup & topup mana yg tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu.

Kita perlu berfikir jauh. Invest our time & effort utk dapatkan bantuan yg bersifat longlasting ini. Mulakan dgn mahir membacanya...