Kpd Yang menuding2 pada Cikgu2 dan MEREKA2 yg memekak pasal yuran PIBG...baca nukilan ni...
Selamat Hari Guru
Cikgu dicaci org xbising...
Cikgu dihina org xbising....
Cikgu diherdik org xbising...
Cikgu dipukul org xbising..
Cikgu disaman org xbising....
Niat Cikgu sering disalah ertikan...
Cikgu korban duit utk murid org xpandang....
Cikgu korban masa utk murid org xpandang...
Cikgu korban tenaga utk murid org xpandang...
Cikgu korban rasa untuk murid org xpandang....
Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang xpandang....
Cikgu buat sgala kebaikan utk murid orang xpandang....
Pengorbanan Cikgu orang xpandang....
Niat Cikgu sering di salah ertikan.....
Di sekolah ;
Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya sentiasa menghormati ibu bapa...
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa....
Sentiasa menyayangi ibu bapa....
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa...
Jangan biadab dengan ibu bapa....
Jangan melawan ibu bapa...
Jangan derhaka pada ibu bapa...
Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu.....
Supaya mengenang jasa Cikgu...
Supaya menyayangi Cikgu...
Supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu...
Supaya tidak biadap dgn Cikgu...
Supaya tidak melawan Cikgu...
Supaya tidak derhaka pada Cikgu....
Gaji Cikgu yg sering diungkit...
Hadiah utk Cikgu yg sering diungkit...
Cuti Cikgu yg sering diungkit....
Seorang dua Cikgu yg buat silap,
Semua Cikgu kena kutuk...
Seorang dua Cikgu yang buat salah,
Semua Cikgu kena hina...
Cikgu pun manusia biasa....
Orang yg bukan Cikgu ;
Tidak pernah memahami perasaan Cikgu....
Tidak pernah memahami hati Cikgu...
Orang xtahu...
bila tiba hari kejohanan sukan,
Cikgu kumpul duit utk tampung beli makanan murid....
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....
Bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..
Orang xtahu,
ada Cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin...
Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..
Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang x tahu....
Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....
Wahai Cikgu...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina...
Bukan pujian yg Cikgu pinta...
Bukan sanjungan yg Cikgu damba....
Bukan darjat yg Cikgu puja..
Bukan hadiah yg Cikgu paksa...
Serahlah saja pada yg Esa..
Sekali Cikgu, selamanya Cikgu..
Kepada sahabat2ku yg bergelar CIKGU...
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih CIKGU...
Nukilan rasa:Cikgu Saleh Ibrahim
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 15 Mei 2017
Rabu, 10 Mei 2017
Tabah
Ketika dipinta syurga tanpa hisab, Tuhan sebaliknya mengurniakan ujian. Lalu hati bertanya, "mengapa yang dipinta Jannah sebaliknya yang dikurniakan musibah? "
Lalu Allah mengingatkan: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa hisab.” (QS. Az-Zumar: 10)
Untuk mendapat syurga tanpa hisab, mungkin dengan pahala tanpa hisab jua. Lalu Allah berikan musibah kerana dengan musibah itulah kita membina tabah.
Allah tidak akan berhenti menguji, walaupun kita telah bersabar sekali. Justeru, Allah ingin kita bersabar berkali-kali. Sabar dalam bersabar itulah sabar yang indah.
Ada musibah, baru ada tabah...bila ada tabah baru ada Jannah. Ingat itu wahai diri...Setiap kali kau diuji!

Selasa, 9 Mei 2017
Puasa
🌻🌹
JOM PREPARE🔜🔜🔜🔜🔜🔜
*30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN*
1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim.
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..
hadirkan Allah di dalam hati,
berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.
🌹🌻

Guru 2017
Che'gu HbJ:
Sk Cg Zulkifli:
~ Antara buruh kasar dan seorang cikgu ~
Aku melihat buruh kasar bekerja ditengah panas. Tabah mengangkat batu batu yang berat demi sesuap rezeki. Peluh menitik tiada henti. Penat. Sangat memenatkan. Balik rumah tidurnya lena yang amat akibat seharian keletihan di tengah panas.
Aku melihat sahabatku seorang guru. Hanya perlu mengangkat pen marker sahaja. Ringan. Kerjanya bawah bumbung yang teduh. Bawah kipas berpusing ligat lagi. Namun bebanan kerja yang menanti tidak sedikit. Perlu kejar itu, perlu siapkan ini.
Badannya tidak penat. Tapi masanya sibuk. Kerjanya tidak hanya di sekolah. Sampai ke rumah dibawa pulang lagi. Buat pula kerja dengan peralatan sendiri. Duit poket sendiri.
Laptop itu harganya beribu. Projektor itu pun beribu juga. Printer dan laminate itu harganya beratus-ratus. Belum campur harga scanner, toner dan seribu macam benda lagi.
Tapi dia diam, walau suami dia sering tidak senang. Tidak senang dia sampai ikat perut untuk beli keperluan demi pekerjaannya yang mulia, tidak senang bila masa bersama keluarga terpaksa dikurangkan demi kecintaan pada kerjaya.
Memberi tumpuan pada anak orang lain melebihi anak sendiri. Ya, itulah guru.
Badannya mungkin tidak sepenat si buruh kasar yang bekerja dibawah mentari terik. Namun emosinya penat. Sangat penat.
Emosinya penat bila pasangan mula menyindir kurang perhatian (bagi pasangan yang tidak memahami). Emosinya penat ditekan pihak atasan yang mahu kesempurnaan. Emosinya penat ditekan karenah ibubapa yang terlampau manja dan mengada-ngada.
Ya, emosinya penat. Tolong faham itu.
Tidur si buruh kasar penuh lena lantaran kepenatan tubuh badan. Namun emosi sang guru yang penat merosakkan nafsu tidur. Mencarikkan segala mimpi indah.
Malah, mengurangkan nafsu makan juga. Yang kemurungan pun ada juga.
Mana tidaknya. Dia berkorban segala benda. Dari duit poket, tenaga, masa, malah keluarga. Tapi sedikit salahnya dibesar-besarkan. Dibuat laporan. Dihadap kamar keadilan.
Salah apa dia?
Salahnya kerana dia cinta. Ya, dia cinta akan professionnya.
Salahnya, hanya sedikit sentuhan fizikal untuk mendidik dan mengajar anak orang lain supaya pandai. Supaya berjaya. Supaya menjadi insan berguna. Supaya menjadi manusia.
Buat sahabat guru diluar sana yang diuji ujian sebegini, dibuat laporan dan diserang ibubapa, bertabahlah. Seluruh doa para guru bersama anda.
Semoga yang dihadapkan ke mahkamah menang kes, yang dibuat laporan polis pula laporan dapat ditarik balik.
Kami melihat diri kami dalam kamu. Kerana kamu guru, dan guru itu adalah kami.
============
- Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli, penulis buku bestseller, Cikgu Kelas Sebelah.
*SELAMAT HARI GURU SEMINGGU LAGI*
😁😁😁😁😁

Jumaat, 5 Mei 2017
Ibu
Perkongsian bersama.
Mari kita hayati......
Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001, kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu, arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah, walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun tapi arwah mak saya survived hingga 3 tahun.
Sepanjang arwah mak sakit, selain abah dan adik2 yg menjaganya, saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalau saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.
Suatu hari semasa di kampung, *arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah*. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya, arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan, "buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis; benda kecil je".
Ketika itulah juga saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata2 yg tak mungkin kami lupakan sampai bila2.
" Ya Allah..ini adalah anak2 aku yg berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah. *Anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku*. Aku berikan keredhaanku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu bila mendengarnya!
Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya.
Utk sahabat yg bertanya itu...inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pd kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu sebenarnya datang dari berkat doa dan keredhaan seorang ibu!
Saya selalu nasihatkan pada sesiapa, *jgn berkira langsung dengan ibu bapa*. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin, saya langsung tidak ambil kesah berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.
Pernah satu ketika, suami beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg ada rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu, redhalah.. Nanti akan ada rezeki yg lebih luas utk kami.
Sebenarnya, utk memperoleh pahala, tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua, berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati, berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.
Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa jugalah yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inshaAllah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita. Percayalah!
Perkongsian: Ruhaiza Rusmin

Langgan:
Catatan (Atom)