Berhampiran Maahad Tahfiz Ittifaqiah adanya Taman Tasik Keramat. Di sinilah tempat pasangan muda bermadu kasih di bawah langit gelap, tidak kurang juga ada yang hidu gam dan hisap dadah.
Ia juga menjadi tempat lepak orang muda dikala malam, terutama hujung minggu. Ada beberapa buah gerai makanan sekitar tasik. Ya, mereka nampak remaja yang sedang bermaksiat ini, namun tidak ditegur.
Dah nama pelajar tahfiz, takkanlah nampak remaja sebaya mereka hisap dadah, mereka biarkan sahaja. Lalu mereka tegur. Namun teguran itu akhirnya membawa kepada tragedi yang lebih besar. Sungguh! Aku tak tahu betapa remuknya hati ini.
Semalam, aku sedapkan hati dengan teori Tahfiz dibakar oleh orang upahan Ahlong. Mereka tak puas hati dengan PPIM, mahu bakar bangunan berkenaan, namun tersalah. Nampak juga rasionalnya.
Sebentar tadi, polis sebutkan ia angkara remaja belasan tahun, hati ini seperti dihiris pisau yang tajam. Generasi apa yang telah kita lahirkan hari ini?
Saya jangka kes buli hingga mati di UPNM dahulu sudah tragis dan kejam, rupa-rupanya kes ini lebih dahsyat! Manusia membunuh manusia dengan membakarnya hingga rentung!
Sebagai manusia yang waras, jangan sekali-kali cepat menuding jari kepada ibubapa pesalah. Boleh sahaja sebut mak ayah pandai lahirkan anak, tak pantau mereka, sibuk bekerja, anak jadi syaitan! Elok kau pakai kondom masa berjimak dahulu dari lahirkan zuriat seperti ini!
Persoalannya, betul ke semua kesalahan terletak kepada ibubapa pelaku? Sudah ke kita kaji bagaimana rumah mereka? Adakah ia rumah yang selesa untuk didiami, atau tempat yang sempit untuk didiami.
Bagaimana pula dengan pendapatan isi rumah? Pekerjaan ibubapa mereka? Tahap pendidikan?
Boleh jadi remaja ini sertai kumpulan-kumpulan gengster di ibukota. Cara mereka mengatur strategi untuk membakar itu terlihat profesional. Seolah-olah, ada mastermind yang mengajar mereka semua ini.
Suka untuk saya katakan, remaja yang membunuh ini juga adalah mangsa. Mangsa bagi kepincangan yang berlaku dalam negara. Baik ekonomi, kos sara hidup yang tinggi, kurangnya skil mendidik anak-anak, tak tahu hala tuju hidup serta pembangunan material tidak disertai dengan membangunan insan.
Saya risau sekali bilamana wajah-wajah mereka tular di whatsapp dan facebook. IC mereka didedahkan, alamat rumah mereka terpampang sana sini. Bukankah semua ini akan membuatkan keluarga mereka tidak selamat?
Boleh jadi ada masyarakat yang cari alamat berkenaan, kemudian belasah mak ayah mereka. Boleh jadi juga balas dendam berlaku, dibakar pula rumah remaja ini.
Akhirnya, ia berbalik kepada kita semua. Masyarakat yang tak pedulikan hal orang lain. Nampak budak couple, raba sana sini, comolot, tangkap gambar mereka, viralkan. Netizen sambung maki-maki.
Nampak remaja yang berpeleseran lewat malam, rempit basikal atau motor, maki sahaja yang kita tahu. Tiada inisiatif untuk menyantuni, bahkan untuk membantu. Percayalah, ada sebab mereka jadi macam tu.
Kita tinggal kawasan rumah flat. Hari-hari kita nampak budak hidu gam dan hisap dadah. Mula-mula rasa marah juga, lama-lama ia jadi kebiasaan. Kita terima ia dengan menganggap ini kebiasaan anak muda di tempat ini.
Tuding jari kepada orang lain memang mudah, yang sukarnya adalah untuk menerima hakikat yang membunuh itu juga berpunca dari kita sendiri.
Kita tu boleh jadi rakannya, jirannya, pemimpin setempat, penduduk sekitar, menteri, penggubal dasar, ustaz, ustazah, guru hinggalah Perdana Menteri.
Jika hal semacam ini tak mampu untuk menyedarkan kita betapa teruknya generasi yang telah kita bina dari sistem yang sedia ada, maka jangan pelik ia akan berulang kembali.
Ketika itu, kita akan nampak betapa bodohnya kita tak belajar dari pengalaman, tak berbuat apa-apa untuk membina generasi baru dalam negara, hanya pandai beri komen, lebih sudu dari kuah!
Sungguh, negara ini sudah layak untuk digelar sebagai #NegaraMurai!
Bak kata Tuan Fdaus Ahmad, "Tuhan ambil anak-anak tahfiz dan tinggalkan kita anak-anak hisap syabu. Padan muka kita!"
Brother Fairuz
Tukang Ceramah Budak Sekolah
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Sabtu, 16 September 2017
Jumaat, 15 September 2017
Asrama
Ibu ayah yang anaknya belajar diasrama.
Berikut satu tips mudah yang boleh diamalkan jika berlaku kebakaran mengejut:
1. Ajarkan anak-anak supaya sebelum tidur, sediakan sebotol besar air minuman (kegunaan Dua dalam satu).
Jika kebakaran berlaku dan sukar mendapatkan bantuan, tuangkan air itu ke tuala/kain pelikat/sarung/atau Kain selimut. Tutup kepala dan badan dengan Kain itu dan terus lari sepantas mungkin untuk tinggalkan tempat itu. Insya Allah paling teruk pun melecur bahagian bawah.
Kalau air Ada lebih sikit, basahkan juga bahagian kaki seluar. Takut disambar api ketika berlari keluar.
Tips ini juga Terpakai di bilik tidur.
Tahfiz
Assalamualaikum
Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru ini izinkan saya utk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yg menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.
ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut. TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan utk akhirat... ada celebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz... ada figura ternama yg minta semua tahfiz tdk di daftar ditutup serta merta... ramai pula yg mempertikaikan ibubapa tdk mementingkan aspek keselamatan....
sebenarnya saya juga tdk tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat utk masuk tahfiz... tanpa melengahkan masa kami mengambil ķeputusan utk menghentikan sekolah akademiknya (wlpn dia cemerlang dlm akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai.... baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz....
1. kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas
2. kalau yang cantik dan lengkap dan di kelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah..
akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir ttdijaya.... rumah corner lot yang serba kurang.... tapi saya berbincang denga isteti mengambil keputusan utk hantar juga... bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tdk ada pintu kecemasan...... tetapi seperti ibubapa lain yg menghantar anak le tahfiz.... kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini utk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik utknya...
tapi tahukah berapa kali kami pernah menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti..... dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah....
Tahun lepas kami mengambil keputusan utk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama... ulang alik dari pkl 7.30 pagi ke 9mlm... Hari pertama meghantar naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik... alhamdulillah semua pelajar berada di surau utk solat maghrib...
tapi kani tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.
kami bukan lah bercita cita utk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid shah alam sekali pun.... seperti ingatan saya pada Naufal selalu... naufal boleh jadi apa pun yg naufal hendak apabila besar.... dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid. tetapi akhlak naufal kena akhlak Al quran...
Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara rm200 ke rm400 sebulan. ini termasuklah sewa , gaji guru.. gaji warden.. makan 4 kali sehari.. tempat tinggal dsbnya... congak la sendiri kalau cukup.
Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. nak mengharapkan pusat zakat.. baitulmal.... mmphh macam2 syarat dan kelulusan.
nak mengharapkan koporat ada yg mengenakan syarat hanya yg ada aliran agama dan akademik yg dapat bantuan. belum lagi yg meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya...
Tahfiz dipandang sepi... anak2 tahfiz pula... seringkali dikata sejuk mata memandang.... jemputan ke majlis kenduri tahlil.. cukur jambul.. rumah baru dsnnya... dapat rm5 atau 10 seoarang.. itu lah fungsi tahfiz di tengah2 masyarakat kita.. tapi tahukah anda banyak mana zaman k anak2 dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?
Dengan izin Allah.. mereka la yang akan memimpin kita sebenarnya....
kami yg inginkan anak2 menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?
kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik... kumon atau montesorri berjenama utk kani demand itu dan ini dari pihak tahfiz... kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz... sekali lagi kami berserah pada Allah..
apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz.... bukannya ustaz2 tu yang buat marketing supaya kami daftar.... kami yang mencari dan redho menghantar... kami yang memilih jalan itu.... bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban utk mendidik jiwa2 kecil ini... kami terhutang budi...
sehingga kini menghantar naufal setiap pagi ... saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya.... hati saya siapa yang tahu....
kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah2 terpilih... tahfiiz tanpa akademik! ada bran?
kenapa tidak mudahkan proses perlesenan... kenapa campur adukan politik dengan sekolah tahfiz? jangan bimbang serban putih ini tidak mengugat ....
kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu ... dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kem pendidikan....
kenapa tidak ada suara2 utk memartabatkan institusi tahfiz.... berdiri gah seperti srkolah chung hwa.... pin hwa.... hin hwa... kwang hwa (go visit this schools in klang)...
sampai bila kita hendak melihat tahfiz... menumpang disurau... rumah2 kedai..... rumah2 corner yg di ubahsuai.... dan rumah2 banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir....? ustaz2nya memandu van burok membawa anak2 ini ke kenduri sana sini.... sampai bila...
berapa banyak nyawa lagi?
saya pohon sekali lagi ......
jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz..
jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz. mereka telah banyak berkorban....
jangan kata ibubapa tidak peduli. kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yg bertilam empuk dan spinkler sana sini.
Bantu la anak2 tahfiz... kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti...
Maafkan sata jika terkasar bahasa dan doakan Naufal.......
Wallahualam & Selamat Hari Malaysia
Sheik Amir Hussien

Firedrill
Azmieyna:
Satu perkongsian untuk kita renungi...
Assalamualaikum.
Saya berkesempatan melawat pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung. Setakat jam 8.00pm 14 Ogos, 24 adik2 telah kembali ke pangkuan ilahi.
Bila baca news, macam2 cerita yg diterima. Cuma ada beberapa perkara yg netizen sentuh saya nak betulkan. Ini berdasarkan pemerhatian saya sahaja.
1. Pusat tahfiz ni bukanlah pusat tahfiz yang dhaif seperti kebanyakan pusat tahfiz di pedalaman. Ini pusat tahfiz yang agak maju. Bangunan yang terbakar tu seperti bangunan asrama yg elok. Bangunan konkrit. (ada sebuah asrama PICOM yg lebih kurang sama binaan mcm pusat tahfiz ni). Jadi ada tohmahan sekolah tahfiz membunuh adalah tidak benar. Ini sebuah bangunan standard asrama sekolah dan layout plan sdg menunggu kelulusan bomba.
2. Punca kebakaran bukanlah lintar pintas. Pendawaian baru dan disahkan suruhanjaya tenaga. Ada kemungkinan dari perkara lain. Pihak bomba mengesahkan api yg marak dalam masa yg sgt singkat tidak menampakkan punca dari Litar pintas. (Berita Harian, 14 Ogos). Pihak polis dan bomba sedang menyiasat punca kebakaran. Tak perlu buat kesimpulan khianat dan sebagainya.
3. Menteri2 pun keluar mcm2 statement. Antaranya tiada kelulusan M&E (TS Noh Omar) & tiada ciri2 keselamatan (DS Tengku Adnan). Saya harap tiada lagi statement yang tidak wajar dari pak2 menteri buat masa ini. Statement2 ini seperti melepaskan batuk di tangga. Buat masa ini, biarlah keluarkan statement yg baik utk menjaga hati ibubapa mangsa yg terlibat.
Saya menyokong statement dari menteri KKLW Dato Ismail Sabri. Giat MARA akan menjalankan audit menyeluruh ke pusat2 tahfiz dan membantu secara percuma utk pendawaian. Ini langkah yg amat baik dan statement yg sgt bertanggungjawab dari seorang menteri yg dipilih rakyat.
4. Kepada netizen. Jgn dicemuh pengurusan dan pengetua pusat tahfiz. Ada yang meminta pengetua bertanggungjawab atas kematian anak2 ini dan tidak hanya berserah pada takdir.
Kita tidak berada di pihak mereka. Mereka mengadakan pusat tahfiz ini bukan sebagai business. Kebanyakan pusat tahfiz ini bukan saja dihuni oleh anak2 yg ingin mendalami pengajian AlQuran tetapi juga oleh anak2 yatim yg ingin tumpang berteduh.
Ya mungkin ada setengah pusat tahfiz dimanipulasi oleh pihak tertentu tetapi bukan kesemuanya.
5. Ambil iktibar dari kejadian ini. Mungkin ada pusat tahfiz di sekeliling kita yg memerlukan bantuan. Jumpa pihak pengurusan dan hulurkan bantuan dan derma. Sekalipun bukan wang ringgit, mungkin keringat dan pengalaman kita diperlukan. Jangan asyik salahkan mana2 pihak.
6. Yang ada anak2 di sekolah tahfiz, minta pihak sekolah adakan fire drill di waktu malam. Buat secara mengejut. Kalau boleh, libatkan pihak bomba.
7. Juga ingatkan anak anak di asrama, tentang bahaya electrical overloads. Pekakas elektrik seperti sterika, periuk nasi, cerek air antara yg mempunyai nilai watt yg tinggi dan tidak sesuai digunakan serentak pada satu2 outlet socket elektrik. Begitu juga anak anak di asrama agar jangan terlalu kreatif dgn memasak menggunakan sterika. Atau memasak air menggunakan baldi dan tangkal pemanas sahaja.
8. Kepada pihak bomba, boleh adakan audit di sekolah sekolah tahfiz untuk elakkan kejadian ini berulang. Adakan lawatan ke sekolah tahfiz dan sekolah2 berasrama bagi memudahkan pematuhan spesifikasi dan kelulusan di buat.
9. Akhir kalam, marilah kita sama sama sedekahkan alfatihah kepada mangsa yang terlibat. Anak2 ini adalah anak syurga. Mereka meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu Allah. Mereka meninggal ketika Alquran di dalam hati mereka.
Alfatihah
Sekian
Ir Khairie
M&E Engineer

Khamis, 14 September 2017
Guru
ly4~16317:
Amaran:- post panjang
Saya seorang guru. 6 tahun pertama, saya ditempatkan di sekolah yg murid2nya terpilih. Murid yg belum pun saya sempat membuka mulut, telahpun mengangkat tangan sambil bertanya 'Teacher what are we going to learn today?' Murid yg sangat fokus dengan pelajaran. Kelas yang sangat senyap sehinggakan kita tertanya2 guru manakah yg bijak mengawal kelas? Tetapi bila dihampiri rupa2nya tiada guru di dalam kelas. Yang ada hanyalah murid2 yang tekun menyiapkan kerja rumah ataupun mengulangkaji. 6 tahun pertama tiada satu pun murid saya yang gagal. Keputusan SPM untuk matapelajaran saya sentiasa 100%.
Tahun ke 7, saya berpindah negeri. Maka sekolah pun bertukar. Perkara pertama yang pengetua baru saya ucapkan sewaktu saya melapor diri ialah 'welcome to *. Unlike your previous school we cannot choose our students. Here we accept the good, the bad and the ugly.' Dan di sini, saya mengajar murid yg berbeza aras kepandaian. Yang pandai tersangat pandai. Dan yang lemah tersangat lemah. Ujian Satu dan itulah pertama kali ada murid saya yang gagal. Dan saya message kawan saya memaklumkan ada murid saya yang gagal dan dia membalas 'welcome to the real world.' Saya akur bukan semua murid boleh cemerlang dalam akademik.
Kini saya di sekolah yang ketiga. Sekolah Band 5. 17 tahun sebagai cikgu dan baru2 ini berlaku peristiwa yang betul2 memberikan pengajaran kepada saya. Di sekolah ini ramai murid yang bekerja. Kebanyakkan bukanlah murid yg susah cuma mereka bekerja untuk mencari duit tambahan untuk tujuan membeli handphone/ top up handphone/ membayar duit minyak motor dan bergaya.
Dan saya selaku cikgu yang mengajar murid di kelas yang paling pandai dan juga kelas paling hujung haruslah mempunyai harapan agar semua murid saya lulus. Sebagai seorang manusia tipulah jika saya mengatakan saya tidak sakit hati setelah berulang kali mengajar murid masih tidak faham. Masih gagal. Seolah2 mereka tidak peduli dengan SPM. SAYA SAJA YANG BERIA-RIA.
Namun setelah berkenalan dengan dua murid istimewa ini saya sedar dikala saya beria2 mahukan murid2 saya lulus matapelajaran saya, dikala saya tidak berpuas hati melihat mereka menghantar kertas kosong semasa peperiksaan, dikala saya merasakan mereka ini tidak peduli, MURID-MURID INI CUMA MAHU MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP SAHAJA.
Murid pertama seorang murid perempuan yang saya ajar semasa tingkatan 4&5. Pada kebanyakkan masa dia akan tidur. Setiap kali ujian & peperiksaan hanya kertas kosong dengan nama yg tertulis sahaja yang dihantar. Suatu hari disebabkan terlalu geram saya bertanya 'you buat apa di rumah? asyik tidur saja? you masak kah? buat keje rumah kah? Dia tidak menjawab,sebaliknya rakannya yang menjawab 'ya la cikgu. Dia aaa balik rumah aaa SEMUAAA dia kena buat? Rupa2nya maknya telah lari meninggalkan dia bersama bapa semasa dia berumur 12 tahun. Dia tinggal dengan bapa dan atuk neneknya. Semua urusan kerja rumah dilakukan oleh dia. Selalu juga dia dimarahi. Jadi mulai hari itu saya faham.
Sekolah ialah satu ESCAPISM buatnya. Berada di sekolah bermakna dia dapat berehat. Dapat lari buat seketika dari tugas2 yang memenatkan. Dia tidak pernah membawa duit belanja. Setiap hari dia berkongsi makanan kawan2nya. Ini dimaklumkan oleh kawan2 nya dan saya juga selalu perhatikan dia semasa rehat. Memang kawannya itu membawa bekal yg banyak. Adakah dia lulus matapelajaran saya sewaktu spm tahun lepas? YA dia lulus. Dari murid yang menghantar kertas kosong tanpa jawapan akhirnya dia dapat D. lulus bermakna ada cubaan menjawab semasa periksa. I know I'm in her good book because before SPM she came to me and ask for a hug. 'cikgu....minta peluk ar'
Murid kedua ialah murid saya tahun ini. Murid Lelaki Tingkatan 5. Kelas paling hujung. Dia bekerja mengikut lori menghantar stok air botol ke kedai2 dan memasang khemah. Saya pun bertanya 'itu duit you buat apa? ( sambil di dalam otak saya telah pun membuat keputusan terlebih dahulu dengan menyangka duit gaji dihabiskan dengan sia2).
Namun jangkaan saya meleset bila dimaklumkan duit diserahkan kepada nenek untuk menampung ke
perluan harian. Rupanya rumah mereka itu dihuni seramai 14 orang yang terdiri dari 4 generasi. (moyangnya baru saja meninggal minggu lepas. the mom was a teenage mom dan bapanya?) Pada hari dia bekerja dia akan balik selewat 2 pagi dan masih datang ke sekolah setiap hari sambil menahan mengantuknya. Adakalanya dia ke sekolah tidak membawa duit belanja maupun bekal. Pernah satu hari dia mengadu. 'beras suda abis. saya mau makan pun kena marah. kasi itu budak kicik2 makan dulu'
Pada hari saya mengetahui kisahnya, saya menangis semahu2nya memikirkan betapa saya mementingkan diri sendiri. Saya sebagai seorang guru CUMA memikirkan murid ini sebagai seorang penyumbang statistik kegagalan matapelajaran saya. (Bahkan penyumbang statistik gagal peratus lulus sekolah) Murid yang saya tidak faham kenapa perlu hadir ke sekolah jika lemah dalam semua matapelajaran?
It was so selfish of me to assume when i didnt even know about his life and what he has gone through. Saya sangat fokus tentang budak yang akan gagal matapelajaran saya tanpa memikirkan bahawa dia hanya cuba melalui hari-harinya dengan sebaik mungkin. Dia seorang ahli keluarga yg baik. Juga anak murid yang baik. Jadi kenapa lah saya tidak fokus kepada kelebihannya ini? Jadi saya memberitahunya 'cikgu tak taula apa nak ajar kamu supaya kamu lulus SPM. jadi cikgu akan ajar kamu benda2 asas supaya boleh bantu kamu dalam hidup nanti.
Setiap kali saya masuk ke kelas2 yang lemah inilah perkara yang saya selalu sebutkan.
'Cikgu faham bukan semua orang boleh cemerlang dalam akademik. Tapi kita kena ingat Tuhan itu adil. Kalau kamu baik, dengar cakap ibu bapa, senangkan hati cikgu2 kami semua akan doakan yang baik2 untuk kamu. Kamu mungkin tidak pandai belajar tapi nanti mungkin kamu dapat pasangan yang baik, anak2 yang baik, bos yang baik, semua yang baik2 lah.
JADI CIKGU2 YANG SUSAH HATI JIKA MERASAKAN KITA SAHAJA YANG BERIA-RIA, SEMASA PEPERIKSAAN, KETAHUILAH DI SAAT KITA MERASAKAN LULUS PEPERIKSAAN DAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN TERBAIK ITU ADALAH SEGALA-GALANYA, ADA DI ANTARA ANAK MURID KITA SEDANG BERGELUT UNTUK MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP. DAN LULUS PEPERIKSAAN DAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN BUKANLAH SEGALA2NYA BAGI MEREKA INI KERANA ADA PERKARA LEBIH PENTING UNTUK DIUTAMAKAN.
DOAKAN ANAK MURID KITA BERJAYA DENGAN CARA MASING2.
pstttt:- Murid yg kedua telah pun diberikan bantuan setelah dimaklumkan. Pengalaman saya dengan mereka ini, jika murid itu betul2 susah seboleh2nya mereka tidak mahu berkongsi masalah mereka. Mungkin malu. Ataupun demi menjaga air muka. Dua orang murid ini jika diberikan duit belanja ataupun makanan mereka mmg akan menolak. Setelah dipujuk berkali2 barulah mereka setuju terima.
Tahniah sebab berjaya habiskan bacaan :)
#bacalahkot2pengalamankitasama

Langgan:
Catatan (Atom)