Selasa, 14 Ogos 2018

Islam melayu

YANG TERSURAT ADALAH ‘WAJAH’ MELAYUNYA,
YANG TERSIRAT ADALAH AJARAN ISLAMNYA

Orang Melayu kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Islam mengajar untuk memegang amanah rahsia.

Orang Melayu kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Islam mengajar untuk mengurus sesuatu perkara sesempurna mungkin.

Orang Melayu kata bapa borek anak rintik.
Islam mengajarkan bahawa anak umpama kain puteh, ibu bapanyalah yang mencorakkannya.

Orang Melayu kata melentur buluh biar dari rebung.
Islam mengajar kita untuk mendidik anak sedari umurnya kecil lagi

Orang Melayu kata jangan bercermin di air keruh.
Islam kata mengambil ilmu biarlah dari guru yang benar.

Orang Melayu kata bumi mana tidak ditimpa hujan.
Islam mengajar kita bahawa dunia ini ada masa Allah akan menguji hamba-hambaNya.

Orang Melayu kata habis akal baru bertawakal.
Islam mengajar kita untuk berikhtiar dahulu, kemudian baru bertawakal.

Orang Melayu kata meludah ke langit terkena muka sendiri.
Islam kata jgb buka 'aib orang.Hari ini kamu buka 'aib org, esok lusa Allah buka 'aib kamu

Orang Melayu kata cubit peha kiri peha kanan terasa.
Islam kata ummah itu spt sebadan, sakit satu anggota, sakit semua.

Orang Melayu kata ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk.
Islam kata semakin berilmu, semakin bertawadhu'.

Orang Melayu kata 'bagai menarik rambut di tepung, rambut dapat, tepung tidak berselerak".
Islam sangat menekankan perkara adab, akhlak dan hikmah.

Org Melayu kata biar lambat asal selamat.
Islam kata bersabar, di hujung kesabaran adalah kejayaan.

Orang Melayu kata sebab pulut santan binasa, sbb mulut badan merasa.
Islam kata berapa ramai orang yang binasa disebabkan lisannya.

Orang Melayu kata bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Islam mengajar kelebihan mesyuarah dan muafakat.

Org Melayu kata yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing.
Islam sangat memberatkan semangat ukhwah dan tolong menolong dlm jemaah.

"Kembali Melayu pada jatidiri kemelayuannya, sebagai bangsa yang berjatidiri Islam"

Rabu, 8 Ogos 2018

Tabligh

JEMAAH TABLIGH DI NEGARA HARAM ZIONIS

Pada tahun 2003,sekumpulan jemaah MALAYSIA telah keluar ke India dan telah berjumpa dengan jemaah berbangsa Arab dari Israel.

Satu soalan yg ditanya jemaah malaysia, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh boleh berlangsung di dlm israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang arab di Palestin diancam dan diseksa teruk oleh orang israel sementa di Palestin terdapat 5 markas.

 Kata mereka;
'orang Yahudi adalah pakar di dalam soal kitab asmawi termasuk Al-Quran dan Ahadis Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha agama yang mana mandapat bantuan Allah SWT yang ghaib dan yang tidak memperolehinya.
Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu oran-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibanteras dan diseksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu''

KISAH 2:
Satu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentera yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menujukan senapang mesin mereka kearah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah dipetik tetapi apabila dihalakan ke atas, peluru boleh keluar tetapi apabila dihala kearah jemaah peluru tidak keluar, bila dihala ke arah lain peluru keluar.
 Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.

KISAH 3:
-Karkuzari dari jemaah Palestin yg keluar 1 bulan di Malaysia. mereka datang tempat saya di Ipoh, Taman Meru.
Mereka2 ni tinggal dlm kawasan Hebron, iaitu betul2 dalam tembok.
 Ada sorang tu, belakang rumah dia,memang pintu dapur ngadap tembok. Mengikut mereka,walaupun mereka duduk dlm kepongan Yahudi ttpi bagi umat islam yang benar2 amal agama, dan beriman dengan penuh yakin,serta ada buat usaha iman,hny Allah tmpat mrk berserah.
Masturat2 yang usaha atas iman dan amal serta tututp aurat yg sempurna, bila nak di buat inspection, makanya, tentera Yahudi lelaki ni, jgn kata nak periksa masturat2 tu, pandang pun taknak.
Sebaliknya, mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan. Allah pelihara masturat2 yg tutup aurat yg sempura dan beriman amal ikut cara nabi s.a.w,even thou mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun.M
Manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) ni sendiri akan halang tentera yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun. Kiranya, memang tak di sentuh lansung le. jadi, kesemua penyelesaian kesusahan, hanya ada dlm iman dan amal sahaja. Sampaikanlah berita gembira ini pada masturat2 kawasan puan.
Bergembiralah kerana kita di pilih Allah untuk sama2 buat kerja, dan bagi masturat, sebagai tulang belakang suami yg buat kerja.

KISAH 4:
Ada satu laporan pula apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentera israel di palestin.
Amir jemaah telah dimasukkan ke dalm bilik pegawai yg bertugas dan ditanya kenapa mreka ke palestin adakah mahu melawan israel.
Dengan tenang amir jemaah cakap,
'Tidak,kami tiada apa2.hanya bawa peralatan tidur dan memasak sahaja,cuma kami ke sini utk sampaikan kalimah Lailahaillah Muhammadarasullullah..
lalu pegawai israel itu pun menaip sesuatu dari komputernya lalu menunjukkan skrin komputer tersebut kepada amir jemaah. Pegawai itu bertanya lagi,
"adakah anda mengusahakan 6 point ini?"..
 Ia adalah 6 sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jemaah iaitu;
-kalimah toiyyibah, solat khusyuk n khuduk, ilmu n zikir, iklas niat, ikram muslimin,dakwah..
Amir dengan penuh kehairanan berkata;
"ya,kami ushakan atas sifat2 ini tetapi bagaimana kamu tahu?"..

Pegawai itu menjawab;
"kami telah lama mengkaji tentang golongan kamu.
Jika semua umat islam usahakan apa yg kamu usahakan pasti kami akan binasa".

 Ini hanyalah beberapa karkuzari atau laporan tentang usaha yg dibuat golongan ini.Ia adalah yg jalan yg haq dan bukanlah ajaran yg dilabel sesat,bidaah oleh sesetngh masyarakat.
Jika tuan2 masih dlm keraguan ,solatlah ishthikarah.mohonlah petunjuk dr Nya.
Jika ini jalan yg batil,maka musnahkanlah jalan usaha ini.
Jika ianya benar,berdoalah semoga tuan2 juga diberi hidayah oleh ALLAH utk membuat usaha agama ini.
Wallahua'lam bissawab..

Credit:jims more

Sabtu, 4 Ogos 2018

Proverb

Cikgu Suguz:
Peribahasa Melayu / English Proverbs

💥Sediakan payung sebelum hujan
🌟Prevention is better than cure

💥Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
🌟Still waters run deep

💥Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi
🌟It takes two to tango

💥Tong kosong nyaring bunyinya
🌟Empty vessels make the most noise

💥Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit
🌟Mighty oaks from little acorns grow

💥Seperti kera kena belacan
🌟Like a cat on hot bricks

💥Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
💥Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak
🌟When in Rome, do as the Romans do

💥Tanam lalang tak akan tumbuh padi
🌟You can’t make a silk purse out of a sow’s ear

💥Sambil berdiang nasi masak
💥Sambil Menyelam Minum Air
🌟Killing two birds with one stone

💥Sudah jatuh ditimpa tangga
💥Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
🌟It never rains but it pours

💥Diberi betis hendak paha
🌟Give him an inch and he’ll take a mile

💥Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
🌟Curses, like chickens, come home to roost

💥Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
🌟Speech is silver, silence is golden

💥Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
🌟You can’t make bricks without straw

💥Ukur baju dibadan sendiri
🌟Cut your coat according to your cloth

💥Bagaimana acuan begitulah kuihnya
🌟Like father like son

💥Minyak setitik di laut timbul juga
🌟One rotten apple spoils the whole barrel

💥Bersatu teguh, bercerai roboh
🌟United we stand, divided we fall

💥Nasi sudah menjadi bubur
🌟It’s no use crying over spilt milk

💥Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
🌟When there’s a will, there’s a way

💥Kata periuk belanga hitam
🌟The pot calls the kettle black

💥Biar lambat asalkan selamat
🌟Better late than never

💥A bird in hand is worth two in the bush
🌟yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

💥An eye for an eye, a tooth for a tooth
🌟hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya

💥Better to be safe than sorry
🌟 Biar lambat asal selamat

💥Between the devil and the deep blue sea  🌟ditelan mati emak, diluah mati bapak

💥Blood is thicker than water
🌟air dicincang tak akan putus

💥Cut your coat according to your cloth
🌟ukur baju di badan sendiri

💥Diamond cuts diamond
🌟bertemu buku dengan ruas

💥Don’t judge a book by its cover
🌟air yang tenang jangan disangka tiada buaya

💥Fool me once, shame on you; fool me twice, shame on me
🌟takkan pisang berbuah dua kali

💥Give someone an inch and they will take a mile (yard)
🌟beri betis hendakkan paha

💥In for a penny, in for a pound
🌟sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

💥It never rains but it pours
🌟sudah jatuh ditimpa tangga

💥It’s no use crying over spilt milk
🌟sudah terhantuk, baru tengadah

💥Kill two birds with one stone
🌟sambil menyelam minum air

💥Like father, like son
🌟bapa borek, anak rintik

💥Many hands make light work
🌟ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

💥No garden without weeds
🌟bumi mana tidak ditimpa hujan

💥No pain no gain
🌟kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

💥No retreat, no surrender
🌟biar putih tulang, jangan putih mata

💥Practice makes perfect
🌟alah bisa tegal biasa

💥Time is money
🌟masa itu emas

💥Where there is a will, there is a way
🌟di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Ahad, 29 Julai 2018

Kodok

*Cite oghang Paghit meli mentoka Volkswagon kome...*

Kejadian ni berlaku mase ghege getah tengah mahei dengan ghege empat ghengget sekati di era tahun 50 an.

Soghang yop ni bename Din Gelembong yang ade empat eka kebun getah.

Dia ngajak soghang kawan yang di gelo Ngah Lepio pegi ke Ipoh nak meli mentoka.

Keputusan muktamad, deme beli sebuah mentoka Volkswagen seken hen je.

Lepeh meli deme ronda-ronda le di Bando Ipoh.

Tetibe mentoka teghenti. Bile setat... hagham mau idup. Deme buke le bonet depan nak nengok ape mende yang ghosak... sebaik dibuke je!
Deme udah terkejut sakan...

"Mane injinnya weh?
Udah tak mandang…!" kate Ngah Lepio menjeghit sambei melopong.

"Kite kene tipu dek cine... mentoka takde injin dijueinye" kate Din Gelembong menopok daie sambe meghungut.

"Ijak aiii.... injin nye getak tengah jalan gamaknye!" kate Ngah Lepio pulak.

Deme menahan sebuah mentoka lalu dekat situ.

Oghang tu sughuh buke bonet belakang... deme bedue pakat gelak sebab tak tau injin Volkswagen di belakang.

Din Gelembong teghuih besoghe “Aje yang gampang….. Mujo le ade injin sper!”.

Oghang tu sughuh tuko bateri sebab bateri udah kong.

Sebaik je bateri dituko, mentoka elok je idupnye.

Deme teghuih pegi ke panggung RE Pangkah (REX) nak nengok wayang.

Bile meli teket... nak masuk panggung soghang nyonya mintak teket tu lepeh tu dikoyaknye sekeghat.

Din Gelembong dengan Ngah Lepio bengang. Deme udah naik angin sebab teket kena koyak.

"Takpe Yop... kita banyak duit bulih beli teket lagi,".

Kali kedue meli pun nyonya tahan lepeh tu koyak sekali lagi tiket tu tinggei sekeghat.

Nyonya tu pun tekejut juge….. dalam atinye kate ngape oghang berdue ni meli teket sampei due kali?.

"Sebelum nyonya ni kene tempelen dengan aku, moh le kita balik Ngah," kate Din Gelembong yang tak pueh ati.

Deme pun balik...

Sampei di Pekan Paghit deme beghenti minum di kedei kopi.

Mentoka Volkswagen diletak dekat dengan tebin Sungei Peghak tak taghik hendbret.

Disebabkan tempat tu agak ceghun.... pelan-pelan mentoka mengelongso menuju ke Sungei Peghak lepeh tu terghuih menjunam ke tebin...

Bumper depan udah cecah ke gigi ayo. Nasib baik tak teghojon teghuih sebab ade ditampan dek ako pokok ubi gajah.

Tepeghasankan mentoka Volkswagennye jadi gitu, Din Gelembong udah angat ati…..

Sambe becekak pinggang die udah betempik!

"Haram bejadah punye mentoka!..... Kalu udah jenih kughe-kughe tu, pantang nampak ayo, endak beghendam aje kamu yok!"   Ip

Jumaat, 20 Julai 2018

Punch card

KISAH PUNCH KAD MERAH.

"Awak dah tiga kali lewat bulan ini. Bulan depan saya tukarkan punch kad awak warna lain. Menandakan kehadiran awak dah tiga kali lewat!"

Keras seorang guru besar memarahi guru ini. Guru ini hanya menunduk dan mengangguk sahaja dengan redha. Ya, dia terlambat 3 kali dan itu termaktub dalam peraturan. Dia akur tanpa bantahan.

Dalam mesyuarat, hal ini dibangkit dan mana-mana guru yang bertukar warna kad disindir-sindir dan diperli. Tidak komitmen dan tidak berdisiplin kata GB tegas ini.

Masa berlalu. Teraju bertukar tangan. Diganti oleh GB lain yang tegas juga dalam bicara dan kata-kata. Namun bila berdepan, bila hadap berdua GB baru ini sangat santun dan berlemah lembut. Nasihat yang baik diberi, bukan ugutan atau sindiran kasar.

Beberapa bulan kemudian, sekali lagi punch kad guru ini berwarna merah. Empat kali dalam sebulan. Dia dah redha jika kad bertukar warna bulan depan.

Bulan seterusnya, kad dia masih warna yang sama. Seolahnya dia tidak lewat melebihi tiga kali. Maka diberanikan diri bertanya pada GB baru.

"Puan. Bulan lepas saya lewat lagi empat kali. Kenapa punch kad saya tidak 'diturunkan darjat' menandakan saya pernah lewat?"

GB itu tersenyum. Diarahkan kerani mengambil punch kad cikgu ini. Lantas ditunjuk dan berkata,

"Cikgu. Cikgu lihat punch kad cikgu. Benarlah ada merah empat kali menandakan lewat dari sepatutnya. Lihat merah yang pertama, masanya 7:21 minit.

Hanya lewat satu minit sahaja. Lagi pun masa itu kelas belum bermula. Kelas kan bermula jam 7:30 pagi. Begitu juga tiga lagi kelewatan cikgu. Semuanya tidak lebih dari 7:30. Maka saya maafkan.

Lagi pun pagi-pagi jalan depan sekolah memang jem. Cikgu pula turunkan anak dulu di pra sekolah. Saya percaya sebenarnya cikgu dah berada dalam kawasan sekolah sebelum jam 7:15 pagi lagi kan?"

Sambil tersenyum GB itu memberi penjelasan. Cikgu ini mengangguk-angguk tanda faham. Terharu dia dapat pentadbir yang memahami, bukan yang jenis mencari salah.

"Puan. Terima kasih banyak atas pertimbangan puan. Benar apa yang puan cakap. Saya berada dalam kawasan sekolah kadangkala lebih awal, namun untuk punch kad itu memakan masa atas pelbagai faktor."

GB itu tersenyum lantas menyambung,

"Adalah kejam bagi saya menghukum guru-guru dibawah saya hanya sekadar warna merah 3-4 kali ini.

Cuba awak perhati waktu awak pulang kat punch kad ini. Awak layak pulang seawal jam 1:00 petang. Namun hampir setiap hari awak berkorban masa demi sekolah dan anak-anak didik sampai jam 2-3 petang.

Lewat satu minit diganti dengan tambahan 2-3 jam setiap hari adalah sesuatu yang mengagumkan saya. Cikgu tidak pernah membangkitkan pengorbanan cikgu berada lebih masa di sekolah.

Apa perlu saya bangkitkan kelewatan satu minit atas faktor teknikal? Saya belum sezalim itu cikgu. Itu bukan cara saya mentadbir sekolah. Terus beri yang terbaik cikgu ya!"

Guru ini merasa sangat dihargai. Dia merasa sangat senang dengan pentadbir yang bertolak ansur dan pandai mengenang budi.

Setiap langkah ke sekolah di hari mendatang dia hayun dengan semangat yang lebih membara. Setiap program sekolah dia cuba jayakan sebaik mungkin.

Benarlah, seorang pemimpin yang baik tidak hanya pandai mencari salah.

Pemimpin yang baik tidak hanya tahu bertegas dan marah-marah.

Pemimpin yang baik tidak membuatkan anak buah mereka bekerja keras dengan ugutan dan paksaan.

Sebaliknya pemimpin yang hebat mampu memenangi hati anak-anak buahnya sehingga mereka seronok bekerja bersama.

Sehingga anak-anak buahnya melakukan segalanya bukan kerana paksaan atau ugutan. Tapi dengan kerelaan dan rasa hormat yang menebal pada pemimpin yang pandai menjaga hati ini.

Kisah ini kisah benar yang aku dengar sendiri dari seorang sahabat guru. Mana yang baik sama-sama kita ikuti.

Begitulah.

*******
- Gambar hanya hiasan sahaja.

#MFS
.