Khamis, 26 Mac 2020

ubat

_*YOGA*-nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT._

_*MEDITASI*-nya orang Islam itu duduk tenang sambil berZIKIR._

_*SELF HEALING*-nya orang Islam itu melakukan MUHASSABAH._

_*DETOX*- nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA._

_*PEMBERSIHAN*- nya orang Islam boleh dengan SEDEKAH._

_*VITAMIN*- nya orang Islam adalah sikap MUDAH MEMAAFKAN._

_*UBAT AWET MUDA*- nya orang Islam: TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu._

_*NUTRISI TERBAIK*- nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznuzon)._

_*PEMBERSIH HATI*- nya orang Islam dengan menahan GHIBAH (mengumpat)._

_*PENYUCI JIWA*- nya orang Islam adalah : Menjauhi sifat IRI HATI & DENGKI._

_*PENGAWET PAHALA*- nya orang Islam: Tidak RIAK._

_*PENCEGAH HURU HARA*- nya orang Islam : Menghindari PERDEBATAN._

_*PENGUKUR RENDAH HATI*- nya orang Islam : Tidak menceritakan KELEBIHANNYA kepada orang lain._

_*PENDETEKSI KEIKHLASAN*- nya orang ISLAM : Tidak menyebut KEBAIKAN & KEBAJIKANNYA._

_*SARIPATI*-nya dalam beribadah itu adalah DOA, dan ROH-nya dalam beramal itu adalah IKHLAS._

_*INFO PENTING MUSLIM & MUSLIMAH*_

_*DAFTAR UBAT :*_

_1. Sering sakit = silakan puasa._
_2. Wajah gelap = solat Dhuha._
_3. Hati sempit = baca Al-Qur'an._
_4. Susah bahagia = solat tepat waktu._
_5. Emosi kacau = wudhuk dan istighfar._
_6. Gelisah = banyak doa dan olahraga._
_7. Tertekan = baca "lahaula walaquwwata illa billah"._
_8. Kurang berkat rezekinya = dekati yang halal saja._
_9. Miskin melulu = muliakan orang tua & banyak  bersedekah._

🌱 _*Salam Fastabiqul Khairat...*_ 🌷

Rabu, 25 Mac 2020

bala atas bala

*BALA di atas BALA*😰

Adakah COVID-19 ni akan hilang dengan kuasa manusia, dengan usaha ikhtiar manusia semata - mata? Atau tiada yang dapat mengangkat dan mematikannya melainkan ALLAH? ... Ini lah pegangan yang wajib di fahami oleh semua umat islam... Fikir kan...

Baik, persoalannya, adakah ALLAH akan menolong kita sekiranya DIA dalam keadaan murka pada kita? Adakah dengan kemurkaanNYA, DIA akan merahmati kita? Fikir.. Fikir... Fikir...  Kita ni sombong, degil, tak nak berubah

Kita sibuk nak hilangkan sebab tapi di mana kesibukan kita kepada musabbib? Yakni ALLAH... Kita sibuk kepada makhluk, tapi tak sibuk kepada ALLAH yang mengawal makhluk...jangan sekadar sibuk dengan tempoh masa perkurungan ini sahaja, tapi kene kerah rakyat juga supaya sibuk baca quran, sibuk amalkan zikir, selawat ke atas nabi, taubat nasuha dan amal2 yang lain... Adakah boleh selesai masalah tanpa ALLAH yang akan menghilangkan masalah tersebut... Kene faham sungguh2, walau seluruh sebab dan musabab telah dilaksanakan, segala usaha ikhtiar yang benar dari segi kajian ilmunya telah dilaksanakan, takkan hilang segala masalah kalau ALLAH tidak mahu mengangkatnya...

Jadi yang paling penting, cari ALLAH dahulu, dan seterusnya baru dengan jalan usaha ikhtiar...

Nak marah ni...

Hari ni, saya melihat dalam keadaan kita sedang di uji dengan ujian ini, masih ada lagi yang sumber je pakai seluar pendek nampak lutut di luar sana, tak rase takut langsung dengan peringatan ALLAH ni... Ko sumber je lawan ALLAH begitu... Dalam keadaan begini, ko boleh layan drama Hindustan di rumah, layan artis Korea, layan lagu2 yang melalaikan, ko habiskan masa dengan kelalaian dan maksiat... Ko ni tak reti bahasa ke... Ini lah yang di katakan bala di atas bala... ALLAH dan beri bala, ko sendiri tak takut pada ALLAH itu pulak satu bala... Tak takut tu satu bala... Ko ni jenis hamba apa? Hati ko kat mana

Yang tak solat, terus tak solat... Hubungan dengan kawan2, perghhh... Ko la yang terbaik.. Menjaga hubungan dengan kawan2... Siap bol  lepak2 sambil merokok,  tolong kawan2 dalam keadaan susah, tapi ko sumber je tak solat... Ko angkat tangan jumpe kawan, tegur kawan... Tapi teguran ALLAH ko tak sedar, panggilan ALLAH ko tak sahut.. Aduishhh... Letih layan manusia macam ni... Ko ni jenis hati apa? Dengan manusia ko baik, dengan ALLAH yang menjadikan ko, ko lawan slumber je...

Yang dah solat pun, aku geram juga ni... Ko solat punya lah laju.. Ko ingat ko sembah siapa? Ko ingat ko bercakap dengan siapa? Ko ni memang kurang ajar betul... Ko solat macam nak lepas batuk di tangga je... Ko solat 5 minit tak sampai, dah siap solat ko... Mana adab ko ha? ... Mana hormat ko ha... Ko cakap dengan bos ko, punya la menjaga adab, menghormati mereka... Ko bercakap dengan Tuhan??? Ko tak rase kebesaran DIA pun... Bodoh punya manusia... Ko berdiri depan DIA, ko tak rase pun, bahkan ko rase ko berdiri depan dinding je...tu lah gelapnya hati ko... Hormat makhluk tak hormat ALLAH yang menciptakan ko... Kalau ko nak kejar meting, laju je ko tepati masa... Tapi, bila ALLAH panggil ko, ko boleh lambat2kan... Ko ni hamba makhluk ke hamba ALLAH... Ko sedar tak, segala kesibukan ko di tempat kerja, kalau bukan kerana pertolongan DIA, ko takkan dapat selesaikan... Bukan kerja ko selesai kerana kepandaian ko, tapi kerana pertolongan DIA.... Kalau ko rase itu kerana kepandaian ko, ko memang bodoh dan gelap mata hati sebab tak nampak DIA... DIA dah tolong ko dalam semua urusan kerja ko, tiba2 ko solat laju, ko solat lambat, ko solat sekadar nak lepas batuk di tangga, sedangkan DIA panggil ko untuk solat supaya ingat pada DIA dan bersyukur pada DIA... Tapi ko tak sedar semua tu... Aduii yaii... Teruk giler hati ko...

Banyak lagi la benda2 lain yang tak sempat nak kupas di sini... Masing2 fikir la dosa masing2..

Ko tahu tak, sebab ada manusia macam ko ni la, bala ni tak sudah2 sampai kepada manusia yang lain... Orang lain berdoa siang malam, buat solat hajat pada setiap malam minta pertolongan daripada ALLAH, tapi manusia macam ko ni lah yang menghalang doa2 di angkat...

Ko pernah dengar cerita nabi musa? Ketika kaumnya di uji oleh ALLAH dengan hujan yang tidak turun setelah beberapa lama, maka nabi musa telah mengumpul kan ummatnya di padang untuk bermunajat kepada ALLAH, tapi doa mereka ditolak ALLAH kerana ada seorang laki sahaja, bukan ramai, seorang sahaja yang telah melakukan dosa kepada ALLAH selama 40 tahun, maka dengan sebab dosa lelaki ni, hujan tidak turun, dan akhirnya nabi musa minta lelaki tersebut bertaubat, baru lah hujan turun dengan selebat2nya... Ko nampak tak pengajaran ni? Ko nampak tak?

Ko jangan pulak cakap, dosa aku dosa aku lah... Ko bodoh apa cakap gitu... Ko buat dosa, bala yang akan datang nanti bukan atas kepala ko sorang je... Atas semua orang, ko tahu tak... Kalau bala tu, ko sorang je yang menanggungnya, takpe la ko cakap begitu..

Ok... dah la tu... Sedih aku tengok orang yang tak sedarkan diri ni.. Dalam kubur nanti, baru dia nak sedar kot...

Yang aku nampak pakai seluar pendek tu, sudah2 la weh.. Ko nak lawan ALLAH sampai mana lagi... Yang aku nampak pakai gelang, rantai kat tangan tu, ko buanglah benda haram tu... Yang duk sibuk melayan benda2 haram dalam hanphone dan tv tu, cukup2 la... Ini yang paling bingai dan bodoh, yang paling aku marah yang masih tinggalkan solat, benda asas tu ko masih tak buat... Masih tak cukup.. Slumber2 je ko tinggal... Ko memang pembawa bala betul... Ko memang celaka... Kalau ko nak tinggal solat juga, ko tak payah la duduk di bumi Allah ni, makan rezki ALLAH, hirup Udara ALLAH... Ko buat semua tu sendiri.. Boleh ke? Bodoh punya manusia, tak malu dengan Tuhan... Duduk bumi tuhan tapi tak nak bersyukur dan menyembah kepada ALLAH... Bongok... Memang patutlah ko masuk neraka jahanam sebab kedegilan dan kesombongan ko dengan ALLAH... Yang dah solat tu, ko solat la betul... Beradab dan menjaga sungguh2 hubungan denganNYA

Akhirnya, saya nak berpesan pada semua... Balik la bersungguh2 kepada ALLAH... Tambahkan keataatan kepada NYA... Jangan teruskan maksiat yang sedia ada... Sudah terlalu banyak PERINGATAN yang ALLAH berikan.... ALLAH dah cukup sabar, dah cukup baik pada kita... DIA tak pernah meninggalkan kita.. DIA sentiasa ada bersama kita.. Jadi lah hambaNYA yang sentiasa bersyukur kepada sekalian nikmatNYA dan sentiasa berserah DIRI kepadaNYA... Jangan lagi melawanNYA... Kasihanilah DIA... Cintailah DIA... DIA sentiasa menanti2 hambaNYA dalam dakapan rahmat kasih sayangNYA... Semua ini adalah panggilan dariNYA


👳‍♀
NukilanHambaYgTakutKpdALLAH
*Copy & Paste @ Share ..*

.

bantuan

Kita baru masuk hari ke tujuh Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun jelas nampak emosi kita semua sedang tertekan. Mula keresahan, mula ketakutan, mula memikirkan yang bukan-bukan.

Sangat ramai mula kehabisan simpanan yang seciput cuma. Terutama jenis yang kerja sendiri, yang bergaji hari atau minggu.

Dan sepanjang tempoh ini, mereka kehilangan 100% pendapatan mereka. Bagaimana mereka akan terus bertahan dalam keadaan makin tertekan?

Duit habis, barang dapur habis. Nak keluar cari duit tak boleh. Nak kerja tak boleh. Anak menangis kelaparan, pampers sekarang bukan keutamaan.

Namun beras? Namun susu? Namun lauk pauk? Namun bil yang datang? Sewa rumah? Ansuran kenderaan?

Kerisauan, keresahan dan kegusaran mereka yang tak punya apa-apa sedangkan banyak mulut menanti untuk disuap ini tidak terungkap kata-kata.

Kelaparan. Kemiskinan. Kesempitan. Membuat akal hampir hilang kewarasan. Hingga dah ada yang mula mencuri.

Bukan mereka suka mencuri. Bukan. Namun mereka sangat terdesak.

Teringat masa Kelantan dilanda bah besar pada tahun 2014 dahulu.

Lori-lori yang membawa bekalan barangan makanan disekat ditengah jalan. Mereka keluar dengan pedang, dengan cangkul, dengan senjata dan berkata,

"Jangan risau. Kami tak akan mengapa-apakan kamu. Kami takkan ambil duit kamu. Telefon kamu. Lori kamu. Kami cuma nakkan makanan sahaja. Minta maaf, kami terpaksa."

Dan hari ini, dah mula berlaku peristiwa hampir sama. Orang yang kesempitan sanggup mencuri demi sekampit beras.

Kita tidak ditempat mereka. Kita bukan ketua keluarga yang anak menangis tak henti-henti kelaparan. Isteri murung dan tak nak bercakap akibat tiada apa untuk dimasak. Apa lagi jika mereka turut menanggung ibubapa yang stroke atau tidak sihat.

Maka kewarasan mereka hilang. Demi orang yang paling mereka kasihi, mereka sanggup lakukan apa saja. Apa saja. Apa saja.

Sekarang peranan paling besar pada aku ialah pusat zakat dan masjid-masjid di setiap kampung.

Keluarkan tabungan masjid dan bantu ahli kariah masing-masing. Usah diperam lagi dana berpuluh ribu atau beratus ribu itu.

Tapi sedihnya, kawan aku baru berkata. Dia mengajukan pandangan yang sama dengan aku pada ahli masjid kampungnya. Jawapan yang diterima,

"Tak boleh. Itu orang derma untuk masjid. Bukan untuk beli beras dan agih."

Allahu. Dananya hampir seratus ribu. Diperam dan terus diperam dengan alasan yang sama.

Bila lagi nak diguna? Masa inilah saat yang paling getir.

Aku pasti yang tengah tersepit sekarang ini pun ada sumbang duit mereka dalam tabung masjid walau seringgit cuma.

Masjid ada di setiap kampung. Dan ajk masjid mengenali siapa orang miskin dan sangat patut dibantu. Saat ini saat terbaik untuk menggunakan sebahagian dari dana masjid untuk ahli kariah masing-masing demi sesuap nasi untuk keluarga mereka.

Ramai orang susah. Dan kesusahan ini mungkin berlarutan berminggu-minggu bahkan berbulan lagi.

Dan kepada kawan-kawan yang ada rezeki dan simpanan lebih, bantu adik-beradik kalian, saudara mara kalian dan sahabat handai kalian dahulu sebelum salurkan bantuan kepada mana-mana NGO atau pertubuhan.

Itu yang lebih penting dan utama.

Kecik hati adik-beradik atau saudara mara jika kalian yang kaya derma sampai beribu untuk tabung luar sedangkan mereka sendiri makan nasi berlaukkan kicap masin sahaja.

Sama-sama kita cakna dan ambil peduli. Ujian ini turut sama menguji samada hati kita masih hidup atau pun sudah mati.

#StayAtHome

- Untuk tindakan AJK Masjid dan surau untuk manafaat kita bersama

online

Pagi2 dapat call dari kawan dan merupakan  ayah pada bekas anak muridku. Nak PINJAM DUIT katanya. Tau2 ja kita gaji hari ni. Bukan bab NILAI YANG BUAT AKU MENULIS.. Tapi Semua bab simpati dan kasihan..

Parent : Assalamualaikum Cgu Din.. apa khabar..
Aku: Baik bang.. sihat walafiat.
Parent: cikgu nak minta tolong sikit boleh
Aku: tolong apa tu bang insyaallah mana yang boleh saya tolong saya tolong
Parent: macam ni cikgu anak saya ada tiga orang bersekolah seorang tingkatan 1 seorang darjah 6 dan seorang lagi tahun 3. Guru kelasnya meminta mereka untuk menyiapkan kerja rumah secara online. Saya tidak ada duit untuk membeli data. Bagi saya sekarang duit adalah lebih penting digunakan untuk membeli barang dapur. Saya bekerja sendiri, dah dua minggu tak kerja. Duit simpanan semua dah habis saya gunakan untuk membeli keperluan dapur. Cikgu boleh tolong tak pinjamkan saya duit untuk saya top-up kredit saya untuk beli data.
Aku: berapa ringgit tu bang nak pinjam?
Parent: boleh cikgu pinjamkan Saya 100. 50 untuk top up data dan 50 lagi untuk beli beras dan telur.
Aku: ,😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 okey bang abang boleh datang ambil ke rumah saya atau abang bagi nombor akaun saya bank in sekarang.
Parent: Terima Kasih Cikgu moga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik cikgu insyaallah Bila saya ada duit saya akan bayar balik kat cikgu.

Wei tolonglah Wei.. 
Kita sebagai cikgu kita memanglah nak anak-anak murid kita berjaya tapi pernah tak kita fikir sebab family dia orang. Bukan lama pun mungkin 14 hari je. Selepas ni bagilah sebanyak mana pun. Online ni rasanya kita boleh tukar pada kerja rumah biasa. Mungkin kita boleh suruh anak murid kita buat latihan pada buku teks. Tu pun salah satu latihan yang baik. Kita jangan terlalu ikut trend ikut keadaan. Kita tak minta pun benda ni berlaku.

tolonglah kalau boleh kita fikirkan balik akan kehidupan orang lain. Mungkin kita bangga akan kehebatan kita tapi kita lupa akan kesushahan orang. Kau orang tengoklah dia nak pinjam RM100 semata-mata nak bagi anak dia jawab soalan. Bukankah kita dah menyusahkan dia. Pernah tak kita fikir bab dapur dia.. bab makan dia.. bab anak-anak dia..

Untuk cigu2...

Selasa, 24 Mac 2020

ibu ayah

Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.

Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.

Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.

Bagus betul pakcik ni, detik saya di dalam hati.

Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya "Nak jumpa doktor ke?"

Saya jawab "Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriksaan kat klinik ibu tu". Pakcik berkata lagi "Oh, isteri mengandung ke? Tahniah tahniah".

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik "Pakcik ni nak jumpa doktor ke?".

Pakcik menggelengkan kepalanya "Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gagah lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe".

"Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe".

Pakcik senyum.

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga.

"Ya Allah, abah kat sini ke?! Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang".

Suara dia taklah kuat. Tapi boleh didengari kami.

Terkedu kami jadinya.

Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun.

Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata,

"Inilah bala yang kita sedang hadapi. Bala yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu".

Saya diam. Tunduk.

Pakcik menyambung "Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.

Saya pernah tegur seorang perempuan yang berlaku kasar kepada mak dia. Bila saya tegur, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia.

Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam.

Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Ya lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka.

Tak payahlah kita nak pesan bagai.

Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap kasar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku.

Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu.

Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak.

Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan.

Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu".

Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya "Pakcik cakap apa?"

Pakcik "Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah.

Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati dengan apa yang kau orang dah buat.

Semua diam masa tu. Cucu yang duduk ramai-ramai kat depan pun datang ke dapur.

Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak diamkan sahaja.

Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak.

Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua.

Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat!

Isteri saya kemudian bersuara "Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita gaduh-gaduh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama".

Masa tu saya geram pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak.

Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak.

Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang!

Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya menangis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe.

Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka. 

Saya pun maafkanlah. Selesai.

Lepas tu kami makan sama-sama.

Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah".

Saya tanya lagi ke pakcik "Sekarang macamana?"

"Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang  buat jadual siapa kena balik. Hehe.

Awak ada lagi ayah dan mak?

*Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda*

Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik.

Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita.

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga".

Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua.

Kawan,

Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar.

Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu.

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya.

WS Adli W Muhammad,
Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.