Rabu, 21 September 2022

Silibus

 Tak puas hati...


1. Bagi yang tak puas hati, bila aku kata DSKP kita tinggi dan padat, termasuk subjek Sains dan Maths, sila teruskan membaca. Aku juga dah merujuk silibus Preston dan Cambridge.


2.  Ketahuilah bukan sahaja Spore, Jepun, Korea Selatan, malah Australia juga memulakan subjek sains di Tahun / Year 3, bukan Tahun 1.


Misalnya pada Year 1 dan 2 di Australia hanya ada subjek core (foto)

- BI

- Maths

- Art 


Thinking process merentasi disiplin ditekankan di Australia pun bermula Year 4, wpun memang proses berfikir tetap wujud, mereka tidak tergila2kan KBAT. STEM memang tak disebutkan dalam silibus mereka.


3. Bagi Singapore, ini pula pecahan ikut topik subjek sains....

# Singapore 

Year 1: -

Year 2: -

Year 3: 4 Topics

Year 4: 5 Topics

Year 5: 7 Topics

Year 6: 6 Topics

SUM = 22 Topics


# Malaysia 

Tahun 1: 10 Topik

Tahun 2: 10 Topik

Tahun 3: 10 Topik

Tahun 4: 10 Topik

Tahun 5: 10 Topik

Tahun 6: 12 Topik

JUMLAH = 62 Topik


Tak tahulah nak kata macamana, Singapore boleh nombor 1 dalam TIMSS dan PISA wpun belajar topik yang sikit tapi dapat menguasai Sains. Mereka tak kecoh2pun dgn inferens, definisi operasi, PM, PB dll, sama spt Australia, Korea Selatan, Jepun dan Switzerland.


4. Semua negara2 di atas juga adalah negara top penilaian antarabangsa dalam numeracy dan literacy juga reasoning skills. 


5. Korea Selatanpun sama dgn Korean Language dan Maths sebagai 2 subject core di Tahun 1 dan 2. Sains pula hanya bermula di Tahun 3.


6. Ini bermakna, masa murid Tahun 1 dan 2 di negara maju pendidikannya lebih santai utk diisi dengan pembentukkan karektor murid yg masih naive tanpa tertekan dgn banyaknya subjek dan tingginya konten.


7. Topic Maths di Switzerland di Tahun 1 pula spt berikut 

a. Numbers 1 to 9

b. Counting numbers 1 to 9

c. Using and applying number 11 to 20

d. Reasoning - Simple addition up 10

e. Reasoning - Simple addition up to 20

f.  Subtraction by Comparison

g. Subtraction up to the number 10 to 20

h. Multiplication using equal groups

i. Multiplication using repeated addition

j. Calculation-multiplication 

k. Calculation sharing/division 

l. Length - Using informal units of measurement

m. Weight/mass - Introducing the concept of mass

n. Time, days of week - Days of the week

o. Time, duration

p. Time, months and seasons of the year

q. Time, quarter to, quater past

r.  O’clock and half past on the analogue clock


8. Maths Tahun 1 Msia lebih advanced dgn nombor 1 -100, dgn bundar dan nilai tempat serta nilai digit dan strategi pengiraan yang aku tengokpun pening (foto). 


9. Aku boleh pastikan permulaan di sekolah negara maju pendidikannya santai kerana mereka mempunyai empathy dan strategi membina asas yang kukuh dahulu, sambil mengurus psychosocial murid yg masih fragile . 


10. Jika nak tahu lebih lanjut, dan tak puas hati  pergilah sendiri ke negara2 tersebut dan lihatlah kegembiraan di mata anak2 di sana yg melompat2 utk dtg belajar sambil bertemu rakan2 tanpa memikul beg berat selain mbawa lunch box..


Selamat beradu...


OT

Kwsp

 Sekadar perkongsian..

.

KISAH BENAR KWSP 🌿

.

Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.

.

Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.

.

1) Ayah si mati - 1/6

2) Ibu si mati - 1/6

3) Isteri - 1/8

4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.

5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.

.

Contoh :

.

Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.

.

1) Ayah = RM16,666

2) Ibu = RM16,666

3) Isteri = RM12,500

4) Anak lelaki = RM36,112

5) Anak Perempuan = RM18,056

.

Jadi apa guna ada penama?

.

Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.

.

Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.

.

Pahit Tp Benar. Ramai yang ingat benda nie tak akan berlaku. Tp realiti sebaliknya.

Umno

 Salute you Tan Sri.


*Artikel yg sgt baik dan ditunggu2 dari org umno sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin krn berani berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata 53% melayu yg masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin2 korup umno trmsk prof2 melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah pas yg snggup bkerjasama dgn perosak bangsa.*


Hanya sekadar perkongsian... 


*Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas*


*SIAPA PENGKHIANAT*


Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.


Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.

Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.

Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.

Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.


Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.


Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.


Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?


Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .

Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.


Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP? 

Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.

Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf  parti GERAKAN yang berkuasa disana?

Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?

Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .

Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.

Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.

Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.


Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik  dinegara ini dan faham matlamat mereka semua.  Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.


*Kenapa DAP musuh kita?*


*Jelasnya inilah manipulasi UMNO.*


*Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.*


Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.

Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.


Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.


Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.

Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .

Cina sebagai sinonim Komunis.

Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.


Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.

Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.

Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.


Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.


Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.

Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,

 Kluang.


Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.

Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.

YB2 Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.


Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.

Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.

Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.


Pada masa yang sama  kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.


*Apakah semua ini angkara DAP ?*


Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.

Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.


Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.


*Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.*


Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.

Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.


Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.


Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.


Maka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.

Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain


Seterusnya mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.


Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.


Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.

Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.


Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.


Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.


Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama yang membentuk kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu.


Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.


*Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.*


Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.

Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.


*What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.*


Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.

Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.


Kini telah wjud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.

Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.

Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.


Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.

Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.


Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?


*Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?*


Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA  pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?


*Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara.*

Selasa, 20 September 2022

Politik

 PM ke-4 cuba mengajar PAS berpolitik...


Agaknya dia lupa asal usul perjuangan PAS yang dari zaman British telah cuba menyatukan umat...


PM ke-4 mendakwa Amanat Haji Hadi pada tahun 1981 telah memecahkan bangsa Melayu...


Walhal yang menyebabkan perpecahan sebenarnya ialah Tunku Abdul Rahman dan UMNO itu sendiri...


Fakta sejarah jelas membuktikan bahawa bangsa Melayu seperti dalam filem Mat Kilau adalah bersatu padu di atas nama Islam...


Tetapi apabila kedatangan British yang membawa pakej 'kemewahan', dengan cara mencari pengaruh melalui ekonomi dan berjaya menghasut para sultan dan pembesar...


Maka berpecahlah bangsa Melayu kepada satu pihak yang enggan menumpahkan darah untuk melawan British akibat kejahilan agama serta cetek pengetahuan...


Manakala satu lagi pihak adalah yang menentang keras British tanpa kompromi, serta sanggup menumpahkan darah mereka demi tanahair dan agama...


Kemuncak perjuangan Mat Kilau bermula pada tahun 1888 lagi ketika mula-mula kedatangan British di Tanah Melayu sehingga tercetusnya Perang Semantan pada tahun 1890...


Dato' Bahaman enggan menurut perintah residen British Hugh Clifford seperti watak dalam filem Mat Kilau, yang telah berjaya menghasut Sultan Wan Ahmad untuk melucutkan taraf Orang Kaya Semantan kepada Dato' Bahaman...


Maka bermulalah perjuangan Dato' Bahaman bersama anak beranak Tok Gajah, Mat Kilau serta Mat Kelubi sehingga akhirnya terpaksa berundur ke Terengganu dan Kelantan untuk meminta bantuan Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbung serta Tok Janggut pada tahun 1895...


Tok Gajah dan Mat Kilau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Terengganu, manakala Dato' Bahaman, Mat Lela serta Pawang Nong di katakan telah menyerah diri di Siam, namun di berikan perlindungan di Chiengmai pada tahun 1896...


Mat Kilau yang di khabarkan meninggal dunia di Kota Bharu pada tahun 1895, akhirnya membuat kemunculan mengejut pada tahun 1969 di kampung halamannya sekitar Jerantut, Pahang, namun meninggal dunia sepuluh hari selepas itu ketika umurnya melebihi 100 tahun...


Ketika tahun 1900-an lagi bangsa Melayu sudah mula berpecah, dengan puak yang menyokong sultan dan British yang enggan berperang, manakala satu lagi yang menentang British seperti Mat Kilau dan lain-lain... 


British berkuasa secara licik, sehinggalah Jepun berjaya menghalau British pada tahun 1941, namun British berjaya bertahan di kubu kuatnya di Singapura dengan bantuan Leftenan Adnan... 


Hasil gabungan Ulama' serta pejuang Melayu dan Cina dalam Parti Komunis Malaya, maka lahir pula MPAJA atau "Malayan People Anti Japanese Army" sebagai sayap ketenteraan bagi PKM bertujuan untuk menentang Imperialis Jepun... 


Ulama' seperti Burhanudddin al-Helmi telah bergabung dengan Mokhtaruddin Lasso iaitu presiden PKM untuk menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM, setelah British mengharamkan PKM menggunakan Ordinan Darurat 1948...


Dr. Burhanudddin al-Helmi antara pemimpin yang di tangkap British di Kem Tahanan ISA Kamunting bersama pemimpin agama yang lain selama berpuluh tahun sehingga era 1980-an oleh PM ke-4...


Hizbul Muslimin pula di tubuhkan oleh Burhanudddin al-Helmi sebagai biro agama bagi PKMM sebelum di haramkan juga oleh British menggunakan Ordinan Darurat 1948 dengan alasan bekerjasama dengan pihak komunis... 


Demi mengelakkan di tangkap oleh British, sebahagian besar pemimpin Hizbul Muslimin telah bertindak menyertai UMNO sebagai biro agama, sebelum keluar kerana tidak bersetuju dengan ketaksuban UMNO dengan semangat kebangsaan yang keterlaluan... 


Selepas Hizbul Muslimin keluar dari UMNO, maka parti PAS di tubuhkan untuk menyertai Pilihanraya Perundangan 1955 dengan nama Parti Islam Se-Tanah Melayu sebelum menjadi Parti Islam Se-Malaysia sekitar tahun 1980-an... 


Dr. Burhanuddin al-Helmi yang memenangi Parlimen Besut ketika Pilihanraya Perundangan 1955, kemudian di lantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada tahun 1956... 


Malangnya, PAS tewas semasa Pilihanraya Perundangan 1955 tersebut kepada Parti Perikatan yang di anggotai UMNO, MCA serta MIC... 


Parti Perikatan menang besar kerana telah mendapat sokongan British melalui kerakyatan yang di berikan British kepada pendatang kaum Cina dan India yang di bawa mereka kononnya untuk bekerja di lombong bijih dan ladang getah, yang di gelar sebagai "jus soli"... 


Semasa British kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945 melalui residen Sir Harold MacMichael selepas Jepun berundur pada tahun 1944, dengan berjumpa Sultan Ibrahim di Johor.... 


Satu 'pakatan' licik di percayai telah berlaku di antara Sultan Ibrahim, Sir Harold MacMichael serta Dato' Onn Jaafar untuk menubuhkan gagasan Malayan Union untuk meletakkan Tanah Melayu di bawah jajahan Queen Elizabeth II ketika itu... 


Pakatan licik yang berlaku di Istana Johor ini telah mengakibatkan UMNO di tubuhkan di Istana Besar Johor oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1948 kononnya untuk menentang gagasan Malayan Union tersebut... 


Namun Dato' Onn Jaafar iaitu bapa kepada Tun Hussein Onn PM ke-3 negara selepas Tun Abdul Razak, manakala Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein pula merupakan cucunya serta Menteri Besar Johor yang terbaru Onn Hafiz adalah cicit kepada Onn Jaafar dan cucu kepada Tun Hussein Onn... 


Telah di singkirkan dari UMNO kerana tidak bersetuju dengan Tunku Abdul Rahman yang mahu bekerjasama dengan bukan Melayu, manakala Dato' Onn Jaafar pula sebaliknya... 


Dato' Onn Jaafar kemudian meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951, dan menubuhkan pula Parti Negara yang tidak membenarkan keahlian dari bukan Melayu untuk mendapat sokongan Melayu seperti mana UMNO... 


Dato' Onn Jaafar tidak bersetuju dengan UMNO yang tidak mahu membuka penyertaan parti tersebut kepada bukan Melayu... 


Parti Negara akhirnya bertanding di Pilihanraya Perundangan 1955, namun tewas sehinggalah beliau terpaksa bertanding mewakili Parlimen di Terengganu sebelum berjaya mendapat tempat di Parlimen Kuala Terengganu Selatan ketika PRU 1959 dengan sokongan PAS... 


Berbalik kepada PKM yang dapat menghidu kelicikan British pada tahun 1948 ketika era darurat, telah menghantar tentera MPAJA atau lebih di kenali sebagai "Bintang Tiga" ke Johor dan menyerang penyokong UMNO di daerah Batu Pahat dan Muar, sehingga kemuncaknya terjadi peristiwa "Bukit Kepong" di Muar pada tahun 1950...


MPAJA dan PKM 'mengganas' ketika 14 hari selepas Jepun berundur, adalah untuk menghalang pakatan jahat British dan UMNO untuk merampas kuasa memerintah di Tanah Melayu menggunakan pendatang Cina dan India...


Bukan semua keturunan Cina dan India di negara Malaysia adalah berasal dari pendatang, namun kaum Cina yang di bawa British merupakan kalangan kongsi gelap serta kaum India dari kasta rendah...


Penduduk asal Melayu dan Cina di Tanah Melayu telah pun bersatu di bawah PKM untuk menentang kedua-dua penjajah Jepun dan British... 


UMNO melalui Tunku Abdul Rahman tanpa berbincang dengan PAS telah bertindak ke London, kononnya untuk mendapat restu Queen Elizabeth II supaya Tanah Melayu merdeka... 


UMNO tidak seharusnya bersama British, namun sebaliknya bersatu dengan Ulama' dalam PKMM serta Hizbul Muslimin malah PKM yang benar-benar berjuang untuk menghalau British secara penuh...


Amanat Haji Hadi pada tahun 1981 jelas menyatakan bahawa UMNO ketika itu telah mengekalkan perlembagaan penjajah serta undang-undang kafir... 


PAS kembali bersama UMNO adalah demi mengelakkan perpecahan umat yang akhirnya akan kembali menaikkan kafir yang lebih "harbi" seperti DAP yang menjadi tunjang dalam Pakatan Harapan... 


PAS mesra UMNO adalah bersyarat, iaitu UMNO versi bersih rasuah dan bukan versi 'orang lama' UMNO seperti PM-4, PM ke-6, presiden UMNO malah bekas TPM PM ke-4 yang kononnya bergelar "Tiger of Asian" pada tahun 1990-an... 


Walhal istilah dan gelaran "Four Tiger of Asian" tersebut sebenarnya adalah merujuk kepada negara Hong Kong, Singapura, Taiwan serta Korea Selatan, dan Malaysia tidak pernah pun di iktiraf sebagai kuasa ekonomi Asian ketika itu... 


Ketegasan Tuan Guru Haji Hadi untuk tidak melakukan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk PRU 15, jelas kerana kedudukan parti DAP sebagai kafir 'harbi' yang tidak boleh di buat rakan politik setelah PAS belajar dari pengalaman ketika era Barisan Alternatif serta Pakatan Rakyat... 


Memang benar PAS tidak seharusnya memberi muka kepada UMNO terutamanya setelah BN berjaya di tumbangkan buat pertama kali selepas 60 tahun pada PRU 14...


Namun, PAS tidak rela melihat bukan Islam pula di beri jawatan menteri kanan seperti Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, malah jawatan Peguam Negara juga ketika itu di berikan kepada Tommy Thomas... 


Tidak mustahil jawatan kritikal lain seperti TPM, Menteri Pertahanan, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis, Panglima Tentera dan lain-lain akan di jawat oleh bukan Islam... 


Malah jawatan Perdana Menteri Malaysia juga boleh terlepas ke tangan bukan Islam seperti yang terjadi di negara Singapura oleh parti PAP iaitu asal usul parti DAP di Malaysia... 


Bukankah PM ke-4 sendiri bekerjasama dengan DAP ketika PRU 14 lalu, demi untuk menumbangkan BN, tetapi PAS pula mengambil keputusan untuk meninggalkan DAP... 


Jadi siapakah yang 'kafir' sebenarnya...


Di kesempatan ini, kami menyeru bangsa Melayu yang sayangkan agama serta bangsa, marilah bersama kami untuk menjadi pemain politik yang cakna informasi agar tidak lagi di tipu penjajah laknatullah...


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi #banjirkonspirasi

@MalayanCyberForces

Rabu, 14 September 2022

Cermin

 Kisah kimia yang sama, tapi tak serupa.

Kali ini, sekali lagi imej cermin berlaku 2️⃣2️⃣0️⃣2️⃣2️⃣0️⃣2️⃣2️⃣


Mari kita lihat, betul ke tangan kanan adalah cerminan kepada tangan kiri? Apa yang berlaku sekiranya tangan di letakkan secara bertentangan seakan dihadapkan tangan kepada satah cermin. 🖐🏻


Tentunya ibu jari kanan akan bertemu ibu jari kiri, telunjuk kanan akan bertemu telunjuk kiri dan seterusnya melengkapi bilangannya yang sama. 


Jadi, sama bukan? 🙏🏻


Namun begitu, tangan kanan dan tangan kiri adalah tidak serupa. Jika diletakkan tangan kanan di atas tangan kiri pada arah yang sama, tentunya jari yang sama tidak akan bertemu. 🙌🏻


Misalnya ibu jari tangan kanan akan bertemu jari kelingking tangan kiri pula. Pusinglah mengikut arah mana pun, pastinya kita tidak akan dapat menyamakan kedua-dua belah tangan.


Menariknya konsep yang sama juga telah di temui dalam kajian struktur bahan kimia organik. Terdapat pelbagai bahan yang telah dikenalpasti mempunyai bahan cerminannya terutamanya dalam industri perubatan. 


Semasa pembelajaran kimia peringkat menengah, tentunya istilah isomer 'cis' dan 'trans' biasa di temui.  Ianya merujuk kepada dua bahan kimia organik alkena yang mempunyai bilangan atom dan formula molekul yang sama, tetapi hanya di bezakan secara susunan geometri pada ikatan ganda dua.

 

Secara penerangan mudah, atom atau kumpulan berfungsi yang sama boleh berikat pada dua karbon C=C pada sisi yang sama 'cis' ataupun secara berlawanan 'trans'.


Lanjutan daripada isomer geometri, pembelajaran seterusnya akan menemukan kita dengan istilah isomer optik. 


Terdapat keadaan di mana dua bahan kimia organik mempunyai bilangan dan jenis atom yang sama, tetapi tidak serupa serta mempunyai imej cermin di antara satu sama lain. Ini lah isomer optik. 


Secara khususnya, isomer optik tersebut di rujuk dengan nama enantiomer.


💊 Kisah klasik penggunaan ubat bernama 'Thalidomide' pastinya menjadi rujukan jika dibincangkan kepentingan untuk mengenali bahan isomer optik. Kes yang berlaku di Jerman tersebut adalah melibatkan ibu mengandung yang kemudiannya melahirkan anak yang cacat. 


Apabila pemeriksaan di buat, ibu-ibu tersebut telah mengambil ubat 'Thalidomide' bagi tujuan mengurangkan 'morning sickness'. 


Namun begitu, kajian saintifik lanjutan yang dilakukan mendapati 'Thalidomide' sebenarnya mempunyai dua enantiomer berbeza. Satu daripadanya sangat berkesan untuk mengurangkan 'morning sickness'. 


Adalah cukup memeranjatkan pula apabila di dapati satu lagi enantiomer cerminannya boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi!


Dalam industri perubatan, adakalanya campuran kedua-dua enantiomer berupaya meningkatkan impak dan hasil positif kepada kesihatan. Dalam kes 'Thalodimide', perkara sebaliknya telah berlaku.


Pembelajaran kimia organik dalam topik stereoisomer pastinya memberikan pengetahuan berguna dan pengalaman yang cukup bererti untuk aplikasi dalam pelbagai bidang.


Satu lagi persoalan lain yang biasa menarik perhatian adalah 'Apakah beza di antara oren dan lemon?' Jawapan secara kimianya ada pada perbincangan ini! 😁


🍊🍋 Jangkaan anda betul. Antara bezanya adalah kerana isomer optik.


Rasa oren dan lemon di sebabkan kehadiran bahan kimia yang sama bernama limonena. Apakah yang menyebabkan keduanya mempunyai rasa yang berbeza?


Limonena tersebut mempunyai dua enantiomer di mana satu daripadanya memberikan rasa oren 🍊. Enantiomer cermin nya pula memberikan rasa lemon 🍋. Hebat bukan?


Sistem metabolisme semulajadi manusia juga mempunyai enzim yang hanya berikat kepada salah satu enantiomer asid amino untuk membentuk protein dalam badan. 


Begitu juga dengan gula, enzim semulajadi hanya berikat dengan satu enantiomer gula untuk membentuk sistem karbohidrat dalam badan.


Jika kita dapat menghasilkan gula yang tidak di serap oleh metabolisme badan, ianya cukup mengujakan bagi para pendiet! Manis masih terasa dan tetap ada!


Konsep ini telah melahirkan kajian untuk menghasilkan pengganti gula yang bernama 'Aspartam'. Salah satu enantiomer Aspartam adalah dalam bentuk yang tidak dapat di serap oleh badan, tapi masih dapat memberikan rasa manis 😋. 


Berita yang terbaik. Namun, sila berhati-hati. Enantiomer cerminannya akan memberikan rasa pahit pula 😖

Cnp


Sama, tapi tidak serupa!


#PalindromeDate

#Stereoisomer

#SeronoknyaKimiaOrganik 😆

#UlangSiar2017

#BilaBukuNakTerbit