utk bakal menteri KPM...
Pengganti radzi jidin
8 masalah yg perlu penyelesaian segera
1. Beban Tugas Guru
Ya, perkara ini sudah diperkatakan sejak dahulu lagi, sudah berapa banyak kajian dibuat, namun makin lama makin bertambah, bukan berkurang. Antara perkara yang selalu disebut adalah kerja-kerja pengkeranian, hiasan sekolah, landskap sekolah.
2.Bekerja Hari Sabtu
Kenapa perkara ini disenaraikan di sini? Kalau anda seorang guru sudah pasti memahaminya. Guru di antara pekerja kerajaan yang datang pada hari cuti untuk bekerja tanpa bayaran. Sabtu sebenarnya hari bersama keluarga, hidup bukan semata-mata untuk kerja, guru juga ada keluarga.
3.isu Pertukaran Guru
Pertukaran guru boleh dikatakan perkara yang wajib disenaraikan di sini. Kita mahukan masalah pertukaran guru ini dapat diselesaikan dan menjadi antara salah satu perkara utama yang akan disemak oleh Menteri Pendidikan. Pelbagai masalah yang mereka alami, duka lara, masalah kesihatan, masalah kemurungan dan sebagainya.
4.bantuan Bahan Bantu Mengajar
Tahukah anda, guru terpaksa mengeluarkan wang ringgit sendiri, semata-mata untuk memastikan murid dapat belajar dengan gembira dan seiring dengan teknologi semasa. Sebutlah barang apa yang cikgu tak beli? Printer, Projektor, Laptop, Speaker, Bahan-bahan untuk buat BBM dan sebagainya. Kita bukan nak pertikaikan, bahkan memang guru-guru ini sanggup habiskan duit mereka untuk mencapai kepuasan dalam mengajar. Selain BBM, guru juga mengeluarkan duit sendiri untuk menghias kelas, bilik-bilik khas, persekitaran sekolah dan sebagainya.
5.Bebas Pengaruh Politik
Apabila kita menyebut perubahan, maka wajarlah perkara ini disenaraikan, kita mahukan orang-orang yang menjadi Pegawai Atasan ini bebas dari pengaruh politik. Berapa banyak guru diugut, ditukarkan, dinafikan kenaikan pangkat kerana berbeza pandangan politik. Berubahlah kita sudah 2018.
6.Akta Perlindungan Guru
Perkara ini sebenarnya pernah disebut sebelum ini, harapan kita ia benar-benar dilaksanakan, kita tidak mahu masyarakat mengmbil kesempatan untuk mendakwa guru, guru tidak dilindungi, terpaksa naik turun mahkamah dan sebagainya.
7.menyemak Semula Program / Modul / Aplikasi
Perkara ini perlu dibuat sekiranya Kementerian Pendidikan mahu memastikan tugas guru untuk fokus kepada PdPc tidak terganggu. SKPMG2, KBAT, MBMMBI, dan sebagainya perlu disemak atau ditambah baik dengan turun ke bawah berjumpa dengan guru-guru untuk melihat sendiri apakah keberkesanan penggunaanya.
8.jadikan Pendidikan Islam dan Moral Sebagai Subjek Terpenting
Amatlah tidak wajar jika perkara ini tidak disenaraikan di sini, kita sudah berada di tahun 2018, tahap akhlak dan sahsiah pelajar kini ditahap membimbangkan. Apakah kita mahukan perkara ini dipandang remeh? Kita mahu lahirkan generasi yang berakhlak mulia, tahu halal dan haram, tahu dosa dan pahala, barulah seimbang dunia dan akhirat.