Khamis, 14 Mac 2024

Sahur

 *◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*


*ASAL USUL MAKAN SAHUR*


📜Tahun pertama diperintahkan puasa Ramadhan, kota Madinah sedang dalam keadaan panas terik. Meskipun sebahagian sahabat sudah mafhum lantaran perintah serupa pernah ada dalam syari'at Nabi sebelumnya, namun menahan lapar dan dahaga tetap menjadi cabaran besar bagi mereka.


Salah satu sahabat Nabi Muhammad ﷺ yang taat adalah Qais ibn Shirmah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. Dengan penuh semangat, Beliau رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ menjalankan ibadah puasa tanpa sedikit pun mengurangi kebiasaan bekerja.


Maghrib pun tiba. Sampainya di rumah, Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bertanya  kepada isterinya menu apa yang boleh disantap untuk berbuka.


_"Maafkan aku, suamiku. Tak ada satu makanan pun yang dapat dihidangkan hari ini. Tunggulah, aku akan mencarikannya untukmu."_ Jawab isteri Qais.


Tak ada makanan yang tersedia, bukanlah perkara aneh. Kerana dalam kebiasaan puasa sebelumnya tidak dikenal kesunnahan makan sahur dan berbuka.


Kerana menunggu cukup lama, Qais  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ terlelap. _"Kasihan sekali wahai engkau, Qais."_ Ucap sang isteri perlahan sekembalinya ke rumah, tanpa berani membangunkannya.


Pagi harinya, Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ terbangun, menunaikan solat Subuh dan langsung kembali bekerja di ladang. Hingga pada waktu tengah hari, terdengar khabar beliau jatuh pengsan.


Apa yang menimpa Qais رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ akhirnya sampai ke telinga Rasulullah ﷺ. Nabi ﷺ termenung, kemudian Allah ﷻ menurunkan keterangan di dalam surah al-Baqarah, ayat 187:


_"Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam."_


Nabi Muhammad ﷺ kemudian menyampaikan firman Allah ﷻ tersebut kepada para sahabat. Beliau ﷺ juga bersabda, _"Pembeza antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah MAKAN SAHUR."_


Mendapat berita baik yang disampaikan Nabi ﷺ, para sahabat merasa lega dan gembira. Dalam fikiran masing-masing, mereka yakin, anjuran santap sahur itu semakin menjelaskan bahawa Islam adalah sebenar-benarnya agama keselamatan.

Selasa, 12 Mac 2024

Karomah



 Siapa pernah baca kisah 33 pelombong Chile terperangkap 69 hari dlm lombong?. Ia berlaku lebih kurang 11 tahun yg dulu yakni pada 5 Ogos 2010.  Bila dikeluarkan dari lombong tersebut, 33 org semua hidup dan sihat walaupun mereka hanya makan sesudu tuna seorang setiap 72 jam. Kisah ajaib ini boleh diakses dari youtube.


Setelah keluar dgn selamat, 2 org dari pelombong itu sebagai mewakili yg lain telah datang bertemu Sheikh Nazim Haqqani di Cyprus dan berbaiah tarekat naqsyabandiah dgn beliau.


Bagaimana mereka kenal Sheikh Nazim? Itulah rahsia keajaiban yg menyebabkn mereka terus hidup dalam lombong yg sempit dan kotor itu. Yakni kerana karomah waliyullah yg membantu mereka. Segalanya atas kehendak Allah jua.


Itulah teknologi ROH.


Bahkan pada hari di mana mereka dibawa keluar dari lombong tersebut semua mereka memakai tasbih yg diberi oleh 7 RijalulGhaib yg menjaga mereka. Mereka juga dilawati oleh ketua 313 tentera Al Mahdi yg datang dari Timur.


Mengapa hal ini terjadi? Sheikh Nazim kata untuk memberi peringatan dan keyakinan pada manusia bahwa karomah dan teknologi roh itu ada.


Pelombong itu semua telah bersyahadah semasa tertimbus di dalam lombong. Cerita berkenaan mereka masuk Islam dan setiap seorg memakai tasbih dileher sewaktu keluar dari lombong tersebut ditutup dgn baik oleh yahudi yang menguasai media massa dunia.


Sebab itu tidak ramai org tahu the truth that lies behind it walaupun ada difilemkan.Nama filem itu adalah The 33.


Kredit : Prof Nor Ariffin

Isnin, 11 Mac 2024

Cicir math

 Cnp

Kredit to

al mumin al kanta

REALITI YANG MENYEDIHKAN.


Benda ni guru2 lama dah tahu... Keciciran bahasa & matematik. Bila budak tercicir maka mereka dah tak boleh mengikuti pembelajaran yg akhirnya TERCICIR BERTERUSAN SAMPAI SPM.

Pembelajaran itu menggunapakai konsep masteri iaitu penguasaan bertahap / beransur2 sampailah tamat pengajian di U. Untuk kuasai tahun 2, murid kena kuasai silibus tahun 1. Untuk kuasai matematik di peringkat menengah, budak kena kuasai matematik di peringkat rendah. Nak kuasai algebra...? Budak kena kuasai +, -, x, ÷ juga pecahan.

Setelah pandai mengeja, budak kena pandai membina ayat & membaca. Sererusnya memahami apa yg dibaca. Budak tingkatan 4 kelas aku yg hujung, ntahlah... adakalanya aku tak faham apa yg mereka tulis. Mereka pandai malah lancar membaca, CUMA SAYANG MEREKA TAK TAHU APA YG MEREKA BACA.

Tahun lepas aku buat kajian kes kecil berkaitan dgn keciciran dlm tajuk pecahan. Aku bukan guru matematik. Aku guru BioSns 4 & 5. Aku buat kajian kes di tingkatan 1 kelas PJ aku semata2 nak tunjuk keciciran yg aku kata selama ini. Aku dah bentang peringkat negeri dlm talian. Cuma spt yg aku jangka TIADA PIHAK YG BERMINAT DGN ISU KECICIRAN. Mereka hanya berminat dgn KPI SPM. Aku dah bagi cadangan peringkat negeri & daerah. Seperti biasa... ini Malaysia bah... Cadangan tinggal kenangan... 😁😁😁 Mereka tak nanpak apa yg aku nampak.

Kesimpulan awal kajian kes aku, mmg ada keciciran matematik. Kamu tahu bila aku tanya mana lebih  besar nilainya...? 1/2, 1/4, 1/6 & 1/8. 100% BUDAK DALAM KELAS JAWAB 1/8. Kau rasa...?

Kenapa berlaku keciciran...? Banyak faktor. Berdasarkan pembacaan masa belajar, antaranya;
1. Kurikukum yg berat & padat.
2. PdP yg membosankan.
3. Kekurangan prasarana.
4. Bilangan murid per kelas.
5. Kualiti guru.

Jadi kalau budak2 di sekolah menengah dah tak minat belajar, bukan sebab penghapusan UPSR & PMR. Selain faktor gangguan "game" dlm talian serta laman sosial, MAKA KECICIRANLAH PUNCANYA. Budak dah "left behind" yg menyebabkan mereka bosan & "disenggage" dpd pembelajaran.

Aku hairan sampai sekarang, kenapa KPM/JPN/PPD TAK MINAT MENYELESAIKAN ISU KECICIRAN...? Bukankah kita dilatih dgn ilmu2 pendidikan yg FUNGSINYA MENYELESAIKAN MASALAH...?

Kita "problem solver" maaa...

Ingatlah yg KECICIRAN AKAN MENJADI LIABILITI BESAR BUAT KERAJAAN PADA MASA HADAPAN. Budak2 yg tercicir ini majoritinya akan menjadi penerima subsidi & bantuan dpd kerajaan. Makanya, sepatutnya "SIFAR CICIR" menjadi keutamaan. Biar mereka suatu hari nanti mampu beroleh perkerjaan berpendapatan tinggi melalui pendidikan yg mereka lalui. Sekurang2nya mereka akan menjadi pembayar cukai kpd negara.

#SifarCicir

Kpm

 Baru-baru ini saya ada membaca ulasan seorang penganalisis politik di dalam akhbar The Star mengenai trend sokongan rakyat terhadap parti-parti yang ada menunjukkan polarisasi kaum yang semakin melebar.


Sokongan orang Melayu kepada PN dijangka akan meningkat kepada 90% dalam PRU16 dan begitulah sebaliknya orang Cina keseluruhannya akan tetap menyokong PH walaupun mereka tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan. 


Prasangka negatif antara kaum semakin menebal dan setiap perkara yang berlaku akan dilihat dari perspektif perkauman. Isu ini jika tidak ditangani secara tegas dan berani ia akan menjadi lebih kritikal. Apa yang menyedihlan saya ialah semua orang tahu penyelesaiannya tetapi tidak ada seorang pemimpinpun yang berani mengambil tindakan. 


Punca utama berlaku polarisasi kaum ini bermula dengan sistem Pendidikan. Kengganan kaum cina untuk bersama di dalam sekolah kebangsaan dan tidak adanya ketegasan oleh pemimpin utama negara memaksa pembelajaran satu aliran adalah punca kepada perpecahan kaum. Kedua-dua faktor ini hanya boleh diselesaikan jika ada keberanian politik oleh pihak kerajaan.


Mana mungkin rakyat boleh bersatu jika sejak dari kecil kita dipisahkan dan menerima sistem pendidikan yang berbeza. Hanya manusia yang tidak siuman mengatakan ia bukan punca perpecahan kaum. 


Sehingga hari ini majoriti orang Cina masih gagal menguasai Bahasa Melayu. Itu belum diambil kira isu agama dan budaya yang lebih kronik dan sensitive. Persoalannya; bolehkah negara melangkah ke hadapan jika perkara yang begitu asas ini tidak dapat diselesaikan?


Rancanglah apa pun, tubuhlah kementerian atau badan apapun, belanjalah banyak mana pun, semua itu adalah fatamorgana, Nampak indah tapi isinya tiada. Negara akan kekal berpecah, isu perkauman akan terus retak dan semakin merebak. 


Jadi jangan kita merintih kalau berlaku insiden-insiden yang boleh menggugat kestabilan negara kerana kita memang layak menerima akibatnya. Pihak kolonial akan ketawa kerana strategi mereka berjaya walaupun kita telah merdeka hampir 70 tahun.


Dulu kita menjadi rujukan negara-negara ASEAN tetapi sekarang kita sudah jauh ketinggalan. Banyak orang mengatakan rasuah punca utama kegagalan negara untuk maju, saya boleh setuju. Tetapi bagi saya punca utama yang menjadi penghalang besar kepada kemajuan negara adalah sistem Pendidikan. 


Bentuk pemikiran, emosi yang stabil, rasa kekeluargaan, kebersaman dalam kemajuan semuanya lahir dari Pendidikan. Selagi pemimpina negara gagal menerima realiti ini maka selagi itulah kita akan tetapi menjadi negara membangun bukan negara maju.


Aminuddin Yahaya

11 Mac 2024

Sabtu, 2 Mac 2024

Plykard

 Dapat 3A boleh sahaja lebih baik dari 10As ! 

Tak caya bacalah perlahan2..


1. Sekitar 2% pelajar SPM dapat 10 As. Walaupun mereka dapat 12 As sekalipun, mereka hanya boleh memilih SATU SAHAJA  kerjaya. itupun jika pencapaian mereka konsisten selepas SPM. Bagaimana dengan 98% yang lain ?


2. Tiada jaminanpun yang 2 % ini akan terus cemerlang ketika di IPT yang tiada lagi kelas tuisyen, latih tubi, teknik menjawab soalan atau prep malam2 spt mereka yang berada di SBP. Tiada.


3. Bagaimana dgn murid X yang dapat 3A, katakan dalam subjek Fizik, Moden / Add Maths kerana dia minat sangat Fizik dan sangat tinggi passionnya. Subjek lain sekadar B sahaja. 


4. Sama halnya dgn murid Y yang dapat 4A dgn Kimia, Bio, Add / Moden Maths. Subjek lain B dan ada juga C. Dia minat nak ambil bidang bioengineering atau chemical engineering.


5. Atau murid Z dapat semua B campur C, sebab minat nak ambil bidang komputer, jadi banyak menghadap komputer dari buku SPM. 


6. Apapun... jangan mimpilah murid X, Y dan Z dgn 3A, 4A atau tiada A nak angkat plakad... buat malu sekolah je... gi main jauh2. Yg best pihak sekolah yg pertahankan plakad tu pun tak pernah dpt 10As.


7. Tapi jangan tak tahu, X, Y dan Z juga boleh menjadi professional yang hebat dalam bidang yang mereka ada passion wpun tidak dipandang ketika mengambil keputusan SPM. 


8. Sebab itu, menunjuk2 banyaknya bilangan As bukan cara WARAS oleh orang waras dalam pendidikan. Percayalah, TIADA negara maju mana2pun yang tunjuk2 bilangan As ini. Biarlah itu pencapaian masing2 tanpa perlu ditayang2. 


9. Apatah lagi sekolah berlumba2 nak hasilkan pelajar semua As dan berlawan2 GPS pulak ... siap dapat mcm2 anugerah lagi.. tak tahu utk apa anugerah tersebut. Aku memang tak faham gelagat pemikir pendidikan negara.


10. Sekadar bahan fikir petang2 Ahad. Aku tak rendahkan pelajar yang dapat 10 As sebab aku pun ada 3 anak dapat 10 As / 11 As wpun mereka tak angkat plakad dan tak ditayangkan keputusan mereka dalam medsos, tetapi akhirnya mereka memilih SATU kerjaya sahaja termasuklah jadi TESL. Jadi ibubapa sentiasalah berikan galakkan wpun anak telah mendapat 10 A atau yang tidak utk teruskan minat mereka diperingkat pendidikan tinggi.


OT, Rembau