Hayati intisari@Hakikat Haji agar tidak hanya menjadi Ritual tetapi membuah Spritual @ Suatu perjalanan Rohani
Hakikat wukuf dalam penghayatan tiada lagi dalam hatinya melihat perbezaan darjat siapa jua, hanya yg mulia mrk yang bertakwa.
Melontar di Jamrah membawa makna bertaubat membuang sifat kegoan dan menyuci sifat syaitaniah dari hatinya.
Korban membawa kpd Sifat haiwani yang tak berpedoman syariat disembelih.
Tawaf membawa maksud ingatan dan ikatan pada Allah sentiasa berputar pada Qalbunya walau apapun berlaku.
Ada yang pergi haji tiada perolehi Mabrur, kerana niat yang tiada benar dan banyak melanggar adab. Kesannya tiada berlaku perubahan akhlak dan jiwa walaupun sudah bergelar Haji.
Mereka yang bersungguh untuk menunaikan Haji namun belum terpilih pasti ada hikmah yang Allah mahu kita muhasabah , kasihsyang Allah mahu kita benar bersiap atau ada hal utama yg perlu diselesaikan dahulu agar benar mencapai mabrur di sisiNya.
Lakukan amal yang lain dahulu yang boleh membawa Keampunan dan kecintaan Allah jua hingga satu saat kita dipanggil Allah menunaikan Haji dengan penuh kefahaman,kemudahan dan sakinah yang membuah Mabrur.
Mereka yang telah berjaya menunaikan Haji , bersyukur namun perbanyakkan tasbih dan istigfar kerana belum tentu Hajinya Mabrur disisiNya.
Tidak semua mereka yang mengerjakan Haji adalah seruan Allah, ada yang istidraj dari Allah hingga Haji yang dilakukan tidak membuah akhlak al Karimah.
Wallahualam.
-Petikan Kalam Al Arifin Billah WIA-