Jumaat, 9 November 2018

Solawat

KISAH LELAKI TUA DAN SELAWAT NABI S.A.W

Seorang LELAKI TUA mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke pekan, sejauh kira-kira 15km, untuk menjual ulam-ulaman dan sayuran, buat menyara hidupnya...

Itulah kerja hariannya...

Selesai berjual, DIA AKAN SINGGAH DAHULU KE MASJID di pekan itu, untuk bersolat zuhur, sebelum pulang ke rumah...

Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, lelaki itu akan MEMBERSIHKAN DEDAUN YANG BERSELERAK DI HALAMAN MASJID...

Ini dilakukannya setiap hari selepas solat zuhur, sejak beberapa bulan lalu...

Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang kekampungnya...

JEMAAH DAN JAWATANKUASA MASJID KASIHAN melihat keadaan lelaki tua itu...

Mereka lalu mengupah seorang pekerja untuk membersihkan daun2 itu setiap pagi...

Tujuan mereka, usaha itu akan membantu lelaki tua tadi, agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu...

Rupanya, niat baik itu telah membuat LELAKI TUA TERSEBUT MENANGIS SEDIH...

Dia bermohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa...

Itulah sahaja SUMBANGAN YANG DIA MAMPU lakukan, untuk mesjid tersebut, katanya...

Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak lagi merasa sedih....

Satu ketika, sedang dia sedang menyapu daun-daun, Imam mesjid datang kepadanya, dan bertanya, mengapa dia perlu melakukan hal itu, lelaki tua tersebut menjawab:

“SAYA INI ORANG BODOH, TUAN...

Saya tahu amal saya ini kecil sahaja...

Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, TANPA SYAFA’AT RASULULLAH SOLLALLAHU ALAIHI WASALLAM...

Setiap kali saya menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam...

Kelak jika saya mati, SAYA INGIN RASULULLAH MENJEMPUT SAYA...

Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa saya telah membacakan selawat kepada Junjungan Nabi sollallahu alaihi wasallam...

Kata lelaki tua itu dengan hiba...Air matanya mengalir turun melalui pipinya yang sudah berkedut-kedut itu...

Pak Imam itu juga turut merasa sebak, kerana terharu.... ALLAHU AKBAR...

Allah SWT berfirman :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما

“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya BERSELAWAT KEPADA NABI...Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah, dan berilah salam kepadanya.. “ **(Surah Al-Ahzab 33: 56)**

Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, kecuali Allah akan menyampaikan kepada rohku, sehingga aku menjawab salam itu...”`

(HR Abu Dawud dari Abu Hurairah... Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih)

Rabu, 7 November 2018

Ilmu

PERINGATAN BAGI SEMUA..
PERBEZAAN ANTARA ILMU DAN HARTA

Suatu hari Sayyidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta oleh 10 orang Khawarij. Tiap-tiap mereka mahukan jawapan yang berbeza lalu Saidina Ali menjawab seperti berikut:-

Ilmu adalah warisan para Nabi, sedangkan harta warisan si Firaun.

Ilmu akan memberi perlindungan kepada kita, sedangkan harta haruslah kita yang menjaganya.

Orang yang banyak ilmu ada ramai kawan, sedangkan orang yang mempunyai harta yang banyak mempunyai ramai musuh.

Jika ilmu dipergunakan akan bertambah, sedangkan harta dipergunakan akan berkurang.

Ilmu tak kan boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri.

Pemilik ilmu akan selalu disebut mulia dan terhormat, sedangkan pemilik harta akan disebut pelit dan rakus.

Ilmu itu tak akan musnah ditelan zaman, sedangkan harta akan musnah.

Ilmu akan menyinari hati, sedangkan harta akan mengeraskan hati.

Pemilik ilmu akan diberi syafa’at di akhirat, sedangkan pemilik harta akan dihisab

Pemilik ilmu akan dimuliakan walaupun sedikit ilmunya, sedangkan pemilik harta disebut besar setelah banyak hartanya

Kesimpulannya adalah ilmu lebih berharga dari harta. Berusahalah mencari ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Lift

Reminder saja :
*APA ANDA HARUS LAKUKAN DI DALAM LIFT YG TIBA2 ROSAK MENJUNAM JATUH KE BAWAH...?*

KONGSI PENGALAMAN Mr.Chow yg tinggal di Lantai-27 di Hangzhou - RRC, membawa putrinya yg berusia 4 tahun naik lift. Mendadak terjadi satu getaran yg sangat kuat, lift tersebut terlepas tanpa kendali.Dengan kecepatan tinggi lift tsb terjun ke bawah.
Dengan sebelah tangannya Mr.Chow menggendong putrinya dan sebelah tangannya lagi dia  _segera menekan tombol-tombol lift mulai dari tombol lift yg paling Bawah/dasar ke- tombol lift yg paling tinggi. _*Kesemuanya ditekan sampai hidup kesemua lampu tombol-tombol dalam lift tsb,*_
Akhirnya lift *Terhenti di lantai ke-16.
*( Ingat ! Harus ditekan tombolnya mulai dari Tingkat Paling Bawah atau paling dasar...
0, 1, 2, 3 , 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12..... seterusnya menaik ke Tingkat/Lantai Tertinggi sampai Semua lampu2 tombol menyala )
 Ini kerana bila tombol sudah menyala, berarti... *Mengaktifkan Rem Magnet / Elektrik Tiap2 Pintu tingkat/lantai tsb...*
_Ini adalah satu-satunya cara penyelamatan untuk menghentikan lift yg *terjun bebas tak terkendali
Setiap orang kemungkinan besar akan naik lift!

Jangan dihapus, mohon diteruskan
 agar setiap orang mengetahui cara penyelamatan tersebut,
Pahala tak terbatas bila diteruskan, mungkin dengan membaca sekilas tulisan ini,
anda akan *Menyelamatkan
orang-orang yg anda kasihi.

*Wajar disebar kpd rakan2 group lain.*

Selasa, 6 November 2018

Sedekad

*6 perkara saya belajar selepas lebih sedekad bekerja dalam organisasi*...

1. *Ambil cuti jika perlu*. Jangan harap dapat imbuhan jika banyak cuti terkumpul semasa bersara. Dah ramai rakan sekerja saya yang tak sempat merasainya sebab meninggal sebelum bersara. Ada yang terpaksa bersara senyap-senyap saja tanpa majlis apapun sebab sakit kronik dan berpencen ilat.

2. *Bila sakit, berehatlah*. Cuti sakit untuk orang sakit. Cuti bersalin untuk ibu yang baru beranak.Tinggalkan kerja untuk sementara; pandai-pandailah pihak atasan urus kerja yang tak sempat disiapkan. Kalau masih kerja ketika sakit, adakah boss dan rakan sekerja datang ziarah setiap hari bila anda terlantar di wad?

3. *Jangan tubuh clique dalam organisasi*. Jangan jadi pengikut. Anda boleh tersepit antara 2 geng yang bertelingkah..lagi pening jika terpaksa ketepikan pendirian untuk kekal dalam clique tu. Berkawan dengan semua je. Semua superhero bebas bergerak.

4. *Asingkan hal kerja dengan hal peribadi* . Lagi kurang mereka tau, lagi kurang modal membawang.

5. Jangan harapkan apa-apa daripada organisasi dan orang lain. *Kerja ikhlas itu satu ibadah*. Barulah hati tenang dan mudah move on. Kita kerja bukan nak jadi orang paling hebat atau paling itu ini.. kita kerja dengan harapan dapat rezeki halal dan rahmatNya. Biarlah apa orang lain nak kata atau nak menyampah, esok lusa semua bakal mengadapNya jua..jawablah di sana.

6. *Be kind*. Permudahkan urusan orang lain. Fikirkan kesulitan orang lain dan hak mereka..mereka yang sakit, yang ahli keluarganya kurang sihat, yang terpaksa pencen ilat, dan sebagainya.

Isnin, 5 November 2018

Ketua

Perkongsian Khanafi Mohd. Mmg kita kalah dgn nafsu sendiri.

Ada apa dengan Nugget?

Nugget & sosej adalah 2 makanan kategori sampah. Jika kita menikmati keseluruhan proses pembuatannya dengan melihat bahan-bahan yang digunakan pastinya terdetik dalam minda "sapa lah kebulorq sangat nak makan benda ni, geli aihhh".

Ajaibnya setelah sampai ke peringkat akhir pembungkusan dan berada di dalam peti sejuk beku pasaraya seluruh dunia, ia bertukar menjadi makanan pilihan kerana selama ini kita hanya kenal & menikmati rasanya yang enak(pastinya kesan dari perisa, gula & garam berlebihan) tanpa pernah melihat proses kejadian asal.

Di dalam industri seboleh2nya tidak ada bahan buangan. Jika ada sekalipun, ia hanya menjadi bahan buangan kilang A dan dalam masa yang sama kilang B menjadikannya bahan utama produk mereka.

40% sahaja daging. Selebihnya apa? Selebihnya adalah organ dalaman, lemak, tulang, tepung dan pelbagai lagi bahan lain. Ditambah dengan pelbagai bahan kimia yang sebahagiannya bahan kimia tersebut turut digunakan dalam industri kosmetik, dalam shampoo hakta dalam tiles yang sedang anda pijak tu.

Dimethylpolysiloxane atau Polydimethylsiloxane (PDMS) adalah antaranya. Pastinya ramai tertanya-tanya apa bahan ini tapi jika disebut SILIKON pasti ramai akan berkata "oooooo" dengan 6 harakat.

Dalam shampoo fungsi PDMS ni ialah untuk menjadikan hasil rambut tampak berkilat dan licin (supaya model iklan tu boleh melibas-libas rambutnya). Dalam industri makanan pula digunakan untuk mengelakkan bahan-bahan bergumpal (antifoaming agent).

Perisa, pewarna, gula & garam adalah perencah yang ditambah bagi menghasilkan rasa ketagihan. Gula sebagaimana ramai yang tahu kesan ketagihannya 8x lebih berbanding kokain.

Sekali lagi fakta "8x lebih ketagih" tidak memberi apa-apa makna kerana gula dilabel HALAL. Tidak menimbulkan rasa jijik sebagaimana bila disebut DADAH. Malah masih ramai memaksa anak-anak minum minuman bergula kerana menganut fahaman mazhab "tubuh wajib memerlukan GULA" (rakyat faham GULA PASIR) untuk kekal bertenaga.

Kesan ketagihan ini dapat dilihat sebaik sahaja pada gigitan pertama. Kemudian selagi tidak habis di dalam pinggan, otak memberi isyarat mahu, mahu, mahu dan mahu lagi. Maka membesarlah anak yang comel bagaikan JUARA menjadi JALUR LEBAR.

Begitulah sebahagian cerita nugget. Jika mahu dirungkai satu persatu nescaya memerlukan beberapa hari.

Namun, ujian nafsu & selera itu teramat berat. Korang lupa ke Nabi Adam manusia pertama dan ujian pertama kepada manusia ialah MAKAN?

Jadi kita kena mengerti la kenapa masih ada yang berpegang pada sandaran "Ala sekali sekala apa salahnya". Kan!

Jumaat, 26 Oktober 2018

Grass root

Sangat setuju dengan pandangan guru ini
Credit tu #sayusayme

Ke hadapan YB #MaszleeMalik

Tidak perlu mulakan dengan perjumpaan mesyuarat & kemudian sambungan mesyuarat & perjumpaan & kajian & temubual & soal selidik...

Diminta 13 ahli pakar, dijemput & dipersilakan untuk dihantar bertugas sebagai guru di 13 buah sekolah yang berbeza.

Menjalankan infiniti tugas-tugas guru secara sepenuh masa, sepanjang 6 bulan.

Refleksi/Impak pdpc selama 6 bulan itulah laporannya.

Kemudian, barulah 13 ahli pakar ini dikumpulkan semula, duduk semeja, roundtable dan mula bermesyuarat.
Bincangkan pengalaman & dapatan masing-masing selama 6 bulan itu.

Dengan kata putus, tetapkan sasaran kajian & laksanakan lembaran baru anda. Saya yakin, dengan cara ini, dasar baru kelak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Janganlah buat DASAR HANYA TINGGAL DASAR SEMATA-MATA DASAR YANG CANTIK PADA KERTAS SAHAJA. Pegawai pantau, satu sekolah berlakon. LAKONAN SEMATA-MATA.

Kerana Pendidikan negara kita dalam parah, kritikal & nazak senazaknya. Jangan benarkan deria kita tuli dengan jeritan & tangisan para pendidik seMalaysia yang meminta diselamatkan... mengambil nafas yang hampir lemas dengan timbunan masalah sosial murid & terumbang-ambing dipusing mental para penjaga...

***
Saya amat percaya dan yakin dengan kebitaraan & kecerdikan pakar-pakar ini. Hormat penuh akan ilmu & kepakaran mereka.

Kadang terlalu lama dalam dunia teori & kepompong pemikiran pakar tidak membantu. Kita perlu melihat sesuatu dari sisi marhean. Tinggalkan segala *title* & kosongkan minda. Ingat pada analogi gelas yang penuh tidak akan dapat mampu mengisi apa-apa lagi. Di harap kali ini, lontaran idea mereka perlu realistik dan dapat menyelesaikan segala apa kemelut yang dihadapi oleh sekolah-sekolah di MALAYSIA. janganlah lagi dibeli / diadaptasi / dianakangkatkan idea-idea dari mana-mana negara.

Biar pakar-pakar turun padang, dengan pengalaman ini, hands-on & rapat umum, barulah mereka dapat fikirkan dasar & fikiran yang membina untuk masa kini (penting-selesaikan apa yang kini, melanda sekarang) & dengan rahmat Tuhan, dasar untuk mas

Graduasi

Walaupun mungkin ramai yang marah, walaupun mungkin ramai yang tak senang, Saya tetap berpendapat bahawa trend majlis graduasi tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah adalah pembaziran dan merepek.

Pembaziran, kerana dana sekolah untuk urusan  hakiki pun compang-camping, terkontang-kanting, lagi sibuk nak disalurkan kepada majlis yang direka-reka ini. Ada sekolah yang menyewa jubah, ada guru yang terpaksa mencari jubah untuk dipakai. Tapi nak fotokopi bahan pdp tiada dana.

Merepek, kerana graduasi berjubah itu adalah identiti menara gading. Jubah dan 'mortar board' adalah manifestasi tradisi ilmu dan kesarjanaan. Setiap perkara ada kedudukannya.

Hujahnya apa? Nak bagi pelajar bermotivasi masuk universiti? Salah tu. Berpuluh tahun kita tak pernah buat majlis sebegitu, tiadakah yang masuk universiti? Eh, anak kita di tadika itu tak tahu pun apa itu graduasi. Kita je pandai-pandai menormalisasi.

Percayalah, benda-benda beginilah yang lama-kelamaan nanti akan merosakkan sekolah kita. Kalau nak hargai anak-anak, majlis anugerah kecemerlangan sudah memadai. Tak perlu berjubah bertopi. Majlis yang disertai oleh kita, guru dan ibu bapa, sudah menjanjikan kebahagiaan kepada anak-anak kita.

-Sahul HM-