Isnin, 18 Julai 2011

10 Bencana Alam Paling Bahaya Terukir Dalam Sejarah Dunia

Kami ingin memulakan nota ini dengan beberapa ayat dari Al-Quran mengenai bencana alam ini.Sebenarnya ada banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan pelbagai perkara berkaitan bencana alam dan azab ALLAH SWT ini.Perhatikan surah Adz-Dzaariyaat,pada ayat 58-60.

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki,Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.[ayat 58]
Maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka pada zaman dahulu (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu untuk menyegerakannya. [ayat 59]
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka. [ayat 60]

Melalui ayat di atas,kami ingin fokuskan kepada anda semua pada tulisan ini, “janganlah mereka meminta kepadaKu untuk menyegerakannya.” Adakah anda benar-benar memahami makna ayat di atas?Tahukah anda dengan banyaknya berlaku jenayah setiap hari telah membuktikan bahawa ramai manusia bagaikan telah meminta kepada ALLAH SWT untuk menyegerakan kedatangan Hari Kiamat.Masihkah anda ingat sebelum ini kami telah katakan kepada anda semua bahawa tatkala semua jenayah bersatu di bawah satu sudut KEMUNGKARAN,kemudian dibuktikan secara sedikit demi sedikit mengenai keruntuhan akhlak manusia zaman kini yang secara rasminya terpampang di akhbar harian anda setiap hari,kemudian dibuktikan secara nyata di hadapan mata anda sendiri tanpa diduga.
Satu petanda yang menyedarkan anda supaya bangun dari terus berselimut di dunia dajjal ini,KERANA KITA SEMUA KINI SUDAH BERADA DI AMBANG YANG TELAH MEMAPARKAN PETANDA KEDATANGANNYA tanpa anda sedari.Kini hampir segala petanda umat akhir zaman yang pernah diberitahukan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun lalu telah terbukti di hadapan mata anda. Setiap hari,makin bercambah bukti yang menandakan hadis Rasulullah SAW menjadi kenyataan pada zaman kita semua bernafas kini. Di bawah ini merupakan maklumat berkaitan 10 Bencana Alam Paling Bahaya Terukir Dalam Sejarah Dunia berserta gambar untuk tatapan minda anda semua.

10. Gempa Bumi Aleppo
Gempa bumi menggegarkan Aleppo, bandar terbesar di Syria, pada 11.10.1138. Berdasarkan data geologi, anggaran gempa bumi yang berlaku di kawasan darat itu ialah berukuran 8.5 skala richter. Pakar pengkaji membuat kesimpulan hampir 230,000 orang meninggal dunia dan bandar raya tersebut musnah teruk. Aleppo terletak di kawasan utara negara Syria, sebuah rantau yang terletak berdekatan Laut Mati serta berada di tengah-tengah sempadan antara plat geologi Arab dan plat Afrika.



9- Gempa bumi Indonesia dan Tsunami di India
Pada 26.12.2004, gempa bumi bermagnitud 9.3 skala richter berlaku di Sumatera, Indonesia, menghasilkan tsunami hampir ke seluruh pantai di Asia Tenggara.Gempa bumi itu turut menyebabkan jumlah kematian antara 225,000 orang hingga 230,210 orang.

8. Gempa Bumi Haiyuan
Gempa bumi bermagnitud 8.5 skala richter menggegar kawasan Haiyuan,China pada 16.12.1920. Gempa bumi ini turut dikenali sebagai sebagai gempa bumi Gansu kerana Ningxia ialah sebahagian daripada kawasan Gansu pada masa itu. Gempa bumi itu membunuh 235,502 orang.

7- Gempa Bumi Tangshan 
Pada 28.7.1976, gempa bumi bermagnitud 8.0 skala richter berlaku di kawasan perindustrian Tangshan,China.Kawasan tersebut mempunyai penduduk seramai 1 juta orang. Kerajaan negara China mengumumkan angka kematian 242,000 orang.

6- Gempa Bumi Antioch 
Gempa bumi Antioch berlaku pada pertengahan musim bunga 526 AD pada tarikh antara 20 Mei dan 29 Mei. Gempa bumi besar tersebut turut melanda kawasan Syria dan Antioch(yang kini dinamakan Antakya dan terletak di Turki).Hampir 250,000 orang mati akibat gempa bumi tersebu  menurut tulisan sejarah. Selepas gempa bumi ini, satu kebakaran besar berlaku secara mengejut dan memusnahkan hampir seluruh bangunan di sekitarnya.

5- Puting Beliung India
Pada 25.11.1839, Puting Beliung India melanda Kampung Pelabuhan Coringa,Andhra Pradesh, India. Puting beliung setinggi 40 kaki memusnahkan hampir seluruh kampung dan kapal-kapal berdekatan kawasan itu menyebabkan 20,000 orang lemas di laut.Jumlah keseluruhan kematian dianggarkan 300,000 orang. 

4- Puting Beliung Bhola
Puting beliung paling bahaya pernah direkodkan iaitu puting beliung Bhola melanda Timur Pakistan yang kini dikenali sebagai negara Bangladesh.Peristiwa ini berlaku pada 12.11.1970 menyebabkan kematian 500,000 orang akibat banjir yang terhasil dari pergerakan puting beliung Bhola.

3- Gempa Bumi Shaanxi
Pada 23.1.1556, gempa bumi paling bahaya pernah direkodkan berlaku di wilayah Shaanxi yang terletak di utara China. Gempa bumi bermagnitud 8.0 skala richter mengakibatkan kematian hampir 830,000 orang. Angka kematian ini menyebabkan bilangan penduduk di wilayah Shaanxi berkurang hampir 60 %.

2- Banjir Sungai Kuning
Banjir Sungai Kuning merupakan banjir yang terburuk dalam sejarah manusia dan bencana alam kedua paling bahaya terukir dalam sejarah dunia. Banjir ini berlaku pada bulan September 1887 menyebabkan 11 bandar besar di negara China musnah. Air banjir meliputi 50,000 batu persegi, menyebabkan kematian 900,000 orang hingga 2,000,000 orang.

1- Banjir di China
Bencana alam paling teruk dalam sejarah, Banjir di China berlaku pada bulan Julai hingga Ogos 1931, tatkala Sungai Yangtze melimpah dan menyebabkan berlakunya banjir. Banjir besar ini menyebabkan hampir 3.7 juta orang mati lemas,terkena penyakit dan kebuluran. Hampir  51 juta orang, atau satu per empat daripada penduduk negara China telah  terjejas ketika banjir itu berlaku. 

sumber: http://salamperingatanfisabilillah.blogspot.com/2011/07/10-bencana-alam-paling-bahaya-terukir.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan