Jumaat, 22 Julai 2011

harta vs ilmu

Saidina Ali r.a pernah ditanya oleh sekumpulan orang Yahudi, "10 sebab kenapa Ilmu lebih baik dari Harta?" dan ini jawapan beliau:
1. Ilmu pakaian anbiya' tapi harta pakaian Firaun dan Qarun
2. Ilmu memelihara tapi Harta dipelihara
3. Ilmu menjadikan tuannya rendah diri tapi Harta menjadikan tuannya bangga diri@lupa diri
4. Ilmu ramai kenalan tapi Harta ramai musuh
5. Ilmu menjadikan pemiliknya mulia tapi harta menjadikan pemiliknya bakhil
6. Ilmu mendapat syafaat di akhirat tapi Harta mendapat laknat
7. Harta akan binasa tapi Ilmu kekal selamanya
8. Harta merosakkan hati tapi Ilmu menerangkan hati
9. Harta mendakwa dirinya Tuhan tapi Ilmu mendakwa dirinya hamba
10. Harta semakin kurang bila digunakan tapi Ilmu semakin bertambah bila ditimba dan disebarkan

renung2xkan wahai sahabat dan selamat beramal!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan