Sabtu, 9 Julai 2011

Degil macam Astroo...

astro pelarasan1 Isu Pelarasan Harga ASTRO Memang Degil!Sudah kami jangkakan.Memang ASTRO tidak akan akur kepada permintaan kerajaan untuk tidak menaikkan harga langganan Astro buat masa ini.
Hasil keputusan mesyuarat kabinet telahpun mengumumkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kenaikan harga langganan dan untuk itu, ASTRO perlu mendapat kelulusan dari SKMM.Namun, cakap banyak pun tak guna.Lihat gambar di bawah:
080720110751 Isu Pelarasan Harga ASTRO Memang Degil!
08072011076 Isu Pelarasan Harga ASTRO Memang Degil!
Bermula pada bulan Julai,mengikut daripada surat di atas, sudah jelas bahawa kenaikan harga langganan ASTRO tetap berlaku.Walau apa pun keputusan kabinet, siapalah mereka pada ASTRO.Celah gigi sahaja.Nampaknya,ASTRO memang perlukan saingan.Dan kami sangat mengharapkan agar persaingan itu datang dari seteru yang lebih kuat.
TMnet sudah mula dengan Hypp TV.Manakala, 6 organisasi lain yang juga diberikan lesen yang sama, masih lagi tiada khabar berita.Entah masih wujud lagi atau tidak, itu kami kurang pasti.Persaingan amat perlu bagi memecah monopoli.Dan kami yakin, sedikit masa lagi, teknologi internet akan bakal mengambil alih fungsi kandungan satelit.namun bila waktunya, kami tidak tahu.
Alangkah bagusnya, kalau di semenanjung, boleh pakai parabola seperti rakyat di Sarawak.bagi sesiapa yang pernah ke Sarawak, sudah pasti ramai di antara anda yang pernah nampak rumah-rumah di sana kebanyakannya mempunyai parabola.Kos lebih rendah, kandungan berdefinasi tinggi, lebih dari 300-400 channel bergantung kepada kemampuan parabola dan juga ianya kos sekali seumur hidup untuk menikmati kandungan yang hampir sama.
Namun,alasan kerajaan masih lagi mengatakan, kita tidak boleh mempunyai parabola tanpa lesen, dan isu untuk mendapatkan lesen adalah sukar sama sekali.Teramat sukar.Dan antara alasan lain, kononya isi kandungan dari parabola ini tidak ditapis dan boleh membahayakan serta boleh mempengaruhi.Biasalah, kalau dah kata kerajaan, pasti ada 1001 alasan.
Namun begitu, apa yang ingin kami sampaikan di sini, sememangnya ASTRO tidak akan akur keputusan kabinet
sumber: berita semasa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan