Jumaat, 5 April 2013

Motor rempit


Sering kita lihat kemalangan yang melibatkan dua pihak antara motosikal dan kereta di mana selalunya penunggang motosikal akan lebih parah berbanding pemandu kereta atau lebih menyedihkan lagi, penunggang motosikal selalunya akan menjadi mangsa korban. Adakah benar penunggang motosikal tidak mempunyai disiplin di atas jalanraya? Ya mungkin juga benar tapi usah melabelkan sikap seperti itu kepada semua yang menunggang motosikal kerana apa kurangnya dengan yang memandu kereta malah lebih teruk lagi. Banyak terjadi pemandu kereta tidak mengambil-berat akan kewujudan penunggang motosikal di atas jalanraya di mana selalu alasan yang didengar, mangsa yang menunggang motosikal tidak disedari oleh pemandu.
Ini adalah yang kami gelarkan “Surat Cinta” yang diambil dari perkongsian di Facebook dan ditujukan kepada semua pemandu kereta di Malaysia terutamanya yang seumur hidupnya hanya memandu kereta dan tidak pernah sekali pun merasai pengalaman menunggang motosikal.
ohtidak-kemalangan-motosikal
Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
Tuan/Puan
Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:
Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.
2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggangmotor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.
3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.
4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.
5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.
6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.
Sekian.
Yang menunggang motorsikal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan