Selasa, 29 Mac 2016

Hantaran tak cukup

BAHAN RENUNGAN BERSAMA

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.

Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.

Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

"Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!"

Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.

"Apsal tak cukup RM1,000?" tanyanya.

Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, "Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!"

Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata,

"Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu," katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.

"Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak 3. Assalamualaikum," katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu.

Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.

- Fb Boii Amani Hashim -

Isnin, 28 Mac 2016

Kahwin melayu

Rukun Nikah Islam:
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Wanita
3. Wali
4. Saksi
5. Ijab Kabul

Rukun Nikah Bani Melayu:
1. Pelamin
2. Karoke
3. Bunga telur
4. Dulang
5. Hantaran
6. Barzanji
7. Qasidah
8. Geng selawat
9. Tepung tawar
10. Beras kunyit
11. Kek
12. Photoshoot selfie suami isteri
13. Upacara batal air sembahyang (Mazhab syafie ajar ke)
14. Berinai
15. Set persalinan pakaian
16. Jemput org ramai dgn niat agar dpt cover semula keborosan bila org hulur duit
17. Tok Kadi, pak imam masjid (dibayar upah)
18. Nikah dlm masjid sehingga tidak solat tahiyatul masjid
19. Upacara perarakan menyambut pengantin
20. Majlis dibuat 2 kali rumah pengantin perempuan dan lelaki
21. Pengapit, tukang kipas
22. Pengantin lelaki dan wanita duduk atas pelamin sambil ditacap makeup sambil ditatap oleh bukan mahram
23. Upacara bercumbuan selepas akad nikah meniru agama nasrani
24. Khemah bercampur lelaki dan wanita (ikhtilat)
25. Hak jalan org lain ditutup sdgkan Nabi s.a.w suruh berikan hak jalan utk org lain
26. Buat makan mengharapkan balasan agar cover semula kos bila org lain berikan wang
27. Akan dicari ustaz utk tentukan hari yg baik utk kahwin, utk tahu jodoh serasi atau tidak melalui tilikan nama, tarikh lahir pengantin sbgmana hindu jmpa sami sblm bernikah
28. Tok sheikh, pak imam akn baca doa bidaah dgn kisah palsu yg ada di buku contohnya; Ya Allah satukan pengantin ini sebagaimana Kau satukan Yusuf dan Zulaikha, Sulaiman dan Balqis
29. Lafaz nikah versi tok sheikh mula dibuat. Jika tiada NYA pun dikira tidak sah
30. Khutbatul hajat cara Nabi s.a.w tidak dibaca akan tetapi teks versi tok sheikh dibacakan

Jika ada sila tambah...

Noted :
Sanggup mreka tangguhkan perkahwinan semata2 bpegang pd biar mati anak jgn mati adat.
Pasangan pgantin yg ingin berkahwin disusahkan oleh ahli keluarga dgn perkara2 dangkal ini semua.

Sanggup pula berhutang, alam perkahwinan selepasnya mreka tidak fikir. Selepas kahwin rumah tangga berantakan akibat dikelilingi oleh hutang semata2 follow adat yg merugikan diri yg agama islam tidak pernah ajarkan.

Apa yg nabi s.a.w ajarkan cukup mudah, simple, padat tapi tidak mahu ikut. Rela adat dihidupkan, sunnah dimatikan.

Adat

Sambut ulangtahun kelahiran—itu tradisi.

Menggunakan kata sapaan mengikut pangkat (encik, makcik, datuk dll)—itu adab.

Bertunang sebelum bernikah—itu panduan agama.

Jamu orang makan di majlis perkahwinan—itu budaya.

Lelaki beri hadiah perkahwinan/ hantaran—itu adat.

Paksa orang bagi hadiah hari lahir—itu inovasi sendiri.

Bukan salah tradisi.

Berlagak dan riak dengan gelaran, jawatan dan pangkat—itu inovasi sendiri.

Bukan salah adab.

Bertunang besar-besaran, bermegah-megah—itu inovasi sendiri.
Bukan salah agama.

Jemput undangan perkahwinan melebihi kemampuan—itu inovasi sendiri.

Bukan salah budaya.

Menetapkan harga hantaran tinggi-tinggi—itu inovasi sendiri.
Bukan salah adat.

Tak jelas lagi?

Emak suruh pergi sekolah belajar, anak pergi sekolah membuli.

Salahnya bukan pada suruhan untuk pergi ke sekolah, salahnya pada perbuatan membuli. Emak tak suruh membuli.

Agama anjurkan bertunang, pasangan langgar batasan dalam bertunang. Salahnya bukan pada anjuran bertunang, salahnya pada diri pasangan. Agama tak suruh melanggar batasan pergaulan.

Melayu mempunyai adat pemberian hantaran, keluarga minta bukan-bukan. Salahnya bukan pada adat berhantaran, salahnya pada meminta yang bukan-bukan. Adat Melayu tak suruh minta bukan-bukan.

-ML-

Ahad, 27 Mac 2016

Cinta

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."

Sabtu, 26 Mac 2016

Roh

Tazkirah : Tafsir Surah Sod (Ayat 71-72)

-Kekuatan Sebenar Manusia-

Kalau ditanya kepada kanak-kanak, apakah yang dimaksudkan dengan negara maju?

Kanak-kanak Malaysia hari ini mungkin dengan riangnya menjawap,

"Ada bangunan tinggi-tinggi, ada train macam LRT, kereta semua lawa-lawa, guna handset touch scrin, tablet dan lain-lain."

Adik besar nanti nak jadi apa?

"Doktor. Engineer. Arkitek. Artis."

Sebab apa?

"Nanti banyak duit. Baru best."

Tapi berbeza dengan suatu zaman di Madinah dulu.

Bilamana seorang ulamak terkenal bergelar Imam Ahmad, berjalan di sebelah sebatang pokok. Tiba-tiba dia mendapati ada beberapa orang budak sedang bergayut, bermain di atas pokok itu. Imam Ahmad terus menegur,

"Hai anak-anak, jangan bermain di atas, nanti jatuh. Cedera."

Dengan riangnya mereka berkata,

"Kalau kami jatuh, kami saja yang cedera. Tapi kalau Tuan Sheikh jatuh, seluruh umat akan cedera."

Umur yang sama, tapi manteliti yang jauh berbeza.

-------------------
Ayat 71 dan 72 Surah Sood ini, nak ceritakan kepada kita sebuah peristiwa yang besar dan agung.

Walaupun diyakini ramai yang sudah tahu, hafal dan hadam. Tapi ramai yang 'miss' hakikat agung dalam cerita ini.

Simple saja.

Adam dibuat dari tanah. Dan apabila dah lengkap ciptaan, Allah tiupkan Roh lalu para malaikat pun terus bersujud kepada Adam.

Ayat ini nak membawa sebuah hakikat bahawa, Adam bila sempurna anggota jasadnya dibentuk daripada tanah, dia tidak membawa apa-apa makna dan harga.

Tapi..

Setelah Allah tiupkan Roh (yg tersimpan di sisi-Nya) ke dalam jasad itu, barulah para malaikat di langit terus bersungkur sujud kepada Adam, sebagai tanda hormat.

Jadi kedua ayat ini menjadi bukti bahawa, elemen ROH itulah yang menjadi punca seluruh malaikat sujud kepada Adam.

Di situlah terletaknya kemuliaan manusia.

Yaitu "ROHnya"

Jadi kalau kita pandang manusia, jangan kita pandang sepertimana iblis memandang manusia. Iblis kata apa?

"Err, tanah. Jijik. Hina."

Dia fokuskan pada tanah, hina.

Tapi, pandanglah kita bilamana dimasukkan ROH yang tersimpan di sisi Allah yang mulia, semua Malaikat di langit tunduk, hormat pada kita manusia.

Jadi hebat manusia adalah pada aspek Roh dalam badannya. Di situlah tempat pembangunan diri manusia yang asli.

Walaupun manusia terbahagi dengan 3 fakulti. Roh, akal dan jasad. Tapi ketiga-tiga fakulti itu tidak sama kekuatannya.

Ayat ini bukti yang paling jelas bahawa Allah lebihkan pada bahagian ROH. Kekuatan roh inilah yang perlu kita bangunkan dan pelihara kesuciannya.

Tapi, bila mana melihat keliling kita hari ini. Suasana seolah-seolah mendidik kita, bahawa elemen roh itu tidak ada.

Semua orang fokus pada jasad dan akal saja. Buktinya kita pun boleh lihat sendiri iklan-iklan di tv, di internet, majalah dan suasana masyarakat.

Masing-masing nak luruskan rambut, cerahkan muka, bau badan wangi, pakain 'branded', style, fesyen itu ini. Gajet saja cecah ribuan. Remaja-remaja sibuk belajar, sana sini, tusyen dua tiga tempat, untuk ditumpahkan dalam dewan periksa semata. Berputar situlah rutin harian hidup kita.

Kita hidup di zaman di mana manusia sanggup buat apa saja demi nampak hebat pada mata orang. Hidup terpenjara pada "apa orang kata".

Habis semua benda buat untuk tunjuk pada orang. Na'udzubillah.

Kita hebat dari sudut 'form', tidak dari sudut 'substance'.

Bilakah kita serius meneliti hati dan rohani kita bagaimana?

Sedangkan mulianya kita, sehingga seluruh malaikat yang infinity itu tunduk hormat pada kita sebab Roh yang Allah beri istimewa dari sisiNya.

Kita sibuk menghias badan, sibuk mengurus akal, sedangkan hati kita sedang demam, sedang koma, kita tak sedar.

Umpama kita beli buah, kita nilai pada kulit luarnya saja, tak ambil peduli dalamnya buruk ke, masam ke.

Quran jarang baca, solat tinggal, solat jemaah tak minat, masjid jauhi, majlis ilmu tak pergi.

Yang ramainya di mana?

Pasar, supermaket, shopping mall, stadium, pusat hiburan.

Justeru, ulama' tafsir menyebut,

"Siapa yang mengabaikan aspek Rohi dalam hidupnya, beerti hinalah dia seperti tanah yang iblis sebut pada awalnya. "

Tafsiran yang lainnya adalah,

"Orang yang mengabaikan aspek rohi ini beerti dia setuju dengan pengiktirafan iblis bahawa manusia itu daripada tanah dan hina. Justeru iblis berminat pada dirinya dan menemaninya sepanjang kehidupan."

"Bagi orang yang sibuk membangunkan roh dan jiwanya, malaikat seluruh alam akan hormat kepadanya dan bersama menemani menjaganya sepanjang hidupnya."

Jadi marilah kita jelous dengan rohani seseorang, yaitu imannya. Hubungannya dengan Allah. Manis dalam ibadah. Bukan jelous dengan pakaian orang, dengan wajah orang, atau harta seseorang. Itu semua tak bermakna di sisi Allah. Sikit pun Allah tak pandang. Tapi apabila kita balik bertemu dengan Allah kelak, yang nak selamatkan kita bahagia selama-lamanya adalah 'Qalbun Saleem'. Ya'ni rohani atau dalaman jiwanya yang bersih, terpelihara dan sihat.

Siapa dalam kalangan kita yang tidak kenal Bilal Bin Rabah r.a, seorang hamba abdi berkulit hitam, kepala botak dan tebal bibirnya.

Tapi Rasulallah pernah memanggilnya dan berkata,

"Wahai Bilal, aku mendengar bunyi tapak kaki kamu dalam syurga."

Subhanallah.
Bilal sebelum Islam seorang hamba dipandang hina, tapi setelah Islam dibina rohaninya sehingga dia wafat sebagai seorang Gabenor di Syria.

Marilah kita jadikan pembangunan Roh ini, satu agenda besar dalam hidup.
Dengan itu kita akan terus mulia,terpelihara dan menjadi manusia yang sebenar insyaAllah.

Allahua'lam...

Khamis, 24 Mac 2016

PSPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
PSPM semakin hampir, tekanan semakin tinggi kepada pelajar khususnya dan juga kepada pensyarah secara umumnya. Berbagai aktiviti di buat di dalam dan di luar waktu akademik. Kuliah habis pukul  4, dilajak pula ke pukul 6. Malam pula bersambung, dari 8.30 – 11.00 malam (Bukan semua unit?) . Jadi bila agaknya masa untuk pelajar menghadam semula dan menyiapkan tugasan daripada berbagai pensyarah dari unit yang berbeza? Ada pelajar yang tidur pukul 2-3 pagi dan kemudiaannya esoknya perlu bangun awal untuk ke kuliah dan kelas berikutnya. Bagaimana agaknya minda yang kurang rehat ini, mampu untuk menghadam pula pelajaran berikutnya? Dan berapa lama agaknya mereka mampu bertahan jika keadaan ini berterusan sampai ke PSPM nanti? Kita memang mahukan kecemerlangan kepada semua pelajar kita. Bagaimanapun kita juga harus menerima hakikat bukan semua manusia dilahirkan untuk menjadi doktor dan jurutera. Jika kita mengikut teori Pareto 20:80, hanya 20% saja sebenarnya dari berbagai usaha yang kita buat itu yang menghasilkan 80% kejayaan kepada pelajar kita.

Kita semua juga maklum program Matrikulasi sekarang menghadapi persaingan yang sengit dari program asasi daripada berbagai Universiti dan juga program pra-universiti KPM (Tingkatan 6).  Apakah agaknya komen dan maklumbalas yang akan diberi oleh pelajar kita sekarang kepada adik-adik mereka jika ditanya tentang sistem pembelajaran di program Matrikulasi? Positif? Atau bagaimana? Jika negatif jawapannya,  pasti pelajar yang mempunyai pilihan, tentu tidak akan memilih program matrikulasi lagi. Kita mungkin akan terpaksa menerima pelajar yang tidak mempunyai pilihan selain ke matrikulasi. Dan kesannya akan datang kepada kita juga nanti. Jika Tuan/Puan sudah agak lama di program matrikulasi,  tentu dapat merasakan perbezaan pelajar yang kita terima dulu dan sekarang ini. Kita juga perlu sedar sesuatu pelaksanaan yang berstatus  Program seperti Program Matrikulasi boleh dihentikan oleh KPM pada bila-bila masa jika difikirkan sudah tidak ada keperluan atau tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Jika dihentikan, kita pula akan kemana  nanti? Tentu kita tidak ingin melihat perkara ini berlaku.

Saya menyedari sebagai pelaksana, kita mempunyai berbagai had dan batasan yang tidak boleh kita persoalkan, KPI yang telah diSKTkan dan sebagainya.  Cuma apa yang saya sampaikan ini hanya mewakili rintihan dari pelajar yang tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan rasa dan tekanan yang mereka hadapi. Mungkin kerana pelajar kita masih tinggi rasa hormatnya pada pensyarah yang memutuskan sesuatu perkara. Namun, jika sebenarnya majoriti dari pelajar kita memang ceria dan sedang berbahagia berada dalam ini, maka maafkan saya kerana menyampaikan perkara yang tidak tepat.  Sebagai pendengar, saya teleh selesai tanggungjawab sebagai penyampai. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.

Random :)















Rabu, 23 Mac 2016

Zalim UAI

Assalamualaikum shortnote kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Maahad Tahfiz Matlain Badrain Jabi Besut Terengganu.

Rabu | 23.3.2016

Kuliah Jemputan

Zalim

1. Leni teruk sangat ramai duk buat zalim. Zalim ni tempatnya neraka xkire sape mung. Sbb ape rama sangat buat zalim leni? Sbb ayoh dia tu zalim jugok. Kalu bab pemerintah tu zalim rakyat pun turun jadi zalim. Berat leni. Bapok nipu rama. Zalim dengan binatang, tgk org bela ikang dia nok bela ikang dokdang sminggu mapuh doh dok bui makanang. Binatang ni kalu jadi milik mung wajib beri nafakah makan minum dan tempat tinggal or jangan maing.

2. Hutang orang dok bayor. Ni jugok dikire zolim. Sapa mati kawang tu dok bayor pahtu ngaku bayor doh. Org yg makang harte haram ni mayang dia pun dok beri manfaat dok diterima kalu bahang pil kude pahtu taubat Allah terima. Hokni terlibat dgn harte org wajib kene ator mula or kalu dok amal dok diterima.

3. Diantara zalim lagi tidak melaksanakan perintah Allah samada dlm diri dalam keluarga dalam masyarakat dan dalam pemerintahan. Allah beri segala nikmat ade tempat lawo bukit comel sungai yang cantik tp kita buat tempat maksiat tempat judi. Allah suruh jalan undang2 islam kita g ikut undang undang kafir. Allah suruh beri nafakah kepada anak bini kite dok beri zalim sokmo lah kite ni.

4. Kerajaan yang tidak melaksanakan hukum hudud qisas dan takzir jugok kerajaan zalim. Melaksanakan hukum Al Quran dalam kerajaan ialah wajib bagi pemerintah. Kalau ade satu pihak tidak melaksanakan Al Quran dan Hadis maka rakyat yang sokong tu jugok dikire zolim. Allah kata jangan hati kamu cenderung kpd org zalim nescaya akan kamu dibakar api neraka. Ni bukan politik ni tulung tazkiroh. Dalam api boh zolim ni bahkan kalu mok ayoh kite zalim pun haram kite sokong.

5. Takutlah jugok kamu akan sifat bakhil krn sifat ini akan membinasakan kita. Tibe tibe kite kedekut jugok. Pioh atah pale kedekut nok mapuh. Janggut panjang pun kedekut jugok. Tok guru kite pesan kalu ustaz kedekut guru kedekut ulamak kedekut jangan ngaji dgn dia krn suwil. Orang kedekut ni nabi kata jauh drpd syurga jauh dr rahmat dekat dengan neraka. Kita ni kalu sedekah ke binatang boleh pahala apatah lagi kalu sedekah ke manusia. Sbb tu kene mari dengor. Orang nung ngaji ngater rawe india indon mesir lah nk wak balik ilmu ngajor orang kg. Tp kite dok mari jugok.

6. Kalu ajok g sejid tu ade sokmo dalih. Orang yang dok lepas ilmu fardhu ain tp dok mari kuliah dikire berdosa. Kalu berturut 3 kali dok mari belajor dikire fasiq. Jangan ingat barrang. Wajib kene dengor kalu ade org ngajor ilmu fardhu ain.

7. Apabila org tu anggap semua drpd dia tu milik Allah baru dikire manusia. Baru dok bakhil ni gok dekut pahit. Tgk pade luruk janggut tu serung. Time mintok derma seriya je bui. Haji baru balik mekoh minum air keda bayor suku je. Duduk semeje dok kire ah mari sape pung kite bayor lah belaka. Sedekoh lah tu. Nabi kata dok kurang harta org yang bersedekah bahkan akan berganda. Sifat bakhil ni sifat mazmumah orang yg ade sifat mazmumah dok layok masuk syurga.

8. Orang kafir kalu kucing mari mitok mase tgk makang tu dia beri lalu kepok sutir. Kucing ngiong tu makne bukang nk mtk kete nok mtk kepok skit je tp org kite siap sepak lagi or. Kedekut nok mapuh dengan natang. Tok guru ngajor kalu kedekut xdok keberkatan. Tgh beribadat pun kalu kedekut xdok keberkatan. Ape salohnye beli kuih bakor v makang ke orang. Sapa xdok lasung bahagian nk beri makang ke orang.

9. Orang yang zalim jangan kite sokong samada raja ke anok beranok ke kerajaan ke haram sokong or ingat lah molek tazkirah ini. Leni pakat bahang pitih belaka. Jangan takut ke makhluk sape takut ke makhluk dia tu syirik. Ngaji bukang main jauh kat kubur firaun or tp balik melesia takut jugok ke kerajaan. Balik awal jugok. Balik kitab suku or banyoknye kitab wak balik tp takut jgk ke kerajaan ke raja dok berani nok menyatakan kebenaran. Orang dulu2 ngaji kitab 2 utir je tp kemah keming dia pegang akidoh.

10. Orang dulu tubik je dari kuliah ngaji kitab faridah je tp dia pegang kemas kemas kuasa ni henye ade pada Allah sahaja hok lain lemoh belaka belaka xdok kuasa skepeng kemah keming dia pegang. Doh kite banyok nye ngaji kitab tp takut jugok ke manusia. Orang zalim ni xkire mu sape pun raja ke agung ke mb ke perdana menteri ke timbalan ke dok kire sape sape kalu mung zolim api neraka bakor mung. Jangan maing. Mudoh mudohan kita dpt menjauhi perbuatan zolim itu.

Wallahua'lam semoga bmanfaat