Jumaat, 30 September 2016

Dunia

Assalamualaikum hai gais 👋🏻Reminder sikit je time2 nak final nii,

●Belajar2 jugak tapi jangan sampai tak sempat nak solat

●Jangan stay up lama sangat lepas tu terlepas subuh

●Jangan skip baca alQuran sebab nak study

●Jangan lupa yg ilmu, kefahaman kita semua tu kan, Allah yg beri.

●Jangan sombong nak spend time dengan Allah sebab nak kejar pointer tinggi.

*Don't forget to make Allah your priority*

Kita try aim berjaya dunia akhirat 💪🏻 insyaAllah

P/s : Jangan risau siapa yg paling pandai dalam kelas. None of it matters in the future. Not something worth worrying about. Its better to worry on how you'll end up in the future. I mean eternal future. (Akhirah) so jangan sampai trneglect hubungan Allah 🙂

Wanita

9 Siti yang patut menjadi contoh para muslimah

1. Siti Khadijah
– Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia & menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
– Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku tidak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
– Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
– Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
– Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
– Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah
– Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
– Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita.
Wallahhu A'lam.

Rabu, 28 September 2016

Arahan

Skil Komunikasi

Semasa memberikan arahan kepada pekerja bawahan atau kepada pekerja yang sama pangkat dengan kita, ada beberapa adab/teknik yang kita kena kuasai;

1. Arahan yang tidak berbunyi arahan. Lebih kepada maklumat.
2. Tidak mempersenda gerak kerja yang perlu dilakukan. "Senang aje kerja ni..." <- salah.
3. Libatkan penerima arahan untuk terlibat sama membina arahan. Contohnya tanya kepada penerima arahan... "Nak buat macam mana agar lebih mudah ya?"
4. Amalkan ayat meminta tolong kepada penerima arahan.
5. Jangan tunjuk ajar cara buat kepada penerima arahan. Sebaliknya beri arahan dengan menyatakan keputusan yang kita kehendaki. "Nanti tolong saya keluarkan 5 bungkus ikan 5kg ya".

Banyak lagi adab dan peraturannya. Dasarnya, hormati perasaan orang. Mereka manusia biasa. Bukan mesin. Mesin akan bergerak walaupun butang ON, kita ketuk guna hammer.

Isnin, 26 September 2016

Cicak

Jika Terlalu Banyak Cicak Di Rumah, Ini Petandanya…Berhati-Hatilah


Cicak memang salah satu haiwan yang sinonim dengan rumah. Memang mudah untuk menjumpai cicak di dinding-dinding rumah.

Kadangkala banyak juga tahi cicak yang bertaburan terutama di bilik yang jarang diguna ataupun tandas. Bunyi juga agak annoying terutama di waktu malam.

Ini sedikit penjelasan tentang bahaya cicak.

Jom kita baca:

Ruqyah Dan Hadith

Dalam dunia ruqyah (sihir), cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh.

Didalam sahih Muslim dijelaskan: Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2).

Dalam hadis yang lain:

Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak.

Dia juga bertanya pada Aisyah,

“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”

Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberi tahu kami bila masa Ibrahim as dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.

“Kitab” az Zawaid “menyebutkan bila hadits Aisyah ini sahih.

Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak untuk meletakkan racun sihir dirumah.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan pada kami bahawa jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang senantiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Penyakit

Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Sekiranya cicak terkena makanan, diharap anda membuang makanan tersebut kerana dikhuatiri sudah tercemar.

Najis Cicak

Dalam satu kajian, najis cicak juga terbukti boleh menembusi plastik. Kajian menunjukkan apabila tahi cicak terkena telefon bimbit, ianya mampu merosakkan monitor handphone.

Oleh itu, sekiranya terdapat cicak di rumah berhati-hatilah. Seeloknya kira cuba hindari untuk mengahalau cicak dari rumah.

KONGSIKAN

Sabtu, 24 September 2016

Sekolah

SEKOLAH BUKAN LAGI SATU-SATUNYA PILIHAN UNTUK BERJAYA. MOHON KELUAR!
.
Saya nak ceritakan sedikit REALITI yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia ni. Abaikan kisah FANTASI seperti yang anda lihat dalam “Oh My English” tu, takde sekolah yang macam tu, tahyul semua tu.
.
Tuan Cik Puan tahu tak, ada ramai pelajar yang tak bawa apa-apa ke sekolah? Mereka hanya bawa tubuh badan, dan pakaian yang ada pada badan mereka saja. Takde buku, pen, dll.
.
“Ah, budak jahat memang macam tu”
.
Emmm saya pun mula-mula fikir macam tu, tapi ternyata, saya silap. Anda silap.
.
Setelah pemerhatian dibuat, ramai juga pelajar baik-baik dari keluarga baik-baik juga yang tidak membawa apa-apa ke sekolah. Tak cukup dengan itu, mereka tak buat kerja rumah, tak jawab soalan peperiksaan, tak aktif dalam kelas dll.
.
Ramai pelajar dah mula hilang minat nak belajar!
.
Pelajar dah tak minat, result exam rendah, guru-guru marah... akhirnya mak bapak kena datang sekolah menghadap PK HEM sebab anak-anak tak perform, plus masalah-masalah disiplin lain lagi.
.
GURU salahkan PELAJAR
PELAJAR salahkan KAWAN
MAK BAPAK salahkan GURU
.
Mak bapak panas... Panas kepada PK HEM, panas kepada anak, panas kepada sekolah. Dapat tahu pula anak dirotan. Hah, ternampak nombor telefon wartawan akhbar, telefon terus, mengadu... Hah, ada Facebook, update status terus, letak gambar, mengadu...
.
Mak bapak dah tak sedap nak datang sekolah, cikgu-cikgu pandang lain macam... anak-anak pun tak sedap nak datang sekolah, kawan-kawan pandang lain macam...
.
Sorang pelajar pulak mencuri dalam kelas, pengawas datang buat spot check, takde sape mengaku. Kawan-kawan yang tahu pun semua diam, takut kena belasah.
.
Guru-guru masuk kelas pun dah takde mood. Nak ada mood macam mana, semalam baca kat Facebook pelajar-pelajar dok kutuk dia, cakap macam-macam pasal dia. Ada pulak tukang ngadu print screen perbualan pelajar-pelajar dalam group whatsapp dan send ke whatsapp guru.
.
“Tolol la Nora, dio buwi kijo sekoloh banyok nak mapuh”
“Bengong la, supo kito takdok kijo”
“Babi natey Nora...”
“Nora Si Babi...!!!”

*nora --->bukan nama sebenar
.
Menitis air mata guru membaca ayat pelajar-pelajar dalam whatsapp. Anda rasa, adakah guru itu akan masuk dengan positif dan husnuzzon keesokan harinya dalam kelas?
.
Never! Impossible!
.
Saya pernah tanya seorang pengetua, “Kenapa tak buang saja pelajar-pelajar ni?”. Beliau jawab, kena ada prosedur, kena ada laporan kaunseling, dll. Paling senang kalau pelajar tu mohon berhenti sekolah.
.
Saya pernah tanya seorang pelajar “Kenapa tak berhenti sekolah?”
.
Diam membisu, takde jawapan.
.
Saya tanya ibu bapa, “Kenapa tak berhentikan sekolah anak?”
.
“Kalau berhenti sekolah, nak hidup macam mana?”
.
Eh...
.
Eh...
.
Eh...
.
Dengar sini semua pelajar, ibu bapa, guru, atau sesiapa saja.
.
TOLONG BUKA MATA DAN PANDANG SEKELILING..!! INI TAHUN 2016, BUKAN TAHUN 1970!!!
.
Kalau pelajar tu dah taknak sekolah, takde minat sekolah, buat apa hantar ke sekolah? Kalau dia pergi sekolah, bawa balik result exam macam HAR*M, apesal kau hantar budak tu gi sekolah lagi?
.
Kalau cikgu dah benci kau, kawan-kawan dah benci kau, buat apa kau pergi sekolah lagi samdol?
.
Hei, baca ni baik-baik.
.
Saya bukan marah kamu nak belajar, bukan marah kamu nak berusaha... saya marah bila kamu buat benda yang tak berguna dan mensia-siakan masa bertahun-tahun, demi sesuatu yang kamu takkan dapat!
.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia ni nak suruh budak-budak tu semua jadi doktor, arkitek, jurutera, guru, dll. Itu halatuju sistem.
.
Semua plan ‘kemahiran’ dll tu pun tidak efektif kerana ianya masih berada dalam sistem. Selagin kamu berada dalam sistem, kamu tak boleh score mengikut bakat dan kreativiti kamu!
.
Hei...!!!
.
Tak baca ke buku-buku ilmiyah? Asyik baca novel cinta “Suamiku Tukang Fogging Aedes” saja, mana nak pandai.
.
Kalau sape-sape baca buku ilmiyah tentang analisis sosial semasa, anda semua akan tahu yang zaman ini bukan lagi zaman industri macam datuk nenek kita dulu. Zaman tu, semua orang paku kat dahi “NAK KERJA KERAJAAN”.
.
Ini zaman baru.
.
Sarjana dunia menggelar zaman ini sebagai ZAMAN BAKAT DAN KREATIVITI.

Siapa ada bakat dan kreativiti akan berjaya. Hei, kamu ada smartphone kan? Selain main whatsapp dan Facebook, apa kamu buat lagi?
.
Cuba la tengok-tengok latar belakang nama-nama besar dunia hari ini, adakah mereka jadi sehebat sekarang hanya dengan pergi sekolah? Nope! Mereka gunakan beberapa ilmu asas saja, selebihnya mereka kembangkannya ke aras baru dengan bakat dan kreativiti.
.
Hari-hari baca surat khabar tentang graduan universiti yang menganggur, takde kerja... Tak nampak lagi ke? Ini bukan zaman macam zaman dulu.
.
Saya pernah ke IMKK Dr Azizan Osman tahun lepas, demi Allah saya duduk sebelah seorang pemuda kelulusan kejuruteraan, tetapi menyara hidup dengan menjual air tepi jalan. Sumpah!
.
Lagi mau letak anak yang taknak belajar di sekolah?
.
.
Tuan Cik Puan, dengar nasihat saya.
.
Kalau pelajar-pelajar tu dah taknak sekolah, takde minat nak sekolah, pergi sekolah tapi tak perform, ataupun dia pergi sekolah tapi dari bahasa tubuhnya kita tahu yang dia tak dapat apa-apa manfaat di sekolah...
.
Saya sarankan... “BERHENTIKANLAH MEREKA DARI SEKOLAH”
.
Bukannya berhenti sekolah, untuk jadi sampah masyarakat!
.
Tapi berhentikanlah dia dari tempat yang tidak membantunya dalam hidup, dan bagi peluang kepadanya untuk mencari jalan hidup yang sesuai dengannya bertepatan dengan bakat dan kreativitinya.
.
Pelajar malas yang pandai baiki motor. Pergi sekolah asyik buat masalah. So??? Berhentikanlah dia dari sekolah, hantar dia ke bengkel motor, suruh dia kerja sana. Kembangkan POTENSI dia. InshaAllah nanti besar dia boleh buka bengkel motor sendiri, buat duit kaw-kaw punya.
.
Sekolah malas! Tapi suka buat kuih-muih. Berhentikanlah dia dari sekolah dan latihlah dia buat kuih-muih, kek, dll. Lagi mantap, hantar ke kelas bakery atau apa saja. Gilap bakat masakan tu. InshaAllah besar-besar buka bakery, buat duit.
.
Pelajar suka berniaga? Suruh dia jadi kuli peniaga lain, kutip pengalaman. Nanti 2-3 tahun dia dah boleh buat bisnes sendiri.
.
Pelajar suka agama? Hantar dia ke pondok, belajar agama, belajar jadi imam, belajar jadi ketua masyarakat...
.
Kenali BAKAT mereka. Bukannya paksa mereka belajar benda yang takde kena-mengena dengan diri mereka.
.
Silap-silap, kawan sekelas dia baru grad, tengah pening nak bayar PTPTN, tengah pening cari kerja... last-last gi kerja dengan dia sebab dia dah ada ofis dll. Why? Sebab dia mula bina kerjaya lebih awal. Bukannya umur 24 tahun baru nak sedar bakat sebenar.
.
.
Kesannya?
.
Guru-guru akan lebih produktif kerana mereka hanya mengajar pelajar yang NAK belajar (bukannya pelajar yg tak tahu pun kenapa mereka datang sekolah).
.
Ibu bapa lebih gembira kerana anak-anaknya tidak stress dan membina laluan kerjaya dengan baik.
.
Pelajar-pelajar semestinya lebih gembira kerana mengembangkan hidup dengan BAKAT dan KREATIVITI mereka.
.
Fikir-fikirkan.
.
Ini mungkin bertentangan dengan dasar pendidikan negara.
.
Tapi, fikir-fikirkan...
.
.
By the way... Pelajar-pelajar yang NAMPAK masa depan mereka di sekolah, teruskan ke sekolah. Semestinya ilmu di sekolah juga penting kepada mereka yang memerlukannya.
.
Selamat berfikir.
.
KERAJAAN MALAYSIA... Jangan kecam saya.

Stroke

Share dari group JPN...

Dunia pendidikan skrg mmg sgt mencabar....cuma dlm menghadapi setiap kesukaran itu kita perlu bijak mengawal emosi. Kita x perlu jadi perfectionist kerana kita manusia biasa....pada setiap kekuatan dan kelebihan kita, kita masing2 ada kekurangan yg mungkin boleh disempurnakan oleh org lain. Kesihatan mental dan fizikal sendiri juga sgt penting diambil berat.

Pagi tadi, sy sedikit terkesan dgn kehadiran Ketua Bidang Bahasa sek sy.....datangnya hari ini agak lewat...lebih kurang jam 9.00 pagi dan yg paling aneh beliau dtg berpimpinan dgn suaminya....

Dlm hati tertanya2 mengapa gerangan gelagat yg sedemikian...Berhadapan dgn ramai pelajar dan guru di sekolah....beliau seakan x memperdulikan kehadiran kami bahkan menggenggam erat tangan suaminya....

 Sy hampiri beliau, memegang lembut bahunya..."K. Gayah......akak ok ke? Nape pimpin2 tangan ni?" Bisik sy perlahan.


 "Awak siapa ya? Cikgu bimbingan kaunseling ya?" Jawabnya.....

Hairan......dia x kenal sy? Dia x ingat nama saya?

"Akak x kenal sy ke?"

 "Maaflah......muka sy ingat...tp nama sy lupa..." jwbnya selamba.....

 "Puan.....maaf.....isteri sy x boleh ingat byk perkara...." sampuk suaminya yg melihat sy terkedu....

 "Kenapa dgn K. Gayah, encik? Hari tu sebelum hari raya hj ok je dia...dia sakit ke?" Soal sy.

 "Ini surat drp hospital pn....." ujar suaminya. Ada getaran pada suara itu.....

 Masya Allah.....

Dlm laporan doktor K. Gayah rupanya diserang stroke yg menyebabkan gangguan ingatan. Beliau x mampu mengingati byk perkara. Beliau terkena stroke semasa hari raya haji.

Menurut suaminya keadaan sekarang sudah 80% sembuh berbanding dgn hari beliau mula2 diserang stroke.

Pada hari tersebut beliau x mampu bertutur, x mampu menguruskan diri sendiri, x mampu solat dan membaca alfatihah.....Allah!!!

"Apa puncanya encik? Kenapa sampai macam ni?" Tanya sy x puas hati...

K. gayah terlalu stress dgn kerja2 sehariannya....Dlm penelitian sy dia mmg seorg yg suka kesempurnaan.....semua nak dibuat tanpa kecacatan...beliau terlalu byk berfikir dan akhirnya menybbkan bp nya naik terlalu tinggi dan diserang stroke...

Apa moralnya cerita ini sahabat2 tersyg?

1. Bersungguh2lah dlm bekerja namun jgn sampai membunuh diri sendiri

2. Kesihatan sgt penting.....ianya x ternilai dan lebih berharga drp wang ringgit dan harta benda

3. Harta yg paling berharga bagi kita ialah akal dan ingatan yang waras

4. Bersyukurlah walau kita sekarang sering sakit2 fizikal tetapi masih mempunyai emosi dan mental yang stabil

Dari group JPNS
Share ole KS Psikologi...

Rabu, 21 September 2016

Yakin

"Saya rasa give up dah dengan adik saya."

Lantas, dia menangis.

.

Melihat video Paralympics.

Walaupun dah basi, tapi "roh" yang dibawa membuat diri ni beremosi.

"Roh" seorang murabbi.

Bagaimana coach Paralympics tu mampu membuatkan peserta yang OKU menjadi seorang yang hebat?

"Dia anak saya." - kata seorang coach tu pada salah seorang peserta yang berjaya mendapat emas.

Nangis.

.

Keyakinan.
Itulah rahsianya.

Tanpa keyakinan seorang coach, pasti peserta yang serba kekurangan itu juga tak mampu untuk membuat yang terbaik.

Mungkinlah di saat peserta itu jatuh,
ada suara yang menyuruhnya berhenti.

Tapi disebabkan dia punya seorang coach yang yakin, dan sabar dengan dirinya maka dia teruskan berlari.

Mereflect diri, adakah kita sudah menjadi murabbi yang begitu?

Murabbi yang di saat orang sekeliling memandang mutarabbi kta sebagai seorang yang tak punya harapan, kita malah senyum dan berkata, "tidak, dia masih punya harapan".

Atau,

adakah kita murabbi yang sering give up dengan mutarabbi sendiri?

Huu. T___T

.

"Akak pernah kenal dengan seorang akhwat ni.
Dialah yang paling tak pandai df, dialah yang paling tak pandai taujih, dialah yang paling teruk segala-galanya, tapi dalam ramai-ramai, hanya dia yang stay.

Sampai akak hairan, macam mana lah dia ni boleh stay?"

Senyum.

Itulah hakikat dakwah.
Manusia tak pernah punya hak untuk memilih,
hatta manusia itu murabbinya sendiri.
Kerana mutarabbi itu kepunyaan Allah,
bukan kepunyaan murabbi.

Maka, atas dasar apa seorang murabbi itu boleh give up dengan mutarabbinya?

.

"If awak rasa give up dengan mutarabbi awak, cuba awak ingat balik moment-moment awak ditarbiyah.

Pernah tak murabbi awak give up dengan awak?

Kalaulah murabbi awak pernah give up dengan awak, nescaya awak tak akan ada di sini hari ni."

.

Sebab sayang, sabar tiada limit.
Moga dikuatkan hati dalam beramal.

Isnin, 19 September 2016

Poligami

Artikal yg sgt baik utk difahami bersama suami isteri..agar kita tidak termasuk kalangan mereka yg menyembunyikan  kebenaran😥..

HAKIKAT POLIGAMI YANG DIRAHSIAKAN.

KEPADA YG D MULIAKAN SAHABAT2KU.
SILA LIHAT PENDAPAT MENGENAI POLIGAMI :-

1. Ramai yg menuduh poligami itu merampas suami orang.
Hakikatnya:-
Sebenarnya, poligami itu berkongsi suami secara bersama-sama dan sah menurut hukum Islam. Jika merampas maknanya isteri pertama tidak ada hak lagi seolah-olah dicerai. Jika begitu, tidak terjadilah poligami tetapi monogami. Cuma isteri pertama dipilih Alloh utk mendahului madu2nya yg lain.

2. Ramai yang kata,  poligami itu mesti mendapat keizinan isteri pertama.
Hakikatnya :-
Poligami itu tidak perlu kebenaran isteri. Buktinya, Rasulullah menikahi wanita Yahudi cantik bernama Shafiyyah binti Huyay al Akhtab. Selepas nikah,  Rasulullah  memberitahu Aisyah bahawa beliau telah menikah dgn Shafiyyah. Ini membuat Aisyah cemburu dan mengatakan: "Ia seorang wanita Yahudi", lalu dijawab oleh Rasulullah saw: "Janganlah engkau berkata seperti itu, karena dia telah masuk Islam, dan baik pula keIslamannya."*

3. Ramai yg menuduh bahwa poligami berdosa karena menyakiti perasaan wanita krn suami tidak setia dan menduakannya.
Hakikat:-
*Poligami diharuskan syarak dan suami menggunakan haknya, cuma isteri yg cemburu buta . Poligami  menguji keikhlasan, kepatuhan dan keredaan kaum Hawa terhadap hukum dan Qada' Qadar Allah. Apabila isteri merungut dan memarahi suaminya dikhuatiri terjebak dlm dosa.  Kalau cemburu, isteri Rasulullah dan isteri2 Sahabat Rasulullah yg berpoligami juga cemburu satu sama lain. Tetapi ini tidak berarti bahawa Rasulullah dan para Sahabat menyakiti perasaan dan hati isteri2nya. Jika cemburu itu menyakiti perasaan isteri, maka tidak mungkin Rasulullah dan para Sahabatnya yg dijamin masuk syurga oleh Allah itu bersalah. Cemburu terjadi sbg tanda cinta isteri kepada suami bukan dilihat sbg dosa krn suami menyakiti hati isteri.

4. Ramai yang berkata sinis bahwa suami yg berpoligami zaman sekarang tidak dapat melakukan  keadilan seperti zaman Nabi.
Hakikat:-
Berlaku adil boleh dilakukan oleh sesiapapun,  bila dan di manapun serta tidak dibatasi oleh zaman. Jika umat Muhamad tidak boleh belaku adil dlm poligami maka poligami akan dilarang secara mutlak. Hukum Islam dan perintah Al Quran sesuai sepanjang masa termasuk ayat diharuskan berpoligami.

5. Ramai yg beranggapan, isteri pertama harus dberi keistimewaan berbanding isteri kedua, ketiga atau keempat.
Hakikat:
Perlakuan seperti itu adalah amalan warisan zaman jahiliyah. Setelah Islam datang maka semua adat itu dihapuskan oleh Islam. Setelah sah secara syariat menjadi isteri maka semua isteri mempunyai kedudukan, hak dan kewajiban yg sama terhadap suami.                                                                
6. Ramai yg mendakwa,  zaman sekarang poligami hanya mengikut hawa nafsu.        
Hakikat:-                                                  Berpoligami itu membimbing hawa nafsu dari perbuatan haram, tercela dan berdosa menjadi perbuatan halal, terpuji dan berpahala.

7. Ada yg memperolok-olok jika mahu sangat berpoligami seperti Nabi, carilah janda yg tua.            
 Hakikat:-                                                                                             Rasulullah tidak menganjurkan memilih janda, tetapi menyarankan agar memilih gadis, yg sesuai dgn keinginan sehingga diperbolehkn melihat calon isteri terlebih dulu.

8. Ada yg menolak poligami kerana ia membebankan dan punca masalah.                
Hakikatnya                                                      *Poligami mengatasi masalah suami agar lebih terjaga pandangan dan mengawal nafsu. Selain itu, ia mengatasi masalah wanita yg memerlukan perhatian, pengawasan, bimbingan pendidikan, nafkah dan  perlindungan. Poligami  juga solusi apabila ramainya para balu dan andalusia kesepian.

Kata guruku :-

"Kita boleh hidup tanpa penglihatan tetapi tak mampu hidup tanpa sentuhan"

Allohu a'alam..

Sekadar pengetahuan bukan utk dibahaskan agar dikongsikan sesama rakan moga ada kebaikan bagi yg ada kemampuan dan dipilih Tuhan utk menabur kebaktian.

Kata emas

Chinese President Xi Jin Ping's speech in Macau, quoted a very classic saying:

"Relationship based on gold will be forgotten once gold is spent.

Relationship based on benefits (interest, advantage) will soon break away once there's no more benefit to derive.

Relationship based on position (influence) will sway once position has fallen.

Relationship based on authority (power) will get abandoned once authority is lost.

Relationship based on feelings (favour, emotions, sentiments) will result in hurt once emotional ties are broken.

Only relationship coming from the heart can withstand the test of time. "

No matter what kind of relationship you're in, whether it is working in partnership or interpersonal relationship, we should cherish the karma that brought us together and the time we share.

Keep good (kind) thoughts in mind, learn to be grateful, be sincere to others and build a relationship from your heart!
Associate with the wise and virtuous, you'll reap good results.

Realisation : Keep good thoughts with a kind heart, you're sure to have a cloud with silver lining in your life!
------ Xi Jinping

Ahad, 18 September 2016

Mati

Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.
------------------------------------------
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده  قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata :
" Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
" Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya".
Mereka  ( para sahabat ) bertanya :
" Kenapa begitu ya Rasulullah? ".
Baginda bersabda :
"Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya,  akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.

[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.

Sabtu, 17 September 2016

Kaabah

Pengalaman TG Dato' Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”.

Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.”

Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”.

Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”.

Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.”

Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

(Saya pernah dengar MP3 kisah ni drp Allahyarham TGHD - ust naim)

Rabu, 14 September 2016

Pekak badak

Jangan bg anak2 bwh umur tengok cerita "PEKAK"

Tindakan Brunei Haramkan Filem Pekak Ini Memang Tepat!’

Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.

Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.

Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur. Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama

Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca

Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.

Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.

Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu mempr
ovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kan
ak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah

“Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?” Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belakang tu selepas menonton filem ini.

8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan.

Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan
suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan

Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus.

Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?

10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.

Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat.

Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip?

Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah “normal”. Saya bukan marah kepada mereka. Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah “hero”. Ringan-ringan tak apa.

Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama saja. Adegan hisap dadah. Adegan panjat tembok sekolah. Adegan bercumbu. Adegan curi keluar malam dengan lelaki.

Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara? Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita ‘terpaksa’ mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah.  Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?

Filem ini memang PEKAK

Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masalah yang ada!

TOLONG VIRALKAN... SEHINGGA KERAJAAN MALAYSIA JUGA AMBIL TINDAKAN SEPERTI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM JUGA.....HARAMKAN FILEM TIDAK BERMORAL "PEKAK"

Selasa, 13 September 2016

Syariah brunei

Text Asal....

Mahkamah Syariah Brunei Darussalam

1. Bab94(1) - hamil luar nikah - hukuman bgi yg brkahwin denda tdk mlebihi $8000: pnjara tdk mlebihi 2th/kdua2nya. Bgi blum khwin denda tdk mlebihi $4000 tdk mlebihi pnjara 1 th/ kdua2nya

2. Bab94(5) - llaki yg mnghamilkn prmpuan islam dluar nikah - denda tdk mlebihi $8000 pnjara tdk mlebihi 2th

3. Bab194 - tdk smbyng jumaat - dnda $200(ksalahan 1), dnda $300 (ksalahan 2), dnda $1000 (ksalahan 3/brikutnya)

4. Bab195 - tdk mnghormati bln ramadhan - denda $4000, pnjara 1th/kdua2nya

5. Bab196 - ksalahan khalwat - denda $4000 pnjara 1th/kdua2nya

6. Bab179 - prbuatan tdk sopan contoh lelaki & prempuan sma ada sdh kahwin/blum khwin yg brcumbuan d tmpat awam - dnda $2000 pnjara 6bln/ kdua2nya

7. Bab198 - lelaki yg brpakaian sprti prmpuan & brsikap sprti prmpuan/prempuan yg brpkaian sprti lelaki & brsikap sprti lelaki;(dtmpat awam) - tnpa tujuan yg munasabah: dnda $1000 pnjara 3bln/kdua2nya. tujuan yg brmoral: dnda $4000 pnjara 1th/kdua2nya - bgi yg mnyamar (krana trpaksa): tidk dknakan denda

8. Bab199 - orng yg mnghasut orng yg sdh kahwin spaya brcerai/mngingkari kwajipan suami/isteri/ank2nya & Bab200 - mnghalang orng yg sdh kahwin scra sah dripda hidup sbagai suami isteri - denda $4000 pnjara 1th/ Kdua2nya

9. Bab201 - bwa lari isteri orng islam dri tmpat tinggl suami isteri & Bab202 bwa lari ank dara orng - dnda $8000 pnjara 2th/kdua2nya

10. Bab203 - mna2 bini2 islam yg lari dri rumh - denda $1000 pnjara 3bln/kdua2nya

*11. Bab 204 - mana2 isteri islam yg melarang suami untuk berkwin lebih dri satu - dnda $8000 penjara 3th/kduanya*

12. Bab205 -mana2 suami islam yg merunding anak dara org lain- dnda $100000 pnjara 5th/kduanya

No.11 tu......jum kito pakat gi brunei. 😝😝😜😜

Ahad, 11 September 2016

Jihad

Aku Jihad ke Jahat?

Alhamdulillah, aku terinspirasi bila aku baca kitab Syamail.
Cerita tentang Nabi. Tentang jihad. Dakwah. Mehnah dan tribulasi.
Selalu kita dgr,para daie sebut "dakwah tidak dihampar karpet merah".
Ye ke????

Kadang-kadang kita jadi futur dalam dakwah .
Rasa macam lemah sambil menguap luas-luas. Kasi lalat masuk.
Haha.*hiperbola*.
Rasa macam "fed-up".

Aku nak "gibap" arghh. Aku nak pencen arghh.

Well. Bro. Sis.

Dakwah mana yang senang? Goyang-goyang kaki sambil korek hidung. *cuba untuk tak gelak*. 🙊

Mana ada. Dakwah memang susah. Kalau dakwah senang, bukannya dakwah tu. Tu rehlah.

Kena maki. Kena perli. Kena bahan.
Sedih sangat,tambah-tambah yang golongan yang baru nak berubah.

Tapikan cuba lihat Nabi Muhammad S.A.W. Di zaman Makkah yg femes dengan jahiliah. Golongan munafik. Jihad nabi yang utama waktu tu apa? Jihad nak jelaskan masyarakat tentang agama. Tentang Islam.
Susah. Sangat susah.
[Surah al-Furqan:52]

Adessss. Kita yang kena perli sikit. Dah "gibap" kan? Termasuk insan yang menulis ni.
Hmm.

Nak banding kita dengan dakwah Nabi?
Selama 10 tahun Nabi berdakwah di Makkah.
Tak ramai yang menerima. Tapi,mereka cukup berkualiti.
Nabi beri tarbiyyah hati kaw-kaw punya.

Mehnah dalam dakwah Nabi?
Kena hina. Kena baling najis. Batu. Kena "bash" dan kena hentuk dengan batu dengan Abu Lahab.
Tetapi, nabi balik macam tu je. Tak membalas.

Sikit sangat nak dibandingkan dengan kita. Nabi derita 200000000 kali ganda mungkin.

Gais apa tu jihad?

....Perang
....lawan orang kafir

Betul. Tak salah.

Jihad ada 4 tingkat:

1⃣jihad melawan hawa nafsu. Haaaa. Ni pecah pulak kepada 4.
>jihad belajar agama.
>jihad untuk amalkan apa yang diajar.
>jihad dalam mendakwahkannya(mengajar apa yg dipelajari).
>bersabar hadapi rintangan dalam berdakwah.

2⃣jihad melawan syaitan. Terbahagi kepada 2 pulak.
>jihad tolak syubhat.
>jihad lawan keinginan hawa nafsu.

3⃣jihad melawan orang kafir dan munafik.

4⃣jihad melawan kezaliman,kemungkaran dan bidaah.

Tadaaaaa. Hang jihad yang mana satu?

Gais. Banyak orang hari ni sebut.

"Aku jihad ilmu. Aku pi belajar. Tapi aku buat benda lain".

"Aku jihad dakwah. Tapi, aku pancing muslimat atau muslimin guna ayat-ayat islamik aku."

"Aku jihad nafsu. Tapi benda baik aku lari dulu."

*jatuh kerusi*

Hmmm. Sadis. Aku jihad ke jahat?

Tapi,,takpa Sis. Bro. Rahmat Allah luas. Luas dari murkaNya.

Lastly. Hmm. Jihad tak sempurna tanpa hijrah. Hijrah dan jihad tak terwujud kecuali dengan iman.

Macam mana ek?
🌹hijrah setiap waktu.
🌹hijrah kepada Allah dengan ikhlas. With pure heart gituhh. Hehe.
🌹hijrah kepada Rasul dengan ikuti baginda.
🌹hijrah kepada diri sendiri dengan melawan hawa nafsu.

Itu sahaja.
*ehem. Sejak bila jadi minah bunga?*.
Haha.

Aku petik dari ensiklopedia kitab syamail Muhammadiyah.

Wallahualam.

ya allah.aku telah sampaikan.

c&p from HijrahPendosa

Jumaat, 9 September 2016

Kopi guru

HJ:
*Filosofi Kopi* ☕
Buat cikgu-cikgi😀

Dalam minuman *kopi* pada dasarnya terdiri dari 3 unsur, iaitu:
1. Kopi
2. Gula
3. Rasa

Yang mana dalam *filosofi kopi* di gambarkan sbb:

Kopi  = Orang tua/penjaga
Gula  = Guru
Rasa = murid

Perkara 1;
Jika kopi terlalu pahit
Siapa yang salah?

Gulalah yg disalahkan kerana terlalu sedikit hingga "rasa" kopi pahit

Perkara 2;
Jika kopi terlalu manis
Siapa yg disalahkan?

Gula lagi kerana terlalu banyak hingga "Rasa" kopi manis

Perkara 3;
Jika takaran kopi & gula balance
Siapa yg dipuji...?

Tentu semua akan berkata...
Kopinya mantaaap

Ke mana gula yg mempunyai peranan membuat "rasa" kopi menjadi mantaaap

Itulah guru yg ketika "rasa" (=murid) terlalu manis (menyebabkan diabet) atau terlalu pahit (bermasalah) akan dipersalahkan

Tetapi ketika "rasa"(=murid) mantap atau berprestasi maka orang tualah yang akan menepuk dadanya
"Anak siapa dulu"

Mari *IKHLAS* seperti Gula yg larut tak terlihat tapi sangat bermakna.

Gula PASIR memberi RASA MANIS pada KOPI, tapi orang MENYEBUTnya KOPI MANIS... bukan KOPI GULA...

Gula PASIR memberi RASA MANIS pada TEH, tapi orang MENYEBUTnya TEH MANIS... bukan TEH GULA...

ORANG menyebut ROTI MANIS... bukan ROTI GULA...

ORANG menyebut SYRUP Pandan, Syrup EPAL, Syrup JAMBU....
padahal BAHAN DASARnya GULA....
Tapi GULA tetap IKHLAS LARUT dalam memberi RASA MANIS...

Akan tetapi apabila berhubungan dgn Penyakit, barulah GULA disebut..PENYAKIT GULA

BEGITUlah HIDUP.... Kadang KEBAIKAN yang Kita TANAM tak pernah diSEBUT Orang....
Tapi kesalahan akan dibesar-besarkan...

IKHLASlah seperti GULA...
LARUTlah seperti GULA...

Tetap SEMANGAT memberi KEBAIKAN...!!!!
Tetap SEMANGAT menyebar KEBAIKAN..!!!

Kerana KEBAIKAN tidak UNTUK DISEBUT...

TAPI untuk DIRASAkan...

Assalamu'alaikum
semoga kita TETAP semangat.....
😊

Selasa, 6 September 2016

Ilmu

>> Alhamdulillah..

>> #Shortnotes Kuliah Maghrib #Ustaz_Ruslan _Abdullah
       Selasa - 06 Sept 2016

1) Adab menuntut ilmu adalah murid hendaklah mendatangi guru.. bukan guru yang mendatangi murid..
Seboleh2 nya guru tidak mendatangi murid..

2) Ilmu itu didatangi..  bukan ilmu yang datang kepada kita..
Mana2 ada majlis ilmu maka hendaklah kita kena pergi dan cari..
Kita tidak boleh merendahkan ilmu2..

3) Kemuliaan ulama ialah atas ilmu yang dimiliki..

4) 'Hendaklah kamu mendatangi & bertanya kepada ulama sekiranya kamu tidak mengetahui..'
Banyakkan bertanya.. maka akan hilanglah segala kejahilan dalam diri kita..

5) Kalau kita buat2 pandai.. dengan upaya sendiri menafsirkan ayat2 Al Quran & hadis.. maka akan berlakulah kerosakan2..

6) Hari ini majlis ilmu ada di mana2.. di hotel2 .. bengkel2.. surau &  masjid.. dewan2.. dan lain2..
Maka dengan usaha kita mendatangi ke tempat2 majlis ilmu seperti ini adalah sebagai tanda kesungguhan kita mencari majlis2 ilmu...
Carilah ilmu.. walau berjalan dalam jarak yang jauh..

7) Ulama2  meninggalkan kampung halaman mereka untuk pergi mencari ilmu..

8) 'Jika nak buat satu2 amalan.. maka perbanyakkanlah niat.. pelbagaikan niat..'(Kata2 Ulama)

9) Orang yang hadir ke majlis2 ilmu maka mestilah membersihkan hati dan fikirannya dari gejala2 yang boleh merosakkan dan mengotorkan niat.. dan perbetulkanlah niat.  supaya bersedia dan mampu menerima ilmu2..
Buanglah segala gangguan dalam menuntut ilmu..

10) Murid hendaklah merendahkan diri dengan guru.. beradab sopan.. walaupun guru itu lebih muda dari murid itu..
Walau siapa pun guru kita.. maka hendaklah merendahkan diri kepada ilmunya.. bukan usia atau kedudukannya yang rendah dari kita.

11) Jangan belajar dari guru yang tiada miliki ketaqwaan.. amanah.. yang tiada dikenali keagamaannya..
Belajarlah dari guru2 yang benar.. bukan guru2 yang buruk keperibadiannya..
Janganlah belajar daripada golongan Orientalis..
Maka di sini kita dapat melihat bahawa betapa peri pentingnya kita memilih guru2 yang baik.. bukan sebarangan guru..

12) Elakkan dari makan dan minum.dalam majlis ilmu..

13) Jika kita tidak menjaga adab2 di dalam majlis ilmu.. maka hilanglah keberkatan ilmu itu.. iaitu ilmu itu tidak akan melekat di hati..
Menyebabkan kita tidak mampu untuk beramal dan menyampaikannya kepada orang lain..

14) Elakkan dari mengutuk dan memandang rendah guru2.. jika tidak,maka akan matilah hati orang yang mencerca guru atau ulama2 ..

~ wallahu a'lam.. semoga menjadi asbab hidayah kepada saya..

Isnin, 5 September 2016

Life

There is time in one's life that he pushes over the limit to reach his goal with pure hardwork and dedication. Bear in mind, he is no evil nor being nasty or anything towards others in running for his sole dream of choice.

Almost there, the dream is crushed, shattered by unlikely force which it can be an event, system, regulation or even worse a person who in any sane mind would never in million years to even think to do that.

Life is full of suprises bad or good in our perception. People can be nasty but you have a choice not to be the same like them. Behold, be strong and be brave. Bear in mind your presence is needed by others, well at least a little tiny green plant that crave and appreciate your for your carbon dioxide that you may think is useless !

Interview tips

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Ahad, 4 September 2016

Exam

Surat Irfan Khairi kepada Info Wealth & ibu bapa yang ada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar nanti...
UPSR..PMR..SPM..STPM..

Bacalah...

Info Wealth, sedikit luahan…

Irfan Khairi
to me
13 hours ago..

Info Wealth,

Ketika menulis ini, saya sedang berada dalam penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur, ke New Delhi, India untuk memenuhi jemputan memberi ceramah keusahawanan di Aligarh Muslim University, sebuah Universiti terbaik di India.

Sering kali ke luar negara atas jemputan, isteri dan anak-anak tidak dapat turut sama oleh kerana belum cuti sekolah. Tambah lagi, anak perempuan saya yang kedua, Kasih, bakal menduduki peperiksaan UPSR beberapa hari sahaja lagi.

Alhamdulillah sering mendapat jemputan memberi talk mengenai keusahawanan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di institusi pendidikan serata dunia sejak beberapa tahun yang lalu.

Bercakap tentang peperiksaan dan juga pendidikan, ketika musim peperiksaan ini, rata-rata pastinya ibu bapa inginkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan sekiranya ada rezeki ingin pendidikan sehingga ke menara gading Universiti.

Adakalanya juga, keinginan untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk anak-anak mengakibatkan tekanan yang amat sangat dirasai ibu bapa. Tekanan tersebut pula dipindahkan kepada anak-anak untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Kertas peperiksaan tidak menunjukkan bakat sebenar anak-anak kita. Sememangya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita tetapi sekiranya kita telah berikan yang terbaik, dan tentunya doakan yang terbaik untuk anak-anak, apa sahaja keputusan peperiksaan yang dapat semestinya di redhai.

Adakalanya, anak kita tidak secerdik anak orang lain. Jangan dibandingkan oleh kerana rezeki anak kita mungkin di tempat yang lain oleh kerana Allah swt adalah perancang yang terbaik. Dan jika anak kita lebih cerdik dari orang lain, jangan pula berasa sombong dan membanding-bandingkan oleh kerana rezeki pada masa hadapan tiada siapa yang tahu.

Di dunia ini, bukan sahaja doktor, peguam, pakar ekonomi, sahaja yang berjaya. Artis, ahli sukan, usahawan dan banyak lagi bidang juga turut boleh berjaya yang tidak memerlukan keputusan cemerlang dalam peperiksaan atau segulung ijazah.

Rata-rata jika dibandingkan usahawan-usahawan yang berjaya serata dunia, ramai antara mereka bukanlah merupakan pelajar cemerlang di sekolah.

Info Wealth, teringat saya satu kartun di mana seorang hakim mengumpulkan haiwan-haiwan dari hutan, termasuk gajah, harimau, monyet, burung, ikan, ayam, kambing dan banyak lagi dan mengumumkan satu ujian untuk mencari haiwan yang paling hebat sekali di hutan.

Ujian pun di umumkan oleh hakim: “Haiwan yang boleh panjat pokok ini paling pantas akan digelar haiwan paling hebat sekali!” sambil menunjukkan pokok berhampiran.

Haiwan-haiwan lain terpingga-pingga. Sang monyet senyum sahaja!

Walaupun hanya sekadar kartun lawak jenaka, tetapi ia memberi mesej yang sangat penting dalam sistem pendidikan kita. Jangan dihakimi seseorang itu pada hanya satu ujian. Apatah lagi ujian tersebut tidak mencerminkan kebolehan, bakat dan potensi sebenar seseorang itu.

Setiap insan mempunyai kebolehan, bakat dan potensi masing-masing. Soalnya adalah untuk kita gilapkan kebolehan tersebut, asahkan bakat yang ada dan cungkilkan potensi diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa pendidikan itu penting. Tetapi apa yang lebih penting lagi adalah ILMU. Pentingnya ILMU sehingga disebutkan dalam Al-Quran lebih dari 700 kali. Ilmu itu ada pelbagai dan tiada hadnya. Dan seperti mana yang disebutkan, tidak semua jenis ilmu dicerminkan melalui kertas peperiksaan.

Teringat saya ketika menduduki UPSR satu masa yang lama dulu, saya tidak mendapat 5A. Tidak juga 4A atau 3A. Cuma mendapat 1A (Bahasa Inggeris) dan gagal 1F (Bahasa Malaysia). Gagal dalam Bahasa Malaysia namun, Alhamdulillah kini menulis untuk bacaan anda dan telah menerbitkan 7 buah buku!

Peperiksaan terakhir sekolah menengah SPM juga tidak lari dengan kegagalan, kali ini F9 dalam mata pelajaran Prinsip Aka
un. Gagal dalam Prinsip Akaun namun, Alhamdulillah bergelar usahawan dan berjaya mencapai keuntungan perniagaan RM1,000,000 tujuh tahun selepas SPM- dan kini juga menyampaikan ilmu perniagaan di universiti-universiti antarabangsa!

Buat ibu bapa yang anak-anak bakal menduduki apa sahaja peperiksaan UPSR, PT3, SPM ataupun peperiksaan di Universiti, ucapan dan doa selamat berjaya. Buat anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, wish you all the best! Bagi ibu bapa dan juga anak-anak, sekiranya telah ikhtiar yang terbaik, redha dengan apa sahaja keputusan oleh kerana masa hadapan adalah sangat cerah bagi mereka yang mengejarnya tidak kira apa sahaja bidang yang diminati!

Semoga Berjaya!

Irfan Khairi
MH190: Kuala Lumpur-New Delhi
-- Bagus dan benar sekali ucapannya...kadang2 kita terlalu nenilai anak2 melalui keputusan peperiksaan bukan melalui potensi sebenar mereka! ALLAHUKBAR

Ekonomi

HASUTAN KE ARAH MALAYSIAN SPRING

Kerapkali berlegar di kalangan pengguna aplikasi telefon pintar, mesej menggunakan nama ‘Tun Daim’ kononnya menceritakan mengenai ekonomi namun ditulis secara terpesong.

Ia akan dikongsikan pelbagai pihak tanpa memeriksa kesahihannya. Terkini, mesej menggunakan nama 'Tun Daim itu mendakwa kononnya ekonomi Malaysia akan runtuh.

Berikut dipaparkan jawapan kepada ‘Tun Daim’ mengenai ekonomi negara:

DUHAI "TUN DAIM",

Ini adalah jawapan saya kepada anda.

‘Tun Daim’ mendakwa:
Hanya berkongsi satu mesej daripada seorang rakan daripada sektor kewangan..

Nilai matawang Ringgit dijangka akan menyusut kepada RM4.50 menjelang hujung September ini kerana Ringgit tidak digunakan sebagai matawang dagangan saham dunia. Ringgit akan runtuh kerana kerajaan menyekat eksport minyak mentah ekoran lebihan bekalan.

JAWAPAN SAYA:
Nilai matawang akan turun dan naik. Ketika ini, Ringgit adalah USD1 kepada RM4.00 dan kita pernah berada pada USD1 kepada RM4.47 awal tahun ini. Kehidupan kita tidak terjejas ketika ringgit menyusut daripada RM3.20 kepada RM4.00 pada beberapa tahun ini. Kita juga tidak tiba-tiba menjadi kaya apabila nilai matawang kita meningkat daripada RM3.73 pada 2008 kepada RM3 pada 2012. Begitu juga dengan United Kingdom yang tidak runtuh apabila Pound UK menyusut daripada £1 bersamaan RM6.75 Oktober lalu dan kepada RM5.20 just baru-baru ini.

Malah, Ringgit yang lemah membolehkan kita bersaing lebih kukuh dan ini dibuktikan dengan peningkatan berterusan dalam dagangan asing dan lebihan dagangan di mana industri perkhidmatan dan pengeluaran menerima manfaat lebih baik disebalik kelemahan harga minyak dunia, yang di luar kawalan Malaysia. Ini akan membantu Malaysia untuk mempelbagaikan ekonomi negara agar kurang bergantung kepada eksport komoditi.

‘Tun Daim’ mendakwa:
Semua perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana ia adalah keruntuhan ekonomi secara keseluruhan. Rizab Bank Negara pada ketika ini adalah RM101 bilion. Tetapi hutang kita telah melonjak kepada RM614,880,270 bilion. Ini bermakna setiap cukai dibayar rakyat menanggung hutang RM18.835. Nasihat pada ketika ini ialah berhenti melabur dalam apa juga pelaburan, hartanah dan kereta. Tunai dalam tangan adalah selamat kerana malapetaka bakal menimpa.

JAWAPAN SAYA:
Anda menulis jumlah rizab BNM dengan tepat sekali namun dalam matawang yang salah. RIzab BNM ketika ini bukanlah RM101 bilion tetapi USD101 bilion, bermakna berjumlah RM400 bilion. Saya terkejut kerana seorang bernama ‘Tun Daim’ boleh melakukan kesilapan yang mengarut seperti itu.

Dan bagi hutang kerajaan pula, jangan melihat kepada jumlah semata-mata tetapi antara nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di mana ia bermakna hutang berbanding perolehan tahunan negara. Kita adalah pada paras 54 peratus ketika ini. Ketika zaman Tun Dr Mahathir pada 1982, beliau telah meningkatkan nisbah hutang daripada 40 peratus kepada 100 peratus dalam tempoh 5 tahun namun kita tetap tidak bankrap. Kita juga tidak akan bankrap pada 54 peratus.

Malah, berdasarkan kepada laporan fakta Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Malaysia dengan hutang 54 peratus berada di kedudukan 71 bagi negara mempunyai nisbah hutang tinggi berbanding KDNK, bermakna ia memerlukan 70 negara lain untuk bankrap terlebih dahulu sebelum tiba kepada giliran Malaysia, dan ini termasuk negara seperti Jepun, Singapura, UK, Amerika Syarikat, Jerman dan lain-lain.

Pulau Pinang kini memulakan projek Pelan Pengangkutan melibatkan kos RM46 bilion di mana kerajaan negeri diterajui DAP itu mengesahkan akan membuat pinjaman bagi membiayai projek itu. Dibahagikan kepada 1.6 juta penduduk di Pulau Pinang, ia bermakna setiap rakyat Pulau Pinang menanggung RM28,750 setiap seorang. Jika anda percaya RM18,835 boleh membuatkan Malaysia bankrap, ia bermakna RM28,750 setiap seorang akan membuatkan Pulau Pinang bankrap lebih pantas daripada negara ini.

‘Tun Daim’ mendakwa:
Penganlisa Ekonomi Global mengunjurkan bagi tempoh tiga bulan akan datang, ekonomi Malaysia akan runtuh. Pasaran saham dan nilai matawang akan menjunam dalam keadaan drastik. Ia lantaran unjuran ekonomi dunia yang negatif bagi tahun 2017.

JAWAPAN SAYA:
Saya rasa kita sudah mendengar dakwaan ini banyak kali. ‘Penganalisa Ekonomi Dunia’ manakah yang anda maksudkan? Malaysia masih lagi menikmati pertumbuhan menggalakkan sebanyak 4.1 peratus bagi tempoh 6 bulan ini, pasaran saham masih lagi berganda berbanding 2009 dan lebihan dagangan serta rizab masih lagi kukuh. Jadi, bagaimanakah agaknya kita akan ‘runtuh’?

‘Tun Daim’ mendakwa:
Minyak mentah akan runtuh lantaran lebihan bekalan. Memandangkan Amerika Syarikat mengeluarkan lebih banyak minyak. Alasannya ialah: i) bagi menjejaskan ekonomi Russia dan matawangnya kerana Russia berada di kedudukan pertama dunia. Ii} ISIS dalam membiayai penjajahan mereka turut menjual minyak mentah seludup daripada Syria dan Iraq turut menjualnya pada harga murah hingga membanjiri pasaran minyak mentah.

Pengeluaran minyak Malaysia akan terjejas berikutan keadaan ini, selain ketidaktentuan politik Malaysia dan rasuah yang mengekang pelaburan asing.

JAWAPAN SAYA:
Pengeluaran minyak dan eksport kita sudahpun terjejas, pada 2009, minyak mewakili 49 peratus daripada pendapatan kerajaan dan hanya 17 peratus pada tahun lalu manakala 11 peratus sahaja tahun ini. Namun kita masih tidak lagi runtuh. Jika ia jatuh kepada 11 peratus lagi sekalipun dan tiada pendapatan daripada minyak sekalipun, kita tidak akan runtuh kerana industry lain seperti pengeluaran dan perkhidmatan serta ekonomi domestik kita masih terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.

‘Tun Daim’ mendakwa:
Dunia telah menganggap Malaysia berada di kedudukan nombor 1 bagi i) Rasuah dan skandal serta penipuan kewangan dalam pengubahan wang.

JAWAPAN SAYA:
Sebenarnya, Malaysia berada di tempat 54 bagi negara yang paling kurang rasuah daripada jumlah 179 negara paling rasuah melalui Indeks Persepsi Transparency International, dan bukannya nombor satu. Saya tidak tahu siapa yang meletakkan kita di nombor satu, tetapi tentunya bukan sebuah badan yang dikenali.
‘Tun Daim’ mendakwa:
Maka, sahabat sekalian, belanjalah wang dengan cermat. Simpan wang anda untuk waktu terdesak. Kerana kita menuju kea rah kesulitan dan kesusahan. Perjalanan ini akan lebih sukar dan tidak dapat dijangka. Ia akan menjejaskan kita semua, tak kira anda kaya atau miskin. Ucap selamat kepada anda semua.. Tun Daim.

JAWAPAN SAYA:
Adalah baik untuk berbelanja kepada keperluan tetapi mesej whatsapp palsu seperti daripada anda ini semakin kerap disebarkan oleh pihak pembangkang bagi memusnahkan keyakinan pada ekonomi Malaysia.

Pembangkang kerap menyebarkan penipuan, cerita palsu bagi meruntuhkan keyakinan bagi memuaskan nafsu politik mereka. Bayangkan jika semua orang percaya penipuan dalam mesej ini dan tiada siapa pun akan berbelanja dan apabila tiada sesiapa berbelanja, maka tutuplah kesemua kedai, kilang juga akan tutup dan bank juga akan tutup. Pada masa yang sama, anda atau saya akan kehilangan pekerjaan atau perniagaan.

Untuk itu, menyebarkan tipu daya seperti ini tidak akan membantu Malaysia tetapi anda sendiri akan merosakkan Malaysia dan diri kita.

Manusia seperti itu tidak peduli apa akan jadi kepada Malaysia asalkan mereka mendapat apa yang mereka mahukan iaitu melihat Malaysia menjadi rosak. Mereka fikir, jika mereka dapat merosakkan ekonomi negara, ia akan lebih mudah untuk mereka merampas kuasa. Manusia seperti ini adalah manusia jijik. Jangan terperdaya kepada penipuan mereka dan menyebarkan mesej sarat dengan penipuan mereka bagi mencetuskan rasa benci, ketakutan yang akhirnya akan merosakkan kita semua.

Hentikanlah duhai ‘Tun Daim’ serta anda semua yang palsu dan penuh kebencian.

Sabtu, 3 September 2016

Kata²

Al kisah..

Kisah Pertama : Seorang saudara lelaki bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah saudara perempuannya itu melahirkan seorang bayi yang comel.

"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Saudara lelakinya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa."

Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, terlihat isterinya sedang merajuk di rumah. Mereka berdua telah mengalami pertengkaran kecil. Selang beberapa bebulan kemudian, antara suami dan isteri ini terjadinya perceraian antara mereka.

Dari manakah punya masalah rumahtangga mereka? Dari ucapan dan pertanyaan kecil yang diucapkan oleh saudara lelaki kepada isterinya.

Kisah kedua : Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya.

"Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”

Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut menghilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

Kisah ketiga : Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak saat itu dirinya membenci pekerjaannya. Lalu meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

Kisah keempat : Seseorang bertanya kepada makcik tua.

"Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah keterlaluan sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi."

Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan tadinya dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Kisah kelima
Seorg ibu mengunjungi rumah anak lelakinya. Setibanya di rumah, ibu itu terlihatkan isteri anaknya berpakaian selekeh, tidak bergaya dan berbadan gemuk. lalu membandingkan dgn wanita sebaya yg kelihatan muda dan pndai bergaya. Lalu timbul rasa benci dan menyampah sesama mereka dalam rumah tgga.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah diri kita dari mencampuri kehidupan orang lain.
Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

Jika terus berperilaku seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini.
Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Copy&paste

Tabligh

Minta Nasihat:
Tabligh datang kita lari, tak sempat lari kita sembunyi, tak sempat sembunyi pura2 tidur mati....

Pintu diketuk disusuli dgn salam,
Yg di dalam tadi riuh tiba-tiba suram,
Allah tarbiah kami utk sangka baik sesama Islam,
Mungkin mereka tak dgr dari dalam,
maklumlah hari sudah malam,
Dahulu nabi menyeru seisi alam,
Seru mereka kpd Islam,
Tapi Abu Jahal dan Abu Lahab pura-pura tak paham,
Kononnya pertahankan adab resam,
Walhal Al-Quran turun dgn maksud mendalam,
mengalahkan segala syair pendeta seluruh alam..

Bkn niat kami utk mengajar,
niat cuma utk belajar-belajar,
Belajar ckp benda yg benar,
nak kata hidup ini cuma sebentar,
kelak kita bertemu yg Maha Besar,
Marilah kita beriman sebentar,
bercakap-cakap tentang kubur,sirat dan masyar,
mudah-mudahan iman yaken bertambah lebar.

Pintu diketuk sebanyak 3 kali,
Sambil itu salam diberi,
Keluar pula seorang lelaki,
rupanya rumah tuan haji,
Dgn wajah berseri-seri,
Manis senyuman tidak terperi,
Lega segala hati kami,
dipelawa masuk tp tak cukup time diberi,
cukuplah kami sekadar di sini,
menghidupkan amalan sunnah nabi,
tapi syg ada yg tak faham-faham lagi,
Bkn takat dicaci bahkan dimaki,
Tak tahu mana dia kesalahan kami,
Rupanya inilah dia kerja nabi,
Iman ditarbiah cara begini,
Sabar diuji berkali-kali,

Azan dilaungkan 5 kali sehari,
Syaitan mendengar terus bersembunyi,
Dlm jamban mmg pilihan sensasi,
Dakwah kpd solat pun syaitan lari,
Dakwah kpd Iman lagilah syaitan benci,
Yg pelik Mat rempit pun lari,
Baru nmpk jamaah berjalan kaki,
Belum sempat salam diberi,
Habis sume mencicit lari,
Meluncur laju mcm Velentino Rossi,

Benci benarkah mahu dgr tentang Allah?
Benci sgtkah mahu dgr kebesaran Allah?
Malukah diri kita mahu dengar kehebatan Allah?
Siapakah yg beri kita rezeki tiap2 hari bukankah Allah?
Siapakah yg perlihara kita sejak dalam rahim bukankah Allah?
Siapakah yg mencipta kita bukankah Allah?
Susah sgtkah mulut mahu ckp yg beri kita mkn itu Allah?

Hari ini kita mesti faham kerja dakwah kerja kita,
Bkn takat kerja ustaz,alim dan ulama,
Tak kira kita petani,peladang,kerani,doctor, YB dan Raja,
Kerja dakwah kerja fulltime kita,
Kerja dunia hanyalah kerja partime sahaja,
Ingatlah teman Ingatlah taulan,
Dunia ini tempat sementara,
Dlm kita bersenda,
Dlm kita bersukaria,
Kerja nabi mesti jalan juga,
Tak kira sesibuk mana,
Tak kira kita di mana,
Kitalah pewaris tugas anbia.

Hari ini,
nama jemaah sudah diberi,
Bkn Maulana Ilyas yg kasi,
Penduduk Malaysia gelarkan tabligh,
Dan bila jamaah melangkah kaki,
kanak-kanak kata lari,
Tabligh datang kome sembunyi,
Di Malaysia mungkin janggal lagi,
Di zaman nabi ziarah dibuat tiap2 hari,
Bkn takat di Aidilfitri..

Ayuh bangkit semua pemuda,
Termasuklah yg tua bangka,
Tak kira kita siapa,
Terpaksa atau suka rela,
Tidak kira dimaki dan dicerca,
Tidak kira kita mulia mahupun hina,
Ayuh hidupkan Dakwah bawaan Baginda,
Ini Syair Hafiz kilau yg punya,
Kalau nk copyright aku pun rela,
Ingatlah kejayaan kita dlm agama,
Blog ini hiburan semata-mata,
Dakwah hanya sa nya cara baginda s.a.w yg Allah terima....
InsyaAllah.....

Pekser

Muhd Nabil:
Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada Ustaz Zahazan Mohamed

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa
2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang
3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak
4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain

7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah alam nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ..

#buat semua calon PEPERIKSAAN 2016

Jumaat, 2 September 2016

Stres pelajar


Kami memberi perhatian serius terhadap kajian Kementerian Kesihatan baru-baru ini ke atas 30,000 orang pelajar sekolah dari 2011-2015 yang mendedahkan 2 daripada 10 orang pelajar di negara ini mengalami sakit mental.

Kenyataan ini sangat serius memandangkan generasi muda sekarang adalah pewaris masa depan negara. Malah ia perlu dilihat sebagai bom jangka yang boleh memberi kesan sosial dan ekonomi yang berat jika ia tidak diatasi dengan berkesan.

Selain pelbagai faktor yang menjadi punca kepada tekanan emosi, stres dan mental yang tidak stabil di kalangan pelajar, kami berpendapat sistem pendidikan yang membebankan harus diambilkira di dalam negara ini.

Isu sistem pendidikan yang terlalu memfokuskan pencapaian akedemik yang diukur melalui keputusan peperiksaan pernah dibangkitkan oleh pelbagai pihak di kalangan ibu bapa, pendidik, ahli akademik dan penggubal kurikulum. Kesan negatif yang berkait dengan tekanan emosi dan hilang minat belajar adalah antara akibat dari beban pembelanjaran yang terlalu memberatkan akademik.

Sistem pendidikan yang menumpu kepada mencapai gred cemerlang menyebabkan pendidik dan ibu bapa tertekan untuk memastikan pelajar di bawah jagaan mereka mendapat segala peluang untuk bersiap menghadapi peperiksaan. Akibat memaksa anak-anak menghadiri tiusyen dan pelbagai aktiviti yang menambah beban mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik, tekanan emosi dan mental menjadi natijah yang tidak dapat dielakkan.

Kami menyarankan bahawa jika sistem pendidikan tidak digubal agar menjadikan ia lebih mesra ilmu dan mesra pelajar, isu stres dan sakit mental seperti yang dikaji oleh pihak Kementerian Kesihatan tidak akan selesai.

Perlu diingat betapa ibu bapa sendiri mengamali stres kerana pencapain anak-anak dalam peperiksaan di sekolah menjadi ukuran utama. Mereka terpaksa berbelanja lebih dengan penambahan kos pendidikan untuk membiaya kelas tiusyen. Bertambahnya pusat tiusyen menandakan adalah disebabkan permintaan ibu bapa yang mahu anak-anak mencapai kecemerlangan akademik sebagai matlamat utama.

Demikian juga tekanan yang dirasai oleh pendidik yang terpaksa memberi fokus lebih kepada pencapaian peperiksaan pelajar kerana mereka juga diukur dengan kriteria yang sama. Keresahan guru terhadap sistem pendidikan kini yang membebankan, menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh guru dan murid menjadi sangat berat.

Kami prihatin bahawa sistem pendidikan begini sudah banyak dikaji semula oleh negara seperti Singapura dan India. Mereka melihat bahawa generasi muda harus diberi peluang melalui pendidikan yang lebih merangsang potensi ingin tahu dan mencungkil minat untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang secocok dengan keperluan mereka. Bukan dengan tekanan dan paksaan yang menyebabkan pembelajaran menjadi suatu beban.

Peringatan pihak Kementerian Kesihatan bahawa implikasi sakit mental di kalangan pelajar yang didapati menjadi gejala yang merisaukan, harus dipandang serius lantaran ia bukan sahaja bahaya kepada diri pelajar itu sendiri malah kepada keluarga dan masyarakat sekitar.

Fenomena jenayah, lari dari rumah, ponteng sekolah, gengsterism, merokok, dadah dan perlakuan ganas menjadi rantaian akibat dari tekanan emosi, stres dan sakit mental yang tidak terkawal.

Kami menggesa supaya isu ini ditangani secara menyeluruh di peringkat Kementerian Pendidikan, Kementarian Kesihatan dan pelbagai agensi awam dan institusi masyarakat yang lain. Semakan kepada kurikulum dalam sistem pendidikan perlu dilakukan untuk merengankan beban pelajar, guru dan ibu bapa. Hanya dengan cara ini gejala sakit mental di kalangan golongan berusia muda dapat diminimumkan. -HARAKAHDAILY 3/9/2016

Penulis ialah Presiden Mapim.

Kapel

Exclusive Report : Couple & Cinta

Aim of experiment :
Untuk mengkaji perbezaan antara Couple & Cinta.

Problem statement :
Ramai makhluk hidup yang salah konsep mengenai Couple dan Cinta.

Hypothesis :
Makin ramai yang Couple, makin ramai masuk Neraka.
Makin ramai yang letak Cinta Allah nombor satu, makin ramai masuk Syurga.

Variables:
Constant = Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi & Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi
Manipulated = kehadiran ikatan sah antara Makhluk Hidup.
Responding = The presence of Dosa & The presence of Pahala

Material :
Makhluk Hidup Lelaki & Makhluk Hidup Perempuan. Makhluk Laknat Syaitan juga.

Experiment’s Procedure :
1. Put Makhluk Hidup Lelaki Ajnabi dan Makhluk Hidup Perempuan Ajnabi dalam keadaan bercinta sesama mereka.
2. Put two of the Makhluk hidup in different condition, kondisi 1 : tiada ikatan sah & kondisi 2 : ada ikatan sah.
3. Observe if there is any Makhluk yang ketiga(Makhluk Laknat Syaitan).
4. Record the observation.

Observation :
Makhluk Hidup Ajnabi yang tiada ikatan sah : There is presence of Dosa and presence of Makluk yang ketiga
Makhluk hidup Ajnabi yang ada ikatan sah : There is presence of Pahala only.

Inference :
#1 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta tiada ikatan yang sah akan dapat DOSA dan adanya kehadiran Makhluk yang ketiga.
#2 Makhluk hidup Ajnabi yang bercinta ada Ikatan yang sah akan dapat Pahala dan Makhluk yang ketiga Nangis teresak-esak.

Conclusion :
#1 Cinta tanpa ikatan yang sah akan membawa ke Neraka. Itulah hubungan Couple.
#2 Cinta dengan ikatan yang sah akan membawa ke Syurga. Itulah hubungan Suami Isteri .

---------------------------------------------------------------------

Conclusion Exclusive :
Aku jawab beberapa persoalan mainstream sempena report exclusive aku

Cinta, Rindu, Suka, Minat, Fall in Love, Crush?
Tidak menjadi satu kesalahan kerana semua itu ialah fitrah semulajadi yang suci.
Anugerah daripada Allah SWT kepada Makhluk Hidup manusia.

Couple?
Dosa, Haram, dan Neraka.
Apa-apa yang mendekatkan diri kita kepada kepada Zina walaupun sekecil langkah Inche Kuman yang kecik tu, maka HARAM.
Couple secara obviousnya membawa kearah Zina maka automatically hukumnya HARAM.

Perbezaan Couple dan Cinta?
Cinta = anugerah Allah yang merupakan fitrah yang suci.
Couple = ialah sebuah fitrah Cinta yang telah dikotori dengan Hawa Nafsu manusia dan cap jari Makhluk Laknat Syaitan yang busuk.

Couple Islamik?
Najis = Kotor selama-lamanya.
Couple = Haram selama-lamanya.
Kalau korang mampu bersihkan & sucikan Najis maka couplelah.

Tapi problemnya Najis tu kotor dan jijik selamanya. Tak mampu nak disucikan.
Same goes to Couple, korang tak mampu nak sucikan atau nak islamikkan selamanya.

Kalau nak sangat, KAHWINLAH!

Adakah tunang boleh?
Syarat tunang = kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkahwin dalam satu masa yang ditetapkan.

So bebudak sekarang fikir yang bila dah setuju sesama mereka maka dikira bertunang.
Betul mereka dah bertunang. Sah tunang mereka. Sah di sisi syariat.

Masalahnya, mereka tak bagitahu dengan parents masing-masing.

Uhukk uhukk,
Dah lah makan minum berak kencing masih ditanggung oleh mak bapak, ada hati nak bertunang tanpa pengetahuan parents -.-

Ini pendapat exclusive aku :
Bagi yang masih dibawah tanggungan ibu bapa dan bertunang tanpa pengetahuan ibu bapa, maka tidak sah hubungan tunang tersebut.

Itu namanya Couple!
Dosa, Haram, dan Neraka. Itu hadiah untuk kau

Not just that,
Walaupun dah bertunang, namun kena ingat.
Korang belum berkahwin lagi!

Jangan nak menggatal ambil gambar bersama dekat-dekat, berdua-duaan.
Tunang bukannya kahwin!

Hanya KAHWIN yang menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan ajnabi.

So?
Kahwinlah. Jangan tunang lama-lama

Adakah merindui atau suka seseorang dosa?
Rindu dan Suka someone ialah Fitrah semulajadi anugerah Allah special untuk makhluk hidup manusia.
Tak salah untuk rindu atau suka someone.

Tapi yang menjadi masalah ialah apabila berlebih-lebihan.
Rindu berlebih-lebihan.
Suka berlebih-lebihan.

Sampaikan gambar jadi wallpaper laptop dan phone.
Sampaikan teringat-ingat setiap masa.

Sehinggakan boleh menjadi DOSA dan HARAM.
HARAM dengan adanya Zina Hati apabila memikirkan orang yang dirindui atau yang disukai.

Conclusion of the Conclusion over the Conclusion :
Letak Cinta Allah paling atas.
Letak Cinta Allah paling tinggi.
Dan letak juga Cinta Nabi di sisi.

Cinta Allah & Cinta Nabi menandingi segala Cinta lain.
Cinta lain = Cinta parents, Cinta suami, Cinta Isteri, Cinta Dota, Cinta Runningman, Cinta couple dan thousands other laa…

Serious talk, If you guys mampu buat those things, hidup korang akan bahagia.

Bahagia dunia.
Bahagia Akhirat.
Bahagia hingga ke Syurga Allah.

Sekian. Moga Allah Redha ;D