Sabtu, 24 September 2016

Sekolah

SEKOLAH BUKAN LAGI SATU-SATUNYA PILIHAN UNTUK BERJAYA. MOHON KELUAR!
.
Saya nak ceritakan sedikit REALITI yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia ni. Abaikan kisah FANTASI seperti yang anda lihat dalam “Oh My English” tu, takde sekolah yang macam tu, tahyul semua tu.
.
Tuan Cik Puan tahu tak, ada ramai pelajar yang tak bawa apa-apa ke sekolah? Mereka hanya bawa tubuh badan, dan pakaian yang ada pada badan mereka saja. Takde buku, pen, dll.
.
“Ah, budak jahat memang macam tu”
.
Emmm saya pun mula-mula fikir macam tu, tapi ternyata, saya silap. Anda silap.
.
Setelah pemerhatian dibuat, ramai juga pelajar baik-baik dari keluarga baik-baik juga yang tidak membawa apa-apa ke sekolah. Tak cukup dengan itu, mereka tak buat kerja rumah, tak jawab soalan peperiksaan, tak aktif dalam kelas dll.
.
Ramai pelajar dah mula hilang minat nak belajar!
.
Pelajar dah tak minat, result exam rendah, guru-guru marah... akhirnya mak bapak kena datang sekolah menghadap PK HEM sebab anak-anak tak perform, plus masalah-masalah disiplin lain lagi.
.
GURU salahkan PELAJAR
PELAJAR salahkan KAWAN
MAK BAPAK salahkan GURU
.
Mak bapak panas... Panas kepada PK HEM, panas kepada anak, panas kepada sekolah. Dapat tahu pula anak dirotan. Hah, ternampak nombor telefon wartawan akhbar, telefon terus, mengadu... Hah, ada Facebook, update status terus, letak gambar, mengadu...
.
Mak bapak dah tak sedap nak datang sekolah, cikgu-cikgu pandang lain macam... anak-anak pun tak sedap nak datang sekolah, kawan-kawan pandang lain macam...
.
Sorang pelajar pulak mencuri dalam kelas, pengawas datang buat spot check, takde sape mengaku. Kawan-kawan yang tahu pun semua diam, takut kena belasah.
.
Guru-guru masuk kelas pun dah takde mood. Nak ada mood macam mana, semalam baca kat Facebook pelajar-pelajar dok kutuk dia, cakap macam-macam pasal dia. Ada pulak tukang ngadu print screen perbualan pelajar-pelajar dalam group whatsapp dan send ke whatsapp guru.
.
“Tolol la Nora, dio buwi kijo sekoloh banyok nak mapuh”
“Bengong la, supo kito takdok kijo”
“Babi natey Nora...”
“Nora Si Babi...!!!”

*nora --->bukan nama sebenar
.
Menitis air mata guru membaca ayat pelajar-pelajar dalam whatsapp. Anda rasa, adakah guru itu akan masuk dengan positif dan husnuzzon keesokan harinya dalam kelas?
.
Never! Impossible!
.
Saya pernah tanya seorang pengetua, “Kenapa tak buang saja pelajar-pelajar ni?”. Beliau jawab, kena ada prosedur, kena ada laporan kaunseling, dll. Paling senang kalau pelajar tu mohon berhenti sekolah.
.
Saya pernah tanya seorang pelajar “Kenapa tak berhenti sekolah?”
.
Diam membisu, takde jawapan.
.
Saya tanya ibu bapa, “Kenapa tak berhentikan sekolah anak?”
.
“Kalau berhenti sekolah, nak hidup macam mana?”
.
Eh...
.
Eh...
.
Eh...
.
Dengar sini semua pelajar, ibu bapa, guru, atau sesiapa saja.
.
TOLONG BUKA MATA DAN PANDANG SEKELILING..!! INI TAHUN 2016, BUKAN TAHUN 1970!!!
.
Kalau pelajar tu dah taknak sekolah, takde minat sekolah, buat apa hantar ke sekolah? Kalau dia pergi sekolah, bawa balik result exam macam HAR*M, apesal kau hantar budak tu gi sekolah lagi?
.
Kalau cikgu dah benci kau, kawan-kawan dah benci kau, buat apa kau pergi sekolah lagi samdol?
.
Hei, baca ni baik-baik.
.
Saya bukan marah kamu nak belajar, bukan marah kamu nak berusaha... saya marah bila kamu buat benda yang tak berguna dan mensia-siakan masa bertahun-tahun, demi sesuatu yang kamu takkan dapat!
.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia ni nak suruh budak-budak tu semua jadi doktor, arkitek, jurutera, guru, dll. Itu halatuju sistem.
.
Semua plan ‘kemahiran’ dll tu pun tidak efektif kerana ianya masih berada dalam sistem. Selagin kamu berada dalam sistem, kamu tak boleh score mengikut bakat dan kreativiti kamu!
.
Hei...!!!
.
Tak baca ke buku-buku ilmiyah? Asyik baca novel cinta “Suamiku Tukang Fogging Aedes” saja, mana nak pandai.
.
Kalau sape-sape baca buku ilmiyah tentang analisis sosial semasa, anda semua akan tahu yang zaman ini bukan lagi zaman industri macam datuk nenek kita dulu. Zaman tu, semua orang paku kat dahi “NAK KERJA KERAJAAN”.
.
Ini zaman baru.
.
Sarjana dunia menggelar zaman ini sebagai ZAMAN BAKAT DAN KREATIVITI.

Siapa ada bakat dan kreativiti akan berjaya. Hei, kamu ada smartphone kan? Selain main whatsapp dan Facebook, apa kamu buat lagi?
.
Cuba la tengok-tengok latar belakang nama-nama besar dunia hari ini, adakah mereka jadi sehebat sekarang hanya dengan pergi sekolah? Nope! Mereka gunakan beberapa ilmu asas saja, selebihnya mereka kembangkannya ke aras baru dengan bakat dan kreativiti.
.
Hari-hari baca surat khabar tentang graduan universiti yang menganggur, takde kerja... Tak nampak lagi ke? Ini bukan zaman macam zaman dulu.
.
Saya pernah ke IMKK Dr Azizan Osman tahun lepas, demi Allah saya duduk sebelah seorang pemuda kelulusan kejuruteraan, tetapi menyara hidup dengan menjual air tepi jalan. Sumpah!
.
Lagi mau letak anak yang taknak belajar di sekolah?
.
.
Tuan Cik Puan, dengar nasihat saya.
.
Kalau pelajar-pelajar tu dah taknak sekolah, takde minat nak sekolah, pergi sekolah tapi tak perform, ataupun dia pergi sekolah tapi dari bahasa tubuhnya kita tahu yang dia tak dapat apa-apa manfaat di sekolah...
.
Saya sarankan... “BERHENTIKANLAH MEREKA DARI SEKOLAH”
.
Bukannya berhenti sekolah, untuk jadi sampah masyarakat!
.
Tapi berhentikanlah dia dari tempat yang tidak membantunya dalam hidup, dan bagi peluang kepadanya untuk mencari jalan hidup yang sesuai dengannya bertepatan dengan bakat dan kreativitinya.
.
Pelajar malas yang pandai baiki motor. Pergi sekolah asyik buat masalah. So??? Berhentikanlah dia dari sekolah, hantar dia ke bengkel motor, suruh dia kerja sana. Kembangkan POTENSI dia. InshaAllah nanti besar dia boleh buka bengkel motor sendiri, buat duit kaw-kaw punya.
.
Sekolah malas! Tapi suka buat kuih-muih. Berhentikanlah dia dari sekolah dan latihlah dia buat kuih-muih, kek, dll. Lagi mantap, hantar ke kelas bakery atau apa saja. Gilap bakat masakan tu. InshaAllah besar-besar buka bakery, buat duit.
.
Pelajar suka berniaga? Suruh dia jadi kuli peniaga lain, kutip pengalaman. Nanti 2-3 tahun dia dah boleh buat bisnes sendiri.
.
Pelajar suka agama? Hantar dia ke pondok, belajar agama, belajar jadi imam, belajar jadi ketua masyarakat...
.
Kenali BAKAT mereka. Bukannya paksa mereka belajar benda yang takde kena-mengena dengan diri mereka.
.
Silap-silap, kawan sekelas dia baru grad, tengah pening nak bayar PTPTN, tengah pening cari kerja... last-last gi kerja dengan dia sebab dia dah ada ofis dll. Why? Sebab dia mula bina kerjaya lebih awal. Bukannya umur 24 tahun baru nak sedar bakat sebenar.
.
.
Kesannya?
.
Guru-guru akan lebih produktif kerana mereka hanya mengajar pelajar yang NAK belajar (bukannya pelajar yg tak tahu pun kenapa mereka datang sekolah).
.
Ibu bapa lebih gembira kerana anak-anaknya tidak stress dan membina laluan kerjaya dengan baik.
.
Pelajar-pelajar semestinya lebih gembira kerana mengembangkan hidup dengan BAKAT dan KREATIVITI mereka.
.
Fikir-fikirkan.
.
Ini mungkin bertentangan dengan dasar pendidikan negara.
.
Tapi, fikir-fikirkan...
.
.
By the way... Pelajar-pelajar yang NAMPAK masa depan mereka di sekolah, teruskan ke sekolah. Semestinya ilmu di sekolah juga penting kepada mereka yang memerlukannya.
.
Selamat berfikir.
.
KERAJAAN MALAYSIA... Jangan kecam saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan