Isnin, 31 Oktober 2022

Sihat cara nabi

 Rekod Tahun 1981 


Hari ni datang satu patient berumur 78 tahun , Lahir pada tahun 1944 .. 


Nurse letak rekod pesakit atas meja ..

“ Doktor , Ada patient “ balas nurse


Aku tengok kad rekod ni .. Punya lah tebal 😂


Aku belek balik rekod dia , Dia mula datang ke klinik ni sejak .. Tahun 1981 . Aku pun tak lahir lagi masa tu 😂 Interesting ! Sangat teruja. 


Uncle wong , Datang ke klinik , Sihat berjalan , Cumanya ada masalah hypertension , Datang untuk follow up saja . Not so bad 140/80 untuk umur 78 tahun .. Fuhhhhh…


Untuk orang yang berumur 78 tahun , Jalan laju macam orang muda .. Memang membuatkan aku teruja..


So bila dapat patient macam ni , Memang aku lagi kuat berborak. 


Tak ada diabetis , Tak pernah buat by pass cardiac surgery , Jarang masuk ward .


Pada aku ini adalah satu nikmat , Satu kekayaan , Kekayaan dari segi kesihatan


Aku pun tak puas hati , Aku check satu badan .


Penglihatan Mata Normal , Cuma ada guna correction lense untuk membaca sahaja .


Udara yang masuk ke paru paru lancar . 

Ritma jantung cukup cantik selari dengan degupan nadi .


Paling aku amaze , Dia punya lutut . 

Lutut dia tak ada lansung “ Krak krukk” 

Bermakna pelapik lutut dia masih cantik . Tak ada knee osteoarthritis .


Tak macam orang berumur 78 tahun .


Aku puji la lutut dia ..


dia terus bangun , Dia showcase dekat aku ..


Dia terus mencangkung lepas tu diri ..


“ See .. i boleh cangkung .. no problem punya “ balas uncle wong


“ Ok ok stop..” Balas aku 

Aku pulak yang seram tengok dia mencangkung 😂


“ So uncle wong , Tell me your story , Macam mana u jaga badan ? tanya aku


So uncle wong pun kasi aku beberapa amalan dia ..


1-  Jangan pening cari wang


Kata uncle wong , Hidup ni memang kena berusaha , Kerja untuk cari duit . Tapi kalau tak dapat macam mana yang kita nak , Kita kena terima dengan hati terbuka , Anggaplah bukan rezeki kita . Jangan pening kepala . Teruskan usaha macam biasa .


“ I ada ramai kawan , Hari2 pening cari wang , Sudah masuk umur 65 , sudah nyanyok .. Tapi tak kaya pun ..” balas uncle wong tergelak 😂


Main point dia - Benda tak perlu stress jangan buat stress


2 - Happy


Uncle wong cerita , Lebih 60 orang kawan2

yang dah meninggal . Kebanyakkan nya menjalani hidup dengan stress . Mereka tak faham apa itu Happy . Mereka rasa hanya duit sahaja boleh jadi kan hidup seseorang itu happy .


“ haiyaaa Ini hidup bukan lama sangat , U mau hari 2 sakit kepala apa bikin ?” Balas Uncle wong


3- Walk Daily


“ i  dari muda sampai sekarang , I memang suka jalan punya … Satu hari i mesti mau jalan 5000 step .. U ingat i sudah tua tak tau apa itu 5000 step ka ? Tahun 1970 lagi sudah ada kempen berjalan 5000 step sehari tau ..” Balas Uncle wong


Wah .. rupanya kempen berjalan 5000 step sehari ni bukan benda baru , Sejak tahun 1970 an lagi sudah ada kempen fitness ni eh .. 


4- Dont Rush


Dont rush apa yang aku nak sampai kan , Buat segala aktiviti dengan tertib . 


“ I selalu tidur jam 10 malam , Pagi jam 5 sudah bangun .. Kalau i bangun tidur  , I buka mata dulu .. kemudian i duduk 5 minit , I practice breathing exercise … Lepas tu baru i berdiri ..” Balas mr wong 


So aku ulas skit apa maksud mr wong ni dari sudut medical .


“ Orthostatic Hypotension “ keadaan di mana , Bila dalam keadaan baring atau duduk , Kita terus bangun tergesa gesa/ Mengejut  menyebabkan tekanan darah kita jatuh menjunam . Menyebabkan pening kepala , Mabuk dan sebagainya .


Apa yang uncle wong ni buat , sebelum terus bangun , Dia duduk dulu , untuk pastikan circulation tekanan darah berada pada tahap optimum sebelum bangun .


5 Sugar is our enemy


Semua orang tahu kan , Gula ni kalau ambik dengan berpada boleh jadi kawan .


Tapi kalau 24 jam kau mentedarah gula , Off course lah jadi lawan . 


Tak payah la aku cerita panjang .. Semua orang tahu keburukan gula


6 ) Berhenti sebelum kenyang


Uncle wong kita ni chinese .. Tapi cara dia makan macam nabi . Berhenti sebelum kenyang .


“ i suka kunyah makanan banyak kali , Sampai dia betul2 kecik .. dan I tak suka makan kenyang2 , i akan stop bila i rasa cukup ..” Balas Uncle wong


Kunyah makanan banyak kali pun cara nabi . 


Dia tak ada pantang bab makanan , Sebab dia memang seorang yang foodie . Tapi dia sentiasa amalkan berhenti sebelum kenyang .


Dia makan , Tak kenyang lagi dah stop . 

Kita kalau start makan , esok pun belum tentu stop . Bila nak stop nye ni ? 😂


So last tu aku tanya


“ Mana uncle belajar ini semua ?” Tanya aku


“ Dulu i ada sorang kawan , Nama ismail .. Dia kata .. Kalau i mau sihat , I kena ikut cara nabi .. Dia lah ajar i semua ini … i Ikut cara nabi u laa.. “ 

Balas uncle wong tersenyum 


Apa yang islam dan nabi ajarkan tu , Adab makan , Adab jaga diri .. semua dah ada .


Non muslim jugak yang praktikan ..


Setepek kena dekat muka aku .. ambik kau ..

Rasainnnn.. 😂 Lemahhhh!


Kredit Dr. Yazeed FB

Khamis, 27 Oktober 2022

1 nov

 Pentadbir susahkam saya Sampai sy jadi guru 2 alam..sampai pikir macam tu.. Alasan Macam2 diberikan antaranya tak cukup guru subjek.. 

Tetapi hakikatnya sebab sy tak vaksin.. 

Diorg fikir bila sy 2 alam..

Cikgu pagi relief separuh..

Cikgu petang relief sy separuh..


Hikmahnya untuk sy..

Enjoy ssgt 2 alam ni.. Hahaha


Tiba2 ada pulak guru2 yg Jelous kt sy 2 alam..


Ura2 tahun depan sy jadi sesi pagi semula..Tiba2 jadi gitu.. Siap pentadbir bgtau.. Isu vaksin dah habis kan.. Hurmmm

Ingat kita ni bola.. 


Niat pentadbir nak susahkan sy..

Tetapi hakikatnya Allah mempermudahkan segala urusan sy..


Sy sampai dalam hati berdoa.. Seandainya memg niat pentadbir untuk susahkan kehidupan saya, 

semoga Allah menyusahkn kehidupan mereka. 

Sy jadi geram tindakan mereka buat kat sy sesuka hati..

Rabu, 26 Oktober 2022

Futur mekah

 Ini sangat *misteri.* Seseorang itu adalah *pemimpin Islam.* Bukan ahli politik. Sebab selepas Tun M ambil alih, politik negara menjadi sangat haru biru. Darurat akan diisytiharkan untuk mengelakkan kacau bilau dan pertumpahan darah yang lebih besar. 

Ramai menyangka ini adalah agenda NWO untuk mencetuskan huru-hara. Tetapi sebenarnya ia adalah kehendak Allah untuk membersihkan negara ini dari penjahat dari kalangan ahli-ahli politik yang menyebabkan negara ini begitu rosak jadinya. Peristiwa ini akan berlaku  dalam tempoh *SEMINGGU* hingga *SEBULAN* atau mungkin lebih sedikit selepas PRU. Selepas darurat sekaligus semua ahli-ahli politik demokrasi sudah hilang peranannya atau lenyap. Mereka akan *jatuh setandan* atau serentak atau sekaligus. Dengan cara ini, apabila Tun M menyerahkan kuasa kepada seseorang nanti tidak akan ada ahli-ahli politik yang akan mempersoalkan tindakan beliau.

 Ketika itu juga hampir majoriti rakyat menerima penyerahan kuasa itu dengan perasaan suka, redha dan  tenang. Selepas darurat dalam *tempoh* lebih dari *sebulan* membawa *keenam* bulan kepimpinan Tun M, bumi Malaysia akan mula memasuki *zaman* *keberkatan* *langit* dan *bumi* . Ketika ini, insha'Allah Tun M akan diberikan hidayah dan panduan oleh Allah untuk menyerahkan kuasa tersebut. Ianya dijangka selepas *muharam* tahun depan. Amerika Syarikat(AS), Negara-negara Eropah(EU) dan Negara China dan lain-lain akan *dilemahkan* oleh Allah. Mereka mengalami krisis ekonomi dan kewangan yang amat dahsyat. Hingga menyebabkan AS, EU dan negara kuasa besar dunia yang lain mulai hancur ekonomi mereka dan berlaku huru-hara di dalam negara mereka. 

 Keadaan ini menyebabkan negara-negara tersebut tidak mampu mengganggu peristiwa penyerahan kuasa Tun M kepada pemimpin Islam(Khalifah) itu. Peristiwa penyerahan kuasa itu akan menggemparkan *Timur* dan *Barat* . Ianya akan berlaku secara aman, damai dan sangat harmoni. Mengulangi sebagaimana peristiwa *Futuh Mekah Pertama* dahulu di kota Mekah.

Isnin, 24 Oktober 2022

Logik vs taqdir

 Ada dua orang bersahabat, yang satu bernama "Logik" dan yang satunya lagi bernama "Takdir"".


Keduanya naik kereta, dalam sebuah perjalanan yang panjang...


Di tengah jalan kereta mereka kehabisan minyak dan mati enjin..


Keduanya berusaha melanjutkan dengan berjalan kaki sebelum datang waktu malam.


Tapi sebelum itu keduanya berusaha menemukan tempat beristirehat, setelah itu baru melanjutkan lagi perjalanan.


Si Logik memutuskan untuk tidur di bawah sebatang pohon..


Sedangkan si Takdir memilih tidur di tengah jalan.


Logik berkata kepada Takdir: Kamu gila! Kamu menjatuhkan dirimu kepada kematian. Boleh jadi ketika kamu tidur ada keretal yang lalu dan melanggar tubuhmu.


Takdir menjawab: Saya tidak akan tidur kecuali di tengah jalan ini. Sebab boleh jadi ada kereta yang datang lalu ia melihatku dan mengajakku bersamanya.


Akhirnya Logik betul-betul tidur di bawah pohon dan Takdir tidur di tengah jalan.


Tidak beberapa lama setelah keduanya tertidur, lalu sebuah lori dalam kelajuan tinggi.


Tatkala pemandu melihat ada yang tidur di tengah jalan, ia berusaha berhenti dengan mendadak, tapi sayang tidak boleh.


Akhirnya pemandu memusing stering  dan lori itu berbelok ke arah pohon dan langsung melanggar Logik, sehingga selamatlah si Takdir.


Inilah kenyataan hidup, bahawa Takdir memainkan peranannya di tengah-tengah manusia. Kadang-kadang Takdir bertentangan dengan Logik.


Maka boleh jadi terjadinya tertundanya dalam perjalanan ada keselamatan di sebalik itu.


Boleh jadi tertundanya kita mendapatkan suatu hak kerana ada hak orang lain yang selama ini kita abaikan dan tidak kita pedulikan.


Boleh jadi ditolaknya lamaran kerja kita ada hikmah besar di sebalik itu.


Tertundanya pertolongan dan kemenangan juga pasti ada manfaat yang sangat besar di belakang itu.


"Boleh jadi kita membenci sesuatu padahal ia baik".


Yang dikagumi terkadang tidak mengerti.


Yang dicintai terkadang tidak merasa.


Yang dirindukan terkadang tidak tahu.


Yang dikasihi terkadang menyakitkan perasaan.


Yang di-inginkan terkadang tidak sesuai dan sejalan.


Yang tidak disangka terkadang terjadi.


Yang kaya terkadang boleh jatuh miskin.


Yang dihina terkadang boleh jadi sangat berjaya.


Logik adalah salah satu alat dan cara untuk berjuang memperbaiki nasib/keadaan....tapi tidak boleh lupa untuk tetap bersandar dan memohon kepada Allah...


Sedangkan Takdir adalah suatu misteri, tapi jika kita taqwa dan mengikuti jalan-Nya, maka yakinlah bahawa TAKDIR itu akan INDAH , kerana hanya Allah swt yang boleh mengubah semua aspek hidup kita menjadi indah pada waktu-Nya....


@Nukilan_kifarah

Ahad, 23 Oktober 2022

Guru hebat

Olahan semula

#MFS


Terbunuhnya jiwa seorang guru, matilah jiwa ribuan murid-murid. Nak hidupkan sekolah, nak bagi setiap program penuh keterujaan, seronok dan gembira, hidupkanlah jiwa guru.


Hidupnya jiwa seorang guru, setiap tunjuk ajar lebih menarik. Setiap program sekolah lebih meriah. Sayangnya, ramai guru-guru mula mati jiwa mereka


Mati jiwa, matilah semangat. Matinya semangat, segala kerja buat dilaksana hanya kerana terpaksa, bukan lagi rela.


Maka menjadilah segelintir guru-guru yang hanya tunggu gaji masuk, mengajar hanya buat syarat, sedang jiwa sudah tiada.


Jadi pak turut, jadi pak angguk, lantakkan betul atau tidak, lantakkan kelemahan, kerosakan yang ada. Biar saja.


Dan seperti biasa, mereka yang penuh jujur dalam bicara pasti takkan terlepas dari dianiaya, dipinggir dan dipulaukan.

Sabtu, 22 Oktober 2022

Buruk

 *MENILAI*




🌻 jangan menilai buku dari sampulnya jika kamu menilai buku dari sampulnya kamu mungkin kehilangan cerita yang luar biasa didalamnya





🌻 kerana terlalu cepat menilai kadang kita kehilangan kesempatan  mengenali Orang-orang hebat kenali seseorang bukan dari kata-kata orang lain kerana pandangan kita tak selalu sama Ambil kebaikan darinya jangan ingat keburukannya





🌻 kenali  terlebih dahulu sebelum menilai kerana yang nampak cantik tak selalu cantik dan yang nampak buruk tak selalu buruk





🌻Niat adalah ukuran untuk menilai benarnya suatu perbuatan jika niatnya benar maka perbuatan akan benar dan jika niatnya buruk maka perbuatan ikut buruk 





🌻 Terkadang apabila kita melakukan sesuatu kebaikan dia tak selalu dinilai baik oleh orang lain Tapi tak mengapa kerana Allah tidak pernah salah menilai hambanya





🌻 Siapa tahu orang yang kita nilai keburukannya ternyata dia berjaya menyambunyikan amalan ibadah yang hanya dia dengan Allah sahaja yang tahu boleh jadi dia buruk dan tak dikenali di mata manusia  tapi dia dikenali di seluruh penjuru langit sebagai orang yang baik



"Kenali terlebih dahulu sebelum menilai"



"Barang siapa yang menunjukkan suatu kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakan."(HR. Muslim no. 1893)

Khamis, 20 Oktober 2022

Representasi

 KAKITANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN & PENJAWAT AWAM.


Jika anda menerima surat daripada pihak atasan yang memaklumkan diri anda boleh dikenakan tatatetib dan diberikan tempoh 21 hari untuk buat representasi. Sila salin dan tampal:

—————

SURAT REPRESENTASI TINDAKAN TATATERTIB TIDAK DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT.

Merujuk kepada surat bertarikh …….. yang memaklumkan bahawa saya ……. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred …… telah berkelakuan melanggar tatakelakuan dan membolehkan Pengerusi Lembaga Tatatertib mengambil tindakan tatatertib ke atas saya.

2.  Di sini saya nyatakan sebab dan justifikasi kenapa diri saya tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib di atas pertuduhan melanggar peruntukan perenggan 4(2)i kerana:

2.1 - Saya ingin tekankan Program Imunisasi Kebangsaan adalah satu program sukarela yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukanlah di bawah mana-mana bidang kuasa kementerian lain. Oleh itu, sebarang tindakan oleh mana-mana kementerian dan/atau ajensi lain dalam mengeluarkan perkeliling dan/atau arahan dan/atau tindakan berkenaan program tersebut adalah melampaui dan melangkaui bidang kuasa kementerian dan/atau ajensi tersebut.

2.2 - Pendirian dan/atau keputusan saya tidak mengambil vaksinasi Covid-19 adalah selari dengan undang-undang sedia ada. Sepertimana pihak Tuan sedia maklum bahawa Kerajaan Malaysia melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengesahkan di Parlimen bahawa mana-mana individu yang telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 juga masih boleh dijangkiti dan menjangkiti individu lain dengan virus Covid-19.

2.3 - Secara ringkasnya, tiada sebarang kewajipan statutori “statutory provision” yang membenarkan Pegawai Awam/majikan dan/atau badan berkanun dan/atau mana-mana agensi kerajaan untuk melaksanakan vaksinasi wajib Covid-19 untuk bekerja di tempat kerja masing-masing.

2.4 - Suka saya tegaskan bahawa Perkeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2021 Dasar Perlaksanaan Imunisasi Covid-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menjadi panduan pihak Tuan bukanlah suatu undang-undang yang utuh walaupun saya tergolong dalam Penjawat Awam menurut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 4 Tahun 2021 hanyalah garis panduan/polisi sahaja dan bukanlah polisi yang mempunyai ikatan undang-undang.

2.5 - Selain itu, saya juga tegaskan negara telah memasuki Fasa Peralihan Endemik di mana tiada syarat vaksinasi COVID-19 bagi sektor pekerjaan sepertimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

2.6 - Sepertimana pihak Tuan sedia maklum, Malaysia memasuki peralihan fasa endemik. Tiada lagi statistik-statistik kes COVID-19 diwar-warkan kepada orang awam melalui media massa dan terdapat banyak kelonggaran “S.O.P Covid-19” di mana ia jelas dilihat seolah-olah virus Covid-19 tidak lagi wujud di negara ini.

2.7 - Seterusnya, saya ingin mengambil maklum bahawa kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencapai imuniti berkelompok “herd immunity”. Justeru itu, tidak wujud dan adalah tidak wajar tindakan tatatertib dikenakan ke atas saya kononnya saya melanggar tatakelakuan dan ingkar arahan.

2.8 - Pihak yang ingkar arahan dan melakukan kesalahan ketika ini adalah pihak Tuan kerana mengamalkan diskriminasi ke atas kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menolak vaksinasi COVID-19.

3.Saya harap penjelasan dan sebab yang telah diberikan dapat diterima dan menjadi justifikasi sebab ketidakpatuhan saya terhadap arahan yang diberikan ke atas saya sebelum ini.

4. Saya memohon pertimbangan lebih adil bagi menyelesaikan permasalahan ini. Dengan penuh hormat dan rendah diri saya ingin membuat saranan agar pihak Tuan berhenti menakut-nakutkan kakitangan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tindakan tatatertib hanya kerana mereka tidak menerima vaksinasi COVID-19.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

NAMA
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Rabu, 19 Oktober 2022

Mossek

Hari ni kecoh pasal Orang Malaysia yang jadi agen Mossad yang kena tangkap sebab culik warga Palestin.


Pakcik tak terkejut pun sebab dah lama tau bersepah agen asing kat Malaysia ni


Mula-mula sekali pakcik dengar ada kes yang benar- benar melibatkan agen Israel ni pada awal tahun 90an dulu masa tu pun pakcik baru je masuk polis


Beberapa tahun lepas pakcik pernah tulis pasal Agen Mossad ni.


Hari ni Pakcik share sekali lagi.


Mari Pakcik BlackWater nak citer sikit pasal MOSSAD.


-MOSSAD ialah badan perisikan luar negara milik Israel.

Dalam bahasa Ibrani ia dikenali sebagai HAMOSSAD IE-MODIIN ULE-TAFKIDIM MENYUHADIM.


-Ia cukup dikenali sebagai salah satu organisasi rahsia paling efektif di dunia.


MOSSAD ditubuhkan 13 Disember 1949.Di mana tujuan awal ia ditubuhkan adalah sebagai lembaga pengurusan pusat ketika pembentukan Israel di Palestin.  


-MOSSAD memilih agen-agennya 3 tahun sekali.Biasanya 5000 calon disaring dari seluruh negara serta mampu berbahasa Inggeris dan Arab dengan baik.Dari 5000 calon hanya 15 orang sahaja diambil.


-Agen-agen MOSSAD sangat berdisiplin.Selepas dilatih mereka diminta melupakan perkataan MOSSAD dari ingatan. 


-Terdapat lebih kurang 12.000 orang agen MOSSAD yang dikenali sebagai Katsa atau Pegawai Kes di seluruh dunia.


-Setiap KATSA  memiliki sebuah buku harian kecil yang dipanggil SEVEN STARS yang memuatkan nombor-nombor telefon dan agen-agen dalam bentuk kod rahsia.


-KATSA-KATSA  ini  mempunyai pembantu-pembantu yang berada di seluruh dunia yang dikenali sebagai SAYANIM atau SAYAN di mana jumlah mereka adalah sangat ramai serta di luar jangkaan jumlahnya dan daripada berbagai latarbelakang pekerjaan.


-Para SAYAN akan menyalurkan perbagai maklumat kepada KATSA-KATSA yang berada di rumah persembunyian atau pos operasi yang terletak di perbagai negara.

SAYAN-SAYAN juga menjadi pasukan bantuan yang menyediakan apa sahaja keperluan MOSSAD bagi melancarkan misinya.


-Selain dari SAYAN satu golongan lagi dipanggil OTER iaitu pemberi maklumat atau pembuka jalan.

OTER biasanya orang tempatan sering digunakan oleh MOSSAD dalam misi-misi mereka.


OTER juga digunakan oleh KATSA  bagi mencari dan melatih ahli baru.Gaji bulanan yang diterima OTTER sekitar USD3000 hingga USD5000.


-Selepas menjadi agen para KATSA akan bertugas sebagai JUMPERS yang menjalankan operasi di luar negara.Mereka akan dipantau oleh sebuah organisasi lain di dalam iaitu komemiute.


-Fungsi Komemiute ibarat seperti `MOSSAD di dalam MOSSAD` .

KOMEMIUTE lebih elit, lebih rahsia dan lebih rumit.


KOMEMIUTE ditugaskan memantau operasi anggota KIDON iaitu pasukan intelijen khusus yang sangat berbahaya.


KIDON bertanggunggjawab dalam setiap operasi penculikan dan pembunuhan.


KELENGKAPAN AGEN


-Setiap KATSA  diberi sepucuk pistol sebagai senjata kedua manakala Senjata pertama mereka adalah menguasai kepantasan otak mereka sendiri sama ada ketika menyamar atau sesi soalsiasat.


-Kelengkapan lain adalah dokumen iaitu kad pengenalan, kad kredit dan apa sahaja dokumen berkaitan identiti penyamaran mereka. Dokumen paling penting adalah passport.


-Passport-passport yang palsu dibekalkan kepada mereka di dalam sesuatu misi.


JENIS-JENIS PASPOT


1.PASPORT TOP-(passport  yang dilengkapi kisah penyamaran yang sempurna serta disesuaikan dengan kejadian sebenar yang pernah berlaku.sama ada kisah, nama yang terlibat, tempat dan peristiwa berkaitan tetapi semuanya adalah palsu.


Pasport ini biasanya digunakan oleh KATSA  yang menjadi orang penting di sesebuah Negara di luar Israel.


2.PASPORT OPERASI LAPANGAN KERJA-(Digunakan bagi melaksanakan misi-misi di luar Negara)


3.PASPORT SEKALI GUNA-(passport-pasport curi yang digunakan oleh KATSA)


4.PASPORT PENYAMARAN.-(passport yang dilengkapi dengan kisah penyamaran yang direka sepenuhnya.Nama yang tertera di pasport juga tidak wujud)


-MOSSAD mempunyai bahagian yang menguruskan perkara berkaitan percetakan dokumen-dokumen palsu sendiri seperti passport-pasport semua negara dan juga mencetak wang palsu negara lain bagi membiayai operasi-operasi luar Negara.


-Pasport-pasport palsu dan wang palsu tersebut mampu dicetak dengan kualiti yang sempurna serta mengikut piawaian negara-negara tersebut.


-Para KATSA  juga diajar mengenai islam oleh para professor dan intelektual Yahudi kelas 1.


Mereka belajar mengenai sejarah Islam,bahasa Arab dan firqah di dalam kelompok islam, mazhab, adat istiadat malah perbagai perayaan dalam islam.


Mereka benar-benar mempelajari islam dari akar umbinya.Tidak keterlaluan dikatakan, seseorang KATSA  lebih memahami islam berbanding sesetengah orang islam itu sendiri.Seorang agen MOSSAD  juga sangat faham mengenai sesebuah negara itu berbanding dengan penduduk tempatan sendiri.


-Skop penugasan MOSSAD sangat luas.Ia merangkumi PERCATURAN POLITIK, PENYUSUPAN PROFESSIONAL di kalangan intelektual, perdagangan dan perniagaan strategik sehingga pembunuhan tokoh-tokoh yang dianggap membahayakan kepentingan Israel.


Nota –

Dari penelitian dan pemerhatian.

Di Malaysia terdapat sebilangan orang dari kalangan ahli politik , ahli perniagaan, peguam, NGO, wartawan, polis dan  tentera  yang mempunyai CIRI-CIRI sebagai SAYAN atau SAYANIM dan OTER kerana di Malaysia Yahudi dan MOSSAD telah masuk secara halus lama sebelum Malaysia Merdeka lagi.Jadi sila peka dengan siapa anda bergaul.


-Mari berfikir diluar kotak dan dari sudut KESELAMATAN NEGARA serta untuk keamanan Malaysia.


Wanita Malaysia yang ditangkap tu Idarahayu Zainal cuma Mossad kecil (OTER) sahaja.


Selain dia ada banyak lagi yang masih bebas di Malaysia ni dan mereka kaya raya, duit tak habis.

Mana ada agen asing yang miskin.

Kalau gaji kecil siapa nak jadi spy.


Kakitangan yang kena tangkap bersama dengan dia tu kadang-kadang buat job part time je sebab tu buat kerja tak 'clean' dan ketangkapan.


-Kalau tiba-tiba ada orang politik atau mana-mana pihak yang tiba-tiba tak puas hati dengan penangkapan ini maka sahlah itu geng mereka.Perhatikan nanti pasti ada yang 'triggered'.


1 sel tumbang ada 9 sel lagi yang sedang mengatur strategi.


copy and paste

Guru

 Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan.


9. Ada yang tidak berkelayakan menjadi PGB ‘SAKIT - Sombong Angkuh Kejam Irihati Takabur’ hingga sekolah hilang ceria dan bahagia, opsyen pencen awal atau pindah sekolah itulah pilihan yg ada.

10. Targetlah umrah atau Ibadah haji seawal usia. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana.. percayalah janji Allah mana ada dusta !
Cuti sekolah jalanlah sepuasnya. Ianya ubat minda dan kesihatan utk  menghilangkan tekanan dalaman.  CRK kita 10 hari sahaja, sapulah cuti sekolah, jalan cari makan yang memang hak kalian.

11. Tuisyen dan kelas tambahan, tak salah anda minta bayaran. Masa bekerja @ mengajar sudah padan.  Teringin buat kelas tambahan..silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran.

12. Semasa di sekolah kerjalah sehabis baik, Menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jgn pandang belakang, jalan terus ke depan, buat apa yang anda suka dan cuba usaha menambah pendapatan, asal halal, bermanfaat dan jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mrk nak kita fail dalam kehidupan.

13. Berhati-hati jangan mudah terpedaya membeli produk takaful @ insurans di pasaran yang tidak menguntungkan atau tidak diperlukan. Jimatkan gaji beli hanya yang menjadi keutamaan. Jika tiada masalah  kewangan dan beban hutang pencenlah awal sebagai pilihan.

HIDUP BIAR BERBAKTI

LUKMAN B. MOIDIN
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia

Selasa, 18 Oktober 2022

Sawit

 Teringat juga cerita kawan saya seorang chemist. Dia buat testing minyak sawit yg akan dieksport keluar. Sebelum dieksport kena ditest oleh chemist dulu.


Sebelum buat test kawan saya baca dulu shipment notes. Di situ tertera mijyak sawit TU akan dihantar ke pelabuhan Haifa, Israel.

Tertanya2 dia bukan ke kita tiada hubungan diplomatic dgn Israel, camna boleh berdagang....

Pastu kegumaan minyak sawit TU untuk makan ka utk dapatkan bahan mentah utk penghasilan glycerol secara besar-besaran supaya glycerol TU boleh buat nitroglycerin (explosion agent)

Agent

 Nidarahayu Zainal, 34 tahun adalah Wanita Muslim Melayu Agent Melayu yang direkrut dan menjadi dalang Mossad, agen perisikan Israel di Malaysia. Nida tinggal di Desa Pandan bersama suami Raibafie Amdan, 38. Suami Nida dulunya hanya kerja sebagai Ofis Boy sebelum di rekrut sebagai Agen Mossad.  Raibafie mampu memandu kereta Mercedes dan dikatakan keluarga mereka sering melancong ke Eropah. Mereka berdua selalu posting di IG dan FB percutian mereka yang sebenarnya digunakan sebagai Camouflage, aktiviti latihan yang diberikan di Perancis terutamanya dalam menggunakan senjata api dan  bertempur serta taktikal lain. 


Penyamaran Nida? Agensi Kawalan Bodyguard dan Penyiasat Persendirian. Nida menyamar sebagai Private Investigator dan Agen Kawalan Keselamatan dan Bodyguard. Nida dan suaminya menerima tugasan dari Mossad dan latihan di Eropah dan merekrut tentera Upahan dari Malaysia, untuk melakukan penculikan Agen Hamas di Malaysia. 


Mereka telah ditangkap dan bakal berdepan hukuman mati kerana menculik Pakar IT Hamas, Omar ZM Albelbaisy Raeda di Jalan Yap Kwan Seng. Omar kemudian dibawa ke Kuala Langat dan disiksa menurut arahan Mossad di Israel. Pada 5 Okt lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.


Omar diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.


Kebodohan mereka? Menculik Omar. Sedangkan Pakar IT sebenarnya adalah kawan Omar yang sama2 dengan beliau sewaktu di ambush di Jalan Yap Kwan Seng. 


Dijangka lebih ramai lagi Agen Mossad ini di Malaysia akan ditangkap memandangkan Hub IT Hamas dan Palestin berpusat di Malaysia.


Ingat tak tiba² Cerita Mat Kilau di Netflix trending di Israel? Yahudi sedang mengkaji Melayu. Lebih ramai anak-anak Melayu akan direkrut.


Nak gaji mahal, hidup mewah, bawak Merc dan selalu melancong ke Eropah? Tak payah join MLM ataupun Scammer. Ada peluang jadi Agen Mossad di Malaysia. 


Ingat tak Pensyarah Palestine yang ditembak pada tahun 2018 dulu? Dia dipercayai dibunuh dengan menggunakan Modus Operandi yang sama.


Nida menjadi dalang rangkaian jaringan perisikan Israel di negara dan telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum tahun 2018. 


Upah Nida dan tentera Upahannya? RM120 ribu. Sikit sangat dan tak berbaloi berbanding dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup yang bakal di terima. Disamping bayaran bulanan sejak sebelum 2018 sebanyak Euro2,000.00. Cukup lumayan. 


Senarai tangkapan : Nidarahayu Zainal, 34, Raibafie Amdan, 39.

Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23 dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; 


Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama telah menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.


Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.


Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 Sept lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah selain tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan.


#mossadmelayu 

#nirdarahayu 

#IsraelKoyak 

#hamasit

Isnin, 17 Oktober 2022

Warna

 S: Mengapa gas propana dan cecair etanol tiada warna?


J: utk menjawab soalan pljr tu bagitau dia yg bhn organik akan memberi warna jika dia mempunyai conjugated double bonds atau conjugated chromopores. Utk conjugated double bonds perlu ada sekurang2x nye 8 unit barulah mata kita boleh mencerap warnanya. Chromopores tadi perlu menyerap warna dan warna yg tinggal sbg baki tu lah yg kita cerap. Penyerapan warna adalah hasil excitation elektron dari ground state ke excited state. Propane dan ethanol tiada chromopore..so tiada warna. 


Tkasih ayahku

 Ku Halim Ku Bulat

Sabtu, 15 Oktober 2022

Pelik

 Kita berada di alam misteri


1. Pekerja ramai diberhenti, tapi pada masa yg sama susah nak cari pekerja baru


2. Ekonomi merudum, tapi pada masa yg sama mall penuh sesak nak mampus


3. Rider penghantar tak cukup, tapi pada masa yang sama Rider bersidai dapat RM 25 shj sehari


4. B40 miskin tidak cukup belanja bulanan, tapi pada masa yang sama kutipan Mat Kilau 100 juta 


5. Nilai matawang ringgit jatuh, tapi pada masa yg sama Airport penuh, buat passport beratur 5 jam lebih


6. Gaji graduan rendah, tapi pada masa yg sama, jualan Vios dan Honda meningkat


7. Ramai kaum hawa yang bujang, tapi pada masa yang sama ramai lelaki tak kawin dan duda 


8. Rumah mahal tak mampu milik, pada masa yg sama 60% rumah overhang tak terjual di bawah RM250,000 pula


9. Harga ayam mahal, tapi pada masa yg sama, McD penuh, KFC penuh, mamak setiasa penuh


* Ekonomi kita feudal, masih bergantung kepada teknologi ringkas atau dgn berorientasikan pekerja asing. Jadi bila shifting dalam ekonomi global, kelang kabut jadinya kita. Satu lagi kesan bantuan semasa Covid. RM 800 billion berada dalam pasaran sekarang, menyebabkan supply demand equilibrium tergangu.


Nasi tambah versi PRU


10. Paling tak suka PRU sekarang katanya banjir, tapi pada masa yang sama, dialah paling awal kempen


11. Suruh Melayu bersatu hati, tapi pada masa yg sama, dia yang buat parti baru dua tiga kali


12. Dia kata PM tak boleh buat kerja, tapi pada masa yang sama dia yang setuju dan rekomen pada Agong lantik PM itu


13. Dia kata kami tak berkerjasama dgn org tikam belakang, tapi pada masa yang sama, dia kata door is always open

Rabu, 12 Oktober 2022

Golden

 TUJUAN AKHIR

=============


Seorang pengurus yang memiliki gaji RM30,000/bulan sedang berdiri di tepi Lori dan memandang ke arah kebun, ketika seorang petani datang . 


Pengurus itu bertanya :

Berapa lama waktu yang dihabiskan untuk mengeluarkan hasil sebanyak ini?


“Tidak lama, 5 jam sehari sahaja " jawab petani.


“Mengapa tidak pergi lebih lama lagi dan menanam lebih banyak lagi ?”


“Ini sudah cukup buat keluargaku.”


“Apa yang di lakukan diluar waktu bercucuk tanam?”


“Bermain dengan anak-anakku, tidur siang, makan tengahari bersama keluargaku, menghantar dan jemput anak ke sekolah, berbakti kepada kedua ibu bapaku, keluar dengan kawan2, beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta .......hidup yang begitu kunikmati.”


“Saya ada idea untuk membantumu,” ujar si pengurus. 


“Saya lulusan dari Amerika. Saya cadangkan, habiskan waktu tuan lebih banyak utk menanam sayur, buka kebun yang lebih besar, dapat lebih banyak duit, beli lagi beberapa lori.’


Jangan jual sayur kepada orang tengah, jual terus ke pembeli hingga tuan memiliki kedai sendiri. 


Kendalikan produk, agihan dan penghantaran.Setelah itu anda pindah ke kota besar, kemudian ke luar negeri untuk mengembangkan usaha ini.”


“Menarik,Tapi berapa lama waktu yg di perlukan supaya dapat mencapai semua itu?” tanya petani yang mulai tertarik.


“Lima belas tahun paling cepat. Dua puluh tahun paling lambat,” jawab si pengurus. 


“Setelah itu tuan ?”


“Inilah bahagian yang paling menarik,

Anda boleh menjual saham perniagaan di bursa dan menghasilkan duit yang banyak.”


“Wah, menarik ya. Lepas tu tuan?”


“Lalu, tuan boleh istirahat dan pulang ke rumah. Pindah ke desa kecil di tepi laut, memancing, bermain dengan anak-anak, tidur siang, makan bersama keluarga, menghantar anak ke sekolah, berbakti kepada ibu bapa serta lepak dengan teman2 rapat dan beribadah untuk dekatkan diri dengan Pencipta.


Oooooooh..


kalau TUJUAN AKHIR nya cuma itu, sekarang SAYA SUDAH MENDAPATKAN apa yang SAYA INGINkan,


Kalau menunggu 20 tahun lagi, anak-anak saya sudah besar, jadi tak mungkin lagi saya bermain dan mengantar mereka ke sekolah. Jika ibu bapaku dipanjangkan umur pun rasanya mereka sudah tidak mampu untuk bergerak jauh dan lama, sahut si petani sambil meninggalkan manager yg kebingungan.


Moral of Story : 


Jangan lewatkan GOLDEN MOMENT bersama ANAK-ANAK, IBUBAPA & KELUARGAmu

Kerana HAL INDAH ini TIDAK AKAN TERULANG DUA KALI dalam kehidupanmu


Syukurilah semua hal baik yang kau miliki bersama keluarga mu saat ini.


C/P.

Malaya

 Kapal Perang HMS Malaya Kurniaan Dari Sultan Perak. 


Negeri Perak menjadi negeri yang paling kaya diantara negeri-negeri Melayu sewaktu era penjajahan British. Hasil bumi yang banyak di negeri Perak ini telah mendorong kepada pertumbuhan ekonomi yang cepat berbanding negeri lain di Malaya ketika itu. Ini dapat dilihat dengan negeri Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai jaringan keretapi, hospital, muzium, zoo dan lain-lain lagi.


Diatas kemajuan yang dibawa oleh pihak British kepada negeri Perak pada tahun 1912, Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mencadangkan dalam mesyuarat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bahawa Negeri-Negeri Melayu Bersekutu patut menghadiahkan kepada kerajaan British sebuah kapal perang kelas pertama yang paling canggih sebagai tanda sokongan kepada Empayar British.


Cadangan itu telah disokong oleh Sultan Selangor dan majlis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan dana sebanyak £2,945,709 (25 000 000 Dolar Negeri Selat) bagi tujuan pembinaan kapal perang tersebut.


Pembinaan kapal tersebut dimulakan pada tahun 1913 dan siap sepenuhnya pada tahun 1915. Kapal tersebut ditauliahkan dengan nama HMS Malaya pada tahun 1916 dan mengibarkan bendera dan membawa jata Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sempena menghargai hadiah dari rakyat Negeri-Negeri Melayu bersekutu kepada British.


Sebagai tanda terima kasih kerajaan British diatas kemurahan hati Sultan bersama pemerintah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang lain, pihak Britih telah menampung kos pembinaan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar dengan dana sebanyak 200,000 Dolar Negeri Selat.


Pada tahun 1921 HMS Malaya melakukan lawatan ke tanah melayu dan berhenti di Port Swettenham, Singapura, Melaka, Port Dickson and Pulau Pinang . HMS Malaya melakukan majoriti operasi ketenteraannya di lautan Mediterranean dan kepulauan Britain.


King George yang merupakan Raja British dan Maharaja India pernah bertugas di atas kapal perang ini. Kapal perang utama ini dilengkapi 8 meriam 15 inci yang diletakkan di 4 pembawa meriam berputar utama dan mempunyai sesaran seberat 33,020 tan . Panjang kapal ialah 196.82 m sementara lebarnya pula ialah 27.58 m


Ia dijana menggunakan enjin stim arang batu 56,600 kuasa kuda yang mampu memberikan kelajuan maksimum 25 knot. Ketika Perang Dunia Pertama, HMS Malaya terlibat di dalam Petempuran Jutland 


Pertempuran ini terkenal kerana ia berjaya menghadkan pembabitan Tentera Laut Empayar Jerman hanya sekitar perairan wilayahnya sahaja. Di dalam pertempuran ini HMS Malaya mengalami kerosakan yang teruk akibat dibedil sebanyak 8 kali.


Antara yang tercedera ialah Able Seaman Willie Vicarage . Beliau adalah antara individu terawal yang diberikan pembedahan plastik bagi membaiki muka akibat kecederaan yang teruk


Sebahagian besi dari kesan bedilan kapal perang Jerman ini kemudiannya dihadiahkan kepada Negeri Negeri Melayu Bersekutu ketika lawatan pada tahun 1921. Uniknya HMS Malaya ketika pertempuran Jutland ialah ianya satu-satunya kapal perang yang mengibarkan bendera Negeri – Negeri Melayu Bersekutu 


Pada tahun 1922 HMS Malaya membawa Sultan Mehmed VI , Sultan terakhir Empayar Uthmaniah yang dibuang negara oleh Mustapha Kamal Attaturk ke Malta.


Pada tahun 1936 HMS Malaya dihantar ke Palestin bagi menentang kebangkitan warga Arab yang tidak bersetuju dengan kebanjiran bangsa Yahudi yang dibawa masuk oleh Britain. Beberapa periuk api yang dibawa oleh HMS Malaya digunakan bagi meletupkan rumah milik penentang Arab.


Pada tahun 1941 ketika Perang Dunia Kedua, HMS Malaya mengalami kerosakan teruk akibat serangan torpedo U-Boat. Ia dibaiki di pelabuhan New York dan kemudiannya menjadi pengiring konvoi kapal kargo merentasi lautan Atlantik.


Pada tahun 1948 HMS Malaya ditamatkan perkhidmatnya oleh Tentera Laut Diraja Britain dan ianya diubah menjadi kapal sasaran untuk sekolah latihan pengebom udara. Pada 12 April 1948 ianya dimusnahkan sebagai besi buruk di Fastlane, Scotland.


Pada 12 September tahun yang sama sempena hari menyambut kemenangan British ketika Perang Dunia Kedua di Malaya, loceng HMS Malaya dihadiahkan oleh Tentera Laut Diraja Britain kepada Sekolah Victoria Institution.


Loceng ini dibunyikan setiap pagi bagi menandakan permulaan sesi persekolahan. Ianya dihadiahkan kepada V.I kerana pada ketika itu ianya merupakan sekolah terbaik di Tanah Melayu dan diharapkan prestij HMS Malaya yang penuh bersejarah dapat menjadi contoh teladan pelajar sekolah.


Pada tahun 1983 pihak TLDM cuba mendapatkan loceng ini dari pihak sekolah untuk diletakkan di Muzium TLDM. Pihak V.I enggan menyerahkannya kerana ianya hadiah dari Tentera Laut Diraja Britain dan bukannya milik TLDM.


TLDM gagal mendapatkan hak penjagaan loceng ini selepas pesatuan Old Boys V.I berjaya menunjukkan bukti sahih penyerahan loceng ini kepada pihak sekolah untuk disimpan.


Sungguhpun begitu pada tahun 2007 , loceng ini diserahkan juga kepada TLDM setelah diminta oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda pada ketika itu baru sahaja menemui bendera asal yang digunakan oleh HMS Malaya ketika ianya masih berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain.


Bendera ini dihadiahkan baginda kepada Muzium TLDM. Pada hemat baginda adalah baik sekiranya bendera dan loceng HMS Malaya dapat disatukan semula selepas puluhan tahun dipisahkan.


Sumber Kredit Nizam Ali

Isnin, 10 Oktober 2022

Adab

 *Akhlak dan Adab*


Ilmu boleh dicari dengan belajar, tetapi akhlak dan adab hanya diperoleh melalui mujahadah membersihkan hati..

Jangan heran melihat orang yang berilmu tetapi tiada akhlak karena hatinya masih kotor dengan dosa dan penyakit hati..

Tidak aku temui orang yang kuat berzikir, melainkan akhlaknya amat lunak dan menenangkan..

Akhlak dan adab mendepani ilmu, ilmu tanpa adab dan akhlak itu umpama mengisi air di dalam bekas yang berlubang..

[ Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin  Hafidz ]

Ahad, 9 Oktober 2022

Kupon

 Assalamualaikum


Kalo boleh baca smpai habis.dan tlg send dekat AJK.NAZIR.IMAM.TOK SIAK masjid.surau2 masjid2 sekitar anda


Sye nk kongsi 1 pengalaman masa sye balik kg di perak..saya singah solat  dekat surau berdekatan rumah makci sye..solat zohor..ramai budak sekolah rendah.sekolah menegah..x silap dalam 20 org..diorang solat jemaah..lepas solat ada sorang ajk masjid tugu dekat luar pintu surau.dia bagi kertas mcm kad setiap budak2 yg dh abis solat


Sye tye budak yg dpt kad tu..sye tye apa tu dik..dia ckp..ni kupon makan rm1 rimggit.kupon ni dia akan belaanje dekat kantin sekolah dia.setiap kali solat dekat masjid.dia akan dpt kupon tu..kalo hari biasa ..dia dpt jemaah magrib dgn isyak..sabtu ahad baru dpt 5 ringgit..dari subuh smpai isyak..mmg suka la budak2 dpt kupon tu


Sye tgok kupon tu..dia buat kertas mcm saiz name kad.ada cop rasmi surau.ada no siri/tahun.siap liminate


Pihak surau buat kupon ni supaya anak2 yg sekolah rendah/menengah rajin pegi solat..pihak surau tak bagi duit..tapi bagi kupon..so boleh pakai berulang2 kali


Sye tye pakcik yg bgi kupon ni.sye tye tujuan bgi kupon tu.dari siapa.dia cita kt sya..sblum ni..surau ni sunyi..budak2 x rajin pegi surau..ada la sorang 2 ..tu pun jenis mak bpak yg mmg rajin pegi.surau


1.dana yg surau dapat dari sorang dato..setiap.bulan dato tu akan bg 5k untuk tujuan makan free ni


2.mula2 pihak surau bagi duit..tapi budak2 biasa la..duit belanje jajan.


3.pihak surau buat meeting..mcm mne nk bagi budak2 ni x membazir..


4.dioramg dpt idea buat kupon.belanje dekat kantin skolah..bila diorang bincang dengan pihak kantin sekolah.diorang setuju..bila budak2 belanja pakai kupon..pihak kantin akan claim balik dekat surau..so kupon tu boleh pakai berulang


5.bila benda ni diorang buat selepas PKP aritu..budak2 sekolab rendah/menengah ramai la yg dtg solat jemaah


Mula2 mmg la nmpak tujuan budak2 ni nk.dptkn kupon free.tapi kelamaan budak2 ni sendiri akan cintakan masjid


Dekat sini ada beberepa kebaikan dan pelajaran yg kita dapt


1.anak2 dpt makn free

2.anak2 sentiass jadikn masjid surau sbg wajib pegi

3.budak2 dpt jemaah dgn bapak dia

4.surau pun kembali ramai jemaah

5.bapak2 pun kembali rajin dtg surau.sbb dari situ dapat jimat belanje harian keluarga.

6.org yg derma tu sentiasa dpt pahala

7.ada jgk ibu bapa yg derma balik dekat surau..makna nya sama2 dapat merasa kopun tu


Ada 1 jawapan ajk surau tu....


Dengan cara mcm ni..anak2 akan sentiasa syg masjid.surau...bila mereka merantau..mereka akan kekal.ke masjid atau surau.kita nk.jawap apa..kalo masjid kita byak duit.tapi xdpt tarik budak2 ke masjid surau..


Bukan setakat tu je.diorang ada program bersihkn surau.setiap kali lepas selesai bersihkan surau.diorang dpt kupon..


Sye rse idea ni boleh di guna pakai masjid al.mustakim/surau al riduan/surau air itam taman


Kita ramai org2 berkemampun dalam kg kita ni..ramai tokey2 kedai.ramai tuan2 tanah.ramai tuan2 rumah sewa.. dari segi kewangan.kita boleh je buat program ni.kita ada duit derma org ramai dekat masjid.


Tolong share kalo benda ni bermanfaat

Jumaat, 7 Oktober 2022

Nomo

 Nama-nama Jawa yang telah hilang. 


Datuk nenek moyang kita dulu, mungkin masih memakai nama Jawa yang khas. Generasi kini mulai jarang, banyak campuran dengan nama berbau 'negeri' asing.


Sebelum benar-benar kita tak mampu mengingatnya, ada baiknya kita segarkan kembali ingatan kita, bahawa nama-nama berikut adalah nama-nama Jawa zaman dulu. Tak ada lagi nama bayi yang lahir dengan nama berikut (mohon ditambahkan jika kurang)


Nama berawalan Su-

Suparno, Sumarni, Suyoto, Sugeng, Susilo, Sulastri, Sulasmi, Supangat, Sundari, Sungatmo, Sujiati, Sumiati, Sumarsono, Sumarno, Sumiah, Sunari dan lainnya


Nama berawalan Nga-

Ngatemi, Ngadiran, Ngatminah, Ngasiran, Ngatmo, Ngadirin, Ngadiran, Ngatmono, Ngatirah, Ngadimin dan lainnya


Nama berawalan Pa-

Painem, Paijo, Pademi, Pairan, Pairin, Patemi, Patemo, Pariman, Parimin, Pateman, Paijem, Paimo, Parno dan lainnya


Nama berawalan Wa-

Wagirin, Wagiran, Wadi, Wagimo, Watmi, Wateman, Wagimin, Wajiati, Warmo, Wagiyo, Wagiman dan lainnya


Nama berawalan Ju-

Jumiran, Jumirah, Juminten, Juminten, Jumiati, Jumiah dan lainnya


Nama berawalan Sa-

Sarmi, Satemo, Sakiran, Sakirin, Samiati, Sariwati, Sariyan, Sateman dan lainnya


Nama berawalan Ka-

Kadirin, Kadiran, Katminah, Katemi, Kasiati, Kasiah, Katminah, Katmijo dan lainnya


Nama berawalan Mu-

Mukidi, Muntamah, Mujiati, Mujiatun, Mulyono, Mujono, Mujiasih dan lainnya


Nama berawalan Po-

Poniman, Ponimin, Ponijan, Poniran, Ponidi, dan lainnya


Nama berawalan Tu-

Tukirin, Tukinem, Tukijan, Tumirah, Tukiran dan lainnya.


** Ada nama2 lain...

Khamis, 6 Oktober 2022

Nafkah

 *ADAKAH PEMBERIAN DUIT POKET UTK ISTERI ADALAH TERMASUK DLM NAFKAH?*


“Nafkah isteri mesti diberikan duit sekelepuk. Duit poket untuk isteri gunakan sesuka hati. Ini baru nafkah.”


Ini pun satu lagi Mitos Undang-undang syariah.


Tuan puan,


Nafkah isteri mengikut hukum dan undang-undang merangkumi 4 perkara iaitu:


-Makan minum

-Pakaian

-Tempat tinggal

-Perubatan


Banyak yang mengadu, mengatakan suami tidak memberikan nafkah kepadanya. 


Bila saya tanya barang dapur siapa yang beli? Katanya suami. 

Sewa rumah / ansuran rumah dan bil utiliti siapa bayar? Katanya juga suami.

Kalau sakit pergi klinik, siapa bayar? Jawabnya suami.

Pergi shopping beli pakaian, siapa bayar? Suami juga katanya.


Ha kalau dah begitu keadaannya, dikira suami tersebut telah memenuhi tanggungjawab memberikan nafkah.


Tapi duit poket takde dia bagi. 


Duit poket BUKAN NAFKAH puan.


Jika suami mahu berikan duit poket sahaja dan suruh puan belikan semua 4 perkara itu pun boleh.


Yang dikatakan tidak memberikan nafkah itu adalah bilamana, dah lah duit poket tidak diberi, barang dapur, sewa rumah, pakaian, sakit pening semua isteri tanggung.


Buat kaum suami,


Ada 2 pilihan untuk menunaikan nafkah. Sama ada diri sendiri uruskan 4 perkara di atas atau berikan sahaja duit untuk kaum isteri belikan 4 perkara di atas.


Suami yang kerja keras dengan ikhlas dan niat untuk menafkahi ahli keluarga, percayalah, rezeki sentiasa dicukupkan.


Isteri dan anak-anak itu pintu-pintu rezeki. Usaha keras dan keikhlasan kita kaum suami itulah kunci kepada pintu-pintu tersebut.


Kredit : Syazmee Sapian

Rabu, 5 Oktober 2022

Solawat

“Ekau ni bodoh!” 


Terperanjat bukan main bila ada seorang mak cik tua cakap macam tu pada saya. Saya tanya elok-elok tapi sesuka hati dia bodohkan saya.

.

.

Hari ni saya nak kongsi satu cerita yang beri kesan besar pada diri saya. Ilmu emas yang inshaAllah saya akan ingat sampai bila-bila.


Pernah satu hari saya naik motor sampai ke satu tempat di Negeri Sembilan. Konvoi ramai-ramai geng motor. Kalau tak silap dalam tahun 2000 ke 2002 macam tu. 


Kami lalu satu jalan yang agak sunyi. Kiri kanan penuh hutan. Jalan tu jalan utama la juga, tapi sesekali saja kenderaan lalu.

.

.

Dari jauh, nampak ada satu gerai jual air tebu. Saya perlahankan moto dan singgah hilangkan dahaga. Kawan-kawan yang lain juga ikut singgah. 


Masa tunggu air siap dibungkus, saya perasan ada sorang mak cik tua jual pisang.


Saya pun tanya, “mak cik berapa pendapatan makcik jual pisang ni?”


Mulanya setakat nak berbasa basi. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba, nak sangat tahu hasil jualan mak cik tu. Membuak-buak dalam hati.


Ya lah, berniaga pisang gerai kecik. Tepi jalan tengah hutan pulak tu. Berapalah sangat hasil jualan yang mak cik tu boleh dapat.


Mak cik tu jawab,


“Alhamdulillah, tak banyak. Boleh la…”


Biasalah kan, tuan puan. Orang melayu yang berniaga ni memang tak suka nak cerita jumlah jualan mereka. Tambah pulak pada orang yang tak kenal. Tak pasal-pasal kena rompak ke apa.


Tapi sebab saya tanya banyak kali, dia pun cakap juga.


“Alhamdulillah… kadang-kadang dapat 3000 sebulan. Kadang-kadang dapat 7,000 sebulan. Boleh la mak cik pergi umrah tiap-tiap tahun.”


Terperanjat saya dengar jawapan mak cik tu. Berniaga tengah hutan, tepi jalan macam tu. Kalau kat tengah KL ni boleh la saya percaya juga.

.

.

Saya pun tanya lagi,


“Mak cik, apa amalan mak cik sampai boleh dapat duit banyak macam tu?”


Apa mak cik tu jawab,


“Ekau ni bodoh!”


Aduh, belum pernah lagi orang cakap bodoh macam tu pada saya. Suka hati dia saja cakap macam tu. Tapi saya senyum sajalah pada mak cik tu. Orang tua-tua kan..


Dengan penuh yakin mak cik tu cakap,


“Ekau ni bodoh! Ekau selawat ja lah pada Rasulullah SAW. Kalau ekau selawat sekali, Allah akan selawat 10 kali. Kalau Allah dah selawat 10 kali pada ekau, mustahil pada hari tu ekau akan jadi orang kecewa. Mustahil Allah akan jadikan kau gagal. Mustahil ekau akan sedih pada hari tu.”


Allahuakbar. Macam kena lempang-lempang saja saya rasa waktu tu. Bertubi-tubi kata-kata mak cik tu masuk ke dalam hati. Macam bagi tazkirah pada saya pun ada. Syarah satu hadis nabi,


“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim)


Saya betul-betul hairan dengan mak cik. Selama ni saya sendiri tak pernah dapat pelajaran macam tu. Keyakinan mak cik tu pada hadis nabi yang ni sangat kuat. Masha Allah.

.

.

Tuan puan, apa pelajaran penting yang saya dapat?


Saya belajar ilmu YAKIN.

Hari ni ramai orang tinggi ilmu agamanya. Tapi ada satu perkara yang kurang. 


Apa dia? 

YAKIN KEPADA ALLAH SWT.


Betul tuan puan. 


Kita kurang yakin pada Allah. 

Kita kurang yakin pada kekuasaan Allah. 

Pada kebesaran Allah. 

Pada kasih sayang Allah. 


Sebab tu kita payah nak ikut perintah Allah. 

Kita hidup sesuka hati tak ikut panduan yang Allah bagi serta cara hidup yang nabi ajarkan.


Siapa Allah?

Allah Tuhan yang Memiliki alam. Bila dah namanya Milik Dia, segala yang berlaku adalah di bawah kuasa dan aturan Allah.

.

.

Tuan puan,

Bila Allah dah selawat pada kita, maknanya dia membuka pintu kebaikan yang sangat banyak pada kita. Mustahil kita hidup susah. Mustahil kita akan kecewa. Mustahil kita akan sedih dan duka cita. Mustahil…


Siapa pula Rasulullah?


Baginda adalah manusia pilihan yang Allah utus untuk jadi teladan dan ikutan bagi umat manusia. Apa nabi cakap kena ikut. Apa nabi larang kena tinggal. Sebab apa yang nabi amal dan sebut, semuanya dari Allah SWT.


Allahuakbar! 

.

.

Tuan puan, jom pujuk hati. Banyakkan selawat pada nabi.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 


Banyakkan selawat. Bukan sekadar lafaz di lidah. Tapi kita selawat dengan penuh keimanan pada Allah dan rasul.


Allah adalah Tuhan dan Rabb kita.

Nabi Muhammad saw adalah utusan dan teladan yang perlu kita ikuti.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 


Sama-sama kita amalkan.

.

.

#UstazHanafiMalek

Selasa, 4 Oktober 2022

Merdeka



Ramai yang sentap apabila pendedahan bahawa pejuang sebenar Tanah Melayu ialah Komunis dan bukannya UMNO... 


Kononnya pemimpin Melayu di dalam gerakan PKM hanya di peralatkan komunis Cina untuk menarik sokongan Melayu... 


Sedangkan Musa Ahmad yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Sekolah Al-Masyur, Pulau Pinang adalah merupakan Pengerusi Parti Komunis Malaya ketika itu... 


PKM di tubuhkan seawal tahun 1930 untuk menentang British, manakala MPAJA pula hanya terbentuk ketika kedatangan Jepun, dengan di bantu British... 


Tokoh komunis Melayu seperti Mokhtaruddin Lasso Presiden PKM, Arshad Ashaari selaku Bendahari, selain Rashid Maidin, Abdullah C.D serta Shamsiah Fakeh... 


Shamsiah Fakeh yang di gelar "Ratu Rimba Malaya" juga mempunyai latar belakang pendidikan agama di Sekolah Tinggi Islam Pelangai, Negeri Sembilan serta Madrasah Tuddimiah di Padang Panjang, Sumatera... 


Antara suami Shamsiah Fakeh yang memimpin Angkatan Wanita Sedar atau AWAS, yang kemudian menjadi sayap pemudi bagi PKMM, ialah Abdullah Thani bin Raja Kechil atau nama penanya Ahmad Boestamam... 


Ahmad Boestamam yang merupakan pemimpin Angkatan Pemuda Insaf atau API merupakan barisan terkuat yang menyertai PKMM dengan menjadi sayap pemuda selepas di haramkan British seawal tahun 1947 menggunakan Ordinan Persatuan 1947, dengan persetujuan YDP UMNO ketika itu Dato' Onn Jaafar... 


Shamsiah Fakeh kemudian menyertai Rejimen ke-10 MPAJA untuk berjuang di dalam hutan setelah AWAS juga di haramkan British pada tahun 1948... 


ADUN DAP Jamaliah Jamaluddin yang memenangi lebih dari 90 peratus undi di DUN N36 Bandar Utama, Selangor semasa PRU 14, merupakan cucu kepada anak tunggal Shamsiah Fakeh dan merupakan Wakil Bendahari Nasional bagi di dalam Pemuda Sosialis DAP atau DAPSY... 


Tidak di nafikan bahawa saki baki fahaman Komunis Melayu masih lagi terdapat di dalam parti DAP dan PKR, buktinya Timbalan Presiden PKR ketika itu Dr. Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais antara yang hadir memberi penghormatan ketika Shamsiah Fakeh meninggal dunia pada tahun 2008 di Kuala Lumpur... 


Namun setelah Mokhtaruddin Lasso iaitu Presiden PKM menghilangkan diri selepas PKMM di tubuhkan, walaupun beliau di lantik sebagai Yang Dipertua Agung pertama PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya... 


Pengaruh Komunis semakin lemah di dalam PKMM setelah Dr. Burhanuddin al-Helmi menggantikan Mokhtaruddin Lasso sebagai Yang Dipertua Agung PKMM, sebelum menjadi Yang Dipertua Agung PAS... 


Ghafar Baba juga antara pemimpin yang pernah aktif di dalam PKMM sebelum menyertai UMNO setelah slogan parti UMNO bertukar dari "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pada tahun 1955...


Chin Peng yang di katakan berasal dari Sitiawan, Perak namun beliau gagal membuktikannya di mahkamah, hanya menyertai PKM pada tahun 1940 dan terus mengetuai sayap ketenteraan PKM seperti MNLA... 


Ini membuktikan bahawa pengurusan PKM adalah di kuasai oleh bangsa Melayu, manakala Chin Peng dan Lai Teck pula hanya merupakan ketua "Bintang Tiga" atau MPAJA iaitu sayap ketenteraan bagi PKM... 


Rundingan Damai Baling pada tahun 1955 antara Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin yang mewakili PKM... 


Manakala Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock serta David Marshall pula mewakili Persekutuan Tanah Melayu telah gagal kerana Chin Peng enggan membubarkan PKM seperti yang di syaratkan Tunku Abdul Rahman... 


Tunku Abdul Rahman di percayai menjadi angkuh kerana di sokong British dan negara Komanwel yang sememangnya bermusuh dengan Komunis... 


Walhal Chin Peng dengan rela sanggup meletakkan senjata dengan syarat PKM di iktiraf serta di benarkan untuk menyertai pilihanraya seperti mana parti politik yang lain... 


Tunku Abdul Rahman yang mungkin tercabar dan berasa malu, telah membatalkan penawaran pengampunan kepada PKM pada tahun 1956... 


Lantas tergesa-gesa memohon 'kemerdekaan' palsu dari British demi untuk mendapat kuasa secara licik, terutamanya setelah kematian Joseph Stalin... 


Stalin merupakan ikon Komunis serta Ketua Soviet Union atau USSR yang berjaya menawan sebahagian besar Timur Eropah dan pengaruh ke Asia dengan Tentera Merah atau "Red Army"... 


Mat Indera yang berlatar belakang pendidikan agama pula bersama tentera Komunis Melayu Rejimen ke-10 MPAJA yang bertanggungjawab mengetuai serangan di Bukit Kepong... 


Ramai mungkin terlupa bahawa British itu adalah Yahudi dan Nasrani, manakala musuh Jepun yang datang ke Tanah Melayu adalah Cina Komunis dan bukannya Melayu... 


Jepun juga memusuhi British kerana semasa era darurat Tanah Melayu 1940-an, dalam masa yang sama Perang Dunia Kedua juga sedang berlangsung... 


Jepun, Jerman dan Itali merupakan "Kuasa Paksi" atau negara yang mengamalkan sistem Imperialis, iaitu sejenis penjajahan tanpa melibatkan agama... 


Sistem Koloni pula merupakan penjajahan yang melibatkan agama seperti Koloni Inggeris yang di bawa Portugal, Belanda serta British ke Tanah Melayu dan membina gereja Kristian serta loji atau "lodge" Freemason di setiap bandar utama... 


Manakala British, Amerika, Kesatuan Soviet serta China adalah "Kuasa Bersekutu" iaitu penggabungan antara blok Kapitalis dan Komunis untuk menghapuskan idealisma Imperialis... 


Kesatuan Soviet merupakan negara terbesar antara kuasa besar dunia yang mengamalkan Komunis, dan pada mulanya 'berkecuali' semasa Perang Dunia Kedua, namun memihak kepada blok Kapitalis setelah di serang Jerman Nazi... 


China yang juga sebuah negara Komunis pula menyertai blok Kapitalis dalam Perang Dunia Kedua kerana bermusuh dengan Jepun sejak tahun 1800-an lagi ketika perebutan wilayah Korea Selatan... 


Bangsa Melayu tidak pernah berperang dan tidak ada musuh pun kecuali selepas Islam di perkenalkan di Tanah Melayu... 


Musuh Islam iaitu Yahudi serta Nasrani yang berada di belakang Portugis, Belanda dan British mulai tidak senang dengan kebangkitan Islam di Asia Tenggara selepas Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah yang terakhir di jatuhkan British selepas Perang Dunia Pertama... 


Perang Dunia Kedua adalah antara pertempuran blok Kapitalis iaitu British dan Amerika serta blok Komunis Soviet Union dan China bergabung untuk menghapuskan blok Imperialis di Jepun, Jerman dan Itali... 


Selepas Imperialis tumbang, maka Kapitalis dan Komunis pula berperang atau lebih tepat "Cold War" antara Amerika dan Soviet sehingga tumbangnya era Komunis dan menukar nama kepada Rusia pada tahun 1991...


Dipendekkan cerita, Yahudi dan Nasrani di belakang British telah berjaya mempergunakan negara blok Komunis untuk menjatuhkan Imperialis, dan malangnya Komunis pula di jatuhkan oleh Kapitalis selepas itu... 


Sama dengan apa yang British lakukan di Tanah Melayu dengan merekrut serta melatih pejuang Melayu dan Cina dengan penubuhan MPAJA atau MNLA untuk melawan Jepun... 


Setelah Jepun berundur, British pula menentang MPAJA dengan menggunakan Ordinan Darurat 1948 yang di persetujui oleh Tunku Abdul Rahman, setelah Persekutuan Tanah Melayu di bentuk secara haram dan licik oleh British dan UMNO... 


MPAJA atau "Malayan People Anti-Japanese Army" ialah sayap ketenteraan bagi Parti Komunis Malaya atau PKM... 


British sendiri yang melatih MPAJA perang secara gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura, malah British sanggup membebaskan tahanan politik berhaluan kiri ketika itu...


Memang benar MPAJA atau "Bintang Tiga" yang membunuh Melayu ketika 14 hari berkuasa selepas Jepun berundur, namun harus di teliti bahawa yang di bunuh MPAJA adalah orang Melayu yang menganggotai Pasukan Polis Jepun di kenali sebagai "Jookidam" di selatan Tanah Melayu... 


Ramai yang tidak tahu sebenarnya perang saudara antara MPAJA dan bekas anggota Jookidam ini hanya berlaku di Batu Pahat dan Muar, Johor dan tidak di negeri lain Tanah Melayu... 


Di Batu Pahat juga muncul Panglima atau Kiai Salleh yang memimpin tentera dari pertubuhan silat batin "Selempang Merah", manakala Mat Indera yang lahir di Batu Pahat pula mengetuai Rejimen ke-10 MPAJA iaitu sebuah batalion Melayu dalam PKM... 


Kemuncaknya apabila tercetus Peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950 antara Mat Indera yang mengetuai Rejimen ke-10 MPAJA seramai hampir dua platun atau 180 tentera komunis Melayu dan Cina yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong selama lima jam... 


MPAJA menyerang Johor kerana telah mendapat tahu British telah kembali di Singapura dan terus ke Istana Johor berjumpa dengan Sultan Ibrahim untuk menubuhkan "Malayan Union" pada tahun 1945...


MPAJA juga tahu bahawa penyokong UMNO yang bersubahat dengan British majoritinya di negeri Johor... 


Dan penubuhan UMNO di Istana Besar Johor pada tahun 1946 oleh Dato' Onn Jaafar untuk 'menentang' Malayan Union yang di sokong Tunku Abdul Rahman kelihatan hanya sekadar sebuah 'drama' politik... 


Ironinya, UMNO di lahirkan di Istana Johor untuk menentang Malayan Union, sedangkan Sultan Ibrahim pula menyokong Residen British Harold MacMichael, iaitu seorang "High Commissioner of British in Palestine" untuk menubuhkan Malayan Union... 


Persekutuan Tanah Melayu yang di bentuk oleh British dan UMNO pada tahun 1948 kononnya adalah untuk menggantikan penubuhan Malayan Union yang di tentang penduduk Melayu... 


Bangsa Melayu yang 'naif' ketika itu pun bersatu menyokong UMNO, yang kelihatan seperti 'hero' Melayu kerana menentang Malayan Union oleh British, walhal Malayan Union sendiri di persetujui oleh Sultan Ibrahim dan Tunku Abdul Rahman pada mulanya... 


Akhirnya Dato' Onn Jaafar meletak jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai PAS dan menang kerusi Parlimen di Kuala Terengganu Selatan pada PRU 1959 di bawah Parti Negara yang di asaskannya... 


Selepas Parti Perikatan berjaya memenangi Pilihanraya Perundangan 1955 dengan bantuan pengundi "jus soli", iaitu syarat British untuk membatalkan Malayan Union... 


"Jus soli" telah memberi pengundi kepada MCA dan MIC yang di bawa masuk British semasa era Syarikat Hindia Timur Inggeris atau "British East India Company", yang di tubuhkan oleh Queen Elizabeth I seawal tahun 1601...


Syarikat Hindia Timur Inggeris ini yang bertindak sebagai "sayap ketenteraan" bagi pihak Queen Elizabeth I untuk 'menjajah' secara halus dengan menggunakan perdagangan sebagai lesen untuk kapal-kapal mereka mendarat...


Residen British telah berjaya menipu hampir kesemua Kesultanan Melayu dari zaman Empayar Melaka atau "East Indies" yang luasnya sehingga ke Jepun termasuk Hong Kong dan Taiwan di timur, Amerika di barat termasuk India, manakala Filipina di utara termasuk Thailand serta benua Australia di selatan... 


Juga di kenali sebagai "The Malay Archipelago", merupakan sebuah wilayah yang amat luar biasa luas, berpusat di Tanah Melayu atau Melaka serta di kuasai oleh Kesultanan Melayu...


Wilayah ini di temui oleh pengembara Portugis Christopher Columbus sekitar tahun 1600 atau kurun ke-15, maka bermulalah era penjajahan secara koloni oleh Portugis, Belanda serta Inggeris... 


"Portuguese East Indies" iaitu wilayah sekitar Filipina, "Dutch East Indies" merujuk kepada wilayah sekitar Indonesia, manakala "British East Indies" pula menduduki Tanah Melayu secara koloni... 


Raja Portugis yang mendapat tahu kegemilangan Empayar Melaka telah menghantar 'wakil' pertama ke Asia Tenggara untuk berdagang seawal tahun 1509 dengan berjumpa Sultan Mahmud Shah, sebelum menghantar pula Alfonso de Albuquerque pada 1511, dengan seramai 1,200 tentera... 


Pertempuran tercetus kerana komuniti Islam ketika itu berjaya menyedarkan Sultan Mahmud bahawa terdapat agenda membawa agama Kristian oleh pedagang Portugis ketika itu... 


Sultan Ahmad iaitu anak kepada Sultan Mahmud memainkan peranan besar kejatuhan Melaka ke tangan Portugis dan seterusnya Belanda, sehinggalah British membuat perjanjian untuk membahagikan koloni kepada Filipina oleh Portugis, Indonesia oleh Belanda serta Tanah Melayu oleh Inggeris... 


Segala informasi serta fakta sejarah ini amatlah penting untuk generasi muda menyedari siapa pemimpin yang mereka ikuti, agar tidak lagi terpedaya dan mengulangi kesalahan serta kesilapan nenek moyang mereka sendiri...


Jangan sesekali lupa bahawa pejuang Melayu dan Cina Komunis dalam PKM serta MPAJA adalah merupakan pejuang sebenar Tanah Melayu untuk menentang kedua-dua penjajah "Imperial" Jepun serta "Koloni" British...


Musuh sebenar bangsa Melayu bukannya Imperial Jepun mahu pun Komunis China, kerana kedua-dua empayar itu tidak membawa agama Kristian secara licik seperti mana Kolonial British...


Perisikan sesebuah bangsa atau negara amat kritikal untuk menilai siapa musuh atau kawan, belajarlah dari kesilapan Sultan Ahmad yang mengkhianati ayahandanya sendiri Sultan Melaka Mahmud Shah akibat tertipu dengan Portugis...


Belajarlah dari kesilapan Sultan Kedah Muhammad Jiwa yang tertipu dengan janji Sir Francis Light untuk melindungi Kedah dari Siam untuk mendapatkan Pulau Pinang, namun akhirnya Kedah pula di tawan Siam...


Belajarlah dari kesilapan Sultan Johor Ibrahim yang terpedaya dengan Sir Harold MacMichael yang berpengalaman menipu umat Islam di Palestin dengan melantik Yasser Arafat kononnya 'hero' kemerdekaan Palestin dari British...


Idea penubuhan Malayan Union oleh British sebenarnya bertujuan untuk memberi kerakyatan Tanah Melayu kepada pendatang Cina dan India... 


Serta menipu bangsa Melayu untuk menyokong UMNO dan Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan mendapat 'kemerdekaan' dari British...


Ketahuilah fakta sejarah Tanah Melayu bahawa pejuang Komunis Melayu serta para Ulama' telah bergabung di dalam PKMM dan Hizbul Muslimin yang menentang British... 


Namun mereka terpaksa menyertai UMNO sebagai biro agama, setelah British mengharamkan kedua-dua PKMM serta Hizbul Muslimin menggunakan Ordinan Darurat 1948 serta menangkap lebih dari 150 pemimpin agama Hizbul Muslimin ke dalam ISA... 


Hizbul Muslimin kemudiannya menjadi PAS selepas keluar dari UMNO sebelum Pilihanraya Perundangan 1955, namun tewas kepada Parti Perikatan yang di bantu MCA dan MIC akibat undi Melayu yang berpecah tiga antara UMNO, PAS dan Parti Negara oleh Dato' Onn Jaafar...

Isnin, 3 Oktober 2022

Syukur

 Yang terbaru Kak Long dengar points ustaz Don muncul di satu slot rancangan TV .


Dia kata dalam dunia ni semua masalah In sha Allah ada penyelesaiannya.


Selagi nyawa kita Allah tak ambik lagi selagi itulah masalah kita boleh settle.


Cuma manusia ni sebenarnya suka mencari dan mencipta masalah sendiri .


Masalah apa .


Masalah apabila dia suka membandingkan diri dia dengan orang lain.


Suka tengok manusia yang lebih pencapaian dari diri sendiri .


Membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain yang jauh lebih berjaya.


Definasi berjaya tersebut masyarakat sendiri yang cipta .


Kereta lebih besar dan mewah.Berjaya

Pangkat tinggi .Berjaya.

Ada bisnes sendiri .Berjaya.

Ada staff ramai .Berjaya 

Jadi best student .Berjaya 

Ramai follower di socmed .Berjaya 


Bila tengok orang lain lebih berjaya mulalah dia mencari jalan untuk ada kehidupan begitu juga.


Sedangkan kehidupan kita yang sekarang pun banyak benda perlu di syukuri.


Tetapi bila dia mula memandang kehidupan orang lain semestinya apa yang dia ada sekarang dia tak puas hati.


Mula lah bersungut 


Mula lah complain.


Mula lah menyalahkan.


Rasa rendah diri bertandang .


Terdetik di hati kita ni loser.


Ini lah sebenarnya yang akan membawa banyak keburukan.Menggelapkan hati dan membawa hati yang gelap .


Banyak mengingat perkara yang lepas akan mencipta kesedihan .


Banyak memikir masa akan datang akan mencipta kebimbangan .


Sampai rasa tertekan dan rasa ingin bunuh diri.


Pesan orang alim :

Bila melibatkan hal dunia selalulah melihat orang yang di bawahmu .Maka engkau akan bersyukur 

Bila melibatkan hal akhirat lihatlah orang di atasmu .Maka engkau akan sentiasa berlumba-lumba melakukan amal.


Banyakkan bersyukur dan enjoy setiap proses dalam hidup kita .


Ayat yang Kak Long paling suka ialah Ayat 7 Surah Ibrahim :


Jika engkau bersyukur Aku tambahkan nikmat sebaliknya jika engkau kufur maka azabKu amatlah pedih.


Kita hanya memerlukan sifat kesyukuran untuk pertambahan nikmat hidup di dunia .


Wallahu A'lam .