Ini sangat *misteri.* Seseorang itu adalah *pemimpin Islam.* Bukan ahli politik. Sebab selepas Tun M ambil alih, politik negara menjadi sangat haru biru. Darurat akan diisytiharkan untuk mengelakkan kacau bilau dan pertumpahan darah yang lebih besar.
Ramai menyangka ini adalah agenda NWO untuk mencetuskan huru-hara. Tetapi sebenarnya ia adalah kehendak Allah untuk membersihkan negara ini dari penjahat dari kalangan ahli-ahli politik yang menyebabkan negara ini begitu rosak jadinya. Peristiwa ini akan berlaku dalam tempoh *SEMINGGU* hingga *SEBULAN* atau mungkin lebih sedikit selepas PRU. Selepas darurat sekaligus semua ahli-ahli politik demokrasi sudah hilang peranannya atau lenyap. Mereka akan *jatuh setandan* atau serentak atau sekaligus. Dengan cara ini, apabila Tun M menyerahkan kuasa kepada seseorang nanti tidak akan ada ahli-ahli politik yang akan mempersoalkan tindakan beliau.
Ketika itu juga hampir majoriti rakyat menerima penyerahan kuasa itu dengan perasaan suka, redha dan tenang. Selepas darurat dalam *tempoh* lebih dari *sebulan* membawa *keenam* bulan kepimpinan Tun M, bumi Malaysia akan mula memasuki *zaman* *keberkatan* *langit* dan *bumi* . Ketika ini, insha'Allah Tun M akan diberikan hidayah dan panduan oleh Allah untuk menyerahkan kuasa tersebut. Ianya dijangka selepas *muharam* tahun depan. Amerika Syarikat(AS), Negara-negara Eropah(EU) dan Negara China dan lain-lain akan *dilemahkan* oleh Allah. Mereka mengalami krisis ekonomi dan kewangan yang amat dahsyat. Hingga menyebabkan AS, EU dan negara kuasa besar dunia yang lain mulai hancur ekonomi mereka dan berlaku huru-hara di dalam negara mereka.
Keadaan ini menyebabkan negara-negara tersebut tidak mampu mengganggu peristiwa penyerahan kuasa Tun M kepada pemimpin Islam(Khalifah) itu. Peristiwa penyerahan kuasa itu akan menggemparkan *Timur* dan *Barat* . Ianya akan berlaku secara aman, damai dan sangat harmoni. Mengulangi sebagaimana peristiwa *Futuh Mekah Pertama* dahulu di kota Mekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan