Khamis, 20 Oktober 2022

Representasi

 KAKITANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN & PENJAWAT AWAM.


Jika anda menerima surat daripada pihak atasan yang memaklumkan diri anda boleh dikenakan tatatetib dan diberikan tempoh 21 hari untuk buat representasi. Sila salin dan tampal:

—————

SURAT REPRESENTASI TINDAKAN TATATERTIB TIDAK DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT.

Merujuk kepada surat bertarikh …….. yang memaklumkan bahawa saya ……. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred …… telah berkelakuan melanggar tatakelakuan dan membolehkan Pengerusi Lembaga Tatatertib mengambil tindakan tatatertib ke atas saya.

2.  Di sini saya nyatakan sebab dan justifikasi kenapa diri saya tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib di atas pertuduhan melanggar peruntukan perenggan 4(2)i kerana:

2.1 - Saya ingin tekankan Program Imunisasi Kebangsaan adalah satu program sukarela yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukanlah di bawah mana-mana bidang kuasa kementerian lain. Oleh itu, sebarang tindakan oleh mana-mana kementerian dan/atau ajensi lain dalam mengeluarkan perkeliling dan/atau arahan dan/atau tindakan berkenaan program tersebut adalah melampaui dan melangkaui bidang kuasa kementerian dan/atau ajensi tersebut.

2.2 - Pendirian dan/atau keputusan saya tidak mengambil vaksinasi Covid-19 adalah selari dengan undang-undang sedia ada. Sepertimana pihak Tuan sedia maklum bahawa Kerajaan Malaysia melalui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengesahkan di Parlimen bahawa mana-mana individu yang telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 juga masih boleh dijangkiti dan menjangkiti individu lain dengan virus Covid-19.

2.3 - Secara ringkasnya, tiada sebarang kewajipan statutori “statutory provision” yang membenarkan Pegawai Awam/majikan dan/atau badan berkanun dan/atau mana-mana agensi kerajaan untuk melaksanakan vaksinasi wajib Covid-19 untuk bekerja di tempat kerja masing-masing.

2.4 - Suka saya tegaskan bahawa Perkeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2021 Dasar Perlaksanaan Imunisasi Covid-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menjadi panduan pihak Tuan bukanlah suatu undang-undang yang utuh walaupun saya tergolong dalam Penjawat Awam menurut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 4 Tahun 2021 hanyalah garis panduan/polisi sahaja dan bukanlah polisi yang mempunyai ikatan undang-undang.

2.5 - Selain itu, saya juga tegaskan negara telah memasuki Fasa Peralihan Endemik di mana tiada syarat vaksinasi COVID-19 bagi sektor pekerjaan sepertimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

2.6 - Sepertimana pihak Tuan sedia maklum, Malaysia memasuki peralihan fasa endemik. Tiada lagi statistik-statistik kes COVID-19 diwar-warkan kepada orang awam melalui media massa dan terdapat banyak kelonggaran “S.O.P Covid-19” di mana ia jelas dilihat seolah-olah virus Covid-19 tidak lagi wujud di negara ini.

2.7 - Seterusnya, saya ingin mengambil maklum bahawa kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencapai imuniti berkelompok “herd immunity”. Justeru itu, tidak wujud dan adalah tidak wajar tindakan tatatertib dikenakan ke atas saya kononnya saya melanggar tatakelakuan dan ingkar arahan.

2.8 - Pihak yang ingkar arahan dan melakukan kesalahan ketika ini adalah pihak Tuan kerana mengamalkan diskriminasi ke atas kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menolak vaksinasi COVID-19.

3.Saya harap penjelasan dan sebab yang telah diberikan dapat diterima dan menjadi justifikasi sebab ketidakpatuhan saya terhadap arahan yang diberikan ke atas saya sebelum ini.

4. Saya memohon pertimbangan lebih adil bagi menyelesaikan permasalahan ini. Dengan penuh hormat dan rendah diri saya ingin membuat saranan agar pihak Tuan berhenti menakut-nakutkan kakitangan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tindakan tatatertib hanya kerana mereka tidak menerima vaksinasi COVID-19.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

NAMA
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan