Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan.
9. Ada yang tidak berkelayakan menjadi PGB ‘SAKIT - Sombong Angkuh Kejam Irihati Takabur’ hingga sekolah hilang ceria dan bahagia, opsyen pencen awal atau pindah sekolah itulah pilihan yg ada.
10. Targetlah umrah atau Ibadah haji seawal usia. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana.. percayalah janji Allah mana ada dusta !
Cuti sekolah jalanlah sepuasnya. Ianya ubat minda dan kesihatan utk menghilangkan tekanan dalaman. CRK kita 10 hari sahaja, sapulah cuti sekolah, jalan cari makan yang memang hak kalian.
11. Tuisyen dan kelas tambahan, tak salah anda minta bayaran. Masa bekerja @ mengajar sudah padan. Teringin buat kelas tambahan..silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran.
12. Semasa di sekolah kerjalah sehabis baik, Menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jgn pandang belakang, jalan terus ke depan, buat apa yang anda suka dan cuba usaha menambah pendapatan, asal halal, bermanfaat dan jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mrk nak kita fail dalam kehidupan.
13. Berhati-hati jangan mudah terpedaya membeli produk takaful @ insurans di pasaran yang tidak menguntungkan atau tidak diperlukan. Jimatkan gaji beli hanya yang menjadi keutamaan. Jika tiada masalah kewangan dan beban hutang pencenlah awal sebagai pilihan.
HIDUP BIAR BERBAKTI
LUKMAN B. MOIDIN
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan