*MENILAI*
๐ป jangan menilai buku dari sampulnya jika kamu menilai buku dari sampulnya kamu mungkin kehilangan cerita yang luar biasa didalamnya
๐ป kerana terlalu cepat menilai kadang kita kehilangan kesempatan mengenali Orang-orang hebat kenali seseorang bukan dari kata-kata orang lain kerana pandangan kita tak selalu sama Ambil kebaikan darinya jangan ingat keburukannya
๐ป kenali terlebih dahulu sebelum menilai kerana yang nampak cantik tak selalu cantik dan yang nampak buruk tak selalu buruk
๐ปNiat adalah ukuran untuk menilai benarnya suatu perbuatan jika niatnya benar maka perbuatan akan benar dan jika niatnya buruk maka perbuatan ikut buruk
๐ป Terkadang apabila kita melakukan sesuatu kebaikan dia tak selalu dinilai baik oleh orang lain Tapi tak mengapa kerana Allah tidak pernah salah menilai hambanya
๐ป Siapa tahu orang yang kita nilai keburukannya ternyata dia berjaya menyambunyikan amalan ibadah yang hanya dia dengan Allah sahaja yang tahu boleh jadi dia buruk dan tak dikenali di mata manusia tapi dia dikenali di seluruh penjuru langit sebagai orang yang baik
"Kenali terlebih dahulu sebelum menilai"
"Barang siapa yang menunjukkan suatu kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakan."(HR. Muslim no. 1893)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan