Ahad, 3 November 2013

Lutut ayam

ssalamualaikum semua readers !!!

**************************
Diceritakan oleh seorang bekas paderi Kristian akan bagaimana dia telah bermimpi seekor ayam yang menyebabkan dia masuk islam.

Ini kisah seorang bekas paderi di Malaysia. Si paderi ini cukup terkenal dengan hobinya suka berdebat dengan para ustaz di masjid-masjid mahupun surau atau musolla atau di mana-mana sahaja adanya para dai'e.Tujuannya cuma satu : untuk meremeh-temehkan para ustaz ini selaku pendakwah.Apa yang anehnya, paderi ini bukan sekadar datang singgah ke majlis-majlis ilmu untuk berdebat bahkan dia akan solat berjemaah dulu bersama-sama para kariah tanpa rasa janggal.Seterusnya dia akan mendengar pengajian yang disampaikan dengan teliti dan di setiap akhir pengajian/tazkiroh/ceramah , dia akan mengajak si ustaz berdebat.(kira waktu sesi Q n A ler tu..)


eheemm.. kendatipun (seibu sebapa dengan :walaubagaimanapun), si paderi ini bukan calang-calang pendebat .Meskipun tidak pernah menyertai MADUM (Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia), apatah lagi kejohanan debat ternuka IIUM ,namun setakat ini (ya, setakat babak penceritaan di sini) belum pernah ada ustaz yang berjaya mengalahkan beliau ! 

Walau sekacak mana si ustaz, walau seramai mana followers si ustaz di facebook, walau seberapa banyak kajian phD si ustaz , tetap satu persatu para ustaz ditewaskan. Kemain (tak terkata) gembira dapat mengalahkan para ustaz sekalian.Semakin mendabik dadalah si paderi akan kehebatan dan kebijaksanannya selain beliau  memandang sebelah dengan sebelah mata .

Antara kriteria yang amat dititikberatkan oleh si paderi dalam setiap sesi perdebatan :
-dia mesti MENANG
-Si ustaz harus menjawab persoalan-persoalan yang ditanya sehingga diyakini.

Namun segalanya berubah pada satu sesi perdebatan bersama seorang ustaz . Tanyalah solan apapun, cakaplah benda buruk apapun tentang islam, sikit pun si ustaz tak menjawab. Sepanjang sesi perdebatan si ustaz hanya mendiamkan diri seribu bahasa. : O

Kemain lagi si paderi gembira tak terkata .

"Haha hari ni aku menag besar.Satu apapun ustaz tu tak leh nak jawab.Nampak sangat akulah yang paling hebat dan bijak !!!! " (Ala-ala beginilah perasaan dan keangkuhan si paderi yang dapat admin ekspresikan)

Pada malam 'kemenangan yang besar' itu, si paderi telah bermimpi bertemu seekor ayam.
Jeng..jeng..jeng..


Ayam : Cuba cari apa perbezaan kau dengan aku?
Paderi : TERSENYUM : ) ( apa punya soalanlah ni, budak 4 tahun pun boleh jawab!)
Ayam : Apasal (kamus: kenapa) kau senyum? apa beza kau dengan aku?
Paderi : Hek eleh, (kamus:alahai) itu je kau nak tanya? bezanya kau ayam aku manusia!!!

Ayam: Salah! Apa beza kau dengan aku???
Paderi : Kau ayam aku manusia ! Aku manusia, kau ayam !
Ayam : Salah ! Apa beza kau dengan aku???
Paderi : Kan aku dah jawab.Kau ayam, aku manusia !

setelah didesak berkali-kali dengan pertanyaan yang sama dan si paderi masih gagal memberi jawapan yang betul akhirnya si ayam pun memberikan jawapan .

Kata ayam ;
 "Beza kau dengan aku pada lutut.Lutut kita Allah jadikan berbeza.
Lutut aku Allah jadikan ke belakang sedangkan lutut kau Allah jadikan ke depan.
Kau perasan tak ?" 
(sambil jambul merahnya digoyangkan) 


lutut ayam dan sekutunya (spesies burung)


lutut manusia

Ayam sambung berkata-kata :

"Kau tahu tak kenapa???

Paderi masih sombong :

"Haa.. kenapa?"

Jawab ayam (kali ini penuh serius) :
"Wahai paderi yang angkuh, 
sesungguhnya Allah menjadikan lutut aku ke belakang 
supaya mudah aku mengeram telurku dan dapat menetas dengan baik.
Sedangkan engkau, Allah jadikan lutut kau  manusia ,
Allah jadikan lutut kau ke depan supaya mudah kau sujud kepada-Nya !"

Si paderi terbangun dari tidurnya. Seluruh tubuhnya berpeluh !
segera dia ke surau menacri ustaz yang baru dikalahkan tadi dan bercerita akan mimpinya.

Perlahan-lahan dia mula sedar keangkuhannya menewaskan para dai'e yang menyebarkan agama Allah, namun Allah menghina keangkuhannya dengan hanya kalah pada seekor ayam !


Ayam masih mengeram.Selepas ini pasti anda tersenyumkan tengok ayam ? Apatah lagi bila makan KFC : p

Alhamdulillah sekarang si paderi sudah memeluk islam dan antara dai'e yang 'berlari kencang ' dalam dunia dakwah. Allahuakbar ! sama-sama ambil iktibar ye..



Satu perkongsian .Lihat otak manusia pun Allah ciptakan menyerupai orang bersujud !
Subhanallah .




Dan kita masih lemah untuk sujud kepada Allah?
Masih sujud menemuinya atas dasar kewajipan semata-mata?

Sabtu, 2 November 2013

Jihad Nubuwwah

Benarkah korang sedang berjihad???

Ok, aku tanya soalan lain..
Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara bukan Islam yang sedang menakluk dan memusnahkan Negara Negara islam..
(suara latar : ada-lihat pelestin, Iraq, Afganistan, bosnia, Lubnan, ambom dan bakal bakalnya..)

Dan pada zaman ini? Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan orang kafir yang menghantar jemaah dakyah kepada orang islam ke seluruh dunia dan murtadkan orang islam di hadapan rumah mereka…?
(suara latar : Ada-.., jema’ah kristian sedang bergerak sekarang di seluruh dunia termasuk Malaysia!!)

Habis tu…? korang(aku skali), orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa korang(aku juga..iskk..) buat sebenarnya???

Berjihad membesarkan rumah?
Berjihad membesarkan kereta?
Berjihad membesarkan pangkat?
Berjihad membesarkan dunia?
Berjihad membangunkan ekonomi negara?
Berjihad mendapatkan Negara islam?
Berjihad menumbangkan orang islam yang lain?

Sedangkan…,
Orang islam berbondong bondong menukar agama,
Masjid saf demi saf menjadi lengang,
Sunnah demi sunnah menjadi asing
Nagara demi Negara di jajah dan di tindas…

Perti demi parti di tubuhkan namun islam terus merudum..
dana dan duit di kumpulkan, orang kafir terus menindas…
jihad dan jihad di laungkan, namun kehinaan demi kehinaan di perolehi..
Kenapa jadi begini?

Kenapa orang kafir langsung tak rasa gentar dengan orang islam?

Kenapa orang islam takut dengan orang kafir?

Jawapannya..

Kerana ALLAH telah berjanji kepada nabi Muhammad SAW bahawa ALLAh tidak akan membantu ummat islam malahan akan mencabut kegerunan orang kafir terhadap orang islam bila Ummat islam mengabaikan JIHAD NUBBUWAH(berdakwah) ini!!!!….

GST

GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) kini cuba dihalalkan dengan bahasa yang kabur lagi misteri. Bunyinya sedap, tetapi mengarut. Antara hujahnya, untuk mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan, maka kerajaan harus bertindak tegas untuk melaksanakan GST.

Harga minyak harus dinaikkan, atau dengan istilah merasionalisasikan subsidi minyak – supaya kewangan negara dikekalkan dalam keadaan yang baik. Alasannya mengarut, antaranya tidak bersifat empati terhadap keadaan hidup rakyat jelata, malah tidak mempunyai pemahaman yang menyeluruh terhadap pengaliran, perkembangan dan kemelesetan ekonomi.

Mengapa kerajaan Barisan Nasional melaksanakan GST? Sejak idea GST diketengahkan Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005, hujah pokoknya, GST adalah cara pengutipan cukai yang paling berkesan. Apa yang dimaksudkan dengan “paling berkesan”? Jikalau dijawab secara jujur, maksudnya, kerajaan boleh mengutip cukai yang lebih tinggi berbanding sekarang dari poket rakyat jelatanya.

Satu lagi hujah penyokongnya, Malaysia tidak boleh ketinggalan, kerana GST sudah dilaksanakan di lebih 140 buah negara di seluruh dunia. Namun demikian, apabila negara lain di serata dunia meluncur di landasan pendemokrasian, penyokong BN tidak pula menyahut bahawa kita perlu memastikan Malaysia tidak ketinggalan.

Hanya tinggal 20 buah negara di dunia yang menetapkan usia pengundi pada umur 21 tahun, dan yang selebihnya telah menetapkan usia kelayakan pengundi di bawah paras umur 21 tahun. Mengapa pula Malaysia tidak terikut-ikut dengan trend ini?

Padahal, untuk 10 tahun kebelakangan ini, terutamanya selepas kemelut ekonomi pada tahun 2008, fokus global kembali menumpu kepada perbincangan jurang antara kaya dengan miskin, dan semakin banyak negara bermuhasabah tentang pelebaranjurang kaya-miskin akibat pelaksanaan GST. Kita perlu sedar kesan GST yang berbeza apabila dilaksanakan terhadap dua golongan dengan pendapatan yang jauh berbeza.

Misalnya, seandainya saya berpendapatan RM10,000, dan membelanjakan RM1,000 untuk membeli barangan, maka saya dikenakan cukai RM50 jika 5% GST dikenakan ke atas RM1,000. Perlu diingatkan, RM10,000 adalah 1/10 daripada jumlah pendapatan saya.

Cuba bayangkan, seseorang yang berpendapatan RM1,000, dan RM1,000 itu dibelanjakan sepenuhnya untuk membeli barangan. Dia akan dikenakan cukai RM50 seperti saya. Bezanya, nilai RM50 kepada seseorang yang berpendapatan RM1000 dengan nilai RM50 kepada seseorang yang berpendapatan RM10,000. Nampak? Jauh bezanya!

Terdapat juga dakwaan bahawa GST paling adil, kerana ia adalah cukai yang dikutip daripada semua orang. Menurut pandangan ini, terlalu sedikit warga Malaysia yang membayar cukai pendapatan. “Cukai untuk semua” – maka dengan adanya GST, ia dilihat sebagai keadilan untuk segelintir pembayar cukai sedia ada setelah sekian lama menunggu.

Namun kita harus maklum, bahawa 60% isi keluarga menjadi sasaran BR1M. Ertinya 60% isi keluarga di Malaysia berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan. Fakta ini dengan sendiri merupakan satu kenyataan yang memedihkan.

Golongan ini tidak bayar cukai kerana mereka tidak berkemampuan untuk membayar cukai, iaitu tidak mencecah garis di mana mereka dikehendaki untuk membayar cukai. Kemudian ada pihak pula yang melontarkan kenyataan bahawa alat domestik keperluan golongan miskin akan dikecualikan GST.
Persoalannya, siapakah yang ditakrifkan sebagai golongan miskin? Jikalau 60% isi keluarga masih memerlukan bantuan – maka apakah kita berhempas-pulas untuk menggubal satu sistem percukaian, yang berakhir dengan pengecualian perbelanjaan 60% populasi?

Apa pula yang dimaksudkan dengan alat domestik keperluan golongan miskin? Bagaimana kita bezakan antara alat domestik keperluan orang biasa dengan keperluan orang miskin?

Lagi hujah bahawa cukai jualan boleh dikurangkan selepas GST dikenakan, malah cukai pendapatan boleh dikurangkan pada masa akan datang. Cukai pendapatan Malaysia padahalnya memeras golongan menengah yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. Ini hakikat yang harus diakui.

Sistem pencukaian ini perlu diperbaiki untuk mengurangkan beban isi keluarga berpendapatan sederhana, dan dialihkan kepada golongan yang benar-benar berpendapatan tinggi. Namun cukai pendapatan yang dikenakan di Malaysia tidak mencecah paras 50% ke atas, sebagaimana Britain, Australia dan negara maju yang lain sebelum melaksanakan GST. Ruang terlalu terhad untuk dikurangkan lagi cukai pendapatan Malaysia.

Padahal, kerajaan agak berterus-terang untuk mengumpamakan GST sebagai ubat pahit untuk mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan kerajaan. Yang pahit itu dirasai rakyat jelata, supaya kerajaan boleh terus memboros dalam keseimbangan. Satu lagi masalah pokok, iaitu menyembelih ayam untuk telurnya. Sejak dahulu Malaysia bergantung kepada Amerika Syarikat dalam bidang eksportnya.

Tetapi untuk beberapa tahun kebelakangan, AS sendiri dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mengimport produk hasil negara Asia. Pertumbuhan ekonomi Malaysia dipacu dengan pasaran domestik (perbelanjaan rakyat jelata), sekurang-kurangnya sejak tiga tahun yang lalu. Kebanyakan perbelanjaan dilakukan dengan pinjaman, mencatatkan Malaysia sebagai negara Asia kedua tertinggi dalam hutang isi rumahnya. Maklumlah kesengsaraan yang bakal menimpa apabila kegawatan ekonomi berlaku.

GST secara dasarnya mencukaikan mereka yang tidak berkemampuan untuk dicukaikan. 60% populasi menerima bantuan BR1M, yang padahalnya tidak perlu dicukai, kini terpaksa dicukai. Selepas dikenakan GST, maka perbelanjaan dalam pasaran domestik akan dikurangkan. Padahnya bukan sekadar inflasi, ia boleh mengakibatkan permintaan domestik yang rendah, dan kemudian mengundang kemelesetan ekonomi.

Guler

Danial Razali,03 Nov 2013
Saya masih lagi tidak mendengar kenyataan rasmi daripada sohibul fadhilah ustaz-ustaz daripada Ulama Muda Umno tentang isu pengurangan subsidi gula (kalimat berhantu menggantikan kenaikan harga gula). Mungkin isu ini tidak sehebat pengurangan subsidi petrol RON95 yang mana mendapat respons cepat daripada ILMU lantaran perlunya meredakan kemarahan marhaen terhadap pimpinan tertinggi negara. Atau mungkin juga boleh saya keluhkan bahawa bingkisan "kenaikan harga ketetapan Allah" itu sebagai kuih penganan sahaja untuk melariskan populariti dalam Pemilihan Pemuda Umno 2013 yang lalu. Oh, berdosakah saya kerana syak wasangka ini?

Saya terkejut apabila mendengar perkara 161 Ucapan Bajet 2013. Benarkah itu yang termaktub atau saja-saja memanda perdana menteri menokok?  Oleh kerana tidak berpuas hati, saya menyemak semula teks ucapan bajet 2014. Memang benar, ada nas ditulis bahawa 2.6 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun keatas mengidap penyakit diabetes lantas langkah pengurangan subsidi (menaikkan harga) gula akan dilaksanakan serta merta selepas lapan jam pengumuman itu dibuat. Sungguh hebat. Saya tidak menyangka perkara ini tertulis dalam ucapan bajet. Pasti Perdana Menteri UK David Cameron terpaksa di-nyah-penyakit sindrom Angelman selepas mendengar ucapan tersebut sebelum benar-benar bersedia menerima lawatan DS Najib yang dijadualkan berlangsung dua hari selepas Ucapan Bajet 2014.

Menurut International Diabetes Federation (IDF), jumlah pesakit diabetes di Malaysia pada tahun 2012 adalah seramai 2.1 juta orang daripada 371 juta orang pesakit dari seluruh dunia. Sebelum menulis artikel ini, saya telah mendapatkan khidmat nasihat tentang diabetes daripada sahabat-sahabat yang berlatar pendidikan perubatan. Menurut mereka, diabetes berlaku bukan hanya disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan tetapi boleh juga disebabkan oleh faktor keturunan dan gaya hidup individu. Saya tidak mahu membahaskan tentang diabetes kerana tidak mempunyai kelayakan yang cukup tentangnya. Biarlah para cerdik pandai perubatan yang menerangkan punca-punca berlakukanya diabetes agar masyarakat awam faham dan mengambil pengajaran awal tentang kesannya yang sangat mengerikan.

Saya tidak kesali akan penyataan gula penyebab diabetes kerana memang jelas terdapat kaitan yang signifikan antara keduanya berdasarkan pandangan sahabat-sahabat yang berkelayakan dalam bidang perubatan. Namun saya berasa sangat kecewa kerana hal itu menjadi alasan ampuh kerajaan dalam menghalalkan tindakan mereka mengurangkan subsidi (menaikkan harga) gula. Jika kita menggunakan saluran tidak berhikmah, kita sebagai warga negara Malaysia yang cintakan kesihatan dan anti-ketirisan boleh sahaja menyoal kerajaan kenapa perlu menggunakan kereta baru Honda Accord 2.4L dan 2.0L sebagai kereta rasmi di saat harga minyak melambung tinggi dan bebanan hutang negara meningkat? Walhal bukankah dengan menaiki kenderaan awam lebih menjimatkan kos jika dibandingkan dengan alasan kerajaan bahawa kereta honda Accord tersebut lebih murah kos petrol dan servisnya? Ataupun bukankah dengan berjalan kaki atau berbasikal boleh menyihatkan badan berbanding hanya duduk di dalam kereta?

Namun kita tidak se'kelakar' kerajaan dalam membangkitkan persoalan dan alasan. Walaupun kita dididik dengan 'hanya duduk diam' dan 'kalau tidak setuju keluar sahaja dari Malaysia', kita masih berhikmah dalam menyoal. Apakah alasan ini wajar?

Kembali kepada isu gula, perlu difahami oleh semua warga Malaysia bahawa proses pengeluaran gula di Malaysia adalah bermula daripada peringkat mengimport gula mentah adripada luar negara. Gula mentah ini ditapis oleh syarikat-syarikat gula seperti MSM dan beberapa syarikat yang dibenarkan kerajaan. Bunyinya seperti oligopoli tetapi ada logiknya kerana kos pengeluaran mampu dikurangkan. Selepas ditapis, gula ini akan dipasarkan di pasaran domestik melalui peruncit dan pengedar ataupun pemain industri. Pengguna biasa (baca marhaen) pula akan mendapatkan gula yang ditapis secara langsung melalui peruncit dan pengedar ataupun menggunakan gula yang ditapis secara tidak langsung melalui produk industri seperti minuman dan makanan ringan yang ada dalam pasaran. Tahun 2012 menyaksikan permintaan gula di Malaysia adalah dipelopori oleh sektor perindustrian iaitu sebanyak 60 peratus manakala isi rumah menggunakan 40 peratus.

Menurut statistik data Bank Dunia, harga gula global pada Januari 2011 adalah sebanyak USD0.297 bagi setiap paun. Harga ini kemudian turun kepada USD0.24 bagi setiap paun pada Januari 2012 seterusnya turun lagi kepada USD0.189 bagi setiap paun pada Januari 2013. Namun begitu, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Januari 2012 telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian jangka panjang (LTC) bersama pengeksport dunia selama tiga tahun bagi mengimport gula mentah dengan harga tetap USD0.26 bagi setiap paun yang bermula pada tahun 2012 sehingga tahun 2014. Keyakinan ini adalah disebabkan oleh kejayaan kerajaan menjimatkan RM2 bilion hasil perjanjian harga gula mentah sebanyak USD0.175 bagi setiap paun yang memeterai melalui perjanjian jangka panjang (LTC) 2009-2011 dengan pengeksport dunia.

Sekali imbas, ketidaktentuan harga pasaran gula mentah dunia telah menyebabkan kerajaan bertindak memeterai perjanjian jangka panjang (LTC) 2012-2014 dengan kadar pembelian tetap sebanyak USD0.26 per paun. Hal ini kerana kerajaan bimbang sekiranya harga gula mentah dunia naik secara mendadak melebihi paras USD0.26 per paun dan sekiranya hal ini berlaku, maka kerajaan akan mendapat manfaat kerana telah membuat perjanjian harga yang tetap dengan pengeksport dunia.

Akan tetapi, hakikatnya kerajaan telah pun diingatkan tentang pengeluaran gula mentah melebihi permintaan yang menyebabkan harga gula mentah turun ke satu paras sangat kurang daripada USD0.26 per paun. Bahkan pada tahun 2012, Ahli Parlimen DAP Tony Pua telah membangkitkan rasa tidak puas hati dan bertanyakan apakah rasionalnya penetapan USD0.26 per paun sedangkan harga gula mentah dunia pada waktu itu hanyalah USD0.24 bagi setiap paun dan menunjukkan trend menurun. Telahan Tony Pua itu ternyata benar apabila harga gula mentah dunia turun menurut data Bank Dunia sehinggalah mencapai USD0.176 pada bulan September 2013.

Sebagai memudahkan kefahaman, saya senaraikan harga gula yang telah ditapis/diproses (yang ada dalam pasaran tempatan) dalam dua keadaan iaitu mengikut harga gula mentah menerusi perjanjian LTC 2012-2014 dan mengikut harga sebenar gula mentah. Andaikan kos pengeluaran menjadi gula yang ditapis adalah konstan iaitu sebanyak USD0.18 per paun (merujuk kepada kos pengeluaran MSM - 2012). Oleh itu, harga satu paun gula yang telah ditapis (mengikut harga  mentah LTC) adalah USD0.44 per paun manakala harga gula yang telah ditapis jika menurut harga gula mentah semasa pada bulan September 2013 hanyalah sebanyak USD0.356 per paun. Jika ditukar mengikut unit mata wang Ringgit Malaysia (katakan USD1 = RM3.06) dan unit kilogram (100 paun = 45.3592 kg), maka kita akan mendapati harga gula yang telah ditapis menurut LTC 2012-2014  adalah RM2.96 sekilo atau sekitarnya kerana perubahan USD ke RM yang tidak konstan sepanjang masa. Manakala harga gula yang telah ditapis mengikut harga gula mentah September 2013 pula hanyalah sebanyak RM2.40 sekilo.

Bayangkan betapa besarnya negara kita mengalami kerugian dek kerana ramalan kerajaan yang tidak tepat berkenaan harga gula mentah dunia. Adakah kita tidak boleh menyalahkan kerajaan walhal kerajaan (dengan adanya cerdik pandai ekonomi dan industri) sangat mampu menggerakkan satu jabatan didalam yang berfungsi membuat kajian dan pembangunan (R&D) dalam memastikan harga yang paling sesuai sebelum ianya digazetkan dalam perjanjian?

Tambahan lagi, menurut laporan tahunan MSM 2012, MSM sebagai pemain terbesar industri gula di Malaysia telah berjaya mencapai jumlah pendapatan sebanyak RM2.3 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM202 juta. MSM telah mengeluarkan kira-kira 900,620 tan metrik gula halus pada 2012 yang merupakan 57 peratus daripada jumlah pengeluaran gula di Malaysia. Apakah kerajaan akan mengarahkan MSM mengurangkan pengeluaran (yang mengakibatkan keuntungan pada tahun berikutnya berkurangan) sebagai langkah sokongan kepada kempen anti-diabetes dan kempen pengurangan pengambilan gula seperti yang dihikayatkan dalam Bajet 2014? Sudah tentu tidak. Bahkan MSM sendiri meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengeluaran gula sehingga 36 peratus kepada 1.5 juta tan menjelang 2016.

Jadi apakah maksud perdana menteri menyatakan penyakit diabetes perlu dibendung dan sehubungan dengan itu kerajaan memansuhkan subsidi gula dalam perutusannya? Tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar satu penghinaan kepada intelektualisme kami rakyat marhaen Malaysia. Apakah kerajaan berasa sangat mudah menipu kami rakyat jelata? Mungkin pada pandangan kerajaan,kami  rakyat yang telah lama ditindas tidak pandai mengira harta berjuta-juta kerana hanya ada syiling-syiling lama dan habuk debu sahaja dalam poket seluar kami. Namun, kami warga marhaen mengingatkan kerajaan, kami mungkin boleh ditindas, tetapi kami tidak sesekali boleh ditipu dan dipermainkan!

Sangat jelas di sini bahawa punca utama yang menyebabkan pengurangan subsidi (kenaikan harga) gula bukanlah disebabkan kebimbangan serius kerajaan terhadap peningkatan jumlah pengidap diabetes di Malaysia. Apa yang sebenarnya berlaku adalah lebih kepada mengambil kesempatan ke atas alasan tersebut bagi menutup segala kebodohan dalam mentadbir urus harta kekayaan negara. Mungkinkah selepas ini harga kereta akan dinaikkan dengan alasan bagi mengurangkan kesesakan yang melimpah di jalan raya? Tidak mustahil ini akan berlaku kerana kerajaan langsung tidak menyebut tentang janjinya mengurangkan harga kereta dalam Bajet 2014. Ya, semuanya boleh berlaku di Malaysia. Andai marhean tidak suka, wajarlah mengambil buku merah dan terbang ke benua lain sebagai penutup segala cerita.

Bagi saya, alasan diabetes adalah satu pembodohan dan kelakar. Tetapi lebih kelakar lagi, saya tidak dapat melihat taring ulama muda Umno yang pada sangkaan saya sentiasa berjiwa kental dalam memberikan komen. Saban hari selepas ucapan 25 Oktober 2013, saya menanti respons mereka di hadapan TV3 dengan harapan ada berita yang bertajuk "kenaikan gula ketentuan Allah (baca Tuhan bagi non-muslim Semenanjung)". Di manakah mereka tatkala pemimpin mereka mengatakan diabetes disebabkan gula dan penawarnya adalah menaikkan harga? Sikap berdiam diri ini menyebabkan saya tertanya-tanya, apakah kemenangan dalam pemilihan telah menggadaikan segala prinsip yang selama ini dipegang? Maafkan saya wahai ILMU, bukan niat ingin menyindir, hanya sekadar terkenangkan "harga naik ketentuan Tuhan".

Penulis merupakan calon ijazah doktor falsafah dalam bidang Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

zuhud

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Alhamdulillah, sebelum kita menghentikan TABIAT suka mengumpul BANYAK HARTA dan hidup BERMEWAH-MEWAH, kita flashback dulu ke zaman Nabi S.a.w dan para sahabat.  Adakah mereka hidup mewah dan mengumpulkan banyak harta kerana penting diri-sendiri?  Sudah tentu tidak.

Kita pergi lebih ke belakang, Nabi Sulaiman a.s dikurniakan kerajaan yang terbesar di muka bumi ini, tetapi beliau hanya makan roti kosong sedangkan rakyatnya diberikan makanan-makanan yang enak.  Dan begitu juga dengan sejarah nabi-nabi a.s lain yang ZUHUD terhadap dunia.

Kita Fast Forward balik ke zaman Sayyidina Umar r.a ketika beliau menjadi Khalifah (pemimpin negara), beliau menetapkan para gabenornya (Menteri besar) agar tidak mengumpul harta. Mula menjadi gabenor hingga masa letak jawatan, harta mesti sama dan tidak bertambah banyak.  Khalifah Umar r.a juga prihatin pada rakyat miskin.

Kita forward lagi ke zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang menjadikan rakyatnya hidup senang dan tidak miskin. Maka selain dari pemerintahan Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat serta Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ada lagi kah pemerintahan yang TERBAIK dari itu?  Majoriti pemimpin sekarang hidup mewah, jauh sekali zaman nabi dan sahabat.  Jika BOSS pun dah hidup BERMEWAH, anak-anak buah apa lagi.

Fikirkanlah, jika semua orang di negara ini TIDAK MENGUMPUL HARTA sebanyak mungkin, dan masing-masing mengagihkannya kepada saudara-saudara kita yang lain, maka TIDAK WUJUD atau KURANG lah rungutan-rungutan, keluhan-keluhan mereka yang KURANG KEMAMPUAN apabila HARGA BARANG NAIK dan seumpamanya.  Dan akan berkuranganlah kes RAGUT, ROMPAK, PECAH RUMAH, CULIK, CURI dan seumpamanya.  Siapa yang akan senang dan aman?  Anda juga.

Adakah anda TIDAK SUKA saudara-saudara anda yang lain HIDUP SENANG seperti anda?  "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia kasihkan dirinya sendiri."  [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sekurang-kurangnya, jika masing-masing saling MENGAGIHKAN HARTA, maka akan ringan lah tanggungan keluarga-keluarga yang susah dan miskin. Bukan bertujuan untuk menjadikan semua orang MEWAH, tetapi sekurangnya keperluan-keperluan asas seperti beras, minuman, minyak masak, minyak kenderaan, bil-bil dan sebagainya tidak menjadi BEBAN lagi.

Mahu ajar diri supaya TIDAK SUKA BERMEWAH? Sila baca Buatlah apa yang Allah suka setiap hari....... 

Dan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab memainkan peranan untuk mulakan KUAT-KUASA perkara ini?  Kerajaan dan pihak berkuasa lah yang sepatutnya memainkan peranan dan bertindak dengan professional!

Kalau nak harapkan masing-masing kita MULAKAN DULU seorang demi seorang, memang lah kita TIDAK BERANI. Bayangkan, harta yang kita dapat setiap bulan mahu dibelanjakan lebih 50% ke jalan Allah, disedekah dan dihadiahkan, BUKAN PERKARA MUDAH. Bisikan-bisikan hati takutkan muflis dan menjadi miskin akan menghantui diri. Mungkin ada yang akan fikir, "Kalau aku sedekahkan harta aku 50% setiap bulan, nanti aku juga yang akan susah dan miskin." Tanpa kita fikir bahawa rezeki itu adalah dari Allah S.w.t, dan Allah akan gandakan lagi apa yang kita infaq / sedekahkan. Kalau orang yang fikir itu orang yang BERGAJI RENDAH, itu normal lah. Tetapi kalau gaji beribu-beribu sebulan, tetapi mempunyai KOTAK FIKIR seperti orang bergaji rendah juga, amat malang lah.

Justeru, kerajaan sebaiknya menjadi 'kick starter' untuk memulakan konsep bahu-membahu ini. "Orang beriman dengan orang beriman yang lain itu adalah seperti jasad yang satu. Sekiranya salah satu anggota mengalami kesakitan, maka seluruh jasad akan turut berjaga malam, merasa panas dan gusar." [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai target, seperti menghadkan gaji bulanan, jurang perbezaan gaji jangan terlampau besar, sebahagian besar cukai hanya dikenakan kepada yang kaya dan bergaji besar, promosi cara hidup sederhana dan tidak bermewah, dan macam-macam lagi lah!

Sudah-sudah lah kita hidup dengan cara yang diajarkan oleh PENJAJAH yang semakin menguntungkan sebelah pihak (kroni-kroni), dan merugikan pihak yang lain, yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin dan susah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka."  [Surah Ar-Ra'du : Ayat 11]

Maka jika kita tak sama-sama berusaha ubah nasib kita, tak ada orang lain yang akan bantu kita. Presiden Barrack Obama tak akan datang tersengih-sengih untuk membaiki ekonomi orang-orang kita. Dan ingatlah, kepada Allah sahaja kita bertawakkal setelah kita berusaha, kerana hanya Dia lah Maha Penentu dan Pemberi rezeki.

Percaya lah, jika kita TIDAK AJAR diri kita BERMEWAH, insyaAllah nanti kita tidak PERLU  dan TERLIUR pun untuk bermewah. Jika kita TIDAK AJAR diri kita melayan sangat nafsu syahwat kita, dengan gilakan handphone Samsung Galaxy, kereta-kereta mewah, shopping barang-barang mewah dan keduniaan-keduniaan lain, nanti kita TIDAK TERLIUR pun pada itu semua.   Malah kita akan nampak betapa amat ramainya manusia di luar sana yang MENDERITA, KELAPARAN, KESESAKAN HIDUP, TERTEKAN dan sebagainya.  Dan itu akan MENIMBULKAN rasa TAKUT dalam diri kita untuk bersenang-senang dan bermewah di dunia ini, kerana nanti akan BANYAK LAH KESUSAHAN yang menimpa kita, jika kita terlalu banyak melayan seronok dan mewah di dunia ini, na'uzubillah.

Nabi Muhammad S.a.w suka bersama dengan orang miskin. Contoh terbaik sudah ditunjukkan oleh Nabi S.a.w, dan banyak hikmahnya bergaul dengan orang miskin, antaranya, dapat sedari diri dan fahami jiwa si miskin harta, agar jiwa kita tidak tertekan jika selalu melihat kemewahan orang lain, selalu dapat kita ingat bahawa ada orang lain lagi yang lebih susah dari kita, dapat melatih diri menjadi zuhud, qana'ah dan redha dengan ujian dari Allah S.w.t dan sebagainya, masyaAllah.

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan dan melalaikan, dan perhiasan dan bermegah-megah di kalangan kamu, dan memperbanyakkan harta dan anak-pinak, seperti hujan yang hasil tanam-tanamannya memukau orang kafir; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kuning kemudian menjadi hancur. Dan di Akhirat kelak ada azab yang pedih dan keampunan Allah serta keredhaanNya. Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang menipu (palsu)." [Surah Al-Hadid : 20]

Dari Abu Hurairah r.a katanya:; Rasulullah s.a.w bersabda; "Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."  [Hadits Riwayat Muslim]
Kita cari duit siang malam , kemudian kumpulkan sebanyak mungkin, betapa bersungguhnya. Ada yang sampai beribu, berjuta dan berbilion ringgit. TETAPI, tahukah kita bila TARIKH kita akan mati? Sudah tentu tidak tahu. Maka bagaimana agaknya jika kita mati sedangkan harta kita masih ada beratus ribu, berjuta dan berbilion? Dapatkah semua itu membantu kita dalam kubur nanti?  Sudah tentu tidak, malah akan MENAMBAH BEBAN kita di sana.  Tambah-tambah lagi jika kita meninggalkan harta pada keluarga yang TIDAK DIDIDIK dengan agama, dan menggunakan harta itu dengan sembrono.

Qarun adalah manusia yang paling BANYAK HARTA dalam sejarah manusia. Anak kunci gudangnya sahaja dibawa oleh 40 ekor unta. Tetapi akhirnya Allah S.w.t tenggelamkan dia bersama kesemua hartanya ke perut bumi. Maka untuk apa ditompokkan harta sebanyak mungkin?

Dan bagi mereka yang TIDAK KAYA, bersyukurlah, kerana anda mungkin akan menjadi LUPA DARATAN dan MENGIKUT HAWA NAFSU jika anda kaya harta. Ada hikmahnya anda tidak kaya-kaya.

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan?" [Surah Huud : 15-16]

Dari Haritsah bin Wahab r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli syurga itu? Mereka itu setiap orang yang lemah dan dianggap lemah oleh para manusia, tetapi jikalau dia bersumpah atas Allah, pastilah Allah mengabulkan apa yang disumpahkannya itu. Sukakah engkau semua saya beritahu, siapakah ahli neraka itu? Mereka itu ialah setiap orang yang 'utul (keras), jawwazh (bakhil) tetapi gemar mengumpulkan harta, lagi pula bongkak." (Muttafaq 'alaih)

Dari Usamah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Saya berdiri di pintu syurga, tiba-tiba - saya lihat -  kebanyakan orang yang memasukinya itu adalah orang-orang miskin, sedang orang-orang yang mempunyai kekayaan masih tertahan - belum lagi diizinkan untuk masuk syurga. Tetapi para ahli neraka sudah semua diperintahkan untuk masuk neraka. Saya juga berdiri di pintu neraka, tiba-tiba -saya lihat - kebanyakan para ahli neraka itu adalah kaum wanita." (Muttafaq 'alaih)

Oleh itu, sentiasa lah bersedekah, memberi hadiah dan membantu golongan-golongan yang susah dan memerlukan, semoga senang kita di dalam kubur nanti insyaAllah.  Tetapi, kalau gaji bulanan kita beribu-ribu ringgit, tetapi sedekah ke jalan Allahnya hanya rm10, rm20 dan peratusnya sangat sedikit, sedih juga lah.  Kalaulah masing-masing kita dapat menyumbang harta ke jalan Allah lebih dari 50% sebulan, masyaAllah, sangat bagus dan membantu negara jika semua orang berbuat demikian.

Dan beritahulah kepada KERAJAAN, agar bertindaklah dengan lebih bijaksana dalam MEMUASKAN HATI semua rakyat.  Percayalah, jika semua rakyat PUAS HATI, kerajaan pun akan turut SENANG!

Jika berjaya, ini dapat menjadi CONTOH kepada negara lain. Tidak mahu kah anda hidup dalam "Baldatun toyyibatun wa Rabbun Ghafuur" (negara yang baik dan Tuhan berikan keampunan)?