Isnin, 17 Februari 2014

apa yang terjadi

APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?

Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan.. 
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..
Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..
Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..


Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..
Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..
Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..
Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..
Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..
Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..


Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..
Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..
Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...
Aamiin... 


Aku berdoa..
Ya اَللّهُ :
Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini
Lapangkanlah hatiku dan hatinya
Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan
Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
Mudahkan segala urusanku dan urusannya
Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 


Jauhkan kami dari segala Musibah
Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan
Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Kirim kepada semua orang dalam contact. Kita akan saling mendoakan antara satu sama lain, dan mudah²an doa kita dikabulkan. آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Ahad, 16 Februari 2014

beban :)








































sate samuri

SEBUT sahaja nama pekan Kajang pasti ramai yang akan memikirkan tentang Sate Kajang Haji Samuri. Mungkin ramai yang hanya mengenali kesedapan Sate Kajang tetapi tidak mengetahui dari mana ia bermula dan siapa yang menciptanya.

Pemilik restoran Sate Kajang Datuk Samuri Juraimi berkata, jualan sate di Kajang dimulakan oleh Tasmin Sakiban pada 1917 yang berhijrah dari Indonesia ke Malaysia bersama saudaranya.

“Mereka bersaudara telah bekerja di sebuah ladang Inggeris, namun Haji Tasmin telah berhenti bekerja di ladang tersebut dan memilih untuk berniaga sate.

“Pada awalnya Haji Tasmin berniaga secara kecil-kecilan dan lama-kelamaan dia telah membuka gerai sate,” katanya.

Menurut Samuri, beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sate bermula apabila menumpang di rumah Tasmin sewaktu dalam tingkatan satu.

“Saya tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Haji Tasmin, tetapi ibu saudara saya telah berkahwin dengannya selepas kematian isteri pertama,nya” katanya.

Setiap hari selepas waktu sekolah, Samuri membantu Tasmin sehingga beliau menamatkan zaman persekolahannya pada 1963.

Sebelum mendapat pekerjaan, beliau membantu Tasmin sepenuh masa sehingga tahun 1965 dan bekerja di pejabat Telekom.

Walaupun telah bekerja, Samuri masih lagi membantu Tasmin berniaga sehingga tahun 1987 apabila beliau mengambil keputusan berhenti kerja walaupun ketika itu bergaji lumayan semata-mata untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan sate.


Sate Kajang Haji Samuri bermula pada 1992

Bermulanya kisah perjalanan Sate Kajang adalah apabila Tasmin meninggal dunia. Anak-anak kepada arwah Tasmin meminta Samuri menguruskan perniagaan sate tersebut sehingga 1992 ketika beliau berusia 42 tahun.

Disebabkan desakan anaknya serta pengalaman yang dimiliki, beliau berjaya membuka sendiri perniagaan sate dengan menggunakan nama Sate Kajang Haji Samuri.

Bermodalkan RM18,000 yang kemudian meningkat kepada RM 30,000 Samuri memulakan perniagaan di gerai No. 5 di Medan Sate Kajang yang diambil alih daripada tauke Cina yang menjual air tebu.

“Waktu itu saya menghadapi kesukaran apabila bermula daripada bawah kerana rata-rata pengunjung yang datang mahu sate Haji Tasmin.

“Ada juga yang meninggalkan kedai apabila mengetahui kedai itu bukan kedai Haji Tasmin. Tetapi semua itu cabaran dalam perniagaan dan saya ambilnya positif,” katanya.

Sehingga sekarang, lebih 20 cawangan seluruh Malaysia telah dibuka, di samping tiga kilang diwujudkan untuk membuat sate dan kuahnya secara manual.


Jadikan saingan sebagai cara memantapkan perniagaan

Selama 21 tahun berniaga, pasti ramai tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kejayaan yang dimiliki Samuri.

Bagi beliau, segala usaha yang dilakukan perlu disusuli dengan doa kepada ALLAH dan sentiasa bersyukur.

“Sewaktu saya bersama Haji Tasmin lagi,  dia banyak memberikan nasihat kepada saya dan sememangnya nasihat yang diberikan saya guna sehingga sekarang.

“Dalam perniagaan, jika kita memudahkan pelanggan nescaya pelanggan akan mudahkan urusan kita,” katanya.

Menurut Samuri, dalam perniagaan pasti akan ada persaingan tetapi setiap persaingan itu mestilah dilihat sebagai sesuatu yang positif.

“Jatuh bangun dalam perniagaan adalah resam kehidupan, jadi jangan salahkan sesiapa sekiranya kita jatuh dan jangan mudah mendabik dada dengan kejayaan.

“Kita perlu menjadi seorang yang kreatif dan melihat dari pelbagai perspektif untuk memajukan perniagaan,” katanya.

Selain itu, Samuri mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaannya.

Beliau telah meletakkan kad perniagaannya di setiap kedai dan dari situ dia akan menjadi orang pertama menerima kritikan dan pandangan orang ramai.

Samuri merasakan setiap hari adalah hari pertama beliau mula berniaga dan daripada itu beliau perlu berusaha keras.

“Sebagai peniaga makanan, kita perlu berpegang kepada beberapa prinsip. Pertama ialah produk yang dihasilkan mestilah setiap hari serupa.

Kedua, servis terbaik diberikan kepada pelanggan dan yang terakhir adalah persekitaran yang selesa,” katanya.


Diwarisi semua anak 

Mengenai siapa pewaris kepada perniagaannya kelak, Samuri menyatakan kesemua anak-anaknya sekarang telah turut serta menguruskan perniagaan itu.

“Pada permulaan, anak kedua saya merupakan individu terawal mengikut saya semasa saya menguruskan perniagaan sate Haji Tasnim lagi.

“Saya tidak memaksa mereka untuk bekerja dengan saya, tetapi jika mahu bekerja dengan saya memang saya alu-alu-kan,” katanya.

Perniagaan keluarga ini turut disertai menantu Samuri yang rata-ratanya mempunyai kerjaya tetapi lebih berminat dengan dunia perniagaan.


Merancang ke peringkat global
Samuri turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang banyak menyokong perniagaan satenya itu.

Setelah 21 tahun mengusahakan perniagaan ini, Samuri menyatakan hasratnya untuk melebarkan perniagaannya ke luar negara.

“Untuk mengembangkan perniagaan, kita mempunyai dua cara iaitu secara persendirian dan juga secara francais.

“Tetapi itu semua adalah untuk jangka masa yang panjang. Untuk jangka masa pendek pihak kami bakal membuka cawangan di Rawang,” katanya.

Sebelum ini, terdapat agensi yang telah membawa produk Samuri ke beberapa negara untuk mendapatkan respon.


BIODATA 

Tarikh Lahir: 25 Julai 1944
Lahir: Sungai Ramal Dalam, Kajang
Umur: 69 Tahun
Prinsip: Jangan sesekali menyusahkan orang dan menipu orang dalam apa jua bidang yang diceburi
Hobi: Mengumpul barangan antik dan melancong
Kegemaran: Suka makan sate tidak kira apa jenis sate
Isteri: Datin Hajjah Jani Mohamad Amir
Anak: 5 orang
1. Norsham
2. Sofian
3. Nur Ilyana
4. Shafeq
5. Nurul Aqilah

Sabtu, 15 Februari 2014

Barai


SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA SEMAKIN BANGANG

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Jepun yangg tewas dlm perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yg singkat. Begitu juga Korea yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan.

2) Pemerintah Negara kita masih terkial-kial mencari formula untuk memajukan system pendidikan. Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu. Kemudian ditukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris

3) Setelah diprotes ahli akademik, PPSMI dihentikan...ditukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bahasa Inggeris. Sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.

4) Apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mamat dari USA itu yg pandai cakap melayu!

5) Apabila menteri bertukar, maka bertukarlah polisi! Nama kementerian pun telah bertukar beberapa kali. Mula2 Kementerian Pelajaran, lepas tu tukar Kementerian Pendidikan, lepas tu tukar Kementerian Pelajaran semula! Yg terkini tukar balik kpd Kementerian Pendidikan! Banyaknya ringgit yg dibelanjakan utk menukar2 tu tak dapatlah nak dihitung!

6) Dulu diperkenal 6 anjakan pendidikan, bagai nak rak guru2 diarah menghafal setiap ayat. Kemudian tukar menteri baru, kena hafal pulak 5 polisi baru. Sekarang ada pulak PPPM, diarah hafal pulak 3 gelombang, 5 aspirasi perubahan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan....dan macam2 lagi...

7) Ironinya bidang pendidikan negara semakin merudum! Sistem pentaksiran pula ditukar konon tidak mahu fokus kpd akademik semata2. Ditambah 3 lagi aspek pentaksiran. Sistem komputer pulak yg sepatutnya mempercepatkan proses menjadi lambat hingga guru2 terpaksa berjaga ke 3 pagi. Kisah guru bangun jam 3 pagi ini telah menjadi bahan ketawa rakan2 guru dari negara jiran.

8 ) Yang menyentuh hati ialah, hingga kini...kita masih terkial2 mencari identiti dan solusi! Sedang negara jiran yg dulunya mundur, kini telah jauh di hadapan. Vietnam umpamanya, ibarat pelari yg berjaya memintas laju tanpa menoleh lagi ke belakang!

9) Produk pendidikan kita juga terkial2 tidak menjadi.Murid2 semakin tidak beradab, ajaran agama makin terpinggir drp hidup mereka. Di sekolah, masalah2 disiplin tidak berubah, bahkan semakin bertambah kronik! Peraturan2 disiplin sekolah masih menggunapakai pekeliling tahun 50-an. Kalau diubahpun, ia diubah kpd yg lebih teruk dan tidak membantu membuat penambahbaikan.

10) Agaknya sistem pendidikan kita terlalu di "politik" kan serta di"business" kan. Apabila politik dan business mencampuri sebarang urusan maka akan punah-ranahlah urusan itu! Ini kerana politik dan business lebih menjurus kpd kepentingan diri, parti, kroni dan kompeni! Perlantikan org2 yg diamanahkan memegang kuasa akhirnya dipilih lebih berdasar kpd kroni berbanding kompetensi! Maka kuasa diguna semahunya utk menjaga kepentingan politik dan business tadi mengakibatkan berlaku kesan yang memudaratkan!

11) Hari ini guru-guru dibebankan dengan PBS. Guru-guru akan terpaksa melayan karenah PBS melebihi urusan mendidik anak-anak muridnya. Masa berkualiti guru dengan muridnya diganggu. Masa guru dengan keluarganya juga terbarai.

12) Terkini PBS ditangguh hingga April ini atas desakan pelbagai pihak. Apakah kesudahan system pendidikan Negara apabila dikawal selia oleh orang-orang yang rakus berpolitik dan berniaga dengan rakyatnya? Guru dan murid dijadikan bahan ujikaji semahu-mahunya. Apakah consultant luar Negara yang diupah untuk memajukan system pendidikan kita mahu bereksperimen?
Tepuk dada Tanya Najib, Tanya Muhyiddin!

Sekian

kepalang ajar

Kdg2 budak2 nie cikgu buat lain dia ckp lain kt bapak dia..bapak pulak anknye jer betul...ckp menyampah...Tindakn utk bgk gini.. lantak ko la pas ni...
Pukul dgn selipar, bagi makan rumput, cubit hingga berdarah, sepak sampai bengkak kaki, tampar hingga berdarah telinga.....dan bermacam2 lagi hukuman berbentuk " corporal " dilakukan oleh guru terhadap murid2 di sekolah..... Dgn pantas ibubapa membuat laporan polis serta mengadakan sidang akhbar mendedahkan tentang keburukan atau ketidakwajaran guru terhadap anak mereka..... Bagi mereka inilah peluang nak tunjuk kasih-sayang kpd anak2....walaupun tak pernah bertanya anak2 tentang pelajaran dan kerja rumah....Maka dgn pantas pulalah Polis, pegawai2 PPD, JPN dan KPM menyerbu ke sekolah menyiasat dan mengemukakan laporan yg akhirnya guru tersebut diambil tindakan ditukarkan ke sekolah lain......walaupun aduan sekolah tentang kerosakan tandas, bumbung, pagar dan lain2...tidak sepantas itu pegawai2 datang! ......Begitulah cerita ini berulang-ulang sejak dulu lagi.....semuanya berkisar tentang apa yg berlaku dan bagaimana tindakan selepas peristiwa berlaku....
Tetapi jarang sekali org bertanya kenapa berlaku?
Semuanya merasa simpati terhadap murid....semuanya merasa bimbang terhadap keselamatan murid....maka di war-warkan kesalahan guru....punca kpd kejadian terus dilupakan....kesalahan awal murid yg menjadi punca dia dihukum tidak lagi dipedulikan....
Siapa yg peduli tentang perasaan dan emosi guru? Guru robot? Guru takda anak? Guru sakit mental?
Aku bukan menyokong murid2 dihukum sedemikian rupa....tetapi mengapa tidak memikirkan tentang kesalahan asal murid, kemudian diseimbangkan dgn hukuman yg diberi oleh guru.... Memang benar, pujangga mengatakan bahawa: " Seorang guru tahu erti bodoh, sebab sebelum dia cerdik jadi guru, dia pernah bodoh sebagai murid....seorang murid tidak tahu erti cerdik, sebab dia murid, belum cerdik." Namu guru manusia biasa, ada emosi, perasaan, juga terdedah kpg gangguan syaitan....

Teringat aku suatu kisah yg berlaku di sebuah sekolah berasrama kira2 18 tahun dulu.... Seorang murid, anak tunggal kpd seorg penjawat awam di universiti ditampar oleh GPK (HEM) kerana melawan GKP tersebut. Ia bermula dgn murid itu mengajak kawan2nya mengerumuni meja seorang guru perempuan dgn alasan ingin bertanya masalah. Semasa berkerumun di kelililing guru tsb, murid tadi bertindak meramas buah dada kanan guru tersebut. Guru itu menjerit, suasana menjadi gempar, guru itu menangis.....laporan dibuat, soal-siasat dijalankan...berdasar saksi rakan2, murid tersebut akhirnya mengaku melakukan perbuatan tersebut. Sewaktu soal siasat dilakukan, murid itu bercekak pinggang ala samseng dan ini tidak disukai oleh GPK(HEM) yg mangarahkan supaya berdiri tegak dgn tangan lurus supaya nampak bersopan. Arahan bbp kali oleh GPK(HEM) tidak dipedulikan hingga berlaku tepis menepis akhirnya GPK tersebut melepaskan penampar agongnya!
Keesokan harinya....murid tersebut berjumpa GPK(HEM) mengadu telinganya berdarah. Murid itu terus dibawa ke hospital utk rawatan. Bapa murid dihubungi. Setelah mendapat tahu anaknya ditampar, dia membuat laporan polis. Permohonan maaf GPK(HEM) tidak diendahkan. "See you in court!" Kata bapa itu. Maka hebohlah kejadian itu. Bapa bertindak mengambil lawyer menyaman guru tersebut dgn tuntutan RM60,000. Atas nasihat PPD, GPK(HEM) terpaksa mengambil lawyer utk challenge tutntutan bapa murid itu. Terbanglah RM300 utk bayaran buka fail, tambahan kpd RM50 wang yg telah diberikan sebagai bayaran rawatan. Diringkaskan cerita, akhirnya saman itu tidak dilanjutkan kerana mengikut laporan doktor, darah telinga itu kerana penyakit telinga yg memang telah lama dialami murid, bukan kerana 'tampar agong' GPK(HEM) itu!
Ironinya.....yg menjadi perbincangan, siasatan, laporan ialah kes tampar murid.....murid ramas buah dada guru tidak lagi menjadi isu! Yg dinampakkan bersalah ialah guru! Salah murid diketepikan...seolah2 kesalahan meramas buah dada itu takpa! Tergamak bapa tadi memusuhi guru yg ingin mendisiplinkan anaknya! Apa yg diidamkan oleh sibapa terhadap anaknya? Adakah supaya dewasa nanti anaknya diharapkan menjadi seorang peramas buah dada yg hebat!
Akibatnya......GPK(HEM) yg dedikasi itu memohon meletak jawatan dan bertukar ke sekolah lain. Guru perempuan mangsa murid itu juga bertukar ke sekolah lain. Murid tersebut diketahui akhirnya berada di pusat pemulihan dadah setelah tamat persekolahan tkt 5.

Corporal punishment, memang tidak wajar dilakukan oleh guru....tetapi tahap perangai manusia ini sentiasa berlegar2 antara insan dan haiwan....cara berhemah, berhikmah wajar dilaksana utk kesalahan2 insan.....bagi kesalahan2 haiwan....cara hukuman lebih keras sedikit perlu untuk menjinakkannya!