Khamis, 4 September 2014

HIKAYAT SYAHID

Seorang doktor berwasiat kepada seorang ibu :
"Wahai ibu, janganlah engkau risau,
Anakmu ini adalah rakyat Palestin,
Maka kau susuilah (didiklah) dia dengan peluru senapang,
Kau dukunglah dia dengan senjata sebelum dia mampu berjalan,
Kau nyanyikanlah lagu kemerdekaan kepadanya sebelum dia tidur,
Dengan ini, dia akan bertutur (memahami) bahasa jihad sebelum bahasa arab.

Maka si ibu melakukan seperti mana yang terkandung dalam wasiat tersebut. Kemudian sampailah seruan jihad, lalu anaknya berkata dan si ibu mendengarnya :

"Wahai ibu, kau melahirkan aku dengan penuh kepayahan,
Maka aku akan jadikan dari darahku ini air yang akan kau minum di syurgaku nanti,
Terowong-terowong di bawah kakimu,
Aku akan lancarkan roket kepada sesiapa yang membuatmu menangis,
Sesungguhnya engkau adalah Al-Quds-ku yang kedua,
Aku akan kembali kepadamu dalam keadaan syahid,
Dan aku akan membahagikan separuh kafanku kepadamu,
Maka di dalam kuburku kau akan ditanam,
Dan di syurga esok aku akan mencium tanganmu.

Karya : Zainab Yusuf
Gambar : Dina Abdul Sattar

Sumber : Shehab News Agency

poto: HIKAYAT SYAHID

Seorang doktor berwasiat kepada seorang ibu :
"Wahai ibu, janganlah engkau risau,
Anakmu ini adalah rakyat Palestin,
Maka kau susuilah (didiklah) dia dengan peluru senapang,
Kau dukunglah dia dengan senjata sebelum dia mampu berjalan,
Kau nyanyikanlah lagu kemerdekaan kepadanya sebelum dia tidur,
Dengan ini, dia akan bertutur (memahami) bahasa jihad sebelum bahasa arab.

Maka si ibu melakukan seperti mana yang terkandung dalam wasiat tersebut. Kemudian sampailah seruan jihad, lalu anaknya berkata dan si ibu mendengarnya :

"Wahai ibu, kau melahirkan aku dengan penuh kepayahan,
Maka aku akan jadikan dari darahku ini air yang akan kau minum di syurgaku nanti,
Terowong-terowong di bawah kakimu,
Aku akan lancarkan roket kepada sesiapa yang membuatmu menangis,
Sesungguhnya engkau adalah Al-Quds-ku yang kedua,
Aku akan kembali kepadamu dalam keadaan syahid,
Dan aku akan membahagikan separuh kafanku kepadamu,
Maka di dalam kuburku kau akan ditanam,
Dan di syurga esok aku akan mencium tanganmu.

Karya : Zainab Yusuf
Gambar : Dina Abdul Sattar

Sumber : Shehab News Agency

PBL 226 KMS 2014

Laporan Problem Based Learning (PBL) Pensyarah
Unit Kimia Kolej Matrikulasi Selangor
Sem I , Sesi 2014/15

Nama Pensyarah       :  Mohamad Shehdi bin Ragiun
Kumpulan Praktikum  :  SM2K2T6
Tarikh dan Masa Perlaksanaan : 4 Sept 2014 3.30 pm
Item
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Sederhana
Setuju
Sangat Setuju
Jumlah
1
2
3
4
5
Kefahaman
0
0
6
13
0
19
Keyakinan
0
0
6
13
0
19
Minat
0
0
0
11
8
19
Kerjasama
0
0
12
3
6
19
·         * 2 pelajar tidak hadir



 Refleksi pensyarah ke arah penghasilan ‘Independent Learner’:

Syukur Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan sesi PBL yang telah saya jalankan sama seperti dua kelas sebelum ini kerana pelajar  mendapat pengalaman baru iaitu belajar dari masalah dalam mencari informasi atau pengetahuan  melalui sumber dari internet. Selain itu, pelajar juga telah semakin yakin dalam soft-skill mereka. Pelaksanaan PBL dapat membantu pembelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat universiti. Pengalaman ini tidak dialami pelajar semasa di sekolah menengah dahulu.

Cadangan Penambahbaikan:

Sesi PBL ini sesuai dilaksanakan sebagai projek / assignmen untuk Penilaian Berterusan (PB) dan sebagai ganti kuiz.

__________________________
   Mohamad Shehdi bin Ragiun

Cap Rasmi :
Tarikh         : 10 September 2014

















Rabu, 3 September 2014

Jalan masjid

Wahai anakku.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Ramai orang yg kaya raya tidak sanggup utk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yg seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya.Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah, Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dgn semangat yg membara. Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yg tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Pemuda yg kuat dan bertubuh sihat yg mampu menakluki puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam. Ada yg berkata sebentar lagi, ada yg berkata takut dikata alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Bagi ayah, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yg paling ayah banggakan selain drp perjalananmu ke masjid.

Biar ku beritahu rahsianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan utk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yg diajarkan oleh nabi serta perjalanan yg akan membezakanmu dgn orang-orang yg lupa akan Rabnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.

Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dlm gelap subuh, demi mengenal Rabmu.

merit

Berikut merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Untuk renungan pemimpin, ketua masyarakat, tok penghulu, pengerusi koperasi, ketua2 pejabat dan khas nya kepada kawan2:

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan
berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah
perbualan mereka...

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam
pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada
diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi
mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang
bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama
bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun
jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu
macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata
dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak
permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........