Isnin, 21 September 2020

jarak saf

 Assalamu'alaikum wbh... 



*NORMA BAHARU SOLAT BERJEMAAH*


Ustaz Kazim Elias mengingatkan kita; "Sekiranya norma baharu ini dilanjutkan untuk jangka waktu yang terlalu lama, maka ianya tidak lagi normal.."


Penampilan terbaru Ustaz Kazim Elias adalah usaha yang patut dipuji dan diakui dalam menegakkan kebenaran, berdasarkan apa yang  telah beliau nyatakan untuk membela kebenaran, menunjukkan kerisauan tentang norma baharu ini (jarak 1 meter ketika menunaikan solat berjemaah di masjid/surau) akibat ancaman _pandemik_ ini; di mana penjarakan fizikal 1 meter itu tidak boleh kekal dalam menerapkannya di dalam agama Islam.


Beliau menegaskan; "Kita boleh menerima norma yang baharu ini..tetapi sampai bila? Jika hal baharu ini bertentangan sama sekali dengan Sunnah yang berasal dari Baginda Rasulullah (ﷺ), maka masalah ini harus dibahas dan dikaji semula dengan lebih teliti di dalam pelaksanaannya”.


Tambahnya; "Tidak ada yang lebih baik daripada ajaran yang dibawa oleh Islam. Kita tidak boleh mengatakan bahawa ada cara lain yang lebih baik daripada apa yang diberikan oleh Islam kepada kita dalam menangani masalah ini. Sekiranya norma baharu ini dipraktikkan di dalam Sunnah Islam _selama-lamanya_, maka itu tidak lagi normal. Kita tidak perlu takut ada perkara lain di sebalik _pandemik_ ini dan kajian harus dilakukan secara menyeluruh dan lebih dalam lagi. Sepertinya ada agenda lain di sebalik situasi ini".


"Pada awal _pandemik_ ini terdapat begitu banyak ketakutan, banyak video yang muncul di merata tempat mengenai betapa bahayanya keadaan di Wuhan di mana seorang individu itu tiba² jatuh, tiba² mati, panik di hospital kerana terlalu penuh dan sukar untuk memasukinya kecuali jika didapati positif atau menunjukkan ada tanda²; akan tetapi setelah virus ini sudah tersebar di seluruh dunia dengan ratusan ribu kes kematian, tiba² rasa panik dan kematian mengejut seperti video rakaman orang yang mati akibat Covid-19 seperti sebelumnya tidak ada lagi kelihatan malahan terus hilang dan senyap begitu sahaja. Yang ada hanyalah berita akan pertambahan kes² baharu sahaja".


"Islam adalah kebenaran, ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad (ﷺ) daripada Tuhan semesta alam. Seharusnya tidak ada kompromi di dalam agama Islam, dengan mengubah cara solat solat berjemaah dari cara asal kepada cara yang baru. Tidak wajar kiranya dengan hanya menerima bulat² cara solat berjemaah  norma baru; yang lebih menyedihkan lagi adalah kita mengikut  dan melakukan saja _sunnah dari WHO_ tanpa mempersoalkan impaknya terhadap ibadah kita".


Beliau menegaskan bahawa para Ulama' (secara tidak langsung) harus memikirkan kembali sama ada wajar atau tidak cara perlaksanaan solat berjemaah akibat dari masalah _pandemik_ ini, dengan mengubah cara² solat berjemaah dan menyebabkan Sunnah asal diabaikan dan Sunnah baharu pula diterima. Beliau berpendapat bahawa keadaan ini tidak boleh kekal dalam perlaksanaannya. Beliau mengatakan bahawa agama mesti didahulukan, bukannya norma baharu. Ustaz Kazim Elias juga mengatakan norma baharu ini, seolah² seperti mencipta versi baru agama Islam, akibat daripada mengubah cara Sunnah supaya sesuai dilaksanakan dalam keadaan _pandemik_ ini.


Beliau mengingatkan kembali bahawa Nabi kita (ﷺ) ada memberitahu kita untuk rapatkan bahu ketika berdiri  menunaikan solat berjemaah.  Nabi Muhammad (ﷺ) bersabda, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhaari, 686;  Muslim, 425.

Diriwayatkan dari ‘Abd -ullah ibn‘ Umar bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jadikanlah barisanmu lurus, berdiri bahu ke bahu dan tutup celah, dan jangan menolak tangan saudara²mu.  Jangan tinggalkan jurang untuk syaitan masuk.  Barangsiapa merapatkan saf, Allah akan membalasnya, dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah akan meninggalkannya.


Nabi Muhammad (ﷺ) juga bersabda, diriwayatkan oleh Abu Dawood, 666;  Al-Nasaa'i, 819, 620.

Diriwayatkan bahawa Al-Nu'maan ibn Basheer berkata: "Rasulullah SAW berpaling menghadap orang² dan berkata, 'Luruskan barisanmu..'3x, 'Demi Allah, adalah lebih baik kamu meluruskan barisanmu atau Allah akan menciptakan perpecahan di antara hatimu. 'Dan aku melihat orang² berdiri, bahu  ke bahu, lutut ke lutut, pergelangan kaki ke pergelangan kaki".


Berbalik kepada topik _pandemik_ ini, kami ingin mempersoalkan tentang pemakaian topeng muka ketika menunaikan solat. Di mana, semasa melakukan "Sujud" ketika bersolat, 7 anggota badan mestilah menyentuh bumi, bahagiannya adalah;

- 2 hujung telapak kaki

- 2 lutut

- 2 telapak tangan

- serta 1 bahagian muka, (bermaksud dahi serta hidung).


Kira, berapa jumlahnya? Jumlahnya adalah 7 bahagian, bukannya 6½. Dahi dan hidung dikira sebagai satu bahagian.  Dengan memakai topeng, bagaimana hidung boleh menyentuh tempat sujud?  Bukankah degan memakai topeng muka apabila bersolat, menyebabkan hanya 6½ daripada 7 bahagian yang sepatutnya bersentuhan dengan tempat sujud.


Salah satu Hadis yang menyebutkan tetang perkara di atas mengenai 7 bahagian anggota badan yang mesti menyentuh bumi semasa bersujud adalah;


Sahih Al-Bukhari 809

Diriwayatkan oleh Ibn `Abbas:

Nabi SAW diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud pada 7 bahagian dan tidak menyelipkan pakaian atau rambut (ketika bersolat).  Bahagian tersebut adalah: dahi (bersama dengan hujung hidung), kedua tangan, kedua lutut, dan (jari kaki) kedua kaki.


Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Dengan izin-Nya, Allah telah memilih Ustaz Kazim Elias, untuk mengingatkan kita akan kebenaran. Kebenaran yang sudah dilupakan oleh kebanyakan umat Islam. Sekarang, adalah bagi kita untuk menyahut cabaran ini, serta bertindak untuk menegakkan Sunnah Nabi kita Nabi Muhammad (ﷺ) dan menyatakan perkara yang benar itu sebagai benar, yang salah sebagai salah.


Para Ulama' di rantau ini seharusnya mencontohi keberanian Ustaz Kazim Elias dalam menegakkan kebenaran. Jangan menjadi seperti lalang, yang hanya mengikut arah angin ke mana sahaja ia bertiup. Semoga para Ulama' Islam berhenti bersembunyi di  sebalik bayang² dan seharusnya melangkah ke cahaya, kerana bayang itu tidak dapat wujud jika tiada cahaya.


*Ilmu dan info yg bermanfaat wajar dikongsikan... Fikir2kan*


*DestinasiJannah*

rambut

 Perihal Gunting Rambut.


Perlu diambil kisah insha'Allah sama2 Kita ambil iktibar utk Amal Dan sampaikan.


Tulisan YM Ustaz Haji Khann Da'ie Al Madani


#Gunting..#Rambut..#sebarkan..


Kebanyakkan org kita memandah remeh tntg gunting rambut..tak kisah gunting dgn siapa..relax laa..gunting rambut je pun..sdgkan sebagai seorang Muslim seharusnya dia berfikir untuk memotong rambut di kedai penggunting Islam..kerana pabila rambut di potong,kepala kita di pegang..kena pulak orang tu potong dgn tangan kanan..pasti kepala kita di pegang dgn tangan kiri..kalau yg tukang potong rambut tu orang Islam..org yg solat pula..Alhamdulillah..tp kebanyakkan hari ni kedai gunting rambut di monopoli oleh orang bukan Islam..bukan saja di daerah sy mersing tp sy percaya seluruh malaysia berlaku..


Seharusnya kita sedar yg kepala kita ni kepala org yg bayar zakat..kepala org yg sujud pd ALLAH..kepala org yg baca Quran..sanggupkah kita biar kepala kita di pegang oleh org bukan Islam lebih malang lg dgn tangan kiri..


Di Daerah tempat sy tinggal..penggunting rambut Muslim tinggal beberapa orang sahaja dan kebanyakkannya telah meninggal dunia tp tiada pengganti bahkan ruginya ilmunya tak di warisi.. alangkah baiknya kalau anak2 Muda yg menganggur tak de buat ape2 di beri motivasi dan semangat untuk belajar kemahiran2 seperti gunting rambut ni..sekurangnya ia myumbang kepada Umat Islam..


Bukan apa,kolej2 kemahiran dan kolej komuniti di buka merata Negara..mnjadi Tukang Gunting pun boleh dapat pahala sb niat ibadah khdmat kepada org Islam..kisah tukang gunting rambut di ceritakan sejak zaman Salafussoleh lagi..Guru sy yg Mulia sgt2 marah kalau potong rambut di kedai org bukan Islam..lebih malang lg hari ni ada anak2 muda yg suka potong rambut dgn amoi di salon..apa yg best tak taw laa..


orang2 wanita kita juga seharusnya ada kedai gunting rambut khas untuk Muslimah yg di gunting oleh wanita sendiri.. kerana dari sy kecil sy melihat majoriti masyarakat wanita kita potong rambut di kedai amoi yg bukan Islam sdgkan masa potong rambut tudung mesti kne buka..aurat wanita Islam dan wanita ajnabi itukan jelas sama seperti aurat wanita dgn lelaki yg bukan mahram..


Penggunting rambut juga tugas yg mulia..semua lapisan msyarakat berhajat kepadanya dari Ulama..menteri..hingga ke org jalanan..jd peluang Dakwah sgt2 terbuka kepada penggunting rambut..sambil2 gunting tu dari borak kosong baik juga borak2 yg menafaat Agama..ada juga kedai gunting yg sediakan majalah2 yg bermenafaat smbil menanti giliran, pelanggan boleh membaca.. 


Semoga orang yg berpengaruh dalam masyarakat mengambil perhatian tntang pekara ini dan mengutarakan kedepan kerana bagi saya ia bukan pekara yg remeh kerana penggunting rambut Muslim semakin sepi..dan sebagai muslim mnjadi tanggungjawab kita untuk mewujudkannya..


Sekian..

Us Khann Da'ie

Salam malam Jumaat Baraqah

Khamis, 17 September 2020

islam

 St. Francis Xavier - pengasas The Jesuit. 


Salah seorang Jesuit yang telah dihantar oleh ke Melaka 466 tahun lepas iaitu St. Francis Xavier bukannya calang-calang orang. Beliau tiba di Melaka pada tahun 1545M. Beliau yang memiliki kelulusan Sarjana dalam jurusan teologi adalah sahabat kepada Ignatius Loyola. Pada 15 Ogos 1534, St Francis Xavier bersama dengan Ignatius dan lima orang yang lain seramai 7 orang mengunjungi sebuah gereja kecil di Montmartre berdekatan kota Paris dan di situ ketujuh-tujuh tokoh ini melafazkan kaul kemiskinan, kesucian dan kepatuhan. Inilah detik awal penubuhan Tarikat Jesuit (Pertubuhan Yesus) atau kita sebut Jesuit saja. Selepas itu Francis Xavier bersama-sama pengasas Jesuit yang lain bertolak ke kota Venice, Itali di mana mereka telah ditahbiskan sebagai paderi Katolik pada 24 Jun 1537. Selepas itu Xavier bertugas sebagai setiausaha kepada Ignatius Loyola di Kota Rom untuk beberapa waktu.


Pada tahun 1540, Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Ignatius bagi memenuhi hasrat John III, Raja Portugal, yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke Hindia Timur Portugis. Xavier bertolak dari kota Lisbon pada tahun 1541 bersama-sama dengan dua orang mubaligh Jesuit yang lain menaiki kapal yang bernama Santiago. Mereka tinggal sementara di Mozambique dari Ogos 1541 sehingga Mac 1542 sebelum tiba di kota Goa pada 6 Mei 1542. Jawatan rasmi Xavier di Goa adalah sebagai Nuncio Apostolik (ataupun Duta Besar Takhta Suci Kota Vatikan) dan beliau menggunakan Goa sebagai pusat operasinya untuk tiga tahun berikutnya.


St Francis Xavier tiba di Melaka pada Oktober 1545. Pada 1 Januari 1546 telah bertolak ke Pulau Amboina dimana beliau telah tinggal sehingga bulan Jun. Xavier kemudian mengunjungi pulau-pulau yang lain di Kepulauan Maluku seperti Ternate dan Morotai. Selepas itu beliau kembali semula ke Melaka. Usaha dakwah Francis Xavier di Kepulauan Maluku membawa impak yang besar dikalangan masyarakat setempat sehingga beliau digelar sebagai Hawari Timur (Inggeris: Apostle of the East). Hasil daripada pelayanan Xavier dari tahun 1546-1547 dikalangan penduduk Pulau Amboina, Ternate dan Morotai, agama Kristian bertapak di wilayah-wilayah tersebut dan kini menjadi agama terbesar di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia (91% penduduk wilayah ini beragama Kristian)


Berbalik kita kepada Goa, Goa pernah menjadi markas utama percaturan kafir untuk menakluki Nusantara. Kitab sejarah melayu kita juga pernah dibawa ke London,diambil oleh Portugis dan disimpan di Goa beberapa waktu.


Setelah Potugis menawan Melaka 1511, ada beberapa kerajaan melayu yang cuba membebaskan Melaka .Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 – 1636M) , iaitu Sultan Aceh juga pernah cuba untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis, namun ianya tidak Berjaya. Aceh amat memusuhi Portugis ketika itu.


Oleh itu, Jesuit telah menghantar jeneral perangnya iaitu Johan Harmen Rudolf Kohler , seorang Belanda berketurunan Yahudi dan pengamal ilmu Kabbalah untuk memimpin Perang Aceh Pertama 1873. Pada 8 April 1873 tentera Belanda pun mendarat di Pantai Ceureumen dibawah pimpinan Kohler lalu menawan Masjid Raya Baiturrahman dan membakarnya. Kegemilangan kerajaan islam Nusantara pun terus malap selepas itu.

Rabu, 16 September 2020

melayu

 *"Bangsa Melayu"*


Bangsa Melayu pernah kuat,

buka tanah guna tulang empat kerat,

masih sempat berbini empat,

tongkat ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,

ular, harimau ditepuk tampar,

kerisnya bisa, silatnya gempar,

amuk Melayu, bumi bergegar.

Bangsa Melayu pernah gagah,

berkaki ayam, hutan diredah,

pernah cuba diganyang penjajah,

umat Melayu, jihad fisabilillah!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,

terbilang merata, kesultanannya hebat,

7 bangsa penjajah cuba menempat,

dengan kudrat semua dihambat!

Bangsa Melayu bangsa keramat,

Nabi (SAW) pernah beri amanat,

buat dakwah, nun di bumi berkat,

di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,

sejarah Melayu tertera riwayat,

Nabi (SAW) pernah beri alamat,

Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,

Agama dijunjung zaman-berzaman,

Wali Melayu penuh kehebatan,

karamah, barakah jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,

halusi sahaja kisah sejarah,

'Wa'ad Melayu jangan disanggah,

sanggah wa'ad, mendapat 'tulah'.

Tanah Melayu pernah berkat,

Raja dan rakyat sentiasa bermuafakat,

Alim ulamak sangat dihormat,

bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berkat,

tempat tumpuan ulama sejagat,

madrasah, pondok merata tempat,

menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,

Bumi zuriat Nabi (SAW), itulah kudrat,

Kesultanan Melayu hampir padat,

Pancaran Nabi (SAW), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,

sejarah rajanya penuh gemilang,

turunan penjajah, entah kemana menghilang,

turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,

beribu manuskripnya tersimpan merata,

dikaji selidik sarjana sedunia,

kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa melayu halus seninya,

hayati warisan persuratannya,

syair seloka sungguh indahnya,

pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,

adat dijaga bersama-sama,

Bangsa Melayu harum namanya,

Rahmat Allah dimana jua.

Orang Melayu usah alpa,

warisan bangsa bukan sehari dua,

pusaka Melayu 7 kurun lamanya,

menyimpan sejarah nenek moyang kta.

Orang Melayu usah goyah,

propaganda bohong supaya kita melatah,

ungkapan 'Melayu Lemah' semata tohmah,

strategi musuh melempar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,

namun dicemar Inggeris keparat,

propaganda bohong itulah hakikat,

namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,

bangsa Melayu pernah berdaulat,

silap Melayu membuang adat,

silap rajanya membuang muafakat.

bukan baru musibah Melayu,

telah bermula sekurun yg lalu,

serangan musuhnya bertalu-talu,

sehingga bangsa menjadi kelu.

Melayu mula ditimpa musibah,

pabila Inggeris datang menjajah,

adat dibuang, Agama disanggah,

Akhirnya Melayu mendapat 'Tulah'

Sekian lama Melayu jadi sasaran,

sejarah, jatidirinya jadi sasaran,

musuh luar, musuh dalaman,

mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,

namun jelas hakikat sejarah,

mungkinkah tersirat, sebalik musibah,

Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah hadis junjungan Rasulullah (SAW),

Panji Hitam dari Timur, bumi karamah,

Bangsa Melayu usah menyerah,

Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,

jatidiri Melayu sebenarnya kuat,

Bumi Ahlul-Bait itulah kudrat,

Ulama & Umarak kuncinya terletak!!!!

Laksamana Hang Tuah, gagah orangnya,

Berguru, bertariqat, berisi dirinya,

jangan perlekeh riwayat firasatnya,


*'TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA!'*


'Puisi Karamah Melayu',

petikan buku Ahlul Bait Rasulullah SAW, Dinasti Melayu & Akhir Zaman.


-Bissirril Al-Fatihah-

Ahad, 13 September 2020

taqdir jambatan

 Jangan biarkan hidup kita seperti jambatan Choluteca.

.

Lihat lah betapa berkuasanya Allah swt.

.

Sebuah jambatan telah dibina untuk menyeberangi Sungai Choluteca bermula tahun 1996. Mereka mahu bina jambatan yang kukuh, yang tahan apa saja perubahan cuaca. Tanggungjawab itu diserahkan kepada pakar dari Jepun.

.

Pada tahun 1998, jambatan ini mula digunakan. Ia menjadi kebanggaan penduduk dapat menyeberangi sungai itu.

.

Qadarullah.

.

Pada October tahun yang sama, Kawasan itu dilanda Hurricane Mitch.

.

Hujan turun mencurah-curah. Jumlah hujan dalam tempoh 4 hari sama dengan jumlah hujan yang mereka terima dalam tempoh 6 bulan.

.

-Sungai melimpah

-Bah besar melanda

-Banjir

-7000 orang kehilangan nyawa

-Kehancuran di mana-mana

-Semua jambatan musnah

.

Kecuali satu,

Jambatan yang baru dibina itu.

.

Tapi ...

Jalan untuk masuk ke jambatan musnah.

Jalan keluar dari jambatan turut musnah.

Langsung tiada kesan pernah ada jalan raya di situ.

.

Lebih mengejutkan, banjir besar itu turut mengubah laluan sungai.

Ia tidak lagi mengalir di bawah jambatan.

Sebaiknya, mengalir di sebelah jambatan.

.

Jambatan yang mampu menghadapi kedahsyatan bencana alam itu tidak lagi menyeberangi apa-apa sungai.

.

Menjadi a bridge over nothing.

A bridge of nowhere.

.

Pada titik ini, kita perlu muhasabah.

.

1) Secanggih mana pun ciptaan manusia, tetap tidak dapat melawan takdir Yang Maha Kuasa. Allah swt boleh "redesign" segalanya dalam sekelip mata.

.

2) Jika kalian punya masalah sebesar gunung sekali pun, jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah swt. Dia mendengar dan pasti menyusun sesuatu buat kita.

.

3) Jika hari ini kalian hebat  dan berkuasa, boleh cipta itu ini, boleh cantas orang sana sini, boleh naik kan orang yang kalian mahu dan boleh jatuh kan sesiapa yang kalian benci. Tilik semula hatimu. Pasti ada sesuatu yang mengintai. Just remember, you are nobody.

.

4) Binalah jiwa yang kuat. Yang meletakkan sepenuh pergantungan pada Allah. Jiwa yang mampu menerima apa jua perubahan. Kita kini berada dalam dunia VUCA. Perubahan berlaku dengan cepat dan pantas sehingga diluar jangkaan.

.

5) Change from Build to Last ➡️ Build to Adapt.


#copyandpaste #asamgaramkehidupan #peringatanbersama #kehidupan #attitude #BaseOnTheTrueStory #journey #success #professional