Jumaat, 8 Julai 2022

Toyota

 Dalam buku Toyota Way yang ditulis Jeffrey K Liker...


Bila nak menurunkan kos production mereka, Toyota tak simply adopt cost cutting pada barang mereka. Sebab itu akan menjejaskan kualiti secara kolektif.


Toyota fokus kepada penambahbaikan process dan flow kerja.


Mereka akan identify proses atau flow yang tiada value. Value ini diukur melalui masa. Dan, mereka akan buat apa-apa utk buang yang tiada nilai itu.


Contohnya, pergerakan seorang pekerja untuk memasang tayar.


Jika seorang pekerja perlu membuat 4 pergerakan untuk memasang tayar;


Pusing badan ambil tayar - angkat tayar - pasang pada drum - ikat


Dan, katalah semua proses tu mengambil masa 40 sec iaitu secara purata 10 sec satu aktiviti.


Melalui pemerhatian, mereka identify yang memusingkan badan adalah aktiviti yang tiada nilai. 


Mereka akan berinovasi atau kaizen untuk buang aktiviti tersebut.


Seterusnya, aktiviti memusingkan badan untuk ambil tayar tu, digantikan dengan meletakkan tayar disebelah kanan pekerja, di mana pekerja hanya perlu tarik dan aktiviti hanya mengambil masa 5 saat. 


Maka, Proses tersebut telah menjadi pendek kepada 35 saat.


Pengurangan 5 saat adalah sangat bernilai kerana apabila ia melibatkan rantaian proses yang panjang, ia mungkin penjimatan ratus ribu sebulan.


So...


Di Toyota, setiap aktiviti kerja dalam rantaian proses mereka akan ada pemerhatian dibuat untuk penambahbaikan dari segi penjimatan masa berterusan.


Kerana, Toyota percaya, lagi banyak masa dapat dijimatkan, lagi banyak kereta boleh dikeluarkan, lagi cepat sale boleh dibuat, lagi banyak untung, lagi cepat model baru boleh keluar, lagi cepat mereka berkembang... Tanpa menjatuhkan kualiti.


Ini adalah sebahagian dari improvement culture mereka.


So... 


Benda ni pun kita boleh apply dalam aktiviti atau kerja dan kehidupan harian.


Nota:


Saya apply knowledge ni dalam kerja saya dulu, sampai sekarang.

Khamis, 7 Julai 2022

Niat korban

 *AKAD JUAL BELI, WAKIL SEMBELIH & NIAT KORBAN* 


 *1.Akad Beli* 

"Aku belilah lembu ini 1 bhg drpd 7 bhg dgn harga........"


***PENTING....Pastikan lembu yg mana nk akad jual beli


 *2.Wakil Sembelih* 

"Sy......wakilkan kpd ......utk sembelih lembu ini utk menghasilkan korbanku sunat krn Allah Taala"


 *3.Niat Korban* 

Niat sblm darah mengalir/ktika darah pertama mengalir :


"Inilah korbanku sunat krn Mu Ya Allah"


...kalu x sbut sunat ia akan jd nazar(x leh mkn daging trsbut


 *WAKIL* :


"Sy........wakilkan kpd.......utk mengurus bg menghasilkan korban sunat krn Allah Taala" 


 *a.Wakil beli:* 

"Aku belilah lembu ini bg pihak si pulan bin ibunya 1 bhg drpd 7 bhg dgn harga..."


 *b.Wakil sembelih:* 


"Sy......wakilkan kpd.....utk sembelih lembu ini utk menghasilkan korban sunat krn Allah Taala"


"Aku bg pihak si pulan bin ibunya wakilkan  kpd tuan...utk mnyembelih lembu ini utk menghasilkan korbannya sunat krn Allah Taala"


 *c.Wakil niat korban:* 


"Inilah korban si pulan bin ibunya wakil kpdku  korban sunat krn Mu Ya Allah"


"Inilah korban si pulan bin ibunya wakil kpdku utk mengurus bg menghasilkan korban sunat krn Mu Ya Allah"


 *BAHAGI DAGING* 

1/3 - org kaya

1/3 - org miskin

1/3 - diri sendiri

Isnin, 4 Julai 2022

Mat kilau

 Hari ni mari kita kupas tentang kisah PAHLAWAN LEGEN kita mat kilau.... SIAPA YG MEMBURU BELIAU DAN SIAPA YG MEMBERI RESTU KEPADA BRITISH untuk MEMBURU beliau... SEJARAH TAK BOLEH DIUBAH... sama sama kita renungkan... Cnp


TAHUKAH ANDA | Operasi Memburu Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896.


Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh Clifford ditugaskan untuk memburu mereka.


Misi bermula dari Pahang merentasi Terengganu, Kelantan hingga ke sempadan Patani.


Berdasarkan catatan penjajah dan Hugh Clifford sendiri, operasi dibantu oleh


1. Dua pegawai Melayu iaitu

- Syed Husin 

- Syed Seman


2. R.W.Duff – Superintendent Polis Pahang

-  40 Anggota Dayak dan lapan Anggota Sikh

- Pasukan Bantuan 250 orang Melayu Pahang


3. Dr. A. B. Jesser Coope iaitu Residency Surgeon Pahang bertindak selaku Pegawai Perubatan dalam misi tersebut


4. Dua orang wakil Kerajaan Siam

- Luang Visudh Parihar (Luang Swat)

- Luang Sevasti Borirom


Ekspedisi bermula dari Kuala Tembeling hingga ke Pasir Rawa.di Tanah Merah, Kelantan.


Ia mengambil masa selama 3 bulan dengan belanja sekitar 5,000 ringgit.


Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berundur bukanlah kerana takutkan British.


Sebaliknya mereka memilih hidup di tempat baharu dengan nama baharu kerana sedar wujudnya ramai pengkhianat bangsa Melayu yang gemar makan dedak pada masa itu.


Bukan sahaja British yang memburu mereka malah pihak istana turut menghantar orangnya juga.


Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh pihak Istana, British dan kuncu-kuncunya.


Beliau terpaksa mengasingkan dirinya sebelum menetap di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.


Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan akhirnya memakai nama Mat Siam.


Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau untuk menzahirkan dirinya yang sebenar.


Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dengan nama Mohamad Bin Ibrahim. 


Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan di kampung kelahirannya iaitu di Kampung Masjid, Pulau Tawar.


Pahlawan Melayu ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969. 


Usai solat, beliau membaca al Quran dan mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.


Pengisytiharan ini menggemparkan orang ramai sehinggalah kerajaan Pahang terpaksa menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasat.kesahihannya.


Jawatan kuasa ini dibentuk pada 8 Januari 1970 dan pelbagai mekanisma telah dilakukan termasuklah temuramah dengan beberapa individu yang berkaitan. 


Pada 6 Ogos 1970, jam 10.30 pagi, Mat Siam diisahkan sebagai Mat Kilau oleh kerajaan negeri.


Mat Kilai meninggal dunia empat hari kemudian pada usia 122 tahun kerana uzur.


Hakikatnya, keturunan tali barut dalam kalangan orang Melayu wujud sampai hari ini. 


Mereka bijak bermuka-muka termasuk berkeris dan bertanjak dengan menunggang agama dan bangsa.


Jadi berwaspadalah wahai Melayu.

Sabtu, 2 Julai 2022

Nova

 Sedar tak sedar rupanya sudah lebih sebulan saya meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam. Alhamdulillah.


Sebenarnya saya dah beri notis lebih awal, tapi ada tak ikut format 🫢, jadi pengesahan bermula 28 Mei lepas. 

Itupun saya terima surat balas pada pada hujung minggu pertama bulan Jun. 


Ya saya resign saja. 

Tak ada pencen, sebab saya memang ambil skim KWSP. 

Sepatutnya awal tahun terima kenaikan pangkat, juga saya sudah tolak dengan baik. 


Tak perulah diceritakan kenapa, panjang sangat nanti 😆😆 yang pastinya bahagia setiap orang berbeza, kan?


Ada orang selesa makan gaji, 

ada orang selesa kerja sendiri. 


Dan cukuplah isu-isu viral tentang pendidikan sekarang menjadi jawapan dan perisa tambahan 😬🤭


Jangan salah faham, sekolah terakhir saya adalah tempat kerja terbaik sepanjang perkhidmatan saya; dengan kawan-kawan yang sangat membantu, sporting bahkan pelajar juga cemerlang. 


Tetapi begitulah, jodoh tak panjang. 


Patah tumbuh hilang berganti, mereka pastinya sudah dapat pengganti yang lebih baik daripada saya. 


Habistu Nova buat apa sekarang?


Macam-macam 😆


Saya masih berjiwa pendidik. 

Saya memang nak jadi guru daripada dulu.


Ada terbaca buku memori zaman sekolah, ada junior tulis -Kak Nova ni unik, dia nak belajar oversea tapi tetap nak jadi cikgu 😆😎


Saya masih sangat suka follow dan baca isu-isu pendidikan. 


Saya masih belajar juga setiap hari. 


Dan saya percaya semua orang ada peranan masing-masing. 


Saya bukan berhenti kerja sebab nak fokus pada lipat kain, basuh baju atau memasak ya 🙈 Itu masih kelemahan utama saya 🤭 


Sekadar apa yang saya mampu, 

saya ada mengusahakan program-program untuk anak-anak yang berkonsep learning through play, meraikan multiple intelligence & one size doesn't fit all.


Ada juga buat kelas tuisyen Maths/Addmaths, kelas mengaji kanak-kanak & dewasa. 

Saya dapat tauliah mengajar dari jabatan mufti dah lama, tapi sekarang barulah 'guna' bila buat kelas Al-Quran. 


Kalau tanya cita-citanya, panjang lagi, 

nak buat macam-macam rasanya 😆

Cuma sekarang pergerakan masih agak limited sebab anak-anak masih kecil. 


Tapi alhamdulillah, sejak berhenti ni sudah terasa lebih bebas menjadi diri sendiri, tidaklah dulu dijemput beri ceramah luar pun kena panggil dengan orang atasan 😆


.


Ada orang offer kerja makan gaji lain, saya just rasa belum masanya. 

Ingat nak migrate jadi cikgu kat UAE ke kan, haha tapi abang saya tak bagi. Dia takut rindu saya kot 😜


Ada yang ajak buka sekolah, pun saya rasa belum cukup tangan. 

Tunggulah anak-anak besar sikit satu dua tahun ni insya-Allah. 


Eh tapi kalau siapa-siapa nak ajak apa-apa lagi, ajak je tau dulu. Mana tau terbuka hati 😆


"Sayang nya,..."


Semua orang kata begitu. 


Emak saya pun katanya ramai betul orang yang terperanjat, sedih dan risau bila tahu anak emak berhenti kerja. 

Orang lain berebut nak masuk kerajaan, anak kita berhenti kerja pula. Rugi hantar belajar jauh-jauh orang kata.


"Habistu Ma sedih juga ke Ma. Rugi ke Ma?" Saya pancing emak saya pula. 


"Eh taklah. Ama tak risau lah dengan anak Ama ni. Rezeki tu Allah yang bagi, dunia ni sekejap je buat apa nak sedih-sedih. Rugi tu dari pandangan dia, pandangan kita lain pula," 😎 begitulah sportingnya famili saya Tuan Puan 😬  


الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات


Ada yang tanya tips nak berhenti kerja. 

Pertama sekali saya tak ajak orang berhenti kerja. 


Kita semua ada kekuatan masing-masing. 


Ada orang cemerlang saja di tempat kerja, macam suami saya Shirazi Sahari 😎 jadi kenapa nak berhenti. 


Dia enjoy je, rileks je, tak macam saya yang banyak cekadak ni 😬 🙈


Dia bahagia je, parents selalu belanja macam-macam bila anak khatam hafazan. 


Jadi teruskanlah bekerja, khidmat anda masih diperlukan. 


Hidup cuma sekali, kita buat apa yang kita suka okay? 

Pastinya dengan kesedaran, kemampuan & batas-batas yang kita sendiri tahu. 


Mohon doa semua ya.

Doakan Nova dapat jadi orang bermanfaat untuk orang lain. 


Terima kasih pada suami & keluarga yang sentiasa menyokong pilihan saya. Kejap dari pensyarah nak jadi cikgu, lepastu berhenti juga 😆


Di mana pun lapangan kita, insyaAllah moga kita dapat beri yang terbaik, dan moga Allah redha 🌹

Ahad, 26 Jun 2022

Fight back

 https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/21/cikgu-fadli-tuduh-pegawai-ppd-little-napoleon-tutup-isu-silibus-aras-tinggi-sedia-diambil-tindakan/


 

Cikgu Fadli tuduh pegawai PPD ‘Little Napoleon’ tutup isu silibus aras tinggi, sedia diambil tindakan


Zeanaaima Mohd Yusof - June 21, 2022 



Guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh tidak menolak kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai isu silibus aras tinggi di Facebook.



PETALING JAYA: Sistem pendidikan negara rosak disebabkan kewujudan “Little Napoleon” di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang “menyorok” kebenaran isu silibus aras tinggi yang dibebankan ke atas guru dan pelajar sekolah rendah.


Pandangan lantang itu ditegaskan guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh, yang sering mengupas keluhan guru dan ibu bapa mengenai standard silibus pendidikan negara.


Fadli atau lebih dikenali Cikgu Fadli mendakwa, pegawai PPD tertentu cuba mengunci mulut guru yang meluahkan pandangan mereka mengenai isu silibus aras tinggi untuk murid Darjah 1 hingga 6.


“Sepatutnya suara cikgu ini, PPD yang bawa. PPD bawa ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri). JPN bawa kepada Kementerian Pendidikan (KPM). Ini apa PPD buat? Dia diamkan guru. Dia tak mampu buat, dia hubungi JPN, suruh diamkan guru (yang mengkiritik silibus).


“JPN tak mampu, dia hubungi KPM, KPM pula diamkan guru ini dengan tindakan ugutan dan sebagainya. Itu yang berlaku dalam sistem pendidikan kita sebenarnya,” kata beliau yang mempunyai kira-kira 600,000 pengikut di Facebooknya.


“Sudahlah PPD tak perjuangkan (isu silibus terlalu laju). Orang (guru) tolong perjuangkan, kau (PPD) pula nak tutup (mulut guru). Itulah perangai yang merosakkan. Itulah Little Napoleon,” katanya dalam sesi secara langsung di laman Facebooknya semalam.


“Little Napoleon” merujuk kepada pegawai yang sombong dan berlagak dengan kuasa.


FMT telah menghubungi pejabat Menteri Pendidikan, Radzi Jidin untuk mendapatkan respons.


Fadli sebelum ini konsisten mempersoalkan kewajaran silibus Matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang didakwanya terlalu sukar dan “laju” bagi tahap kefahaman pelajar berumur tujuh hingga 12 tahun.


Ujarnya, silibus yang “dibanggakan” pihak tertentu tidak disokong dengan fasiliti dan kemudahan secukupnya di sekolah, termasuk capaian internet dan khidmat guru pembantu.


Malah, pembelajaran subjek Matematik di sekolah kerajaan hanyalah lima waktu seminggu, katanya.


Ini berbeza dengan di China yang memperuntukkan 20 waktu untuk subjek itu, manakala 15 waktu di Singapura, kata beliau.


Fadli berkata, semakin ramai guru Matematik mengeluh tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengajar dan memastikan pelajar memahami apa yang diajar.


Malah katanya, ada guru yang tidak sempat menghabiskan silibus tahunan.


Merujuk kepada ungkapan “little Napoleon”, Fadli berkata, beliau pernah ditekan oleh pegawai pendidikan hanya kerana mempersoalkan kewajaran silibus Matematik dalam kursus orientasi buku teks baharu pada 2019.


“Penerangan diberi oleh pegawai PPD dan JPN Gombak. Saya bangun dalam kursus tersebut, saya persoalkan kenapa silibus begitu, begini. Dia nak bersilat dengan saya, tentang kepakaran saya. Jadi sampai mereka tak boleh jawab.


“Orang (pegawai) PPD mengaku kalah. (Mereka) panggil orang JPN suruh jawab, pun sama. (Mereka) panggil pegawai…dari Putrajaya turun tiga hingga empat orang, mereka ini panel penggubal silibus.


“Berdebat dengan saya, tapi sampai sudah tak nak mengaku kesalahannya. Dia kata dia paling betul. (Dia dakwa) cikgu yang tak pandai mengajar menyebabkan murid tak faham,” ceritanya.


Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang memaksa sekolah ditutup membawa hikmah tersendiri dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kesusahan pembelajaran dan pengajaran silibus aras tinggi.


“Syukurnya hikmah PKP (perintah kawalan pergerakan), sangat ramai ibu bapa mula buka mata betapa susahnya silibus anak-anak mereka. Mereka terpaksa belek buku untuk ajar anak ketika PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah), baru mereka sedar tingginya