Ahad, 11 September 2022

Futur

 FUTUR dari segi bahasa bermaksud menurun.

.

Manakala dari segi istilah iaitu sikap mengabaikan amal hingga meninggalkannya.

.

Rasulullah S.A.W di dalam hadisnya yang bermaksud :-


“… Sesungguhnya setiap amalan itu ada masa semangatnya membara dan ada masa malasnya (yang disebut futur). Barang siapa yang futurnya menjerumuskan kepada perbuatan bid’ah maka dia telah tersesat. Tapi barang siapa yang futurnya (rasa malasnya) itu masih tetap di atas ajaran Nabi S.A.W, maka dia sudah mendapatkan petunjuk.”

~ (Hadis Riwayat Ahmad)

.

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

.

Peringatan buat diri.

.

Memelihara amal fardhu itu sebaik-baik kunci menghidupkan amal² soleh yang lainnya.

.

Kemanisan dalam ibadah dan melakukan amal soleh adalah hasil yang tumbuh dari tuaian yang baik.

.

Bagaimana mampu menjaga semua ini agar diri tidak mengabaikannya?

.

Semuanya ada pada AL HUDA dan AS SUNNAH yang Rasulullah SAW tinggalkan.

.

🌹 Baca, pelajari dan fahami.

.

🌹 Bersihkan hati dengan selawat dan istighfar agar iman dalam diri terpelihara dari perkara syirik yang akan menjauhkan diri dari peringatan² agama.

.

🌹 Belajar dan mengajarkan (berkongsi/menyampaikan). Hanya melalui ilmu yang baik dan sahih akan melahirkan pandangan hikmah (kebijaksanaan) yang Allah SWT redha.

.

🌹 Tidak melakukan amal sekadar ikut-ikutan atau kerana asbab keturunan.

.

Ini adalah antara perkara-perkara yang perlu kita baja dan suburkan dalam diri.

.

Hanya amal yang baik dan istiqomah akan membantu memelihara iman seseorang malah memberikan kelazatan saat melakukannya.

.

Allahummarhamna Bil Quran.

Allahumma Solli 'alaa Saiyidina Muhammad.

.

#CintaWahyu💙 

#PesanHambaUntukHamba 

.

.

Pesan Cinta dengan Tinta

Ahad

Sebelas

September 2022

8.22am

.

.

Pada hati yang benar-benar cinta,

pasti menurut kata.

Pada jiwa yang taat akan sentiasa ingat akan akhirat.

.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

.

Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.. aamiin Allahumma aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

.

Dari DIA kepada DIA.

Bismillah..🌹


Ratu

 Matinya orang alim, diangkat satu ilmu pergi bersamanya. Matinya orang alim, biasanya pengganti akan kurang alim.


Matinya orang zalim, diangkat satu kejahatan pergi bersamanya. Matinya orang zalim, biasanya pengganti akan lebih zalim.


...

Itulah realiti yang sedang kita hadapi di akhiruzzaman ini. Semakin hari semakin gelap masa ke hadapan yang bakal kita tempuhi. Semakin kurang ilmu dalam masyarakat dan semakin banyak kezaliman terjadi.


Semalam, Queen Elizabeth telah mati pada usia 96 tahun setelah lebih kurang 70 tahun memerintah. Negara kita sempat dijajah oleh British semasa dibawah pemerintahannya. Ramai para pejuang kemerdekaan negara, para alim ulama kita dibunuh dibawah kuasa beliau dan bapanya.


Kematian Queen Elizabeth bukanlah satu berita sedih buat kita umat Islam. Sebaliknya satu khabar gembira kerana matinya beliau telah berkurang satu orang zalim di muka bumi ini. Berkurang satu individu yang telah dengan kuasanya menjajah dan menjarah ratusan wilayah umat Islam.


Kita bersyukur ke hadrat ALLAH Taala atas kematiannya dan semoga ia menerima azab yang selayaknya buatnya setelah semua kezaliman yang pernah ia lakukan dan luluskan sepanjang hayat pemerintahannya. Semoga ALLAH Taala memberatkan azab siksa kubur dan siksa api neraka buatnya kerana telah merosakkan dan menghancurkan banyak negara-negara Islam.


Tidak ada perkabungan untuk orang sepertinya kerana ia jauh daripada landasan syarak bahkan amat salah sekali jika ada umat Islam yang bersedih atas kematiannya. Hanya darah keturunan para tali barut pengkhianat amanah dan pembelot Sultan yang sah sahaja akan bersedih atas kematiannya.


...

Walaubagaimanapun, ada seperkara yang perlu kita ketahui. Pengganti bagi yang baru mati itu telahpun dilantik iaitu Prince Charles of Wales yang kini menjawat gelar King Charles III.  Charles ini merupakan anak sulung Queen yang kini berusia 73 tahun.


Untuk makluman semua, Charles ini merupakan seorang kabalis yang mempunyai visi dan misi yang tinggi dalam gerakan new world order. Charles lah yang telah membawa visi The Great Reset sekaligus merasmikan program tersebut pada tahun 2020 yang lalu.


Ini bermakna, visi dan misinya yang dahulu hanya suam-suam kuku bakal mendapat karpet merah untuk dilaksanakan sementelah beliau sudah menaiki takhta tertinggi di UK. Maka lebih mudahlah kerja-kerja endorsement terhadap The Great Reset selepas ini dengan kuasa penuh yang ia miliki.


Dua tahun daripada sekarang kita akan dapat lihat banyak perubahan pola pemerintahan dunia serta tatacara kehidupan bermasyarakat dunia. Tahun 2025 pelan kobid akan tamat sekaligus diganti dengan pelan The Great Reset yang sudah pun dirasmikan 2020 yang lalu. The Great Reset akan hadir bersama membawa The Great Famine.


Dengan terjadinya The Great Famine ini akan membawa malapetaka besar buat masyarakat dunia khsusunya golongan marhaen dan kelas bawahan. Kehidupan kita semua akan lebih dihimpit. Makanan yang disajikan adalah yang berkualiti rendah dan tidak menyihatkan. Penyakit akan lebih banyak menular dan sukar sembuh. Maka dengan itu mudahlah para elitis akan mengawal golongan bawahan agar menjadi lebih abdi buat mereka.


Bahasa mudah untuk memahami The Great Reset ini adalah perubahan gaya hidup dimana para elit akan menjadi tuan tertinggi dan selebihnya adalah hamba kepada para elit. Kemuncaknya kita akan dinafikan hak untuk memiliki sesuatu dan semuanya adalah pinjaman daripada golongan elit. Bahasa penjajahnya adalah; "You own nothing but you are happy". 


Para elit ini ingin mengambil kerja Tuhan. Mereka sudah sampai dikemuncak nafsu tertinggi mereka iaitu ingin menjadi Tuhan. Sama seperti mana datuk nenek moyang mereka suatu masa dahulu yang juga para elit dan dikemuncak hidup mereka telah mengaku Tuhan; Firaun dan Namrud.


Itulah kemuncak keinginan mereka dalam hidup bermasyarakat di dunia ini. Ingin dipandang tinggi sehingga mencapai taraf Tuhan di dunia yang fana ini. Penghujung penantian mereka kelak adalah munculnya pemimpin agung mereka menzahirkan diri iaitu al Masih daJel.

Jumaat, 9 September 2022

Melayu

 *DEN NAK CERITO SIKIT YO*


Org Naning asal dari Sumatera berketurunan Minang, suku Rawa, suku Mendailing dll...selain mahir dlm ilmu persilatan, mereka juga tinggi ilmu agama (Islam).


Atas izin Sultan Melaka, mereka buat penempatan di Rembau, Sg Ujung, Jelebu dll termasuk Klang (dulu Klang dlm N9). Naning juga dlm N9.


Selepas perang Naning, ramai pahlawannya berhijrah ke Kuala Pilah dan seterusnya ke Pahang. Ada juga berhijrah ke Selangor dan naik ke Perak.


Dua adik beradik (antara org besar Minang) iaitu Teuku Mahmud dan Teuku Ali telah berhijrah ke Bagan Dato, Perak. 


Teuku Mahmud (abg) bermastautin di Bagan Dato dan Teuku Ali (adik) berhijrah ke Kuala Lipis, Pahang.


Sebahagian pengikut Teuku Ali buka penempatan di Lipis. Bukti ini dinyatakan di 'Papan Tanda' terletak di Stesen KTMB Kuala Lipis...ada hingga sekarang.


Teuku Ali beserta pengikutnya yg lain meneruskan perjalanan dan akhirnya buka penempatan di Temau, Pahang. Teuku Ali menukar namanya kpd Tok Shahrom dan bernikah dgn penduduk tempatan bernama Siti Hajar bin Syeikh Ali (berketurunan Arab).


Hasil perkahwinan dikurnia 2 anak perempuan bernama Ratin Mas dan Maimunah. Di Temau berlaku perebutan kawasan melombong emas...akhirnya Tueku Ali@Tok Shahrom berhijrah ke Budu dan membuka penempatan bernama Kg Permatang Lama di Bukit Raya. Di sini isteri Teuku Ali@Tok Shahrom melahirkan 3 anak lelaki iaitu Khatib Rasu Abd Salam,  Khatib Mohd Amin dan Khatib Mohd Arif.


Teuku Ali@Tok Sharom mempunyai pengikut dan saudara mara yg berpecah semasa berhijrah...ada yg buka penempatan di Kuala Lipis, Jerantut, Dong, sekitar tepi Sg Pahang spt Sg Tawar dan lain-lain tempat.


Oleh kerana pengikut dan saudara-mara Teuku Ali mahir dlm ilmu agama dan persilatan MAKA 3 anak lelakinya iaitu Khatib Rasu Abd Salam, Khatib Mohd Amin dan Khatib Mohd Arif dihantar belajar dgn pengikut dan saudara-maranya sendiri.


Tahukah anda siapa Khatib Rasu Abd. Salam?

Beliau adalah AYAH kpd Mat Kilau yg digelar Pahlawan Pahang sekarang ini.


Walaupun Mat Kilau dikenali sebagai Pahlawan Pahang TETAPI datuknya Teuku Ali@Tok Sharom berasal dari Sumatera berketurunan Minang.


Perjalanan hidup Teuku Ali@Tok Shahrom sangat mencabar dari Sumatera meredah laut ke Melaka, dari Melaka pergi ke Naning...seterusnya merentas Selangor pergi ke Perak. Dari Perak meredah hutan singgah di Lipis....dari Lipis ke Budu, Temau dan Air Tawar.


Ilmu persilatan org Minang yg hebat suatu ketika dahulu dikenali dgn nama 'Sending Mnangkabau' serta lain-lain ilmu telah diajar kpd anak cucu mereka.


Jadi kebanyakkan Pahlawan di Pahang spt Abd Rasu (Tok Gajah), anaknya Mat Kilau dll adalah keturunan Minang.


Nenek Mat Kilau iaitu Siti Hajar bin Syeikh Ali mempunyai saudara mara yg tinggal di Pekan, Pahang.


Disebabkan ada hubungan saudara mara ini...Mat Kilau diakhir hayatnya menetap di kampung sekitar Pekan.


Org Minang, suku Rawa dan suku Mendailing antara bangsa Melayu yg hebat. Laksamana Hang Tuah juga berasal dari tanah Sumatera.


Dulu Pulau Jawa, Pulau Sumatera dan Tanah Semenanjung Melayu adalah satu Negara dikenali bumi Nusantara. Selepas Portugis kalah, bumi Nusantara dijajah oleh Belanda.


Inggeris berperang dgn Belanda TETAPI gagal untuk mengusir Belanda dari bumi Nusantara.


Inggeris kemudiannya berbincang dgn Belanda dan akhirnya Belanda setuju menyerahkan Tanah Semenanjung Melayu kpd Inggeris.


Akibat persetujuan Inggeris - Belanda MAKA bumi Nusantara yg asalnya satu (Pulau Jawa, Pulau Sumatera dan Tanah Semanjung Melayu) dipecahkan kpd 2 jajahan iaitu:-


1) Pulau Jawa dan Pulau Sumatera dijajah Belanda.


2) Tanah Semenanjung Melayu dijajah Inggeris.


Bagi memastikan perjanjian Belanda-Inggeris maka terbinalah SEMPADAN dan kekal sehingga hari ini...Pulau Jawa, Pulau Sumatera termasuk Kalimantan dll pulau dinamakan INDONESIA.


Manakala Tanah Semenanjung Melayu yg dijajah Inggeris dikenali MALAYA dan seterusnya ditukar nama kpd MALAYSIA.


Jadi kalau ada org Cina dan India kata...org Melayu adalah pendatang dari Indonesia...ini bermakna mereka TIDAK TAHU sejarah Pulau Jawa, Pulau Sumatera dan Tanah Semenanjung Melayu...ASALNYA ada sebuah negara dipanggil Bumi Nusantara.


Bumi Nusantara yg hebat ini akhirnya dipecahkan oleh Inggeris laknatullah.


Org Melayu dari pelbagai etnik di Malaysia sekarang ini, bumi asal mereka ialah Nusantara.


Org cina dan India bukan asal dari bumi Nusantara....mereka adalah pendatang yg dibawa masuk oleh Inggeris semasa menjajah Tanah Semenanjung Melayu.


Tokoh sejarah Negara berbangsa Cina (Mendiang Khoo Kay Kim) mengatakan dlm ceramah dan bukunya...Malaysia adalah tanah org Melayu....org Cina dan India yg tinggal di Malaysia....mereka sebenarnya adalah pendatang.


Bila dah dibenarkan menumpang...mereka beranak-cucu, dapat IC dan boleh mengundi....lama-lama ada di antara mereka dah mula besar kepala dan tidak mahu berbahasa Melayu.


Org Cina pandai berniaga....untuk control perniagaan... mereka suka bagi rasuah....org Melayu yg diberi kuasa...sebahagiannya suka pulak makan rasuah...dari pangkat rendah hingga peringkat tertinggi.


Pagi makan rasuah, tgh makan rasuah, potang makan rasuah, malam makan rasuah.. .nak tidur pun makan rasuah jugak.


Oleh kerana terdapatnya org Melayu suka makan rasuah...akhirnya banyak tanah yg asalnya milik Melayu dapat kat org Cina.


Hasil bumi Tanah Melayu yg dieksport dimonopoli oleh Cina...isu rasuah juga berlaku. Lesen-lesen perniagaan, buat surat beranak, IC, lesen memandu dll juga banyak isu rasuah.


Jadi Melayu yg baik-baik jadi poning....MAKA terciptalah sebuah lagu nyanyian kumpulan Blues Gang....tajuk laguya 'Apo Nak Dikato'.


Lagu ini macam lawak TETAPI penuh maksud mendalam.


Wahai org Minang, suku Rawa, suku Mendailing dan lain-lain etnik Melayu....bangun dan sedarlah....moyang-moyang kita terdahulu adalah org-org yg hebat....jadi kehebatan ini mesti dihidupkan semula. Petua utama nak jadi bangsa HEBAT...MESTI pegang Al-Quran kukuh-kukuh.


Org Melayu adalah bangsa HEBAT selagi berpegang teguh pada ajaran Islam.


JIKA ada org yg mengaku dirinya Melayu TETAPI mulutnya sering mengatakan Melayu bangsa yg lemah, malas dan sebagainya.....ini bermakna dia Melayu BUKAN dari susur galur Bumi Nusantara TETAPI dia Melayu yg susur-galurnya dtg dari benua lain.


Melayu yg asal benihnya dari lelaki Melayu Nusantara....inilah keturunan Melayu Jati sebenarnya.


Melayu yg asal benihnya dari lelaki yg datang dari benua lain...ini bukan Melayu Jati. Adakah susur galur ini yg banyak buat kerosakan di bumi Nusantara khususnya di negara kita sekarang ini ????

Hanya Allah SWT Maha Mengetahui.


Fikir-fikirkanlah.

Wallahualam.

Sabtu, 3 September 2022

TipS skor A SAINS


 

Kami nak share teknik dan cara belajar SAINS supaya pelajar dapat skor A dalam subjek tersebut. Untuk dapat result macam ni perlukan kepada teknik dan cara belajar subjek SAINS dengan betul.

  • Fokus dalam kelas

Fokus adalah perkara utama yang wajib dilakukan semasa belajar SAINS dalam kelas. Bila kita fokus, kita tahu di mana yang kita tak faham dan di mana yang kita faham. Kalau tak faham, tanda siap-siap dan bersedia untuk pergi berjumpa guru.

Perlu sentiasa fokus semasa belajar.
  • Buat “MIND MAP” yang ringkas tapi padat

Dalam subjek sains, gambar rajah dan nota (Mind Map) adalah key sukses untuk para pelajar mudah mengingati dan faham dengan lebih cepat. Seharusnya setiap pelajar perlu ada Nota/Mind Map bagi setiap bab.

Contoh Peta Minda SAINS
  • Rajin membuat latihan dan mengajar rakan sekelas

Kita seharusnya rajin membuat latihan samaada di dalam atau di luar kelas. pelajar rajin membiasakan diri dengan kertas soalan peperiksaan dan juga membuat “Study Group” dengan rakab sebaya.  



  • Berikan tumpuan dan perhatian kepada POINT-POINT Penting dalam nota. Ulang sehingga faham.

    SUBJEK

    HURAIAN

    Fungsi

    Bagi setiap
    struktur seperti sel, organ, bahaninjap pada jantung
    anda mesti tahu apa fungsinya

    Ciri-ciri

    Apakah ciri-citi proses tertentu
    dalam sel seperti mitosis, meiosis dan sebagainya.

    Di mana

    Fikirkan di mana sesuatu proses itu berlakusebagai contoh fotosintesis

    Kesan

    Banyak soalan berkenaan
    kesan yang berlaku apabila sesuatu proses atau kejadian.

    Faktor-faktor

    Ketahui apakah
    faktor-faktor yang boleh memberi kesan ke atas sesuatu
    proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis

    Carta

    Kaji dan fahami apa yang ingin disampaikan melalui carta seperti graf, carta pie atau jadual

    Mengapa

    Dalam sains,
    anda perlu sering bertanyamengapa ia berlaku?
    Sebagai contoh Mengapa darah boleh membekuKenapa berlaku kejadian siang dan malamSekiranya
    anda menjawab segala persoalan bagi setiap topik.
    Pastinya anda sangat menguasi subjek sains.

    Melukis serta melabel

    Kaji diagram atau gambar
    dengan telitiBuat latihan melukis dan melabelnya
    tanpa melihat diagram asalSains memang
    memerlukan kemahiran seni melukisIni membantu anda untuk mengetahui
    setiap struktur.

    Definisi

    Apabila mempelajari
    sesuatu yang barupastikan definisi diketahui terlebih dahuluIa merupakan
    kerangka penting kepada pemahaman anda.

  • Tip akhir: Tanamkan dalam diri dan minda pelajar bahawa belajar SAINS amat mudah

Apabila kita cuba tanam dalam diri dengan “Mind Set” macam ni, kita akan cenderung untuk lebih bersemangat dalam belajar. Sentiasa berusaha belajar secara konsisten dan juga bersemangat dalam menuntut ilmu.

TIPS BELAJAR

 Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah  ialah seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau sangat suka bercakap mengenai motivasi terutama untuk para pelajar yang ingin berjaya dunia akhirat.

Disini kami ingin kongsikan antara tips untuk belajar secara berkesan. Teruskan membaca dan beramal.

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

  • Kita ingat 10% apa yang dibaca
  • Kita ingat 20% apa yang didengar
  • Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
  • Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

  • Tampal nota-nota penting di dinding
  • Gunakan kaedah akronim
  • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.