Isnin, 17 September 2012

Bayi syurga


Blok 1, Pangsapuri Desa Mentari
Petaling Jaya, Selangor
16 Sept 2012
11 pagi
Lebih kejam dari binatang
Tidak diketahui apa yang menyebabkan bayi ini dicampakkan dipercayai sebaik sahaja dilahirkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi ini, penduduk kawasan ini terkejut apabila tiba-tiba 1 objek jatuh di kawasan tempat letak kereta.
Dan apabila diamati, ianya adalah mayat bayi malang ini yang masih bertali pusat.
Kepalanya juga cedera parah akibat terhempas di atas jalan.
MSC Malaysia
B
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan samada bayi perempuan ini masih hidup ketika dicampakkan atau sebaliknya dari tingkat 3 pangsapuri ini.
Dan, hasil siasatan , akhirnya polis menahan seorang wanita yang dalam keadaan lemah di tingkat 3 pangsapuri, dipercayai baru melahirkan seorang abyi.
Wanita tempatan pekerja kilang berusia kira-kira 20 han terbabit  dan belum berkahwin, ditahan kira-kira 3 jam kemudian bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian manakala mayat bayi dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan