Jumaat, 21 September 2012

Harapan sempena Bajet 2013



Syed Abdullah Jamalullail,

Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dalam persidangan Parlimen akhir bulan ini diharapkan dapat mengembirakan semua lapisan masyarakat di negara ini yang sedang berdebar-debar menunggu berkemungkinan adanya kejutan yang membuatkan semuanya senyum tanda kesyukuran.

Yang pasti, kebajikan dan kebaikan pembelajaran di negara ini akan disentuh dan begitu juga bagi penjawat awam menanti dengan penuh harapan apa yang akan mereka nikmati nanti.

Dicadangkan, jika boleh dalam Bajet 2013 itu nanti, bagi setiap rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 70 tahun yang sudah tidak berdaya lagi mencari nafkah atau mungkin diabaikan oleh keluarga itu diberikan pencen tetap setiap bulan sebanyak RM200 dan apabila mencapai umur 80 pula dinaikkan imbuhan itu kepada RM300 dan jika sekiranya sampai kepada umur 90 tahun mendapat RM500. Jika mencecah umur 100 tahun akan diberikan pencen tetap sebanyak RM1,000.

Begitu juga diharapkan bantuan RM200 bagi setiap murid pada awal tahun persekolahan dikekalkan juga kerana benar-benar membantu ibu bapa.Biarlah kali ini satu keluarga mendapat RM1,000 setiap kali awal tahun..

Disyorkan juga supaya harga susu tepung bayi dikecualikan cukai kerana ramai dalam kalangan ibu bapa merungut kerana harga susu tin bayi sekarang ini mencecah lebih daripada RM50 setin bagi saiz sederhana yang hanya boleh bertahan lebih kurang seminggu setin. Jika sebulan kosnya telah mencecah lebih daripada RM200, bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 atau 4 tahun sebelum boleh diberhentikan.

Dalam pada itu penjawat awam dan pesara kerajaan mengharapkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan dan bagi pesara pula mendapat imbuhan RM1,000 diakhir tahun nanti.

Selain itu diharapkan insuran kereta bagi kereta lama melebihi 10 tahun dikurangkan lagi dan begitu juga motosikal yang insurannya agak membebankan pengguna.

Diharapkan juga harga minyak akan turun dan bayaran tol dikurangkan sebanyak 50 peratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan