Khamis, 30 Disember 2021

Rembat balak

 HUKUM AGAMA HANYA UNTUK ORANG BIASA


Perembat balak tak buat perkara yang ada kena mengena dengan perkara yang boleh merosakkan aqidah. Begitu juga, semasa merembat balak, perembat tidak mendedahkan aurat.


Perbuatan rembat balak juga tak tersenarai sebagai kesalahan besar dalam agama biarpun sampai lingkup alam. Justeru, tak ramai cerdik pandai agama mengulas mengenai kerosakan perbuatan rembat balak.


Tak ramai agamawan yang tegur dan kritik perembat balak. Jika ditegur pun, secara sipi-sipi saja. Tak ada dalil Quran, sunnah dan qaedah fiqh yang dibawa untuk menyokong kritikan terhadap perembat balak.


Berbeza dengan aktiviti cuci selut banjir. Gigih betul agamawan kita memberi peringatan kepada sukarelawan dan mangsa banjir. Di sana-sini dilakar garisan merah yang tak boleh dilangkau oleh sukarelawan dan mangsa.


Mangsa banjir tak boleh dedah aurat, tak boleh ambil hak orang lain, tak boleh bergaul bebas, tak boleh... tak boleh... tak boleh! Baguslah. Ingatan sebegitu memang betul dan perlu.


Sukarelawan pula tak boleh cuci rumah ibadat orang bukan Islam secara sembrono, tak boleh cuci berhala, tak boleh ... tak boleh... tak boleh...! Baguslah. Peringatan ini juga betul dan penting. 


"Sukarelawan dan mangsa banjir, ingat-ingatlah! Nak tolong orang boleh, tapi jaga hukum agama. Sukarelawan, nak bantu boleh, tapi jaga aqidah dan jaga aurat." Demikian fatwa agamawan kita.


Macam biasa. Keberanian agamawan kita hanya terhadap rakyat marhaen. Hukum agama lebih senang dibaca, difatwa dan diaplikasi untuk orang awam. Garisan merah mudah dibuat untuk rakyat biasa.


Tapi, fatwa rembat balak, pemilikan saham oleh orang besar SPRM sehingga menimbulkan keraguan, tidak dibaca, ditulis dan dilafaz oleh agamawan kita. Apa sebabnya? Entah, saya pun tak tahu.


Ketika Nabi menampilkan contoh keberanian baginda menegur dan mengajak penguasa besar dunia kepada Islam, agamawan kita yang mengaku mewarisi kerja Nabi masih berkeliting di sekitar orang marhaen dan rakyat biasa.


Seribu satu hukum, fatwa dan peraturan dibuat oleh orang agama untuk orang biasa. Seolah-olah orang besar, orang utama, orang penting tak terikat dengan hukum agama, tak tertakluk kepada fatwa.


"Tidak! Agama mengikat semua orang. Ini mala fide!" Habis tu, kenapa fatwa dan hukum-hakam agama setiap hari hanya untuk orang biasa? Mana fatwa untuk perembat balak? Mana hukum untuk pelari duit rakyat?


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220847113629361&id=1284707753

Rabu, 29 Disember 2021

Great Reset

 MalayanCyberForces:

https://fb.watch/acUnLrwsag/


World Economic Forum dan World Chinese Economic Forum ialah dalang kepada agenda "The Great Reset" 2030...


Penubuhan Parti Bangsa Malaysia jelas membawa agenda "The Great Reset" oleh WEF, malah jurucakap muda mereka pada satu sidang media telah tergagap-gagap, mungkin kerana tersasul menyebut "Genome Modification" dengan jelas, disamping "Blockchain"... 


Presiden Penggerak Komuniti Negara, Nor Hizwan Ahmad dalam sidang media tersebut mengumumkan seramai 50 ribu ahlinya akan menyertai Parti Bangsa Malaysia yang diasaskan dari gabungan parti politik di Sarawak... 


Bukan satu kebetulan kerana "The Great Reset" sememangnya mahu mengubah DNA manusia melalui vaksinisasi Covid-19, serta akan memaksa masyarakat dunia untuk menggunakan matawang digital kripto, seperti Blockchain dan Bitcoin... 


CEO WEF Klaus Schwab jelas menggambarkan tiga kunci komponen "The Great Reset", iaitu "slave economy" atau "perhambaan ekonomi" dan "Fourth Industrial Revolution" atau "revolusi industri keempat"... 


Manakala revolusi industri keempat dengan jelas menyatakan misinya seperti memperkenalkan "Artificial Intelligence" atau "kecerdasan buatan", "Gene Editing" atau "modifikasi gen" dan "Advanced Robotics" yang akan mengaburkan sempadan antara dunia fizikal, digital dan biologi... 


Antara yang menggusarkan dunia ialah pengenalan kepada teknologi IoT atau "Internet of Things", dimana privasi manusia akan dihapuskan sedikit demi sedikit, 


5G sebenarnya adalah salah satu dari teknologi IoT yang bakal mendedahkan privasi manusia untuk digodam seperti kenderaan, malah pam insulin dan implan di dalam tubuh juga boleh dikawal dari jauh... 


Pada tahun 2016, satu serangan DDoS atau "Distributed Denial of Service" yang menggunakan teknologi IoT telah dilancarkan, dan mengakibatkan sejumlah 65 ribu alat IoT dalam masa hanya 20 jam... 


Dengan menggunakan Mirai Botnet, "malware" Mirai telah menjangkiti sehingga 300 ribu alat IoT seperti kamera IP, router, pencetak yang berjenama Dahua, Huawei, ZTE, Cisco, ZyXel dan MicroTik yang separuh daripadanya berlaku di negara Brazil, Colombia dan Vietnam... 


Pada 21 Oktober 2016 juga, beberapa serangan DDoS telah dilancarkan kepada laman web GitHub, Twitter dan lain-lain, melalui botnet yang menggunakan peranti IoT termasuk kamera IP, gateways malah monitor bayi... 


Pengeluar antivirus Kaspersky mendedahkan sejumlah 639 juta data peranti IoS telah diceroboh dalam tahun 2020, dan meningkat kepada 1.5 bilion dalam enam bulan pertama tahun 2021... 


Berbalik kepada penubuhan Parti Bangsa Malaysia yang jelas mahu membawa generasi muda mengangkat agenda "The Great Reset 2030", jelas mereka mungkin tidak tahu apa sebenarnya keburukan agenda tersebut... 


Adakah "The Hidden Hand" sudah menyedari bahawa Anwar dan Najib semakin ditolak rakyat Malaysia, dan kini mahu cuba menggunakan pula golongan muda, setelah Undi 18 berjaya dibawa ke PRU 15 nanti... 


Adakah golongan muda yang ramai telah divaksin, telah dikawal minda mereka dan menurut sahaja agenda "The Great Reset 2030" tersebut... 


Mark Serreze, Pengarah US National Snow and Ice Data Center pada tahun 2007 mengatakan bahawa jika beberapa tahun sebelum itu, semua ais di benua Artik akan cair pada tahun 2100 atau 2070, tetapi sekarang merasakan ianya akan cair pada tahun 2030...


National Snow and Ice Data Center merupakan sebuah badan yang "memantau" ais di benua Antartik dan Artik, mengeluarkan data berbeza pada setiap hari...


Centre for Governance and Political Studies baru-baru ini pada tahun 2019 telah meramalkan bahawa banyak bandar yang akan tenggelam menjelang tahun 2050, yang juga berdasarkan kajian dari Universiti Rutgers di Amerika Syarikat yang menggunakan model yang lebih tepat kononnya, iaitu CostalDEM... 


Malah mereka meramalkan kononnya sehingga 70 peratus dari Asia akan tenggelam jika pencairan ais di Artik atau Kutub Utara terus berlaku...


Ais di benua Artik tidak akan cair disebabkan "Global Warming", tetapi EISCAT yang akan memanaskan suhu di sana, untuk meningkatkan paras air laut dunia, untuk menjustifisikasi ramalan mereka sendiri... 


Kita tahu bahawa EISCAT di utara Eropah serta HAARP di utara Amerika bertanggungjawab memastikan cuaca empat musim di negara yang menyertai EISCAT Associates iaitu Norway, Sweden, Finland, Jepun, China dan United Kingdom, serta disokong oleh negara Rusia, Ukraine, Jerman dan Korea Selatan...


Bukan kebetulan semua negara yang terlibat dengan EISCAT Associates ini mengalami cuaca empat musim dan bersalji, untuk manfaat bidang pelancongan mereka...


Bukan kebetulan EISCAT iaitu sebuah sistem radar ionosfera termaju dunia, mula dibina sekitar tahun 1970-an, dan semua negara di benua Eropah dan Amerika mula mengalami cuaca sejuk dan empat musim...


Amerika Syarikat tidak perlu menyertai EISCAT Associates kerana mereka telah membina HAARP, iaitu "kebetulan" juga merupakan alat untuk mengkaji lapisan ionosfera...


Pada logo forum G7 dan di persidangan negara-negara G7 iaitu terdiri dari negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Kanada dan Jepun, jelas memaparkan logo air laut yang berombak semasa persidangan di United Kingdom... 


Logo air berombak tersebut sebenarnya adalah lambang tsunami yang mereka rancang akan menenggelamkan seluruh dunia, kecuali sebuah bandar di negara China iaitu Ordos, di wilayah Mongolia yang berketinggian 1,300 meter diatas paras laut... 


Sudah tentu "green card" untuk ke sana haruslah datang dari kumpulan mereka sendiri iaitu yang sekurang-kurangnya berfahaman dan berfikiran seperti Freemason serta Illuminati... 


Majalah TIME keluaran terbaru pula jelas memaparkan imej hujan dan petir di samping figura Queen Elizabeth, Joe Biden dan beberapa pemimpin dunia, dengan moto "Last Call" di muka hadapan majalah tersebut... 


Kutub Utara dan Selatan sebenarnya tidak pun wujud, dan cuaca empat musim hanya satu rekaan untuk menjustifikasi teori Bumi yang bulat, walhal bentuk Bumi sebenarnya lebih kepada sfera atau boleh dipanggil "Flat Earth"...


Ini bermakna Bumi tidak berpusing mengelilingi Matahari, tetapi Matahari yang sebenarnya mengelilingi Bumi...


Semua negara di dunia sebenarnya mengalami cuaca yang sama, ini dijelaskan dalam satu Hadith dimana tidak akan berlaku Kiamat sehingga Tanah Arab kembali subur...


Jelas Hadith tersebut menggunakan perkataan "kembali", dengan kata lain gurun di Tanah Arab, mahupun di benua Afrika asalnya ialah tanah subur, tetapi telah diubah oleh EISCAT sekitar tahun 70-an...


Al Quran dan Hadith tidak pernah menyebut bahawa Bumi adalah bulat, malah planet juga tidak pernah disebut, melainkan bintang dan bulan...


Allah menggunakan istilah "kami hamparkan" pada Surah al-Hijr, ayat 19, "hamparan/bentangan" pada Surah al-Naba' ayat 6, al-Baqarah ayat 22, Surah Nuh ayat 19 dan al-Nazi'at ayat 30, manakala istilah "dihamparkan" pada Surah al-Ghasyiah dalam ayat ke 20...


Kejadian siang dan malam, serta gerhana Bulan dan Matahari tidak menafikan bahawa Bumi itu rata, kerana keduanya jelas memang mengelilingi Bumi, namun teori bahawa Bumi yang mengelilingi Matahari adalah dangkal, kerana Allah mencipta Bumi sebagai pusat alam semesta, selaku manusia sebagai khalifah...


Sheikh Muzaffar, angkasawan pertama negara apabila ditanya adakah Bumi bulat, beliau tidak mengiyakannya, tetapi menjelaskan bentuk sfera, geosfera, tidak seperti bola, tetapi seperti telur...


"The Great Reset" ialah nama untuk WEF untuk mencipta "The New World Order" atau "One World Government", diucapkan secara terbuka pada Jun 2020 di Forum Ekonomi Sedunia, yang dihadiri oleh Putera Charles dan Prince of Wales, dengan terbuka untuk mengubah ekonomi dunia kepada cara Komunis dimana rakyat akan dihambakan...


"Pandemik" Covid-19 ialah salah satu permulaan global untuk mencapai agenda sulit mereka, dengan cara menguasai ekonomi dunia dengan memaksa negara untuk menyekat ekonomi mereka sendiri dengan "lockdown" dan dipaksa pula mengeluarkan dana yang besar untuk membeli vaksin Covid-19...


Agenda mereka seterusnya ialah "climate change", setelah kempen "global warming" yang banyak kontroversi tersebut dijalankan...


Jika berdasarkan satu Hadith Bukhari dari Ibnu Umar, bahawa kejadian hujan antara lima perkara yang tidak boleh diramal manusia, selain dari apa yang akan terjadi esok, apa yang terkandung di dalam rahim, apa yang didapati besok dan dimana akan mati...[2 : 149-O.B.]


Pada hujung tahun 2016 telah berlaku ribut salji di Arab Saudi, sekaligus menafikan teori hemisfera utara dan selatan yang menjustifikasikan bahawa Bumi itu bulat...


Ribut salji di gurun Arab Saudi berlaku pada 23 November 2016, dan pada 25 November 2016 suhu turun kepada -4 darjah celcius di wilayah Turaif serta salji di wilayah tengah dan tenggara Arab Saudi...


Selepas kejadian salji tersebut, berlaku pula hujan dan ribut sehingga mengorbankan tujuh nyawa...


Pada 22 Disember 2016 juga, salji telah melanda negara Israel, Syria dan Timur Tengah dan pada Januari 2016 pula salji telah turun di Mekah dan Madinah buat pertama kali dalam tempoh 85 tahun...


Banyak tanda kecil kiamat sudah pun berlaku di Arab Saudi, antaranya gunung akan berlubang, bangunan menjulang tinggi melebihi gunung dan bayangan Kaabah tidak nampak... 


DImana gunung di Saudi sedang ditebuk untuk laluan keretapi laju, bangunan menara jam yang menutupi bayang Kaabah dan pembinaan menara Kingdom Tower di Jeddah, yang bakal menewaskan Burj Al Arab di Dubai, sebagai bangunan tertinggi dunia menghampiri sehingga 1 km... 


Yang terbaru, Harian Metro bertarikh 29 Disember 2021 telah melaporkan cuaca sejuk luarbiasa di Arab Saudi, hujan lebat serta mencatatkan suhu bawah paras beku... 


Wilayah utara Saudi sebenarnya hanya mula mengalami cuaca sejuk sejak dari tahun 2009, malah bandar Mekah, Riyadh, Al Baha, Asir, Al Qassim, Al Jouf dan Hail, Tabuk malah sehingga di wilayah Timur juga semakin mengalami perubahan cuaca sejuk... 


Ramalan cuaca monsun oleh MET Malaysia untuk pantai timur, Sabah dan Sarawak pada 30 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 adalah sangat merbahaya kepada Aqidah umat Islam...


Malahan bidang kajicuaca dunia hanya bergantung kepada model cuaca yang dikeluarkan pihak tertentu yang memonopoli EISCAT, HAARP dan lain-lain...


Seperti yang berlaku di Selangor, akibat MET Malaysia terlalu bergantung kepada model kajicuaca untuk meramalkan pergerakan Taufan Rai, maka mereka gagal meramal Taufan Rai akan melangkau Banjaran Titiwangsa dan melanda Lembah Kelang...


Jika anda masih ingat akan ramalan Zodiak yang popular di era 90-an, sehingga hampir setiap akhbar memaparkannya setiap minggu, kononnya sifat manusia akan berubah mengikut bintang pada setiap bulan...


Tiada bezanya dengan amalan meramal cuaca yang kita masih amalkan, sedangkan jelas antara tiga golongan yang akan ke Syurga tanpa hisab ialah yang tidak mempercayai ramalan, yang tidak berjumpa dukun atau bomoh dan yang mati tetapi tidak menggunakan perubatan besi panas kiyai untuk menghentikan pendarahan...


Wajarkah kita meletakkan Aqidah dan Taqwa kepada mereka yang mengatur dunia, sedangkan setiap perlakuan mereka adalah dengan izin Allah jua...


Dan seharusnya kita kembalikan Aqidah yang lurus kepada Allah, dan tidak mempercayai lagi mana-mana agenda mereka untuk merosakkan manusia...


Jika kita tidak mahu Allah mengizinkan mereka melakukan kemarau yang panjang, taufan, banjir, gempa bumi, tsunami dan lain-lain...


Na'uzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #banjirkonspirasi

@MalayanCyberForces

Lampu

 Tips jika bila lampu mati atau tiada elektrik.

Buat lilin sendiri, tahan lama berhari-hari..


Bahan-Bahan :

* Gelas

* Air

* Minyak Goreng

* Cotton Bud


Cara-cara :

1. Isi dasar gelas dgn batu-batu atau manik.

2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud dibagian tengah.

3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas.

4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud.

5. Nyalakan guna mancis atau lighter,

Tahan sampai berhari-hari!


Semoga bermanfaat..



Isnin, 27 Disember 2021

Melayu

 Pandangan Frank Swettenhem Tentang Orang Melayu



Sir Frank Athelstane Swettenham (1850-1946) merupakan merupakan Residen-Jeneral pertama untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk *Malay Sketches* yang diterjemahkan sebagai *Perihal Orang Melayu* berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun beliau di Tanah Melayu. 


Sebagai seorang pegawai, beliau masak benar dengan perangai orang Melayu dan semua perangai orang Melayu samada baik atau buruk ditulis oleh beliau di dalam buku ini. 


Oleh itu, buku ini merupakan rujukan utama kita untuk mengetahui perangai orang Melayu pada waktu silam. 

            

Frank Swettenhem menggambarkan orang Melayu sebagai seorang yang  mempunyai susuk badan yang rendah tapi sasa, berambut hitam dan lurus dengan kulit yang berwarna sawo matang serta berhidung kembang dengan bibir yang tebal. Orang Melayu juga dikatakan  mempunyai mata yang terang.

            

Orang Melayu juga mempunyai sifat yang baik seperti bersopan santun, beradab serta peramah. Namun begitu, orang Melayu tidak sewenangnya mempercayai orang asing, malah mereka ini bijak menyembunyikan kesangsian mereka dengan perawakan yang ramah.


Ini merupakan perkara biasa dalam kalangan orang Melayu, mereka memang akan menggunakan keramahan mereka itu untuk menutup rasa sangsi kepada orang lain bukan sahaja kepada orang asing bahkan kepada orang yang tidak dikenalinya. 


Frank Swettenham juga turut menggambarkan orang Melayu sebagai bijak berbicara, susun kata mereka disulami dengan jenaka malah amat gemar berseloroh. 


Orang Melayu sangat cermat dan terang hati dalam menerima pelajaran. Malah jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang Melayu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari. 


Namun malangnya, kebolehan ini disia-siakan oleh orang Melayu dengan sifat malas dan lebih teruk sekarang ini orang Melayu lebih suka dengan budaya hedonism sehingga mengabaikan aspek-aspek keilmuan.

            

Selain itu, Frank Swettehem turut menulis bahawa orang Melayu mempunyai bakat dalam bersukan malah binatang sebesar gajah pun bisa ditangkap dan dijinakkan.


Sebagai nelayan pula, orang Melayu sangat berkemahiran sehingga sanggup bermalam di atas bot dan ia sudah menjadi kelaziman bagi mereka. Orang Melayu juga sangat menjaga kebersihan diri dan kebanyakkan mereka mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan suka berhias serta berpakaian kemas. 


Orang Melayu juga mempunyai sikap di mana mereka tidak boleh bertolak ansur jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpahan darah demi menentang fitnah tersebut.


Dan orang Melayu sanggup melakukan amuk untuk menegakkan hak mereka. Orang Melayu sangat memuliakan tetamu bahkan mereka sanggup menghidangkan makanan mereka untuk tetamu.

            

Orang Melayu juga merupakan Muslim yang taat, malah sanggup disiksa demi mempertahankan kesucian agamanya. Walau pun begitu, orang Melayu dilihat tidak terlalu taksub dalam beragama.


Mereka tidak minum minuman keras serta jarang sangat terlibat dengan aktiviti menghisap ganja, walau pun pada zaman itu, perbuatan menghisap ganja adalah sesuatu yang biasa di kalangan masyarakat biasa dan para pemimpin. 


Walau pun taat pada agama, namun orang Melayu pada waktu itu suka berjudi dan percaya kepada perkara khurafat. Orang Melayu ini sangat taat dalam beragama sehingga menyebabkan kebanyakkan mubaligh Kristian berputus ada dalam usaha mengkristiankan mereka pada zaman itu.

         

Lelaki yang kaya pula sering menggunakan kemampuan mereka dari segi kekayaan mahu pun kekuasaan sebagai alasan untuk berkahwin lebih dari seorang. Walau pun mereka tidak mampu berlaku adil. 


Menurut Swettenham lagi, orang Melayu sangat bijak dalam berfalsafah dalam soal hal ehwal rumahtangga. Wanita Melayu pula digambarkan sebagai seorang yang bijak bertutur, pandai mengambil hati serta kuat berahsia. Wanita Melayu juga peramah, walau pun adakalanya kuat cemburu. Tatkala mencapai usia 40 tahun, mereka mula memperlihatkan kecenderungan meminati barangan kemas dan pakaian yang cantik.


Wanita Melayu yang dewasa turut suka kepada barangan mewah seperti kuda. Yang paling penting, orang Melayu sangat bangga dan sayangkan negeri dan bangsa mereka. Orang Melayu juga sangat memelihara adat dan budaya mereka. Orang Melayu juga sangat taatkan raja dan pemimpin. Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah sudah menjadi budaya. 


Walau pun begitu, secara adil, Frank Swettenhem turut menggambarkan beberapa sifat buruk orang Melayu seperti: 


1. Liat untuk membayar balik hutang.


2. Suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga aka mengumpat.


3. Percaya kepada karut marut.


4. Suka berjudi, bersabung ayam, lembu dan perkara yang seumpamanya.


5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan.


6. Malas sehingga perkara yang rutin pun turut dilalaikan.


7. Tidak menghargai masa.


8. Rumah dilihat tidak kemas, malah kotor.


9. Orang Melayu zaman itu suka berdendam dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.


10. Orang Melayu suka mengamuk.


11. Walau pun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.


12. Orang Melayu suka berpuak-puak.


13. Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan.


14. Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekali pun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, samada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.


15. Wanita Melayu kuat cemburu.

Banjir

 "As I see it"


Ada beberapa masalah yang berkaitan banjir yang mungkin kurang dibincangkan. Berikut adalah perkara yang saya fahami yang mungkin kurang tepat dan terperinci tetapi mudah untuk memahami fenomena banjir. 


Perkara pertama dari segi perancangan penempatan/perbandaran, perlu ada membuat penilaian alam sekitar (termasuk sistem saliran) untuk kawasan yang hendak dibangunkan penempatan. Dengan teknologi yang ada hari ini, ketinggian setiap kawasan kecil di atas muka bumi boleh ditentukan dengan tepat, jadi kawasan tinggi dan kawasan rendah boleh dipetakan untuk setiap daerah atau negeri dengan anggaran kecerunan muka buminya juga. Jadi  simulasi impak hujan yang turun dengan kuantiti (mm hujan) dan masa tertentu juga boleh meramalkan kawasan mana yang akan banjir, kelajuan/kadar pergerakan air dan berapa lama masa diperlukan untuk air banjir itu surut. 


Perkara yang kedua: jika muka bumi mempunyai bilangan pokok hutan dewasa yang tinggi, apabila air hujan turun, sebahagian besar air itu mempunyai masa yang mencukupi untuk diserap masuk ke dalam bumi, mengurangkan kuantiti air yang akan mengalir di permukaan bumi. Sebaliknya, jika banyak pokok² telah ditebang dijadikan kayu balak, permukaan bumi menjadi gondol yang menyebabkan apabila hujan turun, kuantiti air hujan yang diserap masuk ke dalam bumi berkurang dan kuantiti air hujan yang mengalir di atas permukaan bumi bertambah dan akan bergerak daripada tempat lebih tinggi ke tempat yang lebih rendah. Jika tidak wujud sistem saliran, atau sistem saliran tidak dirancang dengan baik, maka banjir akan berlaku di sesuatu kawasan lebih rendah kerana kadar kuantiti air yang memasuki kawasan itu melebihi kadar kuantiti air yang dialirkan keluar daripada kawasan itu. 


Sebagai contoh, kalau kadar aliran air memasuki suatu kawasan adalah 300 m³/min, sedangkan kadar aliran air yang keluar hanya 100 m³/min, maka dalam 1 min, kawasan itu akan mempunyai lebihan air 200 m³, dan kalau aliran air berlaku dalam satu jam (60 min), maka kawasan itu akan mendapat lebihan air 200 m³/min × 60 min = 12,000 m³. Jika kawasan itu adalah sebuah kawasan lapang berukuran 100 m × 100 m, ia akan ditenggelami air sedalam 1.2 m dalam masa 60 min. Jika selepas 60 minit itu aliran air masuk tiba² terhenti, maka masa yang diperlukan untuk semua 12,000 m³ air itu surut menjadi sifar adalah 12,000 m³ ÷ 100 m³/min = 120 min = 2 jam (masa air surut). 


Bolehkah anda bayangkan perkara-perkara di atas?


Cnp megat ali

10 bill


 *"NYAWA BERNILAI 10 DOLLAR JE"*


Pada tahun 1986 ,sebuah pesawat penerbangan sedang berlepas daripada lapangan terbang antarabangsa Sverdlovsk di Kazakhstan ketika musim sejuk , pada 28 haribulan .


Pesawat penerbangan komersial tersebut adalah pesawat Aeroflot Flight 6502 itu berada di atas ruang udara dengan cuaca ribut salji yang turun dengan sangat lebat dalam perjalanan sedang menuju ke lapangan terbang antarabangsa Grozny yang terletak Chechnya. 


Ketika sedang berada di ruang udara pada ketinggian 10 ribu kaki dari permukaan bumi ,seorang juruterbang yang bertanggungjawab sedang memandu pesawat tersebut berborak dengan rakan sekerjanya yang berpangkat Co-Pilot (pembantu juruterbang) , bahawa dia sangat yakin dengan pengalaman dan kecekapan didalam tugasnya selama ini dia merasakan  dirinta layak sebagai seorang pakar juruterbang sudah pun Senior .


Kerana dirinya sudah pun bertahun tahun mengendalikan pesawat penerbangan sehingga berasakan sangat masak sangat masak dengan pengendalian didalam ruang kokpit pesawat dan bersesuaian dengan berpangkat Kapten  ,juruterbang bernama Kapten Alexander Kliuyev itu mendapat idea untuk membuktikan kepada rakan sekerjanya bahawa dia ingin membuat satu pertaruhan .


Samada tidak menyedari ,tidak berasa peka dengan keselamatan para penumpang sedang berada didalam pesawat ketika itu atau pun sememangnya Kapten ini berfikiran bodoh ,terdapat 94 nyawa orang penumpang sedang berada didalam pesawat lebih tergamak lagi adalah mereka langsung tidak tahu menahu pekara tersebut yang membuatkan nyawa masing masing menjadi pertaruhan tanpa sedar. 


Pertaruhan yang dilakukan oleh Kapten Alexander ketika itu adalah, dia ingin melakukan pendaratan pesawat Aerosoft 6502 itu turun ke landasan dengan cara menutup cermin ruang kokpit pesawat dengan memejamkan matanya tanpa melihat. 


Yang lebih teruk lagi, keyakinannya untuk melakukan perkara tersebut hanya dengan cara manual sama sekali berasa yakin tanpa menggunakan kaedah "Auto Pilot".


Hanya dengan bertaruh 10 dollar sahaja untuk pertaruhan gila itu dan ribut salji sangat kuat melanda di ruang udara ketika itu, Juruterbang berpangkat Kapten itu sudah bersedia untuk mendaratkan pesawat tersebut sedang memejamkan kedua dua matanya dengan kaedah pendaratan yang manual.


Bergerak dengan kelajuan 280 kilometer sejam  ,hanya dengan jarak beberapa kaki sahaja tayar kapalterbang hendak mencecah pada permukaan jalan landasan, pembantu kapal terbangnya telah meminta untuk menghentikan pertaruhan gila yang dilakukan oleh Kapten tersebut meminta agar kembali membukakan matanya semula namun sudah terlambat kerana pesawat tersebut telah jauh tersasar dari landasan pesawat sedang berada diatas permukaan tanah yang tidak rata. 


Akhirnya pesawat Aerosoft 6502 itu telah terhempas dan terbakar serta merta siren dibunyikan untuk melakukan kecemasan oleh pihak lapangan terbang Grozny datang menyelamat pesawat nahas itu bersama dengan pihak bomba dan polis serta merta. 


Sebanyak 70 orang daripada jumlah 94 orang penumpang yang sedang berada dalam pesawat telah mati terbunuh serta merta manakala baki penumpang mengalami kecederaan parah dikejarkan hospital. 


Pertaruhan gila hanya yang bernilai sekadar 10 dollar itu tidak dimenangi oleh Kapten atau pembantunya kerana kedua dua mereka terbunuh serta merta ketika berlaku nahas kejadian.


Pandangan yang mampu dirumuskan daripada nahas kejadian ini adalah ,Kapten  , Co-Pilot dan 70 orang penumpang ini nyawa mereka hanya sekadar 10 dollar sahaja.

Feri sewol

 KopiPasta dari group lain:


MENGAPA BANTUAN TIDAK BOLEH LAMBAT!

- BELAJAR DARI TRAGEDI FERI SEWOL

Walaupun insiden yang berlaku pada 16 April 2014 ini tidak sama sekali berkenaan banjir besar, namun kelewatan bantuan dan arahan pihak atasan adalah punca utama kematian 304 penumpang termasuk 250 pelajar sekolah menengah.

Pagi 16 April, Feri Sewol yang dalam perjalanan menuju ke Jeju dari Incheon, tiba-tiba senget dan mulai tenggelam; dipercayai berpunca daripada lebihan muatan. 

Di dalamnya ada seramai 476 penumpang, termasuk 325 pelajar Danwon High School yang sedang dalam program lawatan sekolah.

8.50 pagi: Feri Sewol mulai tenggelam.

8.52 pagi: Terima panggilan kecemasan daripada salah seorang penumpang dipercayai budak lelaki (bukan kapten / krew kapal) - sumber CNN

Bot nelayan dan orang persendirian datang bagi menyelamatkan mangsa, 40 minit sebelum Korea Coast Guard (KCG) datang.

Sudahlah lewat, kerja-kerja menyelamat tidak giat dijalankan kerana menunggu arahan Presiden.

.

👉 Siapa Presiden Korea Selatan ketika itu?

Park Geun-hay, wanita pertama yang dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.

👉 Di mana dia ketika kejadian berlaku?

Dia berada di bilik tidur. Entah buat apa.

Ada juga versi dia ke salun buat rambut. Isk.

Kejadian jam 8.50 pagi, jam 10.20 pagi baru nak buat taklimat di pejabat sedangkan mesej terakhir daripada salah seorang mangsa menerusi Kakaotalk adalah pada 10.17 pagi.

👉 Jam berapa Park Geun-hay tiba di lokasi?

TUJUH JAM KEMUDIAN. 5.15 PETANG.

Sepanjang kehilangan Presiden Park yang hingga kini disifatkan sebagai misteri, kerja-kerja menyelamat dibuat sekadarnya kerana tiada arahan yang lengkap dari pihak atasan.

👉 Apa cerita Park Geun-hay sekarang?

Sedang menjalani 25 tahun penjara akibat rasuah dan salah guna kuasa pada April 2018.

.

Itu belum cukup menyesakkan dada kita.

👉 Kenapa para mangsa tidak keluar dari feri?

Waktu feri sudah senget dan mulai tenggelam, Kapten Feri Sewol, Lee Joon-Seok, dan krew kapal telah mengeluarkan arahan, 

"Duduk di tempat anda. Jangan ke mana-mana."

Atas kepercayaan kepada pihak feri, lebih 300 penumpang akur dan duduk menanti bantuan yang tidak kunjung tiba.

Rakaman video para mangsa yang rata-rata pelajar sekolah Danwon, dapat ditonton di Youtube.

Sangat menyedihkan melihat mereka ketakutan, namun pada masa sama, ada yang tetap cuba menghiburkan rakan-rakan bagi meredakan ketegangan. Mereka benar-benar sangka ada yang akan datang menyelamatkan mereka semua.

👉 Di mana Kapten Feri Sewol?

Lee Joon-Seok, Kapten Feri Sewol, menjadi nama bedebah yang tidak habis dimaki oleh rakyat Korea mahupun sesiapa saja yang mengikuti tragedi Feri Sewol kerana menjadi ORANG PERTAMA yang keluar dari feri demi menyelamatkan diri sendiri.

Lee menyamar sebagai salah seorang penumpang dan menaiki bot penyelamat namun kantoi selepas tersebar gambarnya yang diambil oleh KCG.

Kini Lee Joon-Seok selaku kapten jahat telah disabitkan kesalahan kerana pengabaian dan dihukum penjara 36 tahun.

.

Daripada 172 mangsa yang terselamat, hanya 75 dari Danwon High School. Mereka ini antara penumpang yang merasakan arahan kapten adalah meragukan lalu mereka keluar ke permukaan.

Hanya mereka yang sempat diselamatkan.

.

👉 Berapa lama Feri Sewol di permukaan laut sebelum benar-benar tenggelam?

DUA JAM SETENGAH.

.

*Lihat impak tindakan dan arahan lambat, selain pengurusan tidak cekap dan selfish. Mereka sudah belajar.*

*Kita juga perlu belajar!*

*Perasmian, potong kek, bunga api - can wait. Keselamatan mangsa yang ketakutan, kesejukan, lapar, dan letih yang harus kita utamakan.*

.

#HusnaAdnan 🎗️

Ahad, 26 Disember 2021

Ibrah banjir

 Satu lagi pelajaran berharga.


Ada rumah barangnya penuh segenap sudut. Ada rumah ringkas saja isinya, cukup2 utk kegunaan harian saja.


Apabila disapu bah dan disalut lumpur, rumah yg isinya ringkas itu mudah dan cepat diuruskan. Manakala rumah yg isinya penuh, memerlukan berpuluh tenaga kerja, mengambil masa sampai berhari2 utk diselesaikan.


Di masa itu, pemilik rumah yg ringkas itu pasti berasa sgt2 bersyukur kerana dimudahkan urusan walau dlm musibah.


Begitulah AKHIRAT nanti. Mereka yg hidup sekadarnya amat mudah dan ringan hisabnya dihadapan Allah. Manakala yg mengumpul harta dan berlumba2 mengejar dunia, hisabnya AMAT BERAT (seperti beratnya lumpur), lambat dan siksa sekali kerana memakan masa ribuan tahun kerana setiap butir harta dan masa kita akan dihitung, apa tujuan harta itu dan bagaimana ia dimanfaatkan.


Bersediakah kita dgn jawapan? Kerana yg memberi jawapan di hadapan Allah itu nanti hanyalah KEBENARAN. Mustahil lagi berlaku tipu helah.


Sama2 kita dalami dan mentadabbur surah At-Takathur.


At-Takathur: 1

أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -


At-Takathur: 2

حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ

Sehingga kamu masuk kubur.


Fahamilah hingga akhir ayat.


Ujian dunia ini adalah nikmat. Kerana mereka yg beriman akan benar2 diuji. Dan mereka yg beriman, ganjarannya SYURGA YG KEKAL ABADI.

Bomba

 ⛱️⛱️⛱️

*LUAHAN ANGGOTA PENYELAMAT KETIKA BERLAKUNYA BANJIR DI SELANGOR.*


Pasukan Keselamatan, Pasukan Penyelamat Bukan Hamba Abdi!!! Luahan abang Bomba. Asyik menghentam Pasukan Keselamatan & Penyelamat.


Oleh: Ahmad Rijal


-“Kami bertugas di Balai, keanggotaan setiap balai adalah anggaran 7 hingga 12 orang bagi setiap shif. Bila ada panggilan kecemasan banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu. 


Bila berlakunya bencana, panggilan kecemasan yang masuk kebiasaannya akan bertalu-talu dan tanpa henti. Tak termasuk lagi panggilan direct ke handphone anggota dan pegawai. Persoalannya, bagaimana kami nak hadir 10 tempat berbeza dalam masa yang sama?


Kami bertugas mengikut SOP dan KPI yang ditetapkan. Amalan kami sama seperti agensi lain, iaitu safety first. Kami bukan boleh sebarangan melakukan tugas menyelamat tanpa ambil kira soal risiko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan. 


Apa yang dah jadi pada kami pada tahun 2018 cukup terkesan pada diri kami hingga hari ini. 6 sahabat seperjuangan kami pergi meninggalkan kami serentak. Hanya Allah yang tahu hati kami.


Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir.. Dengan segala apa yang kami ada. Kalau tiada bot, kami guna sampan. Kalau tiada sampan, kami sanggup dukung dan pikul mangsa sehingga ke tempat selamat. 


Kami Tiada Masa Untuk Merakam Video Atau Mengambil Gambar Ketika Bekerja kerana kami Sememangnya Tiada Masa Untuk Berbuat Demikian. Ada kala, bencana yang berlaku sangat luar biasa hingga membataskan tindakan menyelamat kami. 


Ketika itu, masa dan peluang adalah amat terhad untuk kami bertindak. Namun apakan daya, kami tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.


Cukup sedih bila ada yang sewenangnya Melemparkan Tohmahan Dan Cacian kepada kami hanya kerana geram kami lambat tiba atau langsung tidak kunjung tiba di tempat anda. 


Wahai saudara, Bilangan Kami Terhad, Aset Kami Terhad. 1 pasukan penyelamat terpaksa respon Berpuluh malahan Beratus panggilan. Dalam masa itu, kami akan utamakan kes yang boleh kami respon bergantung kepada tahap bahaya dan risiko yang bakal kami hadapi. 


Persoalan lagi, bila air naik, apa yang anda lakukan? Mengapa Tidak Bersiap Untuk Berpindah? Mengapa Tidak Turut Bersama Memberi Amaran Kepada Yang Lain Untuk Berpindah? 


Adakah kami Ibarat Hamba Abdi Anda Untuk Menurut Segala Perintah Anda? Ingat, kami Tidak Terkecuali Membayar Cukai Seperti Anda Juga.


Ada masanya, kami sanggup mengambil risiko tinggi demi menyelamatkan nyawa yang bahaya. Hingga ada kala nyawa kami ibarat di hujung tanduk ketika menyelamatkan anda. 


Risiko Lemas, Hanyut, Dijangkiti Kuman Merbahaya dan Ditimpa atau Dilanggar Objek dalam banjir sanggup kami hadapi untuk anda. Tetapi ada kalanya setelah kami menggadai nyawa, rupanya anda tidak langsung berada dalam bahaya. 


Cuma yang berlaku hanyalah terputus bekalan air atau elektrik, atau lapar kerana tiada makanan. Kami Bukan Petugas Penghantar Makanan, dan kami juga Bukan Pemandu Peribadi Anda Untuk Menghantar Anda Sesuka Hati Anda. 


Bahkan, KAMI SENDIRI KELAPARAN, KESEJUKAN dan KELETIHAN MENTAL SERTA EMOSI. Tapi DEMI ANDA, kami tolak tepi untuk tetap membantu.


Berbalik kepada anggota yang bekerja 12 jam sehari mengikut shif, apabila berlakunya bencana, kami Tidak Tamatkan Shif kami dengan balik tepat pada masa. Kami sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran overtime demi keselamatan nyawa dan harta-benda anda. 


Ada kala, apabila kami muncul membantu, TIADA LANGSUNG SIKAP MENGHARGAI WALAU DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH. Ada lebih teruk, pengorbanan kami dibalas dengan cercaan LAMBAT, LEMBAP, MAKAN GAJI BUTA, dan MACAM MACAM LAGI. 


Kepada diri saya sendiri, saya bertugas di pejabat Bomba mengikut waktu pejabat. Akan tetapi, apabila terima panggilan kecemasan, saya perlu hadir ke lokasi tidak kira waktu dan masa. 


Tengah malam, Pagi buta, Hari cuti dan Waktu rehat pon tetap akan saya hadir demi tugas. Bila berlakunya bencana, tugas selaku pegawai kanan sedikit berbeza dengan anggota shif. Pegawai Kanan tiada shif. 


Mereka perlu bertugas Merancang, Mengkoordinasi dan Mengawal tindakan operasi sehingga keadaan selesai. Kadang kala, memakan masa hingga lebih 48 jam lamanya. 


Kami terpaksa melupakan WAKTU REHAT. Kami terpaksa MELUPAKAN SAAT BERSAMA ANAK & ISTERI. Kami terpaksa melupakan penat jerih kami di pejabat kerana kami tahu, tugas kami masih belum berakhir.


Akhir kata, fahamilah kami juga. Kami juga manusia. Kami juga ada keluarga. Kami juga ada batas kemampuan. Dan kami juga ada hati dan perasaan. Fikirlah dahulu sebelum berkata-kata.-“


Admin pun ada dengar keluhan daripada kalangan anggota Pasukan Keselamatan & Penyelamat. Ada segelintir mangsa banjir ambil kesempatan dalam kesulitan. 


Ada yang bila pasukan dah tiba. Mereka enggan di selamatkan dan enggan berpindah. Mereka cuma mintak bekalan makanan dan pakaian. Bila paras air naik laju di kediaman mereka. Mereka tuduh dan maki pasukan kenapa tak datang dan selamatkan mereka. 


Banyak lagi tugasan lain yang perlu diuruskan. Mangsa banjir tersangat ramai. Kawasan terjejas banyak. Aset dan kekuatan tak cukup. Kena kerah kudrat hingga ke tahap maksima. 


Ada pula bila diberi bantuan bekalan makanan. Ada yang DEMAND nak rokok bagai. PASUKAN BUKAN HAMBA ABDI arau RUNNER MAKANAN sehingga kena turuti permintaan sampai sedemikian rupa. 


Ada pulak segelintir mangsa yang ambil kesempatan. Dah terima bekalan makanan. Cakap belum terima lagi. Suruh ambil makanan tak nak. Nak suruh dihantar depan pintu rumah. Suruh berpindah tak nak. Lepas tu bersorak macam pesta air. 


Permudahkanlah urusan dan proses menyelamat. Jangan rumitkan keadaan lagi. Kesian sama kepada anggota Pasukan Keselamatan & Pasukan Penyelamat. Mereka jugak manusia. Mereka juga ada rasa kelaparan, keletihan. Mereka jugak ada keluarga. Sama sama kita bertimbang rasa.


Mintak tolong SHARE supaya Luahan anggota Pasukan Keselamatan Dan Pasukan Penyelamat sampai kepada semua.

Kencing tikus

 Peringatan Untuk Semua ;


Tragedi Lubuk Yu, Maran 2010 wajar kita jadikan iktibar.Misi mencari mangsa lemas bertukar jadi tragedi menyayat hati buat anggota2 penyelamat.Satu persatu anggota penyelamat tumbang selepas pulang ke rumah.Akhirnya 7 orang anggota penyelamat menemui ajal.Pada mulanya ramai mengaitkan dengan kejadian mistik.


Namun misteri terlerai apabila kesemua anggota penyelamat yang meninggal disahkan menghidap jangkitan Leptospirosis ( Penyakit Air Kencing Tikus) & Meliodosis.


21 orang yang lain lebih bernasib baik.Berjaya dirawat sebelum melarat.


Bahkan ketika banjir besar 2014 di Kelantan ada juga sukarelawan yang dilaporkan meninggal akibat jangkitan Leptosirosis.


Untuk pengetahuan kuman2 ini banyak 'membiak' ditempat2 tanah berlumpur & air yang tercemar.Yang menakutkan kuman Leptospirosis ini boleh menjangkiti manusia dengan menembusi kulit.


Oleh sebab itu adalah dinasihatkan agar para sukarelawan yang turun membantu mangsa banjir mengenakan pakaian yang lebih selamat.Jangan pakai selipar sandal semata2.Sekurang2nya pakailah but (bukan high heel ya😑).


Selain itu sukarelawan & mangsa banjir untuk digalakkan untuk mengambil antibiotik ie Doxycycline sebagai langkah pencegahan.Hanya seminggu sekali untuk kurangkan risiko jangkitan Leptospirosis.Yang mengalami demam perlu segera bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.


#cegahsebelumparah

#rawatsebelumterlewat

Sabtu, 25 Disember 2021

JWST

 The James Webb Space Telescope (JWST) iaitu teleskop angkasa generasi terkini berjaya dilancarkan ke angkasa semalam. 


🚀 Projek yang memakan masa lebih 25 tahun ini adalah kerjasama dari NASA, ESA (Agensi Angkasa Eropah) dan CSA (Agensi Angkasa Kanada) dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane 5 di Pusat Angkasa Guiana, French Guiana, Amerika Selatan. 


🚀 JWST ini bakal menggantikan teleskop angkasa yang terkenal sebelum ini iaitu Hubble Space Telescope (HST) yang telah menghasilkan gambar-gambar galaksi, nebula, bintang yang sangat cantik. 


🚀 JWST masih dalam perjalanan ke posisi untuk teleskop ini berfungsi iaitu kira-kira 1.5 juta kilometer dari Bumi iaitu di titik Lagrange 2 (L2) - ambil masa 30 hari untuk ke sini. 


✅ Tidak sabar untuk melihat gambar cerapan yang dibuat oleh JWST ini. Pasti dapat meneroka banyak lagi keindahan alam ciptaan Tuhan di angkasa lepas. 


📷: NASA


#TerokaSains #JWST


Banjir

 #TabungDiri 


APA KITA BELAJAR DARI BANJIR INI?


Beberapa pengajaran kita dapat untuk insafi diri dari bencana banjir ini sebagai panduan.


1. Bencana banjir dan alam ini bukan lagi dikawasan terpilih, dimana sahaja boleh berlaku. bersedialah kawan kawan.


2. Rumah flat kita tak tenggelam, tetapi kenderaan banyak yang tenggelam. Lihat dimana kawasan tinggi dikawasan perumahan kita dan kenal pasti.


3. Sumber elektrik akan putus, maka apa persiapan kita jika tak keluar rumah. Saya mula beli power bank kuasa tinggi dan power bank solar panel sebagai persiapan. Generator elektrik mungkin lebih membantu.


4. Sumber air bersih. Dimana kita boleh simpan dan ada sumber air bersih buat kediaman jika terputus bekalan air nanti. 


5. Pertimbangkan untuk ambil insuran/ takaful yang cover banjir bagi harta kita mulai sekarang.


6. Di rumah sebaiknya ada bekalan makanan kering yang tahan lama untuk kita bertahan. Ada makanan kering yang tahan sampai 2023 pun ada, lalu dengan tidak sahaja tekak kita. 


7. Mulai sekarang, semua amaran cuaca dan Jabatan Meteorologi Malaysia, kita perlu cakna dan ambil perhatian serius. Kita rasa, "alah kita tak akan kena punya". Saya juga anggap begitu selama ini.


8. Cepat buat keputusan, kita kena cepat buat keputusan nak bertahan dalam rumah atau keluar cepat cepat. Lambat buat keputusan kita dalam bahaya.


9. Perlu ada lampu tambahan dalam rumah tanpa elektrik. Ia membantu kita diwaktu kegelapan dan mencari sesuatu.


10. Jika mampu buat tempahan bilik hotel dikawasan yang selamat untuk kita segera berpindah. Saya bantu buat tempahan buat adik saya yang rumahnya tengelam di Shah Alam. Cari hotel tinggi dan selamat.


11. Beberapa sahabat saya mula beli boat kecil dan jekat keselamatan bercahaya untuk simpanan kecemasan mereka. Saya belum ada ruang nak simpan jika beli.


12. Sediakan kipas Rechargeable Portable 48H yang boleh bertahan tanpa elektrik sebagai persiapan. 


13. Setiap keluarga, wajib ada satu bag kecemasan yang saya senaraikan dalam pos lepas . Kita sama sama buat dan sediakan. Jadi apa apa, kita capai itu dulu.


14. Sediakan Tunai secukupnya. Waktu bencana ATM mesin adakalanya tidak berfungsi. Barang susah dapat dan mungkin mahal sedikit. Sediakan duit untuk kita belanja secara tunai.


15. Jangan harapkan bantuan sesiapa, kita usaha dan rancang dari sekarang setakat kita mampu sebagai persiapan. Kerajaan, pasukan keselamatan mungkin lambat beri bantuan. Kita yang sediakan 'sampan kehidupan' kita.


Kawan kawan, 


Sebab itu ada orang kaya boleh sewa helicopter untuk selamatnya keluarganya dulu. Sebab dia kaya dan dia ada pilihan. 


Kita tak perlu salahkan sesiapa, kita juga mungkin lakukan benda yang sama jika ditempatnya. Keluarga lebih utama.


Marilah kita bina, 'sampan kehidupan' kita mulai sekarang dari harapkan bantuan 'sampan dari kerajaan' kerana kita tak pasti bila akan sampai. 


Doakan buat sahabat kita yang ditimpa bencana agar kekal tabah dan Tuhan muliakan mereka ini. 


Kami sedang belajar ya Allah.

Azizul Azli Ahmad

Bah

 https://fb.watch/a6twcVPKJe/


Salji di Genting, 5G dan "Operation Stormfury" dalang banjir di Selangor... 


Adakah manusia mampu mengubah cuaca...


Manusia boleh melakukan apa sahaja, tetapi Allah yang akan mengizinkan ianya berlaku... 


Untuk Allah izinkan sesuatu perkara, bergantung kepada Aqidah serta Taqwa manusia itu sendiri... 


Tentera Islam memenangi banyak peperangan adalah kerana bantuan Allah melalui para malaikat... 


Akan tetapi, Allah boleh menarik balik bantuannya apabila manusia itu membuat pilihan mengikut hasutan iblis... 


Kekalahan tentera Islam dalam peperangan Uhud adalah kerana bantuan malaikat telah terbatal apabila tentera Islam sendiri berpecah serta tidak taat pada perintah Nabi... 


Natijahnya, Nabi sendiri cedera agak parah dan hikmahnya hampir 80 sahabat syahid dalam peristiwa tersebut... 


Di akhir zaman, bukan sahaja cuaca, malah manusia mampu menghidupkan yang telah mati...


Inilah yang banyak Hadith akhir zaman yang Nabi beri amaran tentang kemunculan Dajjal dan teknologinya...


HAARP ialah salah satu daripada teknologi manusia yang disalahgunakan daripada untuk mengkaji atmosfera, kepada memanipulasi cuaca...


HAARP mampu mengubah cuaca dengan memancarkan isyarat frekuensi radio berkekuatan 3.6MW tenaga, dan untuk memahami jumlah tenaga ini, ianya adalah hampir bersamaan dengan jumlah tenaga yang dihasilkan Stesen Janakuasa Odak dan Habu di Cameron Highlands...


Menggunakan frekuensi tinggi radio antara julat 2.8 sehingga 10 MHz jalur HF (high-frequency band) kepada lapisan kedua atmosfera iaitu ionosfera...


Ionosfera dipilih dari 6 lapisan langit yang lain adalah kerana lapisan tersebut cukup nipis untuk dicapai sinar-X dan sinar UV dari matahari, tetapi cukup tebal untuk mengandungi molekul untuk menyerap sinar tersebut...


Profil ionosfera adalah sangat boleh ubah atau "variable" bergantung kepada minit, jam, hari, musim dan tahun, dan ianya bertambah rumit di kutub bumi apabila terdapat kuasa magnet yang menghasilkan fenomena seperti aurora...


Lapisan ionosfera sukar untuk dicapai oleh belon cuaca kerana udaranya yang terlalu nipis, manakala satelit tidak dapat mengorbitnya kerana udaranya terlalu tebal...


HAARP sebenarnya hanya mengambil teknologi dari EISCAT iaitu European Incoherent Scatter Scientific Association yang beroperasi dengan tiga sistem radar pada julat settinggi 224 MHz, 931 MHz di utara Scandinavia dan 500 MHz di Svalbard yang terletak di utara Eropah sekitar negara Finland, Sweden dan Norway...


EISCAT bertujuan untuk "mengkaji" hubung kait antara Matahari dan Bumi, dengan mendedahkan gangguan diantara lapisan ionosfera dan magnetosfera iaitu lapisan teratas atmosfera Bumi yang hampir ke angkasa...


EISCAT didanai oleh negara institut serta jawatankuasa penyelidikan dari negara Norway, Sweden, Finland, Jepun, China dan United Kingdom yang dikenali sebagai EISCAT Associates...


Rusia, Ukraine, Jerman dan Korea Selatan juga terlibat dalam menyumbang kepada operasi EISCAT...


Kekuatan parabola gergasi sebesar 32 meter dan 42 meter antena darat EISCAT yang mampu menembak sehingga 500 MHz ini sebenarnya tidaklah sebahaya frekuensi teknologi 5G yang boleh mencapai sehingga 54 GHz, yang sedang dilancarkan di serata dunia termasuk di Malaysia...


Cuma EISCAT mampu memapulasi gempa bumi, taufan, tsunami serta gunung berapi kerana jumlah tenaga yang dihasilkan iaitu hampir 4 MW secara berterusan dan tertumpu, manakala antena 5G walaupun berfrekuensi tinggi tetapi tidak berterusan dan tertumpu...


Malah perayaan Krismas yang disambut pada 25 Disember setiap tahun, adalah satu penipuan kononnya salji pasti akan turun, walhal pergerakan bumi dan matahari tidak tetap setiap tahun, kerana itu tarikh perayaan dalam Islam adalah berubah-ubah setiap tahun...


Kalendar Islam adalah berpandukan bulan manakala Kalendar Masihi pula berpandukan matahari, dimana bulan mengelilingi bumi dan bumi pula mengelilingi matahari, jadi pergerakan bulan adalah lebih tepat kerana faktor jarak...


Kerana itu tarikh perayaan penting seperti 1 Ramadhan dan Eidul Fitri adalah berpandukan kedudukan anak bulan dan bukannya kedudukan matahari, manakala kedudukan matahari hanya digunakan untuk mengukur sudut cahaya untuk menentukan waktu solat...


Disebabkan "kesalahan" kalendar Masihi yang menentukan tarikh 25 Disember sebagai tarikh tetap untuk sambutan Krismas dan Krismas adalah sinonim dengan musim sejuk serta salji, sedangkan pergerakan bumi mengelilingi matahari yang tidak tetap, akan menafikan sistem kalendar Masihi...


Maka fenomena salji dan musim sejuk harus dipastikan jatuh pada setiap kali bulan Disember, dan untuk menjayakan misi tersebut, maka EISCAT dan HAARP digunakan untuk mengubah cuaca supaya bertepatan dengan "cuaca" kalendar Masihi empat musim yang mereka inginkan...


Kerana itu lokasi EISCAT semuanya berada di utara Eropah, manakala HAARP pula di Alaska, Amerika Syarikat untuk mengubah cuaca supaya kalendar Masihi kelihatan lebih "relevan" berbanding kalendar Islam...


Malah generasi baru EISCAT 3D telah pun siap pada tahun 2021, mampu menghasilkan imej 3D lapisan langit atmosfera dan ionosfera, dengan mempunyai lima lapangan antena pemancar yang setiap satunya terdiri dari 10 ribu elemen antena...


Fenomena aurora dan salji di Eropah sebenarnya adalah satu "ciptaan" mereka untuk melariskan bidang pelancongan, disamping mengekalkan imej 25 Disember sebagai musim sejuk bersalji serta mampu dijadikan sebagai senjata cuaca...


Ini menjelaskan mengapa banyak bencana alam seperti banjir, gempa bumi, taufan serta tsunami berlaku pada atau sekitar tarikh 25 Disember, sebagai contoh peristiwa Tsunami Aceh yang berlaku pada tarikh 26 Disember 2004 dan banyak lagi... 


Fenomena salji di Genting Highlands beberapa hari sebelum Taufan Rai melanda Lembah Kelang dan Selangor bukanlah satu kebetulan, walaupun kononnya ianya hanyalah buih sabun, tetapi pihak Genting World pasti tidak mahu umum tahu mereka telah menggunakan teknologi untuk menghasilkan salji tersebut...


Untuk menghasilkan salji, lapisan atmosfera harus bertekanan rendah atau sejuk, dan untuk cuaca menjadi sejuk, udara harus dipanaskan supaya naik ke atmosfera dan menjadikan udara di bumi kurang atau nipis...


Seperti di pantai, apabila waktu siang, udara di lautan menjadi panas kerana air laut tersejat oleh sinaran UV dari matahari, jadi udara yang panas akan naik ke atas, manakala di pantai akan menuju ke daratan yang lebih sejuk...


Ketika malam pula, udara di lautan menjadi sejuk manakala di daratan pula mengeluarkan haba yang diserap tanah ketika siang, menyebabkan udara dari darat pula turun ke laut...


Bata tanah liat yang digunakan untuk membina bangunan akan sejuk pada siang hari, tetapi mengeluarkan haba pada waktu malam, ini menjelaskan mengapa rumah batu sejuk pada siang hari, tetapi panas pada malamnya, tetapi yang sebaliknya pula berlaku pada rumah yang dibina dari kayu...


Frekuensi radio yang tinggi mampu memanaskan udara di sekelilingnya, maka pergerakan udara mendadak yang naik ke atas, akan menarik pula angin sejuk untuk masuk menggantikan udara yang kurang, fenomena ini yang menyebabkan ribut dan taufan...


Ini menjelaskan mengapa kebanyakan taufan bermula di lautan seperti Katrina di Lautan Atlantik dan Rai di Lautan Pasifik, begitu juga dengan Lautan Hindi yang luas, tetapi Laut China Selatan adalah kecil dan tidak sepatutnya mampu mencetuskan taufan, apalagi sehingga mencapai kategori lima... 


EISCAT dan HAARP merupakan satu teknologi menggunakan frekuensi radio untuk "mengkaji" atmosfera, malangnya ada ketika ianya digunakan pihak tertentu untuk kepentingan mereka seperti kempen Global Warming dan Climate Change yang "diramalkan" akan berlaku oleh Bill Gates... 


Namun sebenarnya merekalah yang bertanggungjawab mengganggu sistem atmosfera semulajadi untuk kepentingan mereka seperti yang tentera Amerika pernah hasilkan hujan lebat kepada tentera Vietcong di Vietnam untuk menggangu logistik mereka...


Seperti "Operation Stormfury" yang Amerika gunakan selama berpuluh tahun untuk memperlahankan taufan, namun sebaliknya proses pembenihan awan atau "cloud seeding" tersebut sebenarnya menjadikan taufan sukar diramal pergerakan serta kelajuannya...


Malaysia telah melantik Ericsson dari negara Sweden untuk menjadi rakan kongsi Digital Nasional Berhad atau DNB untuk membangunkan ekosistem serta jaringan 5G yang bernilai RM11 bilion di Malaysia, dimana Ericsson dan Nokia ialah penyedia kepada 5G di Eropah, manakala Huawei pula digunakan oleh Maxis... 


DNB bagaimanapun telah mengumumkan untuk menangguhkan pelancaran 5G kerana beberapa isu, bermakna Ericsson yang diberikan kontrak oleh DNB masih belum beroperasi, tetapi tidak Huawei yang bekerjasama dengan Maxis... 


Frekuensi tinggi 5G yang akan memanaskan udara, akan menyebabkan perubahan mendadak cuaca dengan menarik udara sejuk bertekanan tinggi untuk memenuhi kawasan panas yang bertekanan rendah...


Ini menjelaskan bagaimana secara tiba-tiba Taufan Rai yang sedang bertekanan paling tinggi iaitu pada kategori 5 di Laut China Selatan di Vietnam boleh tiba di Lembah Kelang dan sekitarnya dengan melangkaui Banjaran Titiwangsa, yang selama beribu tahun telah melindungi pantai barat dari dilanda taufan dari Laut China Selatan... 


5G mampu mengganggu gelombang elektromagnetik bumi apabila udara menjadi panas secara besar-besaran dan serentak di sesuatu kawasan, mengakibatkan lapisan atmosfera menjadi tidak stabil, seterusnya memberi kesan buruk kepada cuaca...


Pengarah NOAA Neil Jacobs telah memberikan keterangan pada Mei 2019 yang mendakwa 5G boleh mengurangkan 30 peratus ramalan cuaca serta ramalan taufan seperti yang berlaku pada ribut Sandy pada 2012...


Tentera Laut Amerika pada Mac 2019 lagi telah membuat memorandum untuk memberi amaran tentang kawalan frekuensi oleh pemain industri komunikasi tanpa wayar untuk bekerjasama dengan jabatan kaji cuaca...


Pada April 2019, bandar Brussels di Belgium telah menbatalkan percubaan 5G kerana faktor radiasi, begitu juga di Geneva, Switzerland juga telah menbatalkan naik taraf kepada 5G serta di Mill Valley, California apabila majlis bandarannya telah menbatalkan 5G...


Persoalannya, adakah 5G telah dilancarkan di Lembah Kelang sekitar 18 Disember 2021, yang "kebetulan" pula Taufan Rai telah "dibenihkan" di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang tiba-tiba menjadi taufan kategori 5 serta menjadikan seluruh kawasan Lembah Kelang bertekanan rendah secara mendadak dan sekaligus menarik Taufan Rai untuk membanjiri Selangor... 


Supaya kerajaan boleh dipersalahkan kerana lambat memberi bantuan kepada mangsa banjir, sedangkan jelas dalam Perkara 8 dan Lampitan E Perlembagaan Negara, Menteri Besar bertanggungjawab keatas Jawatankuasa Bencana Negeri yang berada dibawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga dibawah Pejabat SUK Selangor... 


Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri dibawah Menteri Besar sebagai Pengerusi yang akan mengaktifkan arahan 20 Pengurusan Bencana Negara... 


Jentera kerajaan negeri juga adalah dibawah kuasa negeri Selangor dan bukannya kerajaan Persekutuan, dan ini menjelaskan mengapa pengurusan bencana negeri Selangor agak "lemah" berbanding negeri lain... 


Soalnya sekarang, adakah kelemahan tersebut telah disengajakan, demi untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan Persekutuan, supaya boleh dijadikan kempen dalam PRU 15 yang akan datang... 


Adakah Maxis kepunyaan Ananda Krishnan kroni Mahathir dengan kerjasama Huawei kepunyaan negara China yang proksinya Najib, telah menjalankan ujian 5G pada 18 Disember di Lembah Kelang dan tentera Amerika yang proksinya Anwar, berada di Laut China Selatan yang menjadikan Taufan Rai bertukar menjadi kategori 5... 


Anda tidak akan berasa hairan, jika anda tahu fakta bahawa juruterbang yang memandu pesawat MH-370 yang "hilang" adalah "kebetulan" penyokong kuat Anwar Ibrahim, yang juga "kebetulan" hilang empat hari selepas Mahkamah Rayuan menukar keputusan Mahkamah Tinggi dari tidak bersalah kepada bersalah pada 4 Mac 2004, untuk memberi tekanan kepada PM Najib ketika itu... 


Begitu juga dengan banjir luar biasa di Selangor yang "kebetulan" berlaku selepas rayuan Najib ditolak Mahkamah Persekutuan, dan Najib juga yang mendedahkan bahawa projek terowong bawah tanah Canal City yang sepatutnya siap di Sungai Kelang, telah dibatalkan oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2011, untuk memburukkan pula Anwar Ibrahim serta Ismail Sabri yang kononnya lewat menghantar bantuan tentera ke Selangor... 


Sampai bilakah kita mahu mengangkat pemimpin-pemimpin yang sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri, semata-mata untuk terus kelihatan relevan di mata rakyat... 


Na'uzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar. 


#MalayanCyberForces #banjirkonspirasi 

@MalayanCyberForces

Khamis, 23 Disember 2021

Sabar

 LEVEL SABAR DAN SYUKUR YANG DIAJAR OLEH SEORANG MANUSIA BIASA TAPI SEMANGATNYA LUAR BIASA.


Tanda besarnya jiwa kehambaan Abang Ebby Yus yang kita boleh belajar dari video ucapan beliau dalam rancangan Meletop ini.


1. Beliau memulakan dengan mengatakan beliau tak tahu adakah peristiwa kemusnahan rumah tersebut adalah hukuman, musibah atau ujian. Tapi beliau kata apa sahaja beliau tetap redha dengan taqdir Allah.


2. Beliau juga menceritakan yang beliau juga terlibat dalam misi bantuan banjir, malah ketika peristiwa itu berlaku, beliau berada di Bukit Kapar untuk siapkan pek-pek bantuan.


3. Beliau masih boleh ketawa ketika menceritakan peristiwa yang cukup menyayat hati iaitu rumah beliau telah dihanyutkan air banjir.


4. Beliau cerita ketika beliau dapat berita rumah beliau hanyut, beliau berdoa.. "Ya Allah.. itu sahaja yang KAU bagi pada aku.." Maknanya beliau redha. 


5. Beliau sebut lagi, beliau tak sedih sangat dengan musibah yang beliau hadapi, tapi beliau sedih bila melihat musibah terhadap orang lain yang lebih teruk dari yang beliau hadapi.


6. Beliau juga sebut, beliau dah usaha menyimpan dengan income sebagai seorang artis, tapi perancangan Allah itu lebih baik.


7. Bila beliau melihat Nabil yang semakin teresak-esak menangis, beliau kata beliau cuba sedaya upaya untuk tidak menangis, tapi beliau boleh menangis kalau tengok kesusahan orang lain yang lebih dahsyat dari beliau hadapi.


8. Beliau kata beliau dah biasa hadapi ujian termasuk sakit selama 2 tahun, tapi apa yang buat beliau bersyukur ialah Allah masih beri nafas untuk beliau teruskan hidup.


9. Beliau sebut kekuatan yang beliau ada ialah kekuatan yang Allah bagi, dan kekuatan semangat dari keluarganya yang sentiasa memberi semangat. Bila berlaku musibah terhadap beliau, keluarganya lah yang paling cepat hubungi dan beri semangat.


10. Beliau juga sebut yang beliau dipanggil dalam program Meletop, jadi bukan beliau nak tagih simpati. Beliau hanya minta doa semua agar beliau terus istiqamah untuk kuat menghadapi ujian.


11. Pesanan Abang Ebby untuk mangsa-mangsa banjir, beliau sebut, memang semua orang ada impian yang indah, yang baik-baik, tapi ingat bila ada ujian, ujian itu pun datang dari Allah. Kita kena terima je perkara buruk-buruk walaupun perit kerana ianya dari Allah. Beliau juga sebut, yang perlu kita tunggu ialah perkara kebaikan yang akan datang selepas kesusahan. Pasti ada hikmah di sebaliknya.


12. Akhir sekali, beliau kata hidup kita ni pun adalah ujian. Sejak dari kita lahir sampai kita meninggal dunia, kita akan sentiasa diuji. Jadi nak kata apa lagi, hadapilah.


Semua point-point ini disampaikan oleh seorang manusia biasa, tapi ujiannya luar biasa. "Tazkirah" beliau lebih hebat dari para asatizah yang mungkin belum diuji seperti beliau. Semua ayat-ayat Al-Quran tentang sabar dan syukur mungkin tidak diingat dalam kepala beliau, tapi beliau tunjuk yang beliau menghayati dan mengaplikasi 2 sifat itu dalam kehidupan.


Maksudnya, orang yang selalu mengajak kepada sabar dan syukur itu belum tentu boleh aplikasi apa yang mereka selalu pesan. Kerana bila diuji, barulah kita tahu di mana level kesabaran dan kesyukuran kita.


Moga Allah terus mengurnia sabar dan syukur buat kita semua insyaallah.


Issey Abdillah.

22 Disember 2021


Link video Youtube:


https://youtu.be/zYYPaGxXHY4

Abam viva

 #Repost


///@jab.netizen: __ Kenang dan ingatlah kisah manusia hebat yang bernama Azwan Omar ini aka "Abang Viva". 



Kisah beliau seperti berikut : 


1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya. 


2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50 saja. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut. 


3. Dia bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir. 


4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan. 


5. Sejak lima hari lepas, Abang Viva hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan mangsa-mangsa banjir. 


6. Cerita dia tersebar menyebabkan orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain. 


7. Abang Viva berkata, "Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir" 


8. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia hanya orang biasa tanpa pangkat dan gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa. Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jiwa dan budi. 


9. Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha Abang Viva menyelamatkan mangsa banjir. Abang Viva hero kami! Nukilan : 



Dr. Abdél Rahmanov


Rabu, 22 Disember 2021

Doa di kaabah

 Dipanjatkan doa yg dikirim oleh ahli keluarga dan sahabat handai.

1. Diberi keberkatan dalam hidup.

2. Dimurahkan rezeki dari jalan yg diredhai

3. Diberikan kesembuhan ke atas penyakit dan kesakitan yg dialami samada oleh diri sendiri, ahli keluarga dan mereka yg dkhususkan.

4. Dikurniakan zuriat

5. Dipercepatkan jodoh

6. Dipermudahkan hafalan Al Quran

7. Dipermudahkan segala urusan pengajian di peringkat Sarjana dan Phd, dalam penulisan, proposal defence, viva.

8. Dipermudahkan mendapat pekerjaan yang baik

9. Diberi kefahaman dgn mendalam bg anak² yg sedang belajar di sekolah, IPT dan di pondok² serta maahad tahfiz

10. Dikurniakan zuriat dan keturunan yg sentiasa istiqomah menjaga solat jemaah dan membaca Al Quran.

11.  Diperkukuhkan tali silaturrahim sesama adik beradik, rakan taulan, jiran tetangga tanpa persengketaan.

12. Semoga hubungan suami isteri berkekalan, bahagia hingga ke Jannah.

13. Dpt menjadi tetamu Allah Dhuyufurrahman untuk menunaikan haji dan umrah.


INSHAA ALLAH

Topan

 TAUFAN


Adakah kita akan melalui keadaan seperti didalam gambar tersebut ?? Bagaimana ??


Ribut Taufan ?

Tsunami yg dibawa oleh ribut taufan?

Banjir taufan yg menenggelamkan bandar?

Taufan yg menghancurkan daratan?

Taufan yg memutuskan kabel² elektrik?

Taufan yg merosakkan sistem jana kuasa Air?

Taufan yg merosakkan jalanraya?

Jalanraya yg penuh dengan barang² yg rosak?

Kenderaan yg diterbalikkan Taufan?

Kenderaan yg dihanyutkan Banjir?

Banjir yg melimpahkan Air Empangan?

Rumah yg dihancurkan oleh Taufan?

Rumah yg dihanyutkan oleh Banjir?

Terputus bekalanan makanan?

Terputus sistem komunikasi?

Terputus mata pencarian bulanan & harian?

Perkilangan rosak & kerugian akibat banjir?

Rosak pertanian akibat banjir?

Rosak penternakan akibat banjir?

Jasad² yg bergelimpangan tak terurus?

Mati Kelaparan akibat terputus makanan?

Perompakkan berlaku dimana-mana untuk kelangsungan hidup?

Penghijrahan beramai-ramai keluar dari kawasan yg musnah?

Stesen minyak yg dah tak berfungsi lagi?

Bank yg dah tak berfungsi lagi?

Mall, Market, Runcit yg dah kosong makanan?

Menyerbu rumah² yg ada makanan?

Gelendangan merata-rata tanpa tempat teduhan?

Berjalan kaki tanpa ada kenderaan & hala tuju?

Kewangan negara muflis akibat kos baik pulih yg luar jangkaan?

Pembunuhan sesama jiran kerna sekeping roti?

Yg membantu pon terpaksa meminta bantuan?

Yg dibantu pon tak mencukupi keperluan?

Yg meratap kekesalan melihat harta benda & aset?

Yg hilang ahli keluarga akibat banjir & ribut?

Yg tinggal tempat tinggi dilanda taufan,

Yg tinggal kawasan rendah apetah lagi?


Adakah akan bermulanya "ERA GENAP 100 TAHUN"?

Adakah kita dah bersiap sedia hadapi segala kemungkinan?

Adakah kita dah merancang perjalanan yg panjang untuk gelombang seterusnya?


Persoalan ini adakah berbentuk kemungkinan? atau sekadar imaginasi teori?


Segalanya akan dijawab oleh Allah swt dalam masa terdekat ini.

Sang penulis tiada daya, Allah Maha Kuasa.

Semoga Allah selamatkan kita dari proses PENAPISANNYA diakhir zaman ini.


Dah bersedia nk tinggalkan harta & tempat tinggal ke??


-CekguBasikal-

Selasa, 21 Disember 2021

Hujan

 https://www.facebook.com/110391597042479/posts/643124673769166/


Taufan Rai adalah buatan manusia...


Teknologi kawalan cuaca bukanlah suatu perkara baru...


Bukan juga satu kebetulan Taufan Rai yang bermula di Lautan Pasifik pada 10 Disember, tiba-tiba menjadi kuat di Laut China Selatan pada 18 Disember 2021 baru-baru ini... 


Taufan Rai yang telah membunuh 375 nyawa dan semakin meningkat, melibatkan kerugian sehingga 500 juta USD dan menyebabkan 100 ribu penduduk dipindahkan di Filipina, yang pertama menjadi taufan kategori 5 dalam bulan Disember selain Nock-ten pada tahun 2016...


Manakala taufan kategori 5 yang ketiga direkodkan di Laut China Selatan selepas Taufan Pamela pada 1954 dan Rammasun pada 2014...


Taufan Rai melanda Filipina pada 14 Disember 2021, kemudiannya diberi nama "Odette", bertukar ke taufan kategori 1 pada keesokannya dan secara tiba-tiba bertukar pula ke kategori 5...


Taufan Rai surut seketika sebelum kembali menjadi kategori 5 di Vietnam pada petang 18 Disember 2021 dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia atau lebih tepat Lembah Klang terkena tempiasnya bermula 3 petang waktu tempatan, disamping Pahang dan Kelantan yang mengorbankan puluhan nyawa setakat ini... 


Taufan Rai yang bertukar kepada kategori 5 di Laut China Selatan berdekatan Kepulauan Spratly jua bukan satu kebetulan...


Pulau kecil yang tanahnya hanya berkeluasan 2km persegi atau 490 ekar, tetapi 45 pulau kecil menjadikannya kawasan sebesar 425 ribu km persegi...


Tentera Malaysia, Taiwan, China, Filipina dan Vietnam adalah antara negara yang aktif meletakkan anggota marin mereka di gugusan Kepulauan Spratly...


Kepulauan ini penting kerana ianya merupakan laluan utama kapal dagang dari Timur ke Barat selain dari laluan Selat Melaka...


Negeri Sabah ialah yang paling dekat lokasinya dengan Kepulauan Spratly, maka tidak hairan pihak Amerika dan. China amat berminat kepada geopolitik di Malaysia...


Umum tahu kaitan negara China dengan Najib Razak serta Amerika dengan Anwar Ibrahim, keduanya merupakan pemimpin boneka dua kuasa besar dunia ini untuk menawan Malaysia secara politik dan ketenteraan...


Serangan Lahad Datu di Sabah pada tahun 2013 sebelum PRU 13, adalah satu "drama" untuk kerajaan ketika itu iaitu BN kelihatan sebagai "hero" yang menyelamatkan negara dari pengganas...


Lakonan hebat Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan, Najib Razak sebagai PM serta Anwar Ibrahim ketika itu, sebagai dalang untuk membawa masuk penceroboh Sulu adalah sangat jelas...


Lakonan episod kedua juga bakal tercetus juga di Sabah, tetapi dikhuatiri kali ini akan melibatkan jumlah tentera Sulu yang jauh lebih besar, dengan dibantu tentera Amerika serta China yang telah lama berkampung di Kepulauan Spratly...


Pengaruh PN yang semakin meningkat di PRN Melaka serta GPS pro PN yang menang besar di PRN Sarawak pastinya menggusarkan Amerika dan China kerana PRU 15 akan diadakan bila-bila masa dan PAS adalah anti kepada kedua-dua kuasa besar tersebut... 


Umum tahu BN dan PH sedang terdesak untuk melaksanakan PRU 15, walaupun tahun 2023 ialah tarikh matang selepas PRU 14 pada 2018, dan masalah pandemik masih lagi belum selesai... 


Ini kerana masa tidak menyelebahi mereka, serta rahsia dan kejahatan sebenar mereka semakin terbongkar, tambahan pula Najib Razak dan Zahid Hamidi berdepan risiko besar dipenjarakan Mahathir yang "anti" kepada Amerika dan China, walaupun beliau juga sebenarnya adalah dari kelompok "The Hidden Hand" yang sama... 


"Operation Popeye" yang digunakan Amerika keatas negara Vietnam pada tahun 1967 hingga 1972, merupakan satu bukti bahawa Amerika mempunyai kemampuan menggunakan teknologi cuaca untuk menyerang sesebuah negara... 


Operasi ketenteraan ini bertujuan untuk menguatkan kadar taburan hujan di lokasi spesifik tertentu, dalam kes Vietnam ialah di bandar Ho Chi Minh, untuk mengganggu logistik tentera Vietnam... 


Teknologi kawalan cuaca menggunakan bahan kimia atau "chemical trail" yang disembur dari pesawat pada altitud tinggi ini, dikoordinasi dari Thailand, Cambodia, Laos dan Vietnam sendiri... 


"Operation Popeye" didanai oleh Setiausaha Negara Amerika ketika itu Henry Kisinger dengan kerjasama CIA, kononnya tanpa kelulusan Setiausaha Pertahanan Amerika Melvin Laird, yang kemudiannya menafikan teknologi seperti ini wujud...


"Project Stormfury" adalah satu percubaan untuk kononnya melemahkan taufan tropika, dengan menghantar pesawat dan menyebarkan bahan kimia silver iodide...


Walhal bahan kimia Inilah yang sebenarnya membuatkan sesebuah taufan menjadi lebih besar, sebuah laporan yang bertajuk "Rainmaking in SEASIA" yang mendedahkan penggunaan bahan kimia lead iodide serta silver iodide yang dikoordinasi di Naval Air Weapons Station China Lake, dan diuji di Okinawa, Guam, Filipina, Texas dan Florida oleh kajian taufan yang digelar "Project Stormfury"...


"Project Popeye" ialah satu eksperimen untuk menambahkan taburan hujan, telah disahkan Dr. Donald F. Hornig, pembantu khas sains dan teknologi kepada Presiden Amerika...


Pada bulan Oktober 1966, projek ini telah diuji di timur Bolovens Plateau, Lembah Sea Kong River di Laos, dimana kerajaan Laos langsung tidak dimaklumkan mengenai projek tersebut...


Operasi tersebut dikoordinasikan oleh sekumpulan individu di Naval Ordnance Test Station terletak di China Lake California...


54th Weather Reconnaissance Squadron menjalankan operasi ini menggunakan slogan "make mud, not war" pada 20 Mac 1967 sehinggalah setiap musim hujan sehingga bulan November di seluruh Asia Tenggara sehingga tahun 1972...


Sebuah pesawat pengangkut C-130 Hercules serta dua pesawat pejuang F-4C Phantom yang berpengkalan di Udon Thani Royal Thai Air Force Base di Thailand, telah diterbangkan dua kali sehari dengan kod operasi "Motorpool"... 


Seorang wartawan Jack Anderson dari akhbar Times telah mendedahkan dalam satu artikel pada Mac 1971 berkenaan "Operation Popeye" serta akhbar New York Times pada 3 Julai 1972, menghentikan operasi tersebut dua hari selepas diterbitkan...


Sepertimana bencana Tsunami yang dicetuskan dari pengkalan tentera di Diego Garcia di tengah Lautan Hindi untuk memusnahkan Acheh pada 26 Disember 2004, maka bencana taufan ini juga telah dimanipulasi oleh Amerika untuk kepentingan tertentu mereka...


Seperti kaedah memberi vaksin kononnya untuk mengelak wabak, walhal kandungan vaksin itu sendiri ialah virus yang menyebabkan pandemik, begitu juga dengan kaedah kawalan cuaca, juga menggunakan nama sains kononnya untuk mengawal taufan, tetapi sebenarnya membesarkannya...


Kerajaan BN Ismail Sabri adalah pro kepada Perikatan Nasional, walaupun Muhyiddin Yassin telah dijatuhkan oleh G15 yang diketuai Zahid Hamidi dan Najib Razak, dengan dibantu Anwar Ibrahim,.namun Ismail Sabri dilihat lebih bijak apabila masih tidak mahu masuk campur dalam kes mahkamah Najib dan Zahid...


Taufan dari Filipina yang kebiasaannya melanda pantai timur Kelantan dan Terengganu atau Sabah dan Sarawak, buat pertama kalinya melanda Lembah Kelang setelah lebih 50 tahun selepas bah besar yang terakhir pada tahun 1967 di Kelantan yang melibatkan 84 peratus penduduknya atau 537 ribu penduduk yang mengorbankan sehingga 38 nyawa...


Bencana banjir besar yang paling teruk melanda di sekitar kawasan Taman Sri Muda di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor, yang terbaru 9 lagi jasad ditemui, berjumlah 17 kematian di negeri Selangor sahaja... 


Allah tidak akan mengizinkan bala yang begitu besar melainkan manusia memilih untuk tidak berpihak kepada yang mengikut Sunnah iaitu para Ulama', ini kerana Nabi Muhammad S.A.W telah memohon untuk menangguhkan pembalasan umatnya sehingga hari kiamat...


Adalah syirik untuk mengatakan bahawa bala banjir ini ialah kerana teknologi cuaca Amerika, namun ianya adalah merupakan asbab kepada izin Allah untuk menguji hamba-Nya...


Namun begitu, manusia harus belajar dan berfikir, bahawa dimana silapnya kita sehingga Allah mengizinkan bala sebegini rupa...


Bantuan Allah kepada hamba-Nya adalah bersyarat, iaitu hendaklah manusia itu yang berkehendak samada bermula dari hati, lisan dan perbuatannya...


Musuh Islam berada di sekeliling Tanah Melayu, namun musuh yang paling kita patut risaukan sebenarnya berada dalam kalangan kita sendiri... 


Sedangkan Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang Allah paling sayang itu pun, Allah izinkan patah gigi dan cedera agak parah, ketika tentera Islam pertama kali dan satu-satunya tewas dalam peperangan Uhud... 


Sedangkan Allah S.W.T telah berjanji akan menghantar lima ribu malaikat untuk membantu tentera Islam dalam perang Uhud, tetapi disebabkan tentera Islam berpecah, dan ada yang berpatah balik diketuai oleh Abdullah bin Ubai serta sebilangan pasukan pemanah yang tidak taat pada perintah Rasulullah untuk kekal di Bukit Uhud... 


Maka tentera Islam tewas, walaupun sebelumnya Khalid Al-Walid yang mengetuai pasukan berkuda Quraisy telah pun berundur... 


Cukup-cukuplah bangsa Melayu bersengketa sesama sendiri, jangan pula sehingga Allah izinkan tsunami pula melanda, baru nak bersatu dibawah panji Islam... 


Yang terbaru MET Malaysia sendiri mengesahkan terdapat sistem gangguan cuaca atau sel tekanan rendah berkod 94B, sedang berpusar-pusar di utara Acheh ketika ini, dan dijangka akan bergerak ke arah timur dan masuk ke utara Selat Melaka, merisikokan penduduk di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta utara Perak... 


Sesuatu sedang dilakukan oleh Amerika dan China untuk menekan kerajaan Filipina, Vietnam dan juga Malaysia menggunakan teknologi yang mereka ada... 


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


@MalayanCyberForces


@Ya Allah, Selamatkan Tanah Melayu

Pasca banjir

 Antara langkah-langkah keselamatan dan kesihatan selepas banjir apabila balik rumah anda (Kredit kepada KKM dan perkongsian pelbagai pihak dalam dan luar negara):


1. Lakukan pemeriksaan di dalam rumah bagi memastikan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular, lipan atau kala jengking tidak menjadi ancaman kepada anda dan ahli keluarga. Periksa tempat-tempat yang mungkin boleh menjadi tempat pesembunyian haiwan-haiwan tersebut seperti dibelakang almari, kerusi atau cabinet dan lain-lain.


2. Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan elektrik terutamanya jika air masih ada.


3. Pastikan keadaan struktur rumah selamat bagi mengelakkan kecederaan akibat objek terjatuh semasa berada di dalam rumah.


4. Lantai tile adalah sangat licin bila terendam air dan ditumbuhi kulat. Hati-hati bagi mengelakkan terjatuh dan cedera.


5. Air dan tanah yang dibawa banjir mungkin mengandungi pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Kulat juga akan tumbuh dengan cepat pada dinding, lantai dan perabut rumah. Oleh itu, pakai alat perlindungan diri seperti boot dan sarung tangan getah terutama jika terdapat luka-luka kecil pada kaki dan tangan. Tingkatkan juga sistem Imunisasi badan dengan produk-produk yang terbukti mempertingkatkan sistem Imunisasi badan.


6. Buang karpet atau bahan seumpamanya yang ditenggelami air banjir kerana ia berpotensi memerangkap bahan kotoran dan bacteria dalam jumlah yang tinggi. Ia mungkin boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda.


7. Simbah semua permukaan lantai dan dinding dengan air bagi membuang kotoran. Kemudian basuh dengan menggunakan air yang dicampur bahan pembasmi kuman.


8. Pastikan flush dahulu semua paip di dalam dan di luar rumah sebelum mengambil airnya bagi kegunaan keluarga anda. Dikhuatiri system paip yang ditengelami air banjir akan mengumpul bakteria yang boleh memberi risiko kesihatan.


9. Peralatan dapur gas memasak dan paip getah boleh dimasuki air menyebabkan aliran gas tersekat dan keluar melalui injap dan liang yang tidak sepatutnya. PERIKSA sistem gas memasak terlebi hdahulu sebelum menggunakannya.


10. Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami deman atau cirit-birit, muntah-muntah dan tidak sihat selepas balik ke rumah, SEGERALAH berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. TINGKATKAN sistem Imunisasi badan sebaiknya.


#HafizHiew

#TDCHeart

Baiki banjir

 *Wanita kongsi ‘tips’ pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir*


PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya mangsa banjir dinasihatkan supaya tidak membuang dahulu peralatan elektrik yang tenggelam akibat banjir.


Ini kerana peralatan itu mungkin boleh ‘diselamatkan’ lagi dengan mengikuti bebeberpa tips yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook dikenali sebagai Fida Firdauz.


Menurut individu itu, langkah pertama adalah jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk menguji sama ada ia masih berfungsi atau tidak.


Langkah kedua katanya, kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air (basuh) untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.


“Buka penutup belakang atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.


“Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas dua ke tiga hari sehingga tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya,” kongsinya di laman Facebook semalam.


Tambah Fida Firdauz, jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit (sukar dikeringkan) supaya betul-betul kering.


“Pasangkan balik penutup belakang dan kemudian hidupkan suis untuk uji sama ada peralatan itu sudah berfungsi atau tidak.


“Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir,”ujarnya.


Mengulas lanjut katanya, tips berkenaan dikongsi supaya dapat membantu mangsa banjir mengurangkan pembelanjaan membeli peralatan letrik yang baru.


“Mudah-mudahan kita dapat membantu semua mangsa banjir. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah,”katanya.-K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2021/12/21/wanita-kongsi-tips-pulihkan-barangan-elekrik-tenggelam-banjir/


=======================😎

Isnin, 20 Disember 2021

100 tahun

 Kawan2 tentera kecil hati bila kena kecam dgn netizen konon sbb lambat sampai. 


Sebenarnya ATM dah standby aset utk persiapan monsun timur laut di kelantan , terangganu, pahang dan johor.


Tapi bila dipanggil utk selangor, Bot dan heli tak ada di selangor dan KL kebanyakan diguna dlm ops benteng jauh nun di sempadan antara negara sana.


Aset askar terhad. Semua fully utilised. Ada dah pun yg sedang dlm operasi menyelamat di pantai timur sbb mmg aset dah standby utk monsun timur laut sejak November. 


Utility heli ada 12 je. Itu la jaga sempadan itu la nak menyelamat. Masa umum belanjawan, bila ATM nk beli kelengkapan tempur & menyelamat , nak tambah aset ada yg cakap "membazir, bukan nak perang pun, nak perang dgn siapa?" 


Datang banjir, susah itu ini nak harapkan ATM? Lepas tu salahkan ATM? 


Satu lagi, kena faham pengurusan bencana. Yg urus bencana Tahap 1 ialah bomba, pdrm dan APM diselaras oleh pejabat daerah -- DO sbgai chairman 


Tahap 2  berlaku di beberapa daerah, diselaras SUK --- MB sbgai chairman 


Tahap 3 tahap bencana diselaras NADMA -- PM sbgai chairman 


Pengurusan banjir besar di selangor nampak kelam kabut mungkin sbb pejabat daerah di selangor jarang handle krisis tak mcm kedah , kelantan, terengganu, johor yang sedia2 banjir ni. 


MB Selangor pun lambat mohon bantuan pusat. In fact masa Amiruddin tweet Hisham utk bantuan , masa tu ada dh askar yg on the ground. 


Lagipun  Meteorologi (MET Malaysia) hanya dpt solid model tak sampai 24jam sebelum, aset dah deploy di pantai timur, aset lain baru nak gerak drpd "ops benteng" jauh nun disempadan negara, mmg la ada glitch. 


MET Malaysia cakap ini fenomena dlm 100 tahun! taburan hujan sebulan turun dalam masa 24 jam! 


Ini bukan monsun timur laut biasa! Ini mmg di luar jangka! 


Kesemua aset-aset JPS Wilayah seperti rumah pam dan pintu air telah dioperasikan pada tahap maksimum. 


Itu pun , 5 bilion liter berjaya dilencongkan drpd memasuki ibu kota KL menggunakan terowong SMART. 


JPS mengaktifkan SMART diversion tu sejak 7.45 malam 18 Disember hingga 12tgh hari 20 Disember. 


Ini adalah rekod! SMART diversion tak pernah diaktifkan lebih drpd 3 jam sejak mula operasi.


Banjir paling teruk di KL berlaku tahun 70an tu pun tak teruk mcm ni.


Amaran 11 Disember hanya utk pantai timur tapi 17 Disember baru la amaran keluar utk KL, Selangor dan Negeri Sembilan. 


Kenapa hanya 17hb kenapa lambat? 


Sebab pergerakan tropical dperession sukar diramal. Beberapa model global (mathematical model, satelit model) pun tak beri maklumat konsisten, ada model global kata akan hala ke utara, ada yg  ramal akan stop je bila tiba di Banjaran Titiwangsa. 


Tapi pada 17 Disember barulah ada model yg konsisten.  


Ni bukan monsun biasa, pasukan keselamatan & penyelamat dh standby utk monsun sejak november.... tapi ni bukan monsun biasa, ini fenomena sekali dlm  100 tahun.

Banjir

 Amaran untuk 26,27,28,29 december nanti jangkaan kelajuan angin cecah dari 5mph-25mph dan mungkin naik sampai 35mph.


Katanya akan lebih teruk dari yang 18,19 december hari tu. Allahu.. berhati-hati semua. 


Sumber : Prof Shahrul Shauqi Lazim

P/s : Ini bukan berita, mahupun Notis Kementerian, tapi ini hanyalah Apps/ramalan utk kita berjaga-jaga. 


Jadi apa yang perlu buat? 


dulu ada orang share dgn aku pasal benda ni. tapi aku lalai


tanda-tanda tempat korang bakal banjir teruk


1. walaupun hujan dah berhenti.


2. mula mula air jernih. masa ni kita akan terpesona 


3. beberapa jam pastu.. air akan mula keruh. ni tanda yg patut anda bersiap sedia utk berpindah


4. air jadi kuning dan berkeladak dan bersampah. ni tanda anda patut segera keluar dari kawasan tersebut (aku terlambat sebab no. 6)


5. bergantung pada tempat. ada tempat 1 jam naik seinci. ada yang naik sekaki terus


6. paling penting. abaikan perasaan sayang nak tinggalkan rumah. akhirnya terpaksa pihak jpam menyelamatkan anda. 


+ kunci pintu rumah, tutup suis utama dan kalau boleh cabut fuis utama sebelum keluar.


+ sumbat lubang ekzos, dan cabut terminal bateri kereta yg ditinggalkan. parking ditempat yg tinggi.


semoga kita dapat bertindak lebih awal dan mengelakkan diri daripada terperangkap. 


cari kawasan selamat. 


semoga bermanfaat


Kredit : Ommar Abdul Aziz

Musibah

 Masa terperangkap dalam banjir, kau mintak tolong.


Sedaya upaya orang ramai akan bantu.

Tanpa tanya, mana kad vaksin?

.

Masa terperangkap di highway, kau mintak bantuan.

Tanpa tanya, dah complete dos ker?

.

Masa kau tersangkut di atas bumbung,mengharap pertolongan. 

Ada ke orang tanya, bila amek booster? 

.

Bila mana ahli keluarga sendiri terkesan. 

Kau merayu sesiapa sahaja untuk bantu berikan pertolongan cemas. 

Kerana kau tak mampu untuk berada di sana

.

Adakah dia akan tanya, berapa hari dah amek vaksin?

.

Kau update di fb mintak bantuan.

Semua orang tolong panjang panjang kan.

Tak juga ku lihat soalan, amek vaksin cap apa aritu?

.

Manusia tetap bantu sesama manusia.

Tak risau ke time tolong tu orang tu positive?

Tak risau ker time tu tiada penjarakan sosial?

Tak risau ker?

.

Tapi adakah kita terfikir. 

Kita yang menyokong diskriminasi.

Kita boikot guru guru.

Kita kutuk orang yang tak nak vaksin.

Kita ajak geng kita membawang ramai ramai.

.

Tak vaksin tak boleh dine-in

Tak vaksin tak boleh masuk shopping mall

Tak vaksin tak boleh pegi langkawi 

.

Kita sokong ape jua menteri cadangkan.

Kita ikut perintah katanya.

.

Janji kita puas. 

.

Tapi di saat kita susah macam ni, apa menteri tu tolong kita?

Tolong nak swab untuk mangsa banjir.

.

Kalau positive nak buat macam mana?

Biar kan jer mereka basah? 

Biar jer mereka duduk luar?

Atau nak terus suntik vaksin time tu jugak?

.

Sekali Allah turunkan hujan jer.

Semua KAD VAKSIN tak mampu nak tolong.

Semua menteri yang kuat sembang pon tak boleh turun padang.

.

HANYA ALLAH JER MAMPU HAPUSKAN SEMUA VIRUS PENYAKIT.

TERMASUK KITA, MANUSIA. 


Kembali kan lah Malaysia seperti biasa.

Kembali kan lah persefahaman Malaysian seperti asal

Kembali kan lah aman damai yang dulu.

Sungguh, ku rindu.


#copypaste 

#sharingiscaring 

#rapatkanshaf

Ahad, 19 Disember 2021

Sungai Klang

 Meluruskan Sungai Klang


Satu ketika dulu, aliran Sungai Klang ada yang berbentuk ladam seperti dalam bulatan di atas. Secara spesifiknya U itu kawasan Sungai Kandis. Dulu sebelah Sungai Kandis tu tanah kosong, kini sudah jadi Alam Impian. Taman Sri Muda yang sedang tenggelam tu betul-betul sebelah Alam Impian.


Aliran Sungai Klang yang berselirat begini ada di beberapa tempat lain juga, semua telah 'diluruskan' kira-kira 20 tahun yang lalu.


Sekitar tahun 2002 berlaku projek meluruskan aliran Sungai Klang sekaligus menukar rupa Sungai Klang yang panjangnya kira-kira 120 km. Sungai yang lebih lurus lebih melancarkan aliran air supaya segera sampai ke Selat Melaka.


Tapi selurus mana pun sungai tidak terkejar dengan pembangunan yang amat pantas di sepanjang Sungai Klang. Meneliti aliran Sungai Klang dari Hulu Klang sampailah ke Pelabuhan Klang, kita dapat meneliti betapa rapuhnya kedudukan penempatan manusia di sepanjang sungai. Rizab sungai pun tidak mampu untuk menjadi rizab, malah rizab yang sedia ada itu pun mahu disondol juga.


Ibarat bom jangka, barangkali Lembah Klang bukan lagi kawasan yang benar-benar selamat buat kita.


Fiqh banjir

 [Fiqh Banjir] - Panduan Ibadah Musim Banjir 


Saya ada menulis beberapa dapatan dari Fiqh Banjir oleh INFAD, iFFAH dan juga USIM yang dikelola oleh Dr Irwan Bin Mohd Subri pengarah International Fatwa and Halal Centre (iFFAH).


Moga bermanfaat buat mangsa banjir yang terkesan.


1. Air banjir boleh dikira air mutlak sebab kuantiti dia banyak. Jadi ia boleh diguna untuk berwuduk. Tapi yang sunat macam berkumur dan masukkan air dalam hidung tak perlu. Kalau ada najis atau bangkai yang berdekatan air tersebut, boleh guna air yang jauh sikit dari tempat tu.


2. Air banjir juga boleh digunakan untuk beristinjak. Jika ada benda2 kesat seperti tisu, kertas dan kain, ia juga boleh digunakan. Benda yang tak boleh guna ialah najis seperti tahi kering atau benda2 yang dihormati macam makanan.


3. Kalau pusat penempatan banjir terputus bekalan air atau air tu cukup untuk minum je, boleh tayammum. Mangsa banjir yang sakit dan tak boleh guna air pun boleh tayammum. Kalau susah dapat debu tanah, boleh tepuk debu yang ada dekat dinding, cermin, meja atau tempat2 lain.


4. Solat Jumaat wajib untuk lelaki. Kalau ada masjid dan surau yang dekat dan tiada halangan, kena solat kat sana. Kalau ada halangan, pusat pemindahan banjir kena hubungi Jabatan Mufti supaya luluskan solat Jumaat dekat pusat tu.


5. Masa banjir, mangsa atau petugas banjir boleh solat jamak ketika situasi mendesak macam selamat diri dan juga harta. Kalau sempat jamak taqdim sebab dulu sebab takut ada kesukaran nak jamak takhir, maka digalakkan untuk solat jamak taqdim.


6. Aurat wajib tutup bagi lelaki & perempuan. Kalau darurat syarie, boleh bersentuhan antara bukan mahram sekadar perlu je. Penempatan mangsa banjir yang bujang perlu diasingkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.


7. Yang berkeluarga boleh letak di tempat yang terpelihara aurat mereka. Boleh guna langsir, khemah atau pemisah yang lain. Mangsa atau petugas banjir kena jaga pergaulan antara bukan mahram dan tidak berada dalam situasi yang boleh menimbulkan fitnah.


8. Dalam situasi banjir, air banjir boleh digunakan untuk mandikan mayat. Yang mandikan jenazah kena yang sama jantina. Kalau pusat pemindahan takde air atau air hanya cukup untuk minum je, boleh tayammumkan mayat bagi ganti mandi jenazah. Kalau tayammum pun tak boleh, terus solat.


9. Yang kafankan jenazah pun kena yang sama jantina. Pastu kalau tak ada kain yang mencukupi atau warna putih, boleh guna sekadar yang mampu untuk tutup jenazah. Selepas itu wajib disolatkan dan dikebumikan dekat tanah perkuburan yang disediakan pihak berkuasa.


10. Tak boleh ambil harta orang lain tanpa dibenarkan pemiliknya. Kalau dalam darurat syarie, makanan atau barang yang dimakan dan diambil sekadar untuk terus hidup, mesti diganti semula atau dibayar harganya jika diketahui pemiliknya.


11. Jika pemiliknya tak diketahui lepas dicari dengan bersungguh2, kena usaha hebahkan. Kemudian dia kena sedekah harga anggaran  makanan atau barang yang diambil itu. Kalau pemiliknya dijumpai lepas tu, kena ganti semula atau bayar harga mengikut budi bicara pemiliknya.


12. Barang yang kita jumpa waktu banjir ni kita boleh bahagi kepada 2 jenis. Pertamanya yang mudah rosak atau susut nilai macam makanan yang dh dimasak dll. Yang ni boleh dimakan atau dimanfaatkan. Tapi kalau pemilik tuntut dengan bukti, kena ganti semula atau bayar ikut budi bicara.


13. Yang keduanya barangan yang tak mudah rosak macam jam, barang kemas dll. Yang ni kalau dijumpai boleh ambil/simpan untuk tujuan jaga barang tu dan iklankan selama setahun sedaya upaya.


14. Lepas setahun, barangan tu boleh dimanfaatkan oleh orang yang jumpa. Tapi kalau pemilik asal tuntut samada sebelum atau selepas setahun, kena berikan semula kepada pemilik asal. Pusat penempatan banjir boleh buat inisiatif tabung atau kaunter uruskan barang luqatah (lost &found).


15. Oh ya, tentang solat tadi lupa nak tambah pasal boleh tak solat dengan pakaian yang terkena lumpur. Jawapannya boleh sebab lumpur bukan najis.


16. Satu lagi solat dalam keadaan rumah dinaiki air atau berselut wajib berdiri dulu kalau mampu. Untuk sujud boleh duduk atas kerusi kalau air atau lumpur menghalang sujud yang sempurna.


17. Last sekali, boleh tak bagi zakat kepada mangsa banjir? Harus sebab mereka dikira dalam golongan al-Gharimin iaitu orang yang terkena mudarat/bencana yang menyebabkan harta mereka musnah.


Untuk bacaan lanjut, boleh dowload aplikasi Fiqh Banjir (FIBA) di PlayStore.


https://play.google.com/store/apps/details?id=cryptercode.com.fiba


Saya juga ada merujuk artikel yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia dengan kerjasama USIM dan INFAD.


Moga bermanfaat buat semua.


Usaid Subki