Jumaat, 16 September 2011

3M

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT


AL-FATIHAH buat mereka yang telah berjuang bagi menyusahkan pentadbiran Brithttp://media1-cdn.malaysiakini.com/395/a85584b46bf7fbb778e133d0f16093ef.jpgish di Malaya dengan matlamat terakhir menghalau penjajah berkenaan dari bumi Malaysia yang tercinta ini.
Sama ada kematian mereka adalah syahid atau sebaliknya, jasa dan sumbangan mereka dalam konteks perjuangan kemerdekaan adalah jauh lebih besar berbanding sumbangan perunding terakhir kemerdekaan yang kini semakin dilihat menepati peribahasa “lembu punya susu sapi dapat nama”


Hakikatnya, di sebalik pemaparan larger than life, peranan Umno yang cuma meletakkan sentuhan terakhir kepada segala usaha dan segala bentuk perjuangan kemerdekaan sebenarnya tidaklah begitu besar.

Rasanya, boleh dikatakan selamat untuk mengatakan betapa tidak ada ahli atau pemimpin Umno yang terkorban tatkala memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British atau memperta hankan bumi ini dari dijajah dan seterusnya diperintah oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan.

Antara golongan mereka yang benar-benar memberikan makna kepada kebangkitan nasionalisme Melayu, perjuangan kemerdekaan serta mempertaruhkan nyawa untuk tujuan tersebut adalah tokoh pahlawan individu seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Kelana (Sungai Ujong), Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, sekadar menyebut beberapa nama; anggota pasukan keselamatan (polis dan tentera), sama ada yang diperguna dan diperalatkan rejim British Malaya dengan tujuan utama mempertahankan Tanah Melayu sebagai sumber ekonomi dan tukaran wang asing lalu sekali gus berperang menentang pasukan gerila PKM (yang melancarkan usaha militan bagi menghalau rejim berkenaan).

Begitu juga dengan anggota pasukan keselamatan pasca-kemerdekaan yang terus mempertaruhkan nyawa serta ada di antara me reka itu yang terkorban bagi mempertahankan dan menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke tangan PKM, dan tidak ketinggalan segelintir orang Melayu yang menggunakan platform PKM (kerana tidak memahami hasrat parti haram itu sebenarnya dan tidak tahu apakah sebenarnya fahaman komunisme) tetapi menyerang ejen-ejen pertahanan kerajaan penjajah British.

Atas sebab ketara, walaupun istilah ‘rejim’ tidak pernah digunakan bagi merujuk kepada penjajah Inggeris yang telah merampas kuasa pemerintahan Malaysia secara halus dari Raja-Raja Melayu dan kemudiannya menggubal undang-undang secara suka hati mereka, namun istilah ‘pengganas’ yang diberikan kepada gerila PKM di zaman Darurat adalah tepat.
Istilah tersebut menjelaskan segala-galanya tentang anggota gerila PKM yang tidak berperikemanusian dan melakukan pembunuhan cold-blooded terhadap orang awam.

Mereka menyerang anggota keselamatan yang rata-rata dianggotai orang Melayu. Walaupun PKM juga bertujuan melepaskan Malaya dari rejim British, tetapi mereka menggunakan taktik kotor. Mereka mensabotaj perkhidmatan awam tertentu dan mengakibatkan terkorbannya nyawa orang awam. 

Kita memang simpati dengan anggota polis dan pasukan keselamatan Melayu yang sewenang-wenangnya diperdaya dan dipertaruhkan nyawa demi mempertahankan kepenti ngan British di Tanah Melayu.

Dan kita sudah tentu lebih bersimpati lagi dengan nasib serta pengorbanan anggota pasukan keselamatan selepas Merdeka yang terus gigih mempertahankan bumi Malaysia daripada ancaman PKM yang enggan mengiktiraf betapa British sudahpun menyerahkan semula kuasa pemerintahan yang dicuri mereka secara halus dari tangan Raja-Raja Melayu.

Tidak syak dalam peristiwa di Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950, gerila komunis menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong dan mengorbankan 17 orang anggota polis yang berpangkalan di situ. Kerajaan British seolaholah mahu dengan sengaja membiarkan anggota polis Melayu di situ mati katak agar generasi ketika itu dan akan datang dapat melihat betapa ganasnya anggota gerila PKM sedangkan mereka tahu kawasan sekeliling balai polis tersebut adalah sarang pengganas komunis.

Jika British ikhlas mempertahan Malaya dari gugur ke tangan komunis per se dan bukannya kerana kepentingan ekonomi mereka, sudah tentu mereka awal-awal lagi mengerah segala sumber polis dan askar untuk berkubu di balai polis berkenaan.

Laman Wikipedia menggambarkan Balai Polis Bukit Kepong ketika itu sebagai berikut: “Terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhid mat di Palestin.

“Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.”

Walaupun serangan ke atas balai polis itu diketuai Muhammad Indera tetapi kita perlu melihat beliau sebagai seorang pejuang kemerdekaan. Ketika itu beliau dan rakan-rakan lain yang dianggap sebagai komunis Melayu seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan bahkan semua rak yat Malaya tidak tahu apakah itu fahaman komunisme.

Mereka hanya menggunakan platform PKM bagi turut sama memperjuangkan pembebasan Tanah Melayu dari British dan sekali gus menganggap sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan British adalah agen penjajah yang perlu dihapuskan.

Apabila Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menimbulkan isu betapa Mat Indera juga adalah seorang wira perjuangan kemerdekaan, ramai yang marah-marah dan menjadikannya satu isu politik. Turut serta menyemarakkan dan mempermodalkan isu ini ialah media milik Umno.

Utusan Malaysia, 5 Sept 2011 menyiarkan kenyataan bekas Panglima Latihan Tentera Darat Jeneral (B) Dato’ Amir Baharuddin, 66, yang mengatakan, “Dalam manamana negara sekali pun sama ada ketika negeri dijajah sekalipun, fungsi polis tetap sama iaitu menjaga keamanan penduduk setempat, jadi mengapa komunis perlu menyerang mereka, mengapa tidak serang askar British?”

Nampaknya Amir terlupa bahawa dalam menangkis serangan gerila komunis di Malaya, British menggunakan polis yang mana anggotanya berbangsa Melayu dan bukannya tentera mereka dari bangsa mereka sendiri.

Kita juga harus ingat Mat Indera hanyalah seorang tokoh agama sebagaimana yang tercatat dalam Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor. Penglibatan beliau dalam perang gerila menentang British dengan menggunakan platform PKM hanyalah satu kebetulan dan bukannya kerana beliau telah membaca seluruh buku Das Kapital, Kritik der politischen ekonomie (bermaksud Modal: Kritik Terhadap Ekonomi Politik).

Andai kata beliau dan rakan-rakan Melayu lain mengetahui segala isi kandungan buku yang ditulis oleh Karl Marx itu dan mengetahui pula buku seperti itu hanya boleh mempengaruhi pemimpin politik esentrik dan berjiwa militan seperti Vladimir Lenin (yang instrumental dalam pembunuhan Tsar Nicholas II dan mengakhiri kerajaan beraja Rusia) serta Chin Peng yang terlibat dalam mengusahakan PKM untuk dijadikan sebagai sistem pemerintahan Tanah Melayu, sudah tentu lagi beliau dan rakan-rakan lain tidak turut melibatkan diri dalam perjuangan komunis di Malaya.

Ada ketikanya kita perlu melihat sejarah bukan semata-mata dari urutan kronologi peristiwa dan dramatis personalnya, atau lebih-lebih lagi menelan sejarah sebagaimana yang disogokkan oleh sesebuah parti politik yang mahu mengambil seluruh kredit dari sesuatu peristiwa penting demi kepentingan politiknya, tetapi sebaliknya melihat sejarah dari sudut yang lebih luas dan lebih adil. Justeru, perihal keperwiraan Mat Indera yang ditimbulkan Mat Sabu ini adalah merupakan satu daripada ketika tersebut

Luahan Anak Merdeka


Oleh AHMAD TAJDID

DARURAT yang diIsytiharkan penjajah British di Tanah Melayu pada Jun 1948 baghttp://img692.imageshack.us/img692/1228/pkmx.jpgi menghapuskan penentangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) adalah salah satu episod hitam dalam sejarah negara.

Dalam usaha mengekang penularan pengaruh komunis, penjajah British mengambil tiga langkah utama iaitu mengharamkan parti politik berhaluan kiri; menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis serta dibuang negeri; juga menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis.

Dalam usaha mengekang pengaruh gerakan komunis yang dipelopori Parti Komunis Malaya (PKM), ramai aktivis politik Melayu yang terlibat dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayapnya, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) turut ditahan, dipenjara dan diseksa dalam tahanan atas dakwaan bersubahat dengan PKM.

Salah seorang anak bekas aktivis PKMM yang menjadi ‘saksi mata’ era tersebut, Shaukany Hamzah, 69, tampil mencerita pengalaman dialami ayahnya yang menjadi mangsa penjajah Inggeris sematamata kerana terlibat dalam PKMM.

Menurut Shaukany, ayahandanya, Hamzah Binu ialah aktivis PKMM (atau disebut Pekemam) di Hulu Beranang. Penglibatan Hamzah dalam PKMM juga menyebabkan beliau bergaul rapat dengan aktivis API dan Awas di daerah tersebut.

Perjuangan PKMM pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Muhammad (Pak Sako) dalam memupuk kesedaran orang Melayu bagi menuntut kemerdekaan pada waktu itu sampai ke kemuncak apabila slogan “Merdeka” sentiasa berkumandang dalam rapat umum dan pertemuan dianjurkan PKMM.

PKMM ditubuhkan pada 1946 dan menjadi parti Melayu paling awal dibentuk selepas era pemerintahan Jepun (1942-1945) di Tanah Melayu. Ketua API, Ahmad Boestamam, pada 21 Disember 1946 menghasilkan buku kecil Testament Politik API yang menggariskan tujuan-tujuan politik kewujudan API dengan slogan “Merdeka Dengan Darah.”

Sifat radikal PKMM, API dan Awas dalam menuntut kemerdekaan dilihat sebagai ancaman oleh penjajah British. Ekoran pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada 1948 oleh gerila komunis, British mengisytiharkan darurat di seluruh Malaya. Sebulan kemudiannya, PKM dan parti-parti politik berhaluan kiri termasuk PKMM diharamkan British.

Ramai aktivis PKMM ditahan dan merengkok dalam penjara British atas dakwaan bersubahat dengan PKM.

Antara yang menjadi mangsa ialah Hamzah dan empat rakannya. Mengimbau kisah pada hari kejadian, Shaukany masih teringat bagaimana ayahnya bersama empat lagi rakan iaitu Ariffin Gunung, Mohamad Hashim, Salleh Ubi dan Haji Nukman diarahkan datang ke rumah pasong Broga oleh seorang mata-mata gelap British berbangsa Melayu dikenali sebagai Daimun. Lima orang aktivis PKMM itu kemudiannya ditahan tanpa sebarang pertuduhan dan dibawa ke Rumah Pasong Kajang.

Beliau yang ketika itu baru berusia enam tahun menceritakan bagaimana ketika melawat ayahnya di Kajang, satu kain rentang dipasang polis British di luar rumah pasong tersebut. Beliau dimaklumkan abangnya yang kain rentang itu bertulis Communist arrested (komunis ditangkap) dengan menyenaraikan nama ayahnya dan empat lagi penduduk kampung yang ditahan.

“Saya hairan bagaimana polis penjajah begitu mudah melabelkan ayah saya sebagai komunis sedangkan beliau ahli PKMM yang taat beragama. Beliau tidak pernah masuk hutan apatah lagi menyertai gerila komunis.

“Ayah saya bekerja kampung dengan mengusahakan sawah. Dia juga mendapat hasil daripada kebun getah yang dimilikinya. Dia sibuk dengan aktiviti hariannya untuk menyara kami empat beradik,” jelasnya

Hamzah dan empat rakannya kemudian dibawa pula ke Penjara Pudu dan ditahan selama 14 hari sebelum dipindahkan ke Kem Tahanan Tanjung Beruas, Melaka.

Beliau ditahan selama satu setengah tahun di kem tahanan tersebut. Apa yang mendukacitakan Shaukany adalah tekanan dan diskriminasi dihadapi keluarganya sepanjang ayahnya ditahan penjajah British.

“Tali barut penjajah British menakut-nakutkan orang kampung supaya jangan bergaul dengan kami, malah melarang penduduk daripada melintasi kawasan rumah kami. Alasannya kami sekeluarga menyokong komunis,” ujarnya mengingati saat getir itu.

Hasil propaganda talibarut penjajah British, abang sulung beliau tidak diterima masuk ke sekolah Inggeris manakala kakaknya gagal mendapat tempat di Malay Girl College, Melaka.

Nasib menyebelahi beliau apabila diterima masuk ke Sekolah King George V, Seremban setelah ayahnya dibebaskan daripada tahanan. Itu pun setelah lulus peperiksaan khas di peringkat daerah.

Shaukany bagaimanapun menerima biasiswa negeri walaupun meyakini Pengetua Sekolah King George V G Sucklif ialah seorang perisik British.
Beliau pernah terserempak dengan Sucklif di kampungnya ketika sedang menjual buah-buahan.

Beliau yakin pengetuanya itu membuat kerja-kerja risikan. Selepas menamatkan pengajian di King George V College, Shaukany diterima bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebagai juruteknik. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian luar kampus di Institut Teknologi Mara (ITM) dan berkhidmat sebagai Pegawai Penguatkuasa Majuternak setelah lulus Diploma Pentadbiran Awam (DPA).

Shaukany kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama dan sarjana di Amerika Syarikat dan menjawat Penolong Pengurus di Haulage Industry, Kontena National sekembalinya ke tanah air.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Yayasan Pengurusan Ilmu itu juga pernah berkhidmat di Inspen dan Unisel sebagai pensyarah. Sebagai anak aktivis PKMM, beliau menggesa agar perjuangan golongan kiri politik Melayu diiktiraf dalam sejarah negara.

“Ramai yang tidak mengetahui bahawa ada sebuah kampung bernama Jenderam di Sepang dibakar hangus tentera British hanya semata-mata kerana majoriti penduduknya menyokong PKMM.

Penduduk kampung itu dihalau keluar dari kampung dan terpaksa berhijrah ke tempat lain,” ujarnya.

Bagi Shaukany, kontroversi Mat Indera dan serangan komunis terhadap rumah pasong Bukit Kepong membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu perlu dijadikan iktibar untuk para sejarawan tanah air menilai kembali penulisan sejarah negara.

Menurutnya, dalam usaha British memerangi dan membanteras pengaruh komunis, ramai pejuang kemerdekaan Melayu yang terlibat dalam PKMM, API dan Awas dituduh sebagai komunis dan didakwa bersubahat dengan PKM.

“Propaganda British ini menyebabkan mereka dipandang serong dan dipinggirkan dalam pengkisahan sejarah kemerdekaan negara,” ujarnya.

Ameno : baca dengan akal bukan perasaan ok!


Akhbar milik parti Umno, Utusan Malaysia berterusan menabur fitnah dan memesong fakta mengenai kenyataan pucuk kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Mereka tidak akan berhenti dari menjalankan propaganda memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, mencetus polemik, menghasut rakyat, seterusnya menanam bibit-bibit kekacauan yang bakal mengundang bencana yang lebih besar.


Utusan Malaysia dan Umno sebenarnya menjalankan kegiatan kempen politik ala-Yahudi. Inilah hasil nasihat syarikat perunding APCO Worldwide yang berjaya memporakperandakan politik negara.

Selepas tidak henti-henti menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, kini giliran Timbalan Pre siden PAS, Mohamad Sabu pula menjadi bahan serangan. Satu sahaja tujuannya, iaitu character assassination. Mereka mahu membunuh kerjaya politik dan karektor peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.
Tetapi kadang-kadang bukan salah mereka juga. Utusan Malaysia dan lain-lain media prokerajaan memang mempunyai agenda jahat yang bermotifkan keuntungan untuk Umno-Barisan Nasional.

Yang silapnya adalah sesetengah rakyat dan mungkin juga pemimpin yang mudah terbawa-bawa dan percaya dengan pembohongan yang diulang 24 jam selama dua minggu berturut-turut.

Hujah dangkal yang diulang oleh media talibarut Umno- BN adalah PAS menyokong komunis dan PAS menghina pejuang kemerdekaan.

Mereka lupa bahawa PAS adalah sebuah parti yang berasaskan kepada perjuangan Islam. Mana mungkin PAS boleh bersetuju dengan ideologi atau isme-isme lain sama ada komunisme, sosialisme, mahupun nasionalisme.
Namun sebagai sebuah parti Islam, PAS senantiasa terbuka dan rasional untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak atas dasar keadilan dan kebajikan.

Dengan jelas sekali, berdasarkan ucapan Timbalan Presiden PAS, beliau tidak pernah sesekali menghina pejuang kemerdekaan. Yang mendakwa Mohamad Sabu menghina pejuang kemerdekaan ialah Umno, bukannya Mohamad Sabu. Mana ada ungkapan menghina pejuang kemerdekaan keluar dari mulut Mohamad Sabu.

Hanya golongan bodoh dan pekak badak sahaja yang tidak memahami, tidak menghazaf dengan rasional butiran yang dihujahkan Timbalan Presiden PAS itu.

Justeru mengapa Umno begitu takut, sehingga mendakwa Mohamad Sabu menghina pejuang kemerdekaan? Sebabnya ialah Umno sendiri takut, jika soal kemerdekaan dibahaskan secara akademik, nescaya nama pemimpin Umno tidak wajar disenaraikan sebagai pejuang kemerdekaan negara yang sebenar.
Ini membuktikan bahawa nasionalisme dalam dasar Umno adalah asas yang tidak dihasilkan daripada darah dan keringat.

Golongan sebenar yang gugur syahid, tumpah darah dan keringat, dipenjara, dibuang daerah dan dipalitkan dengan nama komunis adalah pejuang-pejuang Melayu-Islam yang dipadam nama mereka oleh penjajah British.

Untuk melindungi kepalsuan kewujudan dan keaslian perjuangan Umno, maka diupah bekas-bekas anggota polis dan tentera, diupah ahli-ahli akademik untuk mempertahankan sejarah palsu negara yang ditulis oleh penjajah British.
Persepsi yang hendak ditanam begitu mudah. Iaitu, semua penentang kerajaan adalah komunis. Terma komunis pula dirujuk berdasarkan kitab yang ditulis oleh penjajah British.

Maka selama mana terma komunis digunakan dan dilabel menurut kehendak penjajah British, maka ia menunjukkan dengan jelas bahawa Umno adalah alat penjajah British. Sejarah harus digali semula, adakah Umno selepas penubuhannya pada tahun 1946, ada bersekongkol dengan penjajah British untuk melakukan kekejaman terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan tulen negara.

Jika Umno terbabit melakukan kezaliman bersama dengan penjajah British, maka Umno harus dihukum sebagai parti yang mengkhianati bangsa Melayu, agama Islam dan mengkhianati warganegara Malaya ketika itu, yang sudah ratusan tahun bermastautin di Tanah Melayu.

Jika inilah yang berlaku, sama ada Umno itu sama dengan komunis atau Umno lebih jahat daripada komunis.

layan la orang tua-tua...


Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
 
Kalau anda ingin mengenali seseorang itu tua atau muda, anda boleh menilai dari perbualan mereka.Seandainya orang yang anda temui itu berbicara banyak mengenai perkara-perkara yang lepas dan menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang lalu, itu adalah satu tanda orang yang anda sedang bicara itu sudah tua.

Akan tetapi kalau perbicaraannya menceritakan apa yang sedang berlaku atau apa yang akan dilakukan, maka ianya tanda orang yang sedang anda bicara itu muda. Ini antara petanda usia seseorang.

Memang realiti orang yang lama akan seronok berbicara apa yang telah mereka lalui, memberi gambaran suka dan duka. Seperti kisah-kisah kehidupannya di zaman Jepun, susahnya kehidupan dahulu, dan seronoknya zaman remaja dia, nostalgia harga barang murah, kenakalan zaman remajanya dulu yang tidak seperti kenakalan remaja sekarang dan sebagainya.

Itulah putaran kehidupan, dan kalau anda bertemu dengan orang tua begini, layanlah perbualannya dengan baik, sekali-sekala sampuklah cakapnya, agar dia rasa seronok. Kerana itulah keindahan orang tua.

Begitulah keadaan yang sedang dialami oleh bekas-bekas polis, tentera dan bekas- bekas pegawai pencen.

Kepada bekas anggota tentera, polis dan pegawai pencen layanlah mereka seadanya. Kerana sebagaimana biasa, hanya menjelang pilihanraya umum bahawa mereka teringat pada anda, dan selepas PRU 13 ini, mungkin mereka sudah tidak jumpa anda lagi.

Seperti biasa, kalau tetiba dia janjikan sesuatu, dengar sajalah… dah 12 kali, takkan tak kenal perangai ini lagi. Jangan bantah nanti dia kecil hati, tetapi pada masa yang sama, anda tidak perlu terlalu percaya janjinya, sebab orang tua kadang- kadang, dia tak ingat apa yang dia janji. Kena ingat itu, ini boleh melindungi anda daripada dikecewakan lagi kerana mempercayai janjinya.

Masa mendengar cerita sembang, ingatlah juga dalam hati waktu dia kuat dan muda dulu, dia tidak menjenguk pun anda. Hanya kini setelah dia rasa kesunyian dan sendirian, maka dia akan datang berbual, ajak makan-makan, sembang cerita lama dan secara halus-halus ingin mengingatkan anda tentang jasanya tapi menutup segala kemungkarannya.

Kalau anda berbual dengan pimpinan toghut sebegini, layanlah dia dengan baik, kerana mungkin ajalnya sudah tidak lama. Kalau anda membantahnya, dia akan kecil hati dan tuduh anda tidak menghormati orang tua.

Kini mereka menghimpunkan generasi lama, barangkali kerana mereka mengganggap jurang mereka dengan generasi muda semakin besar dan generasi muda berinternet tidak mudah menerima ‘cerita reka-basi’ mereka.

Generasi tua ini pula dianggap mereka baik, yang tak berinternet lagilah bagus, lebih-lebih lagi kerana ia sebaya. Tak apalah anda pun dah faham, dia kan dah tua.


Toyol jawab pekse

cheating in examHari ini 13 Sept 2011 anak-anak Tahun 6 sekolah rendah menduduki peperiksaan UPSR buat hari pertama. Bagi si ayah dan guru sudah punya pengalaman tersendiri dalam pelbagai peperiksaan yang pernah dilalui. Bagi mereka yang seusia dengan saya, mulai Penilaian Darjah 5 (sekarang UPSR), SRP (sekarang PMR), SPM, dan kemudian di peringkat IPT. Samada mereka menjawab sendiri atau meniru. Pelbagai kreativiti berlaku untuk dapat meniru walaupun yang ditiru itu belum tentu betul jawapannya.

Pengalaman menjadi pensyarah yang dipinjamkan ke Jabatan Hal Ehwal Akademik mengendalikan peperiksaan mendapati pelbagai cara dibuat oleh para pelajar untuk meniru dalam peperiksaan. Catatan pada kalkulator. ‘Toyol’ (kertas kecil) diselit dalam lengan baju, stokin dan lain-lain tempat. Nota yang sengaja ditinggalkan dalam tandas dan lain-lain ‘inovasi’.

Penyakit ini rupanya bukan penyakit masyarakat kita sahaja. Ia penyakit global. Gambar-gambar di bawah yang diemailkan oleh seorang sahabat menjadi ‘testimoni’.
cheating in exam2
cheating in exam3

cheating in exam4
cheating in exam5


cheating in exam6

Yakin dengan diri sendiri. Jangan meniru. Bertawakkal kepada Allah. Mulakan dengan doa. Boleh mula menjawab!

Oleh: ustaznik