Sabtu, 1 Mei 2021

Covid india

 *Keadaan semasa di Delhi India dari kaca mata isteri seorang diplomat.* Copy and paste.



Bismillahirrahmannirrahim...


Pembuka kata Salam Jumaat dan Alhamdulillah, kami sihat pada yang bertanya khabar kami secara PM, bertanya secara VC, bertanya dalam postings Yang dalam FB setakat ni. Dan pada yang tak bertanya pun kami announce kami sekeluarga sihat walafiat dan masih dlm keadaan terkawal.

.

Tulisan hari ni adalah jika ini Ramadhan terakhir buat kami... Kerana, keadaan di luar mengikut local news, WHO, BBC, even di Malaysia TV AlHijrah ada buat laporan khas tempoh hari selain other TV stations and local newspapers reporting about this COV19 Crisis India. Yes it is very worrying. Not just for the living but for the dead too. Cremations for the dead (Hindus) are everywhere now, lain2 agama kami tak tahu maybe dah jadi pembakaran umum utk semua yg mati di sini. Cuaca mendung akibat banyak pembakaran berlaku di luar sana. Udara mungkin jadi tercemar. Frankly speaking, mulai smlm hingga pagi ini saya mula batuk² dan dada terasa sempit. Tapi saya cuba utk tidak memikirkan yang buruk². These crisis are being recorded and witnessed by the nation and around the world. Tapi kami masih di dalam compound HCM. Ye kami dah berkurung dalaman setakat ni sebulan lebih dah kerana too afraid to expose to the outside world. Food stocks ordered frm kuli aje. We don't simply expose ourselves unless our husbands need to go to the bank. Ade yang mulai risau takut virus carried by airborne now. Hari ni Delhi reported 395 deaths dari beratus ribu kes active Cov19 ye. Nisbah kadar 1:3 akan confirm positif case setakat ni.

.

Kenapa semua ni berlaku? Sebab orang² di sini mula melakukan aktiviti seperti biasa. Mass gatherings berleluasa (tiada social distance) dan kemudian double mutation virus didapati semakin mengganas. Ini buka auta ye, ini fakta. Sekolah² di sekitar sebelum ini telah nampak tranding jangkitan dari oramg dewasa kpd anak² kecil seawal umur 1 thn. Yang dewasa toksah cakaplah keluar bekerja, atau melalu aktiviti sosial yang tidak terbendung kemudian balik menjangkit kepada pasangan di rumah masing² dan simptom mereka mulai dengan batuk², susah bernafas, sakit urat, hilang selera, deria dan bau dan kemudian demam panas yang tidak kebah. Saya bercakap melalui pengalaman. Saya turut membantu 2 keluarga lain dimana isteri mereka dijangkit Cov19 ini. Sungguh kesian. Saya hanya dapat bantu memasak selama 2 minggu berturut (bayangkan masak mcm catering in stages) & saya juga terkesan kerana anak sendiri dijangkit virus ini. Hanya kami yang melalui situasi ini akan faham. 

.

Pesan kami pada semua di Malaysia atau di mana sahaja anda berada, jangan ambil mudab atau cakap besar bila hal jangkitan virus ini tidak berlaku pd anda atau keluarga anda. Virus ini makhluk kecil yang dihantar Allah sebagai ujian utk kita agar beringat dan ambil iktibar. Kejadiah di negara India (no 2 kes tertinggi di dunia dan merebak paling cepat di dunia) telah menimbulkan kegelisahaan/kerisauan/ketakutan pada para saintis dan pakar perubatan. Director WHO sendiri menganggap kes di India ini adalah sangat membimbangkan. Banyak ahli kedutaan di sekeliling kami audah dijangkiti juga dan proses evakuasi telah bermula. Tapi kami, Wallahualam. Saya tak tahu nak komen apa. Kami hanya ikut perintah. Jika dievakuasi kami balik, tapi jika Kerajaan Malaysia rasa tidak perlu, kami stay. Kalau tanye saya apa rasa..Saya dan suami tak rasa apa pun. Suami dah dilatih utk menghadapi situasi begini terutamanya PTD. Dia tiada komen. Sebagai isteri saya redha. Anak² pun terima apa sahaja yang berlaku di keliling mereka. Apa pun Kerajaan India sekarang ini sudah mula menasihatkan kami semua memakai double layer masks jika berada di luar dan jika masih takut mask juga digalakkan pakai di dalam rumah. Crazy? Bukan. Inilah realiti kami sekarang di Delhi (states paling tinggi kes Cov19 di India), Mumbai no 2 dan lain2.

.

Ramai yang minta saya share gambar² crisis di sini. Saya hanya dpt share sedikit cuma bukan dari lensa kami sendiri. Melalui info Defense dan Agensi2 lain di sini saya titipkan. Apa pun, sedikit pun ucapan atau pertanyaan khabar anda kepada kami sudah buat kami rasa seronok kerana masih ade yang ingat kami di sini. Bukan niat utk buka pekong hal krisis di sini tapi saya share supaya anda semua buka mata pd apa yg sedang berlaku di sini sopaya yang di Malaysia ambil iktibar. Jangan seronok utk berjumpa², keluar dan bergaul tanpa ada SOP.

.

Salam sayang dan itu sahaja coretan saya untuk hari ini.


New Delhi, India

17 Ramadhan 1442H.

Sabtu, 24 April 2021

Sedekah

 "IBADAH SOSIAL"


Pesan guru saya, "Cintai lah Ibadah Sosial"(Kemasyarakatan). Kata guru saya , Ibadah memberi kegembiraan kepada orang lain adalah lebih dicintai Allah daripada ibadah memberi kegembiraan kepada diri sendiri. Semakin Kita memberi kegembiraan kepada orang lain, semakin Allah mencintai kita.


Dalam memasak sesuatu hidangan, orang -orang Yang makan hidangan hanya melihat makanan yang tersedia di harapan mereka. Memuji makanan yang lazat, lauk yang segar . Tetapi Di sebalik proses membuat hidangan itu, adabnya kayu api untuk membakar ,adanya minyak, air, periuk Dan kuali. Bekerja Sama menghasilkan hidangan Yang lazat. Kata guru saya, jadi lah KAYU API itu. Berkhidmat tanpa perlu dikenali.


Berkhidmat di posisi apapun, niatkan kerana hendak memudahkan urusan orang, membantu orang lain. Maka nanti kita bekerja bukan untuk majikan, tapi bekerja untuk Allah. 


#IbadahSosial

#SantuniMasyarakat

Spm A+

 Shehdi:

Nor Amelia berkongsi tip kejayaan; 


1. Sasarkan yang terbaik 


Sejak tingkatan 1 lagi, saya sentiasa menetapkan sasaran untuk mendapatkan A pada setiap setiap subjek. Alhamdulillah, semasa tingkatan 5, saya sentiasa menetapkan mindset bahawa saya akan mendapat 9A+. Bahkan, saya menulis "Amelia 9A+" di setiap buku, kertas, helaian latihan mahupun alat tulis kerana saya percaya ia merupakan satu doa. 


2. Fokus dalam kelas 


Saya sentiasa memastikan diri segar sepanjang PdP berlansung. Elakkan tidur dalam kelas dan fokus terhadap apa yang sedang diajar. Cara terbaik untuk mengekalkan diri daripada mengantuk adalah dengan memahami topik tersebut sebaiknya. Apabila pelajar memahami sesuatu topik tersebut, in sya Allah akan timbul minat. Seandainya, ada masa lapang, saya akan mengulang kaji sesuatu topik yang belum diajar supaya tidak terpinga-pinga ketika dalam kelas. 


3. Pengurusan masa 


Setiap pelajar perlu menilai kemampuan masing-masing dan merancang jadual belajar yang sesuai. Ketika di tingkatan 5, saya amalkan "power nap" pada setiap malam. Setelah selesai bacaan al-mulk saya akan tidur sebentar lebih kurang 10-30 minit, kemudian saya akan mengulang kaji setiap topik yang sudah lama ditinggalkan untuk dikuasai sepenuhnya. Bagi saya, perkara ini sangat penting supaya pelajar tidak terbeban untuk mengulang kaji ketika musim peperiksaan. Jadi, ketika musim peperiksaan, saya hanya banyakkan latihan sahaja 


4. Nota 


Pada pendapat saya, meskipun ada pelajar yang menggunakan nota dalam iPad atau telefon pintar, adalah lebih baik untuk menyalin nota tersebut dan guna format cornell note taking system. Saya mula mengasingkan nota di dalam kelas dan nota "self study". Nota "self study" saya adalah termasuk nota penting di dalam kelas yang disalin semula, nota daripada video-video di YouTube serta soalan yang kerap ditanya dalam topik tersebut. Untuk meningkatkan kefahaman, biasanya saya melukis dan tidak sekadar menulis. Gunakan pelbagai warna dalam nota supaya lebih mudah ingat. 


5. Amalan rohani 


Saya sentiasa amalkan surah Al-waqiah, Al-kahf, Luqman serta Ad-dukhan. Seeloknya, dibaca setiap hari. Pada prep pagi, saya mulakan dengan membaca Al mathurat supaya lebih tenang untuk belajar. Pada waktu malam, amalkan solat sunat hajat dan solat sunat taubat. Dalam doa pula, di samping mendoakan keputusan 9A+, saya amalkan doa "ya Allah, rezekikanlah kami keputusan yang terbaik supaya kami tidak melupakanmu" kerana mungkin keputusan yang cemerlang bukanlah yang terbaik sebaliknya menjadikan kita semakin riak dan jauh daripada Allah. 


6. Hormat ibu bapa dan guru 


Setiap minggu, saya sentiasa berhubung dengan keluarga dan memohon doa mereka. Keluarga adalah sebab utama yang menjadikan saya lebih semangat untuk belajar kerana saya percaya belajar sememangnya satu tanggungjawab sebagai anak. Dalam konteks guru pula, sentiasa hormat guru dan jaga hati mereka. Siapkan kerja rumah kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman, bahkan dapat menggembirakan hati guru-guru. Sentiasa selitkan ibu bapa dan guru-guru dalam doa. 


7. Belajar berkumpulan 


Bagi pelajar yang mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu topik, disarankan untul belajar secara berkumpulan. Seandainya ada masa lapang, mulakan perbincangan dalam kumpulan. Pelajar yang lebih cemerlang pula seeloknya saling berkongsi ilmu dan sentiasa peka apabila ada pelajar yang ingin bertanya. 


8. Banyakkan Latihan 


Bagi sesetengah subjek seperti Addmath dan kimi-A!, cara terbaik untuk mendapat A+ adalah dengan sentiasa melakukan latihan soalan KBAT. Bagi subjek-subjek lain pula, saya menjawab soalan-soalan percubaan setiap negeri. Buat nota ringkas terhadap soalan yang kerap ditanya dan sentiasa berjumpa guru untuk mendapatkan kepastian. 


9. Pengurusan stress 


Bagi saya, pengurusan stres amat penting. Jadi, sentiasalah positif dan hindarkan diri daripada terlibat dalam kes-kes disiplin. Dalam proses belajar pula, sentiasa ingatkan diri untuk berusaha lebih gigih daripada orang lain kerana itulah yang membezakan pelajar biasa dengan pelajar luar biasa.


Percayalah, setiap usaha yang anda lakukan pada hari ini akan menyumbang kepada senyuman anda di kemudian hari. 


Diharapkan coretan ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi untuk anda pelajar SMKB


TAHNIAH Nor Amelia !!! Kami Bangga Dengan Pencapaian Anda!!!

Sains

 Tiada KBAT dan STEM.. National Curriculum England #2 


1. Aku baca 'National curriculum in England: Science Programmes of Study'.  Aku search perkataan 'HOT', 'Thinking skills'  dan 'STEM', semua tak ada. Malah perkataan 'scientific thinking' pun tak ada. Anda search lah sendiri, spt foto yang aku lampirkan. Janganlah manja sangat.


2. Mana mungkin sebuah negara terkenal dgn scientists tak ada perkataan tersebut ? 


3. Aku suka statement dalam kurikulum sains tersebut 'Pupils should be able to describe associated processes and key charateristics in common language...'


4. Juga statment 'They should also apply their mathematical knowledge to their understanding of science, including collecting, presenting and analysing data'.


5. Semua ini menunjukkan intergrasi disiplin yang bergantung kepada guru utk memanfaatkannya. Sebab itu juga satu kelas boleh buat satu projek yang merangkumi semua elemen - sains, maths, geografi, language...' tanpa tertakluk kepada subjek tertentu di bawah guru tertentu. 


6. Aku selalu menulis mengapa tidak perlunya scientific thinking dalam silibus sekolah rendah, sebab aku fikir mereka belajar utk FAHAM sains dulu, belum lagi belajar utk berFIKIR mcm sainstis..


7. Silibus di ENGLAND pun tak ada scientific thinking. Pelik sungguh. Yang namanya scientific thinking tu dipanggil dalam kurikulum di England sebagai work scientifically - observing, recording, measuring... bahasa mudah utk anak2 sekolah rendah.


8. Bila aku baca kandungan silibus.. memang simple dan flexible  silibus sains di ENGLAND. Tapi bila aku lihat hasil kerja anak-anak di sana (aku ada foto-foto yang aku simpan dan pengalaman melawat serta pengalaman anak aku sendiri) memang mereka belajar utk explore dan menguasai sains. Superb !


9. Sebab itu murid boleh FAHAM sains sebagai satu pengetahuan bukan kerana belajar dalam subjek sains untuk jawab peperiksaan. Mereka juga boleh berhujah dan menjelaskan fenomena sains dalam kehidupan, bukan fokus kepada  As, atau menang Gold Medal jika sebahagian besar projek dilakukan oleh guru bersama murid terpilih. Mereka utamakan main stream.


10. Tentu sahaja bukan semua murid di England tu bijak sains, sama macam di Jepun jugak... dan lain-lain negara atas muka bumi ini, yang culas dan malas pun ada.. tetapi bila mereka menguasai  sesuatu, mereka kuasai dgn pemahaman dan aplikasinya sehingga memberi impak ! Lihat sahaja pelbagai inovasi yang mereka hasilkan wpun dilakukan dalam garage dgn perbelanjaan sendiri. Kita tak ada budaya tersebut.


Sekadar membuka minda mereka yang lansung tak pernah tahu dan ambil tahu apa  yang berlaku di negara lain !


OT

Rabu, 21 April 2021

Sekolah

 Fikir2 balik,


sebenarnya sekolah x ajar kita berfikir.

Sekolah membentuk kita menjadi RAM computer (storage sementara/volatile memory).


Kita ambil data dari textbook, itu lah segala pangkalan data (storage/non-volatile memory).


dan transmit ke kertas soalan, sbb kita akan carry apa yang user nak (soalan tu nak apa).


Once exam abis, data-data dari RAM ni, hilang/lenyap (lost).

Dat's y, bila kita restart computer, bila kita paste balik apa yg kita copy tadi, langsung xda apa, sbb data yang kita copy disimpan dalam volatile memory(RAM)...


KPM menjadi user-preference, how the data should be handle.


Exam adalah Quality Check Control before release this RAMs,


sijil kelulusan adalah statement Quality rate of this RAM