Isnin, 18 April 2022

Silibus sains

 Topik / Unit subjek Sains: Spore VS Msia

1. Perbandingan sepintas lalu. Jika nak pendetailan termasuk jam pengajaran, kenalah gi Spore !

# Singapore - Science Subject

Year 1: -

Year 2: -

Year 3: 4 Topics

Year 4: 5 Topics

Year 5: 7 Topics

Year 6: 6 Topics

Sum = 22 Topics


# Malaysia - Subjek Sains

Tahun 1: 10 Topik

Tahun 2: 10 Topik

Tahun 3: 10 Topik

Tahun 4: 10 Topik

Tahun 5: 10 Topik

Tahun 6: 12 Topik

Jumlah = 62 Topik 


2. Anda boleh semak sendiri silibus Msia utk sahkan bilangan topik spt yang aku senaraikan, jadi aku tunjukkan foto dibawah topik bagi Spore sahaja. 


3. Aku tahu, tiada siapa berminat utk buat apa yang aku buat ini, sebab mereka adalah 'pakar'. Malah ada juga yang menyatakan bahawa murid atau anak mereka tiada masalah, apa nak kecoh-kecoh.


4. Aku cuma nak menunjukkan betapa tidak realistiknya bilangan topik dan kandungan yang padat bagi dihadapkan kepada murid arus perdana, dan kepadatan ini aku bandingkan dengan banyak negara, temasuk Korea Selatan dan Australia juga.


5. Aku juga dah tunjukkan silibus di UK, yang topiknya juga separuh dari yang dihadap oleh anak-anak Msia.


6. Jika di UK, subjek sains bermakna diskusi, interaksi, inkuiri,  eksperimen dan ekplorasi, diikuti dengan murid melengkapkan worksheet.


7.  Sedikit topik bermakna ada cukup masa utk diskusi, amali, inkuiri dan menjadikan sains sesuatu yang menyeronokkan dan dapat dikuasai.


8.  Percayalah, Singapore dan UK tidak mengajar Kemahiran Saintifik 'seteruk' yang murid Msia belajar. Mereka hanya fokus kepada hipotesis sahaja, itupun dianggap sebagai ramalan hasil eksperimen. 


9. Dan... aku pun tak tahu kenapa ada topik 'Keselamatan Bilik Sains' misalnya, sedang yang ditunjukkan dalam buku terang-terang adalah 'Makmal Sains' dan murid pun tidak buat apa2 eksperimen di 'Makmal Sains' tersebut. Bilik dan Makmal Sains pun tak tahu nak bezakan... 


10. Silibus Msia bukan tidak disemak, tetapi selepas disemak, bertambah lagi topik..


Selamat menyambut Nuzul Al-Quran...


OT

Vehicular manslaughter

 Ramai Melayu kena tipu oleh media massa pro DAP.


Rata2 Melayu cakap budak2 main basikal dekat Highway. 


Mereka dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru. 


Ini berdasarkan kenyataan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh.


Ini kawasan perumahan ya, bukan highway. Berapa ramai kena tipu dan komen budak2 tu main basikal dekat highway. Memang dasar Melayu perasan bagus tak.sedar kena tipu oleh media sosial DAP.


Korang tengoklah cara mereka ini konar baring lokasi kejadian semata2 nak menangkan kerani tersebut.


Kenapa kawasan perrumahan macam ini, bawa kereta laju2.


Lapan orang langgar mati tu tau dan berpuluh basikal kereta tu lanyak. Nak naik berpuluh basikal dan 8 badan manusia tanpa terhenti, mesti kereta laju. Jika seorang, boleh faham juga, ini banyak basikal, jalan gelap sgt ke kawasan perumahan sampai tak nampak berpuluh basikal atas jalan?


Jika orang persoalkan kenapa remaja itu berada di jalan tersebut 2-3 pagi. Kenapa tak persoal juga kenapa perempuan itu berada 2-3 pagi atas jalan.

Baru tahu, kerani pun kije shift malam dan awal pagi.


Kononnya, jika remaja tak berada kat jalan pagi2, budak2 tak kena langgar. Kenapa tak nak.guna logik sama, jika perempuan tu tak memandu 2-3 pagi, dia tak akan langgar mati budak2 juga.


Korang tahu tak apa itu Vehicular Manslaughter yang selalu digunakan di negara-negara barat?


Undang2 inilah yang menyebabkan kurangnya jumlah kemalangan maut di negara barat.


Dalam kes vehicular manslaughter, pemandu yang secara tidak sengaja menyebabkan kemalangan yang mengakibatkan kematian penumpang, penumpang kereta lain atau pejalan kaki mungkin mendapati diri mereka didakwa dengan jenayah pembunuhan mengunakan kenderaan (juga dikenali sebagai pembunuhan kenderaan). 


Tuduhan pembunuhan  vehicular manslaughter di makhamah akan dikenakan jika pemandu berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, atau memandu secara melulu (atau hanya cuai), atau sebaliknya memandu dengan cara yang menyalahi undang-undang—setiap negara menyatakan scenario yang akan menyokong tuduhan jenayah ini. Baca sekali lagi ya peranggan ini sampai faham maksudnya. Ada tak syaratnya mesti mabuk atau khayal untuk didakwa?


Jenayah pembunuhan kenderaan adalah kategori baru dalam senarai kesalahan pembunuhan. Sebelum kewujudannya, pemandu-pemandu ini didakwa dengan pembunuhan tanpa sengaja (membunuh seseorang secara tidak sengaja akibat kecuaian jenayah atau kecuaian). 


Sistem perundangan di negara barat biasanya memperuntukkan hukuman yang lebih rendah daripada pembunuhan tanpa niat itu sendiri. Ini juga bermaksud mereka tidak akan sewenang2nya membebaskan pemandu yang menyebabkan kematian atas alasan cuai atau kurang berhati-hati ketika memandu.


Di kebanyakan negara, kecuaian biasa, atau kecuaian, di pihak pemandu akan menyebabkan pertuduhan membunuh dengan kenderaan. Kecuaian biasa ialah ketidakpedulian (negligent) dan berhati-hati yang biasanya dilakukan oleh orang yang berhati-hati dalam keadaan tersebut(prudence). 


Sebagai contoh, seorang pemandu yang hanya mengalihkan pandangannya sebentar dari jalan sambil mencapai radio keretanya masih boleh didakwa atas kesalahan membunuh kenderaan jika ketidakpeduliannya mengakibatkan kemalangan maut.


Geng2 DAP ini biasanya bercakap hendak negara Malaysia mengikut undang2 barat bila memenuhi kehendak mereka sahaja. Dalam kes kerani bunuh 8 remaja (walaupun apa sebab mereka berada di situ), undang2 negara barat akan tetap dakwa perempuan tersebut atas jenayah vehicular manslaughter dan tidak akan dibebaskan begitu sahaja.


DAP pula ambil peluang untuk political milage bagi khidmat guaman kerana bangsa pemandu itu. Apa bantuan guaman pemimpin DAP bagi semasa Adib dibunuh oleh terrorist of illegal temple? Tiada.. yang ada ialah bantuan pada pembunuh Adib.


Yang rasa bagus sangat kutuk mak bapa  remaja yang mati dibunuh tu, anda memang dilahirkan dalam keluarge super sempurna. Maka dituduh mcm2 kerana membiarkan anak2 mereka naik basikal jam 3 pagi. Siap minta nak pihak kerajaan saman lagi keluarga yang dah kehilangan anak.


Ini saya nak citer lah, saya ini pun masa SPM, saya pun jenis keluar malam2 sampai 2-3 pagi juga. Bukan salah mak saya, memang saya mcm tu, melepak dengan kawan2 sehingga kadang2 4-5 pagi walaupun waktu sekolah atau masa zaman ambil SPM.


Cuma nasib saya baik, tak dilanggar orang yang cuai masa memandu. Akhirnya, saya sedar dan insaf lepas dapat offer belajar A-Level.  Alhamdulilah, kira agak berjaya jugak.


Janganlah salahkan ibubapa remaja itu. Kadang2 golongan remaja ini ada sikap memberontak skit. Terutama, jika mereka rasa hidup mereka malang berbanding orang lain.


Bayangkan 8 orang remaja itu berubah perangai bila matang. Boleh bantu ibubapa. Atau jadi pejuang systematic discrimination against Bumiputera at workplace macam saya satu hari nanti. Malangnya mereka semua sudah meninggal dunia, confirm hilang 8 bakal pejuang.


Yang hina sangat budak2 main basikal tu,  harap kenderaan mereka tak rosak di selekoh Highway yg gelap. Engine mati, lampu kenderaan semua padam, kawasan pulak gelap.


Tetiba dilanggar lori sampai mati. Salahkan kenderaan tu kenapa rosak. 


Redha ajelah kan kena langgar sampai mati oleh lori pasal kenapa pulak salah lori. Kereta ko yang rosak tengah2 highway.


Jangan pulak family korang sibuk nak saman lori tu pasal langgar sampai mati.


Semoga mereka di tempat bersama orang2 beriman

Ahad, 17 April 2022

Adik Bella

 https://ohviralnews.com/siapa-mak-ayahnya-bagaimana-bainun-jumpa-ini-rupanya-asal-usul-bella/




Siapa Mak Ayahnya? Bagaimana Bainun jumpa? Ini rupanya asal usul Bella


APRIL 17, 2022 



BY ADMIN


Sebelum ini, negara dikejutkan dengan berita menyayat hati mengenai seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dipercayai didera semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Baru-baru ini juga, rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Zurianty Sudin memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Bella ada menceritakan bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas serta diikat.


Berita menyayat hati ini membuatkan ramai masyarakat sedih dan juga marah terhadap pelaku yang mendera adik Bella. Namun ada juga yang tertanya-tanya siapa adik Bella sebenarnya? Siapa mak ayahnya? Apa sejarah hidupnya?


 


Di bawah merupakan perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang sejarah hidup adik Bella.


Ramai orang tahu kisah sadih, tragis dan merobek hati tentang adik Bella. Kisah adik Bella yang luka teruk seluruh tubuh badan kerana disyaki didera.


Adik Bella ini anak Down Syndrome yang berusia 14 tahun. Adik Bella ditemui sekitar 8 tahun lalu mundar mandir seorang diri di Kuala Lumpur.


Tanpa penjaga, tanpa sesiapa. Seorang diri berjalan di setiap lorong tanpa hala tuju. Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut adik Bella.


Bila kes ini dilaporkan kepada JKM, pihak JKM ambil adik Bella dan tempatkan adik Bella di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah (Rumah under JKM) sampai dia umur 12 tahun.


Adik Bella kemudian di bawa ke Mahkamah Kanak Kanak untuk di sambung perintah penjagaan di sana sebab dia gembira dan bahagia tinggal di sana.


Ada penjaga yang dia panggil Abah dan Mak. Memang Abah dan Mak serta staff di sana sangat mengasihi Adik Bella ini.


Tapi semasa berada di mahkamah, kebetulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ada di sana untuk uruskan hal mahkamah anak-anak lain.


Bila lihat adik Bella, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada dia untuk jaga Bella. Siti Bainun mendakwa, dia suka kanak-kanak Down Syndrome ini.


Sejak hari itu, adik Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 sehingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun pun tinggal situ.


Penghuni Rumah Bonda sempat kenal dan bermesra dengan adik Bella yang menetap di sana lebih kurang 4 bulan.


Selepas itu adik Bella dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Maka sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang adik Bella ini.


Sekitar bulan Februari atau Mac baru-baru ini, sukarelawan Rumah Bonda ada berjumpa dengan adik Bella di kondo. Masa ni adik Bella belum ada kesan cedera secara fizikal.


Namun adik Bella ada memaklumkan dia tak nak duduk dengan Bonda (Siti Bainun). Adik Bella banyak berkurung dalam bilik dan tak gembira seperti dia duduk di Rumah Bonda.


Sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan Siti Bainun dan cakap kat dia agar pulangkan adik Bella kepada JKM memandangkan adik Bella tak happy tinggal di sana.


Siti Bainun menolak dan minta sukarelawan tersebut jangan masuk campur urusan adik Bella. Diam je lah sukarelawan ini memandangkan dia hanya sukarelawan dan Siti Bainun pengasas.


Pada 23 Jun 2021, semua penghuni Rumah Bonda termasuk anak-anak yang menetap di kondo dikuarantin kerana covid. Masa inilah semuanya terdedah.


Luka adik Bella tidak dapat disorok dari pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda.


Adik Bella dikatakan kena simbah air panas, dipijak lutut, dipaksa makan najis dan muntah, dibogelkan, diikat dan pelbagai jenis seksaan yang tak terbayang mata.


Di sinilah bermulanya kes adik Bella yang disyaki didera terbongkar. Namun masa tu, ia hanya diketahui oleh beberapa pihak sahaja, tidak secara meluas sehinggalah Puan Mona Din meviralkan isu ini.


 


Nota : Kisah ini saya dapat dari sumber sahih yang secara langsung berhubung dengan adik Bella sejak adik Bella berusia 12 tahun.

Khamis, 14 April 2022

Teknik niaga

 Nak tahu apa sebab orang tak singgah?

1. Presentation fail.
Kau jual air balang zaman bila ni? Kalau awal tahun 2000 dulu, mungkin boleh. Tapi dah 2022 masih macam ni, kirim salam lah.
2. Tak ada usaha.
Orang membeli bukan dengan rasa. Jadi kau kena sampaikan rasa tu melalui pancaindera yang lain. Gunakan mata dan bunyi. Tampal sticker yang nampak air oren kau terpaling oren kat situ.
3. Hambar.
Kalau warna air tak dapat nak ubah sekalipun, kau main warna kedai. Letak warna yang menaikkan nafsu untuk orang beli. Tu alas meja. Dah kenapa alas meja guna alas meja sekolah agama rakyat tahun 1999 punya?
4. Penjenamaan.
Kena la cari satu X Factor yang buat orang teringin nak singgah kedai kau. Pernah dengar kan roti canai terbang? Nasi lemak paku? Aiskrim pasu? Ini semua benda yang kau kena cari sebagai satu bonus untuk boost jualan kau.
Pernah kan tular group jual air balang sambil nyanyi sama-sama?
Atau yang letak menu air balang tu rare. “Air drebar lori, air iron man, air Hulk.”
Pantang betul kalau jenis meniaga tapi salahkan orang tak singgah ni. Padahal salah tu daripada diri sendiri.
Orang suruh buat banner, bunting, sticker, taknak. Berkira. Tak tahu agaknya impak marketing and branding ni besar yang amat.
Akmal,
Sentiasa mencari salah
Sentiasa bermarah marahan

Selasa, 12 April 2022

Surat Untuk PM


🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

SURAT DARI PENDIDIK KELUARGA MALAYSIA 🇲🇾    


BUAT YANG AMAT BERHORMAT DATUK SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

(PERDANA MENTERI MALAYSIA)             


PER: MOHON BATALKAN GP3.0 KPM KERANA BERLAKU DISKRIMINASI MELAMPAU DI SEKOLAH. 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera YAB Perdana Menteri.

Izinkan kami  berkongsi luahan rasa secara langsung dengan YAB Perdana Menteri, dan mohon YAB luangkan masa membaca isi surat ini dengan hati terbuka dengan semangat keluarga Malaysia 🇲🇾 


Kami ingin menarik perhatian berhubung beberapa perkara yang sedang berlaku kepada guru - guru sekarang ini. 


Surat ini dikarang dengan sangkaan  baik bahawa YAB Perdana Menteri tidak diberitahu bahawa berbagai  tekanan telah kami lalui dan sedang hadapi sejak bulan Oktober 2021 hinggalah ke hari ini gara-gara garis panduan (GP3.0) yang dikeluarkan oleh KPM. 


Walaupun pernah dibangkitkan dalam Parlimen pada 05 Oktober 2021 tentang diskriminasi melampau terhadap cikgu di sekolah, hingga ke hari ini perkara tersebut masih lagi berlaku. 


Lantaran Menteri Pendidikan pun tahu tetapi beliau tetap mendiamkan diri... seolah sengaja menggalakkan pentadbir (guru besar dan pengetua) terus membuli guru-guru untuk menjadi sebahagian daripada program vaksinasi, sedangkan dasar kerajaan yang diumumkan sebelum ini masih bersifat 

"Sukarela" sehingga ke saat ini. 


Di antara tekanan yang sedang kami hadapi adalah: 


1) Dibuli dengan ditempatkan di bilik yang kotor (setor sebelah tandas dan dalam kabin yang panas).


2) Dihalang dari menggunakan laluan dan tandas sedia ada.


3) Pentadbir menengking dan menghina dengan kata - kata yang memalukan, seolah pentadbir tidak berpelajaran.


4) Pentadbir membuat ugutan akan ditukar sekolah dan juga dibuang kerja.


5) Tidak diberikan jadual mengajar dan tidak dibenarkan mengajar bersemuka walaupun cikgu tersebut dalam keadaan sihat sejahtera. 


6) Ada juga guru besar menghalang cikgu dari mengetip perakam waktu datang dan balik dari sekolah. 


7) Terkini didapati pihak pentadbir telah menyekat imbuhan RM700 yang diumumkan oleh kerajaan. 


8) Pentadbir juga menyekat imbuhan RM100 yang diumumkan oleh kerajaan YAB Perdana Menteri Keluarga Malaysia 🇲🇾 


*Mereka beralasan ianya adalah atas arahan dari JPA dan juga KPM sendiri. Apakah ini benar? 


9) Guru Besar arahkan datang awal dan pulang lewat daripada guru - guru lain. 


10) Tidak dibenarkan bergaul dengan warga sekolah. 


11) Tidak boleh hadir mesyuarat dan sebarang aktiviti sekolah 


12) Disuruh membuat ujian RTK sedangkan ianya bercangggah dengan SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN 


13) Guru besar memberikan markah penilaian prestasi yang rendah @ kurang dari 90% bagi tahun 2021. Penurunan ini adalah sangat keterlaluan berbanding tahun tahun sebelumnya. Ini adalah sangat zalim kerana beliau tidak memberikan justifikasi yang  munasabah.


14) Membuat tuduhan bahawa guru-guru yang tidak mengambil vaksinasi memberi ancaman kepada warga sekolah. Tuduhan ini sangat tidak berasas malah bercanggah dengan maklumat dari KKM dan MKN. 


15) Tidak membenarkan dan tidak meluluskan CRK kepada guru yang tidak mengambil vaksinasi. 


Inilah di antara tekanan diskriminasi yang sedang berlaku di sekolah di seluruh negara. 


*Situasi tegang ini telah pun kami laporkan ke PPD, JPN dan juga SISPA KPM. Adalah sangat mendukacitakan kerana mereka langsung tidak mengambil tindakan terhadap pentadbir tersebut. Malah Menteri Kanan Pendidikan juga turut diam membisu tanpa sebarang pembelaan terhadap cikgu yang didiskriminasi ini. Sepatutnya beliau menyemak kembali GP 3.0 yang sangat menghina kami sebagai guru yang bertauliah malah ada yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun. Lebih mendukacitakan, ada dalam kalangan rakan guru yang berpencen tanpa diraikan oleh pihak sekolah gara-gara tidak mengambil suntikan vaksinasi.


Sesuatu yang sangat mendukacitakan adalah dalam isu yang sama, ianya tidak berlaku di premis kerajaan yang lainnya. Kenapa hanya Menteri KPM membiarkan pentadbir membuli sedemikian rupa?


*Realitinya sekarang ini, kami dilayan seperti pembawa penyakit sedangkan orang yang sudah divaksin ataupun tidak, keduanya mempunyai peluang yang sama untuk dijangkiti. Mereka yang telah divaksinasi adalah yang paling ramai dijangkiti, dikuarantin hingga menjejaskan jadual pembelajaran pelajar.


Inilah diantara rentetan salahguna kuasa yang sedang berlaku di sekolah di seluruh negara. Semoga ianya mendapat perhatian khas dari YAB Perdana Menteri. 


*Punca kepada berlakunya diskriminasi dan salahguna kuasa ini adalah daripada *GP3.0 @ Garis Panduan yang diedarkan oleh pihak atasan KPM! 


Kini setelah 6 bulan (sejak Oktober 2021) keadaan cikgu masih tetap "dikurung" oleh pentadbir hanya dengan alasan GP3.0 masih berkuatkuasa. 


Sikap menteri KPM yang berdiam diri dan keegoan guru besar dan pengetua yang menjadikan suasana tegang disekolah memang patut  diambil tindakan.


(*Teringat pada 8 Mac 2022 yang lalu, YAB Perdana Menteri umumkan bahawa semua individu boleh bekerja tanpa mengira status vaksinasi*) 


 *Namun Ketua Pengarah JPA  dan Menteri KPM yang di bawah YAB Perdana Menteri seperti lebih berkuasa dan sesuka hati membuat tindakan dan arahan sendiri yang berbeza dengan dasar kerajaan yang memberi peluang kepada penjawat awam untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi tanpa mengira status vaksinasi. 


Sehubungan dengan itu kami berharap moga YAB Perdana Menteri dapat membatalkan GP3.0 itu yang terbukti berlakunya diskriminasi melampau di sekolah. 


Situasi ini sangat bertentangan dengan laungan YAB Perdana Menteri "Sayangi KELUARGA MALAYSIA" 🇲🇾 


***

Selain itu, kami juga ingin menarik perhatian YAB PM tentang situasi menekan yang sedang dilalui oleh guru-guru KAFA di seluruh negeri. Hak mereka juga dinafikan sewenang-wenangnya oleh Majlis Agama Negeri. 


Adalah tidak wajar, dalam keadaan negara menuju ke fasa endemik, guru-guru ditekan dan ditindas sebegitu rupa di mana elaun mereka tidak dibayar tetapi masih diarahkan untuk bekerja seperti biasa. 


Di manakah lunas undang-undang dilaksanakan dalam kes ini? Semoga ada pembelaan dalam isu guru- guru yang disekat dari mengajar dan bersemuka, kami amat berharap agar isu guru-guru KAFA dapat diselesaikan dengan kadar segera.


Untuk makluman YAB PM, bukan sahaja para guru sahaja yang didiskriminasi, tetapi juga AKP yang memilih untuk tidak divaksin atas faktor kesihatan, atau pelbagai faktor lain turut menerima nasib yang sama iaitu diasingkan dari bergaul dengan staf yang lain. 


Di manakah perginya naluri sebagai manusia, adakah asbab vaksin manusia berubah tingkah dan laku untuk berfikir secara waras. Mengapa perlu diasing dan disekat, walhal YAB PM sendiri pernah menyebut di dalam Parlimen, risiko jangkit dan menjangkiti adalah sama tidak mengira status vaksinasi seseorang. 


Tambahan pula, YAB PM sudah mengumumkan negara telah beralih menuju ke fasa endemik, maka sangat tidak wajar untuk melihat status vaksinasi untuk bekerja. 


 Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, kami amat berharap YAB PM dapat mengarahkan pihak yang terlibat seperti KPM, JPA menarik semua Garis Panduan 3.0 dan SP Bil 4  yang sangat tidak selari dan selaras dengan MySop yang telah diumumkan oleh YAB PM sebelum ini.


Segala keluh kesah kami diharap mendapat perhatian daripada YAB PM sebagai seorang pemimpin Islam yang WAJIB berlaku adil. 


Sekian, terima kasih.


*

dari kami pendidik yang didiskriminasi oleh menteri keluarga Malaysia 🇲🇾 

*


13 April 2022