Jumaat, 10 Mac 2023

realiti

 RAMASAMY (Versi Bahasa Melayu)


1. Ramasamy tersinggung kerana saya masih bezakan keturunan pendatang dari China dan India sebagai “orang asing”.

 

2. Bukan saya tetapi mereka sendiri yang pilih untuk di kenal sebagai pendatang asing. Mereka yang ingin dikenal sebagai Cina Malaysia atau India Malaysia. Orang Melayu memangpun dikenali sebagai orang Malaysia.

 

 

3. Ya, nenek moyang saya dari India. Tapi saya tak gelar diri saya India Malaysia.

 

4. Saya Melayu di dalam erti kata bahasa pertuturan saya Melayu dan budaya saya juga Melayu.

 

5. Perlembagaan menyatakan Melayu ialah seseorang yang bertutur bahasa Melayu, mengamal adat dan budaya Melayu dan beragama Islam.

 

6. Saya memenuhi kesemua syarat ini. Begitu juga beratus ribu orang lain yang berasal dari Timur Tengah, India, Pakistan, Bangladesh, Turkiye dan Afghanistan yang diterima sebagai Melayu oleh semua orang di dalam negara ini. Mereka tidak menggelar diri mereka Arab Malaysia atau Pakistani Malaysia dan sebagainya.

 

7. Tetapi orang Cina dan India di Malaysia bertegas untuk bertutur di dalam Bahasa Cina dan India. Sebelum ini mereka bertutur di dalam dialek daerah asal mereka. Tetapi apabila China memutus untuk jadikan Mandarin sebagai Bahasa kebangsaan, orang Cina di Malaysia juga turut beralih kepada Mandarin. Sehinggakan nama mereka juga ditukar untuk ikut Cina di China.

 

8. Masyarakat India di India tolak Bahasa kebangsaan. Mereka bertutur bahasa daerah mereka. Dan India di Malaysia juga mengekalkan Bahasa daerah-daerah di India.

 

9. Tetapi Cina dan India bertegas untuk diadakan sekolah mereka tersendiri, mengguna Mandarin dan bahasa India sebagai bahasa arahan. Mereka tolak sekolah kebangsaan di mana Bahasa kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu diguna.

 

10. Sehinggakan cadangan mengadakan ketiga-tiga buah sekolah di dalam satu kampus juga ditolak.

 

11. Budaya masyarakat Cina dan India mengikut negara asal China dan India.

 

12. Sambutan Tahun Baru juga adalah Tahun Baru China and India.

 

13. Kita tidak menekan penukaran agama. Tetapi Bahasa dan budaya haruslah mengikut budaya Malaysia, iaitu Melayu.

 

14. Di Indonesia, Filipina dan Thailand, masyarakat Cina jadi Indonesia, Filipina dan Thai. Bahasa peruturan di rumah juga adalah Bahasa kebangsaan negara-negara ini.

 

15. Tidak ada sekolah mengajar Bahasa negara asal mereka.

 

16. Ramai sekali penduduk Amerika Syarikat berasal daripada negara asing. Tetapi mereka gelar diri mereka American, bertutur Bahasa Inggeris Amerika dan berjuang juga untuk Amerika.

 

17. Eisenhower asalnya berketurunan German. Tetapi beliau berperang melawan Germany sebagai seorang rakyat Amerika. Dan memanglah dia tidak berbahasa German. Sebaliknya dia bertutur Inggeris Amerika.

 

18. Generasi ke-2, ke-3 dan ke-4 kaum pendatang Amerika tidak lagi boleh bertutur Bahasa negara asal mereka. Mereka semua bertutur Bahasa Inggeris Amerika. Mereka belajar di sekolah dan university Amerika.

 

19. Begitu juga dengan kaum pendatang yang bermastautin di negara-negara Amerika Selatan. Mereka hanya bertutur Bahasa Sepanyol atau Portugis. Sekolah etnik tidak wujud.

 

20. Tetapi di Malaysia, Cina Malaysia bertutur Bahasa Mandarin dan India pelbagai dialek dari daerah asal mereka. Hanya kaum Cina sahaja tinggal di kawasan bandar. Melayu tidak mampu – terlalu mahal.

 

21. Apabila Melayu bercakap tentang hal Melayu ini bukan perkauman. Mereka bangsa negara ini. Mana-mana negara di dunia apabila bangsa mereka bercakap berkenaan diri mereka, ini bukan perkauman. Orang Inggeris bercakap berkenaan masalah mereka dan mereka tidak dituduh perkauman.

 

22. Rishi Sunak berketurunan India, tetapi pertuturan dan kelakuannya adalah British. Thaksin Shinawatra berketurunan China tetapi bertutur Thai dan berkelakuan Thai. Begitu juga Corazon Aquino di Filipina. Di lain-lain negara ASEAN tidak ada sekolah Cina bantuan Kerajaan. Hakikatnya saya tidak pernah terlihat sekolah Cina di negara-negara ini.

 

23. Tetapi di Malaysia terdapat sekolah rendah, sekolah menengah dan  universiti Cina.

 

24. Sektor perniagaan dikuasai kaum Cina. Kaum bukan Cina tidak dapat peluang yang baik di sana. Jika Kerajaan tidak ambil kaum Melayu, mereka akan menganggur.

 

25. Saya akui banyak kekayaan yang terdapat di Malaysia adalah hasil kaum Cina. Kebanyakan cukai yang dikutip besar kemungkinan dari perniagaan kaum Cina.  Tapi mereka dapat pampasan yang mencukupi. Cina golongan terkaya.

 

26. Saya tidak suka sentuh berkenaan kaum Cina dan India Malaysia dan sikap talam dua muka mereka. Tetapi Ramasamy kerap tuduh saya perkauman. Saya ulang yang saya bukan perkauman. Saya bangsa sebuah negara bernama Malaysia. Saya ada hak ke atas sebahagian daripada kekayaan negara ini, negara saya.

 

27. Konsep multiracialism di Malaysia bermakna semua akan dimiliki oleh mereka yang berkebolehan, yang punyai kekuatan kewangan, jaringan perniagaan yang luas, yang terlatih dan berpengalaman.

 

28. Hanya bukan Melayu yang layak.

 

29. Melayu tidak dapat apa-apa dari multiracialism.

 

30. Ramasamy yang sebenarnya rasis. Dianya menentang Melayu dan tidak mahu mereka mendapat sedikit pun bahagian di dalam negara ini.

 

31. Atas dasar multiracialism dia hanya mahukan kesemuanya untuk kaum lain.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

9 Mac 2023

Rabu, 1 Mac 2023

Elit

 ELIT - KENAPA PENDIDIKAN NEGARA SELAMA INI JADI BEGINI?

Tulisan yg panjang, jika tak mahu baca, boleh skip saja…

1. Kelompok yang mengurus pendidikan negara adalah dari kumpulan yang 'berjaya' dalam pendidikan lalu memasuki IPG atau IPT dan memegang jawatan guru. Selepas memasuki IPG / IPT, kelompok terus berdedikasi sebagai guru lalu dinaikkan pangkat sehingga berada dalam linkungan pembuat dasar. Aku namakan kelompok ini sebagai Kumpulan ELIT Pendidik –  diringkaskan sebagai ‘ELIT’ sahaja.


2. Sebahagian besar ELIT yang berjaya di sekolah ini dulu terdiri dari anak2 kampung yang 'cerdas', rajin dan tidak bermasalah (sikit2 tu biasalah). Bagi  ELIT, kejayaan sekolah adalah lulus exam dgn baik utk berjaya. Maka ELIT percaya, sekolah adalah untuk murid spt mereka - belajar utk berjaya, bukan untuk murid 'malas tanpa cita2'. Murid yang berjaya ini jugalah dihadiahkan SBP / MRSM, sekolah kluster cemerlang dan pelbagai program disediakan utk mereka. Anak2 dlm koko dirancang juga dgn pelbagai uniform supaya kelihatan ELIT, dgn blazer, tali leher, long sleeves, pelbagai warna.. 


3. ELIT yg berada dlm kelompok murid berjaya, mungkin tidak menyedari bahawa SEMUA murid ada niat utk berusaha, dan ingin berjaya, malah cemburu melihat kejayaan kawan2 yang lain. Mereka bukan patong tanpa perasaan, mereka juga ada cita-cita, namun pelbagai faktor menyebabkan mereka tercicir, hilang motivasi, merudum minat dan akhirnya gagal wpun dalam hati dan sanubari, mereka juga ingin berjaya. Lebih sedih lagi, kini kumpulan anak-anak spt ini telahpun menghadapi tekanan seawal menjejakkan kaki ke Tahun 1, terperosok seolah2 tiada siapa sudi membantu. Dalam masa yang sama, ramai murid yang 'struggle' ini juga berusaha tetapi kerana keupayaan kognitif lemah dgn pelbagai LD dan lain-lain halangan, akhirnya gagal juga.. malah gagal total - kemahiran tak ada, akademik hilang  punca.


4. Sistem pendidikan yang diterajui ELIT yang SECARA KOLEKTIF lebih melihat murid yang ingin berjaya, spt mereka dulu juga, tanpa disedari menyisihkan murid yang 'struggle' dan bermasalah lalu dianggap tidak mahu belajar. Akhirnya sekolah menjadi bengkel utk mendapatkan murid cerdas dan disokong untuk berjaya. Murid2 yang perlukan intervensi  ‘ketepi dulu ya !’ Maka apabila ELIT menerajui pendidikan negara sehingga berada dlm lingkungan pembuat dasar, maka mereka berfikir, sekolah perlu mengutamakan kumpulan murid yang cerdik, ingin berusaha utk maju, sebagaimana yang mereka juga dahulu sehingga dgn wewenang  menaikkan silibus supaya kumpulan murid yg ingin berjaya semakin terserlah. Bila disanggah, muncul dakwaan DSKP telah ditandaaras peringkat antarabangsa sdg tiada satu dokumenpun yg ada utk menyokongnya.


5. Bila aku belajar di Australia, kemudian berpeluang menjengah ke pelbagai negara - UK, Japan, Denmark, Portugal, Argentina, Sepanyol, Macau, HK, China, Vietnam, Spore, Indonesia, Mesir, Cambodia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Brunei, Taiwan , Turkiye, Mesir, Italy, Holland dan Saudi Arabia, baru minda aku terbuka, apa yang sebenarnya diperlukan dalam pendidikan, bukan spt yang aku fahami sebelum ini.  Dengan ramai kawan2 luar negara yang berinterkasi dgn aku, barulah satu persepsi yang berbeza muncul. Apapun yang dilakukan, akan tetap muncul engineer, sainstis dan pekerja2 separuh mahir atau tidak mahir. Tetapi ini bukan alasan utk fokus kepada yang 'teratas' sahaja, sebab pendidikan adalah membina insan dahulu baharu kerjaya mereka.


6. ELIT pada hemat aku, mewarisi satu pemikiran yang  tidak selari dgn FPK dan pemikiran ini telah lama ditinggalkan oleh negara maju. Aku  mula tersentak dan tersedar bila berada sendiri dalam satu sistem pendidikan luar negara yang sangat berempati kepada SEMUA murid, malah ingin menjayakan SEMUA mereka TANPA KECUALI dengan setiap potensi yang murid tersebut miliki.  Maka atas dasar inilah, negara maju guna sistem homeroom , tiada exam yang serius di sekolah rendah di negara maju, dengan silibus yang bermula mudah penuh dgn aktiviti, bagi memastikan tiada murid yang tercicir. Exam yang diadakanpun lebih kepada penilaian utk intervensi di peringkat sekolah, bukan utk bermegah.


7. Pendidikan bermula di peringkat awal persekolahan di negara maju adalah pendidikan yang dipermudahkan, menyantuni emosi, menitik beratkan psikologi dan keupayaan kognitif murid yang masih hijau. Kemunculan DSKP dari ‘idea’ ELIT ini menjadikan aku tersentak kerana ia tidak menepati keperluan kanak-kanak utk belajar di awal persekolahan, melainkan yang cerdas dan ada pelbagai advantages. Perkara inilah yang bersungguh2 di elakkan oleh negara maju. Lebih tersentak lagi dgn KBAT, STEM dan TP-TP yang menggila,  yang bukan sahaja tidak disesuaikan dgn usia, juga menambah tekanan dan bebanan kerja tanpa signifikan yang nyata.


8. Maka jangan hairan, ibubapa yang sealiran dgn ELIT ini akan menunjukkan sikap yang sama, kecuali apabila anak mereka sendiri yang bermasalah, kognitif rendah serta ada LD - baru mereka sedar realiti di depan mata. Percayalah, setiap anak tetap ada potensi, tetap ingin berjaya dan bercita2 tinggi, dan pendidikan adalah proses menggilap potensi tersebut. Jika mereka minat sukan, jangan sampai bukan sahaja sukan mereka terhalang, akademik juga tidak cemerlang. Jika mereka tidak ada kelebihan dalam akademik, jangan sampai dianggap 'bodoh', sedang potensi mereka tidak pernah terserlahkan. Harus diingati, negara Msia tercinta ini bukan hanya dibangunkan oleh kelompok elitas, tetapi oleh titik peluh seluruh rakyat.


9. Aku paparkan kisah di obersi, bukan sekali, betapa guru tidak melihat murid lemah sebagai satu masalah. Pembuat dasar pendidikan di negara maju dgn EMPATI sbgmana yg pernah mereka lalui, dapat menterjemahkannya semula bila merangka dasar2 baru. Ibubapa pula gembira kerana guru tahu masalah anak mereka dan sekolah berusaha memberikan intervensi yang sesuai. Kejayaan di sekolah rendah di obersi bermula dgn fokus utk anak2 membina karektor dan dikenaplasti minat mereka. Tiada murid yang ‘bodoh’ tetapi hanya murid yang berbeza karektor, berbeza minat dengan sama-sama belajar mata pelajaran asas utk menyuburkan minat masing2. 


10. Tentu sahaja, tidak semuanya akan menjadi spt yang dirancang, namun, perlaksanaan yang manusiawi dalam pendidikan adalah satu keperluan, berusaha menyantuni kesemua anak2 ini secara saksama.Kesungguhan ini terserlah di obersi dengan kelas yang besar, murid yang sedikit, 2 guru setiap kelas, dgn kemudahan yang terbaik dalam hampir apa sahaja. Tumpuan mereka utk ‘membahagiakan’ murid2 di sekolah termasuk berusaha serius dengan anak2 yang bermasalah. 

Maka selagi ELIT secara KOLEKTIF memonopoli pemikiran yg sama dalam arus pendidikan negara, selagi itulah kita akan berpusing2 dititik yg sama..


OT

Isnin, 27 Februari 2023

Riba

 33. Alhamdulillah hasil buat Kursus Borong China waktu tu, setiap kali habis kursus saya akan bayar hampir semua duit yang dapat untuk bayar principal amount.


34. Sejak dari itu, memahami perangkap bank dan hutang ni. Saya beli semua benda lain hanya secara cash.

35. Rupanya, bila mind set berubah bahawa

A. RUMAH BUKAN ASET YANG SENTIASA NAIK HARGA.
B. BANK BUKAN MULIA.
C. RIBA HARAM.

36. Bila mind set berubah, rezeki mula masuk mencurah-curah. Sejak tu boleh ja beli apa pun cash.

37. Dan saya sedih tengok orang dok tayang rumah dan kereta yang dibeli secara loan. Sebab tu bukan rumah kita.

Dan kemungkinan besar takkan jadi rumah kita pun sampai kiamat.

38. Alhamdulillah dan kebahagiaan sebenar adalah bila kita hidup bebas hutang.
Realiti ini susah untuk digarab, tapi saya sarankan sesiapa untuk mencuba dan yakin dengan rezeki Allah.

Ada kawan-kawan yang dok ceramah tabliq merata-rata pun tanpa segan silu bayar riba.

39. Nasihat saya, bila ambil loan bank. Check berapa amount interest sebulan berbanding installment. Dengan keadaan OPR makin naik ni, lagi BAHAYA keadaan ini.

40. Nasihat kedua, sentiasa cuba bayar prinsipal amount secepat yang boleh. Tangguhkan bercuti atau benda-benda tak perlu dan dapatkan kepuasan dari membayar prinsipal.

Paling baik, jangan ambil langsung loan dan terlibat dengan riba.  🥲

Misi Bebas Hutang bebas hidup

Kredit: Shahabudeen Jalil

Ahad, 26 Februari 2023

Negara

 https://fb.watch/iM8UZYl04s/


https://t.me/MalayaCyberForce/10523


www.wasap.my/601115550551/berminat999grupWhatsAppolitikRM99


Ramai yang tak percaya Jepun datang ke Tanah Melayu bukan untuk menjajah...


Ramai juga yang enggan percaya Jepun datang ke Tanah Melayu atas arahan Uthmaniyyah...


Kononnya kerajaan Uthmaniyyah telah tumbang pada tahun 1924, maka mana mungkin Uthmaniyyah meminta bantuan Jepun...


Kisah kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah sebenarnya sedang terjadi kepada negara Malaysia...


Cuma ramai yang terleka dan terpedaya dengan keindahan serta keselesaan palsu, sementara negara sedang tergadai sedikit demi sedikit...


Seperti jatuhnya Empayar Kesultanan Melayu Melaka, kemudian Tanah Melayu di jadikan Persekutuan dan di beri kemerdekaan, serta Raja Berperlembagaan... 


Begitu juga yang telah terjadi kepada Empayar Turki Uthmaniyyah, sebelum di jadikan Republik dan menukar sistem Raja Berperlembagaan...


Cuma Tanah Melayu masih di kekalkan 9 Raja Melayu, namun hanya berkuasa ke atas negeri masing-masing, sementara posisi Ketua Negara di jadikan sebagai YDPA...


Di sebabkan Sultan Mahmud Shah yang menjadi Ketua Empayar Kesultanan Melaka telah di jatuhkan oleh Portugis, Belanda dan British...


Maka Tanah Melayu tidak lagi mempunyai ketua, melainkan 9 sultan yang telah berpecah kepada negeri atau wilayah masing-masing...


Maka jawatan YDPA pun di wujudkan kononnya menggantikan Ketua Negara, walhal jawatan tersebut hanya lantikan dan boleh di mansuhkan, bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan...


Di Turki pula, di sebabkan penubuhan Republik Turki di lakukan sejurus kejatuhan Sultan Mehmed VI, yang terakhir sebelum Turki di jadikan Republik...


Maka jawatan tersebut di jadikan Raja Berperlembagaan ketika Sultan Abdulmejid II memerintah sebagai Ketua Negara... 


Namun kali ini Sultan Abdulmejid II memerintah bersama-sama Presiden dan Perdana Menteri Republik Turki...


Pemerintahan Sultan Abdulmejid II pula hanya bertahan selama sekitar satu tahun sebelum turut di mansuhkan oleh Presiden Pertama Turki Kemal Ataturk...


Setelah Kemal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938, Presiden Kedua Turki Ismet Inonu pula memerintah, sebelum Perang Dunia Pertama bermula pada tahun 1939...


Turki ketika ini memilih untuk menjadi "neutral", namun terumbang-ambing antara memihak kepada pihak Bersekutu Great Britain dan Perancis atau pihak Kuasa Paksi Jerman dan Soviet Union...


Namun pada tahun 1941 ketika Jepun tiba ke Tanah Melayu, Turki ketika itu masih memihak kepada pihak Kuasa Paksi iaitu Jerman, Soviet Union serta Jepun, sebelum menentang Jepun pada tahun 1945...


Turki yang meminta Jepun ke Tanah Melayu untuk menghalau British pada tahun 1941...


Jepun pula bertindak mengebom pengkalan tentera laut Amerika di Hawaii iaitu Pearl Harbour, hampir serentak dengan pendaratan di pantai negeri Kelantan...


Ini di percayai untuk mengelakkan Amerika menghantar armada tentera lautnya ke Asia Tenggara untuk membantu British...


British akhirnya menyerah kalah di kubu terakhirnya di Singapura dalam masa yang singkat kepada Jepun, dengan di bantu penyokong Kesatuan Melayu Muda ketika itu...


Malah para Ulama juga menyokong serta membantu Jepun untuk menghalau British, menghasilkan parti politik seperti PKMM serta Hizbul Muslimin sebelum menjadi PAS...


Kisah Turki seharusnya di jadikan bahan kajian serta renungan kepada bangsa Melayu di Malaysia...


Proses penaklukan British dan Amerika ke atas Tanah Melayu sebenarnya masih berjalan sehingga ke hari ini...


Cuma Allah SWT melambatkannya asbab kerana penentangnya adalah mukmin serta para Ulama, sejak dari era Kesultanan Melayu Melaka lagi...


Jangan sesekali selesa dengan jawatan YDPA yang kita ada sekarang, kerana ianya boleh di mansuhkan bila-bila masa apabila Perlembagaan Persekutuan di gubal oleh majoriti Dewan Rakyat...


Jika majoriti dua pertiga di peroleh sesebuah parti yang memusuhi agama Islam serta bangsa Melayu, di sokong pula sebahagian bangsa Melayu sendiri...


Maka terma, istilah serta kuasa YDPA boleh di kecilkan, sehingga akhirnya di tukar kepada jawatan presiden seperti yang telah berlaku di Republik Singapura dan Turki...


Majlis Raja-Raja sebenarnya tidak ada kuasa apabila majoriti dua pertiga Dewan Rakyat telah bersuara, melainkan hanya perkara Islam agama rasmi Persekutuan serta hak istimewa Bumiputra sahaja...


Maka jika majoriti dua pertiga Dewan Rakyat meluluskan perubahan kuasa YDPA seperti yang pernah di lakukan Mahathir ketika konfrontasinya dengan Istana Johor pada tahun 1992...


Sebanyak 7 perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai imuniti Raja-Raja Melayu telah di gubal pada tahun 1993 oleh majoriti dua pertiga Dewan Rakyat ketika itu...


Cuma ianya hanya berdasarkan kejadian "Insiden Gomez" yang melibatkan Istana Johor dan bukannya isu agama atau kaum...


Bayangkan jika DAP berjaya menguasai gabungan Pakatan Harapan dengan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat pada PRU 16, setelah melakukan persempadanan semula pada tahun 2025...


Dengan mudah, kuasa YDPA hanya akan tinggal sebagai boneka, seperti yang telah terjadi kepada Sultan Abdulmejid II setelah Turki di jadikan sebuah negara republik...


Atau seperti Presiden Pertama Singapura Tun Yusof Ishak dan yang terbaharu Halimah Yaakob yang ke-8...


Sedangkan yang paling berkuasa sebenarnya adalah Perdana Menteri, TPM serta Kabinet yang di lantik dari parti yang memerintah seperti parti PAP di Singapura...


Parti PAP sehingga ke hari ini sukar di gugat walaupun hampir separuh rakyatnya menolak mereka pada PRU 2020 Singapura yang lepas...


Ini kerana PAP menggunakan cara yang keji dan kotor seperti sistem GRC untuk memecahkan kawasan Parlimen setiap kali pilihanraya...


Malah lebih celaka, PAP membina perumahan awam HDB untuk memaksa majoriti rakyatnya... 


Untuk tinggal di apartment yang di kawal serta mempunyai kuota penduduk berdasarkan kaum serta pandangan politik...


Jika di dapati sesuatu kawasan Parlimen mula menentang kerajaan PAP, maka akan ada sesuatu di lakukan oleh PAP untuk mematikan suara mereka...


Dengan cara ini, pembangkang di Singapura akan kekal lemah dari segi kerusi Parlimen, walaupun majoriti rakyat menyokong mereka selepas pilihanraya di jalankan...


Begitulah yang sedang cuba di lakukan pula DAP di Malaysia, setelah PAP boleh di katakan telah berjaya melaksanakannya di Singapura...


Dan kini telah terbukti, bahawa PAP, DAP, UMNO, PKR, Amanah, Warisan dan MUDA sebenarnya merupakan pihak yang sama...


Iaitu meneruskan cita-cita British dan Amerika atau lebih tepat Yahudi dan Nasrani untuk kembali menguasai Malaysia... 


Tidaklah keterlaluan jika Anwar Ibrahim di jangka bakal menjadi Kemal Ataturk di Malaysia, setelah berjaya menjadi Presiden Malaysia dengan sokongan DAP... 


Ramai yang tidak tahu, ketika Sultan Abdulmejid II di tumbangkan ketika Turki menjadi negara republik, majoriti Ahli Parlimen Turki di bawah lantikan Kemal Ataturk adalah bukan Islam... 


Seperti Kemal Ataturk, Anwar juga seorang yang liberal, sekular serta terlalu mesra kepada bukan Islam... 


Seperti Kemal Ataturk, Anwar Ibrahim juga menentang undang-undang Shariah, walaupun ianya hanya terpakai di peringkat negeri, dengan mengatakan ianya sebagai "archaic laws" atau undang-undang lapuk... 


Seperti Kemal Ataturk, Anwar Ibrahim juga menubuhkan Bank Islam yang kononnya islamik, sedangkan kadar keuntungan perbankan Islam lebih tinggi dari perbankan konvensional... 


Anwar Ibrahim juga menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor untuk membawa masuk pensyarah-pensyarah dari negara Wahabbi di Timur Tengah... 


Dr. Maszlee Malik Ahli Parlimen PKR serta bekas Menteri Pelajaran Malaysia ketika PH memerintah... 


Merupakan pensyarah UIA, malah di lantik menjadi Presiden UIA sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2019 serta sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 2020... 


Maszlee Malik berfikrah Wahabbi, di percayai membawanya dari negara Jordan, tempat beliau melanjutkan pelajarannya... 


Seperti Kemal Ataturk, Anwar Ibrahim juga di lihat tidak mesra kepada Ulama konservatif seperti Tuan Guru Haji Hadi, tetapi lebih mesra kepada Ulama kontemporari seperti Dr. Yusof Qaradawi... 


Seperti Kemal Ataturk, Anwar Ibrahim di lihat tidak mesra kepada pemakaian Islamik seperti serban dan purdah, namun memperkenalkan tudung moden kepada umat Islam di Malaysia... 


Seperti Kemal Ataturk, Anwar Ibrahim dengan sokongan golongan Ulama serta Ustaz Wahabbi Malaysia, sering mengkritik laungan azan yang kuat serta bacaan Al-Quran sebelum azan... 


Seperti Kemal Ataturk, Anwar Ibrahim juga di lihat pro negara barat seperti Amerika, malah parti Anwar sendiri iaitu PKR berdaftar dengan pertubuhan Liberation International... 


Anwar Ibrahim juga di lantik oleh Bank Dunia dan IMF sebagai Ketua Setiausaha Pembangunan ketika sedang menjawat jawatan Menteri Kewangan sebelum di pecat... 


Pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, sebenarnya telah di rancang oleh pelobi Yahudi George Soros ketika menjatuhkan ekonomi Asia Timur 1997...


Anwar Ibrahim di hantar Yahudi ke dalam parti pembangkang yang di ketuai PAS ketika itu, adalah sebagai "trojan horse" kepada gerakan Islam konservatif di Malaysia... 


PAS hampir berjaya di rosakkan Anwar Ibrahim, sebelum Haji Hadi bertindak mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat... 


Sehingga PRU 15, PAS kini dominan di dalam Perikatan Nasional setelah berjaya mendapat 43 kerusi iaitu yang tertinggi, menewaskan DAP dengan 40 kerusi... 


Menyedari ini, Anwar di lihat semakin agresif mendapatkan sokongan antarabangsa sebagai PM ke-10, di percayai bakal melakukan sesuatu yang amat drastik sebelum PRN 2023 ini... 


Negeri Sabah mungkin akan di keluarkan dari Persekutuan Malaysia, automatik membatalkan Perjanjian MA63 serta membubarkan penubuhan negara Malaysia, sekaligus jawatan YDPA juga akan termansuh... 


Negara Malaysia akan kembali ke semenanjung, bakal meminggirkan bangsa Melayu konservatif hanya di utara dan pantai timur... 


Manakala DAP boleh terus berkuasa buat selama-lamanya di negeri negeri di pantai barat tanpa perlu takut dengan kebangkitan PAS serta Perikatan Nasional... 


Negeri Sabah akan di berikan kepada waris Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan Nur Misuari MNLF, yang "kebetulan" telah lama bersahabat dengan Anwar Ibrahim... 


Kuasa 9 Raja-Raja Melayu pula akan berbalik hanya kepada negeri masing-masing... 


Malaysia akan menjadi sebuah negara republik dan Anwar Ibrahim bakal menjadi Presiden Pertama Malaysia... 


Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi #banjirkonspirasi

@MalayaCyberForce

Rabu, 22 Februari 2023

Beban guru

 BEBAN GURU dan KEMENJADIAN MURID - JANGAN SERONOK DULU.


1. Tujuan UTAMA sekolah adalah utk MENJADIKAN murid. Mengapa tujuan ini spt terkesamping selama ini sehingga guru terbeban dgn macam2 tugas lain sampai ke tahap tak masuk akal siuman ?


2. Tujuan program spt sambutan Hari Guru Tahunan misalnya adalah baik, tetapi semakin lama semakin menjadi2, dah macam masuk pertandingan dan menunjuk2 pula. Keceriaan sekolah juga adalah tanggunggjawab bersama, tetapi dah berlebihan sehingga mengganggu tugas hakiki yang patut diutamakan.


3. Pihak PPD, JPN, KPM pula buatlah apa sahaja sistem dan program, guru adalah pihak 'Saya Yang Menurut Perintah' dan takkan berani membantah. Akhirnya wujudlah macam2 sistem yang tidak cekap, lembab dan bertindan2 utk dihadap oleh guru. Perkara mudah jadi susah sehingga kepada  yang tidak perlu diberikan kepada cikgu, malah dipantau pula. Siapa yang susah - guru !


4. Dah lama guru mengeluh dalam hati sehingga kesannya kepada tugas hakiki makin ketara. Dgn MEDSOS, guru mula bersuara. Itupun semua pihak pejam mata dan pekakkan telinga. Kalau lebih2, amaran akan diberikan. Inilah yang berlaku.


5. Sekarang high stake exam (peperiksaan taruhan tinggi) PT3 dan UPSR ditiadakan, maka muncullah PBD. Wpun PBD dgn sumatif dan formatif dah lama wujud, tetapi tiada sapapun kesah. Buatlah apa sahaja, keputusan PT3 dan UPSR akan jadi taruhan.


6. Ketiadaan high stake exam sehingga murid 14-15 tahun adalah pendekatan negara maju sejak lama dulu, dan mereka jauh lebih berjaya. Tak tahu kenapa baru sekarang kita tersedar, sedang selama ini punyalah ramai pegawai atasan keluar negara saban masa. Apa yg mereka buat di sana ? Tiba2 baru sekarang tersedar bahawa asas pendidikan adalah membentuk pengalaman belajar murid yang seronok dan mengoptimumkan potensi melalui PBD sebagai keutamaan, baru diikuti dgn peperiksaan.


7. Sebab itulah OECD memilih murid ~ 15 tahun utk menguji keberkesanan sistem pendidikan sesebuah negara dari Tahun 1 sehingga menengah rendah - Msia kantoi dan berada di bawah purata antarabangsa.


8. Cepat2 KPM membuat strategi menaikkan konten DSKP, tanpa apa2 kajian, supaya murid akan lebih pandai, sehingga kemahiran proses sains yang sesuai di peringkat matrikulasi dan IPT di bawa ke Tahun 2. Tajuk kewangan tahap diploma dibawa ke Tahun 6. Lepas tu gurupun berlumba2 dgn silibus, mengejar utk habiskan silibus sambil murid tercicir berserakkan  - idea sapa ni ?


9. Perkara asas dalam PBD spt sokongan kepada keperluan guru, keselesaan murid belajar tetapi adakah perkara ini TELAH berubah ? Nehi. Ramai guru keluar duit sendiri bagi mjayakan PBD.


10. Mengurangkan beban guru TIDAK AKAN SECARA OTOMATIK meningkatkan KEMENJADIAN murid. Walaupun dua perkara ini ada kaitannya, namun, kemenjadian murid tetap ada pra-syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Sebab itu aku positif tetapi KIV dgn kegembiraan pelbagai pihak mengalu2kan 7 langkah mengurangkan BEBAN guru, itupun selepas diasak oleh massa selepas sekian lama pekakkan telinga. Langkah pengurangan ini perlu diikuti dgn langkah2 melengkapkan guru dengan keperluan bagi melaksanakan PBD dengan berkesan.. termasuk memikirkan kelas yg padat.. dan sistem file serta dokumentasi  yg keterlaluan.


Salam ♥️ Sayang...


OT