Sabtu, 25 Julai 2015

Shaari

* 10 mesteri kebaikan cg.saari berbanding satu keburukkan yang sering kita perkatakan (dicopy & paste dr wassap cikgu kat bilik seblah)

1.walaupun cg.saari tidor dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid.
* cg kini bukan saja takat tidor kadang2 tak masuk kelas pun.

2.walaupun gb.memarahi cg.saari tetapi dia tidak memarahinya dihadapan murid sebaliknya di bilik gb.
* sekarang kita sering mendengar seorang guru dimarahi oleh gb.didepan murid.

3.gb dan cg.saari saling hormat menghormati antara satu sama lain.
* guru sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh harta kuasa dan ego masing2.

4.cg.saari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggujawab sebagai guru.
* guru sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

5.cg.saari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah.
* guru sekarang tidak lagi menghiraukan etika berpakain semasa berada di sekolah.

6.semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa keputusan mesyuarat.
* guru sekarang akan membantah sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.

7.cg.saari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa.
* kebanyakkan guru kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.

8.sebelum pergi kesekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang.sarapan yang seimbang pada waktu pagi.
* guru sekarang suka mengambil sarapan yang berat diwaktu pagi dan banyak menghabiskan masa di kedai kopi.

9.cg.saari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya  kesekolh.
*guru sekarang terbawa2 masalah dirumah ke sekolah yg.jadi mangsanya adalah murid.

10.akhirnya cg.saari menjadi guru yang berjaya..mana tidaknya diakhir cerita dia menjadi gb.

Walaupun satu keburukkan yang hanya kita nampak...tetapi banyak mesteri pengajaran yg.perlu kita ambil...itulah masej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh tan sri p.ramlee kepada generasi kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan