Selasa, 28 Julai 2015

Wanita solehah

WANITA SOLEHAH
Siapakah mereka?
Ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kamu?
1- Wanita solehah dirinya susah nak dikenali malah ada yang tak dikenali.
2- Wanita solehah susah dicari kerana dia tidak menonjolkan diri.
3- Wanita solehah auratnya dan kehormatan dirinya terpelihara.
4- Wanita solehah jalannya diam, tak berbunyi. Datang dan pergi seperti angin yang bertiup.
5- Wanita solehah akhlaknya mulia, kerana dia sentiasa mendahulukan agamanya.
6- Wanita solehah ibarat permata di celah-celah kaca. Hanya orang-orang tertentu yang dapat memetiknya.
7- Malunya berbalut takwa.
8- Sebelum dirinya berjumpa yang selayaknya, cintanya hanyalah untuk Yang Maha Esa.
9- Wanita solehah sentiasa menjaga setiap tutur kata, setiap perbuatannya kerana dia tahu, wanita itu fitnah dunia.
10- Wanita solehah penemannya Allah, tempat luahannya Allah, dan buah hatinya Allah.
11- Wanita solehah tak semestinya
yang berniqab/berpurdah. Kerana keimanan seseorang bukan dinilai dari pemakaiannya.
12- Wanita solehah dirinya tidak
menjadi rebutan para lelaki biasa. Kerana dirinya hanya untuk lelaki yang luar biasa.
13- Dirinya seperti pokok semalu. Bila
dengan ajnabi dirinya akan menguncup
malu. Durinya sebagai pertahanan. Itulah wanita solehah.
14- Jalannya tunduk, jalannya tak
mendahului lelaki ajnabi, kakinya tak
dihentak dengan kuat bila berjalan.
Itulah cara wanita solehah berjalan.
15- Wanita solehah tak banyak
mengeluh, tak banyak bicara.
16- Wanita solehah kamu digelar penyeri
dunia. Jadilah kamu penyeri pada suamimu, bukannya penyeri kepada lelaki selain suamimu.
17- Wanita solehah tak akan mengaku dirinya solehah.
18- Ingatlah wanitasolehah  kelembutan
fizikalmu bukan tandanya itu kelemahanmu. Bukan juga penghinaan dari Tuhan, tapi ia sebagai hiasan kecantikanmu.
19- Wanita hiasan dunia. Dan seindah hiasan itu adalah WANITA SOLEHAH.
20- Isteri yang solehah? Isteri solehah ibarat tongkat bagi si buta. Yang melengkapkan hidup suaminya. [ c/p from whatsapp group ]
#SmileIsSadaqah
#AkuJugaWanitaBiasaYgSdgBerusahaUtkJdSolehah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan