Isnin, 30 November 2020

Makna marhaban

 *SELAWAT MAULIDUR RASUL*💚💕💞💚🕌💚💕💞


۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Selawat Allah ke atas Muhammad 

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Selawat salam dipohon lagi

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Selawat Allah ke atas Muhammad

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Selawat salam dipohon lagi


۝     ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 

Wahai Nabi salam atasmu

۝     ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 

Wahai Rasul, salam atasmu

۝     ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 

Wahai kekasih, salam atasmu

۝     ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 

Selawat Allah ke atasmu


۝     ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 

Bulan purnama menyinari kita

۝     ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 

Hilang segala cahaya

۝     ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 

Indah menawan tak pernah dilihat

۝     ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 

Wajah gembira sepanjang hayat


۝     ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 

Kaulah matahari, kaulah bulan

۝     ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 

Kaulah cahaya mengatasi cahaya

۝     ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 

Kaulah rahsia hidup mulia

۝     ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 

Kaulah menyuluhi jiwa


۝     ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 

Wahai kekasihku, ya Muhammad

۝     ‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 

Wahai pendamping indah sejagat

۝     ‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ 

Wahai Nabi dijulang dipuja

۝     ‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 

Wahai imam 2 kiblat


۝     ‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 

Bahagialah orang memandang wajahmu

۝     ‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 

Wahai penghulu keturunan mulia

۝     ‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 

Kolam airmu sejuk jernih

۝     ‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 

Kunjungi kami pada hari akhirat


۝     ‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 

Allah mengetahui rahsia sulit

۝    ‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 

Dialah menyahut semua seruan

۝     ‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 

Wahai Tuhan Rahmatilah kami

۝     ‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 

Dengan segala amalan soleh


۝     ‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 

Selawat Allah ke atas Muhammad

۝     ‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 

Sebanyak baris kertas ditulis

۝     ‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 

Ahmad Muhammad petunjuk jalan

۝     ‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ 

Empunya wajah berseri menawan


۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Selawat Allah ke atas Muhammad

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Selawat salam dipohon lagi

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Selawat Allah ke atas Muhammad

۝     ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Selawat salam dipohon lagi


۝     ‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ 

Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya💦❤📿ﷲ۝ﷺ

Cobid

 AGENDA JAHAT #PLANDEMIK


Oleh: Prof Madya Dr. Mohd Rosni Sulaiman, Pensyarah (UMS)


KETAHUILAH MANUSIA SEMUA...RAKYAT MALAYSIA SEMUA...KESEMUA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG ADALAH PENIPUAN DAN JENAYAH KEMANUSIAAN TERBESAR DAN TERANCANG...HARI INI BIAR AKU KHABARKAN SEKALI LAGI...AGAR AKU BOLEH BERLEPAS TANGAN DI HADAPAN ALLAH AZZA WAJALLA NANTI

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪


Sesungguhnya aku telah DISEKAT oleh FB sepertinya utk selama-lama kerana sering menceritakan KEBOHONGAN dan KEBOBROKAN covid19...ingin aku ULANGI yang PANDEMIK COVID19 ini adalah PLANDEMIK...perkara HOAX dan terancang dengan BAIK....telah mula ditulis dan dirancang 41 tahun yang lalu lagi...


Telah jelas tertulis dalam sebuah novel/buku popular yang sekadar dikatakan sebagai TEORI KONSPIRASI pada masa itu...


Apa-apa yang buku itu JANGKAKAN akan berlaku memang betul-betul berlaku satu wabak PLANDEMIK (dirancang dan terancang) bermula di WUHAN, CHINA...


Kita telah dimomokkan oleh video dokumentari yang rakyat CHINA jatuh dan mati bergelimpangan waktu itu akibat satu wabak koronavirus baru...yang akhirnya dinamakan COVID-19...coronavirus disease 2019...yang mana sebenarnya itu bukan singkatan untuknya yang BETUL...


COVID-19 sebenarnya merujuk kepada PERANCANGAN RAPI oleh Bill Pagar, Rothchairr, Freemusang dan Illuminatang untuk MEMIKROCIPKAN setiap manusia di dunia ini...


Mikrocip ini akan ditanam di tangan dan akan akan datang di belakang otak untuk MENGAWAL DAN MEMPERHAMBAKAN manusia menggunakan teknologi AI (ARTIFICIAL INTELLIGENT) setelah VAKSINASI COBID19 berjaya DIWAJIBKAN dan diberi secara sukarela atau paksarela ke atas semua manusia...


CERTIFICATION OF VACCINATION ID, AI...inilah nama sebenar COVID-19...mikrocip adalah pengesahan kepatuhan terhadap agenda vaksinasi...dalam mikrocip tu kesemua ada di sana, maklumat peribadi, IC, kad bank, kad kredit, etc...


Kesemua sudah berada dalam 1 cip di tangan...duit kertas yg fizikal TIDAK PERLU lagi...


Apa yang mereka dapat bila manusia seluruh dunia telah dapat DIMIKROCIPKAN?? Mereka dapat MENGAWAL POPULASI DUNIA...mereka dapat MENGAWAL PERGERAKAN MANUSIA...


Mereka dapat mengawal segala-galanya sehingga populasi manusia dapat DIKURANGKAN kepada 500,000000 sahaja di seluruh dunia...ini MATLAMAT UTAMA mereka dengan COVID-19 ini...


Setelah mereka dapat KAWAL manusia, mereka akan persembahkan dengan penuh bergaya kepada MR. DAJJAL yang baru tiba dan keluar ke muka bumi ini...amat senanglah MR. D mencari kita kita semua...


Sebelum ini kita FIKIR amat mustahil utk MR D mencari setiap manusia di muka bumi ini...rupanya amat senang dengan teknologi COVID-19...


YA!!! COVID-19 SEBENARNYA ADALAH TEKNOLOGI CANGGIH UNTUK KEMUDAHAN MR. DAJJAL!!!


Jadi dek kerana TAKUTNYA penyakit covid-19 yang TERAMAT BERBAHAYA ini yang boleh MEMBUNUH dengan  KADAR KEMATIAN seluruh dunia cuma hanya 4% (yang sembuh 96%)  setelah sekitar 10 bulan BERTERBANGAN BERGENTAYANGAN di alam ini,😂 seluruh dunia sedang mahu MEMANDATORIKAN pengambilan vaksinasi covid-19...


Percayalah!! Dan percayalah!!! Vaksin covid-19 ini BUKAN penawar...ia akan menjadi RACUN yang akan MEMBUNUH majoriti populasi dunia suatu masa nanti...


Setakat ini pun salah satu vaksin tersebut yang dibuat secara tergesa-gesa seperti mee segera telah BERJAYA menyebabkan PENYAKIT SARAF yang teruk kepada MANGSA UJIAN...


Nah!! PAK PAK MENTERI kita ada yang sedang sibuk dan seronok serta teruja untuk membeli vaksin dari CHINA...sedang mengira-ngira duit dan harga...


Sedangkan KESIHATAN rakyat jelata jadi TARUHAN!!! Dan lebih IRONI lagi...lebih menunjukkan ianya satu PENIPUAN DAN RANCANGAN JAHAT, remaja di Wuhan China sudah berkonsert di tepi kolam TANPA ADA sebarang SOP...katanya sudah bebas 100%...


Saya sudah selalu ulang dan sudah berulangkali tulis...covid-19 ni tidak lebih daripada SELESEMA BIASA...malah selesema biasa lebih menakutkan kerana BERGEJALA...bersin bersin, berair hidung, sakit kepala etc...merimaskan...


Covid-19 adalah TIDAK BERGEJALA...maksudnya?? Memang langsung tidak berbahaya, sistem imun badan kita boleh NGAP NGAP virus ini dengan MUDAH...tak sempat virus covid19 nak keluarkan gejala di dalam badan, sudah kena "makan" oleh antibodi...BAHAYA KA?? Ramai diperbodohkan!!!


Kenapa covid-19 ni nampak BERBAHAYA?? Kerana media sosial menghebohkannya seolah olah BAHAYA...kerana KERAJAAN seluruh dunia kecuali beberapa negara seperti TANZANIA yang tidak ambil kisah pasalnya...


Yang mati beratus ribu di USA tu?? Hello!! Yang mati tu memang PESAKIT KRONIK sedia ada...dan STATISTIK kematian di USA akibat penyakit kronik setiap tahun ialah 1.7 juta orang...


Padehal setakat beberapa ratus ribu...belum pun SEJUTA!!!😂 sudah 10 bulan ni, belum 1 tahun...kematian mereka yg berpenyakit kronik cuma "DIPERCEPATKAN" dengan penggunaan ventilator bagai (ventilator telah ditentang keras oleh beberapa pakar perubatan, mengaitkan dengan kematian pantas akibat kegagalan paru paru oleh ventilator bukan oleh virus!!!)


Bagaimana cara nak bebas covid19??


1. STOP/HENTIKAN kesemua ujian berkaitan covid-19...sebab Presiden Tanzania dah buktikan ujian diagnostic utk covid19 ni tak betul kerana minyak enjin, pisang, betik, mangga dan kambing pun POSITIF!!!😂


2. Medsos STOP gembar gemburkan mengenainya


3. Kerajaan STOP bercakap mengenai covid19, fokus kepada ekonomi dan kebajikan rakyat etc


4. Rakyat STOP melakukan segala SOP mengarut...fokus kepada hidup sihat dan gaya hidup sihat


5. Alim ulama' dan Profesional Perubatan mesti STOP menakutkan rakyat, malah sepatutnya menyedarkan rakyat yang covid19 ni hanya agenda JAHAT...tiada apa apa pun...


6. Semua orang STOP bercakap pasal vaksin covid19...tolaknya mentah-mentah...untuk apa vaksinasi?? Sehinggalah covid19 ni benar benar dibuktikan BERBAHAYA melebihi selesema biasa dan denggi


TIDAK ADA ISTILAH NEW NORMAL, YANG ADA HANYALAH ABNORMAL!!!


Wallahu a'lam


Nukilan


Prof Madya Dr. Mohd Rosni Sulaiman

Pensyarah (UMS)


Merangkap 


Perunding Perubatan Naturopati

D'Sakinah Holistic Therapy Center Alamesra Kota Kinabalu


" Semua penyakit ada PENAWAR kecuali MATI dan TUA. Kami membantu merawat pelbagai penyakit dan masalah yang dideritai sehingga sembuh dengan izinNya seiring dengan rawatan perubatan utama yang diambil di hospital dan klinik. Inilah reputasi kami. Tubuh badan yang sihat dapat membantu dalam mendapatkan KESEMPURNAAN dalam BERIBADAH"


Penafian: Segala perkongsian yang diberikan ialah hanyalah bersifat akademik yang bertujuan untuk perkongsian ilmu dan pengalaman semata-mata. 


Ianya bukanlah bertujuan untuk mengiklankan sesuatu yang bertentangan dengan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari dan juga Garis Panduan Pengiklanan Ubat dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam yang telah digubal bagi melengkapkan peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Segala jenis rawatan/ubatan yang diberikan hanyalah setelah menjalani sesi konsultasi bersama pihak kami. Segala yang berlaku samada kesan baik atau buruk ke atas mana-mana individu yang berpunca daripada maklumat yang diberikan dalam Telegram ataupun laman sesawang ataupun FB ini adalah atas kesedaran dan tanggungjawab individu itu sepenuhnya.


#sebarkannya 

#kitasemuadisihir

#sedarlahcovid19adalahpenipuan

Ahad, 29 November 2020

Sihat

 Self Reminder 😥😥

--------------------------

Pereka fesyen terkenal di dunia Kyrzayda Rodriguez  40, meninggal dunia kerana barah perut pada tahun 2018, catatan yang ditulis sebelum kematiannya.


1. Kereta jenama paling mahal di dunia terletak di garaj saya tetapi saya mesti berada di kerusi roda.


2. Rumah saya penuh dengan pakaian dan kasut jenama khas yang direka khas, tetapi badan saya ditutup dengan cadar kecil yang disediakan oleh pihak hospital.


3. Wang dalam akaun bank saya adalah hak saya, tetapi wang itu tidak lagi berguna bagi saya.


4. Rumah saya seperti istana, namun saya terbaring di atas katil hospital.


5. Saya berjalan dari satu hotel lima bintang ke hotel lima bintang yang lain sebelum saya jatuh sakit, tetapi sekarang saya berulang alik  dari satu makmal hospital ke satu makmal hospital.


6. Instagram saya dapat like  oleh berjuta-juta orang, saya berasa teruja dan gembira - sekarang saya sangat berminat untuk mendaftar dengan preskripsi doktor!


7. Saya mempunyai tujuh pendandan rambut  yang melakukan dandanan rambut dan tidak ada satu pun rambut di kepala saya hari ini.


8. Dengan menaiki jet peribadi, saya boleh terbang ke mana sahaja, tetapi sekarang saya perlu membawa dua orang untuk menolong ke anjung hospital.


9. Walaupun terdapat banyak masakan di seluruh dunia, diet saya adalah dua pil pada siang hari dan beberapa tetes air limau pada waktu malam.


Rumah, kereta, jet peribadi, perabot mewah khusus, pakaian jenama, kasut dan beg, wang dalam akaun bank, kredibiliti dan reputasi tidak berguna buat saya hari ini. Tidak ada yang memberi saya sedikit keselesaan, hanya memberi wajah dan sentuhan beberapa orang yang cantik.


Tidak ada yang lebih nyata daripada kematian!

Baru sekarang saya faham bahawa   kesihatan yang sihat adalah satu-satunya anugerah  hidup yang perlu diutamakan.


Sama-samalah kita menjaga dan menghargai kesihatan baik yang dianugerah

.


Kesimpulannya, harta, pangkat, darjat semuanya sementara... Bila Allah dah jemput, kita tinggalkan semuanya.. Usah riak, takabur dengan apa yg kita ada sekarang..


Salin dan tampal.

Sabtu, 21 November 2020

Covid

 NEW WORLD ORDER - KENYATAAN BUKAN LAGI TEORI KONSPIRASI.


....dalam masa beberapa bulan lagi, kita akan menyaksikan KEBENARAN DAN KENYATAAN yg selama ini dikutuk dihina dan diremehkan oleh banyak manusia yg menggelar Teori Konspirasi dan selama ini menidakkan segala yang diberitahu.


Manusia akan kehilangan KEHIDUPAN, PILIHAN, KEBEBASAN, PEMIKIRAN sebagai seorang manusia yang diciptakan Allah swt.


Negara kita dan seluruh dunia sebenarnya sedang diAGENDA kan untuk menuju ke sebuah ORDER DUNIA BARU ataupun NEW WORLD ORDER dimana MANUSIA AKAN DICONTROL, DIPANTAU, DIPAKSA DAN DIKAWAL KESELURUHAN HIDUP melalui APPLIKASI, TEKNOLOGI DIGITAL, TRACKING, VAKSIN MICROCHIP, 5G DAN FACE RECOGNITION.


Sila baca artikel saya kepilkan dibawah, dan itulah realiti kehidupan yang sedang kita tuju.


WABAK DAN VIRUS sekarang hanyalah sebuah UMPAN ATAUPUN ALASAN untuk mereka memulakan langkah langkah kearah KAWALAN MANUSIA DAN DUNIA SECARA TOTAL.....menggunakan Vaksin, Sains, Teknologi, Applikasi sehingga segala kebebasan manusia diCABUT SATU PERSATU ,berperingkat peringkat.


Kita sudah menyaksikan perubahan dan perbalahan dalam soal solat, masjid dan agama. kita melihat SOP SOP yang makin mengarut. tapi semua ini hanya baru 1% dari apa yang akan berlaku dalam sebulan dua lagi.


Mereka akan MEMAKSA seluruh manusia untuk Vaksin. mereka juga akan mendigitalkan manusia melalui microchip dan applikasi.


secara tidak langsung, sesiapa yang tidak vaksin akan kehilangan kehidupan mereka secara total.


ini kerana pelbagai langkah telah diatur dan distrategikan supaya manusia tidak dapat lari dari di Vaksin dan diMicrochip.


KJ dah announce akan memperkenalkan DIGITAL HEALTH PASSPORT (DHP)dengan kerjasama China. Mahu atau tidak, manusia memerlukan DIGITAL HEALTH PASSPORT ini samada secara fizikal, microchip atau applikasi dalam telefon. Anda nak kerja,masuk supermarket, keluar negeri, masuk bangunan, tandas, ofis, lrt, bas etc ...anda perlu ada DHP ini.


Kerana dalam applikasi DHP ini menunjukkan WARNA ...HIJAU, OREN, MERAH .....samada anda sudah divaksin dan SOCIAL CREDIT ANDA OKAY ATAU TAK....Jika Oren atau Merah, banyak benda anda tak dapat lakukan dalam hidup, termasuklah ke kedai atau kerja.


Maksudnya, anda terpaksa Vaksin ...nak atau tak nak..... selain dari itu, DHP ini juga berfungsi diatas SOCIAL CREDIT, dimana anda meneruskan kehidupan dengan menambah atau ditolak kredit atas perlakuan, atau apa yang anda buat.


mereka memantau kemana anda pergi melalui 5G, GPS dan Face Recognition Camera.... dan apa anda buat, cakap, atau post di social media. maksudnya , tiada siapa berani untuk melawan atau menegur sistem kerana SOCIAL KREDIT anda akan ditolak dan jadi OREN ATAU MERAH....dan hidup anda akan jahanam.


Malah , untuk mengekalkan KREDIT ANDA DI ZON HIJAU....anda juga digalakkan untuk melaporkantindak tanduk orang lain supaya KREDIT HIJAU ANDA BERTAMBAH.


SISTEM WARNA DHP ini juga akan menentukan samada anda dibenarkan melepasi TOL, KAWALAN, RENTAS NEGERI ATAU NAK KEMANA SAHAJA PREMIS.


Selain itu, sebuah lagi applikasi COVI PASS juga diperkenalkan , yakni jenama dibawah DIIGITAL HEALTH PASSPORT , yang mempunyai fungsi sama mengawal keseluruhan pergerakan, perbuatan dan kehidupan anda.


MANUSIA TIDAK UBAH SEPERTI DALAM FILEM IN TIME ATAU HUNGER GAMES.....dimana MANUSIA MENJADI TAAT PATUH BODOH DAN TUNDUK PADA KERAJAAN TANPA PERSOALAN DAN MILITARY LAW AKAN BERKUATKUASA.


Manusia Hidup atas MARKAH, WARNA DAN KETAATAN PADA SISTEM.


Tiada lagi TEGURAN,KRITIKAN ATAUPUN MELAWAN SESUATU YG ZALIM ATAU TIDAK SESUAI PADA MANUSIA.


SIAPA YG TIDAK PATUH, AKAN HIDUP DALAM BUANGAN DAN PENUH KESUKARAN. Malah untuk kerja, gaji dan sebagainya akan dipantau melalui sistem SOCIAL CREDIT DAN PERATURAN DHP.


Semua Terpaksa Vaksin untuk meneruskan Hidup. Semua terpaksa akur untuk Hidup.


inilah AIR DAN API YANG DIBAWA DAJAL.

KAU NAK SUSAH ATAU SENANG. Nak hiduo senang, ikut Sistem Dajal. Nak susah Hidup, melawan sampai mati, hanya disana kelak balasan untuk kau.


INILAH NEW WORLD ORDER, Peraturan Hidup Orde Baru Acuan Dajal. Dimana Manusia dicontrol dipantau 24 jam dalam setiap tindak tanduk.


inilah REALITI.

INILAH PENGERTIAN ASHABUL KAHFI Yang terpaksa lari kerana tidak mahu taat menyembah RAJA YANG MENGAKU TUHAN.


Allahuakbar, saya tidak pernah terfikir saya akan hidup dalam SAAT, SEGALA FITNAH DAJAL ITU BERMULA.


TAPI MALANGNYA, SAYA MENYAKSIKAN SETIAP SAAT, SETIAP HARI, AGEDA MEREKA SEMAKIN DEKAT DAN MAKIN JELAS.


MALANGNYA, RAMAI TAK NAMPAK DAN TAK MAHU BERFIKIR.


SAYA HANYA MAMPU BERDOA AGAR SAYA DAN KELUARGA SERTA SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT DIBUKAKAN HATI DAN AKAL, DIBUKAKAN HJAB UNTUK MEMAHAMI SITUASI YANG SANGAT KRITIS INI.


Ia sedang berlaku depan mata.

dan tiada siapa yang sedar dan memberitahu mereka diatas sana apa yang sedang dan akan terjadi......


ALLAHUAKBAR....


SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT.


SEMOGA SATU HARI, HAQ AKAN BERDIRI TEGAK MENGALAHKAN BATHIL.


SEMOGA PARA PENEGAK AGAMA BERSATU DAN SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SWT DIDUNIA DAN AKHIRAT.


SALAM SATU SYAHADAH.

Dolar

 *Cetak duit bukan penyelesaian*


🈶ı|ı🔥GAK☆🔥ı|ı ﷽

*Cetak duit bukan penyelesaian*


A KADIR JASIN | | 22 November 2020


*ADALAH kebiasaan bagi bank pusat termasuk bank pusat kita iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) mencetak wang kertas. Untuk nilai kecil, wang syiling masih dikeluarkan oleh sesetengah negara walaupun kadangkala kos penempaan lebih mahal daripada nilai mukanya.*


*Namun, dalam penggunaan mata wang, lagi kerap ia bertukar tangan untuk membeli barang-barang atau mendapatkan perkhidmatan, maka nilainya akan berganda. Misalnya, wang kertas RM1 jika bertukar tangan 10 kali akan menjadikan nilai transaksinya RM10. Lagi kerap digunakan bertambah kukuh nilainya.*


*Jadi, yang lebih utama bukan jumlah sesuatu mata wang tetapi kekerapan ia digunakan bagi tujuan yang produktif. Jika mata wang digunakan semata-mata untuk membeli-belah iaitu bagi tujuan kepenggunaan harian, nilainya tetap ada tetapi tidaklah tinggi.*


*Sebaliknya, jika ia digunakan bagi tujuan lebih produktif seperti menghasilkan barang, alat kelengkapan industri dan perkhidmatan, maka nilainya akan meningkat. Oleh itu, keutamaan kita haruslah mengimbangkan pengawalan wabak koronavirus (Covid-19) dengan pembukaan semula ekonomi.*


*Cadangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya kerajaan mencetak lebih banyak duit untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat jelata bagi tujuan berbelanja bukanlah penyelesaian, sebaliknya boleh menjadi punca masalah yang lebih buruk.*


*Kalau setakat menambah bantuan wang tunai kepada rakyat miskin yang tertekan akibat kemelesetan ekonomi, rasanya kerajaan tidak perlu mencetak lebih banyak duit.*


Tidak pula kedengaran Malaysia mengalami masalah kekurangan wang dalam edaran (money in circulation). Malah, mengikut laporan terbaharu BNM, jumlah wang dalam edaran bagi tahun 2019 meningkat sebanyak 3.6 peratus.


Masalah


Walaupun ia lebih rendah daripada 7.9 peratus purata lima tahun sebelumnya, ia sejajar dengan pertumbuhan ekonomi. Punca peningkatan yang lebih rendah itu adalah perlua-san pembayaran elektronik.


*Lagipun dalam suasana ekonomi Malaysia telah jatuh ke dalam kategori kemelesetan (recession) dan banyak pekerja hilang mata pencarian, permintaan terhadap mata wang turut berkurangan. Jadi, tidak timbul keperluan mencetak lebih banyak mata wang.*


*Seperkara lagi, cadangan Wan Ahmad Fayhsal itu bukanlah baharu. Ia telah dilaksanakan beberapa negara dengan hasil yang amat merugikan.*


*Duit ada, namun nilainya tiada kerana yang dikeluarkan dengan lebih banyak bukan barang-barang keperluan tetapi duit kertas. Pendek kata, duit bertambah, barang-barang tidak bertambah. Akibatnya berlakulah inflasi yang tinggi.*


*Contoh klasik kegagalan kaedah yang dicadangkan itu ialah Zimbabwe di Afrika dan Venezuela di Amerika Selatan.*


*Dua negara itu asalnya kaya tetapi menjadi muflis kerana pemerintahan yang hambar. Akibat dasar ekonomi dan mata wang yang sangat lemah oleh kerajaan kuku besi, inflasi dua negara itu melangit.*


Misalnya, pada tahun 2008, inflasi di Zimbabwe naik 231,000,000 peratus. Maksudnya, aiskrim yang sebelumnya berharga satu dolar Zimbabwe naik menjadi 231 juta dolar.


*Tidak masuk akal dan kita mungkin ketawa. Hakikatnya, ia kejadian sebenar. Akhirnya mulai 15 Jun 2015, mata wang dolar Zimbabwe dihapuskan dan diganti sementara dengan dolar Amerika dan dolar Afrika Selatan. Pada Jun 2019, dolar baharu Zimbabwe, RTGS diperkenalkan.*


Begitu juga dengan Venezuela. Inflasi hyper memaksanya membatalkan mata wang bolivar fuerte bagi digantikan dengan bolivar soberano. Inflasi negara itu memuncak pada kadar 65,374 peratus pada tahun 2018. Sekarang ia berlegar sekitar 15,000 peratus.


*Hanya sebuah negara di dunia berjaya menambah kekayaan dengan mencetak duit iaitu Amerika Syarikat (AS) kerana dunia ketagih dolar Amerika. Lebih 80 peratus perdagangan dunia menggunakan mata wang itu.*


Malang bagi Wan Ahmad Fayhsal, beliau bukan Timbalan Menteri Belia dan Sukan AS. Wallahuaklam.

https://www.sinarharian.com.my/article/111333/KOLUMNIS/Cetak-duit-bukan-penyelesaian

🚸📯🅺ᵒⁿᵍˢⁱ 🅸ⁿᶠᵒ Ⓜᵉᵈⁱᵃ🌎📝

Covid kluster permatang

 Kisah Covid fighter 1 family

16 org positif

1 meninggal (mak) 

Kluster Permatang


Assalamualaikum semua, hari ni genap 20 hari Mira di hospital sebab covid, Mira da janji dengan semua nak cerita semua kan.. ya Mira tepati hari ni.. harap boleh ambil iktibar dan pengajaran. Maaf jika penulisan mira kacau bilau.. Mira cuba.. 


22/10/2020

Mak masuk icu kpj Perda

Sebab kaki mak bengkak teruk, overload fluid doc kata 


23/10/2020

Katanya mak kena kuarantin sbb ada kes.. xpasti buat swab test result negatif. 


24/10/2020

Mak dah pindah wad biasa, boleh melawat mak dah.. mak ngadu penat, muka mak bengkak habis


26/10/2020 

Besday mak, aku sambut beli bouquet, beli rantai emas kat mak, sebab kali terakhir mak datang Ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas, sedih sgt mak tak sempat pun pakai, malam tu mak nak fries mcd.. mak mkn skit ja, mak kata teringin.. tapi mak makan 2 3 fries saja 😭 


27/10/2020

Mak masuk icu balik sebab pnafasan mak xok, mak kt icu tp mak nak mee sotong plak, abg beli mee sotong, kak ipar suapkan mak, kmi kena gilir² naik sbb plawat hanya 2 jam bole jumpa 2 org skli. Kami ank² kena jumpa doc² mak, sakit mak kami terpaksa rahsiakan p&c 


29/10/2020

Mak dah intubate, atas keizinan kami semua, sempat aku cium mak sblm intubate, mintak ampun dengan mak.. belai² mak. Rupanya tu kali terakhir dpt syg mak cium makk. 😭😭 


30/10/2020

Mak dah koma, keadaan mak dah kritikal, doc mintak kami skeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih, masa ni aku dgn abg lg sorg dah ada simptom batuk dan demam.


31/10/2020

Abang aku pagi² dah call bgtaw mak positif covid utk swab test ke2, hanya Allah saja tahu perasaan aku, meraung nangis², aku taw dgn keadaan mak yg kritikal, hrpn mak nak baik sgt² tipis, mak kena transfer ke icu gh Penang, makanya tercetus la kluster Permatang dari mak aku, sbnrnya kmi pn xthu dtg dri mana, ssungguhnya soalan ni xmmpu aku jwb, sbb covid tu kta xnmpk.. klu nmpk snang aku bgtaw dtg dri sapa..


Kak ipar aku org 1st swab mmandangkan dia mmg keja hosp, jd dia pling pantas swab sbb mmg dia tgh kerja time tu, kami plak kena swab 2/11.. kak ipar dapat result hari yang sama jgk, sbb contact rapat, jd positif dan ambulan pun dtg ambil. Time ni org kata dia pncetus.. ksian dia.. dia pn xtaw apa².. kmi pn xthu dri sapa kmi dpt.. covid ni merata ada dlm komuniti kta skrg. Asbab mak aku positif smua buat cerita bukan².. xapala.. kmi redha.. ni ujian buat kmi 


1/11/2020

Abg aku no 3 pegi swab test, sbb simptom dia smkin trok.. kmi plak kkm mtk swab test 2/11.. utk depa prepare kmi kluarga bsr utk swab test.. Abg aku pn positif mlm tu jgk ambulance dtg ambil.. 


2/11/2020

1 family aku ke kk kulim utk swab test. Simptom aku pling trok. Batuk, demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk, nafas xlepas, aku xtggu result dah, mlm tu jgk aku serah diri kt hospital Kulim sbb aku xleh bnafas, dlm brapa jam hosp Kulim transfer aku ke hosp Sultanah Bahiyah Alor Star


3/11/2020-5/11/2020 


Suhu aku 39, oxygen aku xcntik.. kena tambah darah sbb hb jd 7, kena pakai gas, malam tu jugak aku kena transfer icu HSB baru, oxygen aku drop trok.. malam tu jgk doc buat penerangan nak intubate aku.. dia mtk no suami aku utk inform smua in detail.. aku dah ngis² merayu kt doc.. xnk kna intubate mcm mak, aku msih bole lawan.. aku nk cuba lawan.. 


6/11/2020

Abg aku plak ke icu, sama stuasi mcm aku, oxygen drop, ssungguhnya covid ni sgt jahat, mcm² dia serang aku n abg aku.. sementara tu family aku skit demi skit kena hntr ke HSB lama sbb positif.. baby 4 bln ank kakak aku pn positif 😭 


8/11/2020

9.13 pagi, mak dah meninggalkan kami untuk selamanya, mak dah lawan 8 hari, mak dah xmmpu.. mak dah penat, pling sedih buat keluarga aku, kmi sorg pn xbole blek tgk mak, smua kt hosp sbb covid, tggl suami dgn ank² buah 3 org ja ngatif, tp xbole kluar sbb kuarantin, sedih sgt.. pakai wakil buat pngecaman jenazah mak, kubur pn xbole tgk. Smoga mak tenang dsana.. Al-fatihah


Dan aku di icu selama 2 mggu, berperang dengan sakit, kena isolate sorg² dlm blik, sdgkan org lain kt icu dduk luar katil bnyk².. boleh kata cond aku sgt² xok.. bole refer post² di gambar.. penat 2 mggu tu Allah sja thu.. hri² aku bperang sgn sakit. 


16/11/2020

Alhamdulillah akhirnya aku recover, dah kena transfer ke hsb lama.. wad biasa, skarang dlm proses recover, dpt dduk sblh suami.. dia positif swab test ke2 hri ke 14.. ank² buah 3 org tu power.. smpai skrg ngatif.. immune pling power 


21/11/2020

Hri ke 20, doc cakap klu 21 hari aku bole balik dh, mudah²an amin, 1 je nk pesan buat org dluar sana.. bila ada teman² sdara mara kena covid, shrusnya kita support emosi diorg, bukan kta tokok tambah cerita, buat fitnah yg xbtl psl org positif, nk thu dgn skit je cerita tmbh² ni bole buat emosi psakit down, sbb tu psakit covid jika ada fmly depa bg dok 1 fmly utk support emosi sesama kmi.. 


Alhamdulillah family aku skrg smua dh ngatif. Abg aku, kak ipar discaj esok.. aku n suami maybe ahad ni. Lain² smua awl lg dh discaj.. recover cepat. Covid ni xda ubat pn bg yg xda simptom.. bg aku yg dok icu.. ada ubat² yg aku dpt.. xbole bg information p&c.


Aku hrp kwn² kt luar sana, follow lah sop, tak penting xperlu keluar, aku xcerita detail sgt spnjg aku sakit, p&c.. apa aku ckp.. covid ni real.. mmg sakit sgt, xbole nk ucap perasaan sakit tu mcm mana, Allah maha mengetahui, stop spreading false news, stop la fitnah pesakit² covid, selagi kta x kena, kta xrasa siksa tu macam mana.. jd tlg la bg moral support kt mereka.. itu shj dh ckup. Tlg pakai mask, cuci tgn dgn kerap, kekalkan jarak 1 meter, dan jaga sop..


Skian karangan dari pesakit covid. Terima kasih buat smua staff nurse/doktor² icu hospital sultanah bahiyah yang menjaga aku dengan baik skli, mndikan aku, urut aku, sikat rmbut aku, ikat rmbut aku.. ya Allah baik sgt depa, kalah hosp swasta taw 😭


Terima kasih staff nurse dan doktor hspital Sultanah Bahiyah lama sbb jaga aku sepanjang kat wad biasa.. alhamdulillah depa smua ikhlas buat kerja depa.. aku hrp aku mmpu tlg depa dgn bg awareness kt smua org psl covid. Family is everything bila jd cmni kmi sling mnyayangi, saling support sesama kami, mgkin ksih syg mak buat kami adik bradik rpt mcm ni.. Al-fatihah mak Rogayah bt Md Desa 


Sehingga hari ni msih blm tgk kubur mak

Rindu yang tak terucap..


Credit ~ Myra Jijie


Untuk lebih info, video dan bagi beri kata-kata semangat boleh ke FB Myra di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4781242775251591&id=100000977470870&fs=0&focus_composer=0

Khamis, 19 November 2020

Aliran

 *WUJUDKAN CUMA SATU ALIRAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN DEMI NEGARA TERCINTA (SEPERTI INDONÉSIA & THAILAND*


Sistem Pendidikan Kebangsaan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama pendidikan. Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan mewajibkan bahasa Melayu bagi segala urusan rasmi dan segala aktiviti dalam institusi pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat tinggi seperti di  kolej dan universiti. Aktiviti berupa pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran kurikulum dan kokurikulum yang meliputi aktiviti di kelas, dewan kuliah, mesyuarat dan sebagainya adalah rasmi. Hal tersebut jelas diamalkan di sekolah atau institusi milik kerajaan khususnya tetapi berbeda halnya di institusi persendirian atau swasta seperti sekolah persendirian dan vernakular. 

Jelas semasa pemimpin terdahulu seperti era almarhum Tun Abdul Razak dan Menteri Pelajaran, almarhum Abdul Rahman Talib dengan Penyata Pelajaran 1961, Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Aminuddin Baki sangat tegas membendung sikap ekstremis kecinaan Dong Zong ketika itu manakala almarhum Tun Abdul Rahman Yaakob gigih berusaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pendidikan dengan usaha yang bermula seawal 1970-an hingga 1983 hampir bagi semua bidang ilmu di sekolah hingga universiti. Beliau telah mengubah dwisistem ketika itu, aliran pendidikan berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu kepada satu aliran sahaja iaitu berbahasa Melayu melalui Dasar Bahasa Kebangsaan. Perubahan dibuat secara berperingkat mulai tahun 1970 sehinggalah akhirnya pada 1983 seluruh institusi sekolah dan universiti menggunakan bahasa Melayu dalam semua bidang meliputi segala jurusan berkaitan dengan sains dan teknologi seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, teknologi, farmasi, undang-undang dan lain-lain.

Tujuannya mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan bagi masyarakat majmuk di negara ini demi perpaduan sebenar dan memartabatkan serta  meraikan bahasa rasmi negara sebagai bahasa ilmu dengan erti yang sebenarnya. Namun malangnya panas tidak sampai ke petang, segala usaha murni tersebut mulai hancur oleh pimpinan terkemudian khasnya oleh Tun Dr. Mahathir yang mempelopori PPSMI dengan hujah yang dangkal dan sesat di samping mengalah kepada golongan èlit dan anglophile yang "mabuk" bahasa Inggeris. Lupa jati diri sebenar negara ini walaupun disuratkan tentang acuan sendiri dalam Wawasan 2020. Pimpinan negara dan Melayu sendiri buta, keliru atau pura-pura keliru antara kepentingan menguasai bahasa Inggeris dengan kaedah yang betul daripada kepentingan dan status yang sebenarnya wajib dibezakan antara bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di negara ini. Semua tamadun dunia terbangun dalam bahasa bangsanya sendiri, malah bahasa Inggeris pun berhempas pulas dengan perjuangan oleh golongan bangsanya yang sedar untuk memartabatkan English dan bukan Latin pada abad tersebut. 

Pimpinan negara ini seterusnya, Dato Seri Najib Tun Razak pula pernah dianggap "menderhakai" ayahandanya sendiri dengan merestui PPSMI di samping menggugurkan kuasa Menteri untuk menutup sekolah jenis kebangsaan. Hampir semua Menteri Pendidikan dalam era kemudian sehingga kini tiada ketegasan dan kelihatan "lembik" kecuali Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berani memansuhkan PPSMI. Itu pun secara "soft-landing" walaupun sepatutnya secara serta-merta yang akhirnya telah memungkinkan PPSMI menjelma semula dengan "menyamar" sebagai "program Dual Language Programme (DLP). Jelas terlihat kepada segolongan rakyat bahawa pimpinan negara terkemudian tiada keberanian dan ketegasan untuk mempertahankan perjuangan pemimpin terdahulu demi kebaikan seluruh rakyat. Sama ada Menteri Pendidikan, pemimpin tertinggi KPM seperti Ketua Pengarah Pendidikan, semuanya (kecuali Timbalan KPPM, Datuk Abdul Raof) hanya menurut sahaja kehendak pemimpin politik popular dengan mengetepikan landasan yang benar sedangkan misalnya antara tugas pimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan ialah memberi "nasihat profesional" tentang pendidikan kepada sang Menteri yang sekejap datang, dan sekejap boleh hilang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibuang ke tong sampah dan prinsip berani kerana benar tidak diamal. Yang diamal ialah takut kerana benar? Yang rosak, rugi dan diperjudikan ialah rakyat dan negara ini sendiri. Tidak mustahil yang lebih diutamakan oleh politikus ialah harga undi segolongan rakyat sahaja, elaun bulanan yang melimpah dan bukan demi kebaikan jangka panjang untuk negara ini. Akibatnya walaupun sudah lebih 60 tahun, perpaduan sebenar gagal dicapai dan terpaksa dilaungkan dengan kos dan belanjawan yang tinggi mungkin selama 60 tahun lagi dan nasi akhirnya terus menjadi bubur? Kita tidak bermaksud untuk menghapuskan mana-mana bahasa yang  dituturkan di negara ini. Semua bahasa merupakan anugerah Tuhan untuk diraikan, diajar dan dipelajari malah telahpun diizinkankan dalam Perlembagaan untuk diajar sebagai satu mata pelajaran dan bukannya sebagai bahasa penghantar. Kita juga tidak bersetuju akan mana-mana bahasa sama ada Mandarin, Inggeris atau lainnya diharamkan. Itu adalah zalim dan merugikan. Kita cuma menentang selain bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar pendidikan. Cukuplah bahasa lain dijadikan satu mata pelajaran malah  digalakkan pelajar keturunan lain seperti Melayu mempelajarinya. Ada perbedaannya antara bahasa sebagai satu mata pelajaran daripada bahasa penghantar walaupun ada golongan yang telah memutarbelitkan tentang ini. Oleh itu Kementerian Pendidikan wajib menyediakan ruang, peluang dan kemudahan mempelajari bahasa vernakular di sekolah aliran kebangsaan di seluruh negara. Dengan kewujudan pelbagai sistem pendidikan seperti pendidikan kebangsaan dan pendidikan vernakular, mahu tidak mahu, secara jujur kita perlu mengaku bahawa anak bangsa negara ini telah terpisah-pisah secara sengaja dari sejak kecil hingga dewasa(?) sedangkan pada masa yang sama kita mahu mereka bersatu-padu, bermesra, saling berkenalan, bermain bersama-sama, belajar bersama-sama. Tidakkah itu satu hal yang sangat ironis? Bercanggah sama sekali. Malah sejarah institusi Dong Zong jelas memaparkan sikap ekstremis badan itu dan pemimpinnya yang menolak dengan keras sekali sistem pendidikan kebangsaan dan segala unsur yang berkaitan umpamanya tulisan Jawi yang jelas merupakan satu ciri bahasa kebangsaan, sengaja membutakan diri tentang sejarah bahasa Melayu dan sejarah negara ini. Mereka seperti rakyat yang tidak tahu bersyukur. Sepatutnya di mana bumi dipijak di situlah langit di junjung. Seolah-olahnya golongan tersebut ibarat kacang lupakan kulit dan habis manis sepah dibuang. Tidak keterlaluan agaknya jika kedengaran ada yang mengumpamakan hal tersebut seperti pepatah melepaskan anjing yang tersepit, akhirnya yang melepas dan menolongnya pun digigit? Justeru eloklah kewujudan  sistem vernakular dikaji semula dan pertubuhan yang ternyata sejarah ekstremnya diharamkan sahaja daripada terus menggugat sistem pendidikan dan perpaduan anak bangsa negara ini. Tugas besar Kementerian Pendidikan ialah terus menjadikan bahasa Melayu bahasa penghantar tunggal dalam sistem pendidikan di negara ini dari sekolah hingga universiti, mewajibkan bahasa Inggeris untuk semua, manakala Mandarin dan Tamil wajib bagi kaum Cina dan India di samping pelajar Melayu diwajibkan memilih sama ada Mandarin, Tamil atau Arab. Ribuan pakar pendidikan dan bahasa di universiti dan KPM bolehlah berbincang lanjut tentang kaedah dan pelaksanaannya sama ada bermula dari peringkat rendah atau menengah dan sebagainya dengan meneliti pelaksanaan di beberapa negara maju lain serta disesuaikan dengan negara kita. Banyak profesor berpengalaman luas di negara ini yang sedia membantu. Antaranya termasuk Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron, Prof Datuk Dr. Ir Wan Ramli Wan Daud, Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Prof Emeritus Dr. Shaharir Mohd. Zain, Prof. Datuk Dr. Mohd Yusof Othman, Dr. Alinor dan lain-lain. Negara kerugian amat besar jika kepakaran dan pengalaman mereka terbazir begitu sahaja dan hanya khidmat pakar luar negara sahaja yang digunakan yang belum tentu memahami mendalam akan kompleksnya sistem ekobudaya masyarakat negara ini. 


Kamal Shukri Abdullah Sani,

Ketua Kluster Bahasa, Budaya, Sejarah dan Seni, 

MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU MALAYSIA (MPM)


(0122002811)

Covid

 *Setiap penyakit ada kaedah untuk merawatnya*


Walaupun kami sebagai doktor perubatan, bukannya Tuhan, usaha dan ikhtiar untuk mencegah dan merawat dipelajari setiap hari. Pasti ada perbaharuan dalam kaedah berubat sesuai dengan ruang lingkup ilmu yang Allah berikan jua.

Mencegah dan merawat penyakit berjangkit itu dibuat berdasarkan ujikaji demi ujikaji sehinggalah mencapai satu tahap yang diyakini. Adakah 100% sembuh? Tidak, kuasa penyembuhan itu kembali kepada Allah jua. Kami hanya menyambung titik titik kaedah yang semuanya di bawah keluasan Ilmu Tuhan yang berikan. Tidak lebih dari itu. Sunnatullah.

Apa yang sudah kita pelajari setakat ini?

1️⃣ COVID-19 adalah PANDEMIK, kerana definisi pandemik itu sendiri merujuk kepada keseluruhan manusia di majoriti negara-negara di dunia terlibat dalam wabak. Kalau hanya negara China sahaja atau Amerika sahaja, ianya diberi nama epidemik. Istilah ini tidak perlu dipertikaikan kerana ianya sudah maklum seentero dunia.

2️⃣ COVID-19 bukannya Influenza Bermusim. Struktur virus pun berbeza walaupun gejala hampir sama. Namun kedua-duanya tetap serius dan wajib kita putuskan rantaian jangkitan. Tidak bermakna jika wabak influenza, kita berlepas diri dan tidak membuat SOP! Terdapat garis panduan dan mekanisma yang telah pun ditentukan dalam pengurusan kesihatan awam.

3️⃣ Pemalar kebolehjangkitan (R0) COVID-19 vs Influenza pun jauh beza. Terkini, R0 COVID-19 antara 2.0 to 2.5, bermakna virus COVID-19 boleh menjangkiti 2-2.5 orang lain. Generasi jangkitan akan bertambah seperti sistem Multi-Level Marketing. Manakala Influenza adalah kurang dari 1.3. Walaupun kes influenza agak tinggi seluruh dunia, kebolehjangkitan virus dapat kita anggar dan kekang supaya tidak cepat merebak. Lagi pun influenza sudah dapat dicegah melalui vaksin.

4️⃣ Kematian COVID-19 amat membimbangkan: Lebih 1.32 juta setakat ini sudah dicatat. Angka ini meningkat setiap saat. bayangkan ketika kes awal di Amerika, dari 4,200 kes, 508 (12%) dimasukkan ke hospital. Mengejutkan kita 36.4% dari pesakit yang dimasukkan ke ICU menemui ajal akibat COVID-19. Kadar kematian COVID-19 seluruh dunia 1 - 3.4%. Sebaliknya influenza hanya <1.0%.

5️⃣ Serangan utama COVID-19 adalah paru-paru sehinggalah menyebabkan si penghidap akan sukar untuk bernafas dan akhirnya boleh membawa maut. Bantuan alat pernafasan amat penting. Manakala influenza, mode serangan adalah lebih kepada jangkitan otak, jantung dan otot badan. Jangkitan sekunder dari bakteria boleh berlaku dalam kes serangan influenza.

Memang penemuan itu agak teknikal dan klinikal jika dibincangkan. Hanya doktor yang berdepan terus dalam pengurusan kes mengetahui perbezaannya.

Sebab itu kita merasa kesian apabila masyarakat dengan mudah di kelentong oleh "penceramah luar" yang tidak pun mengetahui bagaimana merawat pesakit COVID-19. Akhirnya cuba menegakkan benang basah serta mengelirukan orang ramai bahawa COVID-19 itu tidak merbahaya, SOP tidak perlu dan pelbagai dakyah lagi.

Saya sendiri pun akan merujuk kes kepada pakar dan melihat segala maklumat dari ahli yang berwibawa dalam isu ini. Bukan merujuk kepada youtube atau laman web yang tidak diketahui kesahihan maklumat.


Dr Suhazeli Abdullah 

16.11.2020

Tengkawang

Rabu, 18 November 2020

Bantu

 Jika anda adalah golongan yang tidak terjejas dalam pandemik ini, sesungguhnya tips ini untuk anda semua.


Tips 'belajar' membantu peniaga jalanan;


1. Jika makcik jual kuih RM2, 5 keping. Belilah RM4 dan bayar RM5. BELAJAR tak mahu menerima baki. Nampak kecil, tapi makcik gembira bukan kepalang.


2. Jika ada pakcik penjual nasi bajet, sebungkus RM4, manakala 3 bungkus RM10. 


BELAJAR ambil 2 bungkus, dan bayar RM10. Pakcik ada tambahan RM2, juga lebihan sebungkus lagi untuk dapatkan RM4. Senyum bahagia pakcik, kita akan turut bahagia.


3. Jika pergi ke kawasan jualan, carilah gerai makan yang paling sikit pengunjung. Atau carilah penjual yang sedang termenung resah. Sila datang, berbual, bertanya khabar dan belilah daripadanya. 


Selain membeli jualannya, kita BELAJAR empati, ambil berat dan mengurangkan gusar di hatinya. Melihat ada pengunjung yang hadir ke gerainya pun sudah cukup membahagiakan.


4. Jika datang ke gerai jualan yang tidak mahir beroperasi, jangan banyak komplen itu ini. Barangkali itu hari pertama dia berniaga dan tak mahir susun letak barang, tak bersedia dengan duit kecil dan pelbagai lagi.


BELAJAR maniskan muka, tak perlu marah dan herdik. Berakhlak baik kepada mereka adalah rezeki perasaan untuk mereka.


5. Jika kita lalu di satu gerai, yang jualannya tinggal satu atau dua bungkus, BELAJAR berhenti dan beli semuanya. Walaupun kita tak menginginkannya, kita boleh beri kepada orang lain.


Selain membeli barang jualannya, kita sedang menyedekahkan waktu untuk mereka. Supaya mereka dapat tutup gerai dengan lebih awal, pulang ke pangkuan keluarga dan melepaskan lelah seharian bekerja.


----


Begitulah rakan-rakan yang baik,

Belajar memberi walau sedikit.

Ikhlaskan hati, moga semuanya dalam perhatian dan perhitungan Allah.


Peniaga jalanan,

Mereka bukan golongan yang senang-senang mahu terima wang kita tanpa usaha. 

Lihat sajalah kecekalan mereka berpanas-panas sepanjang hari di gerai jualan.


Untuk semua yang sedang menerima ujian, Allah menguji kita dengan kasih sayang yang sarat. Sambutlah ujian ini dengan redha dan harungi bersama. 


Fasa ini bukan kegelapan panjang, hanya gerhana. Kita mampu hadapinya!🥰🤗

Adab pelajar

 Di manakah ADAB kita sebagai seorang pelajar? 

Beginikah akhlak kita yang kononnya mahukan kejayaan? 

Sampai bila nak datang kesedaran tentang ilmu ini? 


Adik-adik yang saya kasihi, tolonglah sedar dan peka tentang guru/pensyarah kita. Usah terlalu selesa sangat dengan keadaan duduk di rumah sepanjang hari. 


Guru/pensyarah kita bukan sahaja berkorban masa untuk memandaikan kita. Ada juga antara guru/pensyarah yang sanggup keluar duit sendiri, beli gajet tambahan yang boleh memudahkan mereka mengajar adik-adik. 


Tak cukup dengan itu, pergi duduk menuntut ilmu dengan orang yang lebih pakar tentang dunia IT. Cukup-cukuplah kelakuan kita semasa berhadapan secara realiti dengan guru/pensyarah. 


Saya cukup sedih bila keadaan seperti ini berlaku. Yang peliknya, adik-adik lebih 'advance' tentang IT daripada para guru/pensyarah. Namun masih malas lagi, tidur, tak join kelas online dan sebagainya. 


Adik-adik yang saya kasihi, inilah cabaran yang sebenar untuk adik-adik terpaksa lalui. Awak marah bila orang yang lebih berusia daripada awak, membandingkan zamannya dengan zaman awak. 


Tapi, hakikatnya? 

Adik-adik sendirilah yang memikirnya. Untuk itu, saya menyeru kepada semua yang bergelar pelajar...kita berubahlah menjadi lebih baik. Suka saya memetik sebuah hadith Nabi SAW bermaksud, 


"Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang yang kelima, anda akan binasa."

( Hadis Riwayat At-Tabrani )


Adik-adik yang dikasihi, jom kita buat LIMA PERKARA ini pada saat, waktu dan ketika ini;

1. Betulkan niat kita sebelum menuntut ilmu. Ingat kembali azam, matlamat yang kita dah tulis semasa sekolah sebelum mula PKP pada 18 Mac yang lepas. 


2. Mohon maaf pada guru/pensyarah yang kita tak hadir ke kelas online mereka. Supaya mereka redha dan memaafkan kita. InsyaAllah, moga ilmu yang kita dapat itu lebih berkat. 


3. Minta bantuan ibu ayah atau adik-beradik untuk ingatkan kita tentang jadual kelas kita. Boleh print jadual kelas kita bersaiz A3 di tempat yang senang nampak. Boleh juga suruh rakan sekelas kita, call kita jika kita tak masuk kelas online lagi. 


4. Buat persediaan awal sebelum kelas. Tak perlulah nak main games lagi kalau dah tahu ada kelas awal pagi esoknya. Tidur awal. Siapkan tugasan yang guru/pensyarah berikan. Yang dah terskip kelas, boleh bertanya pada kawan-kawan yang datang. 


5. Sentiasa fikir positif, kuatkan semangat mental dan fizikal. Ingat dik, bukan awak seorang saja yang terkesan dengan PKP ini. Satu Malaysia terkesan dan terasa bebannya. Sentiasa cari positive vibes, kata-kata motivasi yang boleh bantu boost up semula diri kita. 


InsyaAllah, saya doakan adik-adik yang berazam nak berubah diberikan kejayaan yang cemerlang.


Khalil Ismail

Online Learning Facilitator

#KhalilKongsi

#MotivasiAbangKhalil

#InspirasiPelajarCemerlang

Sabtu, 14 November 2020

Bahagia

 SAYA NAK TENGOK MUKA TUAN SEKALI LAGI... 


Dalam satu temuramah radio, Pengacara bertanya kepada seorang tetamu, seorang Jutawan "apa yang boleh membuatkan Tuan merasa bahagia dalam kehidupan?"


Jutawan tersebut menjawab :


Saya sudah melalui 4 Fasa kebahagiaan dalam hidup dan akhirnya saya memahami apa erti kebahagiaan yang sebenarnya.


Fasa pertama, saya mengumpulkan harta sebanyak mungkin. Tetapi pada tahap ini saya tidak menemui kebahagiaan yang saya cari.


Kemudian datang Fasa kedua di mana saya merubah kepada mengumpul koleksi barang-barang antik dan lukisan-lukisan yang berharga. Tetapi saya sedar keseronokannya hanya sementara dan kepuasan mengumpul barang antik tidak kekal lama.


Kemudian datang Fasa baru yang ketiga, di mana saya menceburi bidang hartanah dan membeli pusat pelancungan dan gedung-gedung perniagaan. Tetapi di sini juga saya tidak dapat mengecapi kebahagiaan yang saya impikan.


Kemudian, satu hari kawan saya meminta saya belikan kerusi-kerusi roda untuk dihadiahkan kepada anak-anak kelainan upaya.


Atas permintaan kawan, saya terus belikan sebilangan kerusi roda yang diperlukan. Tetapi kawan saya mendesak saya ikut bersamanya menyerahkan kerusi-kerusi roda tadi kepada mereka. Saya luangkan masa  dan ikut sekali bersamanya. 


Di sana saya serahkan kerusi-kerusi roda tadi dengan tangan saya sendiri. Saya dapat lihat cahaya keriangan terpancar di wajah anak-anak OKU ini, semuanya duduk dan berpusing-pusing bermain seolah-olah mereka baru sampai di tempat perkelahan. Saya rasa amat gembira sekali. 


Tetapi sesuatu berlaku. Apabila saya berpusing untuk pulang, salah seorang kanak-kanak OKU tadi datang memeluk kaki saya. 


Dengan cermat saya cuba melepaskan diri tetapi kanak-kanak itu menatap wajah saya dan enggan melepaskan pelukannya. Saya tunduk dan bertanya "ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" 


Jawapan dari kanak-kanak ini bukan sahaja membuatkan saya sangat gembira tetapi mengubah kehidupan saya sepenuhnya menjadi seorang dermawan. 


Dia berkata *"saya nak tengok muka tuan sekali lagi dan cuba ingat, supaya apabila kita bertemu kembali di akhirat nanti, saya boleh kenal wajah tuan dan saya boleh ucapkan terima kasih sekali lagi."*

Khamis, 12 November 2020

Ummi

 MAKSUD GELARAN UMMI PADA DIRI NABI MUHAMMAD SAW


“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud.:


Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. 


Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. 


Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu *"tempat letaknya segala sesuatu"* dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.


Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. *Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca*, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan. 


*Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW AI-Quran, kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat*. Hanya orang biasa seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu *"TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN"*. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana. ”

...

Rabu, 4 November 2020

Sedekah

 Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.


Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.


Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.


Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.


Katanya kepada pemandu keretanya,

"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.


Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.


Lalu dia bertanya kepada pemandunya,

"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"


Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.


Pemandu jutawan ini mula bersuara: 

"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"


"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"

Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.


"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"


Jutawan itu ketawa besar.


"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan  mudah. Apalah soalan kamu ni"


Pemandu tadi tersenyum.


"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"


Jutawan tadi terdiam,

Rasa tersentak,

Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.


#sedekahmembahagiakan..


catatan insan kerdil fillah..

Istinjak

 CARA2 ISTINJAK ORANG YG BERIMAN. 


Mungkin ada lg yg masih tidak jelas dgn cara penyampaian umie sebelum ini berkaitan istinjak. 


Alhamdulillah, Umie masih tak jemu utk sampaikan bab ini utk sahabat2 umi yg mahu menerima ilmuan ini. Semuga paham dn jelas lalu dipraktikkan. Semuga dpt membntu mendapatkan ibadah yg khusyuk. Dan semuga inilah jariah amal bg umie diakhirat kelak.


Lelaki perempuan tk sama..Kena betul jelas sebb kita orang islam. Dah sanggup pilih islam maka sangguplah ikuti undang2nya atau aturannya. 


Islam itu agama suci. Suci dr syirik. Suci dr kekotoran zahir dan bathin. Agama kesejahteraan. Islam itu keselamatan. Sudah semestinya sejahtera dan selamat dari azab api neraka Allah.  Justeru nk selamat dan sejahtera itu mestilah kena bersih dan suci. 


Nak bersih dan suci kena tahu bab toharah. Kena tahu bab istinjak. Hanya inilah satu2nya cara nk dptkan kebersihan dan kesucian itu. Hanya islam agama yg Allah redha. 


Apa itu istinjak?


Istinjak ialah mencuci qubul dan dubur dr najis kencing dan berak juga segala apa2 yg keluar dr kedua jalan spt darah, nanah, mazi dan sebagainya. 


Bahasa mudahnya ialah "cebok."  Wajib dibersihkan najis yg menghalang dr sahnya wudhuk dan solat. Utk keselesaan dan kesihatan.


Macamana caranya? 


Bila kita nk buang airbesar, tarik nafas dan hembus nafas bersama turunnya najis. Maka jangan dikerat2 najis. Biar ia berlalu bersama turunnya najis. Makruh dikerat2 najis itu kerana akan menjejaskn kesihatan saluran najis dan dubur.


Selesai habis najis turun, maka ketika itu datang lintasan hati utk kita bersihkan najis didubur kita. Maka ketika itu kembangkan dubur dan siramkan dgn air mutlak sambil jari tgh tangan kiri kita pusing2kn dikeliling dubur iaitu kawasan yg dipanggil " anoderm" ( kawasan perangkap najis ). Ingat! Hanya seruas saja hujung jari  tu digunakan. Jangan lebih2. Nanti jadi lain pulak jadinya.


Masa ini dalam paham bahawa kita sedang melaksanakan niat cebok kerana Allah swt. 


Niat istinjaknya:-

Nawaitul istinja'a minal ghaiti Wal bauli fardhal alaiyya lillahi taala


Maksudnya..

Sahaja aku bersuci daripada najis dan kekotoran fardhu atas aku kerana Allah taala


Nk tau, inilah yg membezakan antara cebok kita, org beriman dgn org diluar sana. Siapa yg disucikan dan kepada siapakah kesucian itu diserahkan. Kita ada Allah, sentiasa buat sesuatu berserta dgn nama Allah. 

Bukankah setiap perbuatan itu bermula dgn niat? Maknanya secara tak langsung inilh sunnah. Kita dh ikut sunnah nabi. Bahkn inilh sunnah yg wajib kita lakukan.. tk ikut sunnah ni wudhuk, solat tk sah. Ibadah terbatal. Sia2.


Petanda nak tau dah bersih atau tidak, tandanya ialah apabila jari sudah tidak boleh ditusuk lagi. Tk boleh nk masukkan kekawasan anoderm tu. Sebb apa? Sebab sifat2 najis yg terdiri dari rasa iaitu berupa lendiran, warnanya dan bau najis telahpun hilang. Maka keyakinan hadhir bersih dr najis tu bukan dibuat2 melainkn lahir dr lubuk hati yg paling dalam. Yakin bersih, benar bersih dan sungguh bersih. 


Maka diketika itu, berdoalah didalam hati,


Allahumma tohhir qalbi minannifaqi...wa hassin farji minal fawahisy.


"Wahai Tuhanku, sucikanlah hatiku dari sifat kepura-puraan (munafiq) serta peliharalah kemaluanku dari perbuatan keji". (mengilakkan diri dr sifat2 syirik, zina, kecintaan terhadap dunia, keakuan diri.)


Maka selesailah bab cuci dubur. 


Dan cara ini juga digunakan sama pd qubul wanita. Cuma pd wanita, kena selak2 dan sela2 pada kawasan yg berlipat2,  selain kena juga korek sedikit dikawasan lubang faraj utk keluarkan sisa2 perkumuhan dr dalam rahim.  Kerana keadaan qubul wanita ini sentiasa basah.


Manakala istinjak qubul lelaki dr najis kencing tak sama dgn wanita. 


Ketika membuang air kecik, lelaki dikehendaki berada dalam keadaan bertenggong dan badan dalam keadaan jongkok sedikit, dimana bahagian badannya seolah2 dibongkokkan, tp bukan membongkok ye. Sedikit merendah dan menunduk. Kemudian ponggongnya didudukkan atas tumit kirinya.. manakala lutut kanannya dilipat dan menaik keatas dan kaki kanan berada dihadapan utk menungkat badan. Masa ini buanglh kencing tu masuk kemangkuk tandas, jangan dibiarkan menghala ketempat lain. Pegang "straw besar" tu dgn tangan kiri. Biar tetap, air kencing tak bersepah. 

Naikkan sedikit kerandut zakar utk melancarkan pembuangan. Kaedah sunnah ini melancarkn keluarnya air kencing tanpa sekatan.


Setelah membuang air kecik, hendaklah dia mengurut "straw besar" dia dari pangkal hingga ke hujung sambil berdehem. Berdehem disini bermaksud dia berdehem dgn  menolakkan nafas menghenjut kesaluran kencingnya agar terbuang sisa2 kencing ( macam dalam salur getah paip, walau kepala paip dh ditutup, dalam salur tu masih ada airnya)  urut 3x dr pangkal kehujung zakar sambil dihenjut2kan zakar utk toskan dr kencing yg masih mengalir....kemudian bukakan lubang di hujung "straw" tu dan siram. Selesai cuci qubul lelaki.


Maka tiadalah peta huruf ز diseluar dalam tu. Dan ketika rukuk solat, tkdelah terkeluar kencing dalam keadaan tk perasan. Tau2 basah. 🤭😁


Ehh!!.. macamlh umi ni lelaki lak cerita bab org lelaki punya.. tp inilah pengalaman umi apa yg  berlaku dn diceritakan oleh anak lelaki umi.. maka adalah wajar umi dikongsikn. 🤭😁


Malu gak umi nk ceritakan bab org lelaki ni sebb umi bukan lelaki.. hanya lelaki jer yg tau buatnya.. ini hanya info ilmu saja utk dimanfaatkan.


Setelah selesai segeralah keluar dgn melangkah kaki kanan.. serahkan najis pada penjagaNya. 


Bila dah melangkah keluar tandas sekitar 5 langkah, maka berdoalah lg :-


"Alhamdulillahillazi azhaba 'annil aza wa a'fani'


"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku".


MasyaAllah.. lega rasanyakan..begini sekali Allah sayngkan hambanya. 


Maka, nikmat tuhan mana lg yg mesti kita dustakan.. segala peraturan telah Allah berikan melalui kekasihnya nabi Muhammad. Utk kita dekat kpd Allah. Utk Allah redha atas kita. 


Sesungguh Allah dn rasul sangat sayang atas kita. Kenapa kita tak amik sunnah ini?😭  


Semuga sama2 kita mendapat taufiq dan hidayah dr Allah utk kita mahu  menjadi org yg beriman dan bertaqwa.

 😆 ini teori saja ye umie beri.. kena buat praktikal sendiri..bahaya ooo praktikal pun umie kena tengok🤭🤣🤣


Dah buat akan tahu apa dan bagaimana  kerahsiaannya. Sendiri buat, sendiri rasa.🤭

Ahad, 1 November 2020

ok

 *ASAL Singkatan OK*


 Adakah anda tahu apa yang kita selalu sebut singkatan "OK"?

 Tanya orang putih pun mereka juga tidak kenal ..


 Sir Thomas Stamford Raffles (1781-1826)

 pada tahun 1811 dilantik oleh Ratu England sebagai Leftenan Jeneral Hindia Timur dan dihantar ke Indonesia.

 Raffles juga merupakan pengarang *"The History Of Java"* yang terkenal dan pengasas Taman Botani Bogor.  Dialah yang mengubah nama Bencoolen menjadi Bengkulu.

 Raffles juga dikenali sebagai pengasas bandar Temasek / Singapura.  Selain itu, dia juga seorang ahli botani, penyelidik tumbuhan dan salah satu penemuannya kini dinamakan bunga *Rafflesia Arnoldi* (bunga mayat).


 Pada suatu hari, Raffles ingin memasuki hutan bersama rombongannya.

 Kumpulan kecil yang kebanyakannya terdiri dari orang Jawa sebagai pekerja bantuan membawa peti barang diketuai oleh Raffles sendiri dan dibantu oleh penterjemah yang memahami bahasa Jawa.

 Setelah Raffles memeriksa kesediaan rombongannya, dia berseru:

  *"Are you ready...?"*

 Tidak ada yang menjawab kerana kumpulan itu tidak memahami bahasa Inggeris.

 Raffles meminta penterjemah untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Jawa kemudian penterjemah itu berseru: *"opo kowe wis podo siap ..? "*

 Serentak kumpulan itu menjawab: *Ojo Kuwatir* ..! "


 Raffles bertanya kepada penterjemah maksud jawapannya dan bagi Raffles jawapannya sangat baik kerana tersirat dengan semangat dan meyakinkan.

 Dia ingin mengulang pertanyaan itu dalam bahasa Jawa tetapi mengalami kesukaran untuk mengucapkan kalimat *Ojo Kuwatir*, kemudian menyingkatnya.

 Raffles berteriak: *"Are you O.K..?"*


 Rombongan seraya sunyi sepi tidak faham ...

 Barulah penerjemah menerangkan maksud Raffles dan memintanya menjawab *OK* "kemudian.

 Raffles menjerit lagi dengan kuat: *Are you O.K.* ...?

 Kumpulan itu menjawab dengan lantang sekali dan penuh semangat: *"OK* ...."


 Kemudian mereka bergerak ke hutan ....


 *OK artinya Ojo Kuwatir*


 Jadi perkataan *OK* sebenarnya *Bahasa Jawa yang sudah bertaraf antarabangsa* ... 👍


 _'Eling Elingen, bro ..._ _Penting kanggo _anak_ putune..._ _Ben faham_...😁🙏