Selasa, 25 April 2017

Syiar

Dalam agama ada amal yang kena buat terang terang dan ada amal yang kena buat sembunyi-sembunyi.

Amalan yang di buat terang-terang di pangil SYIAR,
Dan sudah perintah Allah suruh korang SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan sunnat.

Contoh solat berjemaah, bila azan bilal pakai speker 12 watt, nak suruh semua orang kampung dapat dengar, nak riak ke?

Kemudian, korangpun ambik wudhu ke masjid, tak kan nak sembunyi sembunyi?, ini kena syiar, lainlah jika korang nak solat tahajjud ke qiamulai ke, itu memang patut kena sembunyikan.
Allah suruh kita SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan SUNNAT.

Contoh lain: Orang yang berpuasa pun kena syiar, terutama puasa wajib, nabi bagitahu jika ada orang mengumpat cakap kat mereka :

AKU SEDANG BERPUASA!!!

Begitu jugak zakat, kena syiar, kalau sedekah kena sembunyi.

Begitu jugak haji, kena syiar, buat jamuan makan, hilang dari kampong 40 hari orang tahu ke mana korang pergi..

Begitu jugak kahwin, kena syiar, buat kenduri, bagitahu dunia
dan seluruh warga kampung bahawa korang dah kahwin, bukan nak riak, tapi itu perintah Allah, nak kahwin lagi satu, pun kena syiar, tak lah orang tuduh korang khalwat ke apa,

Moralnya dah dengar azan, pergi masjid, syiar suasana agama, lelaki berulang alik ke masjid, bersaksilah itu adalah ahli shurga..

Jangan biar setan tipu korang. Meninggalkan amal kerana takut riak konon, habis bila nak buat amal, nak tunggu hati suka baru buat?

Anak istimewa

Perkongsian daripada sahabat

Zaini Abas

January 12 ·

10 PERKARA WAJIB TAHU BAGI IBU BAPA KEPADA ANAK SYURGA/ ANAK ISTIMEWA / ANAK KURANG UPAYA

1 - Kita wajib yakin bahawa anak itu bukan "defect creation" oleh Pencipta nya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia
2 - Memohon pertolongan Allah mesti lebih dari mengharap pertolongan makhlukNya. Cari support group bukan untuk sekadar mengadu tapi belajar dari mereka yang terdahulu
3 - Berhenti menyalahkan pasangan,keturunan nya atau orang keliling dan datangkan rasa syukur dalam diri. Stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita.
4 - Perlu tahu bahawa anak itu masih lagi ada deria kerana roh nya masih bersama jasad. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak
5 - Kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik mereka kerana mereka diberi kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain.
6 - Sedangkan insan yang di hujung nyawa pun kita ajarkan mereka kalimah Allah, kenapa tidak untuk mereka yang mungkin Hyper, hanya boleh kelip mata & angguk kepala dan lain-lain lagi
7 - Mereka mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir, namun mereka masih mampu berzikir. Ajarkan mereka. Jangan fokuskan dengan keputusan apa yang kita dapat jika kita berbuat sesuatu, tapi fokuskan apa usaha kita
8 - Sekiranya mereka dikatakan "tiket syurga", pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan terus valid
9 - Antara fungsi mereka di dunia ini adalah mendoakan kita, ajar kan mereka. Semoga permintaan mereka tiada hijab
10 - Jangan hanya fokuskan pendidikan vokasional, kemahiran, akademik dengan meninggalkan perkara fardhu ain - pendidikan al-Quran kerana ia bukan alternatif, bukan komplementari. Ia adalah asas (foundation)
#Quran4SpecialNeeds
#yayasanFAQEH
#dakwahOKU

Isnin, 24 April 2017

Duit

JANGAN DIKEJAR DUIT ITU!

Perjalanan REZEKI itu sangat unik. Rasanya ramai yang sedia maklum REZEKI itu bukan hanya duit semata-mata. Duit hanyalah medium pertukaran barang sahaja.

Puas difikir bagaimana caranya untuk dapatkan duit. Kerja siang malam menjadi hamba untuk duit. Semuanya untuk duit, duit, duit. Sedarkah kita sebenarnya niat kita sudah terpesong?

Sebenarnya, kita tidak perlu mencari duit.
"Eh, mana boleh? Habis tu kita nak makan apa?"
Begitulah ayat-ayat yang biasa kita dengar.

Apa yang perlu kita buat sebenarnya, hanya jalankan amanah dan tanggungjawab kita sebaik-baiknya. Ingat, rezeki Allah tidak pernah salah alamat, tidak pernah lambat atau cepat. Ia akan datang pada waktunya.

Jika bukan rezeki kita, nasi di dalam mulut pun boleh keluar semula. Jika memang rezeki kita, jangan risau ia akan datang juga.

Jika ada ujian yang melanda, ada kesusahan yang menimpa, percayalah, Allah mahu kita belajar darinya. Ingat, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya tak mampu hadapi. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Jadi, bersyukurlah tidak kira ketika susah mahupun senang. Jangan kita lari dari masalah, hadapinya dengan jiwa yang besar. Yakinlah ada sesuatu yang Allah janjikan untuk kita.

Berusahalah menjalankan amanah Allah. Kenali Allah, kenali ciptaanNya. Duit hanyalah ciptaan manusia, apalah sangat jika dibandingkan dengan ciptaan Allah.

Duit dicipta oleh manusia. Jadi mengapa harus kita jadi hamba kepada duit? Sepertimana kita harus sujud kepada pencipta kita, begitu juga duit harus sujud kepada kita. Tetapi kenapa rata-rata manusia sekarang sujud kepada duit, dan berpaling dari Penciptanya? Sedarkah kita? Cuba kita teliti aturan alam yang telah Allah tetapkan.

Sekali lagi, dekati Allah dan fahami apa yang diciptaNya. Pasti harta dunia berlari-lari menuju ke arahmu.

#NotaKaki

Agong

1446 tahun yang lalu, tahun itu dinamakan TAHUN GAJAH. Tanggal ISNIN 20 atau 22 APRIL  itu - MUHAMMAD S.A.W. dilahirkan atau  MAULIDURRASUL.

1395 tahun yang lalu, setahun sebelum HIJRAH.. tanggal 27 REJAB itu - MUHAMMAD S.A.W. melalui pengalaman ISRA' MIKRAJ.

========================
Perhatikan TAKDIR ALLAH ini!!
========================

Tahun 2017 ini, ISNIN 24 APRIL ALLAH TAKDIRKAN jatuh bersamaan dengan TARIKH 27 REJAB 1438 - Negaraku MALAYSIA meraikan PERTABALAN DYMM YDP AGUNG ke-15 .

Apa Istimewanya??!

1. Nama DYMM YDP AGUNG kita ini - Sultan MUHAMMAD V.

*sama seperti nama Baginda Rasulullah S.A.W.

*negara kita belum pernah ada Agung yang bernama Muhammad.

*dan Sultan Muhammad V satu-satunya sultan yang menggunakan nama rasmi yang paling ringkas.
.
.

2. Tarikh Pertabalan iaitu 24 April 2017 bertepatan pada 27 REJAB 1438.

*APRIL adalah bulan RASUL MUHAMMAD S.A.W. dilahirkan.

* REJAB adalah bulan RASUL MUHAMMAD S.A.W. Israk Mikraj.

* lebih menarik untuk diketahui, Sultan Muhammad V juga lahir di bulan REJAB iaitu pada 25 REJAB 1389H.

* perhatikan KEBETULAN ISTIMEWA ini juga.. jika Sultan Muhammad V lahir pada 25 Rejab, maka bermaksud ia adalah 3 hari lepas iaitu pada sabtu 22 APRIL 2017 atau 25 REJAB 1438 H. FAKTA SEJARAH MENULIS.. Nabi MUHAMMAD S.A.W. lahir pada 20 atau 22 APRIL!! Lalu, tahun 2017 ini menyaksikan bahawa Ulangtahun KELAHIRAN HIJRI DYMM YDP Agung jatuh bertepatan dengan tanggal MAULIDURRASUL dalam kalendar masihi. Kebetulan??!

* lebih-lebih menarik lagi.. Sultan Muhammad V juga lahir pada HARI ISNIN - SAMA seperti Baginda Rasulullah S.A.W.
.
.

3. Usia DYMM YDP AGUNG Sultan Muhammad V saat pertabalan 24 April 2017 adalah 47 TAHUN. Jika kita rujuki AL-QURAN (kitab untuk Rasulullah MUHAMMAD S.A.W.) yang terbina dari 114 SURAH, kita akan dapati SURAH ke-47 adalah SURAH MUHAMMAD!!

kebetulan??

4. DYMM YDP AGUNG Sultan Muhammad V adalah Agung ke-15. Jika kita guna kaedah di atas, tatkala merujuki Al- Quran yang ada 114 surah.. SURAH KE-15 adalah SURAH AL-HIJR. Surah ke 15 ini memiliki 99 ayat.

* sepanjang Al Quran hanya ada 1 SURAH iaitu surah Al- Hijr ini yang ada 99 ayat!! Angka 99 ini sinonim dengan 99 NAMA ALLAH atau ASMAULHUSNA.

* jika kita susun dan campurkan NO SURAH & JUMLAH AYAT iaitu Surah 15 : 99 Ayat, maka :

15 + 99 = 114 !!

sama seperti JUMLAH SURAH AL-QURAN!
Bukankah kita rujuki "clue" nombor-nombor yang muncul dalam diskusi ini dengan Al-Quran yang ada 114 surah?

KEBETULAN??
.
.

5. 27 REJAB adalah hari ISRA' MIKRAJ. Nama ReJaB terbina dari 3 huruf arab:
‘ro’ (R),
‘jim’ (J) &
‘ba’ (B).

seolah:

R: RASUL &
J : JIBRIL naik
B : BURAQ… (R-J-B)

Allah sebut kisah-kisah ini di SURAH AL-ISRA’ ayat 1 serta di SURAH AN-NAJM ayat 6-18.

PERISTIWA ISRA' disebut kisahnya di dalam AL-QURAN pada SURAH 17 ayat 1. Manakala kisah MIKRAJ pada SURAH 53 ayat 6-18. Kemuncak KISAH MIKRAJ terdapat pada ayat 14 PADA KATA 'SIDRATUL MUNTAHA' yang merupakan DESTINASI akhir peristiwa Mikraj.

Dari kedua fakta KOORDINAT ANGKA ini kita mendapat PERTUNJUK ANGKA untuk diselidiki atau kaji; yakni angka 1 (dari ayat 1 Surah 17 - Al-Isra') dan angka 14 (dari ayat 14 surah 53 - An-Najm).

* Dari petunjuk angka tadi: ISRA' - 1 dan MIKRAJ - 14, maka TATKALA menyusun angka ini SEBARIS :

1 & 14

hasilnya adalah 114.

Kembali BERTEMU 114!!

KEBETULANKAH??!!

* tatkala kita campurkan kedua angka ini:

1 & 14
1 + 14 = 15

angka 15 membawa kita kembali bertemu SURAH AL- HIJR yang ada 99 ayat tadi!!

Kebetulan??
Inilah KEKUNCI KEISTIMEWAAN yang cuba digambarkan dari fakta sebelumnya tadi iaitu KOORDINAT DYMM YDP AGUNG sebagai AGUNG KE- 15 yang ditabal di bulan REJAB ini.

menarik bukan?!

Kebetulan??! Tidak!!
Ianya KEISTIMEWAAN atas KETETAPAN TUHAN buat yang mahu MELIHAT dan KONGSIKAN kehebatan aturan ALLAH.

Sekian 5 kisah ISTIMEWA tentang Hari Pertabalan Sultan Muhammad V

Daulat Tuanku!


Bukan kebetulan biasa.. tapi PETUNJUK ISTIMEWA..


Kredit : Tuan Mir Hazil Azran Ramli

Big why

Terus terang kata, nak buat bisnes kena ada big why. Bila ada big why, baru semangat bisnes melekat kat jiwa.

.

Especially, yang baru berjinak-jinak dengan bisnes. Sebab bila dah berbisnes, bab usaha ni sure tak kira masa. Kalau asyik nak berkira-kira tang usaha, nanti sampai bila-bila korang rasa result tu tak seberapa.

.

Saya pun sama je dulu. Masa mula berbisnes, start dengan part time je. Masa mula-mula tu, jiwa pun tak berapa nak ada. Apa yang nak dikejar pun tak jelas mana. Boleh kata terowong tu sunyi gelap gelita je. Satu cahaya pun takde.

.

Bila jiwa tu tak berapa nak ada, rasa ownership pada bisnes pun langsung takde. Dari A sampai Z semua caca merba. Banyak perkara buat cuma separuh jalan je. Segala kerja kelam kelibut. Itu yang akhirnya semua target pun cantik-cantik je karam kat dasar laut.

.

At some point tu, mula duduk dan pikir dalam-dalam semula. Rupanya, berniaga cuma dengan kemahuan dan niat je takkan ke mana-mana. Kalau takde jiwa, tak pulun dengan usaha, lambat laun nanti sendiri yang merana.

.

Everything, start dengan Big Why. Kebetulan masa tu, lagi 5 bulan nak kahwin. So, saya jadikan menda tu big why saya. Nampak big why tu simple, tapi saya jadikan menda tu big thing dalam goalsetting bisnes saya.

.

Bila setiap hari konsisten dengan usaha, sikit sikit, bisnes tu dah melekat dalam jiwa. Rasa ownership pada bisnes pun mula ada. Automatik sel-sel otak pun giat berhubung sama. Makin lama rasa nak bagi usaha lebih pada bisnes tu sentiasa ada.

.

Dengan siapa kita bergaul pun mainkan peranan juga. Buat bisnes ni tak bole menyumbang macam kera. Buat hal sendiri dan harap tiba-tiba sales meletop gile gile. Ekosistem keliling tu seriously kena jaga. Sebab tu yang akan bagi influence paling besar pada character kita bila berniaga.

.

Berbisnes ni seronok sebenarnya. Kalau nak kata cabaran, buat apa benda pun mesti ada. Tapi bila jiwa dah ada, tabur apa challenge pun, emosi kita stabil dan bole face dengan selamber.

.

Jangan perkecilkan bisnes yang ada di depan mata. Tak kira lah siapa korang. Owner, stockist, ejen atau cuma dropshipper. Apa-apa bisnes pun sama je. Sentiasa treat bisnes tu macam besar gilerrrr.

.

Set Big Why. Bisnes biar ada jiwa. Jangan dok menoleh, jalan terus jer!